Showing posts with label Superkids' family. Show all posts
Showing posts with label Superkids' family. Show all posts

Monday, August 10, 2015

Selamat Hari Raya Superkids' Family

Alhamdulillah, tujuh tahun bersahabat. Pertemuan melalui anak-anak syurga sedari mereka masih bayi lagi. Sekarang masing-masing sudah menginjak ke angka 7. Kalau diikutkan, sudah darjah satu pun. Tapi perancangan tuhan untuk mereka berbeza.
 
Bukan senang untuk lebih daripada 4 keluarga berkumpul. Seringnya, pasti ada sahaja yang tidak dapat hadir. Namun Alhamdullilah, kali ini hampir mendapat keahlian penuh. Hekhek.
 


Makanan hasil potluck. Tapi lupa pulak nak di capture. Yang paling meletup malam itu, pastinya Keli bakar resepi Mama Ida dan Babah Zali. Sedap malatopss. Oh, dan juga pavlova Ummi Ita dan Abi Farid, perghhh.. Sodapppp! Kami? Tukang beli kambing and marinate sahaja. Yang sendiri, beli buah-buahan and goreng nugget aje. Hahahha. Sempoi. Sebab hari Sabtu tu memang hari yang full pagi ke malam. (>_<)

Sedapnya keli diaaa.. Aku yang bukan penggemar ikan ni boleh makan beria-ia. Rayyan Ariff pun bukan main. Nasi putih, kicap dengan keli, habis sepinggan!

Tuan Alimin ni tukang buat-buat sibuk aje.. Hoihoi.
 
Tak puas borak. Sesekali jumpa memang seronok sangat-sangat. Tapi tak dapat nak berlama-lama sebab ada kerja lain pulak. InShaaAllah, panjang umur kita gather-gather lagi.
 
 
P/S - Rajin KakLong hapdet belog??

Monday, January 13, 2014

Gathering geng Superkids

Entry tertunda hujung tahun 2013.
 
Actually dah lama kitorang tak join geng-geng superkids berjalan. Bukan taknak tapi ada je aral. Masalah kesihatan anak la, hal kerja or hal keluarga, asyik la kena dengan date yang ditetapkan.
 
Actually untuk gathering kali ni pun kitorang dah nyaris-nyaris takleh join. Sebab Rayyan Ariff was warded few days before the tentative date. Tapi Alhamdulillah dah memang rezeki kami, jadi la jugak.
 
 On the way. Muka excited kan?
 
Tujuan utama ziarah kami kali ni, sebab nak bersua muka dengan baby baru dalam keluarga kami. Baby Arimi Raihanah, adik Kakak Alisya Qaireen, puteri kedua Abi Farid n Ummi Ita.
 
Baby Arimi Raihanah Binti Mohd Farid
 
Teruja sungguh. Mula-mula plan nak gi makan ikan bakar kat muara Sungai Duyung sambil bawak nenek Ian, tapi plan tukar ke BBQ kat rumah nenek Alisya. Nenek Ian pun tak ikut, kami berempat + my youngest sister je. Bibik pun kebetulannya cuti.Since dah lama tak jalan-jalan, mama cari la hotel yang ada entertainment for the kids. And jumpa la Bayou Lagoon Park Resort yang ada its own theme park. So OK la, grabbed aja sbb last minute booking and most of other reasonably priced hotels dah fully booked. Kami just amik studio apartment je instead of 2-bedded since nenek dan bibik tak ikut.
 
On the 28th, kami gerak kul 10 lebih. Sampai kat Melaka, terus gi rumah nenek Alisya dulu. Jumpa baby n hantar ayam yang dah siap diperap dari malamnya. Siap makan tengahari lagi kat sana. Dah tu gerak gi check in.
 
View from our room. Mana tak anak dara mek bertasbih kat telinga "Shwimming.. shwimming.."
 
Petang tu sempat mandi-manda satu round. Itu pun ada budak tu dari tadi lagi tak sabar-sabar dok ajak bapak dia. Jom la ayah. Jom la ayah. Apaknya sibuk dok layan tido.. Kehkehkeh.
 
Tu apak eh sibuk membuta. Hat gentleman sibuk main lampu. Hat pompuan? *nampak Ciksu tgh tiup floaties*
 
Ni hat pompuan. Sibuk dok berzikir nak gi swhimming!

Budak excited dengan air..  
 
Korang caya tak, budak umur 2 tahun 1 bulan tuh naik water slide tuh ok? Siap tolak ayah dia nak turun sendiri.. Haruslah ayah dia tak bagi turun sendiri sebab air kat bawah tu quite dalam. *nampak tak org dewasa tu berdiri, mau lemas kot*.. Member excited OK main slides nehhh..  
 
Bang Ian kita ni penakut sket.. Duduk bermain di gigi air ke kot.. Ekekekek..  
 
Sesi mandi-mandi ni takla lama. Dah tu siapkan the kids, lepas maghrib terus gerak for our BBQ partayyy. Sedap wohhh makan-makannya. Nasi goreng pedas meletup. Ada ayam, kambing, siakap dan segala mak nenek la. Rifa Aleesya makan sampai muntah kott..

 
Ummi Ita and Kakak Alisya. Dah tu siap ada sesi beli-membeli inner chantek & tudung syria dgn tokey kita, Mama Put.  
 
Tokei, Lope dan Baby Arimi. Kecikkan baby? Dah lama takde baby, I've forgotten the fact that baby is so small and fragile. Seb baik tak terduduk kat atas anak dara ummi! Kehkehkeh.  

Ibu-ibu tengah enjoy the food. Tengok Dak Yasier Naufal, bukan main lagi.. Hehehehe.. 
 
Emak-emak sibuk lagi nak memborak, tapi anak-anak dah penat and sleepy. So bila masing-masing dah started to get cranky, masing2 pun mula gerak balik. Dak Rifa Aleesya awal2 lagi dah lelap. Maklumlah, orang penat shwimming.
 
Pagi esoknya, si anak dara tu sibuk pulak nak mandi lagi. Suh la bapak dia bawak while momma busy kemas sana sini. By the time momma, bang Ian dah siap, budak berdua tu tak naik-naik lagi. Momma yang dah start naik angin. Nak call, si ayahnya tak bawak tepon. Nak turun malas. Dekat pukul 1045 kot baru depa dua org ni naik. Itu ini, dekat kul 12 baru sampai umah nenek Alisya.
 
Before checkout. Tengok hat pompuan tu, dah dengan baju gentel dah. Tangan masuk jari tu tanda ngantuk le tu.
 


Patutnya breakfast nasi lomak meletup kat umah nenek Alisya. Kumpul ramai-ramai then amik group photo. Kesian depa ni tunggu kami lama. Masing2 ada hal lagi lepas tu.. Maap yea kawan2..
 
Sampai je, terus kami cepat2 makan. Rifa Aleesya makan bukan main lagi. Lapar kot.. Lama berendam. Next, group photo session.

Tanpa sedar, dah besar anak-anak kita. Dari baby dah jadi kanak-kanak. ;-) 
 
 Us. Masa ni tak cukup korum lagi. Tengah dok setting phone.

Us in freestyle.
 
Itulah aktiviti jalan-jalan penutup tahun 2013. Lepas tu masing-masing bawak haluan sendiri. Kami terus gerak balik KL. Ada yang sampai ke Muar, ada yang melencong ke PD.. Seronok.
 
Geng superkids, see you guys in Kota Bharu April 2014!! Kita berjimba lagiiiii.. :-)
 

Sunday, November 11, 2012

Selamat datang Yasier Naufal..

Ok, entri hari lahir Puteri Rifa Aleesya masih tertunda. Later ehh..


Kisah hari Sabtu sementara masih panas dahulu.. Keluar rumah lebih kurang jam 12pm, terus ke Ara Damansara untuk sesi terapi pertuturan dan fisioterapi. Jam 345pm, selesai di hospital. Setelah berbincang, kata sepakat diambil, jom kita tengok Baby Naufal! Dah 26 hari bertangguh. Dengan cerita outstation, dengan kisah Rayyan Ariff sakit, asyik tak menjadi.. So alang-alang, kali ini kita redah sahajalah.

Sambil tunggu Abang sambil  makan.. Sekarang ni, sibuk nak makan sendiri.. Sepah tahap apa entah.. Kalo tak ikutkan, menangis meraung.. Bingitlah Dik!

Hadiah pula elok tinggal di rumah. Maklumlah, di luar perancangan.. En. Hubby membebel-bebel kenapa tak di bawa? Amboiiii.. Takkanlah nak diusung ke hulu ke hilir.. Takpelah Bang, jalan mudah, bagi duit sahaja walaupun sangat tak personalize.. Hehehehe.. Sorry Naufal.. Next time eh..

Perut berkeroncong. Singgah makan dahulu. Paling mudah, nasi ayam.. Semenjak Rayyan Ariff sudah menerima nasi keras ni, makan di mana-mana tidak lagi menjadi masalah. Kalau di rumah pun, bila-bila mama malas memasak, nasi panas-panas dengan kicap dan ikan goreng dah mencukupi. Berbanding dahulu, semestinya bubur sahaja.. Syukur Alhamdulillah di atas setiap satu perkembangan putera mama.. 

Kami jarang makan di luar semenjak beranak dua ni.. Salute lah orang yang mampu. Kami tidaklah, agak kelam kabut di situ. Macam tadi, ayahnya makan, Rifa Aleesya di dukungan saya, sambil sebelah lagi tangan menyuap Rayyan Ariff dan adiknya, bergilir-gilir. Dalam pada itu, berjaga-jaga agar Rifa Aleesya tidak mencapai barang-barang di hadapan. Elok ayahnya siap, dia pula melayan Rayyan Ariff sambil saya makan laju-laju, dalam keadaan berjaga-jaga sebab si Adik sibuk nak mencapai pinggan dan mangkuk sup.. Tidak suka suasana sebegitu. 

Paling best, bila ayah ke kaunter pembayaran, Rayyan Ariff menolak meja dengan sekuat hati sambil tertawa. Main-main kononnya. Nasib baiklah sempat saya pegang. Kalau tidak, berteraburlah pinggan mangkuk ke lantai jawabnya.. So senang cerita, makan saja di rumah. Tadi pun, kalau diikutkan, saya cuma meminta hubby belikan burger. Senang, makan di dalam kereta. Tapi lapar katanya, mahukan nasi.. Ikutkan sahajalah. 



Jangan tanya carseat budak ni.. Memang tahap disiplin lain sket dengan Abang dia.. Dulu pelik bila parents tak strap anak elok2 dalam carseat. Now kena kat batang hidung sendiri, baru la paham.. Meraung-raung kat dalam carseat dari dulu sampai sekarang.. Paling best, un-buckle sendiri.. 

Cabaran besarkan anak tipikal dan istimewa ni lain sket. Rayyan Ariff umur-umur gini obedient yang amat.. Dapat kat dia, semua dia challenge. Semua nak ikut cara dia. Mana yang OK, kita layanlah. Mana yang KO, haaa.. Takde maknanya Mama nak ikut. Rasanya, cabaran membesarkan manusia lain itu bermula bila ada budak kecik ni.. =P

Untungkan kami? Dapat peluang rasa dua pengalaman berbeza.. Besarkan anak tipikal dan istimewa. Alhamdulillah..

Sampai rumah Ina, bagaikan berjanji, dapat jumpa family Ita dan Ieyda. Walaupun tak semua family superkids ada, tapi cukuplah untuk melampias rindu. Kali terakhir bersua, semasa kami sama-sama menemani anakanda Aiman di ICU Hospital Serdang. Sudah lebih 40 hari semenjak pemergian anakanda Aiman.. 

Sayu betul melihatkan Ieyda dan Zali. Melihatkan Aina Nasuha, adiknya Aiman. :-(
Kali pertama kami berkumpul, tanpa Aiman. 
Sedih.

Untuk setiap pertemuan, jarang kami kumpulkan anak-anak ini untuk diambil gambar. Terasa rugi benar. Maka kali ini, saya minta dihimpunkan anak-anak ini untuk diambil gambar. 
Kenang-kenangan. 

Yang dirai, Yasier Naufal.. :-)

Rayyan Ariff, Rifa Aleesya, Aina Nasuha, Alisya Qaireen, Yasier Naufal dan Yasmin Nabilah. Aina menangis tanda protes, tidak mahu berfoto.. :P
Kalaulah ada Aiman, pasti Aina tidak menangiskan? Al-Fatihah untukmu anakku.

Khusyuk Rifa Aleesya memandang baby Naufal.. Ohh baru perasan, Adik Rifa dan Kakak Nabilah sedondonlah!

Kali pertama memangku Yasier Naufal, Rifa Aleesya mendekati saya dengan penuh keterujaan. Berkali-kali Baby Naufal dicium sambil berbicara bahasa bayinya. Comel.. Hahahhahaha.. Rayyan Ariff juga sama. Bukan setakat dicium, dijilat sekali Baby Naufal. Hahahhahaha..

Kedua-dua nampak macam sedia untuk beradik.. Hahahhaha.. Mungkin tidak. Mama dan ayah masih belum mampu dari segi masa dan emosi.. ;P

Walau sekejap, puas betul dapat bertemu dengan teman-teman sekasut ini. Dan pastinya, mula merindui bau bayi pada Yasier Naufal. Yang ada pada Rifa Aleesya adalah bauan peluh masam-masam manis habuan dari melasak. Hahahhaha.. Tiada lagi bayi pada Puteri Rifa Aleesya yang makin membesar.. :-)

Yasier Naufal, selamat datang! Jadi anak yang soleh dan membanggakan yea.. Pada bahumu, tersandar harapan yang menggunung. Ina dan Zul, congrats proud parents! Selamat datang sleepless night!
=P

Monday, October 8, 2012

Terkesan dengan sebuah kehilangan~

Kekangan masa benar-benar menghalang saya untuk lebih kerap ke laman ini. Terlalu banyak yang berlaku sehingga hidup bagai berlari-lari, nafas bagai tercungap-cungap.

Andai sahaja ada wang berjuta, sudah pasti hari ini juga saya hantar notis berhenti kerja 24 jam. Duduk sahaja di rumah. Jaga, didik dan asuh anak sendiri. Penat pastinya penat, namun itu penat lelah yang membahagiakan.

Sukar benar kehidupan tatkala ini. Semoga Dia meringankan setiap yang payah dan memudahkan setiap yang susah. Aminnn..

Kenapa saya katakan terkesan dengan sebuah kehilangan? Kerna itulah realitinya. Sehingga ke saat ini, hati ini benar-benar terkesan dengan pemergian anakanda Aiman..

Kalau dulunya, apabila dikhabarkan bahawa anak-anak seperti Rayyan Ariff tidak panjang umurnya, sering saya bayangkan penyakit mereka itu yang akan memudaratkan mereka. Lantas apabila segalanya terkawal, saya tidak perlu gusar lagi.. Namun melihatkan anakanda Aiman dan beberapa kisah teman Rayyan Ariff yang sebelumnya, tahulah saya bahawa banyak yang menjadi penyebabnya. Bukan hanya tertakluk pada penyakit mereka semata. Lazimnya, keadaan kesihatan semasa yang menjadi penyebab.

Sewaktu Aiman di ICU, sempat saya kongsikan kegusaran saya tentang keadaan kesihatan Rayyan Ariff kepada Mama Aiman. Bercerita dan berkongsi.

Seperti yang pernah saya nyatakan di dalam entri-entri yang lalu, secara keseluruhannya, keadaan kesihatan Rayyan Ariff tidak begitu memuaskan sepanjang tahun ini. Turun naik. Ada waktunya baik-baik sahaja, pada waktu yang lain, terlalu sukar melihat kesakitannya yang bukan sedikit.

Yang terbaru, dari 21 September 2012 sehinggalah ke minggu lepas, Rayyan Ariff sekali lagi teruji dengan kesakitan.. Sekejap baik, sekejapan yang lain, suhunya mencanak sehingga badannya menggigil-gigil. Sawan juga mula hadir tatkala suhunya mencanak tinggi..
.
21.9.2012 : Anak kuat saya masih cuba bermain walaupun sudah tiada daya..

24.9.2012 : Tidur siang sehingga 2 kali sehari hanya bisa didapati apabila badannya tidak sihat sahaja..

27.9.2012 : Malam sebelumnya elok sahaja, keesokan harinya, sewaktu mahu ke sekolah, badan panas sehingga menggigil..

30.9.2012 : Adik yang setia menemani si Abang..

2.10.2012 : Masih Sakit..

Bila melihat tubuhnya yang kesakitan, hati seorang ibu bagaikan mahu pecah. Setiap kali melihat dia yang tidak berdaya, sering membuatkan kami memanjat doa kepadaNya agar dipinjamkan anak ini selama yang mungkin. Walau maklum anak ini hanyalah satu pinjaman, namun dialah cinta, dialah jiwa, dialah separuh nyawa kami. Betapa besar impak kehadirannya di dalam kehidupan kami.
.
Lantas keesokan harinya, terus sahaja kami bertemujanji dengan pakar kanak-kanak yang juga merangkap neurologist Rayyan Ariff.

To be continued.

Sunday, September 30, 2012

Belasungkawa buat putera dari syurga..

Kami memulakan hari Sabtu seperti biasa. Merangka jadual untuk satu aktiviti lazim. Sang suami akan membawa si anak bujang berterapi, manakala sang isteri di rumah bersama anak perempuan. Berada di rumah untuk upcara mengemas, mengemop, membasuh, menukar cadar, membasuh bilik air dan yang sewaktu dengannya. 
.
Namun satu panggilan telefon telah mengubah hari kami. Telah meninggalkan kesan yang mendalam pada jiwa dan hati kami..
.
"Kak Jiey, tahu tak Aiman kat ICU? Dr kata harapan tipis.." Suara Zura yang tenggelam timbul di hujung talian benar-benar mengundang rasa yang pelbagai. 

Sebaik talian dimatikan, saya mula bercerita pada yang lain. Air mata mula menitis seiring dengan perkhabaran yang diucapkan. Saya tidak tahu mengapa, namun kali ini, air mata ini terlalu murah. 

Mungkin selepas Alanna Qish, saya tidak menyangka akan kehilangan seorang lagi anak syurga daripada keluarga superkids kami.. Sungguh. 

Terus kami bergegas ke wad ICU Hospital Serdang. Dari pagi, hanya setelah jam berada di angka 5 ptg barulah kami dapat menatap wajah anakanda Aiman. Aiman dimasukkan ke wad kerana kesukaran bernafas akibat lemas. Keadaannya sudah teruk sewaktu di bawa ke hospital..

Organ dalaman mulai berhenti berfungsi sedikit demi sedikit. Hati ayahbonda semakin dipagut kepiluan.. Tatkala saya menatap wajah syurga milik Aiman, saya mengerti apabila ibunya berkata dia tidak mahu Aiman terus menanggung kesakitan, namun tidak sanggup pula melepaskannya..

Di luar wad ICU, kami berpelukan sambil menangis, "Macamana Kak Jiey?" Suara serak menahan tangis itu masih terngiang-ngiang. 

"Akak faham bila Ida kata takmau Aiman sakit. Akak pun tak sanggup tengok dia macam tu. Tak mampu. Tapi untuk hilang dia pun tak sanggup. Pergi maksudnya tak ada. Tak ada di mana-mana. Tak boleh peluk. Tak boleh cium. Tak ada lagi.. Seperti kata Ayu.."

Subhanallah. Kesedihan dan kesakitan itu masih jelas tergambar. 

Pagi ini, Aiman atau Muhammad Amar Nazheef, kembali menemui penciptaNya. Pergi yang tidak akan kembali.. Innalillahhiwainnailaihirojiun..

Al-Fatihah buatmu wahai putera syurga. 

Pada sebuah pentas duniawi, banyak kekurangan pada jasadmu. Di usia 4 tahun, kamu masih belum mampu merangkak atau berjalan. Kamu masih belum bisa bercakap atau bermain seperti anak-anak lain. Namun kini, kamu dimuliakan dengan sebuah syurga tanpa sebarang kepayahan. Di sana, pastinya kamu sedang bergembira menikmati indahnya taman firdausi.. 

Berlarilah semahumu anakku, bermainlah seinginmu anakku.. Doakan untuk babah, mama dan adikmu semoga mereka akan dapat bersua denganmu di sana. Di syurgaNya..


Aiman dipangkuan Babah dan Mamanya..

Sering teringat di minda, satu ayat yang pernah diungkapkan oleh Babah Aiman, yang tidak dapat saya lafazkan tanpa titisan air mata dan sebak merajai hati, "Andai airmata seorang ayah mampu menghilangkan segala kesakitan seorang anak, pasti aku akan menangis, walaupun sehingga aku buta.."

Setiap kali mengulangi ayat ini, pasti rasa sebak memenuhi rongga jiwa. 

Kasih tak bersyarat. 
Agung. 
Kasih kerana Allah. 

Monday, January 23, 2012

Kita Ibu yang kejam!! Entry pendek utk Ibu Nabila~

Ina, bukan Ina sorang yang kejam. Jiey pun kejam jugak.. Laaagiiii kejammm kottt.. Hehehehe..

Muka takut sebab kena paksa naik swing.. Pastu tak puas hati sebab kena pakai cap.. These 2 are for his sensory..

Kalau demam, kena buat aktiviti gak.. Tapi aktiviti yang simple dan tak melibatkan fizikal la.. ~Tak dapat duduk, meniarap pun jadi.. :P

Kalau dalam keadaan sihat, buatlah lebih sikit.. :-)

Kat mana-mana pun budak ni kena paksa berdiri.. =P

Bukan mama n ayah je, Uncle pun join kitorang 'paksa' Ian naik bola jugak.. Dari baby lagi, sampai sekarang.. Kejam tak???..

Ini tangisan bayi pramatang dengan corrected age of 3 months.. Sama macam Cik Bella, Ian pun jadi mangsa kekejaman mak dia gak..
.

Bila mana hati rasa tak sanggup nak tengok Rayyan Ariff terpaksa 'bekerja' untuk belajar, Jiey selalu pujuk hati, mothers are sooo unlimited.. Kita akan sentiasa dapat lentur hati kita untuk jadi apa sahaja.. Sama ada keras atau lembut, kita sedang membentuk anak kita menjadi manusia.. :-)

Ina, Jiey kagum tengok Ina.. Pinjam sket semangat Ina untuk Cik Bella.. So that, Jiey pun akan senantiasa bersemangat untuk Ian.. 
*Sayang kamu*

Monday, August 1, 2011

Pertemuan setelah sekian lama~

Alhamdulillah, setelah sekian lama, dapat juga kami adik beradik daripada keluarga superkids bertemu mata, berkongsi cerita.. Lama benar tidak bersua muka.. Rindu betul pada anak-anak saya ini.. Namun rentak saya pada malam tersebut agak perlahan kerna perut yang ketat dengan pelbagai makanan yang enak-enak hingga serasa sukar untuk bernafas! *Owh Mama Put, superb mee goreng kamu*
.
Ini Rayyan Ariff yang asyik melekat dengan Babah Aiman.. Ayah panggil pun buat derkkk jee..
.
Aina Nasuha, baby baru keluarga kami.. Tengok Aina, serious tak sabar nak tunggu Baby RA.. :-)
.
Appetizer, kalau dengan Abi Farid, food presentation pun superb!! Kenyang tak ingat!! :-)
.
Budak yang pandai bawak diri coz nak bagi Mama makan.. Pastu rajin sepahkan mainan kereta Abi Sarra.. Sorry Abi, sorry ummi.. 
. 
Abang Nadime yang melampiaskan kerinduan dengan memegang Baby Aina..
.
Abang Rayyan boleh main elok-elok dengan Aisya, nampaknya, memang bleh jadi big brother la.. :-)
.
Lope & Phia dah siap berbaju raya.. :-)
.
Ni couple yang tak habis2 neh.. :-)

Kalau tengok pattern, Mama Put ada Lope & Phia, Mummy Ayu ada Abang Nadime & Adik Alanna, Babah Aiman pulak ada Aiman n Aina, InsyaAllah, Abang Rayyan akan menyusul dengan Puteri RA, so agak-agaknya, pasni kalau dah masa Sarra, Nabila n Aisya beradik, mesti boys kan.. And adik Habib & Irfan plak, girl.. Hehehheh.. :P
.
Menu malam tu memang makan tak hengat la.. Dengan roti mumtaz, mee grg, nasi grg, pizza, spaghetti dan macam-macam lagi, memang dah rasa macam ikan buntal dah.. Nak bercakap pun dah tak boleh nak beria sebab kenyang sangat!
.
Nak mintak maaf lagi skali ngan Mama Put, Mummy Ayu & Ummi Ita sebab bleh tertinggal bawak barang-barang korang.. Dah berkurun dah birthday gifts Lope & Nadime ni.. Untuk Ummi Ita plak, next jumpa, Jiey bg ehhh..
.
Seronok dengar crite Sarra & Nabila bersekolah.. InsyaAllah, ada rezeki, Ian join gak ehhh.. :-)

Saturday, July 30, 2011

Jadual hari ini~

Malam semalam dah basuh baju newborn Rayyan Ariff, so hari ni bab jemur-menjemur pulak.. Tapi tu la.. Dari pagi hujan and now mendung pulak.. Wrong timing la ehh..
.

Mesti ada yang kata, amboii excitednya.. baru 6 bulan lebih pregnant dah cuci baju baby.. *Merujuk kepada auntie Maria*..
.
Honestly, ni bukan sebab excited.. Tapi ni kisah orang budget.. Untuk Baby RA, mostly recycle baju abang dia.. So dah nak dekat 3 tahun berlipat dalam bakul, memang sadis gak la.. Jadik kuning-kuning bertompok-tompok.. So my friend ajar, kuarkan awal2, n basuh 4/5 kali sampai hilang kuning-kuning tu.. 
.
Kalau basuh 4/5 kali tu, maknanya 4 atau 5 weekend la.. Maklumlah, ampaian nak jemur kan terhad.. So kena la kuar awal2.. :-)
.
Ye la, benda dah bertahun simpan kan.. Nak beli baru, rasa cam membazir plak sbb banyak betul baju newborn n premie petite size Rayyan Ariff dulu.. Kalau adik keluar besar, memang some of them, takleh pakai la..
.
Next thing untuk hari ni, nak masak sempoi2 untuk gath Superkids family karang and then terus gerak gi therapies Rayyan Ariff kat SDMC.. Dari sana, straight la ke umah Ita n Farid.. *Kawan-kawan, jangan lambat ehhh.. Kang ter miss plak nk jumpa korang..*
.
Sekian, jadual untuk hari ni.. :-)

Monday, April 25, 2011

Selamat Hari Ulangtahun ke3 anakku Alisya Qaireen

Dah besar dah anak dara Abi Farid & Ummi Ita ni.. Dah sekolah pun.. Sok lusa dah masuk kolej plak.. =)
Terima kasih kerana sudi menjemput kami, makanan adalah superb! Hasil air tangan ummi & abi yang memang expert bab2 masak western food ni.. =)
.
Sedap air tangan Abi dan Ummi ni.. Tuan kecik makan beria, dari spaghetti ke makaroni goreng, bersambung pulak dengan mashed potato.. Kek Alisya, dua round dia makan.. Buah takyah cakap la kan.. Agaknya, penat bercampur lapar lepas habis dua jam physio session ngan Auntie Sarjit.. =)
.
Tuan kecik & Cik Embun bersama Ummi Ita.. =)
.
Habib yang suka senyum.. =)

Rayyan Ariff sekarang obses dengan cermin! Ini adalah aksi menatap refleksi menatap wajah sendiri di belakang handphone Mama..
.
Abang Aiman dan Abah Zali.. Adik Aina kena tinggal ngan Mama Ida since still dalam pantang.. 
.
Kakak Airin..
.
Cubaan pertama ambil gambar ramai-ramai yang tak menjadi.. Habib pegang Rayyan, Rayyan sibuk dengan corntos, Nabila asyik tunduk & Aisya menangis.. :-P
.
Tiba-tiba je Abah Zali letak Aiman kat tengah. Masing2 terkejut.. Siyan Aiman kena buli ngan babah.. Mentang-mentang mama takde eh?
.
Rayyan dah buat senyum nakal bila tengok Aiman tapi Habib still muka tak puas hati tengok Aiman kena dera..
.
Ramai-ramai pakat betulkan kedudukan Aiman.. Concern sungguh Habib ngan Aiman.. :-)
.
Haaa.. Dah nampak muka pun si Aiman ni.. :-)
.
Gambar kandid terakhir.. Masa ni befday girl tengah minum susu.. :-)
.
Dah macam anak bibik dah Ian ni eh.. Happy befday Alisya sayang.. Terus kuat yea nak.. :-)
.
Bulan April ni ramai anak-anak saya yang sambut birthday, Alisya Qaireen, Megat Idris, Habib Azfar, Yasmin Nabila, Fatin Batrisyia & Aina Nasuha.. Dan belated buat Aisya & Syafil Nadime. ~Hadiah semua sama tak berbungkus sebab Mama Jiey adalah dalam tahap buat kerja secara koboi.. :P
.
Tengok ramai-ramai kumpul, happy-happy, seronok-seronok, tingin plak nak wat befday Ian.. Tapi tu la, keadaan fizikal tak mengizinkan.. Takut kang tiba hari, melepek takleh buat satu apa.. Kot nak senyum pun tak larat, takkan orang datang kita nak baring kat bilik kan? :P