Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Friday, December 5, 2014

Cerita semalam dan janji..

Cerita semalam, ke Masjid Wilayah untuk akad nikah adik kakak ipar aku.. MasyaAllah, cantiknya rumah Allah SWT tu di waktu malam. First time smpi malam kat sana. Tapi sebab ada kelewatan sikit, takde daya dah nak ambik2 gambar by the time the aqad ends.
 
Indah.

Cinta datang dalam pelbagai bentuk. 2 bentuk ni memang aku cinta sangat-sangat!

Minggu ni akan sibuk sangat-sangat. Hari ni nak beli brg2 for setting up candy buffet table tomorrow. Sandingnya esok. Then lepas majlis ke Lumut, hari Ahad nak ke Pangkor. Jumpa Isnin y'alls!!
 
Semalam ada yang tanya kegunaan Brain Power Young Living Essential Oil. Dah janji nak post so laju2 kita.  
 
Ni antara yang aku jumpa from pokcik google.

Citer pendek je sebab busy. Ni aku tepek dua testimonial. Sket2 je dulu noks!
 
Testimonial yang ni sebelumnya tu dok citer pasal Brain Power. Anak akak tu yang kaki tido terus celik terang bijik mata.. Siap keluar macam-macam bunyi. Hahaha.. Sampai restless. So aku suruh akak ni kurangkan pakai sket. Akak ni pakai kerap masa tu sebab anak dia kat spital, ada sawan. So keje dia sapu Brain Power untuk hilangkan sawan so aku suggested try something else for sawan. Sebab kalau anak tak cukup tido and rehat pun leh contribute to sawan. Saje aku tepek testi ni nak capture part memang power tu je.. Hekhek.
 

Ni mak ni sapu Young Living Brain Power Essential Oil kat anak dia yang nak exam.
 
Kagum kan? Dengan izin Allah SWT.
 
Banyak lagi tapi kakak kawasan busy! Till then.
P/s - Ada lagi hutang reply pertanyaan. Tunggu Kakak jawab yea.. Tenkiu lap u.. 
Whatsapp PA I kat 0172742005.
Bye youuuu..

Monday, February 10, 2014

Dear diri, sila jangan biar belog berhabuk. Sila buat sesuatu.

Nah, pesanan penaja untuk diri sendiri. Kalau malas jugak lagi tatau la.. Sekarang ni aku rasa belog ni macam lebih banyak meaningless updates. Too many things yang berlaku, sama ada yang lurus ke depan or bengkang bengkok, which resulting in kemalasan tahap dewa.
 
Sedang terpikir-pikir, mungkin akan menutup ruang ini untuk restricted readers. 100 readers. Atau mungkin juga, akan biarkan mana-mana post yang relevant untuk terus di sini dan aku akan berhenti menulis perkara seharian. Sampai di sini.
 
Masih dalam pertimbangan. Awal waktu, tujuan utama aku menulis di sini untuk bercerita tentang Rayyan Ariff. Berkongsi rasa dan memberi harapan kepada orang lain. Sehingga saat ini, aku masih menerima mesej peribadi bertanya itu ini tentang anak seperti Rayyan Ariff. Mereka mencari pengharapan di dalam setiap pertanyaan dan cuba mengutip pengalaman kami sebagai panduan mungkin. Dan aku penuhi selayak mampu, kerna aku juga pernah berada di dalam situasi tiada harapan, tiada jalan. Maka aku tahu bagaimana sakitnya.
 
Namun lewat waktu yang berlalu, aku hilang momentum. Mungkin cabaran hidup yang kelihatan menekan. Mungkin. Andai kalian tidak lagi menemui aku di sini, aku masih ada. Di FB, IG dan sebagainya. Masih meneruskan usaha untuk Rayyan Ariff dan keluarga, masih cuba menjadi hambaNya yang baik. Masih terus mencuba.
 
Sementara aku fikirkan apa yang mahu aku lakukan dengan ruangan ini, kita teruskan seperti kebiasaannya. Bercerita dan mencoret dari sudut penglihatan manusia biasa, yang tiada apa yang lebih dan tidak juga terlalu kurang.
 
 Berbalik kepada cerita kehidupan.

Alhamdulillah, dengan izinNya, cuti tahun baru cina tempoh hari dapat aku dedikasikan untuk orang-orang tersayang yang menjadi paksi untuk aku terus melangkah. Keluarga. Apa lagi yang lebih penting selain mereka bukan? :-)

Majlis pernikahan sepupu di Kuala Krai. Aku membesar bersama mereka.. Mandi sungai, cuba menoreh getah, memancing, tangkap belalang dan segala permainan kampung. Waktu indah tanpa permasalahan. Rindu.

Wanita tua ini penghubung utama. Aku sayang dia sepenuh hati. Setiap kali pulangku ke kampung, kunjungan ke rumahnya adalah pasti. Dialah pengubat rindu yang sarat untuk Abah.

Dua hari di Kuala Krai. Khamis dan jumaat, bersama membanting keringat menjayakan majlis.

Sabtu dan Ahad, meneruskan sesi menyelesaikan apa yang perlu. Apa sahaja.

Belindan aka kepok untuk Abah. Sejujurnya, aku mahukan sesuatu yang super cantik di mataku. Walau itu bermakna aku harus mengira setiap sen wang yang ada di dalam akaun aku untuk menambah peruntukan yang mami berikan, aku sanggup. Mami juga setuju. Tanda kasih kiranya. Tapi abangku menghalang, katanya, pergilah cari dan baca, apa hukumnya menghias kuburan. Kasih kita pada Abah bukan terletak pada mewahnya kuburan. Selagi ingatan dan doa untuknya tidak terhenti, selagi itulah kasih kita nyata. Sampai bila-bila.
Al-Fatihah.

Dan seterusnya, acara wajib setiap kali pulang ke Kota Bharu. Makan, makan dan makan.

Pagi yang berkabus. Sejuk seperti di tanah tinggi layaknya. ;-)

Nasi kerabu Kak Tie, Sungai Durian. Sedap OK! Licin baru snapped. Hahaha. Adab orang lapar. Siap ada fesbuk lagi kedai makan ni tau!

Nasi goreng belacan Sutera Cafe, Kota Bharu. Tempat lepak zaman persekolahan. Marvellous!!

Nasi berlauk Kak Wok.

Nasi Ulam Cikgu, Kampung Kraftangan. Orang ramai tak hengat!!

Rare. Sedap sangat-sangat. Lukcing aka satay ikan. Fuhhhh.. Teringat-ingat..
 
Seterusnya, acara tiup lilin ulangtahun ke-24 adinda tersayang. Adinda bongsu yang satu-satunya masih menjadi tanggungjawab aku dan Abang-abangnya. Amanah Abah.

Ada orang marah bila kita nyanyi happy befday utk Che Su dia. Tu yang ada penyibuk nak tiup lilin jugak tu. Heh.

Happy 24th birthday Che Su. Semoga sukses di dalam apa sahaja lapangan yang Che Su ceburi.

Kesayangans. ;-)

Menu instant untuk birthday Che Su. Kenny Rogers, McD, Pizza dan kek. Kenyang bukan main. Alhamdulillah. Sambutan di rumah nenek tercinta. Bukanlah sambutan mana pun, lebih kepada berziarah. Maklumlah, pada majlis perkahwinan yang sudah tentunya sibuk, manalah sempat berbual dan bertanya khabar. Jadi, ruang waktu yang sempit ini sahajalah kami gunakan untuk bertanya khabar.

Dari dulu lagi, aku tidak pernah gagal berkunjung ke rumahnya setiap kali aku pulang ke kampung. Dan dia juga begitu. Sewaktu aku berpantang selepas melahirkan Rifa Aleesya, dia juga tidak pernah gagal melawatku berselang hari. Dalam seribu kepayahan, dia datang berziarah. Tahu sajalah orang tua, macamana langkahnya. Macamana pergerakannya.

"Kalau tak datang sekarang, nanti dah balik KL makin susahlah nak jumpa." Ayat yang dituturkan saat aku nyatakan tidak perlulah untuk dia datang selalu. Kasihan aku melihat langkahnya yang sukar.

Kini, uzur makin jelas kelihatan di dalam setiap langkahnya. Dia sudah tidak segagah dahulu untuk ke sana ke mari. Kerna itu aku tidak mahu melepaskan peluang untuk berziarah di dalam setiap kepulanganku. Tidak puas atau cukup sekadar bertanya khabar melalui telefon.

Ya Allah, peliharalah kesayangan-kesayanganku ini di dalam rahmatMu ya Allah. Aku sayang dan cintakan mereka, keranaMu ya Allah.

Sekian. Till then. :-)


Monday, October 21, 2013

Majlis persandingan dan sambut menantu

Update laju-laju kejar nafas.

Alhamdulillah settled dah for both side. Beza tarikh, 1 month apart. Reason? Mommy still dalam edah kan.. Habis edah baru proceed with majlis on our side. Now that semua dah settled, rasa lega yang amat. Kurang satu tanggungjawab mengetuai keluarga gitu. Tinggal lagi Adik yang bongsu.. ;-)
 
Let the photos do the talking!!

Hantaran untuk pengantin perempuan from our side.. Kan dah kata, landskap architect yang buat.. Malam nikah dia bantai pakai rumput bunga segala, sanding dia pakai batu n segala mak nenek besi.. Futuristik katanya. Tapi memang hazab la org yang mengangkat.. Mana berat mangkuk kaca lagi, mana batu lagi.. Muahahahha..

Pengantin..  

Bacaan doa..  

Kakak pengantin menggantikan mak pengantin yang tak dapat datang.. Hahhh.. Mana nak dapat tepung tawar sambil dukung anak.. Si DikSya ni wat pangai takmo duduk, takmo dengan org!
 
Ok. Tu je gamba yang ada masa bersanding. Kan dah kata, lupa bawak balik kamera. Kot nak photos from official photog, kena mintak dengan pengantin la yea..
 
Next, majlis sambut menantu.. Held at our house in Kota Bharu on 13.10.13 bersamaan hari Ahad.
Memang a bit last minute pun, sebab tak dapat nak cuti lama kan..
Doorgift beli masa balik kejap 2 weeks before. Sehari sebelum majlis baru semua ada, semua berkumpul (except for our elder brother yang ada kat Belgium), so masa tu lah semua benda nak buat.
 
Task hari sabtu:
Beli buah untuk hantaran balas.
Beli gula-gula doorgift.
Beli barang untuk gubahan hantaran balas.
Gi ambik apam polkadot yang tempah few days before.
Isi gula-gula. Rebus telur. Masuk telur kat bunga telur. Klip tag nama pengantin kat doorgift and so on..
 
Task pagi Ahad before majlis:
Cari alas kerusi.
Cari tudung.
Cari capsicum.

Kakak peranten isi gula-gula dalam bekas sambil melayan anak yang kejap kejap jerit, "Mama, nakkk.." "Mama, nakkkk" 

Siap. Gelas perhiasan, bunga telur & gula-gula. Sempoi.. Last minute katanya.  

My SIL, her mother and the bibiks yang klip tag nama pengantin.. Budak2 just bagi lollipop jer.. Senang katanya..  

Gubah sendiri.. Muahahah.. Tangan keras so main letak jer.. *Spot Rayyan Ariff dengan remote astro nun kat atas sofa* 

Lauk pengantin by my Aunt yang memang keje amik job gubah-menggubah ni.. Cayalah.. Nak letak tema merah putih kat kusi, my SIL shown her creativity with the wrapping.. ;-)

Jug pun berikat riben merah bagai.. Hasil tangan yours truely.. Muahahah..  

Nape ntah gambor pengantin ni blur pulakkk..  

Kami yang hoverrr.. Kahhhhh.. ;-) 

Mak-mak pengantin.. Kesian budak2 pengantin ni, dua2 anak yatim.. Ayah dah meninggal katanya..  

Selera eh?? 

I'm thankful for my sisters. Of course, the additional one is also included! ;-)
 *Tudung carik last minute kat Wakaf Che Yeh few hours before majlis started*
 
Sekian laporan dari kamera handphone sajork.
Alhamdulillah selesai walaupun kelam kabut..
;-)

Tuesday, November 9, 2010

Saya mahu 30 jam sehari, bolehkah?? *Mode penat*

Subhanalllah.. Tempoh waktu 24jam sehari bagaikan tidak mencukupi untuk segala aktiviti.. Hmmm.. Segalanya bagaikan tidak terkejar. Banyak yang ingin saya kongsikan namun kekangan masa menjadi penghalang. Tambahan pula, waktu benar-benar terisi dengan keletah Rayyan Ariff yang semakin lasak..
.
Apabila saya mendengar teman-teman mengeluh tentang keadaan rumah yang hanya sebentar sahaja kemasnya kerna anak kecil yang suka membuat sepah, kini saya mengerti apa maksudnya. Kerna Rayyan Ariff juga di dalam fasa yang sama. 
.
Alhamdulillah.. Dia kini semakin rajin meneroka ke serata ceruk rumah. Dari ruang tamu ke bilik hujung. Dan seterusnya ke bilik tidur utama, bilik bibik dan pastinya kamar mandi juga menjadi sasaran anak kecil ini sambil mulutnya tidak lekang menyebut, "Aiirrr.."
.
Habis tong sampah tunggang terbalik.. Set jati anggur saya juga berselerak menjadi mangsa tolakannya. Itu tidak termasuk barang mainannya. Memang rumah kami bagaikan kapal pecah andai dibiarkan Rayyan Ariff mengganas.. =)
.
Namun yang penting, dia sihat.. Alhamdulillah..
.
Hari jumaat yang lalu, jadual saya dipenuhi dengan aktiviti mencari baju, tas tangan, tudung dan kasut baru untuk dipakai ke majlis makan malam Suruhanjaya yang akan diadakan pada hari jumaat nanti.. Bukan hanya saya, hubby juga tidak terkecuali mencari pakaian dan kasut yang sesuai.. Hmm takmahu kalah! Petang jumaat, sempat juga kami menyelit membawa Rayyan Ariff berenang lagi.. Syukur kerna kini dia cukup gemar berenang berbanding sewaktu saya bercuti tanpa gaji tempoh hari..
.
Hari sabtu pula, kami penuhi temujanji dengan therapist Rayyan Ariff dan kunjungan singkat ke Port Dickson. Niatnya, mahu menanam Rayyan Ariff di dalam pasir seperti di dalam gambar ini;
.
9 months old @ Chenang Beach, Langkawi

Namun niat kami tidak kesampaian kerna keadaan pantai yang dipukul ombak kuat. Tambahan pula, pantainya agak kotor. Mungkin di lain waktu kami perlu membuat perancangan yang lebih teliti dengan menempah chalet yang mempunyai private beach.. =)
.
Hari ahad pula, hari kami bermula dengan membawa Rayyan Ariff ke barber kerana rambutnya sudah panjang benar.. Hmm baru lagi kami botakkan rambut budak comel ni, cepat benar rambutnya memanjang! :P
.
Misi memotong rambut gagal kerana Rayyan Ariff tidak memberikan kerjasama. Tambahan pula, biasanya kami memilih untuk menggunakan mesin sahaja, makanya lebih mudah. Namun kali ini apabila saya meminta untuk rambutnya 'digunting', jadi ianya sangatlah mencabar.. Sengaja saya tidak mahu rambut Rayyan Ariff dimesin kerna tidak mahu dia 'kurang' handsome di majlis Mama Biey nanti.. :P
.
Jenuh nak pegang.. Melawan.. Tukang pegang = Saya+hubby+mamak tukang gunting.. :P
Pujuk dengan gula-gula.. OK sekejap.. :P
Seterusnya kami ke majlis resepsi pihak lelaki teman baik saya aka Mama Biey kepada Rayyan Ariff.. Majlis berlangsung dengan meriah dan Biey seperti seringnya, memang sentiasa cantik..
.
Reunion with old friends.. Masing2 siap ngan 'henbeg'.. Ada jugak yang still solo.. Auntie Chah, thanks for duit raya.. Suko Ian..
Awie, aku takyah pesan coz aku tau ko akan jaga Biey baik2.. =)

Rayyan Ariff memang tak mahu diam.. Walau mata sudah mengantuk yang amat! :P
Petangnya pula, saya bertungkus lumus di dapur memasak untuk keluarga Biey. Sengaja saya mengundang mereka untuk makan malam di rumah kami memandangkan bukannya selalu mereka turun dari Kota Bharu.. Dengan bibik yang bercuti dan hanya tiba di rumah selepas maghrib, memang saya kelam kabut memasak dan dan dalam waktu yang sama, menguruskan Rayyan Ariff seorang diri.. Saat saya di dapur, Rayyan Ariff pula sibuk 'mengemas' serata rumah.. Memang penat! :P
.
Runsing sungguh di hati kerna risaukan masakan yang mungkin terkurang garam atau gula kerna keadaan yang kelam kabut.. Namun Alhamdulillah, 'keluarga' saya ini makan bertambah-tambah.. Mujurlah lauk yang dihidang kena dengan selera mereka.. Ayam goreng rempah, sambal ikan bilis tempoyak, ikan pedas, tomyam dan sayur campur yang saya masak habis semuanya..
.
Itulah cerita weekend kami. Penat, namun dikelilingi insan tersayang adalah terapi terindah. Dan detik bersama Rayyan Ariff sangatlah berharga.. Tambahan pula dia kini cukup nakal dan suka bergurau..  Mengekek-ngekek tawanya.. Priceless!!

Sunday, October 31, 2010

Taknak tinggal-tinggal anak lagi.. =(


Minggu yang memenatkan namun segalanya cukup berbaloi.. Teman baik saya kini sudah bergelar isteri orang.. Majlis yang cukup meriah dan berada di kalangan keluarga Biey membuat saya merasa ‘penuh’.. Gembira sekali.. 

Biey, tahniah.. Kamu kini bergelar Zaujah Amri.. Semoga alam perkahwinan dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan sehingga ke hujung nyawa..
Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, Rayyan Ariff saya tinggalkan bersama ayahnya, adik saya dan bibik di Kuala Lumpur dan hanya saya yang pulang sendirian..
Rindu bukan kepalang namun kerana dia pun baru sahaja pulih dari kesakitan, maka saya memilih untuk pulang sendirian. Sementelah En.Hubby juga bekerja pada hari sabtu..
Menjelang jam dua petang semalam, saya menerima SMS daripada adik lelaki saya..
“Anak tercari-cari ni..”
“Dia nangis ke?”
“Taklah, dia duduk depan pintu bilik. Pastu ketuk-ketuk pintu bilik Kak panggil Mama.. Mama..”
Ya Allah.. Sebegitu dia merindui saya, saya lebih-lebih lagi.. Malam kedua, saya hanya mampu melelapkan mata apabila jam menghampiri detik 2 pagi.. Semua kerana rindu.. Penangan rindu pada Rayyan Ariff melebihi penangan rindukan kekasih hati sewaktu bercinta dengan En.Hubby dahulu.. Besarnya kuasa sang anak! =P
Puas wajah anak kecil itu saya kucup bertalu-talu tatkala dia bersama ayahnya mengambil saya di  lapangan terbang tadi. Persis bertahun tidak bertemu.. =)
Ian, lain kali mama tak tinggal kamu lagi yea.. Weekend ni kita gi kenduri sambut menantu Mama Biey di KL sama-sama yea..

Thursday, July 1, 2010

Selamat datang ke dalam keluarga kecil kami wahai Puan F.. =)

Owh, saya sudah punya kakak ipar.. *Semoga tuan kecik cepat dapat cousin buat kawan bermain*
.
Rentetan majlis pernikahan Encik F dan Puan F..
.Hanya dengan sekali lafaz, abang saya kini bergelar suami orang..

Bacaan taklik..
.
Pengantin perempuan
.
Pengantin dan barangan hantaran..
.
Majlis bersanding di Bangsar..
.
Kakak ipar saya adalah kipas-susah-mati warna purple & pink.. :P
.
Control macho la neh..
.
Majlis menyambut menantu di Kota Bharu..
Adik lelaki dan adik perempuan kami yang menjadi pengepit..
Warna tema : Putih + Hitam + Oren
Di mana saya? Huhuhu.. Ada kisah tentang Rayyan Ariff lagi di sebalik ketiadaan saya!
.
Mommy & her cousin aka mak sepupu saya..
Apsal diorang slim? Confuse okeh!!
.
.
Rombongan pengantin perempuan
.
Perempuan comel yang sibuk atau pura-pura sibukkah? Muahahhah
P/s - Balik spital terus buat keje.. Jadik tukang bagi doorgift =)
.
Meh bang, kita interframe dulu.. Kot pengantin dah naik, takde plak chance kita.. :P
.
Keluarga pengantin perempuan
.
Keluarga pengantin lelaki without abah.. Abah busy layan tetamu.. :P
.
Aihh, takkan nak tido dah kot??
.
Our family, Jek dah tuka baju.. Abah plak tatau naper tak pakai baju oren.. Siyan abah.. Hehehhe..
.
Family belah mommy..
.
Saya tinggalkan anda dengan gambar pengantin.. *Beria tuh outdoor shooting*
P/s - Kalau baju pengantin colour ada 'lari' sket, designer adalah abang saya sendiri.. Muahahahha..
.
Actually at first, saya tidak begitu menyenangi kehadiran Kak F dalam keluarga kami. Mungkin saya sedikit beremosi kerana satu-satunya abang saya kini bukan lagi milik kami sepenuhnya. Namun setelah segalanya selesai, saya melihat ini sebagai penyatuan dua buah keluarga. Tiada siapa yang dirampas di dalam episod ini dan saya seharusnya bersyukur kerana kini abang saya sudah punya pasangan untuk mengharungi suka duka kehidupan.
Alhamdulillah..
.
Dan Kak F juga baik orangnya.. Mungkin kerana kami jarang berhubung sepanjang tempoh dia mengenali abang saya telah menjarakkan hubungan kami..
.
Untuk abang dan kakak saya, selamat pengantin baru dan semoga segalanya berkekalan sehingga ke hujung nyawa.. Kak F, selamat datang ke dalam keluarga kami.. =)