Monday, November 30, 2009

Bulan terakhir di tahun 2009..

Sekejap sahaja kita sudah hampir memasuki bulan Disember. Terasa sekejap benar masa berlalu.. Seakan baru sahaja Januari menjenguk kita semalam.. Bagaikan baru sahaja saya menaip entry "Segala cinta yang ada" sebagai recap tahun 2008, dalam masa 30 hari sahaja lagi, saya akan membuat recap untuk tahun 2009 pula. Pantas benar masa berlalu! *Salah satu tanda kiamat hampir tiba*
.
Hari yang berlalu pastinya terasa pantas apabila kita bersama keluarga dan teman-teman yang tersayang. Kalau di dalam sehari bisa punya lebih dari 24 jam, saya mahu!! Agar saya punya lebih masa untuk bersama dengan wajah-wajah yang seringnya membuat jiwa saya tersenyum..
.
Aidil Adha 1430 Hijrah @ Kota Bharu..
.
Ini juga bermakna, tidak lama lagi saya akan kembali ke pejabat. Otak sudah terasa berat memikirkan hakikat mahu meninggalkan Rayyan Ariff di bawah jagaan dan asuhan orang lain. Namun apakan daya, inilah harga yang terpaksa kami bayar untuk sebuah keselesaan.
.
Melihatkan setiap satunya pencapaian Rayyan Ariff, saya tahu tangan sayalah yang paling sesuai untuk terus mendidik dan membimbing dirinya. Semoga saki baki cuti yang ada ini dapat saya manfaatkan semaksima yang mungkin untuk pejuang kecil yang sungguh istimewa ini..
.

Rayyan Ariff agak moody kerana baru sahaja bangun dari tidur.. :P.. Kebiasaannya, tidak susah untuk mendapat kerjasama darinya menyusun gelung itu satu persatu! Inilah anak bijak saya! Sudah pandai.. =)
.
Memikirkan kehidupan hectic yang bakal kami tempuhi sekali lagi apabila saya kembali bekerja nanti, hati terdetik.. Alangkah bagusnya kalau saya dapat menyaksikan anak ini berjalan dengan sendirinya sebelum saya mula bekerja. Namun apakan daya, perjalanan anak ini masih jauh. Dan kami hanya mampu bersandar pada usaha dan tawakal kepadaNya. InsyaAllah, mohon terus dipermudahkan segalanya.. Aminnn..
.
P/s - Kot tetiba Allah SWT murahkan rezeki, takyah mama keje lagi, kan best Ian? Cam Kak Pinut kata, dapat cabutan bertuah sijil simpanan premium.. Hahahhaa.. Tapi sure tak cukup gak utk cover medical cost kan? :P

Saturday, November 28, 2009

Kemeriahan Aidil Adha..

Alhamdulillah, kami selamat tiba di Kota Bharu pada jam 4 pagi setelah mengharungi perjalanan selama 10 jam. Mujurlah Rayyan Ariff baik2 sahaja sewaktu di dalam kereta. Tidak meragam.
.
Cuma sayalah yang lenguh-lenguh kerana terpaksa memangku tubuh kecil itu selama sepuluh jam. Kerana ibubapa mertua saya mahu mengikut kami beraya di sini, carseat Rayyan Ariff terpaksa ditinggalkan. Aduhhh.. Memang penat! Sudahlah dia hanya mahu dipangkuan mamanya sahaja, memang tidak boleh bergilirlah jawabnya..
.
Aidil Adha kali ini disambut meriah. Tetamu memenuhi rumah hingga ke malam hari. Sate yang dihidangkan bersama nasi impit dan kuah kacang hanya tinggal kuahnya sahaja. Spagetti bolognaise dan pasta carbonara juga tidak bersisa. Bihun dan mee goreng serta buah-buahan juga sama.
.
Namun baju raya saya dan Rayyan Ariff masih elok tergantung. Hanya hubby sahaja berbaju melayu maroon semalam. Tidak sedondonlah kami kali ini kerana Rayyan Ariff muntah-muntah dek penangan batuk dan selsema yang kuat. Mujur tiada demam. Semalam, hampir jam tiga pagi barulah Rayyan Ariff dapat melelapkan mata. Mungkin kerana sukar bernafas atau mungkin sahaja badan masih lenguh kerana perjalanan yang jauh.
.Mungkin Rayyan sukar tidur kerana rindu pada katilnya, dan juga katil mama.. :P
.
Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya mengambil tiket kapal terbang untuk pulang nanti agar Rayyan Ariff tidak kepenatan, namun abah menghalang. Sudah saya terangkan, mengikut doktor, InsyaAllah alat yang terpasang pada Rayyan Ariff tidak akan berhenti berfungsi hanya kerana tekanan menaiki pesawat, namun abah tidak mahu kami mengambil sebarang risiko. Akur sahaja. Lagipun, kata-kata orang tua..
.
Hubby dan PIL akan pulang pada hari esok manakala saya dan Rayyan Ariff akan menyusul bersama abang saya pada hari rabu nanti. Memberi lebih masa untuk Rayyan Ariff berehat. Lagi pula, hanya kami bertiga.. Selesalah Rayyan Ariff berada di dalam carseatnya nanti.. =)
.
Saya sendiri sudah kepenatan kerana tidak cukup tidur. Hidung pula mula selsema, berjangkit dari Rayyan Ariff. Sekejap lagi, abah akan pulang membawa daging korban. Tahun ini mommy dan abah yang sepatutnya korban tetapi abah memberikan bahagiannya kepada saya dan mommy. Petang semalam, sepatutnya kami ke tempat akad jual beli namun saya dan mommy hanya wakilkan kepada abah sahaja. Penat.
.
Encik hubby dan adik beradik saya yang lain terpaksalah turun padang mencuci daging nanti.. Sebelah petang pula, kenduri akikah anak sepupu saya. Namun saya dan Rayyan ARiff akan berada di rumah sahaja.. Tidak mahu membawa Rayyan Ariff keluar selagi dia belum benar-benar pulih. Lagi pun, semalam sudah tiga kali anak ini muntah. Dengan batuk2 yang masih belum reda, bimbang dia akan muntah lagi.. Jalan terbaik, tunggu sahaja tetamu di rumah.. =)
.
P/s - Banyak blog yang turut 'bercuti' sempena hari raya.. :P

Friday, November 27, 2009

Salam Aidil Adha..

Buat semua teman-teman..
.
Love,
Kerna Kasih Kita..
=)

Thursday, November 26, 2009

Jika kau tiada..

Rayyan Ariff is down with flu again.. Sudah agak lama dia bebas dari selsema dan batuk, namun hari ini, anak bujang saya tewas lagi.. =(
.
Rasa bersalah membuak-buak di hati.. Saya tahu kenapa Rayyan Ariff selsema. Sebelah pagi semalam, saya membawa dia berenang. Lebih awal dari biasa iaitu jam sepuluh pagi. Air masih sejuk dan setelah beberapa ketika, bibir Rayyan Ariff membiru kesejukan.. Kasihan..
.
Usai berenang, ada seorang pakcik berbangsa cina yang memangku cucunya menegur kami, "Tidak sejukkah? Saya membalas dengan senyuman, "Sebab sejuklah kami berhenti.."
.
Seharusnya saya menunggu sehingga keadaan agak panas sedikit sebelum membawa Rayyan Ariff berenang. Tambahan pula, sekarang ini musim sejuk. Mentang-mentanglah cuaca semalam agak cerah dan terang, saya mula mengambil mudah tentang kesan yang bakal ditinggalkan oleh keadaan cuaca yang tidak menentu ini.
.
Sungguh saya sedih. Ibaratnya, saya terlalu menekan anak ini. Mahu segalanya berjalan lancar.. Mahu terus berlari tanpa henti.. Mahu mengejar segala-galanya. Malah sewaktu melihat Rayyan Ariff yang tidak berhenti-henti bersin, saya berikannya ubat sambil berkata, "Get well soon son, we have physio tomorrow.." Ahhh fikiran! Dangkal sekali kamu!!
.
Sudahnya, hati diselaputi rasa bersalah yang mendalam. Setiap kali tangan kecil itu menggosok-gosok hidung yang berair, timbul rasa kasihan yang menggunung. Maaf kerana mama kurang bijak berfikir. Rehatlah anak.. Mama mengerti kesakitanmu..
.
Dan semalam juga saya bertanya pada hubby, "Bagaimana hidup kita kalau tanpa Rayyan Ariff?" Hubby terlebih dahulu tersenyum sebelum menjawab, "Adiklah yang teruk.." Dan saya membalas, "Abang pun teruk gak.." Sungguh, baru sahaja anak ini terhantuk sedikit, sudah berkerut seribu muka hubby menahan marah. Inikan pula kalau lebih dari itu.. Nauzubillah...
.
Saya tidak sanggup menghadapi kekosongan yang ditinggalkan Rayyan Ariff. Telatah siapa yang akan mencuit hati kami jika dia tiada? Ciuman bertalu-talu siapa yang akan singgah di pipi kami jika dia tiada? Tangan kecil mana yang akan mengusap-usap pipi kami jika dia tiada? Tangisan siapa yang akan mengejutkan kami dari tidur andai dia tiada? Sungguh kami tidak sanggup.
.
Ya Allah, semoga kami terus diberi peluang menjaga anugerah terindah yang Engkau pinjamkan buat penyeri hidup kami ini.. Dan semoga kami sentiasa diberi peluang untuk terus memberikan yang terbaik buat cinta hati kami ini Ya Allah.. Moga pelukan kecil ini selamanya milik kami. Dunia dan akhirat.. Aminnn..
..
P/s - Masih dihambat rasa bersalah.. Dah rasa diri ni cam trainer rancangan the biggest looser la plak.. Strictly strict! :P

*Selamat hari raya Aidil Adha buat semua*

Wednesday, November 25, 2009

Diari seorang ibu.. =)

Saya memang maklum bahawa dengan mengambil cuti tanpa gaji selama setengah tahun ini, jadual waktu saya akan sibuk dan padat. Kerana tempoh waktu selama 6 bulan bukanlah satu tempoh yang panjang apabila banyak perkara yang harus diuruskan.
.
Dalam seminggu, kebiasaannya 3 atau 4 hari kami akan ke SDMC untuk segala jenis sesi terapi Rayyan Ariff. Dan apabila ada sebarang temujanji dengan segala mak nenek doktor pakar yang merawat Rayyan Ariff, bertambahlah aktiviti kami. Ampang-Bangsar-Ampang, atau sahaja Ampang-Subang Jaya-Ampang.
.
Dengan adanya sesi terapi dan temujanji ini, hari kami bermula seawal jam 730 atau 800 pagi yang mana ianya didahului dengan memberi sebotol susu, diikuti dengan sarapan bercampur ubat dan vitamin, memandikan dan menyiapkan Rayyan Ariff. Setelah itu, giliran saya pula untuk terkocoh-kocoh bersiap.
.
Perjalanan pergi dan balik sahaja kebiasaannya mengambil masa 2 jam. Sejam pergi. Dan sejam pulang. Susah apabila ke hospital dengan anak kecil adalah apabila mahu mencari parkir. Dan apabila tempat meletak kereta agak jauh jaraknya, bersungguh-sungguhlah saya menolak buggy Rayyan Ariff sambil bahu mengendong diaper bagnya..
.
Dan kebiasaannya juga, kami tiba di rumah menjelang tengahari atau jam satu petang. Tiba di rumah, kelam kabutlah saya memasak untuk Rayyan Ariff sekiranya tidak sempat memasak terlebih dahulu pada waktu paginya. Seterusnya, terus sahaja dengan acara menyuap makan tengahari Rayyan Ariff. Kalau sebelah paginya saya sempat memasak, tidaklah terlalu kelam kabut.
.
Sewaktu Rayyan Ariff tidur siang, saya teruskan dengan kerja-kerja rumah seperti membasuh, menjemur, melipat kain, menyapu dan lain-lainnya. *Biasanya sempat juga online sekejap*
.
Apabila Rayyan Ariff bangun dari tidurnya, saya mengambil kesempatan bermain-main dengannya. Tentu sahaja bentuk permainan lebih terarah kepada sesi pembelajaran untuk Rayyan Ariff. Bermain dengan activity toys diselangi dengan penggunaan flash cards.
.
Setelah itu, saya akan membawa Rayyan Ariff ke kolam renang untuk sesi berenang. Seboleh mungkin saya cuba membawanya ke kolam renang setiap hari sebagai langkah untuk menguatkan badannya. Kata doktor, tone badan Rayyan Ariff ma
sih lagi low dan tentunya dengan berada di dalam air, ianya sedikit sebanyak membantu.
.
Usai berenang, saya terus memandikan dan mencuci badan Rayyan Ariff berserta mandi untuk saya sekali. Setelah menyiapkan Rayyan Ariff, saya bekalkan dia dengan sebotol susu sebelum saya mengemop dan mengelap lantai yang kebasahan kesan dari titisan air daripada baju mandi kami. =)
.
Seterusnya, saya akan menyuapkan Rayyan Ariff dengan makanan seperti kek dan jus, biskut dan susu ataupun buah-buahan. Setelah itu, saya menghabisk
an masa dengan bermain, menyanyi dan menonton TV bersama Rayyan Ariff sambil membalut badannya.
.
Setelah beberapa ketika, saya akan memulakan sesi fisioterapi untuk Rayyan Ariff. Malamnya pula, saya akan membawa Rayyan Ariff ke biliknya yang juga merupakan play area bagi anak ini. Saya gunakan waktu ini untuk merangsang deria rasa Rayyan Ariff dengan menggosok kaki dan tangannya sambil dia pula sibuk bermain dengan mainannya.
.
Setelah itu, saya tidurkan Rayyan Ariff dan barulah ada kelapangan untuk saya melayari internet. :P

.
Sebab itulah, banyak waktu, saya hanya menjenguk 'rumah' teman-teman tanpa sempat meninggalkan komen. Dan kerana itu jugalah ada komen yang tidak berbalas di blog ini. Sungguh saya menghargai setiap komen yang diberi.. *Ada sesetengah komen yang berbentuk kata-kata semangat
boleh membuat mokcik bergenang air mata tau*.. Entri2 di blog ini juga kebanyakannya merupakan scheduled entry..
.
Sungguh jadual saya padat. Kalau bibik pulang nanti mungkin boleh bernafas sedikit.. Memang ada waktu saya rasakan begitu malas sekali untuk melakukan semua ini, namun akal akan segerakan mengingatkan hati bahawa tujuan saya bercuti adalah untuk memenuhi tuntutan keperluan Rayyan Ariff.
.
Namun tidaklah saya seperti robot sahaja mengulangi rutin in
i tanpa jemu. Ada harinya, yang mana kami keletihan dan saya akan memberi rehat buat kami berdua dengan hanya duduk menonton TV dengan memangku Rayyan Ariff.
.
Hari minggu pula, hari untuk ke kelas Rayyan Ariff di Musikhaus.. Dan juga hari untuk bersosial dengan teman-teman dan keluarga. Hari untuk bermalam di rumah mertua juga walau hanya sekali sebulan.. Sila rujuk kepada En.Hubby.. :P
.

Hari sabtu yang lalu.. Ian ke Musikhaus bersama Uncle kerana ayah was out of coverage! :P
.
Alhamdulillah, hari ahadnya pula kami dapat berkumpul meraikan hari lahir Auntie Lily
.
Dan hari ahad juga, kami menerima kunjungan baby Mega Muzafar..Comel!!
.
Begitulah rutin harian saya. Padat, letih namun menyeronokkan.. Namun sayangnya, rutin ini akan berakhir dalam masa 3 bulan sahaja lagi.. =(
.
P/s - Sudah lama tidak menonton wayang. Mahu menonton christmas carol.. Hari ini Rayyan Ariff tiada terapi, bolehkah kalau kami pergi berdua?? :P
.
P/s (2) - Entri yang panjang kerana semalam, Rayyan Ariff tidur awal. Hehehhee..

Tuesday, November 24, 2009

To make a highchair higher..

How to make a highchair higher??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
It's so easy.. You just need to stand on it!!
It will be better if you also have a stand fan to play with.. =P
~
~
P/s - Another busy day.. :P

Monday, November 23, 2009

Persediaan menyambut hari raya Aidil Adha untuk Rayyan..

Persediaan menyambut hari raya Aidil Adha tidak tertakluk kepada baju baru atau biskut raya sahaja. Untuk kami, pakai sahajalah apa yang ada dari hari raya Aidil Fitri tempoh hari. Cuba bersederhana memandangkan tiada keperluan untuk baju baru.. =)
.
Namun untuk Rayyan Ariff, kami sudah melengkapkan dirinya dengan 'sesuatu' yang baru!! *Sengih sampai telinga*.. :P
.

*Sila abaikan suara seorang ibu yang asyik ketawa keterujaan itu*
.
Ya.. Rayyan Ariff sudah tahu bersalam dan mengucup tangan! Bersesuaian dengan hari raya Aidil Adha yang makin hampir, bolehlah Rayyan Ariff bersalam dengan Atuk dan nenek di Kota Bharu nanti.. Dengan Atuk dan Wan Rawang, skill baru ini sudah dipraktikkan pada hujung minggu yang lalu!! =)
.
Ianya bermula sewaktu saya sedang menunggu giliran berjumpa dengan Pakar Kanak-Kanak Rayyan Ariff pada hari Khamis yang lalu. Asyik saja saya memerhatikan anak kecil yang usianya mungkin hanya 11 atau 12 bulan bersalam dengan ibunya. Berulang kali. Lalu timbul idea untuk mengajar Rayyan Ariff melakukan sesuatu yang sama.
.
Sewaktu menunggu bekalan ubat-ubatan, saya cuba untuk mengajar Rayyan Ariff bersalam. Ianya bermula dengan 'shake hand' sahaja, dan dia berjaya mengikutinya selepas beberapa kali di ajar.
.
Petangnya, saya tunjukkan kebolehan baru Rayyan Ariff kepada ayahnya. Lalu ayah cuba menaiktarafkan taknik bersalam itu dengan mengajar Rayyan Ariff mencium tangan orang yang disalaminya. Dan semalam, dia sudah menangkap perbuatan mencium tangan itu dengan sendirinya.. =)
.
Tersentuh hati kecil saya menyaksikan kebolehan anak kecil ini. Potensi sungguh tidak terhad. Jauh sekali dari pengamatan doktor-doktornya suatu masa dahulu. Dia meyakinkan saya bahawa tiada yang mustahil. Anak, walau jalanan kita masih panjang, selagi kita teguh melangkah, mama dan ayah yakin dengan kebolehanmu nak.. =)
.
Oh, Rayyan Ariff juga semakin tegak berdiri. Ada waktu, dia cuba melepaskan tangannya dan mengangkat-angkat kakinya. Walau banyak waktu dia masih ketakutan, saya anggap ini sebagai permulaan yang baik buat anak kecil ini.. =)
.
Hanya syukur yang mampu menjadi perkataan terindah untuk diucapkan bukan? =)
.
P/s - Masih tersenyum! Mungkin pada anak-anak lain, ini biasa.. Tapi pada anak-anak seperti Rayyan Ariff, ia memang menakjubkan!! =P
.
P/s (2) - Rayyan Ariff hanya react pada perkataan shake hand sahaja. Tidak pada perkataan salam... Orang putihkah anak saya?? :P

Friday, November 20, 2009

~Anak saya memang baik.~ ('',)

Semalam, En.Hubby membawa saya dan Rayyan Ariff makan malam di Kampung Baru. Seperti kebiasaannya, saya membiarkan En.Hubby makan dahulu sementara saya menyuap Rayyan Ariff. Rayyan Ariff saya letakkan di high chair bagi memudahkan saya menyuapnya.
.
Tiba-tiba sahaja wanita di sebelah meja kami menegur.. "Baiknya anak adik.. Sopan je.. Makan elok-elok.. Tak keluar suara pun. Tak buat perangai ke dia?"
.
Saya menjawab dengan senyuman, "Dia memang well-behaved. Jarang dia nak buat perangai.. Tapi ada jugak la.. Nama pun budak.."
.Turn mama plak makan.. Ayah suap plak.. ;P
.
Yea, secara amnya, Rayyan Ariff anak yang baik dan jarang menunjukkan perangai yang tidak elok. Kerana jarang menangis atau menunjukkan perangai kurang enak inilah yang membuatkan saya cepat melatah kiranya dia cuba menguji kesabaran saya. Itulah juga pemerhatian mommy ke atas saya. Dan mommy jugalah yang sering menasihatkan saya agar banyak menanam sabar di dalam hati.
.
Waktu paling kritikal adalah sewaktu saya mula-mula bercuti. Pantang saya hilang di mata, meraunglah dia.. Kini tidak lagi.. Mungkin dia sudah tahu bahawa saya tidak ke mana-mana lagi. Cumanya, kalau saya mengenakan tudung, Rayyan Ariff mula tersengih girang.. Kalau tidak diambil, meraunglah dia.. :P
.
Sejak dari hari kami membawa Rayyan Ariff pulang lagi anak ini tidak banyak kerenahnya. Memulakan hari dengan senyuman. Jarang menangis walaupun perutnya lapar.*My mom has several times caught our maid gave Ian his pacifier after he woke up from his sleep, not a bottle of milk.. Not until she finishes mopping the floor! Mentang2 susah nak nangis..*
.
Pada waktu fisioterapi juga Rayyan Ariff memberikan kerjasama yang baik. Walau ada satu fasa yang mana dia sering membantah dan menangis apabila dipaksa melakukan senaman, mujurlah fasa itu tidak lama.
.
Kata mommy, kami adik beradik dulu juga tidak banyak kerenahnya. Bisa bermain keseorangan tanpa ada yang melayan. Maybe it's in our gene. Kerna itu, Rayyan Ariff juga tidak banyak kerenahnya. Yang saya mampu doakan hanyalah agar Rayyan Ariff terus-terusan baik sifat dan budi pekertinya. Dan moga anak-anak yang seterusnya juga senang dijaga dan baik sifatnya.. Aminnnn..
.
Owh yea.. Baby cot Ian rosak kerana sesuatu sebab.. *En.Hubby, sila rasa bersalah* Saya tengah berkira-kira antara tiga jenis ini..
.
4 in 1 Convertible
Bleh turn into sofa bed or single bed and can be used until child is 5 years old..
RM599 *On Sale*

.
Katil bayi biasa
3 adjustable level..
Hanya RM369

.Katil bayi biasa
3 adjustable level
On sale
RM659 including 3 inches thick Bumble Bee matress & Bedding set

.
Saya tidak rasa rugi membeli baby cot untuk Rayyan Ariff. He really utilized the one he had before. Lebih selamat untuk Rayyan Ariff tidur di katilnya berbanding di antara kami, kerana ada kebarangkalian untuk kami tertindih tubuh kecil ini kerana tidurnya lasak. Sedar2 sahaja melekat di sebelah badan kita. Lagipun, selepas insiden Rayyan jatuh dari katil, saya hanya yakin meninggalkan dia dikatilnya sahaja. Lagipun, andainya dia sudah besar sedikit nanti, dia boleh berpindah ke biliknya dan adik-adiknya boleh mewarisi katil bayi ini.. :P
.
Considering our financial condition after getting the hearing aid, maybe we should opt for the RM300++ one. But the convertible one seems so worth buying!! Bleh pki lama.. Fenin.. Fenin.. Kalo la ayah tak rosakkan baby cot Ian kan?? :P
.
P/s - Ian ada blaja new trick.. Ape yea? Nnt mama record dulu.. =)

Thursday, November 19, 2009

Erti cacat..

Kata dia : Ini ke anak akak yang cacat tu?
Kata saya : Anak akak sorang ni jer..
Kata dia : Yang ni la yang operate byk kali tu yea?
Kata saya : 4 kali..
Kata dia : Ooh.. Kasihankan? Dah la baby, kalau org besar mesti dah ngadu macam2
.
Saya tahu dia hanya mahu menzahirkan rasa simpati.. Namun pemilihan perkataan yang sesuai adalah perlu dalam mendekati kami, ibubapa kepada anak-anak istimewa.. Saya tahu anak saya punya kelainan jika dibandingkan dengan anak2 lain.. Namun untuk menggunakan perkataan 'cacat' secara terang-terangan, minda dan hati saya masih perlukan masa untuk mencerna..
.
Mungkin ada sebabnya kenapa anak-anak ini dirujuk sebagai 'anak istimewa'.. Dan kalau anda memanggil dia anak istimewa sekalipun, tidak perlulah mengulangnya berulang kali!
.
Seperti waktu hari raya yang lalu, seorang saudara mengulang ayat yang sama berulang kali.. "Oh, inilah anak istimewa ya? Meh sini anak istimewa nih.. *sambil mengambil Rayyan Ariff dari dukungan ayahnya*.. Kasihan.. Dapat anak lelaki, anak istimewa pula.."
.
Di suatu keadaan yang lain pula, seorang driver teksi pernah bertanya, "Belum boleh merangkak anak kamu ni, lembablah yea?"
.
Tiada rasa marah pada ketiga-tiga mereka di dalam cerita di atas. Mungkin sahaja mereka-mereka ini naif.. Kurang ilmu di dada mungkin.. Atau kerana kurang 'rasa' di hati.. :P
.
Kalau saya tidak punya anak seistimewa Rayyan Ariff, mungkin saya juga tidak akan peka dengan rasa itu.. Kerana itu, saya tidak salahkan kamu!
.
Namun saya jadi berfikir, lantas saya ke laman web DBP.. Inilah yang saya temui..
.
cacat - 1 sifat kurang baik atau kekurangan yg terdapat pd sesuatu; cela: Cuba periksa almari itu baik-baik, barangkali ada ~nya. 2 = bercacat mempunyai kekurangan pd anggota tubuh dll; tidak atau kurang sempurna: Tidak ada suatu pun yg tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
.
Cacat akal - Tidak waras (
Kamus Dewan Edisi Empat)
.Cacatkah saya? :P
.
P/s - hari ini, ke PMC pula.. Sepanjang minggu ini kami ke hospital. Penat.. Banyak pula check up dlm satu masa.. *sigh*

Wednesday, November 18, 2009

Kisah semalam..

Luka itu tidak pernah sembuh. Walau sudah lama berita itu terhidang, namun masih ada rasa sakit yang bertandang setiap kali diri ini diingatkan.
Ibarat menyimbah garam..
Pedih..
Wounded heart : Credit

Mungkin kerana,
menjadi ibu adalah berkisar tentang memberi yang terbaik..
menjadi ibu bermakna tidak harus sesekali putus harapan..
Mungkin..
.
Atau hati sekadar, degil untuk menerima!
Mungkin juga..
.
Apa yang pasti, syukur di atas kurniaanNya pada hari ini..
=)

Tuesday, November 17, 2009

A perfect night..

How would you describe a perfect night? Candle light dinner at a 5-stars-hotel? Or maybe, standing on a beach and staring at the stars?
.
Not for me.. =)
.
Cukup sekadar kami bertiga di ruang tamu kecil rumah kami..
Menonton TV..
Berbual kosong..
dan tentunya,
Tertawa melihat keletah anak kecil ini..
.Sedikit senaman juga perlu yea.. =P
.
Yes, he's a big boy now.. Hope it starts with standing while holding to something, and later, cruising.. =)
.
P/s - Off to SDMC again! =)

Monday, November 16, 2009

A beautiful solemnization ceremony.. it is! =)

Sewaktu mula-mula menerima undangan dari bakal pengantin, saya masih berkira-kira sama ada akan menghadiri majlis ini atau pun tidak.. Bukan tidak mahu memenuhi undangan, namun hati gusar andainya Rayyan Ariff membuat kacau pada hari bersejarah dalam hidup seorang teman.
.
Dalam kepala saya berfikir yang bukan-bukan.. Bagaimana kalau Rayyan Ariff poo poo? Susahlah nanti.. Bagaimana pula kalau Rayyan Ariff menangis dan meraung? Paling tidak, membuat bising di majlis itu nanti.. Situasi majlis akad nikah tentunya berlainan dengan majlis resepsi.. Tekanannya lebih tinggi.. Walau maklum Rayyan Ariff has always been a well behaved boy, tapi kita takkan tahu 'angin' seorang anak kecil bukan?
.
Namun memikirkan kesudian menjemput, kami tiba jua.. Kami sampai agak lewat setelah lebih 40 minit berpusing-pusing di kawasan itu dalam usaha mencari lokasi majlis. Hampir sahaja saya berputus asa dan mengajak hubby pulang. Mujurlah percubaan terakhir kami berhasil dan kami selamat tiba ke destinasi yang ditujui walaupun terlewat selama 15minit.
.
Orang lambat tempatnya adalah di hadapan pintu! Hahahha.. Buruk benar la pulak kami 3 beranak! :P
.The beautiful bride and her father.. Auntie Chah & Mr. Bahrin Ross..
.Setia menanti di pelaminan.. =)
.
Upacara membatalkan air sembahyang usai lafaz akad nikah, lafaz taklik dan doa..
.

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Ms Fiona Ross kini bertukar kepada Mrs. Muaz Shukor. Semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan hingga ke hujung nyawa dengan bahagia dan rahmatNya yang melimpah ruah serta diserikan dengan anak-anak comel yang soleh dan solehah..
.
Rayyan Ariff pula? Overall, he behaved so well!! Tidak menangis dan tidak merengek. Except for the part when he pulled the selendang of the lady who sat next to us and the time when he threw his toy away! Adehhh!! Rasa nak luku jer budak neh! Waktu makan juga berjalan lancar.. Rayyan Ariff diam tatkala disuapkan dengan lauk dan buah-buahan yang ada. Dia juga membenarkan mama dan ayah makan dengan tenang.. Of course we took turn to eat.. If there's a highchair, then it should not be a problem.. Hahaha.. :P
.Secara keseluruhannya, pada saya, majlis ini sungguh indah dan tersendiri.. Saya tidak dapat menahan sebak tatkala mendengar ucapan dari pengantin perempuan.. Cukup syahdu.. Hanya doa yang dapat saya iringkan untuk kebahagiaan mereka berdua.. Semoga cinta yang ada terus bercambah mekar.. Ramai hadirin yang mengalirkan air mata keterharuan mendengar ucapan dari pengantin perempuan.. Tulus sekali kata-katanya..
.
Di majlis ini, saya juga berpeluang bertemu dengan rakan-rakan yang telah lama tidak bersua muka. Bukan itu sahaja, saya juga berpeluang berkenalan dengan teman baru.. Lebih tepat, prospek besan! :P
.
Ini adalah teman lama pengantin perempuan yang juga bertindak sebagai emcee majlis. Katanya, dia ada mengikuti blog ini. Terharu! Tsk! Tsk! Tsk! Mulanya saya ingatkan, blog Nida ada di dalam bloglist saya. Rupanya saya tersilap orang. Malu sendiri disitu! Keesokkannya, terus sahaja saya menjejak blog Nida.. Mungkin juga kerana terpaut dengan kecomelan Baby Nawal! =)
.
Owh, anak bujang saya juga tertarik dengan kecomelan baby Nawal.. Bersungguh-sungguh dia merenung Nawal dan apabila diberikan peluang untuk memberikan ciuman buat Nawal, senyumnya hingga ke telinga! Cuteness!! Yes, babies are cute!!
.
Buat Auntie Chah & Uncle Muaz, Ian ucapkan selamat pengantin baru.. Hope you have a happy wedded life.. A marriage that is filled with love and joy.. Shaaaayaanggg Auntie Chah & Uncle Muaz!! =)
.
P/s - Soh, sori aku tokleh stay lamo.. Bukey wak peranga, tapi anok mung tuh ngatuk doh.. Doh la esok skoloh.. Gi skoloh daley ngatuk anok mung.. Siap cranky daley kelah sbb tok cukup tido.. Apo mokpok wak jaley anok maley skoloh.. :P
.
P/s (2) - Gambar2 adalah 'dipinjam' dari FB teman2. Yup, we dont have a camera! We left our digicam in the car! Silly us!!
.
P/s (3) - Kata ayah, tengok Ian kiss Nawal, da bleh bagi Ian adik coz he loves babies.. Kata Mama plak, next year la ayah.. Bagi mama kurus sket.. Besides, I need to consume folic acid for at least 3 months before getting pregnant again! :P

Sunday, November 15, 2009

A well behaved boy.. =)

Hari jumaat, mama bawak saya ke Carrefour. Niat utama, kerana diapers saya sudah habis dan mama nak cari study lamp untuk play area saya.. =)
.I behaved so well that mama said, it should be no problem to bring me out without ayah again!
.
Then, I started feeling bored! I was looking around.. Looking for something to play with..
.
So mama gave me a book to read
.
I studied really hard..
.
Then off we went to KFC for my usual whip potato.. There's no diaper of my size, so we went back with only a piece of study lamp and 2 bottles of drinks.. That was my friday! =)
.
P/s - Penat & ngantuk. Tapi ada kelas Rayyan Ariff hari ni.. Auntie Munirah, we'll drop by at your place later tau.. =)

Saturday, November 14, 2009

Tag - Baby-related product

I've been tagged by Apash Mama Qaseh. Dah lama tak buat tag.. Since malas nk update pasal benda lain, buat je la dulu.. =P
.
5 expensive baby-related product i don't regret buying.
(Definition of expensive is something priced 200 onwards)
  1. Fisher Price rocker (bought it because Ian was having reflux last time.. His paed told us that it's better to let Ian sleep in this position - head need to be higher)
  2. Fisher Price Rainforest Jumperoo (Ian loves all the toys attached to this thing. He will need to use his feet because he needs to push the seat for him to be able to play with all of the toys)
  3. Sweet Cherry Stroller (Stroller gedabak nih byk berjasa.. Nak tido pun selesa.. Segala mak nenek barang leh letak kat bawah tu.. Sementelah kitorg ni selalu dok menunggu turn kat hospital.. Mmg sesuai la sangat)
  4. Playpen (Actually nyesal gak tak beli wooden baby cot. Tp benda alah ni byk berjasa tau.. Till now pun, Ian still tido dalam benda alah ni)
  5. Children bedroom set (Half paid by Ian's uncle! Mmg worth buying coz now, this thing dah jadi play area Ian)
5 cheap baby-related product worth buying.

(Definition of cheap is something priced 200 below)

  1. Sweet Cherry Car Seat cum Carrier (Excited beli benda alah ni masa nak bwk balik Ian from hospital)
  2. Reebox Gym ball (Untuk fisio Ian.. has been using it for 8 months already..)
  3. Sweet Cherry buggy (Susah nak bwk stroller Ian kalo naik Kancil..Stroller gedabak! So bawak la buggy ni.. Kalo naik kete hubby baru bwk stroller)
  4. Adidas shoes (Suka tengok dia pakai kasut ni, nampak bertambah handsome woo..)
  5. Bumbo chair.. (Puas ati beli benda alah ni, berjasa sampai skrg.. Tp Ian dah outgrow this thing now, tatau nk beli kerusi ape plak).
5 baby-related product I regret buying.
  1. Buaian. (Ian tak pakai pun.. Dia tak suka.. Skrg dok terperuk bawah katil tu..)
  2. Dr. Brown Anti-wind Feeding bottles. (Dulu, Ian used to suffer from fountain-high-vommitting almost after every feeding. We though that he was having kembung perut. So we changed to these bottle. Sekali, it turned out to be reflux. Patut la.. We used the bottles for a while then stopped. Malas nk basuh + leceh.. Muahhahaha..)
  3. MP3 player + speaker (at first, saya isikan dengan zikrullah, nasyid dan nursery rhymes utk stimulate hearing Ian. Tapi dah tak pakai since speaker asyik rosak jer.. MP3 player tu pun kena charge kat PC / lappie.. Kalo blk kg, mana nk adanyer.. Last2 Ayah Chik Ian pow)
  4. Playgym Intex (benda alah ni makan ruang betul. Last2, I bought a smaller plastic pool for Ian's pool ball)
  5. Lamaze foot finder.. (Tak pakai sangat pun.. Sedar2 Ian dah jumpa kaki dia.. Tangan tu mmg awal2 Ian dah jumpe.. Hehhehe..)
Sebenarnya, banyak barang yang nyesal beli coz tak berapa pakai.. Tapi since rules kata 5 jer, so 5 je la.. :P
.
So dengan rasminya, saya tag mereka2 di bawah ni:-
  1. Ina mama Ihsan
  2. Kak Pinut
  3. MommyLyna
  4. Zuri
  5. Kak Zue (Zamieda)
  6. Kak ME
  7. Gina Marna
  8. Ibu Uwais Ameenah
  9. Mama Put
  10. Zali
  11. Mommy2H
  12. Ina ibu Nabila
  13. Ita ummi Sarra
  14. Kak Suealeen
  15. Kak Reenaz
  16. Zety Zin
  17. Mirah
  18. Intan Mama Hadif
  19. Hanie Mummy Harraz and Khayra
  20. Kak Ai
  21. Azzamoro
  22. Sharhanah
  23. Catlina
  24. Lin mama Qaisara
  25. Kak Miela77
  26. Isabelle
  27. Elyn
  28. Ema mama Yasmeen
  29. Nieza (Aqil & Damia)
  30. Yana Ibu Ammar
  31. Mama Nur Umairah Qarirah
  32. Suhida
  33. Ummu Muhammad Tasneem
  34. Cikpid (da kena tag da)
  35. AiYa
  36. HappyIrfa
  37. Farahsyeefa
  38. Kak Faridah Salim
  39. Anasfadilah
  40. Marsha mommy Qila
  41. Eina Mommy Aira
  42. Elissmie
  43. Puteri1
  44. Mamaelly
  45. Mrs K
  46. Applecrux
  47. Farah mama Afif
  48. Yatiey Chomeyl
  49. Alyyani mama Nia
  50. Adieaniz
  51. Adex Aieda
  52. Izzahazfar
  53. Yaya mommy Adam
  54. Erni ibu Eishah & Yusuf
  55. Fazmila
  56. Wana mama Izz
  57. Munirah Triplets + 1
  58. pu3cute
  59. Nina Ummi Damiea Al-Husna
  60. Mayra Solace
  61. Mama Ilhams
  62. Mommy Eryssa Qiestina
  63. Drama Mama
  64. Ummi Husna
  65. Fiezwan Syakil
  66. Mrs Imran
  67. Shiela mama Faish
  68. Nieza Ishak
  69. Leen Die
  70. CT Fariza
  71. Mommy Tia Mia
  72. Ibu Arifa
  73. Mummy Miera & Haikal
  74. Jue mama Iman
  75. Ena mommy Daniel Adam
  76. Izan Ishak
  77. Fieza Mamacun
  78. MelissaAziezul
  79. Wuzz In
  80. Adwindaa
  81. Ummi Zulfaqar Rayyan
  82. MamaDhiyya
  83. YanaDzul
  84. Mel Mommy Mika
  85. IEM
  86. Tini
  87. Ummi Damia' Rujhaa
  88. DiyanaZulkifli
  89. Ita Mama Raisha
  90. Tiara mommy Ayra
  91. Puterikurekure
  92. Wanie Putra
  93. Syaz mama Iman
  94. IbuVouge
  95. Mama Auni Firdina
  96. Watie Aziz
  97. Mommy Aqeel Aqeef
  98. Adisufina
  99. E-nazz
  100. Adinina
  101. Dan semua yang dalam my blog list la.. Penat da type ni..