Ok, saya tahu isu ni cukup sensitif.. So ada disclaimer di sini.. *Sila baca dengan minda dan jiwa yang terbuka dan jangan judge sesuka hati yea..*
.
Saya memang failed breastfeed Rayyan Ariff suatu masa dulu di atas sebab-sebab yang pernah saya ceritakan di dalam entri-entri lama saya. Walaupun beria pumped every 3 hours to maintain milk production when he was in NICU, tp my journey of breastfeeding Rayyan Ariff tak pergi jauh pun..
.
Untuk Puteri Rifa macam mana pula? Honestly, I failed to exclusively breastfeed her as well.
.
Selepas beberapa jam dilahirkan, Puteri Rifa dibawa kepada saya untuk disusukan. Seperti yang saya ceritakan di dalam beberapa entri yang lalu, pengalaman melalui pembedahan kali ini adalah sangat-sangat menyakitkan. Dan kali pertama menyusukan Puteri Rifa, saya dibantu oleh jururawat sepenuhnya..
.
"Kita tengok dia pandai hisap ke tak.. Eh pandailahh.." Ceria sekali suara jururawat itu kerana dengan hanya sekali letak, Puteri Rifa terus sahaja menghisap dengan kuat. Dan kala itu, bermulalah perjalanan saya menyusukan sang puteri..
.
Dengan keperitan dan kesakitan pada luka pembedahan, sememangnya pada malam pertama kami bersama, saya meyusukan Puteri Rifa dalam seribu kepayahan..
.
Pada mulanya, hanya ada cecair jernih yang dikenali sebagai colostrum dan sang puteri masih menghisap dengan gagah. Setelah sehari berlalu, saya mila gusar kerana susu masih belum keluar dan pastinya sang puteri akan kelaparan. Mulalah saya bertanya-tanya kepada teman-teman dan jururawat di hospital. Menurut mereka, bayi mampu bertahan selama 48jam tanpa makanan sebaik dilahirkan. Makanya, colostrum itu sudah cukup untuk menjadi santapannya..
.
Namun malam kedua, saya mula merasakan tidak sampai hati kerana risau Puteri Rifa akan kelaparan dan meminta ibu saya memberikannya susu formula. Itulah kali pertama Puteri Rifa diberikan susu formula. Dan keesokan harinya iaitu hari ketiga, saya mula merasakan bengkak susu dan bermula dari situ, tiada lagi susu formula untuk sang puteri..
.
Menyesal? Memang ada rasa kesal kerna bertindak memberikan formula kepadanya hanya berdasarkan kebimbangan yang tidak bertepi. Namun setelah itu, Puteri Rifa hanya menyusu badan sahaja.. Di tambah pula bacaan jaundice yang agak tinggi, saya menyusukan Puteri Rifa dengan kerap dan hanya susu badan sahaja.. Dan syukurlah, berkat susu ibu, bacaan jaundice Puteri Rifa menurun dan dia tidak perlu dimasukkan ke wad.
.
Namun kerna terbiasa dengan susu formula untuk Rayyan Ariff, sekali lagi saya tewas dalam kegusaran. Bimbang benar rasa di hati kerna saya tidak tahu kuantiti susu yang masuk ke dalam badan Puteri Rifa berbanding Rayyan Ariff yang minum 60ml setiap 3 jam. Sering saya merasakan dia tidak cukup minum kerana dia hanya menyusu sekejap-sekejap sahaja. Sementelah pula, setiap kali di pam, maksimum hanya 2oz sahaja yang terhasill.. Maka makin yakinlah saya bahawa susu badan saya tidak banyak.. Tetapi kali ini saya tidak memberikan formula kepada Puteri Rifa kerana dihalang oleh ibu saya.
.
Itu tidak termasuk dengan episod puting yang luka kerana hisapan sang puteri yang terlalu kuat. Mujur ada krim Bephanthen!
.
Selain itu, saya juga merasakan badan Puteri Rifa juga seakan semakin susut. Namun ibu dan teman-teman saya meyakinkan saya bahawa saya tidak perlu khuatir. Andainya dia kelaparan, tidak mungkin dia tidur lena.. 20 hari usianya, Puteri Rifa ditimbang dan beratnya ialah 3.6kg. Dengan berat lahir sebanyak 2,9kg, tentu sahaja kenaikan itu menggembirakan saya dan saya mula menerima bahawa susu saya cukup untuknya..
.
Namun episod memberikan susu formula tidak terhenti di situ. Seperti yang saya nyatakan di dalam Entri Pada Saat Kita Diberikan Kesakitan, saya diserang migrain dan tension headache sewaktu di dalam pantang. Natijahnya, saya tidak mampu bangun untuk tempoh 3 hari! 3 hari yang dahsyat.. Hanya berbaring sahaja.. Kepala bagaikan mahu meletup setiap kali saya cuba bangun.
.
Makan minum sendiri pun ke laut, apa lagi mahu menjaga seorang anak kecil. Mujur ada ibu saya. Untuk menyusu sambil berbaring / mengiring adalah sesuatu yang sukar kerana masih ada rasa pedih pada luka pembedahan.. Untuk tempoh 3 hari itu, beberapa kali Puteri Rifa diberikan susu formula.. Hanya pada waktu yang benar-benar bisa sahaja saya gagahkan diri untuk bangun dan menyusukan..
.
Setelah melalui pengalaman itu, saya mula mengepam dan membuat stok untuk kegunaan waktu kecemasan.. Sementelah pula, waktu itu, pam elektrik yang saya beli dari Izzah baru sahaja sampai..
.
Dalam tempoh kurang 15 hari dari sekarang, saya akan kembali bekerja.. Jumlah susu di dalam simpanan saya hanyalah 90oz sahaja.. Jumlah yang sangat sedikit dan saya tahu saya perlu bekerja lebih untuk membuat stok dan tidak boleh malas-malas lagi..
.
Melalui pengalaman ini, saya akur bahawa pemberian susu ibu adalah tergantung kepada rezeki anak itu sendiri.. Semuanya sudah tertulis.. Berjuta kesungguhan yang kita berikan sekalipun, andai sudah tersurat bahawa bukan rezeki anak itu, apalah daya kita.. Jadi tiada istilah ibu yang memberikan susu lembu kepada anaknya adalah ibu yang tidak baik..
.
Dan saya bersyukur, sesekali, kakak sepupu saya akan bertanya dan mengingatkan saya tentang penyusuan susu ibu.. Walaupun dengan hanya soalan sependek, "Enjoy breasfeed?" Itu sudah cukup untuk mengingatkan saya tentang tanggungjawab saya kepada Puteri Rifa.
.
Selagi termampu, saya akan memberikan Puteri Rifa susu ibu.. Namun seandainya perjalanan ini tidak panjang, saya tetap redha kerana semuanya adalah ketentuan rezeki. No preassure yea!! :-)
.