Showing posts with label Wedding-Abe. Show all posts
Showing posts with label Wedding-Abe. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

Selamat hari ayah~ Selamat hari abah~ Selamat untuk atuk.. :P

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, abang saya kini sudah bergelar suami orang..
Moga cepat dikurniakan zuriat buat menemani Rayyan Ariff.. =)
.Will update about this later!
.
Memandangkan hari ini adalah hari bapa, maka saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa.. =)
.
Kerana majlis perkahwinan abang saya, abah dan mommy berada di rumah kami sedari hari khamis lagi. Bapa dan ibu mertua saya pula tiba pada hari jumaat untuk bersama-sama memeriahkan majlis.
.
Sepanjang tempoh itu? Owh, manja Rayyan Ariff adalah berlebih-lebih.. :P
.
Saya sempat memaklumkan kepada abah tentang hasil perbualan saya dengan Sarjit, physiotherapist Rayyan Ariff tempoh hari.. Berkali-kali abah memberitahu saya bahawa Rayyan Ariff akan mendapat lebih perhatian sekiranya bersama dia di kampung. Abah juga dengan penuh yakin berkata, sekiranya Rayyan Ariff bersamanya, mungkin saat ini dia sudah bisa berjalan sendiri..
.
Saya cuma tersenyum. Manakan mampu saya berpisah dengan Rayyan Ariff. Cukuplah. Susah senang biarlah dia di hadapan saya..
.
Lagipun, sepanjang abah berada di sini, tahap mengada-ngada Rayyan ARiff meningkat. Sebaik saya mengenakan hearing aid pada telinganya, dia menangis menagih simpati. Sudahnya abah bersuara, "Dia taknak tu.. Janganlah paksa, bukannya takde hari esok.."
.
Masalahnya, esok pun sama. Bila Rayyan Ariff menangis, saya juga yang kena.. Begitu juga dengan sesi fisioterapi. "Sudah-sudahlah tu.. Dia taknak janganlah paksa.." Inilah ayatnya kepada saya dan adik saya sewaktu kami mahu 'memaksanya' merangkak..
.
Hmmm.. Lagak abah sama seperti hubby.. Terlalu lemah dengan tangisan Rayyan Ariff.. Saya sama sekali tidak rasa Rayyan Ariff cocok berada di kampung.. =)
.Rayyan & Atuk KB..
.
P/s - Jiji, I feel you! Patutla ko kata Anis manja semacam ngan nenek dia.. :P
Peace!