Showing posts with label My 2nd Pregnancy. Show all posts
Showing posts with label My 2nd Pregnancy. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

Cabaran ibu beranak dua yang tidak pernah surut!!

Blog semakin sepi, hebat benar penangan beranak dua! Apa yang saya sibukkan? Rutin yang biasa sebenarnya.. Rumah-pejabat-rumah-pejabat-rumah, berulang-ulang hingga menampakkan life saya kurang havoc di situ.. :P
.
Entry ini adalah hutang saya pada Ina, Ibu Yasmin Nabilah dan future Adik.. :-)
*Maaf Ina, dua hari Jiey ambik masa untuk siapkan satu entry.. Fuhhhh.. Berpeluh!*

Entry apa yang saya janjikan untuk Ina? Entri tentang kehidupan seorang ibu yang punya anak lagi setelah bertahun hanya memberi fokus pada seorang anak istimewa sahaja. Saya tahu, saya bukanlah orang yang layak untuk bercerita tentang cabaran kerna saya baru sahaja 4 bulan menjadi ibu kepada dua orang cahayamata.. Namun seandainya perkongsian ini bisa dijadikan panduan, apa salahnya.. Lagipun, setiap orang melalui pengalaman yang pastinya berbeza.. Maka apa salahnya kita saling bercerita..
.
Seperti mana Ina, saya juga menggeletar tatkala melihat dua jalur merah yang keluar pada alat pengesan kehamilan yang saya beli di farmasi setelah teman baik tak kunjung tiba. Saya tidak tahu berapa hari haid saya lewat kerana ianya memang tidak teratur. Sungguh, tidak saya jangkakan Adik ada bersama kami! Adik was conceived in February last year.. Sesuatu yang sangat-sangat tidak saya jangkakan. 

Walau pernah saya katakan saya hanya akan mengandung lagi apabila Rayyan Ariff sudah mampu berjalan sendiri, namun Dia maha mengetahui sesuatu yang terbaik untuk hambaNya.. Sungguh saya bersyukur kerana kehadiran Adik adalah pada masa yang paling tepat! 

Di awal kehamilan, saya tidak mengalami muntah-muntah dan hilang selera makan yang melampau seperti waktu Rayyan Ariff. Namun saya sering kepenatan. Sering saya lewat ke pejabat kerna tidak mampu bangun pagi.. Bukanlah bermaksud saya terlajak tidur sehingga ke tengahari, tetapi apabila saya terjaga dari tidur, saya perlu berbaring seberapa ketika sebelum bersiap ke pejabat. Di pejabat juga, ada waktu saya perlu tidur untuk berehat. Penat benar! Saya juga hanya dapat makan di dalam kuantiti yang sedikit kerana cepat benar perut ini ketat!

Apabila badan sering lemah dan tak berdaya, aktiviti untuk Rayyan Ariff terkubur sebegitu sahaja. Sementelah waktu itu ayahnya juga baru menjalani pembedahan di lutut. Rasa bersalah pada Rayyan Ariff tinggi menggunung, namun apalah daya diri.. Bulan puasa lagilah, jam 8 lebih sudah tidur dan solat isyak hanya dapat saya lakukan pada waktu saya bangkit untuk bersahur.. Bila waktu tidur sebegitu awal, aktiviti malam hilang entah ke mana.. Sedangkan siang sudah dipenuhi dengan kerja pejabat..

Ringkasnya, selamat tinggal fisioterapi. Selamat tinggal tapping. Selamat tinggal vestibular. Selamat tinggal flash cards. Selamat tinggal bantuan rangsangan untuk anak istimewa. 

Cabaran yang paling besar yang boleh saya katakan ialah tentang pantang angkat-mengangkat. Sering kita mendengar nasihat daripada orang tua-tua, di awal kehamilan jangan sesekali mengangkat sesuatu yang berat. Maklumlah, kandungan masih baru lalu dikatakan masih tidak begitu kuat.. Masalahnya, untuk seorang anak yang punya limitasi untuk bergerak, apa lagi cara yang ada kalau bukan bergantung kepada ibu bapa dan penjaganya? Di dalam kes saya, mujur juga ada bibik.. Tapi permasalahannya masih sama tatkala bibik keluar bercuti.. Takkanlah mahu di harap pada suami yang baru menjalani pembedahan lutut pula..

Itu belum lagi dengan cabaran menghadapi perangai Rayyan Ariff yang bukan kepalang. Kalau kebiasaannya, boleh pula dipimpin ke mana-mana. Namun sepanjang saya hamil, manjanya menjadi-jadi.. Jarak antara bilik air ke katil yang sejengkal cuma pun, dia meraung-raung tak mahu berjalan. Mahunya di dukung sahaja.. Subhanallah.. Sabar sahajalah dengan kerenah bakal abang yang mahu dimanjakan ini. Kalau A mahunya, mesti terus sahaja di beri A. Cubalah beri B, serata rumah diamuknya! Kalau dengan anak tipikal, reasoning would be the right way pada usia 3 tahun lebih.. Tapi Rayyan Ariff masih tidak mampu untuk mendengar hujahan ataupun reasoning yang kita beri untuk setiap sesuatu.. Benar-benar mencabar.

Apabila kandungan semakin sarat, cabaran angkat-mengangkat semakin nyata. Mujurlah lutut hubby sudah semakin baik, maka dialah yang mengambilalih tugas membawa Rayyan Ariff ke sesi terapi. Saya hanya memandu ke pejabat sahaja. Mujurlah jarak di antara perut dan stereng kereta masih bersisa 1 inci.. Hehehhe.. Kalau tidak, langsung tidak bisa memandu agaknya.. :-)

Pada saat kelahiran juga memberi sedikit kesan pada emosi saya kerna perlu berjauhan dengan Rayyan Ariff. Mujurlah ada Atuknya yang banyak membantu. 

Pertemuan pertama Abang dan Adik.. 
:-)

Tak lari jauh dengan Adik.. :-)

Sape2 pegang Adik, sure dia kerumun.. Abang Ian oh Abang Ian! Comel macam anak kucing!!
.
Nak tengok Adik kekdahnya.. :-)

Sebelumnya, segala tumpuan hanyalah pada Rayyan Ariff sahaja, maka kedatangan Rifa Aleesya benar-benar mengundang cemburu di hati si Abang. Sudah sering saya diingatkan, apabila si Abang mahukan perhatian, fokus sahaja dahulu padanya kerna Adik masih belum tahu erti cemburu. Tambahan pula, kita tidak mahu si Abang melihat Adiknya sebagai pesaing yang mana ianya akan mengurangkan rasa kasih sayang di antara mereka.

Pada seorang anak normal, ada waktu mereka berdikari sendiri.. Ada waktu mereka mahu bermanja dengan ibuabapa mereka. Namun tidak untuk seorang anak istimewa. Bayangkan, sehingga usia 3 tahun lebih, dimandikan seperti masih seorang bayi, makan bersuap persis seorang bayi, mahu berjalan juga perlu berdukung laksana seorang bayi.. Maka bonding yang ada antara si anak dan penjaganya berlebihan berbanding biasa.. Kalau untuk anak normal, ada juga ruang waktu untuk mereka meneroka dunia bersendiri.. Ada juga masanya mereka berkawan dan berteman dengan anak seusia mereka. Tetapi untuk anak istimewa, kadar kebergantungan mereka yang lebih itu menjadikan manja mereka juga extra..

Pernah, hari kedua saya pulang ke rumah setelah bersalinkan Puteri Rifa Aleesya, pada sebelah malamnya, Rayyan Ariff memeluk saya sambil menangis tersedu-sedu. Tangisan yang cukup syahdu dan memecah jiwa. Apabila saya alihkan adiknya ke baby cot, barulah dia diam. Terus sahaja tangannya mencapai botol susu dan berbaring di dalam pelukan saya sehingga terlena..

Memang sehabis mungkin saya mahu memberi tumpuan pada Rayyan Ariff dahulu, namun apabila Rifa Aleesya menangis mahu menyusu, harus sahaja saya tinggalkan Rayyan Ariff seketika kerna Rifa menyusu badan. Tiada pilihan di situ. Sehingga sekarang juga. Apabila saya menyusukan Rifa Aleesya, Rayyan Ariff akan datang dengan senyuman manisnya dan berdiri sambil berpaut pada lutut saya. Cemburu masih bersisa mungkin..:-)

Waktu berpantang juga membawa cabaran yang tersendiri. Jangan sekali ditinggal berdua, cepat benar tangan si Abang singgah pada Adiknya.. Kerenah manjanya usah ceritalah!! Memandangkan saya bersalin melalui kaedah pembedahan, penjagaan yang teliti tersangat perlu. Saya tidak boleh mengangkat sesuatu yang berat dan untuk meriba Rayyan Ariff juga perlu dilakukan dengan sangat berhati-hati, takut terkena perut. Sementelah pula beratnya sudah mencecah 13kg.. Masih terbayang-bayang wajah kecewa Rayyan Ariff apabila permintaannya untuk didukung atau duduk di ribaan terpaksa saya tolak. Kasihan, namun apalah daya saya..

Depresi yang saya alami sewaktu di dalam berpantang juga adalah cabaran. Apabila kerenah Rayyan Ariff tidak terlayan dan memeningkan, ada rasa kecewa di situ. Betapa itulah satu-satunya saat saya kecewa dengan asal kejadian Rayyan Ariff. Mengapa tidak kamu normal sahaja nak? Agar bisa kamu fahami kesakitan fizikal ibumu.. Ada waktu, kesedihan menguasai diri sehingga saya terfikir, mampukah saya menyayangi Rayyan Ariff sepenuh jiwa lagi? Sungguh itu mainan syaitan yang menguasai diri. Ialah, badan sakit, jiwa lemah, tentu sahaja fikiran waras bagaikan terkunci..

Pemulihan daripada luka pembedahan juga memakan sedikit lebih masa berbanding dahulu. Sebab yang paling utama adalah kerana mengangkat Rayyan Ariff. Sering ada rasa sakit apabila saya mengangkat Rayyan Ariff. Dan mengangkat di sini, bukanlah bermaksud saya mendukung dia ke kereta contohnya. Kebiasaannya, saya pimpin dia ke kereta. Namun untuk naik ke tempat duduk, sayalah yang perlu mengangkat. Sudahnya, rasa sakit itu datang. Kata doktor, pulling sensation. Tempat luka itu tertarik-tarik tatkala kita mengangkat sesuatu yang berat. Secara idealnya, setelah 4 bulan ke atas barulah kita dibenarkan mengangkat sesuatu yang berat. Mana mungkin! Sedangkan saya terpaksa menghantar dan mengambil Rayyan Ariff di sekolah..

Dan cabaran yang terkini, masih lagi dengan pembahagian waktu. Hari sabtu, sudah didekasikan untuk sesi terapi Rayyan Ariff. Sudahnya, adik ditinggalkan lagi. Maksudnya, termasuk hari bekerja, 6 hari seminggu adik ditinggalkan di rumah. Memanglah boleh sahaja membawa Adik bersama, namun hospital bukanlah tempat bersiar-siar untuk seorang bayi kecil yang baru sahaja menjangkau 4 bulan hari ini. Mungkin apabila Adik sudah besar nanti, kami akan melibatkan dirinya di dalam setiap aktiviti Rayyan Ariff..

"Kasihan Adik.. Abang selalu dapat lebih masa dengan Mama.." Pernah kata ini singgah di telinga saya. Namun apalah daya  yang ada. Abang perlu dibantu di dalam segenap segi, maka tumpuan untuknya juga perlu lebih.. Mama mohon pengertian Adik di situ. Lihat sahaja Adik, di dalam kesibukan Mama, dengan sendirinya Adik sudah bisa meniarap. Dengan sendirinya, Adik sudah boleh mencapai objek. Sedangkan Abang perlu dibantu dan diberi input untuk hampir kesemua pergerakan yang dia pelajari.. 

Dulu, ada masanya, saya akan berjaga pada waktu malam untuk menyediakan bahan sensori Abang.. Banyak waktu, saya melayari Internet untuk mendapat lebih ilmu untuk membantu si Abang. Namun semenjak kehadiran Adik, segalanya bagaikan mustahil. Saya perlu tidur awal kerna Adik akan bangun beberapa kali untuk menyusu sepanjang malam. Jika saya layankan sesuatu yang lain dan tidak tidur secukupnya, alamatnya, mengantuklah di pejabat.

Kerja di pejabat juga banyak dan menimbun. Bagaikan berlari rasanya, tak terkejar waktu! Saya perlu pastikan saya mengepam susu untuk Rifa sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali sehari. Apabila sudah mengepam, waktu kerja juga lari.. Sudahnya, kerjalah lebih masa untuk menyiapkan kerja.. 
.
Apabila terkejar-kejar dengan kerja, tiba di rumah juga sudah lewat. Tengok si Abang sekejap, 'berborak' dengan si Adik sekejap, susukan si Adik pula, sedar-sedar waktu tidur sudah menjelma. 

Begitu jugalah dengan hari minggu. Padat dengan pelbagai perkara.. Cabaran yang bukan sedikit. Namun jujur saya katakan, kehidupan saya hari ini adalah sangat membahagiakan. Terima kasih tuhan di atas kurniaanMu ini.. Segala penat lelah bagaikan angin lalu setiap kali saya menatap ke dalam mata cahaya-cahaya cinta saya ini. Sungguh anugerah-anugerah ini adalah terhebat untuk dinikmati!   

Pada masa terdekat, apabila saya perlu outstation dan juga berkursus, pastinya segalanya akan lebih hectic lagi. Namun saya tahu, pasti segalanya akan dapat kami hadapi bersama.. *Senyum*

Sayang Tuan Rayyan Ariff sepenuh jiwa! Sayang Puteri Rifa Aleesya sepenuh hati. Tanpa kalian, jiwa Mama kosong, hati Mama bisa mati.. Semoga Allah SWT benarkan Mama menjaga kalian sepanjang hayat Mama.. Aminnn

Ina, cukuplah dulu.. Kalau nak diukir segala kegusaran di hati, makin panjang berjela la jawabnya entri ni.. Of course la risau, rasa nak buat macam2 untuk Ian. Seribu perkara. Nak ganti balik masa pregnant (9 bulan) dan masa confinement (2 bulan) yang tak dapat buat apa-apa untuk dia.. Ialah, umur dah nak masuk 4 tahun tapi takleh bercakap lagi,, Stress mak! :P

Monday, December 5, 2011

Cerita tentang kelahiran, berpantang dan pemilihan nama..

Kita rangkumkan semua. Senang, sebab taktau bila lagi boleh online balik.. Nak update blog pakai BB? Ampun mak tak reti.. Boleh bukak FB, Maybank2u and Email tu pun dah kira hokayyy.. :P
.
First sekali, tentang kelahiran.. Tiada yang extraordinary tentang kelahiran Adik.. 31 Oktober merupakan check up mingguan yang menjadi rutin setelah memasuki bulan ke 9 kehamilan.. Kerana kesakitan yang saya rasai pada parut pembedahan terdahulu, Doktor memaklumkan luka lama dan dinding uterus agak nipis dan sekaligus agak berisiko untuk saya mencuba melahirkan secara normal kerana sekiranya rahim pecah sewaktu meneran, bukan hanya akan memberi kesan kepada si ibu, malahan pada bayi juga..
.
Pelikkan? Jarak pembedahan terdahulu dengan kehamilan yang ini sudah menjejak 3 tahun setengah. Sepatutnya selamat untuk saya mencuba normal delivery.. Tiada jawapan daripada Dr saya, dan di pihak saya pula, hanya ada cerita di entry INI yang saya bisa kaitkan. Wallahualam.. Mungkin inilah takdir..
.
Memandangkan saya sendiri sudah merasa pelbagai kesakitan, maka saya meminta dipercepatkan tarikh pembedahan iaitu pada keesokan harinya, 1 November. Pada pagi 1 November, saya masih ke pejabat seperti biasa.. Menyambung kerja-kerja yang tidak pernah berhabisan dan menyiapkan appraisal form untuk tahun 2011. Sepatutnya saya mendaftar di hospital pada jam 1.00 petang kerana pembedahan dijadualkan pada jam 4.00 petang. Namun kerana terleka dengan kerja pejabat, saya hanya meninggalkan pejabat pada jam 1.30petang.
.
Sementara mendaftar dan bersiap sedia ke dewan pembedahan, saya masih sempat berSMS dengan gynea saya. Sejujurnya, saya sebetulnya tidak rela dibedah lagi.. Pelbagai persoalan saya utarakan kepadanya dan akhirnya, dia mengakhiri SMS dengan bertanya, "Have you checked in at the hospital?".. Hahahha.. Mungkin dia bimbang saya tidak akan muncul.. :P
.
Sebelum di bawa ke dewan bedah..
Seperti dahulunya, saya diberikan epidural. Sakit? Ya, sakit!! Mungkin kerana badan yang gemuk dengan lemak yang tebal.. :P
.
Dan Puteri Rifa Aleesya lahir pada jam 4.50 petang.. She was very loud!! Tangisan dan jeritan yang sangat panjang sehingga saya bertanya pada Dr, "Is there something wrong with her? She's sooo loud!!".. Runsing, itulah kata yang paling tepat.. Kali pertama Adik di bawa kepada saya untuk menyusu, pandai sahaja dia terus menghisap.. Dan hisapannya juga kuat dan gagah..
.
Detik-detik awal ketibaan sang puteri..
Selesai pembedahan sejam kemudiannya, sudah terasa pedih dan sakit di tempat pembedahan yang mana ia memaksa saya meminta ubat bius itu ditambah.. Hanya pada petang hari ketiga barulah saya benar-benar OK untuk bangun dan berjalan walaupun masih ada seribu kepayahan..
.
Saat yang paling melegakan apabila Dr. Yong, pakar kanak-kanak yang sama merawat Rayyan Ariff tempoh hari mengatakan Rifa Aleesya baik-baik sahaja.. Tiada yang perlu dikhuatiri.. Alhamdulillah.. Lega benar hati seorang ibu.. 
.
"Hi Alimin, Wan.. First I saw Wan's name and I was thinking that she could be Rayyan's sister.. The moment I saw Alimin's name, then I just knew that she is Rayyan's sister.." Doktor yang peramah ini masih mengingati kami walau sudah bertahun kami tidak bertemunya.. Semenjak Rayyan Ariff di bawah jagaan Dr. Sofiah, terus sahaja kami tidak ke sana lagi..=)
.
Jumlah bil untuk pembedahan ini termasuk bil tuan puteri adalah lebih kurang RM9.5K.. Yang mana RM4.5K adalah dibiayai oleh majikan saya dan selebihnya, wang kami sendiri.. Sayang juga sebenarnya, namun di dalam kesakitan, saya inginkan keselesaan dan itulah harga yang perlu kami bayar..  
.
Tentang berpantang? Biasa-biasa sahaja.. Santapan wajib adalah ikan bakar di makan bersama lada hitam.. Sesekali saya memaksa juga diri menelan sup ikan haruan. Stokin tidak pernah ditanggal dan mengurut hanya 4 kali.. Tidak terlalu serius bukan?? Berbanding Rayyan Ariff dahulu, hampir setiap hari saya memakan sup ikan haruan, pati ikan haruan dan gamat..
.
Padahnya, pada hari ke-30, ada darah pada tempat luka! Takut tak usah ceritalah.. Tambahan pula Doktor mengatakan ada jangkitan.. Maka dengan penuh tekun, haruan dan gamat mula bertukar menjadi menu utama.. Di samping tugas tambahan mencuci luka, menyapu krim khas dan memakan antibiotik.. Takut okkkk.. Selepas 4 ke 5 hari, luka mula sembuh dengan cantik.. Yea, salah saya kerana ambil mudah perihal makan! =P
.
Murung jugalah seketika apabila mengingatkan luka yang masih tidak baik walau sudah sebulan berlalu. Tambahan pula, hanya ada sebulan lagi untuk saya mula bekerja.. Lagi pula, berpantang kali ini sedikit lasaklah dengan 2 orang anak.. Yang abangnya, sibuk mahu mencuri perhatian.. Yang adiknya, sibuk berjaga malam! Stressss!!!
.
Tentang pemilihan nama pula, Puteri Rifa Aleesya adalah nama yang dipersetujui bersama dengan En.Hubby.. Puteri bagi mencerminkan anak perempuan dan sementelah pula, kesemua cucu-cucu perempuan di sebelah En.Hubby mempunyai Puteri di pangkal nama bagi menggantikan Tuan..
.
Rifa pada saya adalah satu nama yang unik dan masih jarang dipakai.. Paling penting, ianya membawa maksud muafakat.. Satu sifat yang sangat ingin saya lihat di dalam diri adik kepada Rayyan Ariff.. Semoga ianya menjadi ciri utama puteri tercinta.. Paling penting, bermuafakat dengan abangnya di dalam segala segi dan tidak sesekali melihat abangnya sebagai individu yang punya kekurangan..
.
Aleesya pula menjadi pilihan En. Hubby walau saya turut mencadangkan nama Aryana kepadanya.. Kata En.Hubby, Aleesya dan namanya, Alimin rhymes nicely.. Memandang nama Aleesya itu sendiri membawa maksud yang indah iaitu Yang Dilindungi Allah, saya menurut sahaja.. Dari sini, lahirlah nama Puteri Rifa Aleesya untuk sang puteri.. Semoga keperibadiannya mencerminkan namanya dan semoga kamu sentiasa dilindungi Allah wahai sang puteri.. Aminnn..
.
Puteri Rifa Aleesya @ 1 month old dengan berat 4.25kg.. Quite a  gain from her  birth weight of just 2.9kg.. Berkat susu  ibu.. =)
Ok, till then.. :-)  

Wednesday, November 2, 2011

Alhamdulillah.. Di atas rahmatNya..

The arrival of..
.


Puteri Rifa Aleesya Binti Tuan Alimin
01.11.11
2.9kg
51cm
Pantai Medical Centre, Bangsar
Elective LSCS
...
Assalamualaikum world!

Monday, October 31, 2011

Ada sedikit kecewa, namun redha adalah jalan terindah.. :-)

InsyaAllah, if everything goes as planned, adik will arrive tomorrow afternoon.. And as clearly as it states, after tomorrow, I will no longer be a pregnant women.. How I'm gonna miss it so much!! As I've always said, feeling a baby's movement is definitely miraculous in its own way.. But seeing your tummy moves because of your baby's movement is even better! :-)
.
It will be another planned c-section and we've selected 1st November for Baby RA's birth date. Honestly, I'm a bit frustrated as I really hope to try for VBAC.. But maybe it's just something that is not meant for me.. Today, my gynea checked the thickness of my old c-section scar after I complained about some pain there and the result is not good.. For fear of uterine rupture, my gynea wont let me try for normal delivery..
.
I''ve consulted another doctor for 2nd opinion and I totally understand where both of them are coming from and I'm Ok with it already.. Really want to share it here but with my all-mixed-up-emotion at the moment, I just cant do it..
.
Well, when it comes to giving birth to a precious life, the method of delivery is just one simple episode right? The bigger chapter would be the survival of the mother and the baby.. So whatever it is, I truly believe that Allah has great plan and His plan is always the best.. :-) 
.
So friends, pls pray for us.. And pls forgive me for everything that I've written or done that might hurt you in whatever way..
.
Hopefully, I'll be back here to proudly introduce our second edition; Puteri R A Binti Tuan Alimin.. ;-)


Monday, October 17, 2011

Signs of labor from pregnancy.about.com & babycenter.com

1. Mucus plug
2. Bloody show
3. Loose stools
4. Contractions
5. Back Ache
6. Your cervix starts to ripen

4 daripada signs di atas dah ada. Based on these websites jugak, labor could be from hours to weeks.. Berdebar? Sangattt!!
.
Even tho this is my 2nd pregnancy, tapi sebab takde pengalaman menunggu reaching full term pregnancy and labor signs, so memang taktau camne rasanya.. Dulu, by 31wks dah kena pushed to the OT with no labor pain and whatnot.. Gaya orang sehat check in kat spital for no reason.. Hehhehe..
.
This time around, bila ada rasa apa2, cepat2 telefon my mom or SMS a few friends that have experienced labor pain before.. Lately, selalu sangat dapat back ache yang memulas-mulas sampai seram sejuk kaki.. Bila datang sakit tu, Ya Allah, apa pun takleh buat.. Baring je la.. Huhuhu.. Cuak ni.. Harap-harap sempat la settle kerja office dulu.. (^_^)
.
BTW, my EDD is on 12th Nov 2011. Tp my gynea dah booked a date on 4.11.11 for a c-section ops should there be no signs of labor by then.. Entahlah.. Cam tak berapa agreeable to the fact that c-zer just because takde labor signs.. Rasanya, it's better if we just let nature take its course kan??
.
Adik, Mama harap la dapat go through normal delivery with minimal pain.. And please, come out before the planned c-zer.. Boleh???
.
Google image : Penat bawak peruttt.. Tiap2 pagi, rasa cervix tu cam nak pecah!! Huhuhu.. Besarnya sacrifice sorang ibu kan??

Thursday, October 6, 2011

Reasons for a mother to keep on smiling..

Firstly, Rayyan Ariff's blood platelet has increased to 107 and he has no fever so far!! Alhamdulillah..
.
Secondly, I got to meet Adik RA again today!!
.
Yes, I have to admit that the nose and lips are mine!! Hahahha.. *Idung jambu bibir sexy ko..*
Seriously, cant wait to see Rayyan Ariff this afternoon and definitely cant wait to meet our little princess too.. Hopefully, soon! :-)

Monday, September 26, 2011

Persiapan pada minit-minit terakhir.. :-)

Minit-minit terakhir la sangat. Title kena hoverrr sket eh.. :P
Ini cerita jumaat lepas. Actually nak gi masa lunch hour, tapi ada changes in our plan so saya just stay in during lunch hour and petang, kuar office sharp at 5pm, terus gi Ampang Point.
.
Dan inilah hasil merayap selama 2 jam setengah. Alhamdulillah, semua dah settle.. Tinggal lagi nak beli breastpump.. :-)
.
Nampak macam sket jer, tapi bilo tengok balance dalam purse, nak nangis!! Seb baik malam tu dah gaji.. :P
.
Ini budak yang kalau boleh nak duduk bawah ketiak mama jer.. Tak boleh bergerak sket.. Ni baru pas nangis ni.. Sebab mama balik lambat.. :P
.
Untuk Baby RA, dah complete la barang-barangnya.. Tinggal nak keluar jer lagi.. :-)
.
Untuk mama pun dah complete la kiranya.. :-)
.
Since ramai yang dropped comment and suggested for jamu by Nona Roguy, so I've decided to give it a try.. As recommended as well, tak beli set pun.. Just ambik single bottle jer, and topup with a  few other things such as bengkung and losyen panas tu. Pastu beli la baju maternity/ nursing sehelai.. Kira ambik syarat la ni..
.
So pasni kalau nak topup apa, kira lepas pantang je la.. My mom bising jugak nape beli dress, headband etc awal2.. So I took her back to Rayyan Ariff's birth, yang mana, tak banyak yang kami prepared for him.. So by the time he got to come home, keluarlah saya dalam keadaan masih berpantang gi cari barang-barang yang sewaktu dengannya.. Sebab En.Hubby ni not the type yang kita boleh harap beli apa-apa barang.. Tak jumpa la, tak tahu la.. So might as well I just prepared everything as to my wants although sesetengah orang berpendapat tak baik prepare barang awal-awal..
.
Lagi pun, masa Rayyan Ariff dulu tak sedia barang awal-awal pun, kalau tuhan dah tulis for something unexpected to happen, jadik jugak kan? :-)

Friday, September 23, 2011

Tentang Ayah, Mama, Tuan RA dan Puteri RA

Diam bukan takde cerita, diam takde masa nak bercerita.. Penat, mengantuk dan sakit situ sini dah jadi sebahagian daripada perkataan wajib dah.. :-)
.
Contraction every now and then memang menakutkan.. Jangan la Baby RA keluar waktu-waktu sekarang.. At least biar la cukup 36 weeks dulu. Semalam ada fortnightly routine check up, so bagitau la Dr pasal contraction. Alhamdulillah, bila Dr scan, everything is just fine so most probably, just braxton hicks.. Cuma dia bagitau la jugak, kalau sakit ke apa, just contact him la..
.
Berat pulak, naik 1.2kg within 2 weeks time.. Herkkk.. So, between pre-pegnancy weight and current weight, I've gained 3kg in total.. Baru 32Wks++ tu.. Huhuhuhu.. Jangan la naik banyak-banyak sangat.. Makcik teringin nak kurus balik ni.. Berat Baby RA pulak, 1.8kg.. So OK la.. Not too big and definitely not that small.. So-so itulah yang kita cariiii.. Hehehhe..
.
Dr pun dah bagitau yang I can try for normal delivery.. So, banyak-banyak la minum air akar fatimah nanti coz bagi mudah bersalin.. Hehehhe.. Berdebar OK.. Pengalaman first la katakan.. Masa Rayyan Ariff dulu, sihat2 jer pergi check in kat spital sebab memang scheduled kan.. Tak sempat pun nak merasa pregnant sampai 8 bulan lebih.. So syukur sangat-sangat sebab tuhan bagi merasa dua pengalaman berbeza.. :-)
.
Semalam sempat jugak gurau dengan my gynea, "Since you told me from the beginning that its a girl, I've bought dress and headband for her already.. You better be sure yea Dr.." Dengan konfiden nya dia replied, "There's no bird or anything similar. Just cheeseburger. I'm pretty sure it's a girl.. If not, all amount that you have spent so far for check ups and later, for delivery, it will be on me.." Hahhaha.. Syok jer dengar.. .
.
Honestly, excited jugak nak timang baby with opposite sex ni.. To be honest, before this, mengharap jugak for another baby boy.. Tapi sekarang, teruja sangat-sangat nak ber baby girl.. Betul la orang kata, shopping for baby girl ni feeling dia lain.. Before this, every time orang cakap camtu, mesti cakap, "Sama jer.. Barang baby boy pun banyak sekarang ni.." Tapi betul, adalah sangat-sangat tak sama.. :-)
.
Cant wait to timang-timang baby RA!! Hopefully everything will turn out to be just fine.. Aminnnn..
.
Rayyan Ariff pulak macam biasa la.. Makin lasak, makin cheeky.. Buat sepah memang main activity tiap2 hari.. Yea la.. Bosan takde kerja nak buat la tu.. Tido pulak makin kurang.. Siang tido sket, malam tido lewat tapi pagi-pagi buta dah bangun.. Taktau la mana dia dapat energy.. Lately ni suka sangat punggah keluar barang-barang nenek dalam almari kecik kat bilik dia tu.. Seb baik la ada bibik yang leh tlg kemas balik..

Kalau dulu, tido siang berjam-jam.. :-)

Banyak betul invitation open house sekarang ni.. En. Hubby je la yang pergi.. As for me, memang tak larat la..  Kalau nak pergi umah my friend jer, macam tak fair.. So kena gi umah his friend as well.. Kesimpulannya, takyah gi dua2.. As for him, kalau dia rajin nak gi umah kawan dia, dia gi. Kalau tak, takla..
.
Plan untuk esok taktau la macam mana.. Sebab nak gi wat ear mould Rayyan Ariff dulu kat Brickfiled.. Pastu attend his therapies as usual la kan.. So taktau la ada energy lebih ke tak kalau nak attend open house pulak.. Huhuhu.. Maybe sbb badan huge tu yang tak larat nak jalan.. :P

Monday, September 19, 2011

Persediaan menyambut Baby RA~

Before ada yang kata macam-macam, saya cuma ada satu permintaan, please let me enjoy this moment as we will never know what will take place in the future.. Sememangnya ada ketakutan apabila berhadapan dengan seribu satu ketidakpastian, same goes to this pregnancy.. But I'm taking the stand that I want to enjoy this moment as much as I could.. Dengan Rayyan Ariff, we dont have the chance to prepare things for him.. Only the most basic things; baju 4 helai, towels 2 helai, diapers, a few pairs of mittens/booties and 2 feeding bottles. Dia anak sulung yang sepatutnya diladeni dengan pelbagai barangan, namun kami takut untuk membuat persiapan untuk kehadirannya kerana kami terlalu ditekankan bahawa dia tidak akan hidup lama..
.
Dan untuk Baby RA, kami tidaklah berbelanja sakan.. Kebanyakan barangan seperti baju, carseat cum carrier, baby cot dan barangan besar yang lain, diwarisi dari abangnya.. Mungkin kami akan mendapatkan stroller baru untuknya, itu sahaja.. Diam tak diam, rasanya barang-barang untuk Baby RA rasanya sudah 80% siap.. Baju baru cuma 3 pasang sahaja.. Saya sangat teringin untuk mendapatkan sehelai dress lace berwarna merah jambu untuk Baby RA.. Dipakai bersama stokin merah jambu berenda sambil dikepala terlilit headband warna senada untuk majlis akikahnya kelak.. Tambahan pula, En.Hubby dan Rayyan Ariff juga sudah punya baju melayu dengan warna yang sama.. Cuma perlu saya sahaja mencari kaftan warna merah jambu.. :-)
.
Yang sukarnya adalah proses pencarian.. Mahu online dirumah, posisi perut yang semakin membesar benar-benar menyukarkan untuk saya duduk di bangku kecil menumpang meja tulis Rayyan Ariff.. Wireless modem baru sudah dibeli bagi menggantikan yang sudah lama rosak namun masih belum dipasang. Beberapa kali saya cuba memasang sediri namun gagal. Tunggu sahajalah abang saya datang nanti.. Meja konsol berwarna putih untuk dijadikan meja laptop dengan kerusi berwarna yang sama juga sudah dibeli, namun masih belum dipasang. Yang itu, perlu menunggu adik lelaki saya datang kerna dialah jaguh kalau bab-bab bertukang.. Kalau sudah lengkap semuanya, barulah boleh melayari internet dengan aman.. Sakanlah saya menjenguk laman-laman web untuk membeli-belah keperluan ibu dan bayi.. :-P

Nama sahaja almari Baby RA, tapi kat dalam, dengan barang-barang ayah sekali.. *Gambar senget sebab most of the time, mama nak dok straight bebetul pun dah tak boleh* :P
.
Bahagian dalam.. Bila dah ada dress, boleh la hang dekat railing tu kan? Ntah bila la nak ada.. Hospital bag baby RA dah siap dekat shelves yang paling atas, Mama punya je belum.. =)
.
Segala-galanya bagaikan pengalaman pertama kerana bersama Rayyan Ariff tempoh hari, tempoh kehamilan saya tidak sampai sejauh ini.. Pada minggu-minggu sebegini, Rayyan Ariff sudah dilahirkan dan sedang berjuang di NICU. Untuk Baby RA, saya dapat merasai bagaimana penatnya melayan frequent urination dan bagaimana tidur yang terganggu disebabkan oleh sakit belakang serta mencari posisi terbaik. Maaf kiranya banyak jemputan rumah terbuka tidak dapat saya penuhi kerana keadaan fizikal yang semakin sarat sangat menyukarkan segalanya.. Bergerak sedikit, sudah senak perut menahan kencing.. Ini jugalah penyebab saya tidak mampu ke kompleks membeli-belah dalam usaha melengkapkan barangan saya dan Baby RA.. Pilihan yang ada; berharap sahajalah pada laman-laman web.. :-)
.
Semenjak daripada peristiwa berurut tempoh hari, kerap kali terasa kesakitan pada luka pembedahan yang lalu.. Perit benar menahan.. Kalau ditanya, memang saya teramat kesal dengan peristiwa itu, namun apakan daya, segalanya sudah berlaku.. Hanya doa yang saya ada agar dipermudahkan segalanya.. Kalau terlebih mengeluh tentang kesakitan kepada En.Hubby, nanti bisinglah mulutnya berbunyi, "Itulah, abang dah kata jangan gi urut.. Gi jugak.. Sejak2 mengada gi ngurut ni dah selalu sangat mengadu sakit sana sini.." Hmm.. Baik diamkan dan tahankan sahaja selagi terdaya..
.
Tentang nama Baby RA, sebetulnya kami sudah sepakat dengan gabungan nama yang diinginkan.. Namun tiba-tiba sahaja, beria benar ibu saya mahukan nama Rania untuk Baby RA.. Rania.. Nama yang indah dan merupakan nama yang saya sediakan sebagai nama alternatif kepada Rayyan Ariff lebih 3 tahun yang lalu.. Sekiranya Rayyan Ariff dilahirkan sebagai puteri, Rania Adriana adalah nama yang kami simpan untuknya.. Namun kini saya sudah punya pilihan lain.. Tapi itulah, bila bercakap tentang kemahuan ibu sendiri, rasa terkilan juga untuk tidak dituruti..
.
Tapi saya benar-benar sukakan nama Baby RA yang sudah dipilih kerana masih jarang yang memakai nama yang bermula dengan pangkal R ini.. Berbanding nama yang bermula dengan pangkal A yang menjadi pilihan hubby, sudah merata yang menggunakannya.. Maka saya melihat gabungan kedua nama ini sebagai unik.. Kalau digabungkan dengan nama Rania, kedua-dua nama itu sudah merata digunakan.. Hmmm.. Mungkin perlu hamil lagi sesegera yang mungkin untuk memenuhi impian ibu saya.. Hahahhaha.. *Rehat dulu yea..* :P
.
P/s - Bagaimana dengan pemilihan nama anak kawan-kawan? Adakah di antara pasangan sahaja atau mengambilkira kemahuan ahli keluarga yang lain sekali?
.
P/s 2 - Any suggestion untuk set bersalin yang bagus??
.
P/s 3 - Any suggestion untuk breastpump yang bagus??

~Thank you in advance~

Friday, September 9, 2011

Update on baby RA

So far, baby RA is doing good.. Slightly on the bigger side but Dr. Raman kept on saying, big is good actually.. :-)
.
Throughout this pregnancy, I've gained 2kg.. Came Ramadhan, I've lost 3kg.. And as per yesterday's check up, I've successfully gained 3kg after almost 2 weeks of Raya.. Thanks to Nasi Dagang, Satay and all the kuih muih lah kan.. :P
.
And lately, the urge to eat keeps on coming. Am trying my best to control my rice intake.. Twice a day should be more than enough I guess.. Hubby said that I'm crazy for doing this because he always has the idea that a pregnant woman should eat for 2.. But I guess, somehow, I managed to convince him that what I'm doing is OK since baby RA is nicely growing.. 
.
Last Sunday, I did something that I was not supposed to do. Went to this Mak Bidan Kampung as per my mom's request. Mommy said it wont be a massage session or anything close to that. But when we got there, the Bidan happily gave me a massage and turned baby RA's position as she said baby is in breech position..
.
I was scared to death.. Luckily baby RA is moving and kicking like the usual.. Dont want to take any risk and just to make sure things are OK, I went to see Dr. Raman yesterday.. A day earlier than my actual appointment with him.. 
.
And as expected, he's totally not happy with the massage thingy especially because my last delivery was via LSCS.. He explained that it might effect the old scar because my belly is growing and messaging is equal to messing up with the growing tummy.. And luckily Baby RA is doing good.. Amniotic fluid is enough.. Brain is looking good.. Heart beat is just nice.. And the list continues..
.
Lesson learnt! :-(
.
While I was discussing a few things with Dr. Raman, hubby was holding Rayyan Ariff.. Being the usual him, he  cant sit still and his hands were moving here and there trying to reach for lots of things. Hubby decided to to bring him out and tried his level best to entertain his son.. :-)
.
"Brain OK?" That's the question that he asked me when I stepped out of the room.. I can see that he was a bit dissapointed as he missed the scanning session.. It's OK, we're going there again in 2 weeks time.. :-)  
.
Ayah is getting better in entertaining Rayyan Ariff.. :-)
Oh yea, Ms Anonymous, I know that I'm not obliged to reply to you as what my friends have commented in my previous entry.. But could you do me a favor? Stop giving your comment as it is not welcome here. Call me whatever you want, labeled me with whatever you wish, it will not effect me in any way.. I'm sorry about your baby and it's good if you claim that you are able to manage your emotion better than me.. 

And obviously, you are pretty new here.. There's no way that I felt like I'm the only one with problem.. If you when back to my old entries, you can see that every time I felt like I've pushed Rayyan or myself too hard, I will look at other children with the same diagnosis as him.. Some of them, are still struggling with getting a good head control at the age of 6 and some of them are severely handicapped..
.
Through our routine visit to therapists for the past 3 years, I've seen lots of children with lots of medical condition.. Some of them are doing better than Rayyan and some of them are still at the same stage after years of therapies.. Believe me, I've seen a lot and I definitely dont feel like I'm the only person with problem here..
.
From Mama Kembar 3 : Allah's miracles comes in many ways, shapes and form, and I think Rayyan is one of His many great miracles 

That's why I've always called Rayyan as my little miracle.. When we were told that he would only lives a life equivalent to a vegetable and now that he's everywhere, we are thankful and blessed. It's a bonus. Something that we're not supposed to get but He gave it to us. So, we're content no matter what!
.
What's with you and the song??? It's definitely not a moody song to me.. A friend in my workplace even use it as her ringtone.. Should I tell her to change to a nicer music? Music is universal.. To me, this song has its own soul.. And I guess, to some others as well..
.
BTW, it's really funny reading your comment on the part of "you want to wallow in self pity" and "take rayyan in your arm and start celebrate life.." What a joke!! How can you judge my life from just one post and one song?? 
.
Parents with special needs children have their own ways of dealing with things. If there's a day that we took 30seconds to find our strength, pls dont overlook another 23 hours, 59 minutes and 30seconds that we've been happy and laughing.. A friend told me once, that if it's not because of me, she would still thinks that parents of special child are always unhappy with their life.. 
.
I truly believe, that parents should just enjoy their child no matter what.. Kan Dr. Sofiah?? Kan Kak Reenaz? Enjoy2 jugak.. Effort kena lebih.. Nama pun special kan.. :-) 
.
And yes, once again, pls dont leave your comment here, it's not welcome (you can choose to be the stubborn one and keep on commenting, it's all up to you.. but there'll be no more reply from me) 
.
Or even better, just leave this page.. :P

Thursday, August 25, 2011

Yang setia menemani, rumah bersepah dan Baby RA??

Semenjak usia kandungan mencecah 12 minggu, inilah santapan pagi yang setia menemani bagi menggantikan folic acid;

Cik New Obimin, Encik Calcium Lactate & Puan Neurogain PB. ~Yang tiada dalam gambar ialah Cik Siti Anmum Materna~
.
Sebelah malam, biasanya saya mengambil susu berkalsium tinggi Anlene.. Kononnya untuk menambah jumlah kalsium dalam badan.. Tapi tu lah.. tarik-tarik kat betis still jugak ada..
.
Semalam bila baca komen Kak Baya, barulah rasa, "Eh betul jugak eh?? Maybe sebab sejuk kot.." Actually, saya ni penyejuk orangnya.. Percaya tak, sepanjang pregnant ni baru beberapa kali je mandi air sejuk.. Selebihnya, sangat-sangat berterima kasih kepada encik water heater kerana banyak berbakti..
.
Selain daripada itu, saya memang tak geng la dengan aircond.. Kat office tu kalau dah sejuk sangat, rasa nak angkat meja letak kat koridor jer.. So kat umah ni, walaupun bilik tidur ber aircond, bleh kira ngan jari je berapa kali bukak.. Kalau En.Hubby switch on pun, bila mem besar masuk, mesti kena tutup punyalah..
.
Tapi bila pregnant ni, hawa-hawa panas tu pun datanglah.. Walaupun still tak boleh guna aircond, kipas adalah wajib sampai ke pagi.. Bila kipas dah laju, sejuk pun menyelinap.. So maybe sebab tu la yang jadi tarik-tarik kat betis tu.. Huhuhu.. Maybe kena pakai socks after this. Thanks Kak Baya coz tolong make me realize the cause of the problem.. :-)
.
~Takpun maybe kena tukar kete auto.. Iye la, tetiap hari drive from Ampang to Bukit Kiara and vice versa.. Mana tak cramp bila terpaksa hadap traffic jam kat AKLEH n DUKE dak?? :P~
.
Oh Aly, bila aku kata tak kisah umah bersepah, memang adalah tak kisah.. Sebabnya, aku yang askar sorang n still lagi tak berjalan ni pun bukan main lagi bab 'mengemas'.. Ini plak ko yang anak dah dua.. Harus-harus la kira sama kapal je kita dak?
.
Aunties nak tengok apa projek Tuan Rayyan Ariff masa orang tengah bukak puasa semalam? Ni haa...    
.
 Mula-mula dia buat kecah depan TV.. Baju hitam tu jubah yang ayah beli untuk Tok Wan dia.. Habis kena bawak keluar dari plastik..
.
 Ini pulak dia capai bakul yang kat atas meja jati kecik tu.. Habis barang-barang kat dalam tu berterabur..
.
                               Bila kita tegur, dia buat la muka sposen.. Tengok pun kesian, rasa nak marah pun hilang..
.
Bila dia buat sepah camni, takde la nak marah.. Cuma make sure dia kemas balik.. Kemas dia tu takde la kemas bersusun.. Kita cuma mintak dia masukkan balik barang-barang yang dia keluarkan tu dalam bakul.. So that dia tau dia punya responsibility..
.
Dulu ayah Ian takleh terima if rumah bersepah.. Masa tu Rayyan Ariff dalam usia setahun lebih.. Kalau dia balik keje and tengok rumah bersepah, mesti dia tanya, "Tak mengemas ke tadi?? Apa la rumah camni.." Tapi since dia tengok sendiri capability anak bujang dia, terus tak cakap apa dah.. =)
.
Tentang Baby RA, pagi tadi, pas sahur borak-borak dgn En.Hubby.. Tiba-tiba dia tanya, "Apa dah nama baby?"
Terus saya jawab, "Eh, kan tak finalise lagi.."
Dia jawab lagi, "Kan abang dah confirm.."
Saya balas, "Eh, bukan adik ke yang bagi nama.. Tak finalise lagi la.."
"Adik yang bagi, abang yang confirm kan.. Rayyan adik dah bagi, baby biar abang la confirm.." Panjang pulak tu jawabnya..
.
Actually that day memang saya ada bagi 2 nama.. Bagi in the sense that just mentioning the name jer.. Sekali member dah suka ngan second name.. So Baby RA, ayah has spoken.. He has finalised your name and from now on, you will be call with that name..
.
Ya Allah jagalah anakku selama dia di dalam kandunganku dan sembuhkanlah dia, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang bisa menyembuhkan, tiada ubat kecuali ubatMu yang tidak akan membawa penyakit..
Ya Allah bentuklah dia dalam kandunganku dengan bentuk yang bagus dan tetapkanlah iman hatinya padaMu dan utusanmu..
Ya Allah keluarkanlah dia dari kandunganku pada waktu aku melahirkan dengan mudah dan selamat..
Ya Allah jadikanlah dia orang yang sehat, sempurna, punya akal, cerdas, alim dan mengamalkan ilmunya..
Ya Allah panjangkanlah umurnya dalam keadaan yang sihat dan berikanlah dia budi pekerti yang baik, fasihkanlah lidahnya serta berikanlah suara yang baik untuk membaca hadist dan Al qur’an dengan mendapat berkahnya nabi Muhammad SAW
Segala puji bagi Allah tuhan yang menguasai sekalian alam. Aminnn..

Wednesday, August 24, 2011

Satu realiti, satu cabaran~

Masing-masing harus dah bercambah mood balik kampung kan? Keje pun rasa cam tak tertelan jer.. This year kami raya kat Rawang dulu, pastu balik KB.. Ikut hati takmo balik sebab penat betul rasanya nak travel jauh2.. Tapi katanya En.Hubby, siyan abah tiap2 hari called cucu.. Balik je la.. 
.
Pagi tadi, sekali lagi urat betis bagai ditarik-tarik! Sakitnya Subhanallah, takleh nak cakap camne.. Perit.. Rasa cam ada benda halus masuk dalam betis n alihkan urat-urat yang ada.. Boleh rasa urat tu beralih.. Seb baik pas taruk minyak panas OK jer.. Masa pregnant kan Rayyan Ariff dulu, sekali dua je jadi and takde la sakit sangat.. Umur makin meningkat kot..
.
Last Sunday gi umah Abi n Ummi Sarra untuk ambik biskut raya yang dah berkurun tempah.. Sejenis je pun.. Tapi jauh benar tempahnya.. Hehehhe.. Pepagi buta dah terjah rumah orang walhal tuan umah dok elok beradu lagi.. Bukan apa, lewat2 kang, dah layu pulak.. Pagi-pagi ni fresh sket..
.
Dah selalu gi umah Sarra, tapi tak sampai lagi umah Nia & Adel.. Padahal satu blok je pun.. Since hari tu awal lagi, cakap kat hubby jom la singgah and dia pun kata OK.. So called la Aly cakap nak singgah.. Segan jugak sebab main terjah jer.. Tapi kalo nak properly plan, sure tak jadi punya.. Datang dengan tak bawak apa2 pun.. Nak bg biskut raya yang baru ambik tu kang, kena gelak dek Aly plak.. So buat tebal muka je la..
.
Gambar adalah daripada DSLR Aly dan diambil dari belog beliau -> Nayville 
.
Seriously, korang nampak je tenang dalam gambar ni.. Real situation tak macam ni.. Rayyan Ariff siap kena cepuk kepala lagi ngan Rania Ayesha ni.. Tu belum masuk bab Rihana Adelia dok merengek taknak berenggang dengan Mama dia..
.
Being a typical child Rania Ayesha is, memang takleh tengok la barang dia kena pegang dengan Rayyan Ariff.. Sifat possessive tu tinggi.. Sama jugak dengan Rihana Adelia.. Ini kali kedua saya tengok this type of behaviour selepas Syafil Nadime.. Betapa dunia saya hanya berkisar tentang anak istimewa sehingga saya rasa takjub melihat telatah anak-anak normal..
.
Mereka punya minda mereka sendiri.. Semuanya perlu ada rasionalisasi... Contohnya, bila Nadime tidak mahu berkongsi permainannya dengan Rayyan, dengan lembut Mummy nya Ayu menerangkan bahawa berkongsi itu adalah suatu perkara yang baik.. Sama juga Aly, berkali-kali mengulangi perkara yang sama pada Nia walaupun kesudahannya masih sama.. Barang mereka, adalah barang mereka..
.
Saya rasa teruja melihat situasi ini dan sekiranya segalanya baik-baik sahaja, mungkin saya juga akan melalui moment ini bersama Baby RA.. Cabaran mendidik anak tipikal dan istimewa begitu besar sekali perbedaannya.. Rayyan Ariff, senang dijaga dan sangat mendengar kata.. Boleh bermain sendiri sehingga berjam-jam lamanya dan tidak punya banyak kerenah..
.
Malahan, menurut Dr. Sofiah, anak-anak seperti Rayyan Ariff, apabila diajar untuk melakukan kerja rumah, kebiasaannya, merekalah golongan yang patuh dan banyak menurut.. Saya tahu, menurut itu mungkin boleh dikatakan bendul oleh sesetengah orang, namun tanggapan itu salah kerana mereka juga punya point pemberontakan cuma tidak begitu dominant berbanding anak-anak tipikal.. 
.
Pengalaman bersama anak-anak tipikal ini benar-benar melonjakkan keterujaan di dalam diri saya.. Sungguh tidak sabar menantikan ketibaan Baby RA.. Semoga Baby RA dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi ibu kepada anak tipikal sebagaimana istimewanya saya diberi peluang mendidik Rayyan Ariff yang sangat2 istimewa.. :-)

Friday, August 19, 2011

Baby RA dan persiapan hari raya~

Alhamdulillah, pertemuan dengan Prof Raman berjalan dengan baik.. Baby RA is already 1.05kg which is pretty good since mama is not gaining any weight.. Except for my blood pressure which is a little bit low, other than that, everything is good.. Baby RA was kicking and covering her face with her hands when we tried to capture a photo of her.. Active and we can see that she has long legs.. Like Ayah and Abang Rayyan, huh? :-)
.
I've asked Prof Raman about mode of delivery for Baby RA and according to him, since Rayyan Ariff was born via elective c-zer, Baby RA will be like my firstborn.. Pintu rahim tak pernah terbuka.. So the chances of normal delivery is there and will be assessed when I reach week 36..
.
And now that I'm in week 28 already, check up will be done every 2 weeks.. *Sigh* Hopefully I can excuse myself better after this.. Too many things to be done in the office!
.
Hopefully everything will be great for both Mama and Baby RA..
.
And yes, finally we managed to shop for raya today.. Baju melayu n sampin for ayah and Rayyan Ariff, as well as casual outfit.. Orang punyalah ramai tak hengat! For me, 2 maternity dresses and tudung.. Will topup with a pair of sandals and casual wear later.. :-)
.
Raya cookies have been booked, just need to be collected.. Tomorrow hubby will be sending his car for servicing and will send mine on Monday.. What a relief that everything is in order.. :-)
.

Ada budak tengah buat inspection ke atas barang yang dibeli..

Wednesday, August 3, 2011

Tentang puasa, pregnancy dan lain-lain~

Alhamdulillah, duduk tak duduk, dah 25 minggu Adik RA kita.. Ni dah August, pejam celik pejam celik, tak lama lagi November la.. Berdebar sangat hati ni.. Harap2 semua OK la.. Dan harap2 jugak, Adik RA jengah dunia on the 1st of November.. 01.11.11. Mak soka!! Sebab tarikh 01.11 tu, kalau terbalik jadi 11.10, birthday mak tu nakkk.. Hehhehe..
.
Hari ketiga berpuasa, Alhamdulillah masih larat lagi.. Niat berkobar nak cukupkan puasa sebulan sebab last cukup puasa sebulan Ramadhan was long, long time ago. When I was 13. So sangat-sangat nak puasa penuh.. InsyaAllah.. Harap2 kesihatan OK la sepanjang Ramadhan ni..
.
Berbeza betul pengalaman hamil kali ni dengan yang lepas. Yang lepas, sehat je memanjang.. Takde sakit-sakit or whatsoever.. Cuma demam masa early pregnancy jer.. This time around, siap macam2 pakej.. Gastrik la.. Sakit belakang la.. sakit pinggang la.. Sakit perut la.. Siap bagitau gynea, "Dr., I think I'm carrying low.. Sometimes I feel like the baby is dropping.."
.
Gila dramatik ayat.. Siap kena sound dengan Dr. "No, you're not. The position of the baby in your womb is crossing from left to right. She's here. So cant be that you're carrying low. Placenta also OK. Amniotic fluid cukup.. You dont have to worry too much.."
.
I guess when one is traumatized by one life episode, she tends to be a little bit of too carried away kan? :P
.
Honestly, rasa takut tu buat kita fikir macam2.. Macam2 kemungkinan yang tak sepatutnya pun kita fikir.. Tapi manusia ni macam tu la.. Sebagai contoh, bila Rayyan Ariff terhentak perut, mesti cuak gila.. "Ian, jangan la.. Sakit adik.." Pastu dok risau takut patah tangan Adik RA ke apa.. Padahal sah2 la budak tu protected by amniotic fuid etc.. Ya, saya adalah drama Queen..
.
Bulan puasa ni ingat nak skip check up, lepas raya baru nak pergi.. OK kot.. Sebab kalau gi check up, kena masuk office lewat.. Kalau masuk office lewat, kena balik lewat.. Tak sanggup nak redah jam.. Kalau boleh, by 415pm everyday dah nak cabut.. :P
.
Dalam dok sakit belakang, dalam dok sakit pinggang, still lagi memasak cam biasa.. Seriously, tak lalu nak makan lauk beli.. Hari pertama puasa, masak sotong celup tepung, telur goreng tomato, ikan pedas & kacang buncis goreng.. Semalam pulak, bersungguh buat nasi kerabu.. Bila perut mengeras, sampai tertunduk-tunduk potong ulam.. Semangat punya pasal..
.
Tapi bila masak sendiri ni, banyak jimatnya.. So OK la kan.. Macam semalam, modal nak buat nasi kerabu cuma RM4.50.. Pastu boleh makan dari berbuka bawak ke sahur.. Puas hati la sebab buat sendiri kan.. :-)
.
Abang Rayyan Ariff? As usual, he's everywhere.. Sekarang ni trend memanjat pulak dah.. Seriau kita yang tengok ni.. Kalau ada budget lebih, memang dah satu living room and dalam bilik saya pasang floor depot tuh.. Kalau jatuh takde la sakit sangat kot nak compare dengan tiles.. So far memang la tak jatuh lagi, tapi takkan nak tunggu jatuh dulu kan?
.
Akal dia tu ada je nak buat something.. Takde la nak duduk diam pandang satu benda je ke.. Last Saturday, dia tumpahkan minyak urut kat badan dia.. Sebotol penuh tinggal sket jer.. Sampai ke dalam mulut ada bau.. Pastu nangis2 sebab panas.. Bila bawak siram kat bilik air, terus jadi happy sebab dapat main air.. Hilang panas minyak tu agaknya.. Called Dr. tanya ok ke tak? Dr suh bawak gi Emergency for observation.. Mana la tau poisoning ke ape.. Tapi my abah suruh observe sendiri je dulu n bagi minum air kangkung untuk sejukkan badan.. Nasib baik la takde apa2.. So moral of the story, jangan la tinggal dia sorang-sorang even just seminit je pun..
.
En.Hubby dah start keje balik semalam.. I guess he's getting better la tu kot.. Jalan pun dah OK sket, cuma kalau lasak2, memang berurut la malam tu.. Sekarang ni dah jadi keje dia bawak Rayyan Ariff naik motor petang-petang.. Nak tak nak, mesti bawak sebab budak kecik tu dah pandai mintak.. Siap buat tangan gaya orang naik motor.. Memang lawak.. Tapi stakat dlm area umah je la.. Takde sampai luar pagar or jalan besar pun..
.
Tentang maid? Ntah la.. Taktau nk citer n campur malas.. My mom mintak consider takyah sambung permit dah.. Hujung bulan 1 ni habis.. Taktau la camne.. Memang puas hati dengan cara dia layan Rayyan Ariff, tapi benda2 lain pun kena consider jugak kan..
.
Hmm.. apa-apa pun, harap yang terbaik dan dipermudahkan setiap urusan.. Aminnn..
.
Dua hero saya.. Semoga dipermudahkan segalanya.. :-)

Saturday, July 30, 2011

Jadual hari ini~

Malam semalam dah basuh baju newborn Rayyan Ariff, so hari ni bab jemur-menjemur pulak.. Tapi tu la.. Dari pagi hujan and now mendung pulak.. Wrong timing la ehh..
.

Mesti ada yang kata, amboii excitednya.. baru 6 bulan lebih pregnant dah cuci baju baby.. *Merujuk kepada auntie Maria*..
.
Honestly, ni bukan sebab excited.. Tapi ni kisah orang budget.. Untuk Baby RA, mostly recycle baju abang dia.. So dah nak dekat 3 tahun berlipat dalam bakul, memang sadis gak la.. Jadik kuning-kuning bertompok-tompok.. So my friend ajar, kuarkan awal2, n basuh 4/5 kali sampai hilang kuning-kuning tu.. 
.
Kalau basuh 4/5 kali tu, maknanya 4 atau 5 weekend la.. Maklumlah, ampaian nak jemur kan terhad.. So kena la kuar awal2.. :-)
.
Ye la, benda dah bertahun simpan kan.. Nak beli baru, rasa cam membazir plak sbb banyak betul baju newborn n premie petite size Rayyan Ariff dulu.. Kalau adik keluar besar, memang some of them, takleh pakai la..
.
Next thing untuk hari ni, nak masak sempoi2 untuk gath Superkids family karang and then terus gerak gi therapies Rayyan Ariff kat SDMC.. Dari sana, straight la ke umah Ita n Farid.. *Kawan-kawan, jangan lambat ehhh.. Kang ter miss plak nk jumpa korang..*
.
Sekian, jadual untuk hari ni.. :-)

Friday, July 8, 2011

Killing 2 birds with 1 stone?? ~Abang n Adik~

Alang2, ambik terus cuti 1 hari.. :-)
.
First, gi check up Baby RA. Alhamdulillah, everything is fine and just the way it is supposed to be. At 21 weeks and 2 days gestation, adik is already 440gm.. Yup, she is on the bigger side.. :-)
.
So far, I've gained 800gm! I guess it's acceptable since Adik is already taking half of the weight gained.. (Not including placenta and amniotic fluid..) I guess controlling what we ate really works! *Big smile*
.
Next, Abang Rayyan Ariff.. He's doing OK as usual.. But we need to do more things to help him develop at a better rate.. InsyaAllah, we'll increase the amount of effort to be put on him.. :-)
.
*Oh, mama kena buat homework on Rayyan Ariff's development and progress untuk doctors' conference* It's a recognition lah tu kan.. :-)
.
Overall, it's a good and tiring day at the same time.. Nak take a short nap lah.. Have a nice weekend all!! :-)
.
Adik RA first ever romper suit.. And it's purple! *Mode angau* =)

Tuesday, June 28, 2011

Trying to conceive is stressful..

*Update laju-laju sebab hari ni ada course*
.
Bila bercakap bab anak, takde sape pun di antara kita yang boleh berkata dengan pasti, bila, apa jantina dan bagaimana sesuatu kehamilan dan kelahiran itu berlaku.. Semuanya di tangan Yang Satu.. Qada' dan Qadar adalah sesuatu yang bukannya sesuatu urusan yang bisa kita gariskan..
.
Saya sangat setuju bahawa trying to conceive is very stressful. For every failed attempts, kita akan buat post mortem mencari di mana salah dan silapnya. Semua tips yang diberi, kita ikut.. Kita turuti.. Tapi masih tidak menampakkan hasil.
.
Dengan Rayyan Ariff, kami memulakan  percubaan pada bulan ke-2 atau ke-3 perkahwinan.. Dan hanya mendapat tahu hasilnya positif sewaktu kandungan berusia 5 minggu++ pada bulan ke-7 perkahwinan.. Bermakna, selepas berkahwin, 5 bulan kosong, bulan ke 6 mula berisi dan hanya pada bulan ke-7 kami mengetahui tentang kehadiran si permata hati..
.
Untuk Baby RA pula, kami mula mencuba pada penghujung tahun 2009. Namun bukan percubaan yang bersungguh seperti waktu Rayyan Ariff kerna waktu itu, saya sedang bergelut dengan masalah berat badan yang serius. Sementelah pula, kesibukan melanda dengan perkahwinan abang saya berlangsung pada tahun seterusnya iaitu 2010, dan pada tahun yang sama, Rayyan Ariff bergelut dengan musim kesakitan dan dugaan yang berpanjangan..
.
Lantas, perancangan untuk menambah bilangan anak bagaikan 'tidur' seketika. Terlalu banyak kesakitan yang sukar dihuraikan sepanjang jalan tahun 2010.
.
Baby RA datang di saat kami tidak merancang. Sangat tidak diduga yang mana awalnya, kami terima dengan perasaan yang berbaur; gembira, gusar, takut dan  berdebar.. Namun segala kesyukuran kami panjatkan kepadaNya kerana masih memberi peluang ini sekali lagi..
.
Kenapa tiba-tiba sahaja saya bercerita tentang kisah kehamilan? Kemarukkah? Jawapannya tidak.. Sebetulnya, ada seorang teman yang mana makciknya baru sahaja pulang dari Mekah.. Teman baik saya ini sedang di dalam usaha untuk mendapatkan zuriat pertama (Segala doa untukmu sayangku!), lantas makciknya itu membekalkan dia dengan buah zuriat..
.
Semalam, dia bertanya kepada saya seandainya saya mengenali sesiapa yang mahukan buah itu.. *Itulah peribadi teman baik saya yang satu ini, tidak pernah lokek untuk berkongsi.. Semoga teman in murah rezeki dan bahagia hidupnya ke akhir hayat.. Aminnn*.. Saya tidak menyatakan nama sesiapa apabila si teman ini bertanya, kerana ada beberapa orang yang saya kenali sememangnya sedang berusaha ke arah itu.
.
Buah zuriat..
Dengan itu, saya mengambil peluang untuk menyatakan di sini, siapa yang mahu, bolehlah email saya di freaky_gurlz@yahoo.com.. Maaf kerana jumlahnya agak terhad.. Makanya, siapa cepat, dia yang dapat.. Harga? Percuma.. Cuma datang ambil sahaja.. :-)
.
P/s - Kita hanya berusaha, Allah SWT yang menentukan.. Semoga ada rezeki untuk semua isteri-isteri yang sedang mencuba.. Aminn..

Friday, June 24, 2011

Baby RA lebih aktif daripada Abang Rayyan Ariff?

"The baby looks active and healthy.. Everything looks good so far.. " Ini adalah ayat lazim Prof. Raman tentang Baby RA di setiap pertemuan kami dan pada pertemuan yang lalu, saya menjawab sambil bergurau, "Rayyan was active too.. He was moving all the time, but still, there's something not right with him.."
.
Dan seperti kebiasaannya, Prof Raman tetap dengan wajah yang tenang berhias senyuman mesra sebelum suaranya kedengaran, "This one is different. Later, once you can feel the baby's movements, you can tell the different.."
.
Itulah kebenarannya. Memang tendangan dan pergerakannya lebih jelas dan terasa berbanding Rayyan Ariff. 
.
Mungkin sahaja kerana ini adalah kandungan kedua lantas saya lebih merasainya.. Namun dengan berat badan yang berlebihan seperti sekarang, saya sama sekali tidak menyangka akan merasai pergerakan yang jelas dan nyata ini seawal waktu minggu-minggu yang lalu.
.
Mungkin benar, adik RA lebih aktif daripada Abang Rayyan Ariff.
Mungkin betul, adik RA lebih bebas bergerak berbanding Abang Rayyan Ariff yang menanggung kesakitan.
.
Ya Allah, hanya padaMu aku berserah dan berlindung.. Semoga tiada lagi kesakitan buat keluargaku..
Aminnnn...
.
Abang Rayyan Ariff @ 12 weeks..
.
P/s - Gambar scan adik tak sebanyak abang.. Maklumlah, abang dulu kerap jumpa gyne.. Nama pun special case.. =)

Thursday, June 23, 2011

Dah habis ganti puasa??

Tahun lepas memang tinggal banyak, 12 hari.. 8 hari masa awal puasa n 4 hari masa akhir puasa.. Adehhh.. Semput nak mengganti.. Masa bulan Syawal dah ganti a few days tapi tak ingat berapa hari.. So kira cincai, nak ganti la semua balik..
.
Since this pregnancy is unplanned (but one that we always hoped for! pinjam ayat Kak Reenaz), takde la beria benar ganti sampai habis awal2 hari itu.. Sekali double line.. First trimester jangan harap la nak ganti since morning sickness tu macam2 cerita.. Masuk bulan rejab tu terus la buat..
.
Now, ada 5 more days to go. Semalam dapat puasa separuh hari jer n hari ni memang tak dapat la.. Sebab loya-loya tu datang balik.. Nak tak nak terpaksa bukak sebab bila perut kosong, makin la angin menolak-nolak. Semalam, kul 12am still muntah-muntah.. Berhambur makanan keluar.. 
.
Pagi tadi, try start dengan roti sekeping.. A few minutes later, keluar lagi segala isi perut.. Gastrik la ni kot.. Hadoiii la.. Seriously, harap-harap dapat la habiskan another 5 days ni, and dapat puasa penuh Ramadhan nanti.. Aminnnn..
.
P/s - On MC today!

Tuesday, June 14, 2011

It's too early for Wordless Wednesday..

But this is definitely a wordless joy!! :-)
This photo was captured last week: Baby RA @ 17 weeks++
:-)