Tuesday, August 31, 2010

Kalaulah perkembangan Rayyan Ariff secepat rambutnya yang bertumbuh..

Hmm.. Kalau benar perkembangan Rayyan Ariff secepat rambutnya yang bertumbuh, maka dia pastinya tidak lagi tergolong dalam golongan GDD.. :P
.Anak botak saya..
.
Maka biarlah.. Lambat atau cepat perkembangan tetap perkembangan walaupun sebesar zarah.. =)
.
Kebelakangan ini, semenjak kami tidak mengenakan hearing aid pada telinga Rayyan Ariff, banyak benar bunyi yang keluar dari mulutnya.. Kebanyakannya meniru percakapan kami.. Kebanyakan waktu, dalam bahasanya yang tersendiri namun dengan nada yang sama yang didengarinya.. Comel!
.
Contohnya, apabila sesuatu terjatuh dan kita berkata "O' ooo.." Terus sahaja dia mengulangi nada yang sama.. "Hm' hmmm"..
.
Apabila kita mengangkat telefon dan meletakkan ke telinga sambil berkata "Helloooo", dia juga akan meniru aksi yang sama sambil mulut berbunyi, "Eee ooo"
.
Dan apabila kita bercakap sambil mengangguk-angguk dan berkata "Ha'aa lah", dia tiba-tiba sahaja menyampuk, "Heng' eee" Dengan nada yang sama.. Mengajuk..
.
Tak sabar mahu menunggu dia berkata-kata.. Berapa lama lagi? Wallahua'lam..
.Killer eye lashes.. Seperti kata Dr.Wong di dewan pembedahan tempoh hari.. =)

Monday, August 30, 2010

Bersama keluarga Superkids tersayang..

Alhamdulillah, pada hari sabtu yang lalu, sekali lagi keluarga superkids dapat berkumpul dan berbuka puasa bersama. Namun kali ini tanpa kehadiran keluarga Zura dan Put kerana masing-masing punya agenda tersendiri.
.
Restoran Le Lac di Shah Alam menjadi saksi kemesraan dan keriuhan keluarga besar kami. Agenda kali ini adalah simple iaitu iftar dan ke kompleks PKNS untuk melengkapkan persediaan berhari raya nanti. Sesekali membeli belah bersama memang sangat menyeronokkan! =)
.
Sinar mata anak yang baru terjaga dari lenanya.. =)
.Aiman yang terlena dalam senyuman.. =)
.Sarra dan Nabila yang berbaju sama.. Persis anak kembar.. =)
.
Kak Long & Abg Long sekeluarga yang turun dari Perak.. Irfan tersangatlah well-behaved!
.
Membeli-belah di tempat yang sesak bersama Rayyan Ariff adalah sesuatu yang sangat saya elakkan kerana tenaga Rayyan Ariff bagaikan tidak tahu berkurang! Banyak waktu, dia tidak mahu di dukung. Mahunya adalah berjalan sambil tangannya di pimpin dan seandainya di halang, meraunglah dia. Benar-benar menguji. Habis merata ceruk kedai orang dimasukinya.
.
Mata Rayyan Ariff pula liar memandang kipas yang ada pada setiap unit kedai. Paling comel apabila beberapa kali Rayyan Ariff menarik-narik belon yang dijual di situ. Namun kali ini hubby hanya memandang sepi dan tiada belon lagi untuk Rayyan Ariff. Kalau dibeli sekali pun membazir kerana apabila tiba di rumah, belon itu langsung tidak akan disentuhnya!
.
SACC Mall menjadi saksi kegilaan Rayyan Ariff kepada escalator. Berkali-kali kami naik dan turun namun dia masih lagi belum puas. Apabila kami mahu beredar, raungannya bergema bagaikan dipukul. Lama dipujuk barulah dia terdiam.. Memang penat melayan kerenahnya kebelakangan ini. Namun kami turuti sahaja kerna maklum dia mahu meneroka..
.
Dari SACC Mall, kami beramai-ramai terus bergerak ke Subang Jaya untuk supper dan bertemu keluarga Ayu Mummy Nadime & Alanna. Bersama mereka semua, waktu berlalu dengan pantas sekali. Tidak cukup waktu rasanya untuk perbincangan yang berlangsung. Dari satu topik ke topik yang lain. Kak Noni dan Ieyda memilih untuk menunggu di dalam kereta memandangkan Irfan dan Aiman yang sudah terlena.
.
Apabila jam menghampiri detik 1230am, masing-masing bergerak pulang. Penat, namun hati puas kerana kebelakangan ini, jarang kami dapat berkumpul dengan keluarga superkids kerna sering sahaja ada halangan. Hasil membeli-belah? Hanya sepasang baju melayu dan kopiah untuk Rayyan Ariff. Yang lainnya sudah selesai sebelum ini lagi. Tahun ini kami berbelanja dengan sesederhana yang mungkin kerana dua kereta perlu diperbaharui insurans dan cukai jalan menjelang pertengahan September.. *sengkek* :P
.
Next entry? InsyaAllah saya akan bercerita tentang pertemuan dengan seorang silent reader KKK dan tentang pemberian.. =)
.
P/s - Sya, thanks yea.. Jangan lupa drop email or add akak @ FB.. =)

Sunday, August 29, 2010

His latest favourite activity: Sabar itu iman.. (",)

Rayyan Ariff is so into shape sorting lately..
It seems so impossible before..
But now, he's getting better at it..
=)
.Not just he uses this snail as a shape sorter, he uses it for conditioning activity too and it is super cute to hear him saying the vowel tone!
.
With his turtle..
.
Pressing no.9 to put it in nicely..
.
Look at those tiny fingers.. =)
.
How long it took for him to master this activity??
6 months-8 months!!!
.
Sabar itu iman.. =)

Saturday, August 28, 2010

Another miracle on my miraculous child? Hopefully..

"You have to be firm with Rayyan. Don't treat him any special because he's smart and quite manipulative.. Don't make him feel that there's something special with him that he can get away with things easily. He's too smart for that and definitely not mentally challenged."
.
"His behavior is just like a normal child, but of course, with a slower development rate. Since he's capable of doing normal things, you definitely need to treat him like a normal child.."
.
Noted Ms.Tey. Thanks for the advice and I'll take it as a compliment for Rayyan Ariff as well. Using the 'smart' word more than once on a severely brain injured child is definitely not something usual. =)
..
"You need to go and check with Dalila on the hearing aid. Could be that its over amplified or his hearing level is improving. Hopefully he doesn't need to use it in the future, or maybe he can use it with less power.."
.
"Without the hearing aid, he's not acting like he can't hear. Even on the poor side, he's giving reaction towards the sound and turning his head to it. Normally, a child that cant hear will not act that way.."
.
Will take him to see the audiologist Ms.Tey. Harap-harap bukanlah harapan palsu.
.
Another miracle of Ramadhan? Maybe. If it is, Alhamdulillah.. If it is not, nothing much will change and we'll keep on working on it.. InsyaAllah..
.
Hati akan lebih tenang dengan redha.. =)

Friday, August 27, 2010

Apabila ruang perkembangan seorang anak kecil ditutup, hati ini bagaikan dirobek!!

Satu persatu perkembangan Rayyan Ariff saya soroti melalui label “Development”
.
Betapa besar nikmat yang Dia berikan kepada Rayyan Ariff dan kami. Satu persatu progress yang ditunjukkan Rayyan Ariff adalah sesuatu yang sangat kami banggakan. Usaha tanpa jemu yang kami taburkan mendapat perkenan dariNya dan hasilnya, inilah Rayyan Ariff yang pernah dikhabarkan tidak mungkin akan hidup melepasi 6 bulan pertama hayatnya. Yang mungkin meninggal sebaik dilahirkan.
.
Walaupun baru sahaja 2 tahun lebih usia Rayyan Ariff, perjalanan ini bagaikan terlalu panjang dan memenatkan. Banyak waktu, kami terpaksa ‘menolak’ diri sendiri untuk terus melangkah. Syukurlah masih diberi kekuatan olehNya.
.
Sepertimana ibu-ibu lain, saya juga punya keinginan yang tinggi untuk mengasuh Rayyan Ariff dengan tangan ini sendiri. Namun kekangan dari segi kewangan menjadi penghalang. Saya perlukan pekerjaan ini untuk kehidupan yang selesa. Dan paling utama, kerana kemudahan perubatan tanpa had yang ditawarkan hatta ke mana-mana hospital swasta sekalipun. Semua ini untuk Rayyan Ariff dan adik-adiknya nanti juga.
.
Saya pernah bercuti tanpa gaji untuk seketika dalam memberikan sepenuh perhatian kepada Rayyan Ariff. Kesannya? Kami dilanda tsunami kewangan yang bukan sedikit. Namun hati puas memandangkan Rayyan ARiff membangun dengan pesatnya. Malahan, fakta ini sangat menggembirakan seluruh pasukan perubatan yang berusaha ke arah pemulihan anak kecil ini.
.
Namun kini, perkembangannya kembali lambat lalu kami cuba mencari punca. Mungkin dia tidak mendapat rangsangan yang secukupnya sepanjang berada dengan Kak Paridah. Namun setinggi manalah yang boleh diharapkan pada dia kerana dia tidaklah mempunyai pengetahuan seperti kita. Kerna itu, saya hanya memesan beberapa perkara sahaja untuk dilakukannya bersama Rayyan Ariff.

"Nak, kenapa tiba-tiba sahaja kamu kehilangan momentum?" Hanya tertanya-tanya.

Andai bisa dipanggilkan saat getir dalam kehidupan, inilah waktunya. Kebelakangan ini, segalanya bagaikan berserabut dan tidak terurus. Dari segi bebanan kerja dan juga kehidupan. Hati ini sedikit tercalar dengan sesuatu perkara di pejabat. Namun itu bukanlah alasan untuk terus cuba memberikan yang terbaik. Semoga ada jalan keluar yang baik untuk segalanya.
.
Tentang kehidupan, masih lagi berkisar tentang Rayyan Ariff. Saban hari, dia saya tinggalkan bersama pembantu rumah yang mesra saya bahasakan sebagai Kak Paridah. Kerna pada kami dia lebih daripada seorang pembantu, malahan, sudah dianggap sebagai sebahagian daripada keluarga kami.

Kak Paridah memangku Rayyan Ariff. Kerna dia keluarga, apabila kami semua sedondon berpakaian oren pada majlis abang saya tempoh hari, dia juga tidak terkecuali. Untuk setiap majlis di sebelah pengantin lelaki dan perempuan, dia mendapat baju baru mengikut warna tema!

Dia juga membahasakan dirinya ‘makcik’ kepada Rayyan Ariff, bukannya ‘bibik’ seperti kebiasaan pembantu yang lain. Kerana pada kami dia adalah keluarga. Sehabis mungkin saya berbuat baik dengannya di atas dasar dia yang menjaga anak saya sepanjang ketiadaan saya. Dan Alhamdulillah, dia melayan Rayyan Ariff dengan sangat baik.

Tidak pernah sesekali pun Kak Paridah meninggikan suaranya dengan Rayyan Ariff. Kerenah Rayyan Ariff dilayannya tanpa rasa jemu mahupun amarah. Malahan, apabila saya atau hubby meninggikan suara pada Rayyan Ariff, dialah yang seringnya berlari ‘menyelamatkan’ Rayyan Ariff. Sehingga pernah saya menegurnya agar tidak terlampau memanjakan Rayyan Ariff kerana tidak mahu dia besar kepala.

Kerna itu, Rayyan Ariff sedikit keras dengan Kak Paridah. Rayyan Ariff sering menarik rambut Kak Paridah sekuat-kuatnya apabila dia marah pada ‘makcik’nya itu. Rayyan Ariff sering memukul Kak Paridah apabila tidak bersetuju dengan Kak Paridah.

Namun secara keseluruhan, Kak Paridah senang bersama Rayyan Ariff kerana dia selalunya anak yang patuh dan baik.

Bersama Kak Paridah, perkembangan Rayyan Ariff tidaklah sepesat mana. Malahan, ukurannya begitu jauh berbanding pada saat saya bercuti dan menguruskan Rayyan Ariff keseorangan. Bukanlah tiada perkembangan langsung, namun tidak sebanyak yang diharapkan. Kerna seperti yang sering kami letakkan pada Rayyan Ariff, dia adalah seorang anak yang penuh dengan potensi.

Dengan Kak Paridah, Rayyan Ariff belajar melambai ‘bye,bye’. Bersama Kak Paridah, Rayyan Ariff belajar menanggalkan baju dan seluarnya. Bersama Kak Paridah juga Rayyan Ariff belajar mengenakan baju dan seluarnya sendiri walaupun masih memerlukan bantuan.

Banyak jasanya pada Rayyan Ariff. Dia juga tidak pernah membiarkan Rayyan Ariff tidak makan. Seandainya Rayyan Ariff tidak mahu makan, sedayanya dia memujuk dengan pelbagai lagu dan pujukan.

Kerja-kerja rumah yang dilakukannya juga memuaskan hati.. Cadar senantiasa kemas dan tegang. Lantai rumah pula di mop setiap hari seawal jam 6.00am kerana Rayyan Ariff yang mengesot ke sana ke mari yang seringnya disulami dengan aksi menjilat lantai.

Kerjanya tidak perlu bersuruh. Dan saya berterima kasih kepadanya tentang itu.

Sering saya pesankan kepadanya apabila saya mahu ke tempat kerja hanyalah 3 perkara: pakaikan hearing aid pada Rayyan Ariff selama yang mungkin,;kalau tidak mahu membuat fisio padanya, biarkan sahaja dia meniarap kerna itu akan mendorongnya bangun dan merangkak sendiri dan;biarkan dia dengan segala jenis permainannya. Alat mainannya banyak sekali kerana saya benar-benar 'melabur' dalam hal ini demi untuk perkembangannya. Alat mainan berkonsepkan early learning.

Saya perhatikan Rayyan Ariff semakin rajin meneroka. Maka hari minggu yang lalu, dengan penuh bersemangat saya mengubahsuai kedudukan perabot di ruang tamu dan ruang makan seterusnya menjadikan ruang bertambah luas dan mudah bergerak. Semuanya untuk Rayyan Ariff. Agar dia mudah meneroka segenap sudut dan saya tidak perlu bimbang tentang kepala yang baru menjalani pembedahan itu terhantuk pada perabut yang menghalang laluannya.

Namun apa yang merobek hati ini adalah apabila mengetahui 'usaha' yang dilakukan oleh Kak Paridah untuk merangsang Rayyan Ariff untuk meneroka adalah tidak seberapa.

Beberapa hari ini, abang saya sering berkunjung ke rumah sewaktu kami di pejabat kerana dia sedang MC. Kakinya retak kerana bersukan dan dia mendapat cuti sakit selama sebulan. Dan semalam, abang saya menyaksikan penolakan Rayyan Ariff terhadap hearing aid.

"Pelik. Sepatutnya makin lama makin serasi. Ini makin menolak." Kata saya kepada abang.

"Memang la dia taknak. Dah tak biasa. Takde pulak Abe tengok Kak Paridah pakaikan waktu siang sepanjang Abe datang ni.."

"Tak pakai langsung?? Habis tu dia buat ape je??"

"Buat apa, tengok TV la.. Rayyan dia paksa la duduk kat atas riba dia. Kalau sejam dia tengok TV, sejam la dia riba Rayyan. Kalau lebih, lebih la.. Mainan yang dia bagi cuma dua. Yang warna kuning ni dengan yang ring stacker nih. Dia tak keluarkan semua mainan maybe sebab malas nak kemas balik. Kalau Rayyan dah bosan, dia protes la.. Dia nak turun Kak Paridah tak bagi. Jadi dia tarik rambut Kak Paridah. Dia pukul Kak Paridah. Pastu Kak Paridah pujuklah Rayyan.. Jangan pukul orang.. Tak baik.."

Subhanallah.. Rasa panas menyerbu ke muka apabila saya mendengar kata-kata abang saya itu. Rasa sakit, dikhianati, sedih, kasihan kepada Rayyan Ariff, terkilan, semuanya berbaur. Kalau kita dipaksa duduk selama 15min sahaja tanpa melakukan apa-apa pun sudah merasa bosan, ini pula anak sekecil Rayyan Ariff yang penuh dengan rasa ingin tahu!

Anak yang penuh dengan rasa ingin tahu dan ingin meneroka, bersama Kak Paridah *Baju yang dipakai Kak Paridah adalah hadiah dari kami*..

Selama ini saya sering diberitahu oleh mommy dan adik-adik saya bahawa Kak Paridah jarang melakukan fisio pada Rayyan Ariff namun saya tidak melenting. Kerna saya sering berfikiran bahawa banyak mana sangatlah yang saya boleh harapkan daripada seorang pembantu dari Indonesia ini yang pastinya tidak berpelajaran tinggi. Cukuplah sekadar dia menjaga Rayyan Ariff sebaik mungkin dan melakukan 30% daripada apa yang saya lakukan. Selagi boleh, biarlah..

Saya sering membawa dia ke sesi terapi Rayyan Ariff dengan keinginan agar dia turut belajar cara-cara melakukan terapi yang betul dan boleh dipraktikkan di rumah. Namun kebiasaannya, dia hanya bermain SMS ataupun tertunduk kerana tertidur.

Namun saya biarkan sahaja. Minat tidak bisa dipaksa. Kalau saya mahukan therapist, saya seharusnya menggaji jururawat ataupun therapist dan bukannya pembantu rumah!

Tetapi saya sama sekali tidak menyangka bahawa ruang untuk Rayyan Ariff meneroka ditutup sama sekali! Subhanallah!! Kasihan anak kecil ini.. Bagaimana dia mahu berkembang andainya proses itu dihalang!! Saya kecewa. Sungguh kecewa.

Saya mencari kekurangan saya sebagai seorang majikan. Mungkin saya terlalu berlembut. Dari segi gaji, Alhamdulillah, mengikut harga pasaran. Bonus tahunan dijanjikan sebulan gaji pada hujung tahun. Dibenarkan pulang ke Indonesia sekali ataupun dua kali setahun, bergantung pada keadaan cuti saya dan pastinya kos tambang adalah ditanggung oleh kami. Cuti 2 hari sebulan yang mana dia akan pergi berjumpa kekasihnya di Shah Alam dan menginap di rumah kakak angkatnya. Topup setiap bulan. Wang poket apabila dia bercuti. Pakaian baru. Duit raya pada musim perayaan. Dan banyak lagi.

Itu pastinya tidak termasuk dengan layanan baik kami kepadanya. Setiap kali makan, dia makan bersama kami. Dan seandainya kami makan di luar, dia akan makan dahulu bersama-sama ahli keluarga yang lain sambil saya memegang Rayyan Ariff kerana saya kurang selesa membiarkan orang lain kelaparan. Setelah dia siap, barulah Rayyan Ariff saya serahkan kepadanya dan giliran saya pula untuk makan.


Saya tidak melihat kekurangan pada pakej yang saya berikan kepadanya. Namun saya kecewa apabila Rayyan Ariff tidak mendapat pakej yang sama darinya.

Mungkin saya tidak boleh terlalu menghukum. Kerna mungkin pada hari kejadian dia sebenarnya masih sedang berduka kerana 4 hari sebelumnya, dia menerima berita bahawa anak saudaranya meninggal. Maka dia memilih untuk menonton TV sahaja demi menghiburkan hati.

Saya cuba mengetepikan rasa tidak puas hati di atas dasar kepercayaan. Namun bagaimana pula dengan dakwaan adik saya bahawa dia menonton sehingga 4 jenis sinetron dalam sehari sewaktu adik saya tinggal bersama tempoh hari? Bagaimana pula dengan dakwaan mommy bahawa dia tidak melakukan apa-apa untuk pembangunan Rayyan Ariff melainkan bernyanyi sahaja? Arhhh.. Kusut!!!

"I asked your maid about her work. She said she doesnt has to cook because you'll cook for Rayyan before you left for work. You and your husband also dont eat at home. She told me that the only thing that she needs to do is the laundry, which is of course done by the washing machine.. So she just need to do the folding and ironing. Taking care of Rayyan. Cleaning the house and of course, cook for herself. And I guess the house cleaning bit does not take much of her time because you're living in a condo and what mess can Rayyan do?? Obviously she just chose not to do the exercise on Rayyan.. Even when she's here, she was not paying attention. She was SMSing all the time.." Komen Sarjit pada saya dua bulan yang lalu.

Sarjit sebenarnya menyatakan ketidakpuasan hatinya apabila Rayyan Ariff tidak menunjukkan peningkatan yang menggalakkan walaupun sudah beria benar dia melakukan terapi pada Rayyan Ariff sedangkan sewaktu di bawah jagaan saya sepenuhnya, Rayyan Ariff berkembang pesat!

Saya tidak punya pilihan lain. Saya tidak mungkin menamatkan perkhidmatan Kak Paridah kerana saya tahu dia menjaga Rayyan Ariff dengan baik. Usai berbincang dengan hubby, kami mungkin akan terus menghantar Rayyan Ariff ke nurseri sebaik sahaja menemui nurseri yang sesuai. InsyaAllah kami akan memulakan pencarian dengan kadar yang segera.

Biar Rayyan Ariff dapat berkembang apabila berada di kelompok anak-anak lain. Peer pressure. Biar saya dapat ke pejabat dengan hati yang tenang kerana mengetahui anak saya tidak lagi dipaksa duduk diribaan sehingga kebosanan!

Ya Allah, seperti seringnya aku meminta, permudahkanlah perjalanan hidup Rayyan Ariff Ya Allah!!

Thursday, August 26, 2010

Dalam sunyi aku bersujud padaMu ya Allah..

Mohon dipermudahkan segalanya..
Kerana saat ini,
Segalanya bagaikan bercelaru..
Sesuatu yang asalnya teratur..

Wednesday, August 25, 2010

Kerna Kasih Giveaway!!! (Sticky post.. For new entry, please scroll down)

As I’ve mentioned in one of my post earlier, this Giveaway is actually as a token of appreciation for readers who have been following our miraculous journey of life .. On top of that, I also feel that parents can share their knowledge on stimulation activities for children through this Giveaway..

So, here we are!!

Rules and Giveaway Details:
1) Giveaway is open to all moms/dads/legal guardians having kids aged 0-3 years old.
2) Giveaway is open to Kerna Kasih Kita blog’s followers. Be one if you want to join this GA.
3) Giveaway is open to only Malaysian residents (non-Malaysian residents can join this giveaway but need to provide Malaysia address - for prize delivery).
4) Entry can be written in Bahasa Malaysia or English only
5) Giveaway will start from today and continue till 30th August 2010. Judging will be done starting from 31st August 2010 and winners will be announced on 4th September 2010 and the prizes will be delivered after hari raya.
6) We will select the winner by looking at the creativity and of course, the photo.
7) Judge’s decision is final and no correspondence will be entertained
8) Prizes for the winners are:
.
1st prize – 1 x Fisher-Price: Little Superstar: Bob N Beats Drum Set
2nd prize – 1 x Fisher-Price: Laugh & Learn: Storybook Rhymes
3rd prize winner – 1 x Fisher-Price: Brilliant Basics: Stacking Action Blocks

9) The organizer reserve the right to make changes, including change in prize, content, description, terms, etc. at any time without notice.
What should you do? Very easy peasy..

1. Post an entry about this contest with the title; Kerna Kasih Giveaway
2. Write a short essay on how you spend your days with your child e.g. dividing between work, house chores, quality time for your kid(s) and of course, the activities that you do with your kid(s) – sharing of stimulation activities for children will be given extra mark.. =)
3. Include your child’s photo in the post (only one photo). The photo should reflect one of the activities that have been described in your essay
4. Include a link to this contest page in your entry.
5. Leave a comment here with link to your blog post
6. Include the following details:

Baby’s name:
Mother's name:
Baby's DOB:
*
*
*
*
That’s all!! Happy writing!!! =)

Erti sabar yang terungkap apabila terpaksa menunggu..

Kali pertama berbuka di luar sepanjang Ramadhan kali ini adalah pada hari jumaat yang lalu. Selalunya, saya akan bertungkus-lumus di dapur namun sesekali, apa salahnya bertukar angin.
.
Agak sukar untuk mengawal Rayyan Ariff sepanjang tempoh itu. Tambahan pula saya jenisnya tidak suka makan dahulu sebelum orang lain, maka saya setia melayani Rayyan Ariff sehinggalah semua selesai makan dan bibik mengambilalih tugas melayan Rayyan Ariff.
.
Mahunya berjalan ke sana ke mari dan naik turun tangga sahaja. Satu-satunya waktu yang mana dia diam di kerusinya hanyalah ketika diberikan menu untuk diselak berulang kali dan apabila diberikan beg duit saya untuk diterokai segala isi di dalamnya.
.
.
Kali pertama saya melihat seorang anak kecil meneroka beg duit milik ibunya adalah pada Alesya, puteri tunggal Kak Pinut. Dalam hati hanya terdetik, “Rayyan Ariff masih belum pandai meneroka sebegitu, mengeluarkan segala jenis kad yang ada satu persatu..”
.
Namun kini, masa untuk Rayyan Ariff sudah pun tiba. Lewat. Sangat lewat jika berbanding daripada kanak-kanak lain seusianya. Namun lambat bukan bermakna dia tidak mampu.
.
Secara peribadi, saya seringnya mahukan sesuatu berlaku dengan secepat yang mungkin kerana saya benci menunggu. Namun menjadi ibu kepada Rayyan Ariff benar-benar mengajar saya tentang erti sabar.
.
Dia mengambil waktunya sendiri untuk melakukan segala-galanya.
Untuk meniarap.
Untuk bergerak dari satu point ke point yang lain.
Untuk bertepuk tangan pada lagu yang kita nyanyikan.
Untuk bersalam-salaman.
Untuk memberikan ciuman.
Untuk mengangkat tangan apabila namanya di panggil.
Untuk melambai sebagai tanda mengucapkan selamat tinggal
.
Biarlah. Walaupun lambat, waktunya tiba jua..
Inilah petanda bahawa sesuatu potensi itu tidak terbatas selagi diajar dan diasuh. InsyaAllah..

Tuesday, August 24, 2010

Janji tuhan itu pasti!

Apabila bercerita tentang seorang ayah dan anak lelakinya, pastinya banyak aktiviti yang terangka untuk dilakukan bersama. Begitulah juga dengan En.Hubby. Sedari kami mengetahui jantina bayi yang dikandung, hubby seringnya menyatakan inilah temannya ke surau nanti. Inilah temannya menonton saluran sukan nanti. Dan inilah juga teman yang akan di bawa ke padang bola dan ke mana-mana acara sukan pejabat yang akan disertainya kelak.
.
Dan harapan ini masih ada terletak pada Rayyan Ariff. Cuma keterbatasan fizikal Rayyan Ariff yang masih menjadi penghalang tika ini.
.

Alunan azan pada pelukan pertama di usia 17 hari @ PMC Bangsar..

Untuk seketika kini, kami seringnya membincangkan tentang perancangan memberi adik untuk Rayyan Ariff. Namun masih di fasa perbincangan. Saya sendiri akur dengan perancangan tuhan kerana Dia yang Maha Mengetahui. Tiada rasa kecewa kerana Dia pastinya lebih maklum bilakah masa yang sesuai untuk kami diberikan rezeki lagi.

"Mam, are you pregnant or is there any chance for you to be pregnant? If you are, you cant be in this room because you're exposing yourself to radiation." Kata petugas yang mengendalikan mesin CT Scan sewaktu saya sedang memegang dan menenangkan Rayyan Ariff beberapa jam sebelum pembedahan dilakukan ke atasnya tempoh hari.

Mujur saya masih belum berisi kerna jika tidak, pastinya saya tidak bisa bersama Rayyan Ariff sepenuhnya sepanjang tempoh getir itu. Sungguh Allah SWT itu maha mengetahui!

"Andai ada rezeki kita lagi, kalau boleh abang nak baby boy lagi.. Nanti boleh jadi kawan Ian.."

Saya cuma tersenyum. Lelaki atau perempuan, kehadiran cahayamata sebenarnya sangat membahagiakan. Anak perempuan pastinya comel dengan keletahnya yang tersendiri dan anak lelaki pastinya tampan dengan karektor lasak yang ada.

Sejujurnya saya masih punya rasa takut untuk sekali lagi melalui proses kehamilan setelah melalui satu siri kehamilan yang penuh dengan perkara yang tidak dijangka. Namun kerana menurut doktor kisah Rayyan Ariff terjadi secara rawak sahaja tanpa dipengaruhi oleh faktor genetik, maka kemungkinan kami untuk memperolehi anak yang sihat adalah tinggi. Selebihnya, kami hanya mampu berserah pada Yang Maha Esa sahaja.

Sebetulnya ketakutan saya bukanlah terbatas pada kehamilan sahaja. Yang paling menakutkan adalah sekiranya kasih sayang dan perhatian kepada Rayyan Ariff berubah apabila ada yang lain perlu diberi perhatian.

Bagaimana dengan perasaan Rayyan Ariff sendiri sekiranya hanya adiknya sahaja yang di bawa ayah ke padang bola? Bagaimana reaksi Rayyan Ariff apabila kami berbicara dan bergurau dengan adiknya sedangkan tidak dengannya.

Mungkin saya silap kerna berfikiran begini. Kerana seperti anak-anak lain, dia juga punya perasaan untuk bergurau senda dan bermain-main dengan kami. Semalam, sewaktu mahu menidurkannya, Rayyan Ariff yang sedang meniarap dengan kepalanya mengiring ke kanan dalam keadaan mukanya tertutup, tiba-tiba sahaja dia mengangkat kepala, menyergah saya dengan kuat sambil menggigit manja lutut saya.

Apabila saya dan hubby ketawa, dia turut tertawa kegirangan dan kembali berbaring sambil menutup mukanya.. "Owh Rayyan dah tidur la bang.." Kata saya kepada hubby. Dan sekali lagi, dia mengulangi perbuatan yang sama. Beberapa kali.

Bermain peek-a-boo rupanya. Dan kami beberapa kali tertawa dengan keletah lucunya.

"Hadir Ian membahagiakan. Hadir Ian adalah satu nikmat. Nikmat Allah SWT yang sangat besar. Selamanya Ian anak kami yang membahagiakan.." Ucap saya kepada Rayyan Ariff yang masih dengan senyuman dan tawanya.

"Tiada istilah anak kelas ketiga. Anak tetap anak walau bagaimana asal kejadiannya." Ujar hubby dengan yakin.

Moga dia berpegang pada kata-katanya. Kini dan selamanya.

Rangkulan yang menenangkan..

"Mommy, kalau dah ada cucu lain nanti sayang lagi tak pada Rayyan?" Soalan.

"Mestilah sayang. Tambah pula dengan keadaan dia, mestilah dapat tempat yang istimewa.." Jawapan.

Mudah-mudahan.

Untung nasib seseorang manusia tiada siapa yang mengetahui melainkan Dia. Siapa tahu, anak yang sama ini bakal menjadi pemain boal sepak terkenal suatu masa nanti.. Atau mungkin juga seorang imam..

Janji tuhan itu pasti!

Monday, August 23, 2010

Anak syurga dan kembali meneruskan perjuangan seperti biasa..

Hari khamis yang lalu, saya tiba di rumah agak awal dan saya tidak perlu memasak kerna En.Hubby tiada, dan dua rakan karib saya akan berbuka di rumah kami bersama dengan nasi kerabu yang dibeli di pasar ramadhan Desa Pandan. Memandangkan tiada apa-apa yang perlu saya lakukan, terus sahaja saya membawa Rayyan Ariff berjalan di kawasan sekitar kediaman kami.
.
Tiba-tiba kami dihampiri oleh seorang lelaki, "Ni anak syurga, ni.. Besar pahala jaga dia ni.." Ujar lelaki yang mungkin di awal 60an itu sambil menggosok-gosok kepala Rayyan Ariff. Dari lagaknya, dia mungkin baru pulang dari surau dengan kopiah yang masih di kepala, berbaju melayu dan berkain pelekat..
.
Saya cuma tersenyum dan berkata, "InsyaAllah, berkat doa pakcik.." Sambil saya terus berlalu mengikut langkah kaki Rayyan Ariff sambil kedua-dua belah tangan ini masih menuntun tangan kecil milik Rayyan Ariff. Rayyan Ariff hanya melemparkan senyuman manisnya buat lelaki tua itu.
.
Saya tidak tahu mahu memberikan reaksi bagaimana pada pakcik tadi kerna saya tidak menyangka dia akan memberikan ungkapan itu kepada Rayyan Ariff. Dan sepertinya, ini bukan kali pertama dia melihat Rayyan Ariff.
.
Habis tentang itu.
.
Kami kembali meneruskan sesi terapi yang tertinggal. Dan rumusan yang kami dapat pada sesi terapi pertuturan dan fisioterapi Rayyan Ariff pada kali ini ialah:
.
"It's not that he cannot imitate sounds that we produced, but he doesnt find the need to do so because when he wants something, he just need to pull our hands and point it to the thing that he wants. Since we could understand him, he's comfortable with the way that he invented. He's pretty smart actually.. So, it's our duty to encourage him to talk.."
.
OK fine. Mama tunggu sampai kamu rajin. =)
.
"Hmm.. See.. The moment we let him sit on his own, he wont go into crawling position, to him, why should I crawl or walk which is pretty hard and can expose myself to danger, compared to the way I've invented; shuffling on my bottom. Broader base and definitely easier. What a smart way to escape the crawling part because he still can go from point A to point B using his own way.."
.
OK fine. Mama tunggu lagi. Dan mama takkan mengalah kerana mama tahu kamu pasti boleh melangkah sendiri. Sabar.
.

Making him to make sound..

Tengok, sempat pause therapy semata-mata nak senyum to camera.. :P

Rayyan Ariff sentiasa memberikan muka 'pelik' setiap kali melihat bayi dan anak sebayanya.. Mungkin kerana dia kurang bergaul dengan anak-anak seusianya. Kerna itu, kami mungkin akan menghantar Rayyan Ariff ke nurseri untuk memberi lebih pendedahan kepadanya. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu untuk 3-4jam sehari. InsyaAllah, by October..

Menikmati makan tengahari di dalam kereta sementara menantikan sesi fisioterapi..

Anak botak saya yang super comel!!

Alhamdulillah, he's back to his usual self. Mujur tiada further brain damage dari episod foreign body failure yang lalu. Rezeki Allah SWT. Seperti yang saya ingatkan diri saya sebelum ini, tuhan uji Rayyan Ariff dengan kesakitan hanya beberapa hari.. Namun Dia memberikan nikmat sihat kepada Rayyan Ariff sudah bertahun dan InsyaAllah, untuk berpuluh-puluh tahun lagi yang bakal mendatang. Aminnn..

Friday, August 20, 2010

Memilih untuk melahirkan atau terpilih untuk melahirkan?

Saya seringnya merasa blog ini adalah blog picisan. Saya pun sememangnya tiada inisiatif untuk mempromosikan blog ini kerna sesuatu sebab yang sukar untuk saya huraikan di sini. Malahan, sewaktu saya masih menulis blog di Friendster, saya hanya meninggalkan blog itu begitu sahaja. Berpindah ke Kerna Kasih Kita tanpa memaklumkan kepada kawan-kawan di sana. Melarikan diri. Itu perkataan yang tepat sebenarnya. Malahan sehingga ke hari ini, saya tidak meletakkan url blog ini pada laman fb. Entahlah. Sukar sekali untuk saya menghuraikan sebab musababnya.
.
Namun yang saya perhatikan pada statistik nuffnang kebelakangan ini, visitors blog ini seringnya mencecah ke angka lebih 1000 dalam satu hari. Dan yang ada di dalam minda saya saat melihat angka ini hanyalah satu bisikan, "Andai setiap satu dari mereka ini mendoakan Rayyan Ariff, sudah ada 1000 doa untuknya.. Moga esok akan ada lebih dari 1000 doa untuk Rayyan Ariff.."Begitulah setiap hari yang berlalu. Sungguh, saya sangat menghargai jalinan ukhuwah ini! Alhamdulillah.. *Apalah sangat dengan 1000 pengunjung sehari berbanding Kak Di & Kak Pinut yang ada 4000 pengunjung sehari.. Hahhaha..*
.
Berbalik kepada tajuk di atas.
.
Sebetulnya beberapa hari yang lalu, saya didatangi oleh teman sepejabat yang bertanyakan keadaan Rayyan Ariff kerna semestinya sebagai ketua, dia sedia maklum penyebab saya terpaksa mengambil cuti kecemasan selama 3 hari kerana pembedahan Rayyan Ariff pada minggu lalu.
.
"If you dont mind, may I know since when did you know about Rayyan's condition?" Soalan seterusnya dari dia.
.
"Not at all.." Dan saya seterusnya menyambung cerita. Dia sebenarnya agak baru di sini. Kerana pada teman-teman sepejabat yang mengenali saya dari zaman bujang sehinggalah sekarang, mereka sedia maklum tentang cerita saya. Sedar tak sedar, sudah 5 tahun saya di Suruhanjaya ini.. =P
.
Satu persatu kisah Rayyan Ariff saya kupas. Sedari awal sehinggalah sekarang. Sebenarnya ada rasa panas menyerbu ke muka sewaktu menerima pertanyaan ini. Bukan kerana malu namun lebih kepada takut dipersalahkan. Kerna sebelum ini, sering sahaja keputusan kami melahirkan Rayyan Ariff dipertikaikan atas alasan "Mengapa tega melihat penderitaan seorang anak kecil? Sesuatu yang tidak adil untuk anak itu sendiri.."

Namun sangkaan saya silap apabila dia menjawab, "You should be proud of yourself and your son that he has came this far.." Alhamdulillah, satu lagi sokongan buat kami.

Kemudiaannya, ketua jabatan saya pula bertanya tentang kondisi Rayyan Ariff. Maka saya ceritakan serba sedikit. "Is there any possibility that it might happen again? Anything that we can do to prevent it from happening?"

"Too bad that there's nothing we can do. It's a life-long desease and foreign body will remain as a foreign body." Mulut menjawab namun hati masih berdebar andainya dia juga menyalahkan keputusan kami.

"Well, we will never know what lies in the future. May God gives all of you another miracle to rely on" Jawab wanita berbangsa india itu.

Mungkin saya yang terlebih paranoid. Mungkin saya yang banyak berprasangka. Kerna sebenarnya ramai yang menyokong saya. Anda yang mendoakan kami, teman-teman yang menerima dan menyayangi Rayyan Ariff seadanya.. *Mak Eiy, thanks coz sudi buat fisio Ian last nite* dan semestinya, kaum keluarga yang menjadi tulang belakang kami. Saya bersyukur kerana berada di dalam lingkungan keluarga dan teman yang tidak membiarkan kami keseorangan sepanjang perjuangan ini.
.
"Kak, kalau nak bawak Rayyan gi therapies on weekdays bagitau la Abe, nanti Abe bawak. Bgtau awal so Abe bleh arrange.." Kata abang saya.
"Kak, air zamzam ada lagi tak untuk Rayyan? Kak Nie nak bagi ni tapi belum ada kesempatan nak tengok Rayyan.." Tanya sepupu saya yang berada di Kajang, dia sudah lebih kepada seorang kakak pada saya.
"Jiey, kalau ada apa-apa bagitau je la Kak Fara.." Ujar kakak ipar saya.
Dan banyak lagi yang tidak dapat saya senaraikan di sini..
Kunjungan.
Doa.
Panggilan telefon.
Kata-kata semangat.
Solat sunat hajat.
Keluarga superkids.
Alhamdulillah.. Semua ini rezeki Rayyan Ariff!
.
Kisah kelahiran Rayyan Ariff? Ada di sini: "Kelahiran yang dinanti" dan "Setahun yang lalu; 1, 2, 3 & 4"
.

Terima kasih tuhan!

Kenapa kami memilih untuk melahirkan Rayyan Ariff? Segalanya terjawab di entri "Hanya seorang ibu"

Thursday, August 19, 2010

10 hari selepas pembedahan.. Semoga tiada apa-apa yang serius..

Seperti yang telah saya nyatakan di dalam entri INI, Rayyan Ariff mendapat serangan sawan sebaik kami dibenarkan pulang dan waktu itu, kami masih berada di dalam kereta. Semuanya berlaku begitu pantas. Dan dalam keadaan separuh menangis, saya begitu tidak tentu arah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Seperti yang saya katakan, melihat sumber kekuatan saya di dalam keadaan terbaring lesu membuatkan saya 'hilang' seketika. Mujur ada kakak ipar saya bersama dan sebaiknya menenangkan hati ini..
.
Kesesakan lalulintas sedikit sebanyak menjadi penyumbang namun mujurlah kami masih tidak begitu jauh dari Bangsar. Kami terus sahaja berpatah balik ke hospital dan sekali lagi membawa Rayyan Ariff ke bahagian kecemasan. Semasa kami tiba di sana, Rayyan Ariff masih belum sedar dan kelihatan pucat dan penat sekali.
.
Setelah perbincangan dilakukan dengan kedua paediatrician dan neurosurgeon Rayyan Ariff, kami merumuskan mungkin serangan ini terjadi kerana Rayyan Ariff tertinggal mengambil Epilim selepas pembedahan dilakukan. Walaubagaimanapun, kami diminta untuk ke SDMC untuk pemeriksaan lanjut oleh neurologist Rayyan Ariff pula dan kami juga bersetuju sambil memilih untuk tidak memasukkan Rayyan Ariff ke dalam wad kembali.
.
Malamnya, suhu badan Rayyan Ariff naik sehingga 37.6 dan saya segera memberikan dia Paracetamol. Namun gelagatnya seperti biasa, malah lebih aktif! Mengesot ke sana ke mari bagaikan tiada masalah. Mengeluarkan satu persatu permainannya dan dia penuh dengan gelak ketawa. Betapa gembiranya dia kerna dapat pulang ke rumah.
.
Esoknya, kami membawa Rayyan Ariff ke SDMC untuk bertemu dengan Dr.Sofiah. Kerna maklum bahawa klinik Dr.Sofiah selalunya penuh, maka kami hanya bergerak ke sana jam 1100am.
.
Rayyan Ariff @ SDMC, Subang Jaya. 11.8.2010
.
Melalui perbincangan dengan Dr.Sofiah, dia juga berpendapat bahawa serangan itu terjadi kerana kekurangan epilim di dalam badan Rayyan Ariff. Walaupun sebelum ini Rayyan Ariff pernah tertinggal mengambil ubat itu untuk beberapa hari, namun ianya tidak menjadi isu besar kerana dia tidak menjalani apa-apa pembedahan. Dengan pembedahan dan tanpa ubat, satu bahagian pada otaknya membengkak seterusnya menghasilkan sawan yang teruk.
.
Salah saya di situ. Kerna saya tidak begitu mengambil berat tentang ubat Rayyan Ariff. Oleh kerana dia tidak pernah mendapat serangan sebegitu, tidak sesekali saya menyangka ianya akan terjadi. Malahan, saya sebenarnya menyangka sawan jenis 'sudden silence' yang dialaminya sewaktu masih bayi sudah tiada. Saya sebetulnya tidak suka dengan fakta bahawa anak saya perlu mengambil dadah dan bahan kimia setiap hari. Namun kini saya mengerti kepentingan dadah itu pada Rayyan Ariff.
.
InsyaAllah dalam masa 2 bulan lagi, kami akan melakukan ujian EEG sekali lagi untuk mengesan aktiviti otak dan sama ada gelombang otaknya sudah kembali seimbang. Dan kali ini, dos Epilim Rayyan Ariff juga sudah ditingkatkan.
.
Rayyan Ariff? Seperti biasanya, dia masih penuh dengan senyuman. Masih dengan aktivitinya. Masih dengan kegemarannya. Jahitan telah dibuka pada hari isnin yang lalu dan menurut doktor lukanya baik-baik sahaja. Sudah bercantum.
.
Mainan kegemaran Rayyan Ariff - remote control!
.
Namun semalam, sewaktu mahu keluar ke pejabat pada paginya, saya dimaklumkan oleh bibik bahawa luka jahitan Rayyan Ariff berdarah. Dan di bajunya juga terdapat kesan darah itu.. Aduhhh.. Sangat merunsingkan! Saya risau andainya bahagian itu terkena jangkitan. Jangkitan kuman adalah sesuatu yang sangat-sangat perlu kami elakkan kerna sekiranya ia terjadi, ia bermakna seluruh sistem itu perlu ditukar! Nauzubillahhh..
.
Hati bagaikan berbelah bahagi, sama ada mahu ke tempat kerja dahulu dan pulang pada waktu tengahari atau terus sahaja membawa Rayyan Ariff ke klinik dan masuk sedikit lewat ke pejabat. Sungguh beban kerja menimbun, apa lagi saya sudah 'bercuti panjang' sebelum ini!
.
"Bawaklah dia terus.. Risau saya tengok.. Kasihan dia.. Kita tidak tahu gimana nya nanti.." Kata bibik kepada saya..
"Siaplah. Kita ke klinik." Sambil hati berbisik, tolong jangan mengira dengan anak, tolong jangan berkira-kira!
.
Di klinik, luka Rayyan Ariff dicuci, namun ianya telah kering. Doktor memaklumkan kepada kami agar mencuci luka itu dengan air suam sekiranya ia berdarah lagi. Dan menurutnya juga luka itu sudah bercantum, mungkin berdarah kerana Rayyan Ariff tidur lasak ataupun menggaru-garu tempat itu.
.
Aktiviti semalam.. Habis satu kotak tisu!
.
Sekarang ini, saya hanya menyapu minyak ke atas bahagian luka itu kerana sememangnya kami tidak dibekalkan dengan sebarang ubat. Dan apabila melihatnya, bagaikan ada cebisan daging yang keluar. Seriau. Mungkin cara jahitannya begitu. Entahlah.
.
Sup ikan haruan masih lagi menjadi santapan Rayyan Ariff untuk beberapa hari ini. Saya pun tidak pasti apa lagi cara yang ada agar lukanya itu sembuh sepenuhnya dengan kadar yang segera.. =(

Wednesday, August 18, 2010

Sebelum dan selepas pembedahan Rayyan Ariff yang kuat..

Seperti yang saya nyatakan di dalam entry sebelum ini, jadual hari sabtu Rayyan Ariff sememangnya padat. Kami meninggalkan rumah sedari jam 800am dan hanya tiba di rumah pada jam 600pm. Sewaktu di dalam kereta, Rayyan Ariff yang mula menggosok-gosok mata dengan agak kuat. Naluri ini mula berkata-kata bahawa episod muntah-muntah akan bermula. Seterusnya Rayyan Ariff terlena.
.
Dan telahan saya tepat. Setibanya kami di rumah, Rayyan Ariff mula muntah. Mengantuk dan tertidur. Bangun untuk muntah, memukul-mukul kepala, menggosok-gosok mata tanda ada yang tidak kena sebelum kembali tertidur. Perlakuan ini berulang sehinggalah jam 12 tengah malam dan kami seterusnya mengambil keputusan mengejarkan Rayyan Ariff ke hospital memandangkan tiada tanda-tanda bahawa ianya akan berhenti.
.Kembali terlena selepas muntah..
.
Tempoh 6 jam sebenarnya agak lama. Mengapa kami tidak membawa Rayyan Ariff ke hospital lebih awal? Kerana seperti yang telah saya maklumkan di dalam entri ini.. Kerna tidak mahu ianya menjadi satu lagi episod 'tarik-tali' Rayyan Ariff. Kembali tersenyum sebaik sahaja tiba di hospital. Maka kami mengambil keputusan untuk 'tunggu dan lihat' terlebih dahulu..
.
Setibanya kami di bahagian kecemasan Pusat Perubatan Pantai, Rayyan Ariff terus diperiksa oleh Doktor yang bertugas.
"I think it's the device.. It's a bit hard at the end of it.." Ucap doktor itu.
"No doctor, please tell me it's not the device! I cant afford to see his head being cut open again!" Membalas dengan mata yang mula berair.
"We need to do a CT Scan on him to get a confirmation. I'll discuss this matter with his neurosurgeon at the same time."
.
Saya terus membawa Rayyan Ariff ke pusat diagnostik. Mulanya, kami menyangka bahawa ianya adalah satu tugas yang sukar untuk melakukan ujian imbasan itu kerana Rayyan Ariff sememangnya tidak bisa duduk diam walau sebentar. Beberapa kali kami mencuba namun gagal.
.
"Let him sleep first and we'll try again, I dont want to start the machine and get him exposed to the radiation unncessarily. We'll only do it once he's ok. You just put on the jacket to cover yourself up and get ready." Arah petugas yang mengendalikan mesin itu.
.
Namun dalam masa 15minit sahaja, kami berjaya melakukan CT Scan pada Rayyan Ariff kerna dia kembali di dalam lenanya yang dalam. Saat itu, perlahan-lahan dia sebenarnya sudah tidak sedarkan diri..
.
Ujian imbasan
.
"Puan, confirmed. The device got blocked and not functioning anymore. I've discussed it with his neuro surgeon. We'll do the surgery as soon as possible. Doctor is on his way.." Ucap doktor kedua yang memeriksa Rayyan Ariff sambil tangannya memegang imej CT Scan.
"Cant we wait first? Who knows he might get better in just a few hours." In denial.
"Puan, when a specialist rushed to the hospital 4am in the morning, you should be able to tell your son's condition.." Ucap doktor wanita itu sambil tersenyum.
Ya saya patut tahu. Namun saya bagaikan tidak sanggup.
.
"But look at the bright side, the device has been working well. 2 years are surely long enough.." Sampuk doktor lelaki itu, cuba menenangkan.
Saya hanya tersenyum tawar.
"Doctor, do whatever you need to do to save him. Because the next surgery that we are going to do on him will be in 30 to 40 years from now. Or maybe he doesnt has to go through it again at all.." Masih tersenyum.
.
Mencari urat-urat yang halus...
.
Cubaan mencari urat Rayyan Ariff agak sukar kerana ianya seakan-akan pecah kerana dalam usia semuda ini, sudah berkali-kali urat-uratnya dicucuk untuk dimasukkan ubat ataupun drip untuk pembedahan sedari di NICU.
"Doctor, are you sure you found it? I know that it's very hard to find a nice one. I just dont want him to be poked so many times.."
"Honestly we're just going to give it a try. Since you're not comfortable with it, we're not going to do it. We'll leave it to the anesthesiologist to do it so he wont be hurt so many times." Balas doktor itu dengan nada yang cukup menyenangkan.
.
Setelah Dr.Wong, neuro surgeon yang akan melakukan pembedahan itu tiba, saya bertegur sapa dengannya. Menjawab beberapa soalan yang dia kemukan.
"When was the last time I saw you?"
"It has been a while. We're supposed to see you in December but we've discharged ourselves.." Membalas dengan sedikit rasa bersalah.
"Eh, I thought I've just seen you recently.." Doktor membalas.
"You must have mistaken me for some other pretty lady.." Sekadar berjenaka.
.
Setelah dokumen ditandatangani, Dr.Wong menerangkan risiko pembedahan satu persatu. Jantung berdegup kencang mendengar tutur kata doktor itu. Setelah itu Rayyan Ariff di bawa pergi ke dewan pembedahan.
.
Selamat berjuang wahai anak..
.
Saya terus sahaja menelefon En.Hubby yang baru sahaja pulang ke rumah untuk mengambil keputusan ujian imbasan yang lama atas permintaan doktor, untuk dijadikan peerbandingan.
"Abang, it's Ok. They dont need the film. Nak terus operate.. Abang datang lepas subuh je la.."
"Tak sempat la abang jumpe Ian.."
"It's ok bang.. He's going to be OK. But next time we need to be fast la.. Jangan tangguh-tangguh bawak dia gi spital.. Eventhough it's going to be hundreds of false alarm.."
"Ok"
.
Talian diputuskan dan saya terus ke ruang menunggu. Walaupun mata terasa berat namun untuk tidur bukanlah sesuatu yang dapat saya lakukan. Bersendirian di dalam ruang menunggu membuatkan hati ini tidak keruan. Dari luar, kedengaran lagu Matahariku berkumandang dari radio pengawal keselamatan yang sedang bertugas..
"Ya Allah, kembalikanlah senyuman pada matahariku.." Mulut dan hati serentak berdoa.
.
Setelah seketika, saya menghantar SMS kepada abang saya yang menunggu di bawah dan meminta dia menghantar kakak ipar saya pulang dahulu. Tentunya mereka sudah penat kerana sedari jam 1200am lagi mereka keluar dari rumah dan menyertai kami. Syukur Alhamdulillah di atas pertalian kekeluargaan ini.
.
Kerana tidak keruan juga saya mula menghantar SMS dan mengemaskini status di FB meminta doa dari teman-teman buat Rayyan Ariff. Mahu ke surau, saya di dalam keadaan uzur. Maka terus sahaja saya duduk di situ.
.
Menghampiri jam 7 pagi, saya diberitakan oleh pengawal keselamatan bahawa pembedahan berjaya. Dan saya diminta untuk menunggu Rayyan Ariff di wad. Saya terus sahaja ke wad. Setibanya saya di wad, jururawat memaklumkan bahawa doktor mencari saya di ruang menunggu untuk menerangkan tentang pembedahan. Saya terus sahaja bergegas ke sana bersama En.Hubby.
.
Hanya seorang yang dibenarkan masuk dan kerana En.Hubby maklum bahawa Rayyan Ariff adalah mama's boy, dia mengalah dan kembali ke wad. Sebaik tersedar dan mendengar suara saya, Rayyan Ariff tersedar dan menangis minta diangkat. Terus sahaja saya mententeramkannya. Menghampiri jam 800am, katil Rayyan Ariff disorong ke wad.
.
Dan seperti seringnya, anak ini sememangnya kuat. Dia terus sahaja bangkit dari pembaringan dan duduk bersila. Kerana bius yang masih bersisa, dia terhoyong hayang sepanjang katilnya ditolak. Saya memujuknya untuk berbaring namun dia enggan. Sudahnya, sepanjang perjalanan dari tingkat 2 ke tingkat 5, dia hanya duduk di katilnya sahaja. Sungguh bagaikan tidak dibedah!
.
Kelaparan kerana perutnya kosong sedari jam 6pm.
.
Muka serius mama yang sedang menjawab panggilan mereka yang bertanyakan keadaan Rayyan Ariff. Terima kasih!
.
Abang saya terus sahaja pulang ke rumah apabila menyaksikan Rayyan Ariff di dalam keadaan baik-baik sahaja. Seterusnya, kami menerima kunjungan dari rakan-rakan dan kaum keluarga. Terima kasih Mama Put, MommyLyna, Mummy Nadime & Alanna, Ibu Nabila, Auntie Chah dan ramai lagi. Terima kasih teman!
.
Hari pertama itu, Rayyan Ariff hanya tersenyum dan tidak mengeluarkan sebarang suara. Kepada semua yang datang menziarah, hanya lambaian "bye-bye" sahaja yang diberikannya. Mungkin dia pelik kenapa ramai yang datang melihatnya tiba-tiba. Dan dia juga masih kelihatan penat dan mengantuk. Sudahnya, kami mengambil kesempatan tidur sepuas-puasnya.. :P
.
.
Hari kedua, Rayyan Ariff sudah kembali aktif. Sibuk mahu dipimpin ke sana dan kemari. Penat pula melayan kerenahnya kerana dia bagaikan bosan terkurung di dalam bilik. Mahunya berulang-alik turun naik menaiki lif. Bermain air juga menjadi perkara wajib buatnya. Pantang ada yang memasuki bilik air, pantas mulutnya berbunyi, "Aaiiiiirrr.."
.
Doktor sangat berpuas hati dengan keadaan Rayyan Ariff. Tiada muntah-muntah dan kembali makan dan bermain seperti biasa. Mujurlah abah rajin melayan cucunya ini. Abah saya juga tidak ketinggalan menjadi orang kuat di sebalik cerita ini selain daripada abang dan kakak ipar saya.
.
Kami diminta untuk tinggal satu malam sahaja lagi demi menghabiskan antibiotik. Keesokan harinya, jam 400pm kami dibenarkan pulang.
.
Namun cerita ini tidak habis di sini sahaja. To be continued.. :-)
.
P/s - Pagi ini ada kesan darah pada luka jahitan Rayyan Ariff. Mungkin kerana tidurnya yang lasak.. *sigh*