Friday, March 30, 2012

Masih diselubungi kesakitan~

Pediatric ward, Ampang Puteri..
Reason for admission: Jatuh lagi!
Till then!

Friday, March 23, 2012

Teruji dengan kesakitan~

Bangun pagi ni, badan sakit n seram sejuk. Amik termometer, checked suhu, "Fine, aku demam!".. Cuba gagahkan diri nak gi office, failed. Sudahnya MC.
.
Anak-anak? Baik yang Abang mahupun Adik, dua-dua selsema and batuk. Abanglah yang teruk.. Batuk kung kang kung kang.. Hingus pekat likat tak berenti. 
.
Abang dah dua minggu selsema. Minggu ni straight ponteng. 

Adik dh seminggu selsema. Jangkit dengan Abang. Tolonglah! Harap-harap sihat by next Tuesday, nak gi jumpe paed utk jab.. 

Bila anak-anak tak sihat, mak yang super stress!! :-(

Thursday, March 22, 2012

Mahu sedikit ruang untuk bernafas.

Balik kerja, hari dah malam. Semua yang plan nak buat tak terbuat. I hardly see my baby girl nowadays. I planned so many things for my baby boy but everything are just left in the pipeline..
.



Abang yang adil.. Bukak siap2 and bagi sorang satu untuk amik rasa.. :P

It's killing me inside knowing that I'm missing the precious time of my babies' life and there's nothing much that I can do about it.
Yes, it's killing me.
Got to go, work is calling, againnnnnn.. =(

I cried my heart out just by looking at my routine. I'm failing and I really need a break!!

Monday, March 19, 2012

Superhero kami~

Update laju-laju since kehidupan peribadi dan dunia pekerjaan adalah tersangat hectic! *MintakNyawaMintakNyawa*

Semalam Abang Rayyan jatuh. Sudahnya, dagu terbelah sket.. Bawak gi klinik panel, kebetulan glue stitches kat klinik dah habis. Kalau nak jahit, maybe kena dalam 3 jahitan.. Tapi klinik advise gi hospital sebab kesian kat budak ni kalau nak jahit. Glue stitches takyah bius and jahit satu-satu. Tepek je kott..

So, kami bawak gi A& E Ampang Puteri.



The best part is that, hero kita ni tak menangis even dua tiga kali mengerang sakit masa nurse cantumkan luka dia tu. Yup, he's one of a kind.. Our superhero.. :-)
.
Natijahnya, pagi tadi ada orang tak gi school la.. Dapat MC katanya. Doctor risau kalau dia melasak kat school with minimal supervision, jatuh lagi kang, kena kat tempat sama, sape pulak yang susah. So, dapat la dia joint adik dia bangun lewat.

Kenapa boleh jatuh? Macam mana boleh jatuh? Next time bila ada masa, saya update.

P/s - Macam ni nak bayar RM700 utk satu tugas?? Chehhh.. Rakyat ko kena dera ko sibuk kecoh satu dunia. Budak kecik yang cedera sebab negligence rakyat ko sampai terbelah dagu, lebam pipi, ada ko ambik kira?? Yup, saya marah. Sebab terang2 kes CUAI. Kalau kita dah ambik precaution method and benda nak jadi jugak, memang takleh buat apa la.. Nak wat camne. Tapi ni dah terang-terang, CUAI!!!

Friday, March 16, 2012

My colorful baby girl~

Selamat hari jumaat semua!!
Penghulu segala hari~
;-)
Tak sabar nak tunggu weekend nak gomol anak2 sepuas jiwa!

P/s - Esok ada event di UiTM Shah Alam, ada sesape yang boleh bagi tumpang bilik utk my usual pumping session tak? Hehehehe.. :P

Thursday, March 15, 2012

Abang Rayyan yang menakutkan mama..

Hari selasa, saya bangun pagi dan mula mahu bersiap ke tempat kerja. Namun Rayyan Ariff kelihatan cukup berlainan dari biasa. Saya sentuh badan dan dahinya, panas. Terus saya ambil termometer dan suhu yang tercatat adalah 39.3! Terus sahaja anak itu saya angkat dan mandikan..
.
Menangislah Rayyan Ariff menahan kesejukan. Tangan dan tapak kakinya menguning tanda kesejukan. Namun badannya masih panas. Terus sahaja saya mengambil sebiji setengah PCM suppository untuk dimasukkan ke dalam rektum anak kecil itu.
.
Beberapa minit berlalu dan saya masih tekun membasahkan badan Rayyan Ariff dengan air asam jawa. Minit bertukar jam namun anak itu masih lagi menggigil. Saya mula panik. Sudah dua jam keadaannya namun suhu badannya tidak mahu turun-turun. Matanya sudah menampakkan kelainan. Petanda awal sawan! Terus sahaja saya kejutkan Rayyan Ariff dan memastikan dia terus di dalam keadaan sedar.
.
Saat itu, ayahnya sudah di dalam perjalanan pulang ke rumah. Saya juga sudah mengarahkan bibik untuk menyiapkan keperluan Rayyan Ariff kerna maklum, kalau sahaja kami ke hospital, pastinya berkampung di sanalah kami.
.
Sesudah dua jam setengah berlalu, suhu badan Rayyan Ariff mula menurun dan perlahan-lahan, dia berhenti menggigil.. Alhamdulillah.. Sumpah, dua jam setengah itu adalah antara detik yang paling menakutkan di dalam seluruh kehidupan saya! Subhanallah..
.
Sehingga ke hari ini, demam Rayyan Ariff masih datang dan pergi. Selsema dan batuk masih juga ada. Namun sekurang-kurangnya, tiada lagi episod demam panas yang menakutkan itu.. Kasihan juga anak kecil ini, cuti sekolah seminggu berlalu begitu sahaja kerna terpaksa berdepan dengan demam, selsema dan batuk. Ok, mari kita cuba TF pula to boost immunity system.. ;-)
.

Seronok tengok dua beradik ni macam ni.. Abang kena selalu sihat eh so that boleh main-main dengan Adik..
.
Sudahnya, hari selasa saya dan ayahnya hanya di rumah. Cuti kecemasan. Masa kami dihabiskan dengan memerhatikan keadaan Rayyan Ariff dan tentunya, menjaga keperluan perubatan anak kecil itu. Menjelang tengahari, Rayyan Ariff mula kembali aktif dan sememangnya kami kepenatan melayan perangai mengada-ngada anak bujang ini. Namun itu lebih bermakna daripada melihat dirinya terbaring tidak bermaya dan kesakitan.. =)

Monday, March 12, 2012

Mama kita busy~

Yup, they had a really serious discussion during weekend!
.
Adik : Abang tak gi school ke?
Abang : Abang cuti sekolah seminggu dik..
Adik : Cuti? Bestnyaaaa.. Abang rasa, since Abang cuti, Mama bawak tak kita gi jalan-jalan?
Abang : Mama tu jiwa besar Dik.. Kalo ikut dia, nak aje amik cuti nak bawak kita gi naik LRT, gi Aquaria.. gi Pusat Sains.. Tapi dia busy.. Lagi pun, berapa sen je la balance cuti Mama tu.. Next week Mama nak cuti half day nak bawak Adik gi jumpa paed. Ari jumat plak, nak bawak Abang gi Klinik Audiologi.. Cuti lagi..
Adik : Hmm.. Takpe la eh.. Nak wat camne Bang.. Mama keje untuk kita jugak.. She's trying her best to provide the best things for us.. Semoga Allah SWT sentiasa murahkan rezeki kita sekeluarga.. Aminnnn.. =)

Thursday, March 8, 2012

Nikmat sebuah kehidupan..

Kalaulah dalam sehari boleh ada 36 jam! Fuhhhh *lap peluh*

First of all, pasal entri “Cabaran ibu beranak dua yang tak pernah surut”.. Terima kasih Puan Anon kerana mengingatkan bahawa SESUNGGUHNYA SAYA PERLU BERSYUKUR KERANA DIKURNIAKAN ANAK berbanding dia yang sedang menanti.. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Normal ke, special ke, anak tetap anak.. Sayang sepenuh jiwa. Lagipun takrif normal tu terlalu subjektif untuk ditafsir. Tak normal pada mata orang lain, mungkin normal pada mata kita. Ye dak? Sorry eh kalau the entry sounds like saya tak bersyukur.

Tapi kalau Puan Anon baca the next entry, “Bukan hanya air mata”, clearly saya mentioned kat situ bahawa saya sangat2 bersyukur dikurniakan Tuan Rayyan Ariff dan Puteri Rifa Aleesya sebagai penyeri.. Dua perenggan lagi tau sebut perkataan syukur.. Hehehehe.. Takpe, maybe Puan Anon overlooked kot. Whatever it is, saya doakan moga ada rezeki untuk Puan Anon dan suami. Doa yang sama macam salah satu entri lama saya, “I had my part of waiting..

Ok, now back to our angels.. Both of them had fever and flu last week. Adik of course la infected by Abang. Abang pulak, bila gi school, bawak balik macam2 penyakit.. Hehehhehe.. Tapi Abang recover lebih cepat then Adik.. Bila dah anak-anak tak sihat tapi Mama ni tetap rajin peluk cium the two siblings, Mama pulak yang berjangkit..  Sabtu and Ahad memang Mama melepek kat rumah.  So Ayahlah yang banyak melayan cinta hati kami ni.. Ayah jugak yang bawa Rayyan Ariff gi fisio and OT..

On Sunday pulak, just bawak Rayyan Ariff jalan-jalan kat taman depan rumah. Rayyan Ariff really enjoy his walking session nowadays.. So almost every afternoon, Bibik Titin akan bawak Rayyan Ariff jalan-jalan kat taman. Hari Isnin, Mama MC sebab flu and fever still tak OK. By afternoon, dah rasa OK sket, bawak Rayyan Ariff jalan sampai pool, bagi dia swimming kejap, pastu suruh dia jalan balik rumah sendiri.. Comel sangat bila budak cheeky ni jalan berkemban dengan towel sambil tolak rollator merah dia tu.. Priceless!! Rugi pulak tak snap photo sebab tak bawak camera.. Tapi his cuteness still remains in my head.. ;-)

Ni gambar masa hari ahad.. Since Mama tak sehat, just dok dalam rumah sambil shoot gambar from our balcony jer..  


Kakak Titin bawak Rayyan Ariff jalan-jalan.. :-)
.
Naik semangat Mama bila tengok semangat Abang..
.
Apsal la Abang Rayyan ni kurus sangat? Harap tinggi jer macam budak 5 tahun!
.
Banyak main Abang Rayyan ni.. Banyak pit stop..
.
Cepat kejar Kakak Titin, Bang..
.
Seronok tengok Abang!! ;-)

Bersungguh-sungguh Abang tolak rollator.. Nanti walk independently yea Bang..

Abang Rayyan dah terror change direction pakai rollator ni..
.
Nak ikut Kakak Titin la ni.. :-)

Pastu Ayah and Adik datang bagi support kat Abang.. ;-)

"You're one strong boy Abang!!" Agaknya kalau Adik boleh bercakap, mesti Adik akan cakap macam tu kan? ;-)
.
Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerna bahagia ini masih milik kami.. 

Oh yea, Mama tengah busy nak plan birthday party Abang Rayyan.. Tengah busy survey macam-macam.. Most probably, buat kat pool side kat atas ni jer.. At first ingat nak buat kat McD or KFC, tapi bila mengenangkan Abang Rayyan tak berapa nak boleh join game yang they conduct, so kita buat kat rumah je la..

Penat betul nak organize one event kan? Some more, there will be 2 celebration for his birthday.. Bukanlah niat nak ganti last year punya celebration ke apa, tapi yang nak buat kat pool side ni Ayah la.. Mama pulak, memang dah niat, nak tempah makanan and cakes for students kat sekolah Rayyan Ariff.. Kira sedekah.. So Abang, nanti celebrate kat rumah and sekolah yea.. :-)

Monday, March 5, 2012

Bukan hanya air mata~

Hidup berkisar pada banyak perkara, ada duka dan ada suka yang tersendiri. Tidak adil untuk hanya memperincikan tentang cabaran dan kepayahan, kerana di setiap kepayahan, pastinya ada seribu kemanisan yang menanti.. 
.
Saya bersyukur kerana diberikan peluang olehNya untuk menjadi ibu kepada Tuan Rayyan Ariff dan Puteri Rifa Aleesya. Menjadi ibu kepada anak istimewa dan tipikal pastinya cukup berbeza.. Lain cabaran, maka lain juga bentuk kesabaran yang diperlukan..
.
Yang pasti, di setiap saat yang ada, saya amat-amat bersyukur dan gembira dengan kurniaan ini.. Ada sahaja telatah mereka berdua yang menyinari hari saya.. Ada sahaja gelagat mereka yang mengundang tawa kami suami isteri.. ;-)
.
Abang, kalau nak baca buku sekali pun, tak payah la parking kat muka Adik!

Tekun sungguh Abang kita ni.. Yo yo je.. Cam nak exam.. :-)
.
Bila Adik tolak-tolak buku ke atas coz nak lepaskan diri, Abang pulak tekan-tekan ke bawah coz nak betulkan buku dia.. Hahahhaha.. Lawak la diorang ni.. :-)
.
Semalam, Abang Ian mintak nak makan nasi sendiri.. He nicely scooped his food and put it into his mouth.. Well done Abang!
.
Bila mana saya mahu menukar baju Adik, Abang akan cepat-cepat datang.. Menolong sekadar yang mampu.. Biasanya, dia akan bertugas untuk menanggalkan stokin Adik dan menghulurkan barang pada Mama.. Kalau saya pangku Adik, dia akan menunjukkan pada dada saya, suruh susukan Adiknya.. Caring kan?
.
Sememangnya, berdua lebih baik! ;-)

Thursday, March 1, 2012

Cabaran ibu beranak dua yang tidak pernah surut!!

Blog semakin sepi, hebat benar penangan beranak dua! Apa yang saya sibukkan? Rutin yang biasa sebenarnya.. Rumah-pejabat-rumah-pejabat-rumah, berulang-ulang hingga menampakkan life saya kurang havoc di situ.. :P
.
Entry ini adalah hutang saya pada Ina, Ibu Yasmin Nabilah dan future Adik.. :-)
*Maaf Ina, dua hari Jiey ambik masa untuk siapkan satu entry.. Fuhhhh.. Berpeluh!*

Entry apa yang saya janjikan untuk Ina? Entri tentang kehidupan seorang ibu yang punya anak lagi setelah bertahun hanya memberi fokus pada seorang anak istimewa sahaja. Saya tahu, saya bukanlah orang yang layak untuk bercerita tentang cabaran kerna saya baru sahaja 4 bulan menjadi ibu kepada dua orang cahayamata.. Namun seandainya perkongsian ini bisa dijadikan panduan, apa salahnya.. Lagipun, setiap orang melalui pengalaman yang pastinya berbeza.. Maka apa salahnya kita saling bercerita..
.
Seperti mana Ina, saya juga menggeletar tatkala melihat dua jalur merah yang keluar pada alat pengesan kehamilan yang saya beli di farmasi setelah teman baik tak kunjung tiba. Saya tidak tahu berapa hari haid saya lewat kerana ianya memang tidak teratur. Sungguh, tidak saya jangkakan Adik ada bersama kami! Adik was conceived in February last year.. Sesuatu yang sangat-sangat tidak saya jangkakan. 

Walau pernah saya katakan saya hanya akan mengandung lagi apabila Rayyan Ariff sudah mampu berjalan sendiri, namun Dia maha mengetahui sesuatu yang terbaik untuk hambaNya.. Sungguh saya bersyukur kerana kehadiran Adik adalah pada masa yang paling tepat! 

Di awal kehamilan, saya tidak mengalami muntah-muntah dan hilang selera makan yang melampau seperti waktu Rayyan Ariff. Namun saya sering kepenatan. Sering saya lewat ke pejabat kerna tidak mampu bangun pagi.. Bukanlah bermaksud saya terlajak tidur sehingga ke tengahari, tetapi apabila saya terjaga dari tidur, saya perlu berbaring seberapa ketika sebelum bersiap ke pejabat. Di pejabat juga, ada waktu saya perlu tidur untuk berehat. Penat benar! Saya juga hanya dapat makan di dalam kuantiti yang sedikit kerana cepat benar perut ini ketat!

Apabila badan sering lemah dan tak berdaya, aktiviti untuk Rayyan Ariff terkubur sebegitu sahaja. Sementelah waktu itu ayahnya juga baru menjalani pembedahan di lutut. Rasa bersalah pada Rayyan Ariff tinggi menggunung, namun apalah daya diri.. Bulan puasa lagilah, jam 8 lebih sudah tidur dan solat isyak hanya dapat saya lakukan pada waktu saya bangkit untuk bersahur.. Bila waktu tidur sebegitu awal, aktiviti malam hilang entah ke mana.. Sedangkan siang sudah dipenuhi dengan kerja pejabat..

Ringkasnya, selamat tinggal fisioterapi. Selamat tinggal tapping. Selamat tinggal vestibular. Selamat tinggal flash cards. Selamat tinggal bantuan rangsangan untuk anak istimewa. 

Cabaran yang paling besar yang boleh saya katakan ialah tentang pantang angkat-mengangkat. Sering kita mendengar nasihat daripada orang tua-tua, di awal kehamilan jangan sesekali mengangkat sesuatu yang berat. Maklumlah, kandungan masih baru lalu dikatakan masih tidak begitu kuat.. Masalahnya, untuk seorang anak yang punya limitasi untuk bergerak, apa lagi cara yang ada kalau bukan bergantung kepada ibu bapa dan penjaganya? Di dalam kes saya, mujur juga ada bibik.. Tapi permasalahannya masih sama tatkala bibik keluar bercuti.. Takkanlah mahu di harap pada suami yang baru menjalani pembedahan lutut pula..

Itu belum lagi dengan cabaran menghadapi perangai Rayyan Ariff yang bukan kepalang. Kalau kebiasaannya, boleh pula dipimpin ke mana-mana. Namun sepanjang saya hamil, manjanya menjadi-jadi.. Jarak antara bilik air ke katil yang sejengkal cuma pun, dia meraung-raung tak mahu berjalan. Mahunya di dukung sahaja.. Subhanallah.. Sabar sahajalah dengan kerenah bakal abang yang mahu dimanjakan ini. Kalau A mahunya, mesti terus sahaja di beri A. Cubalah beri B, serata rumah diamuknya! Kalau dengan anak tipikal, reasoning would be the right way pada usia 3 tahun lebih.. Tapi Rayyan Ariff masih tidak mampu untuk mendengar hujahan ataupun reasoning yang kita beri untuk setiap sesuatu.. Benar-benar mencabar.

Apabila kandungan semakin sarat, cabaran angkat-mengangkat semakin nyata. Mujurlah lutut hubby sudah semakin baik, maka dialah yang mengambilalih tugas membawa Rayyan Ariff ke sesi terapi. Saya hanya memandu ke pejabat sahaja. Mujurlah jarak di antara perut dan stereng kereta masih bersisa 1 inci.. Hehehhe.. Kalau tidak, langsung tidak bisa memandu agaknya.. :-)

Pada saat kelahiran juga memberi sedikit kesan pada emosi saya kerna perlu berjauhan dengan Rayyan Ariff. Mujurlah ada Atuknya yang banyak membantu. 

Pertemuan pertama Abang dan Adik.. 
:-)

Tak lari jauh dengan Adik.. :-)

Sape2 pegang Adik, sure dia kerumun.. Abang Ian oh Abang Ian! Comel macam anak kucing!!
.
Nak tengok Adik kekdahnya.. :-)

Sebelumnya, segala tumpuan hanyalah pada Rayyan Ariff sahaja, maka kedatangan Rifa Aleesya benar-benar mengundang cemburu di hati si Abang. Sudah sering saya diingatkan, apabila si Abang mahukan perhatian, fokus sahaja dahulu padanya kerna Adik masih belum tahu erti cemburu. Tambahan pula, kita tidak mahu si Abang melihat Adiknya sebagai pesaing yang mana ianya akan mengurangkan rasa kasih sayang di antara mereka.

Pada seorang anak normal, ada waktu mereka berdikari sendiri.. Ada waktu mereka mahu bermanja dengan ibuabapa mereka. Namun tidak untuk seorang anak istimewa. Bayangkan, sehingga usia 3 tahun lebih, dimandikan seperti masih seorang bayi, makan bersuap persis seorang bayi, mahu berjalan juga perlu berdukung laksana seorang bayi.. Maka bonding yang ada antara si anak dan penjaganya berlebihan berbanding biasa.. Kalau untuk anak normal, ada juga ruang waktu untuk mereka meneroka dunia bersendiri.. Ada juga masanya mereka berkawan dan berteman dengan anak seusia mereka. Tetapi untuk anak istimewa, kadar kebergantungan mereka yang lebih itu menjadikan manja mereka juga extra..

Pernah, hari kedua saya pulang ke rumah setelah bersalinkan Puteri Rifa Aleesya, pada sebelah malamnya, Rayyan Ariff memeluk saya sambil menangis tersedu-sedu. Tangisan yang cukup syahdu dan memecah jiwa. Apabila saya alihkan adiknya ke baby cot, barulah dia diam. Terus sahaja tangannya mencapai botol susu dan berbaring di dalam pelukan saya sehingga terlena..

Memang sehabis mungkin saya mahu memberi tumpuan pada Rayyan Ariff dahulu, namun apabila Rifa Aleesya menangis mahu menyusu, harus sahaja saya tinggalkan Rayyan Ariff seketika kerna Rifa menyusu badan. Tiada pilihan di situ. Sehingga sekarang juga. Apabila saya menyusukan Rifa Aleesya, Rayyan Ariff akan datang dengan senyuman manisnya dan berdiri sambil berpaut pada lutut saya. Cemburu masih bersisa mungkin..:-)

Waktu berpantang juga membawa cabaran yang tersendiri. Jangan sekali ditinggal berdua, cepat benar tangan si Abang singgah pada Adiknya.. Kerenah manjanya usah ceritalah!! Memandangkan saya bersalin melalui kaedah pembedahan, penjagaan yang teliti tersangat perlu. Saya tidak boleh mengangkat sesuatu yang berat dan untuk meriba Rayyan Ariff juga perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati, takut terkena perut. Sementelah pula beratnya sudah mencecah 13kg.. Masih terbayang-bayang wajah kecewa Rayyan Ariff apabila permintaannya untuk didukung atau duduk di ribaan terpaksa saya tolak. Kasihan, namun apalah daya saya..

Depresi yang saya alami sewaktu di dalam berpantang juga adalah cabaran. Apabila kerenah Rayyan Ariff tidak terlayan dan memeningkan, ada rasa kecewa di situ. Betapa itulah satu-satunya saat saya kecewa dengan asal kejadian Rayyan Ariff. Mengapa tidak kamu normal sahaja nak? Agar bisa kamu fahami kesakitan fizikal ibumu.. Ada waktu, kesedihan menguasai diri sehingga saya terfikir, mampukah saya menyayangi Rayyan Ariff sepenuh jiwa lagi? Sungguh itu mainan syaitan yang menguasai diri. Ialah, badan sakit, jiwa lemah, tentu sahaja fikiran waras bagaikan terkunci..

Pemulihan daripada luka pembedahan juga memakan sedikit lebih masa berbanding dahulu. Sebab yang paling utama adalah kerana mengangkat Rayyan Ariff. Sering ada rasa sakit apabila saya mengangkat Rayyan Ariff. Dan mengangkat di sini, bukanlah bermaksud saya mendukung dia ke kereta contohnya. Kebiasaannya, saya pimpin dia ke kereta. Namun untuk naik ke tempat duduk, sayalah yang perlu mengangkat. Sudahnya, rasa sakit itu datang. Kata doktor, pulling sensation. Tempat luka itu tertarik-tarik tatkala kita mengangkat sesuatu yang berat. Secara idealnya, setelah 4 bulan ke atas barulah kita dibenarkan mengangkat sesuatu yang berat. Mana mungkin! Sedangkan saya terpaksa menghantar dan mengambil Rayyan Ariff di sekolah..

Dan cabaran yang terkini, masih lagi dengan pembahagian waktu. Hari sabtu, sudah didekasikan untuk sesi terapi Rayyan Ariff. Sudahnya, adik ditinggalkan lagi. Maksudnya, termasuk hari bekerja, 6 hari seminggu adik ditinggalkan di rumah. Memanglah boleh sahaja membawa Adik bersama, namun hospital bukanlah tempat bersiar-siar untuk seorang bayi kecil yang baru sahaja menjangkau 4 bulan hari ini. Mungkin apabila Adik sudah besar nanti, kami akan melibatkan dirinya di dalam setiap aktiviti Rayyan Ariff..

"Kasihan Adik.. Abang selalu dapat lebih masa dengan Mama.." Pernah kata ini singgah di telinga saya. Namun apalah daya  yang ada. Abang perlu dibantu di dalam segenap segi, maka tumpuan untuknya juga perlu lebih.. Mama mohon pengertian Adik di situ. Lihat sahaja Adik, di dalam kesibukan Mama, dengan sendirinya Adik sudah bisa meniarap. Dengan sendirinya, Adik sudah boleh mencapai objek. Sedangkan Abang perlu dibantu dan diberi input untuk hampir kesemua pergerakan yang dia pelajari.. 

Dulu, ada masanya, saya akan berjaga pada waktu malam untuk menyediakan bahan sensori Abang.. Banyak waktu, saya melayari Internet untuk mendapat lebih ilmu untuk membantu si Abang. Namun semenjak kehadiran Adik, segalanya bagaikan mustahil. Saya perlu tidur awal kerna Adik akan bangun beberapa kali untuk menyusu sepanjang malam. Jika saya layankan sesuatu yang lain dan tidak tidur secukupnya, alamatnya, mengantuklah di pejabat.

Kerja di pejabat juga banyak dan menimbun. Bagaikan berlari rasanya, tak terkejar waktu! Saya perlu pastikan saya mengepam susu untuk Rifa sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali sehari. Apabila sudah mengepam, waktu kerja juga lari.. Sudahnya, kerjalah lebih masa untuk menyiapkan kerja.. 
.
Apabila terkejar-kejar dengan kerja, tiba di rumah juga sudah lewat. Tengok si Abang sekejap, 'berborak' dengan si Adik sekejap, susukan si Adik pula, sedar-sedar waktu tidur sudah menjelma. 

Begitu jugalah dengan hari minggu. Padat dengan pelbagai perkara.. Cabaran yang bukan sedikit. Namun jujur saya katakan, kehidupan saya hari ini adalah sangat membahagiakan. Terima kasih tuhan di atas kurniaanMu ini.. Segala penat lelah bagaikan angin lalu setiap kali saya menatap ke dalam mata cahaya-cahaya cinta saya ini. Sungguh anugerah-anugerah ini adalah terhebat untuk dinikmati!   

Pada masa terdekat, apabila saya perlu outstation dan juga berkursus, pastinya segalanya akan lebih hectic lagi. Namun saya tahu, pasti segalanya akan dapat kami hadapi bersama.. *Senyum*

Sayang Tuan Rayyan Ariff sepenuh jiwa! Sayang Puteri Rifa Aleesya sepenuh hati. Tanpa kalian, jiwa Mama kosong, hati Mama bisa mati.. Semoga Allah SWT benarkan Mama menjaga kalian sepanjang hayat Mama.. Aminnn

Ina, cukuplah dulu.. Kalau nak diukir segala kegusaran di hati, makin panjang berjela la jawabnya entri ni.. Of course la risau, rasa nak buat macam2 untuk Ian. Seribu perkara. Nak ganti balik masa pregnant (9 bulan) dan masa confinement (2 bulan) yang tak dapat buat apa-apa untuk dia.. Ialah, umur dah nak masuk 4 tahun tapi takleh bercakap lagi,, Stress mak! :P