Sunday, March 30, 2008

Ini rasanya kempunan???

Jumaat, kul 10pm baru smpi umah.. Byk keje sgt kat office.. Dh lama rupanya aku x stayback.. Hahahha.. Aku memang pemalas!! Since dh lewat, mmg rasa malas giler nk mkn.. So, aku just mkn pear sebijik.. Pas mandi n buat ape yang patut, aku terus terlelap..
.
Kul 4am, aku terjaga disebabkan satu pergerakan dalam perut.. Serentak, perut berbunyi minta diisi.. "Rayyan, it's 4 in d morning.. we wait till tomorrow k.. Kan **** dah kata nk dtg bwk nasi lemak.. Sabar yea.." To my surprise, Rayyan berenti menendang n aku boleh sambung tido cam biasa slps beberapa kali bertukar posisi.. Hmmm.. Fahamkah dia?? Mungkin..
.
Paginya, aku dpt SMS yang mereka bertukar plan.. Instead of breakfst kat umah aku, mereka ke Genting; Kota Keriangan.. Ada sedikit rasa hampa dihujung hati.. Malangnya hubby tiada untuk memujuk.. Aku berkira-kira di dalam hati.. "Takpela Rayyan, esok kita mintak ayah beli nasi yang sama yea.." Sekadar memujuk hati sendiri.. Memang nasi lemak itu pernah menjadi kegemaranku suatu masa dahulu...
.
Oh, ini rasanya kempunan.. Alhamdulillah.. Sepanjang membawa Rayyan, aku tidak mengidam dan minta makanan yang pelik2.. Telah kusaksikan sendiri salah seorang sepupuku menangis tersedu-sedu minta ikan talapia fresh kul 730pm.. Kesian si ayah dan suami terpaksa pergi memancing di kolam ikan orang semata-mata memenuhi hajat orang yang mengidam..
.
Seingat aku, apa yang aku pernah minta adalah nasi berlauk sewaktu kami balik Kelantan, dan pau kaya sewaktu pulang dari kerja sebulan yang lalu.. Kedua-duanya ada, tidak susah untuk dicari.. Mintak2 jgn la aku mengidam yang pelik2..
.
Kerana aku bukan jenis yang meminta, pantang bagiku andai ada yang mengusul dan berjanji tapi tidak membawa.. Takpe la, aku masih boleh menghadapinya.. Buktinya, sampai sekarang aku belum dapat merasa nasi lemak itu.. Tapi aku tak rasa terkilan..
.
Bersendirian di hari sabtu.. Walau rancangan asalnya bukan begitu.. Aku terpikir, apa yang membuatkan aku sedih sebenarnya? Tidak dpt mkn nasi lemak atau perasaan takut ditinggal keseorangan.. Pasti jawabnya aku belum bersedia untuk berseorangan setelah apa yang aku lalui.. Kerna aku takut aku akan menangis lagi.. Tapi Alhamdulillah.. Perasaan itu sudah kubuang ketepi.. Aku tidak boleh mengharapkan orang lain sentiasa bersamaku.. Adakalanya sepi itu indah.. Hanya kerana aku bersedih, aku tidak boleh menghalang dunia daripada mengejar keseronokan.. Hanya kerana aku mengalami saat2 yang sukar, aku tidak boleh membuat dunia berhenti bernafas..


.
Masih banyak lagi hari mendatang yang terpaksa aku hadapi berseorangan.. Jadi aku memutuskan untuk menghadapinya dari sekarang..
.
P/s - Malamnya, kami ke Mc'D, hanya tapau.. Alangkah bagusnya andai hubby membawaku makan di Bukit Permai sambil menikmati pemandangan Kuala Lumpur.. Tapi hampa.. "Ala, kita makan kat Taman Bukit Saga (rumah aku!)je la.. Nampak gak KL" Dan sudahnya, kami hanya makan di depan TV sebab ade football match.. Arsenal lawan ape ntah.. Huh! Bola lagi!!

Tuesday, March 25, 2008

Permata Hati

Entry from my old blog
Inilah "Kegembiraan" yang kami nanti-nantikan..

Kami sememangnya agak konservatif.. Kata orang tua-tua, jangan terlampau excited.. Berpegang pada kata-kata ini, kami tidak memaklumkan pada dunia tentang kehadiran permata hati ini.. Kami tidak mahu dunia tahu sebelum tiba masanya.. Hanya teman-teman yang rapat dan mereka-mereka yang melihat sahaja yang tahu.. Sehingga menyebabkan ada yang marah dan mengatakan kami tidak mahu berkongsi kegembiraan..

Bukan ini niat kami, sekadar merasakan ia terlalu awal.. Tunggulah sehingga detik kelahiran, bukankah ianya lebih manis..

Setelah ramai yang tahu (berita seperti ini memang mudah tersebar dari mulut ke mulut..), barulah saya membuat pengumuman.. (Ajah, bukey ko mum sore aku x oyak, blako2 aku x oyak.. Kalu ado hok tanyo baru aku ngaku.. Ampun Jah.. Tanyo Mc Jue kalu x cayo..)

Sebenarnya, kami sudah mendapat berita gembira ini sejak entry "Bila nak dapat baby??" ditulis lagi.. Tapi kami memutuskan untuk tidak berkongsi kerana tidak mahu dikata "over" dan terlebih-lebih..

Tapi kini saya lari dari prinsip saya sendiri.. Demi menghargai tiap2 detik yang ada bersamanya, saya memutuskan untuk memperkenalkan dia terlebih dahulu.. Bukan niat untuk membesar-besarkan cerita, tapi kerana saya punya alasan tersendiri..

Rayyan Ariff.. Nama ini miliknya.. Nama ini yang saya simpan sedari zaman universiti.. Nasib baik hubby hanya mengikut.. Rayyan adalah pintu syurga, dan Ariff kerana saya mahu dia jadi anak yang bijaksana..


Wajah Rayyan yang kami lihat lebih jelas dari gambar ini.. Tapi hanya ini yang kami ada (pada waktu ini).. Yang menegak itu tangan Rayyan.. Rambut dia agak lebat (rambut ayah kot).. Mata dia masih belum terbuka, yang terbuka hanya mulutnya.. (mungkin Rayyan sedang berkata-kata, byk cakap macam mama!).. Kalau lihat pada hidungnya, Rayyan mengambil hidung saya.. (Tapi masih awal, mungkin nanti boleh mancung macam ayah.. )

Sekian..
:-)

P/S - Aunty B, mama Rayyan sudah tunaikan janji.. Inilah Rayyan Ariff!!

Monday, March 24, 2008

Sesudah Gerimis

Entry from my old blog

Sekian lama menyepi kerana ingin mencari secepis ketenangan dan jawapan.. Alhamdulillah.. Saya sudah boleh berpijak di bumi yang nyata.. Penat saya mempersoalkan "Kenapa saya yang terpilih?".. "Sudah habiskah orang jahat di atas dunia ini?" Bukan hanya saya, salah seorang daripada MEREKA juga berkata "This thing is a very isolated case! It is very very very rare to happen.. I don't know why it should happen to such a nice person like you.." Kata NYA sambil menggeleng-gelengkan kepala tanda kekesalan.. (Ini kata NYA, bukan saya yang perasan..)

Kalau dia sbg orang luar boleh mempersoalkan, jangan salahkan saya bila saya juga mempersoalkan.. Dia hanya mata yang memandangkan, sedangkan saya bahu yang memikul.. Tapi kini saya mengerti, mungkin ini dugaan Allah untuk menguji kasih sayang kami.. Dan yang paling penting, Allah tidak melupakan kami.. Kerana itulah ujian ini datang.. Sbg tanda yang Dia mengingati kami.. Bukankah ujian itu datang kepada hambaNya yang mampu menerima?

Dan jangan salah anggap.. Saya menulis bukan untuk mencari simpati.. Jadi tidak perlu ditanya apa cerita di sebalik kesedihan ini.. Saya menulis sekadar ingin melepaskan rasa di hati.. Rasa yang tidak dapat dikongsi.. Kepada yang mengetahui, diamkan saja.. Kepada yang tidak tahu, ianya hanya satu kisah kehidupan.. Yang penting, jangan kami diadili dan dihakimi hanya kerana kisah ini..

Walau apa pun yang terjadi, saya tidak akan putus harapan.. Saya percaya pada keajaiban.. InsyaAllah tuhan akan bersama hambaNya yang sabar.. Andainya satu masa saya terpaksa melepaskan, saya tetap redha.. Mungkin hati saya akan pecah, jiwa saya akan luruh.. Tapi ini takdirNya.. Seandainya DIA tidak dapat berada bersama saya untuk seumur hidup saya, biarlah saya yang menemani DIA untuk seumur hidupnya.. Semoga kasih sayang yang ada akan terus utuh selamanya..


"Ku tak putus harapan.. Sedia setia..."

Thursday, March 13, 2008

Hari ini & semalam

Entry from my old blog

Dan semalam, masih berkisar pada topik2 yang sama seperti sebelumnya.. Hubby menyatakan kekecewaannya.. Mengapa harus mengalah? Soal hatiku.. Malas untuk kuzahirkan dengan perkataan..

Dan pagi ini, hubby menyatakan untuk melepaskan segalanya ke bahuku.. Bolehkah aku melaluinya berseorangan? Aku cuba memancing reaksinya dengan mengutarakan soalan-soalan yang kukira dia sendiri sudah tahu.. Sekilas pandang, kulihat dia merenung jauh.. Tapi bukan renungan kosong.. Mungkin dia mencari erti kebenaran kata-kata ku.. Sepanjang perjalanan, hanya radio yang bersuara..

Sebelum aku keluar dari kereta, tangannya ku salam dan cium seperti biasa.. Dan seperti rutinnya, dia kucup tanganku.. “Take care..” Katanya.. Ungkapan yang biasa tapi ada sedikit getar dihujung suaranya. Pandangannya tidak mungkin kulupa.. Redup matanya mempamerkan kerisauan.. Apapun, aku pohon supaya dia jangan mengalah!

Sebentar tadi, kuterima panggilan telefon darinya. Suaranya kali ini lebih jelas dan nyata.. Alhamdulillah.. Dia tidak lupa.. Alhamdulillah, kami masih berdiri seiringan.. Ya Allah.. Semoga ada sedikit cahaya di dalam kegelapan..



“Disaat waktu berhenti...kosong
Dimensi membutakan mata,memekakkan telinga
Lalu diri menjadi hampa
Saat paradigma dunia
tak lagi digunakan untuk menerka
Sadarku akan hadirmu,mematahkan sendi-sendi
yang biasanya tegak berdiri”

Wednesday, March 12, 2008

Seribu tahun

Entry from my old blog

Semalam, pabila kami dilayangkan dengan berita itu, aku mula tak keruan.. Hubby kulihat cuba mempamerkan reaksi setenang mungkin.. Sesekali bersuara tatkala wanita berjubah putih itu berkata sesuatu dan memandang ke arahnya..

Aku mula melontarkan pelbagai persoalan. Setiap jawapan yang diterima daripada wanita itu, menolak mentah2 andaian yang aku buat.. Tiada apa yang mampu aku buat selain daripada cuba meletakkan ‘kesalahan’ itu ke atas bahu aku dan hubby.. Wanita itu masih menolak dan cuba mengaitkannya dengan kuasa tuhan..

Aku masih keras. Cuba menunjukkan yang aku kuat untuk menghadapi semuanya.. tiada tangisan walaupun hati mula pecah.. terasa panas menyerbu ke muka.. Melihatkan keadaan aku yang begitu, wanita itu mula memberi perincian terhadap kemungkinan yang ada. Aku dan hubby hanya mendengar dengan tekun. Saat ini, kami hanya mampu menyerahkan segalanya pada Yang Maha Esa..

Kami masih bergurau senda seperti biasa selepas itu.. Hubby menyatakan kebimbangan dan kami tetap berlagak biasa.. Dari awal, hubby terlalu mengharap.. Aku mula rasa bersalah kerana tidak berperasaan begitu pada awalnya.. Walau pun DIA kutunggu, ada kala aku merasa tidak senang kerana takut pada perubahan yang akan DIA bawa..

Dan pagi ini, apa bila hubby membawa satu lagi perkhabaran, tugu ketabahan yang cuba aku pertahankan mula runtuh.. Selepas meletakkan gagang telefon, air mata mula berlari di pipiku.. Ya Allah, kuatkanlah hambaMu ini.. “Abang, apa sekali pun yang berlaku kita harus redha.. Doakan yang terbaik ok?” Inilah ayat yang aku bisikkan pada hubby..

Tapi aku sendiri tidak sekuat itu! Inilah yang aku takuti selama ini.. Pelbagai andaian dan perbandingan masih sarat dalam kepalaku.. Kawan2, bolehkah kalian doakan segala yang terbaik untuk kami?


“Kelip2 disangka api..
Kalau api, mana puntungnya?
Hilang ghaib disangka mati..
Kalau mati, mana kuburnya?”

Tuesday, March 11, 2008

Aku yang bersalah

Entry from my old blog

Saya tau saya ter'over'.. Saya tau saya yang salah.. Tapi saya terlampau ego untuk meminta maaf.. Mungkin kerana AWAK yang terlebih memanjakan saya.. Atau mungkin kerana situasi yang mencengkam.. Saya kesian dengan AWAK..

Saya sedih dengan apa yang saya buat.. Saya tak faham kenapa saya mesti terlebih garang dengan AWAK.. Saya tahu, AWAK tahu yang saya sayang AWAK.. Saya bukan sengaja nak layan AWAK macam ni.. Saya bukan nak kurang ajar, tapi saya tak boleh.. Saya tak boleh nak kawal diri saya.. Ada masa saya ok, ada masa saya over..

Saya suka AWAK yang memanjakan, saya suka AWAK yang melayan, saya suka AWAK yang mengikut.. Tapi AWAK bukan bodoh nak mengikut jer.. AWAK pun ade gak benda yang AWAK tak suka..

Tapi saya tak suka AWAK marah! Sebab saya akan lebih memberontak dan AWAK yang akan tanggung akibat.. Saya benci diri saya sebab layan AWAK macam ni! Saya benci keadaan yang buat KITA macam ni! Sebab saya nak kita selalu bahagia..

Saya tau AWAK takkan baca entry ni.. Tapi saya tetap nak mintak maaf.. Saya hanya boleh mintak maaf kat sini, saya tak mampu nak call AWAK n mintak maaf.. Saya tak mampu nak pick up bila AWAK call.. Saya EGO!! Saya tau, saya tak patut marah melampau.. AWAK bukannya buat salah ape pun.. Saya yang kacau AWAK so memang patut AWAK x layan saya.. Tapi saya xnak!!! AWAK kena gak layan saya.. Tak kira dlm ape jua keadaan!!

Saya tgh pikir, memang saya mengada-ngada ataupun pembawakan budak? Ntah la.. Saya x pasti.. Tp WAK, saya mintak maaf yea.. Lain kali AWAK jangan buat lagi.. Sebab saya memang tak pernah serik untuk marah..

Monday, March 10, 2008

PRU12

Entry from my old blog

Sumer org dok bising pasal PRU12.. Rakyat dh bersuara, pemimpin sedia ada dah tak terkata.. Pemimpin baru dah tak sabar nak merasa.. Kita tgk la macam mana..

Aku tak kisah pun sebenarnya.. Sape2 yang memerintah aku x kisah, janji nasib rakyat terbela..

Yang aku tak suka penyokong yang melebih-lebih ni ha.. Ape2 pasal pemimpin parti diorang sumer betul.. Xde yang salah, xde yang kurang.. Puji melangit.. Kalau dh sempurna sangat, bukan manusia la gamaknya.. Kita ni bukan maksum.. So, ape2 skalipun.. Jgn terlebih hokay??? :P

Sunday, March 9, 2008

Kicap Cap Tamin

Location: Restaurant Jay (LRT Corner), 6.30pm, Thursday..
.
F : Aku baca blog ko, nama ank ko RA ek?

Aku : Ia la.. macam yg aku plan dolu2 la.. Kalo laki Ra**** A***f, kalo pompuan R**** A*****a

F : Tp kan, ade kawan kita ni, nama anak dia cam nama kat botol kicap..

Aku : Nama ape weh?

F : Tanya la dia..

E : Zara.. Itu dulu la.. Skrg takde dah.. Ayah dia tak jadi..

Hubby : Ooo.. Zara.. Ingat Tamin tadi.. Mn la tau, kicap cap Tamin kan famous..

F : Hehehehe..

Aku : Ok gak tu.. Aku terpikir Kicap Kipas Udang dgn Kicap Cap Gajah jer tadi.. Hehehee..

E : Gilo ko…
.
P/S - Kalu hubby aku sebuk lagi GTi, mu sebuk Mona @ Aida.. Aku wi lesen.. Aku suko..

Wednesday, March 5, 2008

My Own Version of 'Cinta Kolesterol'

Entry from my old blog

Some times back, I have a very long chat with my ol’ closest x-uni-mate aka x-roommate aka x-kompang-mate aka x-everything-mate (lst time we used to do lots of things 2gether, berkepit cam belangkas.. nasib baik org x tuduh cat dinding- hehehe).. Kalau org tuduh pn we can still deny it since she’s totally not my type.. muahhaha… Sorry Rot @ Nurul Shahida Hj Ahmad.. I know, I’m not yours either..

Rot asked me to write something bout how I’ve gone from size XXL to size M.. Not bad huh? I’ve skipped 3 sizes.. Masa kat UPM, the highest I’ve touched is 75kg, n normal days would be 70kg.. x penah kurang.. No wonder some peoples were so amazed…

Actually I didn’t really plan for it to happen.. Suddenly I realized that my jeans is wayyy too big for me.. longgar giler.. Well, it all started like this: After I finished my study, I’m soooo much into capital market n investment thingy.. Without really knowing what’s inside, I’ve sent open applications to several stockbroking companies in Malaysia, specifically in KL n KB. 2 companies didn’t answer me.. SimeSecurities replied; sorry we got no vacancy for you! Although I felt a bit of disappointed, but their courtesy of replying is something that I really appreciate.. (Later I found out that Sime is closing down coz their broker license has been bought by another company, can’t remember the company’s name- no wonder xde keje 0).

I started my (so-called) career in capital market with AmInvestment Bank (formerly known as Arab-Malaysian).. It was my first serious job n I was in Share Margin Unit.. Since it is something that I really, really want to do, I am super happy at that point of time.. So, like any other fresh grads that have been given chance to work with a big company like this, I’m sooo high in spirit to prove that AmInvest didn’t hire me for nothing. I’ve just joined them and there’s lots of thing that I dnt know so I really need to work like hell.. At that time, if possible, I feel like I just want to inhale everything into my mind so I can be super pandai in a short period.

Seeing how hardworking I was (perasan lg ni…), my manager really likes me.. actually he was impressed since interview day lagi… Bila org suka, keje makin best la jd nya (AmInvest even counter offer ms aku nk blah..)

Keje punye keje, x kenal matahari dh time tu.. Left for work so early so that I can get to my lil’ cubicle as early as possible and start to do my things without even have time to read newspaper. Breakfast? It’s either fried mee, kuih2 or sandwich from gerai tepi jalan- turun monorail terus je beli..

Lunch? It’s either fruits or goreng pisang bought from level 7 and I ate it in front of my PC.. Kalau time xde keje byk, I’ll have lunch @ level 7, the weld or gerai blakang (nasi campur dgn mushroom dia best giler woo).. Dinner plak.. well, when you got home @ definitely more than 9pm with some homework from office, u just dnt even have time to think bout dinner. Tu tak kira dtg keje ari sabtu lg tu…

After 5.5 months living like this, I left AmInvest for SC.. Although the workload in the SC is not that less compared to Am, I still have time to breath here. With a bunch of friends that really know how to enjoy their life and eat well.. mmg makan je la kejenya.. DeCanter la.. Penang Village la.. Souled out la.. Tp masa ni dh ade feeling nk diet bcoz bila tgk berat dh turun, automatically excited la pulak..

I kept complaining that I’m fat.. I’ve gained weight etc.. Tp all of my frens here (in the SC) keep saying things like..
“ From: Norfarrelyn Hazwin Muhammad
Sent: Monday, January 15, 2007 10:11 AM
To: Wan Normajidah Wan Abd Aziz; Emey Shafina Abdul Khalik
Subject: RE: Gambo kat tepeng.. perfect pictures
Wan-ko tk gemuk la…comel jer aku tgk…”
~(di atas adalah sedutan email yg penah dihantar oleh aween… An old email, taken from gossip folder )~

Nad plak selalu ckp, come on gal, u r not fat.. this is what we call voluptuous. Tp rasanya sama je maksud dia.. tak kurus @ tak slim la tu… hehhehehe…

A few months b4 nk kawin, I started to go on crash diet. pagi makan btul2 (tp x sekali-kali amik nasi..). Tghari amik soup + fishball. Dinner makan biskut kering cicah milo. Tp every diet that I’ve started, it only last for 2 weeks, biasa la pompuan.. xtau la org lain, tp aku kalo nk period jer selera mkn berganda2.. ngengehngeh.. jd hancur la diet nyer.. but still, at that time, I’ve tried my best to restrain myself from taking nasi. Of course la.. mmg ada yg gagal punyer, especially my all time fav; nasi goreng kampung..

But now, haiyy.. There’s nothing left to say.. I’m sooo fat again! Cud it be water retention? Or it is just me? Huhuhu.. Lepas pantang kena diet nih!!!! But I guess the best thing about being pregnant is, it feels like I have a license to be fat.. Hehehehe..

Masa final sem kat UPM.. Semangat giler..



Green me.. MOF Treasure Hunt 2007