Saturday, March 14, 2009

Setahun yang lalu (3)

Hari ini, saya menerima fax dari klinik Dr. Siti. Surat rujukan untuk diberikan kepada Dr. Raman. Saya buka dengan cermat. Setiap patah kata yang tertulis, saya baca dengan teliti. Laksana pelajar yang bakal menduduki peperiksaan besar. Tahulah saya terma sains yang digunakan bagi kelainan yang ada pada bayi yang saya kandung. Beban kerja yang sedikit berkurang pada hari ini memberi ruang untuk saya mencari maklumat berkaitan penyakit itu. Berbekal surat rujukan di tangan, saya google..
.
Maklumat yang saya perolehi saya baca satu persatu.. "Ya Allah, besarnya dugaan yang kau berikan padamu.. Mampukah aku menghadapinya Ya Allah??" Hati bertanya, berulang kali.
.
It affects one in 1,000 live births..
Destroyed brain tissues..
Genetic..
Virus infection..
Hearing problem..
Vision problem..
Motor skills problem..
dan beberapa lagi gejala yang menakutkan..
.
Membimbangkan.. Tapi semuanya bergantung pada tahap keseriusan pada pesakit itu sendiri. Mungkin keadaan Rayyan Ariff tidak membimbangkan. Lagipun, dia seorang bayi yang aktif. Cukup suka bergerak dan menendang. Masih ada harapan. Detik hati saya..
.
Lambatnya selasa.. Temujanji dgn Dr. Raman yang akan membuat pemeriksaan terperinci..
.
P/s - Bersambung lagi.. Hingga hari selasa nanti ya.. :P

3 comments:

PuteriSatu said...

salam kenal dari akak n family....terasa excited nak tahu perjalanan cerita ni selanjutnya....

Jiey^Mien said...

Salam kenal kak.. Citer dia panjang kak.. Hahhaha..

Saya pun tgh suspen nak tau apa yang jadi seterusnya.. Sekarang Ian baru umur 10 bulan, kalau 20 tahun dari sekarang macam mana la agaknya yea.. =)

aisyan said...

semuga Allah memberi kesihatan yg baik utknya..