Showing posts with label Maid. Show all posts
Showing posts with label Maid. Show all posts

Wednesday, September 25, 2013

Tak habis-habis kisah maid..

Haah. Tak habis-habis. Orang lain sibuk kes Mat Yo, kita bising kes maid. Hehehehe.. Takde la bising mana.. Maybe sebab dah banyak kali kena, so dah a bit cool as opposed to dulu2.. Takde la nak react gila2 marah ke apa. Nak buat macamana, things are not always in our control. Cuma harap-harap sentiasa dipermudahkan je la.. ;-)
 
Ok, sedikit flash back. dari umur Rayyan Ariff 9 bulan (tahun 2009), sampai la sekarang ni dia dah 5 tahun (tahun 2013), kami dah ada 4 maids dalam masa less than 4 years.. Amboiii.. Gila kerap hadap imigresen youuu.. Ibaratnya setahun sorang. Kalau tengok pada statistik(chewahh!), macam kita ni majikan yang jahat plak tak lekat maid.. Wallahualam. Mungkin yea jugak, salah dua-dua pihak le kot.. Hahahahha..
 
Ok, maid yang first tu memang we're on a good term la kan.. Dia pun sayang Rayyan Ariff and Rifa Aleesya. Masa kawen adik aku hari tu pun dia datang (of course we paid for the ticket lah!). Dia selalu SMS tanya khabar even dah balik Indon for good. Tapi tu la, sayangnya, dia takleh nak kerja kat sini sebab komitmen keluarga. Yang second tu gone; kaput! Yang third plak, bulan 2 hari tu baru ambik and bulan 8 dah hilang pergi tak kembali, gituuuu..
 
Honestly, aku ni jenis mudah kesian. Baru kerja sekejap pun orang mintak nak balik raya, bagi je la.. Even though dah tau chances of not coming back is very high.. Kita kesian sebab pikir, time raya, kita pun nak happy2 dengan family kita, ape lagi dia kan? Kiranya maid ni balik sesaje gitu je dengan tiket penerbangan ditanggung majikan and takdak hold gaji ke apa.
 
Actually, before balik tu dia dah sakit. Tapi nak di bawak ke klinik or apalagi hospital tak mahu dia. Katanya batuk-batuk biasa, pening kepala sj. Gitulah. So balik la dia.. Hari yang dia sepatutnya datang, dia tak datang. Agen called bagitau ms kami dh dalam kereta nak gi amik dia kat airport. Luckily masih tak jauh.
 
So tanya la status dia cemana. Nak datang lagi ke tidak. Agen kata dia check dulu and revert nanti..
 
Esoknya agen called, kata bibik kata dia kerja "tenat" di rumah kami. Penat angkat Rayyan Ariff sana sini.. Dia sakit sebab bila dia riba Rayyan Ariff, Rayyan akan hantukkan kepala kat dada dia and sebab tu sakit tak baik-baik. Pastu katanya lagi, majikan suka marah-marah. Majikan tak bawak gi spital even though maid sakit (gila fitnah! 16 kali aku ajak, 20 kali dia takmo, ibaratnya!)..
 
Ok, part majikan marah-marah tu aku boleh sabar lagi. Even it is very obvious that orang takkan sesaja marah ko kalau ko tak salah. Kot kalo korang, maid hisap rokok dalam bilik depan anak korang  pun korang tak marah, memang baik tahap dewalah kan.. Tu pun tak ngaku. Bila dah kantoi geledah beg dia baru la nak mintak mahap. Benda-benda lain pun aku pernah cerita dalam entri INI.
 
Tapi yang tu biarlah. Yang paling aku tak puas hati bila dia salahkan Rayyan Ariff punca dia sakit. Sedihlah jugak. Mentang-mentanglah anak aku cenggitu, sampai macam tu ko nak fitnah dia eh.. Yang ko nak angkat dukung dia merata tu kenapa? Aku pimpin je ha.. Biar dia jalan sendiri.. Dah memang berat tak payahlah gatal nak dukung. 15kg wehh..
 
Dah tu pandai pulak dia cakap yang dia batuk and demam teruk sebab Rayyan Ariff hantuk kepala kat dada dia. Kalau dia hantuk kepala kat dada ko, ko larilah wehh.. Bukannya dia kejar ko.. Yang paru-paru dia abnormal + hisap rokok tu tak pulak dia nak sabitkan.. Politikkkkk..  Ni haa.. Aku pernah citer bab paru-paru dia kat SINI.
 
So bila dia kata dia keje teruk, aku replay CCTV and snapped tunjuk kat agen. Takyah replay banyak, aku replay sehari je pun dah cukup.. Hari last yang dia kerja before balik cuti raya.  
 
Pukul 8 lebih..
 
Pukul 9 lebih

Pukul 10 lebih..
 




Penutup dia pukul 4 lebih.. Macam-macam gaya dok depan TV! 
 
Korang nilai la sendiri betapa 'penat' nya dia kerja kat rumah aku. On 2/8/2013, setiap jam dia ada masa dok depan TV sementara aku sampai umah kul 5pm. *Tengok kat time sebelah date tu* Pukul 1 lebih je takde.. Maybe busy sket la sebab Rayyan Ariff balik sekolah. So kena bagi makan tukar baju ke apa lah kan..
 
Aku tak kata dia ni pemalas tahap gaban tak buat kerja langsung sampai dok melanguk depan TV je. To be fair to her, dia pun buat kerja jugak even though not as tip top as Bibik Paridah, our first maid. Tapi aku nak tunjuk kat agen tu yang, look, dakwaan minah ni kata dia sakit sebab anak aku or kerja teruk adalah baseless. Obviously dia banyak gila masa lapang dok depan TV. Kerja dia lagi relax daripada kita yang kat office ni kot..
 
Honestly, aku kesian jugak kat dia sebab aku tau dia susah and perlu duit. The reason why agen tu called aku bgtau bibik kerja penat ni, katanya more to nak negotiate kurangkan beban kerja bibik. Bagi cuti lebih sampai dia sihat before boleh balik Malaysia untuk kerja balik. Aku boleh aje nak extend cuti dia, tapi beban kerja apanya yang aku nak kurangkan? Masak memang tak payahlah sebab aku yang masak. Rumah kecik je kalau dia rasa terbeban dengan kerja rumah. Tu pun bab mengemas bagi rapi, aku yang buat setiap hujung minggu. Minggu ni target dapur. Minggu depan target bilik dan seterusnya..
 
Aku kesian jugak bila agen bagitau yang si bibik ni bagitau dia rindu kat Rifa Aleesya. Teringat sangat-sangat.  Aku tau Rifa Aleesya pun sama. Banyak kali ketuk pintu bilik bibik, panggil2 bibik.. Dah tu, dia ambik cawan yang bibik selalu guna and bagitau aku, "Bibik.. Bibik.." So benda-benda macam nilah yang aku consider to keep the maid even banyak hal yang aku tak puas hati. Pada aku, it is as simple as, ko kerja tak OK pun takpe, as long as ko treat anak-anak aku well, aku dah syukur sesangat. Tapi bila ko buat cerita and fitnah anak aku, dah agak melampau la jugak.
 
Terdiam dia bila agen tunjuk gambar yang jadi bukti betapa 'teruk'nya dia kerja ni.. So instead of negotiate anything, agen terus replaced with a new one. Alhamdulillah, responsibled jugak la agen ni.
 
As for the new maid, ada jugaklah 'buah' dia. But again, as long as dia OK dengan anak-anak aku, tak pukul, tak buat jahat, dah besar rahmat bagi aku.. Hopefully yang ni tahan la lama sket.. Aminnnn..
 
Note - Penat weh bertukar maid.

Thursday, February 28, 2013

Cerita tentang maid, cerita FB, cerita kerja dan rezeki..

Lately, banyak sangat cerita pasal maid. Mungkin sebab secara kebetulan, kawan-kawan kat FB pun baru dapat maid. So dah macam jadi fenomena lah pulak.. *perkataan takleh blah*..

Apa citer dengan maid? Seriously, dah malas nak citer lebih-lebih. Korang judge la sendiri tahap mana my current maid is.


Tugas dia pagi-pagi pakaikan kasut Rayyan Ariff, tengoklah, stokin sebelah betul sebelah terbalik. Kalo kita pikir logik, takkanlah ko tak perasan benang berbulu-bulu tu? Dah jadi kerja pulak ahkak gigih bukak kasut and pakaikan balik stokin tu traffic light..

Memang lap peluh betul dengan makcik ni! Paling best, hubby balik rumah wat spot check around 1pm ari tu, pintu depan tak berkunci, pintu sliding terkangkang sehabis luas. Rayyan Ariff kat living room tgh tengok TV dengan pakai baju sekolah lagi, Rifa Aleesya pulak dalam our room tengah tidur, and the maid was in her room, tido!

Hubby siap bancuh susu utk Rayyan Ariff, angkut bawak masuk bilik to put him to sleep for his afternoon nap, si maid ni boleh tak sedar-sedar. After a while, baru dia bangun and tried to open our bedroom's door sebab cari Rayyan Ariff. Hadoiii la.. Kot orang nak culik anak-anak ke, nak naik mencuri ke, dah settle baru ko sedar kot! Nauzubillahhhhh.. Ya Allah, jauhkan anak-anakku dari sebarang merbahaya.

Bila kami tegur, "Biasa bibik enggak gitu. Bibik tadi lagi makan obat selsema.. Jadinya Bibik mengantuk berat.."

Huk alohhhh.. Kalau makan ubat selsema sekali pun, bukannya lepas makan ko terus jatuh gedebuk tertidur kat lantai sebab ngantuk. Siap boleh masuk bilik kan? Susah sangat ke nak kunci pintu pompuan ni? Dulu dah penah bgtau, JANGAN LUPA KUNCI PINTU when my mom caught her tak kunci pintu sliding and Rifa Aleesya dok tido kat hall sorang-sorang whilst dia dok dalam bilik. So masuk yang ni, dah 2 kali la kantoi.

Hmm.. Dah malas nak cakap. Dah taktau nak nasihat macamana. Sudahnya, we decided that we definitely need a CCTV. Fullstop.

Next, pasal FB. What's wrong with FB? FB, FB lah.. Orang tu update pasal tu.. Orang ni update pasal ni.. Lantaklah korang nak update pasal apa pun. Tak kisah.

Tapi yang membuatkan ahkak sentappp a few days back, bila ada yang komen dekat cerita ahkak as per my previous entry. Ala.. Entry pasal agen tu.. Kata orang yang komen ni, dia cuma nak tegur, as a mother kita kena check beg sekolah anak kita sendiri. Jangan harapkan bibik. Tugas bibik cuma jaga ank kita, yang mendidik tu kita.. Lebih kurang gitu la..

Oh, taulah saya ini merujuk kepada ayat saya bila mana saya mentioned, beg sekolah Rayyan Ariff tu kalau tak check, ada je la yang tertinggal.. Susu ke.. Bekal ke..

To me, if you dont walk in my shoes, dont you dare to lecture me on parenting. You dont know the lenght that I'm willing to go for my kids, so dont judge me based on one status. Ye.. Ye.. Dah tau status tu misleading, jangan la tulis camtu eh??

Banyaklah ko! Nama pun status FB, kalo nak tulis panjang2, taip kat belog lah wehh.. I'm not claiming myself as being a good person yang tak pernah mengata orang. In fact, banyak kali dah rasa menyampah dengan status or gambar yg ntah apa-apa.. And there are times where I started typing my comment, kononnya geram or menyampah. Tapi masa taip tu, berhenti sejenak, baca balik ayat, fikir about the appropriateness, fikir about situation org tu. End up, mmg automatically tak jadi komen. Iye la, who are we to judge when we're not even there to witness the whole event kan?

Back to the comment. Bila dia kata saya tak check beg skolah Rayyan Ariff dia silap besarlah. Mode of communication between teachers and parents adalah through notes. So sah-sah la kena selalu check beg sekolah kan? Habis, kalo kata selalu check, macam mana boleh tertinggal bekal? Tertinggal susu?

Ok, here goes.

Bangun pagi-pagi, saya akan masak untuk anak-anak. Masak 2 jenis makanan. Satu nasi, satu lagi would either be makaroni or spaghetti supaya anak tak bosan. Bila dah siap masak, barulah saya kelam kabut bersiap nak gi office.

Nama pun baru masak, takkan nak terus letak dalam bekas, tutup n terus masuk beg. So bekal Rayyan Ariff, saya akan anginkan dulu sebab taknak berkuap. Bibik pula akan bagi breakfast kat anak-anak masa saya tengah bersiap ni la..


Bila dah siap pakai baju tudung make up segala, the moment saya bukak pintu bilik, dah ada budak kecik cinonet berlari-lari datang. Siap bergantung kat kaki sambil tarik baju. Nak berjalan pun susah ok. Nak tak nak, angkat n dukunglah makcik kecik tu.. Kalau tak, memang meraunglah.

So masa ni, sambil dukung Rifa Aleesya saya akan kata, "Bik, pakaikan kasut Rayyan dan tunggu di depan yea.." Di sinilah tugas bibik kena masukkan makanan dalam bekal tadi ke dalam beg n tutup siap-siap. Beg dengan bekal tu sebelah-sebelah je kot. Macamana saya tak marah kalau dia lupa masukkan Bukannya kena berjalan masuk dapur ke apa.

Same goes to susu. Susu untuk minum kat sekolah, saya dah siapkan awal-awal dalam beg. Susu untuk minum dalam kete would be the same susu yang Rayyan Ariff minum lepas breakfast tadi. Pakcik kecik ni, buat 3oz pun tak habis dalam masa setengah jam.. Bukan hisap bersungguh cam orang lain. Lebih kepada main-main. Tu yang buat sekali 3oz, minum sikit while tunggu mama bersiap, pastu sambung minum dalam kereta.

Next, sambil kendong si Rifa Aleesya, saya keluar rumah berjalan ke tempat parkir kereta. Nak jadi cerita, parking kereta dengan rumah bukan dekat. Kata apartment kan... Lot parking saya nun jauh di hujung pagar. Lepas 2 anak jalan tu, lepas 6 baris parkir kereta OK. Senget-senget dukung anak pun tak kisahlah, anything that could please her.. Yea la.. Sekejap lagi dah nak tinggal gi keje.. Malam kang baru balik pulak.

Dah panaskan enjin, bawak Rifa Aleesya pusing satu round dalam pagar apartment tu dengan kereta, baru amik Rayyan Ariff kat loading bay yang tengah tunggu dengan bibik sambil pegang beg sekolah. Masa ni, Rayyan Ariff tukar dengan Rifa Aleesya. Bibik bawak masuk Rifa Aleesya while saya dan Rayyan Ariff drove off gi school/office.

Itulah rutin setiap hari. So, which part nya yang saya tak menjalankan tanggungjawab sebagai ibu? In fact, org taktau, tiap-tiap pagi kita ni willing berpeluh-peluh bawak anak gi amik kereta n pusing-pusing dulu. Semata-mata nak please kan anak... Padahal tak perlu pun, might as well saya just pimpin Rayyan Ariff gi kat kereta. Terus gerak. Tak perlu nak melayan kerenah anak katanya. Tapi hati mak ni tak gitu la.. Dah abangnya merasa naik kereta tiap-tiap pagi, apa salahnya si Adik pun merasa jugak.

Nampak tak? Jadual orang lain kita tak tahu. So tak payah nak suka-suka buat remark pasal how to be a good mother. In fact, a few friends whatsapp, pm me about the comment wayyy before I could read it first. Sebab kebetulan masa tu busy.

So itulah citer FB.

Honestly, I welcomed comments and criticism. Kalau membina apa salahnya. Pernah ada yang hantar emel pada saya, Alhamdulillah dengan bahasa yang sangat elok, tegur kata dalam banyak-banyak things that I've done for Rayyan Ariff, tak banyak pasal agama. Dia tak nampak katanya. She advise me untuk cuba emphasize more on religion matter on Rayyan Ariff. Bila I got that email, I analysed my way of parenting. Betul, kurang dari aspek tu. So saya cuba perbaiki diri.

Instead of tutup pintu masa nak solat sebab takut anak-anak kacau, let them watch and learn. Bila nak berdoa, ajar diorang tadah sekali. Bila nak baca quran, let them listen. They may not know now, but they will understand it later.

Alhamdulillah, disebabkan satu teguran, saya boleh perbaiki diri. See? Takde maknanya kita nak ego tunjuk as we knew it all.. Apa yang orang tegur, kalau betul, kita admit dan buatlah.

OK. next cerita kerja. Macam sibuk gila, macam busy benar wohh. Main reason, boss dalam midst of clearing her work, sbb kena transfer. Early Feb hari tu, last day org no.2 aka assistant boss. Resigned for better offer.. At the same time, hari ni last day org no.3.. Used to be my supervisor before I got promoted. So bila sorang demi sorang kepala department keluar n diganti dengan orang baru, things are a bit stressed up la rasanya. Messy gitu.

Tak suka. Tapi nak buat macamana. We just have to take up the challenge. Sisa-sisa hari yang berbaki  dengan boss lama ni, kita manfaatkan kerja sehabis boleh. Sudahnya, almost everyday balik lambat. Balik kerja, melayan anak-anak pulak. So, memang takde masa nak fikir benda lain.

On a lighter note, boss pushed for this to happen before she left:
Alhamdulillah.. Rezeki anak-anak..

Seriously tak sangka. Because I will only due for this post later in Aug. Masa tu dah boss baru. From March to Aug, takkan la sempat boss baru nak evaluate performance. Nak tak nak, mesti Feb next year baru merasa kot..

Alhamdulillah, rezeki.. Terima kasih boss. Thank you for the acknowledgement. Even just now, boss no.3 datang.. Bagi some advise and encouragement. The fact that orang percaya kat kita and trust that we can go further, memang buat kita rasa terharu kan?

Mungkin, I've to set a target. Dalam 2 tahun kejar Sr Manager pulak. Eh.
Hahahaha..
No lah. Takmo jalan tinggi2 sangat. Nnt takde work-life balance. Cukup makan pakai anak-anak, selesa rumah tangga, OK la kan? ;-)

K bye, till then.

Sunday, February 24, 2013

Update kat FB pasal maid.. Aci?

Kira copy paste je la.. Aci? Hehehehe.. Penyakit M dh dtg wehh.. Update kat FB ni pun pasal kawan2 dok tanya. Ala.. Ni la bendanya yang I adalah berdebar-debar dlm entry before this.. 


Dari umur Rayyan Ariff 9 bulan hingga sekarang, dah 3 org bibik berkhidmat utk kami. Since the first maid had to go back for good due to family problem after 3++yrs of service, kami nekad tanak amik maid lagi. Tapi keadaan kesihatan Rayyan Ariff yang turun naik membuatkan kami tak ada pilihan. Then we took in a new one. Yg 2nd ni mmg budak la sgt and her lack of experience mmg menyusahkan especially in handling Rayyan Ariff. Tapi satu lebihnya dia, sayang Rifa Aleesya sungguh2.. Tak sampai setahun pn dgn kami, she went back. 


After giving it a serious thought, we took in another one. Macam maid2 sebelum ni, kami ambik based on recommendation. This agent was introduced by a good friend of mine. Dengan my friend ni, mmg bagus la.. So we said yes. 


Arrangement mmg simple, kami bayar a few thousands, bagi dokumen2 n dia akan uruskan everything. Tunggu dapat permit je. Medical n passport bibik dia akan bg bila dh settle uruskan permit, sbb dia nak kena bg kat Imigresen dulu. Ok fine, kami terima. 


Bila dah bayar mahal, kita expect dpt la yang bagus, yang well trained, tapi ke laut. Maid ni blur gila.. Bila kita bgtau, "Ya.. Ya.." Dia jawab. Tapi lain yg kita suruh, lain yg dia buat. Beg skolah Rayyan, kalo tak check, mmg patah balik la jawab dia.. Ada je yang tertinggal, susu la.. bekal la.. Kalau balik mana-mana, kita tak suruh keluarkan baju drpd beg, duduk la baju tu berminggu-minggu kat situ nya pun.. Pendek kata, semua kena bersuruh hatta tukar cadar sekalipun. 


Tapi one good thing about her, sangat-sangat menghormati majikan dan sanggup utk belajar. Suruhlah dia, tegurlah dia, patuh sgt. Selagi kita tak masuk tido, dia pun tak tido. Duduk la dia bersimpuh kat dpn pintu bilik dia, standby tunggu arahan katanya. Selagi kita tak makan, memang dia takkan makan. Walau lapar macamana sekalipun. Cuma satu part je kena tahan. Suka mintak duit nak beli topup n mintak gaji awal.

Tak berapa lama bibik ni sampai, dia mula batuk-batuk. Katanya, adjusting period. Iye lah, tak biasa dengan aircond, tak biasa dengan kipas. Tapi lama-lama, batuk ni merebak kat anak-anak esp Rifa yang dok dalam kain gendong bibik almost sepanjang masa bila kami gi keje.. Batuk Rifa teruk tahap muntah almost setiap malam. Bawak gi klinik, tak tahan mana pun.. Dh byk kali check. Dalam pada tu, batuk bibik pun makin menjadi-jadi jgk..

Waktu submit permit (which at the end sdr yg submit, agen taktau apa-apa), agen suruh bagitau dia before buat fomema. Katanya, X-ray bibik ada problem sket ari tu.. Tapi nothing serious. Before buat fomema, suruh bibik minum susu pekat nak bg clear x-ray film.

Masa tu dah start rasa tak sedap n mula tanya itu ini. Tapi agen keep on insisting that takde apa-apa. 

Bila batuk bibik and anak-anak tak baik-baik, kami bgtau bibik yang kami nak bwk semua gi klinik. Bibik mati-mati tak mahu n bg macam-macam alasan. Dia suruh belikan ubat sahaja. Rasa tak sedap makin meninggi. 

The next day, kawan yang ambik maid dengan agen yang sama bgtau something. Katanya, agen tu bgtau maid dia yang dia ni tgh risau takut my maid ni tak lepas medical check up. Tak lepas fomema. Kalau tak lepas, mana la dia nak cari org nak ganti. Katanya, paru-paru Maid kami ni bermasalah. 

Subhanallah, masa dengar ni, marah giler, bengang giler. Semata-mata nak kejar duit, sanggup bawak org yg ko dh tau ada problem. Gile ke manusia? Bkn ke ko dh tau maid ni akan jaga 2 org budak kecik?? Sorang baru umo 14bulan n sorang lagi mmg dh sah-sah ada health issue. Dari awal lagi aku bgtau ko kan? Mmg takde hati perut la bila ko boleh buat 'buta hati' n hantar org yg "paru-paru ada masalah sikit"

Patutlah bibik pn sama naik, banyak kali ckp takmo buat permit. Kerja iillegally, nnt balik pakai pasport tendang. Rupanya nak lari dari fomema!

Hari tu jugak, sy balik mengejut, angkut semua gi buat medical check up. Turns out, mmg x-ray result bibik abnormal. Tapi Alhamdulillah, bukan tibi. Kalau sungguh, sumpah, tak tahu nak kata apa! Memang kalo nk mengamuk pun dh takde guna. Dr. pn marah2 sbb kes macam ni dh byk jd. Tipu medical la.. tak buat lgsg la.. Macam2. Kata Dr. lg, result maid awak ni kena refer kat specialist. Kalau specialist reject, tak payah la proceed dgn permit application. Mmg takleh buat fomema pn. Kalau buat, mana-mana clinic pn takkan approve. 

Masa ni, marah mmg meluap-luap. Manusia ni, kalau akai dh letak kat lutut, semua pn sggp buat dak?? Kata bibik, dia tak buat check up masa kat Indon. Kata agen plak dh buat tp takde apa-apa. Taktau mana yang betul. Tp the fact that ko mmg dh tau something is not right with the maid's lungs, mesti la dh buat kan? Wallahualam. 

Bibik pulak dh merayu-rayu. Katanya dia perlu kerja, nak sara anak di kampung. Kata dia lagi, dia tak sggp nk balik sbb dh syg dengan Rayyan n Rifa. Sayang pn, kamu nk suh sy buat cemana Bik?

Alhamdulillah, tuhan tolong. Result full medical check up bibik dh keluar semalam and things came back normal. Even though x-ray result tu tak 'secantik' org biasa, tapi 'kelainan' tu bkn disebabkan penyakit berjangkit atau seangkatan dengannya. Batuk tu pulak, batuk berkahak biasa. Maybe betul, she's adjusting herself to a new environment. 

Result bibik..

So kesimpulannya di sini, sbg majikan, kita sepatutnya check things thoroughly.. Dont take agent's words macam tu je.. Jgn dia kata sihat, kita pn ikut. Apa-apa sekalipun, periksa, periksa, periksa. Kalau agen bg alasan dokumen takde sbb dh serah kat imigresen, bgtau awal2 kata before buat submission, dia WAJIB tunjuk original dokumen n buat copy utk kita.

Agen pn satu, jgn nak pikir untung semata. Nyawa manusia bukan boleh dijual beli. Kalau ada jual kat kedai, agaknya takde la jutawan n hartawan sakit dan meninggal. Boleh tak hargai setiap 'kehidupan'? Kalau dh tau ada yg tak kena, awal2 lg jgn hantar. Menyusahkan org, tahu?
Dalam kes kami, Alhamdulillah, masih rezeki kami.. Kalau dibuatnya mmg Bibik ada penyakit berjangkit, kesian budak kecik yg jd mangsa. Duit ribu-ribu bg kat agen tu satu hal, tapi yang plg penting, kesihatan tu bkn benda yg boleh dijual-beli. 

Alhamdulillah anak-anak pn OK. Just batuk berkahak. Sy kan dah selalu tgk kesakitan seorang anak. Serius tak sggp. Sbb tu lah mek melenting berdenting-denting.. Hehehehe.. Sekian. Harap-harap terjawablah pertanyaan kawan2. 

Kalaulah upfront kami tahu pasal condition bibik ni, maybe kami takkan amik kot.. Iye la, even tho bkn penyakit berjangkit, tapi tanak amik risiko. Tanak lgsg. Tp the fact that she's already here and everythig is currently being processed, redha je la.. Mohon pada Allah SWT, semoga setiap satunya di antara kita, terus-terusan di dalam lindungan rahmatNya. Aminnnnnn

Saturday, January 5, 2013

Sedih tak sedih, syahdu tak syahdu.

Macam dah lama janji nak cerita pasal bibik kat sini kan? Sampai ke sudah tertangguh. ;-P

Hmmm.. Where did I stop last time? Lupa. Meh kita citer balik dari awal la.. Dulu before ada Rayyan Ariff, saya pernah cakap yang takkan ambik bibik even dah ada anak. Main reason, sebab takmau ada invasion of privacy. Tamau org luar dok dalam rumah kita. So kononnya, ada anak nanti, kisahnya nak letak rumah pengasuh or nursery je la..

Tapi perancangan Allah SWT untuk kami tak sama dengan perancangan kami sendiri. Bila ada Rayyan Ariff, everything changed and we saw the need to have a maid. And our first maid is Bibik Paridah. Mula-mula dia kata, nak keje 3 bulan je then nak balik Indonesia for good. Keje setakat nak kumpul duit buat tambang balik katanya. Masa tu bengang jugaklah sebab kita dah keluar duit bayar kat agen. Rupa-rupanya agen dah pesan, jgn bagitau nak keje kejap, bila dah sampai masa, berenti je lah. 

Mula-mula ingat nak berentikan dia dan-dan tu jugak. Tapi tak sampai hati. Dia pun, dari nak keje 3 bulan, tup-tup jadi 6 bulan. Pastu baru dia balik Indonesia. Balik dengan duit gaji setengah tahun + RM1k yang dia pinjam dari kami. Masa tu redha je la.. Antara percaya dengan tak. Kalau dia balik lagi, Alhamdulillah. Kalau dia tak balik pun, anggap je la duit seribu yang dia pinjam tu bukan rezeki kami. 

Masa yang dia balik tu pulak saya tengah unpaid. So memang tak perlukan replacement maid la.. 2 weeks before I went back to work after 6 months++ of unpaid leaves, she came back. Alhamdulillah, jujur di situ. Saya pun selalu pesan, kalau nak berenti, bagitau elok2 sebab saya memang takkan paksa orang kerja dengan saya. Orang tak mahu apa yang kita nak bisingkan dak?

Keje punya keje, 3 tahun dia dengan kami. Dalam tempoh tu bukan takde turun naik between the 2 of us. Banyak pun. Sebab utama, dia ni lain sket. Bab menjawab boleh bagi kat dia la.. Paling best, pernah dia bergaduh bertekak dengan my sister in front of me and my hubby. Hebat tak hebat dia ni kan?

Tapi tu la, satu yang bagus pasal dia, bab-bab menyapu n mengemop, superb!! Nak cari rambut selai pun payah kat lantai even dah sah-sah rambut-rambut kita ni selalu gugur dak?? Paling best, dia gentle dengan anak-anak. Penyayang. Sampai naik lemak la Rayyan Ariff dengan dia. Dia pun sayang sangat kat Rayyan Ariff. Iye la, jaga dari baby sampai dh besar panjang. Sbb faktor yang satu ni la kami boleh tahankan aje perangai-perangai yang lain..

Pernah sekali, masa I was heavily pregnant to Rifa Aleesya last year, Bibik Paridah balik Indonesia untuk beraya. Sekali dia SMS dari sana kata takmo datang lagi. Masa tu memang bengang la.. Sebab kan saya dah selalu pesan, kalau nak berhenti, bagi at least one month notice sebab kita nak la masa utk buat prior arrangement. 

Tapi after a week, dia SMS kata nak datang balik. Kalau ikut hati marah masa tu memang la takmau. Tapi mengenangkan tengah sarat n whatnot, kami on je la..

Early this year, permit dia dah tamat tempoh. So dia pun taknak renew lagi sebab anak-anak dia dah tak bagi dia kerja kat Malaysia. Anak-anak dia bisinglah sebab dari kecik kena tinggal.. Nak la merasa bermanja dengan mak sendiri.. Iye la, faham sesangatlah. Budak remaja umur 12-14yo kan fragile. Tambah-tambah anak2 dia dok dengan makcik diorang je sebab makbapak dah divorced kan..

So baliklah Bibik Paridah. But we were on good term la.. Sesekali berbalas SMS. Terutama dialah yang rajin tanya khabar Rayyan Ariff. Memang dia sayang betul dengan Rayyan Ariff.. "Saya selalu ulang-ulang nonton pidio rayyan di henpon kak.." Katanya. 

Bila Bibik Paridah balik, kami decided, that's it. No more maid. So Rayyan Ariff will go to a school, yang together with a day care. Rifa Aleesya pulak, since she was just 2 months old then, my mom akan jaga dia dulu before we decided to send her to the nursery. 

Tapi sekali lagi, perancangan Allah SWT untuk kami lain daripada apa yang kami atur. Back then, Rayyan Ariff selalu sakit. Bila sakit, tak dapat gi school, tak dapat gi nursery. Iye la, macam Rayyan Ariff, bila sakit, memang kena close monitoring lah. So nak letak kat rumah, mana la my mom mampu nak jaga dua-dua orang. End up, satu masa, saya, hubby and my bro gilir-gilir tunggu kat rumah. Tak cuti full day, cuti half day.. Fuhhh.. Memang hectic la.. 

Bila dah banyak-banyak cuti, mana la nak tahan.. Kerja pejabat pun banyak yang tertunggak. Then desperately, we took Bibik Titin in to work with us. Sebab nak cepat and she's the only one yang boleh dapat instantly. Bibik Titin ni kecik je orangnya. Umur 22 tahun tapi physically, macam umur 13-14 tahun je.. Mana-mana pergi, mesti orang tanya, ni anak sedara ke?? Kau mampu?? Hehehehe..

Dia ni kasar sikit la. Even kita dah remind, lembut la sket dengan anak-anak especially Rifa Aleesya yang masih baby. Since dia pun budak lagi, dia punya common sense pun ke laut sket la.. Not capable enough la kata orang Kelantan. The only thing that she's good at is, iron baju.. Perghhhh.. Meletup! Macam baju dobi youuu!!

Dan dia ni pulak, memang sayang betullah dengan Rifa Aleesya. Sebab katanya, dia memang berkehendakkan adik perempuan dari dulu. Rifa Aleesya pun rasi bukan main dengan dia. In fact, her second word after she managed to say Mama was Kakak. Clear ok dia sebut Kakak. Sampai sekarang. Kalau tanya, "Mana Kakak Titin?" Mesti Rifa Aleesya akan tunjuk my handphone sebab saya pernah bukak gambar Titin from my FB kat phone and tunjuk kat dia. ;-)

Baru few months keje, Titin ni balik Surabaya for hari raya. Sekali lagi terkena, dia SMS dari sana kata takmo datang dah. Accident patah tangan katanya. Menipu besar kot! Bila tanya mak dia yang kerja kat Klang, mak dia kata, "Itu Buk, tunangannya enggak kasi datang lagi.. Udah mahu kawen.."

Fine, suka ati la.. 

So, my mom sekali lagi took over jaga Rifa Aleesya and we sent Rayyan Ariff to a nearby daycare. Tapi tak lama. Susah dengan keadaan kesihatan dia yang turun naik dan tuntutan kerja saya yang selalu outstation masa tu. After 1 month plus being maidless and almost running out of annual leave, saya telefon Bibik Paridah mintak dia datang sementara tunggu we get a new maid. 

So, here she is. Taking care of the RAs. Lega hati bila dia ada sebab kita tau dia macamana, tak runsing nak tinggalkan anak-anak kat dia, tak risau nak kena stayback kat office pun. Lega.

And by right we should be getting our new maid by 24th Dec, tapi agent mintak postpone sampi 10th January pulak. Hadoiii la.. 

Bibik Paridah pulak, esok dah nak balik. Tiket dah lama beli since konon-kononnya maid baru sampai on the 24th. Kurang asam betul la agen nehhh. So sementara nak tunggu ke 10hb, my mom akan jaga budak-budak ni dulu for 4 days. And hubby and I kena arrange kan utk to be at home as early as possible la.. Kesian orang tua wehhh..

Hmmm.. Haru sungguh. Since Bibik Paridah nak balik ni, syahdu jugaklah. Iye la, our relationship tu dah expanded from employer-employee to friends (of course, still ada batas la kan).. Kami pun selalu bercerita pasal banyak benda.. So, Ok la..

Dia pun nampak jugak sedih. Dua tiga hari ni, kejap-kejap cium Rayyan Ariff.. Kejap-kejap peluk. Tadi kami gi Carrefour sekejap sebab dia nak beli barang sket. Dalam kereta, dua tiga kali dia cakap, nanti Rayyan suruh mama panggil makcik ke sini lagi ya?? Memang syahdu la dengar. Rifa Aleesya pun sama jadi mangsa peluk cium dia. 

Syahdu and terharu kan? Saya dengan dia gitu la.. Ada love-hate relationship gitu.. Hehehehe..

Dia ada jugak cakap, "Kalau nanti bibiknya enggak tiba tanggal 10, kakak bilanglah sama saya. Nanti saya pujuk anak-anak, biar kerja lagi di sini setahun.."

Memanglah kalau ikut hati nak sangat. Iye la, kita dah kenal hati budi dia. Yang baru kita taktau camne. It's a gamble. Tapi memandangkan duit ribu-ribu dah kat agent, takleh la nak cancel sesuka hati.. Unless kalau 10hb ni tak datang jugak, memang ada reason la utk kami cancel. 

So kita tunggu la nanti macamana. 

Untuk Makcik Paridah, selamat jalan. Ada umur kita jumpa lagi yaa.. Terima kasih. 

Tidur dulu. Esok pagi-pagi dah nak ke airport hantar Bibik Paridah balik. Good nite and Assalamualaikum!

Oh BTW, doakan yea, sesiapa sekalipun yang akan jaga the RAs nanti, biarlah baik dan penyayang orangnya. Ikhlas menyayangi kerana Allah SWT. Aminnnn..

Tuesday, November 13, 2012

Jiwa kacau tapi bukan mental~

Fuhhh.. title dah ala-ala Vokal punya tagline. Vokal bukan sekadar rupa~
hehehheheh..

Apa la yang dijiwakacaukan eh? *hamboiii.. dijiwakacaukan tuh. tak menahan*

Bila sesuatu yang kita inginkan nampak macam tak lurus dan mudah, mulalah feeling menggelegak kononnya jiwa kacau. Gitulah. Kata manusia. Tahu je, ubat paling mudah adalah solat, quran dan doa je. Tapi macam biasa la.. Punya la liat nak bangun solat hajat sekarang ni.. Penangan dak Rifa Aleesya la ni.. Umo dah setahun tapi still bangun nyusu memalam. Tak larat dah nak bangun dua tiga kali.. Bila la tabiat tu nak abis..

Apa sebenarnya yang jadi punca? A few things. Nak citer pun payah. Bukan payah, malas sebenarnya. Malas nak menaip karang ayat. Letih jiwa. Takde napsu. Sama la dengan entri birthday cik puteri, tertangguh sampai la.. Haihhhhh..

Kalaulah ada duit sajutha dalam mebenk, harus mak brenti keje 24hrs menggulung dalam selimut dengan anak-anak kat rumah. Wakakaka.. Sodappp... Macam ni ha.. 

Berguling-guling youuuu..

Set-set akauntan dok kira duit.. Jauh lagi ni nak cukup sajuta ni mama.. saratus ribu pun nan hado nehh.. ekekeke..

Tapi tu la, saya percaya, di mana ada kemahuan, di situ ada highway.. eh, jalannn..
Di mana ada kesungguhan, di situ pasti ada laluan. 
Meh kita usaha kuat lagi dan lagi dan lagi dan lagi.

5 perkara utama kita selesaikan berdikit-dikit. 
Rayyan Ariff. 
Maid.
Masa.
Kerja.
Rumah. 

Rasanya semua di atas bukanlah isu besar, tapi bila keinginan tu berlebih, gitu la.. Hahahaha.. Apa pun, usaha kena kuat. Especially hok yang first tu.. 

Rayyan Ariff, bila dunia kata mustahil, Mama cuma boleh kata InsyaAllah.
Hati tisu tapi jiwa besar... That's me! 

XOXO,
Love, J!

Publish.

Thursday, August 30, 2012

Bila kita stress, kita pun shopping~

*Sila sengih jahat.. Hehehe*


Haaa amekkawww.. Orang lain rata-riti bercerita pasal soppeng beg coach, baju jovian mandagie, ko plak soppeng pinggan mangkuk.. Sangatttt makcik-makcik.. Hohoho.. Puas hati mak, walaupun duhett hengget dah tinggal siketttt.. Kehkehkeh..

Apa yang di'stress'kan sangat ni? Ada ke perkataan di'stress'kan? Balunnnn..

1) Anak bujang handsome trang tang tang.
Cerita dia sakit dah terlalu biasa. Perkataan kasihan dah overrated. Tapi sape2 yang berkunjung ke rumah masa hari raya, sempat la tengok Rayyan Ariff not being himself. Clobazam changed him in total. So now, the dosage given has been modified.

Hari raya keempat, demam panas sampai menggigil lagi. Dari Rabu membawak ke hari Jumaat. On and off. Hari Sabtu keluar rashes. Ingatkan measles aka campak, rupa-rupanya Roseola.. Ala-ala viral infection.

About his refusal to walk, Dr kata, could be due to synovitis. Synovitis dalam bahawa mudah, imflammation pada sendi. Radang ke, bengkak ke apa, pada his joints. Mungkin sebab terpeleot masa jalan, or mungkin jugak sebab viral infection.

So virus tu effect body bg demam and amik pakej dengan sendi sekali la kot.

Takpe, tuhan nak bagi syurga kan.. Liku harus la lebih sket daripada orang lain.


2) Anak perempuan comel lotey.
Demam campak. Merap sepanjang masa. Tapi keletah dia super mencuit hati.. Maklumlah, makin besar makin banyak akal.. :-)
.

3) Maidless.
Yup, again. Honestly geram giler. Baru kerja brp bulan, dah bagi balik beraya kat Indon dengan gaji fully paid. Satu sen pun kami tak hold. Siap beli biskut 3 balang, kain sepasang. Duit raya pun dapat. Balik naik flight lagi, dgn kos tambang lebih 70% mak hencek tanggung, cuma potong gaji dia tak sampai 30%. Tu pun sebab tiket pergi balik Surabaya mahal giler (more than RM1k) and she insisted nak balik Surabaya, walhal mula2 tu nak balik naik kapal ke Tanjung Balai je. Agaknya dia ingat tiket flight beli bila-bila pun harga sama.

Pengajaran? Jangan buat baik sangat dengan orang. Bukan semua orang tahu kenang budi.  

No, saya bukanlah marah sebab dia takmo kerja. Lantaklah. Ada mak kesahh?? Kalo ko keje bagus melangit barulah mak boleh guling-guling frust. Yang sakit hati sangat tu, sbb takde courtesy nak bgtau awal-awal. Dari Indon pompuan tu SMS, "Buk, saya kemalangan, patah tangan jadi tidak dapat datang.."

Bila called mak dia, mak dia jawab, "Ooh.. Itu dia buk, mahu tunangan, mahu nikah. Tunangannya itu tidak benarkan dia datang lagi ke Malaysia."

Apekahhh??? PENIPU BESAR! Tak ada adab. Tak ada sopan. Kalau kau gatal dah tak tahan nak menikah sekali pun, Bgtaulah awal-awal so that kita boleh arrange sape nak jagakan anak-anak bila dah starts kerja. Kita takkan paksa kalau orang dah tak mahu kerja. Tp pls end things nicely. Macam with the old maid, we still maintain pretty good relationship. Sesekali berbalas SMS bertanya khabar. Bagi ucapan selamat berpuasa, selamat hari raya and whatnot.

Ok. Tu saja. Selamat hari merdeka.. Till then. :-)

Friday, August 3, 2012

Buah hati pengarang jantung..

Puteri Rifa Aleesya. 9 bulan 1 hari: Mula berdiri sendiri tanpa berpegang. Dah pandai wave bye bye sambil mulut sebut ba-bab-ba..

Thanks to my maid sebab mengajar.
Banyak yang Adik belajar through her..
Terima kasih di situ.

On Rayyan Ariff, takde banyak yang boleh update pasal dia tanpa sedikit pilu di hujung hati.

Dia selsema lagi. Pekat. Dah seminggu tak gi school. Dah seminggu tak buat aktiviti. Kesian.. Padahal dia enjoy gi school.. Kesian..

Now, I'm trying a new brand of supplement. Harap2 berkesan.

Since this year turn beraya di KB, mungkin akan hantar Rayyan Ariff balik awal. As early as next Tuesday. Pedih hati nak berpisah dengan buah hati pengarang jantung. Tapi hati lagi pedih kalau dia dok sini bawah jagaan maid semata, tanpa boleh gi school, tanpa boleh gi therapies, tanpa kasih sewajarnya..

Kenapa tanpa kasih? Sebab before this ada nenek sama2 jaga. Untuk bulan puasa, nenek kena balik kampung. Kalau dia balik jugak, nanti nenek and Atuk bleh jaga dengan penuh kasih cinta. Tapi takut juga, nanti Rayyan Ariff blame Mama and Ayah, konon tak sayang dia. Hantar balik kampung. Lepas tu happy2 balik raya dengan Adik. Jiwa Rayyan Ariff ni sensitif..

Kasihan. Nak explain kat dia yang we're doing this for his own good, dia tak paham. Sedih hati ibu ni nak sebab Mama sayang kamu sepenuh jiwa.

Kenapa nak hantar balik kg awal? Semalam balik rumah, my maid tgh happy2 main dengan Rifa Aleesya. Timang-timang Rifa Aleesya.. Peluk cium Rifa Aleesya. Rayyan Ariff was lying on the floor and watching the scene.

When I went to get him and tried to play with him, he was pasive. Not responsive at all. After a few attempts, still tak respond sangat.

"Titin marah Rayyan ke?" I asked my maid.
"Tak ada la buk.." She replied.

After a few minutes, Rayyan Ariff still pasive. So I asked the same question again. This time, she answered, "Rayyan jealous dengan Rifa.."

Actually it's pretty obvious from the way Rayyan Ariff looked at the earlier scene. Dan dalam hal ni, I feel sad thinking of how my maid treated Rayyan la jugak. Dia tahu orang tu jealous bila all the attention goes to the sister, dia still jugak provoke Rayyan Ariff by tunjuk more lovey dovey scene.

To me, that's a mental torture. Tambah-tambah untuk anak istimewa. *sigh*.. Tp nak buat macamana selain nasihat. Kita tak boleh nak paksa orang sayang anak kita. Sama macam orang takleh nak paksa kita sayang satusatu benda. Ni semua kan dari hati.. :-(

In fact, my maid pun pernah terlepas cakap dengan nada tak puas hati, "Ni anak manja ni.." Sambil pakaikan baju Rayyan Ariff. Hmmm.. Dia sendiri pun mengaku, dia memang sayang Rifa Aleesya sebab dia memang nak adik perempuan dari dulu. Takpe la, dia sayang Adik pun dah cukup bagus. Dia tak buat jahat dekat Abang pun dah cukup baik..

Kesian anak mama. Kesian Rayyan Ariff.

Kalau dapat pergi sekolah takde la kesian sangat. Sampai rumah dah kul 1pm. Tido sebab penat, bangun almost 4pm.. By 5pm, one of us dah sampai rumah. So takde la kena go through unnecessary emotional torture.

Kasihan. Mama hantar balik kampung bukan sebab mama tak sayang Abang tau. Sebab mama sayang. Sayang sangat-sangat.

Saturday, September 3, 2011

Kita KIV crite raya n proceed dgn citer bibik dulu..

Title dah cover banyak dah tu kan? :-)
.
Honestly, walaupun fikiran tengah sesak memikirkan keperluan penjagaan Rayyan Ariff dengan ketiadaan bibik, namun terselit jugalah rasa lega.. Mungkin sebab sudah lama saya memendam rasa dengan perangai dia yang menjadi-jadi, menimbulkan rasa lega di hati..
.
Iye lah, dalam bulan puasa, bila kita dh tido, pukul 930pm dia keluar rumah berborak dengan security guard sehingga jam 1am, bibik orang lain takde kot yang sampai macam tu sekali dia punya tahap berani.. Bila kena tegur, bukan tak buat terus, cuma kurangkan sket jer.. Kuar 940pm, kul 10pm dah balik.. Itu belum bab2 lain yang bila kita tegur, terus tarik muka 2, 3 hari tak bercakap.. So bila dia takde, memang la lega..
.
My mom pun cakap, ialah, dia dengan laki dia kat Indon belum betul2 bercerai.. Berpisah tak sama dengan bercerai.. Lafaz talak takde.. Dia pun takde tuntut fasakh, alih-alih nikah sindiket kat sini dengan jantan lain.. Bila kita argue status perkahwinan, dia menjawab balik.. Tiap kali dia cuti n pergi Shah Alam, memang la jiwa ni pedih sangat.. Rasa berdosa sebab bersubahat.. And now dia dah takde, lega la part tu..
.
Tentang Rayyan Ariff, mungkin dia akan ke sekolah dan nurseri.. Bila bercerita tentang sekolah dan nurseri, takde la saya mengharapkan kesempurnaan dalam penjagaan sebagaimana telitinya bibik menjaga Rayyan Ariff.. Ialah, bukan Rayyan Ariff seorang yang hendak dijaga..
.
Sungguh saya taktahu sejauh mana saya mampu bertahan tanpa bibik.. Terutamanya dengan kehadiran Baby RA nanti.. Mungkin mudah untuk saya mencari pengasuh ataupun meletakkan Baby RA di nurseri kerana banyak pilihan yang tersedia.. Namun tidak untuk Rayyan Ariff.. Anak istimewa tak sama dengan anak normal.. Bukan semua orang yang sudi menjaga mereka..  Skeptikal.. 
.
Saya tidak salahkan mereka.. Bukan semua orang boleh menerima.. Walaupun menjaga Rayyan Ariff teramatlah mudah kerana dia tersangatlah well behaved, tapi orang tidak akan pandang itu sahaja. Budak 3 tahun yang masih belum berjalan dan bercakap dan perlu disuap makannya, akan dipandang sebagai beban..
.
Dengan bebanan kerja saya yang tidak pernah berkurang dan keperluan bekerja tanpa mengira waktu, saya tahu bahawa khidmat seorang bibik masih saya perlukan.. Sekurang-kurangnya, jika anak2 demam, saya tidak perlu bercuti berhari-hari.. Malahan, paling penting, saya tidak perlu terkejar-kejar untuk pulang dari pejabat semata-mata mahu mengejar waktu tutupnya nurseri.. Kerna ada waktu, saya perlu berada di pejabat sehingga jam 9pm!
.
Lagi pula, Rayyan Ariff bakal diletakkan di nurseri untuk anak-anak istimewa. Takkanlah adik juga mahu diletakkan di situ.. Tidak sampai hati pula mahu memisahkan mereka.. Mungkin saya masih memerlukan khidmat seorang bibik yang mana Rayyan Ariff akan ke sekolah untuk setengah hari, dan pulang ke rumah untuk bersama-sama adiknya.. 
.
Saya mahu Rayyan Ariff dan Baby RA membesar bersama-sama sebagai mana saya dan abang saya.. Kerna itu, saya tidak punya pilihan lain selain daripada mengambil bibik.. Kalaulah ada pengasuh yang sudi menerima kedua-dua mereka, memanglah indah.. Namun saya tahu, hal itu seakan hampir kepada mustahil..
.
Kali ini, mungkin saya akan melabur sedikit wang untuk memasang CCTV di rumah.. Ialah, bibik yang lama, kita sudah masak dengan perangainya.. Orang baru, belum tahu lagi bagaimana buruk baik perangainya.. 
.
Lagipun, Rayyan Ariff ni prone to infection.. Kalau tak kena gaya, selsema la.. Demam la.. Almost every month.. So takkanlah mama nak cuti every month.. Kalau dia boleh maintain macam sekarang, dah jarang selsema n demam, maybe OK la sket kan.. 
.
Sekarang ni, besides Appeton Vitamin C (dosage for 7-12yrs old), Rayyan Ariff is also consuming Co-enzyme Q10, Piracetam, Neurogain and multivitamin as his supplement.. Berkesan la agaknya since dah lama anak mama ni tough semacam.. :-) 
.
Apa sekalipun, tidak kira di mana dan siapa yang menjaga, saya harapkan agar Allah SWT memudahkan perjalanan Rayyan Ariff dan Baby RA.. Semoga, sepanjang saya dan suami bekerja, orang yang kami titipkan untuk menjaga anak-anak kami dapat menerima mereka seikhlas hati dan mampu memberikan kasih sayang dan penjagaan sewajarnya untuk mereka.. Sebagaimana mengggunungnya kasih dan cinta kami padanya.. Aminnnn..
.
Walau banyak rasa yang berbaur, jauh di sudut hati ini, saya sangat berterima kasih kepadanya kerana menjaga Rayyan Ariff sebaiknya sedari bayi berumur 9 bulan sehinggalah ke usia sekarang.. Dan saya tahu, di sudut hatinya juga pasti ada rasa kasih yang mendalam terhadap anak ini kerna sebelum dia pulang, bertubi-tubi ciuman yang diberikan buat Rayyan Ariff.. Ciuman itu jugalah menjadi penguat firasat saya bahawa dia sebenarnya sudah berhajat untuk tidak pulang berkhidmat di rumah saya lagi..

Wednesday, August 3, 2011

Tentang puasa, pregnancy dan lain-lain~

Alhamdulillah, duduk tak duduk, dah 25 minggu Adik RA kita.. Ni dah August, pejam celik pejam celik, tak lama lagi November la.. Berdebar sangat hati ni.. Harap2 semua OK la.. Dan harap2 jugak, Adik RA jengah dunia on the 1st of November.. 01.11.11. Mak soka!! Sebab tarikh 01.11 tu, kalau terbalik jadi 11.10, birthday mak tu nakkk.. Hehhehe..
.
Hari ketiga berpuasa, Alhamdulillah masih larat lagi.. Niat berkobar nak cukupkan puasa sebulan sebab last cukup puasa sebulan Ramadhan was long, long time ago. When I was 13. So sangat-sangat nak puasa penuh.. InsyaAllah.. Harap2 kesihatan OK la sepanjang Ramadhan ni..
.
Berbeza betul pengalaman hamil kali ni dengan yang lepas. Yang lepas, sehat je memanjang.. Takde sakit-sakit or whatsoever.. Cuma demam masa early pregnancy jer.. This time around, siap macam2 pakej.. Gastrik la.. Sakit belakang la.. sakit pinggang la.. Sakit perut la.. Siap bagitau gynea, "Dr., I think I'm carrying low.. Sometimes I feel like the baby is dropping.."
.
Gila dramatik ayat.. Siap kena sound dengan Dr. "No, you're not. The position of the baby in your womb is crossing from left to right. She's here. So cant be that you're carrying low. Placenta also OK. Amniotic fluid cukup.. You dont have to worry too much.."
.
I guess when one is traumatized by one life episode, she tends to be a little bit of too carried away kan? :P
.
Honestly, rasa takut tu buat kita fikir macam2.. Macam2 kemungkinan yang tak sepatutnya pun kita fikir.. Tapi manusia ni macam tu la.. Sebagai contoh, bila Rayyan Ariff terhentak perut, mesti cuak gila.. "Ian, jangan la.. Sakit adik.." Pastu dok risau takut patah tangan Adik RA ke apa.. Padahal sah2 la budak tu protected by amniotic fuid etc.. Ya, saya adalah drama Queen..
.
Bulan puasa ni ingat nak skip check up, lepas raya baru nak pergi.. OK kot.. Sebab kalau gi check up, kena masuk office lewat.. Kalau masuk office lewat, kena balik lewat.. Tak sanggup nak redah jam.. Kalau boleh, by 415pm everyday dah nak cabut.. :P
.
Dalam dok sakit belakang, dalam dok sakit pinggang, still lagi memasak cam biasa.. Seriously, tak lalu nak makan lauk beli.. Hari pertama puasa, masak sotong celup tepung, telur goreng tomato, ikan pedas & kacang buncis goreng.. Semalam pulak, bersungguh buat nasi kerabu.. Bila perut mengeras, sampai tertunduk-tunduk potong ulam.. Semangat punya pasal..
.
Tapi bila masak sendiri ni, banyak jimatnya.. So OK la kan.. Macam semalam, modal nak buat nasi kerabu cuma RM4.50.. Pastu boleh makan dari berbuka bawak ke sahur.. Puas hati la sebab buat sendiri kan.. :-)
.
Abang Rayyan Ariff? As usual, he's everywhere.. Sekarang ni trend memanjat pulak dah.. Seriau kita yang tengok ni.. Kalau ada budget lebih, memang dah satu living room and dalam bilik saya pasang floor depot tuh.. Kalau jatuh takde la sakit sangat kot nak compare dengan tiles.. So far memang la tak jatuh lagi, tapi takkan nak tunggu jatuh dulu kan?
.
Akal dia tu ada je nak buat something.. Takde la nak duduk diam pandang satu benda je ke.. Last Saturday, dia tumpahkan minyak urut kat badan dia.. Sebotol penuh tinggal sket jer.. Sampai ke dalam mulut ada bau.. Pastu nangis2 sebab panas.. Bila bawak siram kat bilik air, terus jadi happy sebab dapat main air.. Hilang panas minyak tu agaknya.. Called Dr. tanya ok ke tak? Dr suh bawak gi Emergency for observation.. Mana la tau poisoning ke ape.. Tapi my abah suruh observe sendiri je dulu n bagi minum air kangkung untuk sejukkan badan.. Nasib baik la takde apa2.. So moral of the story, jangan la tinggal dia sorang-sorang even just seminit je pun..
.
En.Hubby dah start keje balik semalam.. I guess he's getting better la tu kot.. Jalan pun dah OK sket, cuma kalau lasak2, memang berurut la malam tu.. Sekarang ni dah jadi keje dia bawak Rayyan Ariff naik motor petang-petang.. Nak tak nak, mesti bawak sebab budak kecik tu dah pandai mintak.. Siap buat tangan gaya orang naik motor.. Memang lawak.. Tapi stakat dlm area umah je la.. Takde sampai luar pagar or jalan besar pun..
.
Tentang maid? Ntah la.. Taktau nk citer n campur malas.. My mom mintak consider takyah sambung permit dah.. Hujung bulan 1 ni habis.. Taktau la camne.. Memang puas hati dengan cara dia layan Rayyan Ariff, tapi benda2 lain pun kena consider jugak kan..
.
Hmm.. apa-apa pun, harap yang terbaik dan dipermudahkan setiap urusan.. Aminnn..
.
Dua hero saya.. Semoga dipermudahkan segalanya.. :-)

Wednesday, July 13, 2011

Tentang maid dan babysitter~

Banyak yang berlaku tentang pembantu rumah saya namun di atas dasar menganggap dia sebagai ahli keluarga, saya hanya berkongsi dengan sesetengah teman sahaja. Namun kali ini, hati terbuka untuk bercerita tentang pembantu rumah aka bibik setelah membaca coretan Mummy Nadime Alanna.
.
Tidak pernah saya bayangkan bahawa saya akan mengambil orang asing untuk tinggal bersama keluarga saya, apatah lagi menjaga anak yang masih bayi. Sewaktu saya masih mengandungkan Rayyan Ariff, kami telah berbincang dan mengkaji pilihan yang ada, lantas bersetuju untuk menghantar anak yang bakal lahir nanti ke rumah pengasuh yang juga merupakan jiran sebelah rumah kami.
.
Namun tuhan mempunyai perancangan yang berlainan untuk kami. Dengan keadaan Rayyan Ariff, kami terpaksa membuat rombakan ke atas keputusan yang telah diambil sebelum ini. Setelah dibenarkan keluar daripada NICU pada usia 45 hari, saya menyambung cuti dan memilih untuk menjaga Rayyan Ariff sendiri. Mencapai usianya 3 bulan, ibu saya pula dating dari kampung untuk mengambilalih tugas menjaga Rayyan Ariff sehinggalah ke usianya mencapai 4 bulan.
.
Untuk tempoh waktu itu, ibu saya hanya menjaga Rayyan Ariff pada waktu siang sahaja kerana setibanya saya di rumah, Rayyan Ariff akan berada bersama saya sepenuhnya. Saya cukup takut ibu saya tidak mendapat rehat yang secukupnya lantas saya memang tidak membenarkan dia ‘memegang’ Rayyan Ariff pada waktu malam.
.
Memasuki bulan Ramadhan, ibu saya punya kesukaran untuk terus menjaga Rayyan Ariff kerana memikirkan ayah di kampung yang pastinya susah untuk bersahur sendiri. Setelah berbincang, kami sepakat untuk membenarkan Rayyan Ariff dibawa pulang ke kampung agar ibu saya boleh terus menjaga Rayyan Ariff sepanjang bulan Ramadhan tersebut. Sungguh saya tidak percaya pada orang lain melainkan ibu saya yang sudah ‘terbiasa’ dengan Rayyan Ariff.
.
Saat itu, setiap minggu saya dan suami akan pulang ke kampung untuk menjenguk ‘jiwa’ kami di sana.
.
Setelah Aidil Fitri berlalu, kami membawa Rayyan Ariff pulang dan di atas permintaan ibu mertua, Rayyan Ariff kami titipkan di bawah jagaan beliau sementara kami ke tempat kerja. Berulang aliklah kami setiap hari dari rumah mertua di Rawang.
.
Genap 2 minggu di sana, ibu saya dating lagi ke rumah kami untuk menjaga Rayyan Ariff. Waktu itu, Rayyan Ariff sudah berusia 7 bulan. Setelah sebulan lebih di bawah jagaan ibu saya. Adik perempuan saya yang sedang bercuti sekolah pula datang bertugas untuk menjaga Rayyan Ariff selama sebulan. Menjelang usianya 9 bulan, kami mulai yakin untuk menghantar Rayyan Ariff ke rumah pengasuh.
.
Pengasuh yang sebelum ini yang sudah bersetuju untuk menjaga Rayyan Ariff sewaktu saya bertanya di saat usia kehamilan mencecah 5 bulan tidak dapat menjaga Rayyan Ariff kerana waktu itu, dia sudah punya 2 anak kecil dan bayi di bawah jagaannya. Lantas kami memulakan pencarian sekali lagi.
.
Pada mulanya, kami mendapat maklumat tentang seorang wanita yang sudah punya dua anak. Anak-anaknya sudah besar dan kerana bosan, dia teringin untuk menjaga bayi. Kerana kebosanan, anak India di depan rumahnya pun sanggup dijaga sekiranya diberi peluang. Kami kenal wanita ini. Atas dasar ‘kenal’, saya menghubungi wanita ini untuk bertanya sama ada dia sudi menjaga Rayyan Ariff atau pun tidak.
.
Pada mulanya, riaknya biasa sahaja. Sudi tanpa bersyarat. Namun setelah mengetahui Rayyan Ariff adalah anak istimewa, mulalah nadanya lari.. 2 atau 3 hari kemudiannya, dia mula bertanya tentang keadaaan Rayyan Ariff. Apa penjagaan istimewa yang dia perlu? Apa perhatian khusus yang dia perlu? Saya jawab tidak ada. Kerna menjaga Rayyan Ariff sama sahaja dengan menjaga anak-anak lain. Malahan, anak ini tidak pernah demam hinggalah dia menjejak ke usia 9 bulan!
.
Syarat daripada wanita itu mula bertambah. Katanya, harga tidak kurang daripada RM300 sebulan dan kami tidak boleh lewat mengambil Rayyan Ariff sekiranya tidak mahu dikenakan caj tambahan. Toiletteries juga perlu disediakan dan tidak boleh menggunakan barangan selain daripada jenama Johnson n Johnson. Dan beberapa perkara lagi.. Namun yang pasti, setiap kali pengakhiran SMSnya, pasti akan ada satu ayat berbunyi, “Saya hanya menolong kamu, taka de niat lain. Kalau kamu jumpa ada orang lain yang  mahu menjaga anak kamu, pergilah kepada orang itu.”
.
Itulah ayatnya yang sering diulang-ulang. Pada saya, jelas sekali dia tidak mahu menjaga Rayyan Ariff bukan? Hati saya sedikit tercalar. Namun saya redha. Kalau orang tidak sudi, mengapa perlu diharapkan lagi.
.
Setelah itu, kami meletakkan Rayyan Ariff di rumah seorang makcik di taman berdekatan. Senyumannya bagai dipaksa setiap kali kami menghantar Rayyan Ariff. Setiap kali kami menjemput Rayyan Ariff bukan dia yang memberikan Rayyan Ariff kepada kami. Begitu juga setiap kali kami menghantar Rayyan Ariff, bukan dia yang menyambut anak kami. Sama ada suaminya atau pun anaknya. Dia sentiasa tidak ada, atau sibuk di dapur dan juga di bilik air.
.
Beberapa perkara lagi yang tidak perlu saya kongsikan di sini mendorong kami untuk tidak menghantar Rayyan Ariff ke sana. Agak kurang ajar kerana kami tidak memaklumkan kepadanya tentang keputusan kami. Terus membawa Rayyan Ariff pergi begitu sahaja tanpa sepatah kata. Mungkin kerana hati sedikit terguris. Walaupun hanya 2 minggu Rayyan Ariff di sana dan banyak waktu bukanlah seharian, saya tetap memberikan RM200 sebagai bayaran di atas perkhidmatannya.
.
Saat itu, kami sudah punya bibik. Di awal kehadiran bibik, segalanya cemerlang. Dari tugas menjaga Rayyan sehinggalah ke acara mengemas rumah. Baju kerja sudah siap bergosok untuk tempoh berbulan.. Hati siapa yang tidak senangkan?
.
Kini, sudah bertahun pembantu yang sama bersama kami. Ada pasang, ada surutnya. Jangan diminta dia memasak untuk kami kerna lauknya hanyalah ayam goreng dan kacang buncis goreng sahaja. Bekalan baju ke pejabat, hanya digosok apabila perlu. Setelah saya meminta dia menggosok banyak baju sekaligus agar senang saya membuat pilihan, barulah dia buat. Itu pun ada juga waktu yang mana dia tidak mengikut arahan saya.
.
Setiap bulan, dia akan bercuti selama dua hari untuk ke rumah suaminya yang dikahwini hujung tahun yang lalu tanpa pengetahuan kami. Katanya ke rumah kakak angkatnya dan hanya beberapa ketika yang lalu barulah dia mengaku. Itu belum di kira lagi dengan mahu naik gaji, mahu pulang ke Indonesia setiap tahun, sibuk menonton sinetron dan berbual di luar rumah bersama security guard. Belum lagi diceritakan perihal dia yang konon-kononnya hamil pada saat yang sama dengan kehamilan saya kali ini. Macam-macam hal kalau mahu diperincikan.
.
Namun sesuatu yang membuatkan saya terus mengambil dia bekerja adalah  kerana kasihnya pada Rayyan Ariff. Dengan dia, Rayyan Ariff besar kepala. Dipukul dan dicubitnya bibik sesuka hati kerana wanita itu tidak pernah marah padanya. Setiap kali Rayyan Ariff jatuh sakit, dialah yang akan turut menangis bersama saya. Adakalanya, lebih emosi daripada saya!
.
Pada saya, biarlah kami yang menahan rasa selagi Rayyan Ariff dapat menumpang kasih sayang daripada orang asing sementara saya tiada di rumah. Tidak dapat saya nafikan, waktu paling gembira untuk dikenang adalah di saat saya bercuti tanpa gaji dan hanya ada saya, hubby dan Rayyan Ariff di rumah. Tenang dan membahagiakan. Namun apalah saya..
.
Hanya padaNya saya memohon agar Rayyan Ariff terus di dalam lingkungan rahmatNya tidak kira siapa yang menjadi penjaganya, di rumah atau di sekolah.. Aminnn

Di awal kedatangan bibik..
.
 Dia membesar di tangan bibik..
.
Lihat pandangan kasih itu.. :-)

Tuesday, July 5, 2011

Redup pandangannya yang menyulam keinginan..

Unit kediamannya menghadap ke arah kolam renang yang kelihatan biru dan jernih dari kejauhan.. Di arah yang sama, jelas kelihatan taman permainan mini yang dilengkapi buai, papan gelongsor dan beberapa permainan lain..
.
Setiap pagi dan petang, kolam renang yang kebiruan itu tidak pernah sunyi dikunjungi anak-anak kecil dan orang-orang dewasa.. Mereka kelihatan riang dengan gelak tawa yang memenuhi ruang udara, dengan senyuman yang memenuhi wajah..
.
Di satu sudut balkoni rumahnya, dia hanya mampu memandang ke arah keriangan itu.. Mencuri pandang melalui tiang-tiang besi berwarna putih balkoni, sambil tangannya tidak lepas menggenggam besi-besi tersebut.. 
.
Tiada siapa yang dapat menebak apa yang ada difikirannya.. Tiada siapa yang dapat mentafsir jauh pandangannya.. Dan dia sendiri tidak mampu meluahkan rasa yang tergumpal di hati dan mindanya..
.
Mungkin, dia sedang berkira-kira untuk menyertai keriangan itu seandainya dia mampu berjalan sendiri..
Mungkin, dia sedang berkira-kira mahu turut berenang-renang seandainya dia mampu meminta agar di bawa ke sana..
Namun dia tidak mampu, dia anak OKU yang lahir penuh kekurangan..
Dia tidak bisa untuk meminta apa lagi menzahir keinginan di hati.. 
Kerana dia anak OKU..
Hanya berharap pada simpati mereka yang mengerti..
Terutama ibunya..
Namun banyak waktu, bukan ibunya yang menjaganya.. 
Bukan ibunya yang berada disampingnya saban detik..
Terabaikah dia? Mungkin..
.
 Dia dan pandangannya~
.
Kamu, kasih ini terlalu tinggi untuk diucap.. Cinta ini terlalu agung untuk diungkap.. Maaf andai tidak selalunya keinginanmu dapat dipenuhi.. Maaf. Maaf kerana melepaskan dirimu di bawah jagaan orang asing..
.
Seribu kekesalan.
Sejuta kemaafan.