Showing posts with label Seizures. Show all posts
Showing posts with label Seizures. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Post-seizures effect. Kesan selepas sawan.

Lama kot sawan Rayyan Ariff hari tu kan, from 1230pm to 430pm. So post seizures effect mesti teruk la jugak aku agak. The first time dia dapat bangun and walked freely was on Monday sbb dah off drip bagai kan. The first thing  yang dia cuba buat was bangun dan berjalan. Masa dia tried to take step, dia macam layang-layang putus tali gittew (ewah!), instead of ke depan, dia bergerak ke belakang and jatuh. Memang kesianlah tengok.
 
So yang jelasnya, balancing dia dah out disebabkan sawan tu. Takpe nak, mak ko tabah lagi. Kita tengok lagi apa yang hilang.
 
Since minggu tu cuti sekolah, aku decided untuk bawak budak2 ni keluar hari khamis, 18 September tu. Amik cuti half a day sebab bilangan hari cuti tahunan dah nazak benar kan. Pegi Kid'z Paradise kat the Mines tu je pun sebab aku ingat, the last time I brought the kids there, they were having lots of fun. Memang enjoy gila. Tapi on that Thursday, this was what we got:-
 
3 gambar kat bawah adalah gambar lama, happy gila kan? Siap buat "peace" bagai bila orang nak amik gambar dia.. Tried semua jenis toys yang ada kat situ. Gambar 3 yang atas adalah dia yang selepas sawan. Refused to try anything, menangis bila tengok mainan bergerak-gerak, menangis bila nampak budak-budak meloncat bagai dan memang nak duduk setepek je dengan mak dia ni.
 
Masa tu aku tau, yang sensory integration issues dia dah keluar balik. Tak boleh duduk kat tempat bising and tak boleh nak adapt dengan changes. Ko bayang apa aku rasa masa tu? Aku rasa penat. Aku terbayang-bayang usaha aku keluar pukul 530am hantar budak ni gi stimulaterapi then sampai rumah pukul 8.00pm. Total hours on the road je dah 5 jam sehari from Ampang-Port Klang-Damansara-Port Klang-Ampang campur tolak distance and traffic bagai. Bukan sehari dua, dari bulan April 2013 sampai Mac 2014 kami went for instensive stimulatherapy. Korang bayanglah duit dan tenaga yang dah mengalir keluar. Fikirkan balik, aku pun tatau macamana aku boleh pushed diri buat semua tu sorang-sorang. Allah SWT duga aku sebab aku sanggup le tu kot kan?
 
Tapi bila aku tengok balik sensory and balancing issues nih, aku rasa letih gila. Aku tahu tuhan masih nak menguji. Bila dia nak bagi, bila dia nak ambik balik, semua hak dia. Cuma terdiam jugaklah bila fikir possibility kena hadap balik intensive stimulatherapy.
 
Then kebetulan, the Singaporean therapist yang introduced me to Young Living Essential Oils tu ada datang KL for a course. Aku mintak dia tengok Rayyan Ariff and bagitau apa yang perlu buat. So dia ajarlah essential oils yang mana kena lebihkan and I did. Tekunlah aku di situ.
 
And apa yang aku boleh cakap, as of now, Alhamdulillah Rayyan Ariff is 75-80% back to his usual self. Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam.

Masa ni member tak berapa nak gagah lagi. Tanak jalan sangat etc. Ni family day office aku kat I-City. Bawak dia kejap, masuk Snow Walk tak sampai 10min, amik gambar then keluar. Mintak adik aku yang kat Shah Alam datang bawak dia n mak aku balik umah dia dulu. Habis ber family day dgn Rifa kang aku gi umah dia amik. Gitulah lebih kurang sebab mak aku pun tak berapa sihat.
 
Sekarang ni Rayyan Ariff punya melasak memang bukan main penuh rumah. Syukur Ya Allah. Insafkan? Bila ko serah 100% kat Dia, tak pernah lupa Dia memberi. Alhamdulillah.
 
P/s - BTW, ni latest testimonial yang aku dapat on YLEO. Kalau sesiapa berminat nak come for a free talk on YLEO (9.10.12 @ TTDI @ 8.30pm), do let me know through whatsapp 0129847535. Introductory talk on what is YLEO and testimonials from other mothers. TQ

Essential Oils ni bukan ubat. Minyak aromaterapi therapeutic grade.
 
 

Tuesday, September 23, 2014

Serangan sawan dan Young Living Essential Oils

Hari Sabtu 13 September 2014 memang bersejarah sungguh. Selepas setahun 2 bulan bebas ubat dan serangan sawan, Rayyan Ariff terduga sekali lagi. Sawan ni besar kot. Fungsi otak boleh rosak and functionality boleh terjejas. So jangan la sekali-kali ambik mudah.
 
Aku pulak kebetulannya kerja on that day, so aku taktau what had actually happened. Mengikut cerita deme-deme yang ada kat rumah, he was OK in the morning. Tiba-tiba dia gi baring, tido and kena sawan. Kalau betul kronologi dia gitu, maknanya sawan dia datang balik. So memang berpotensi nak kena makan ubat sawan balik la ni.. At the same time masa aku sampai rumah tu, badan dia panas. Kalaulah kata dia sawan sebab suhu badan yang terlampau panas untuk dia, so sawan sebab demam takyah la makan ubat sawan all the time balik.
 
1230pm. Gambar first yang laki aku whatsapp dengan caption, "Rayyan tetiba tak aktif, baring n letak muka kat tangan. Nak buat apa?"
 
Nape yang aku ribut sangat bab ubat ni? Bukan apa, ubat ni biasanya fast healing tapi ada side effect bila ko dah ambik terlalu lama. Aku tak gugel pun carik fakta saintifik ke apa pasal keburukan drugs in medicine ni. Aku cuma tengok sendiri depan mata. Rayyan Ariff tu dari baby sampai ke sekarang, banyak dah dadah masuk dalam badan. Macam-macam ubat bagi, macam-macam ubat makan. Sedih tak sedih anak aku tu.
 
Masa aku went for intensive stimulatherapy dulu, it took months and months for the therapist to fix Rayyan Ariff's nerves and internal organs. According to the therapist, banyak yang dah rosak that's why dia mudah sakit. That's why almost every month demam selsema, masuk ward sana sini, sawan apa bagai. Yang effect paling kesian pada aku ialah, bila ko amik anticonvulsant medication aka ubat sawan ni, aktiviti otak macam slow sket (untuk Rayyan Ariff la, orang len aku tatau). Maybe sebab dia kawal otak tanak bagi overexcited. Kalo over excited, nanti berlebih caj elektrik tu yang jadi sawan gamaknya. Hekhek.
 
Paling nampak, bila ko panggil dia, dia akan blur tatau nak respon. Lepas 4-5 saat baru dia respon. Gitulah dia masa dok makan ubat sawan dulu. Lepas tak makan ubat, therapist kat spital pun cakap very cooperative budak ni. Attention span pun improved. Alhamdulillah sangat-sangat.
 
Tu yang bila kata dia kena sawan tu, aku dah cuak dah. Terbayang-bayang usaha aku kat budak ni. Rasa macam semua hilang dalam sekelip mata. Down sangat time tu. Tapi aku tahu, sakit ke sihat bukan hak aku. Kalau tuhan masih nak menguji apalah daya aku..
 
Aku sampai umah dalam 2.45pm, almost 3pm jugaklah. Masuk rumah terus terpa Rayyan Ariff. Si adik dia datang sebelah aku n bagitau "Momma, Bang Ian sakit. Kasihan Bang Ian. Muntah.." Memang kiutlah muka penuh simpati dia tuh. Tapi sebab aku pun dah kelam kelibut, aku cuma iyakan je lah. Time tu aku terus jerit kat laki aku, "Amik barang-barang kita gi SJMC. Teruk sangat dah budak ni.." Sambil tu aku angkat Rayyan Ariff bawak keluar.
 
Elok aku dalam kereta, aku perasan yang tangan Rayyan Ariff dah biru. Aku tengok muka dia, bibir pun dah biru. Mata hitam dah membesar almost tutup mata putih dan pandang satu arah je. Then dia paused breathing. Apa lagi, terjerit-jeritlah aku panggil bapaknya. Nampak aku cam orang gila dalam kete, terus pakgad gi ketuk pintu rumah. Datang la bapaknya dengan beg baju Rayyan Ariff dua tiga ketul. Hekhek. ~Pengajaran, next time kena sokmo ada pre-packed bag untuk anak-anak bilamana spital ko jauh!
 
Laki aku masuk je kete aku cakap kat dia, tak sempat nak gi SJMC, gi spital Ampang je. That's the beauty of living very near to the hospital kan? Depan mata je. Within few minutes Rayyan Ariff dah ada kat Red Zone in Hospital Ampang. Alhamdulillah, they were quite fast.

Dia.
 
Pukul 3pm kami sampai, suhu Rayyan Ariff around 3.93deg. Dr terus masuk supp voltaren and supp valium. Lama tunggu, tak jalan jugak. Aku apply Frankincense Young Living Essential Oil kat ubun-ubun pun tak jalan. Serius aku pun buntu. Taktau nak buat apa. Then aku teringat, yang Kak Ija the Stimulatherapist penah cakap yang sawan Rayyan Ariff ni sebab tak cukup oksigen ke otak. Aku pun cuba stimula dia. Tak jalan jugak. Aku syak skill stimula aku dah kureng sebab aku sendiri dah lama tak bawak dia gi stimula since bapak dia dok bawak ni. Kalau aku pergi, memang aku tengok2 n belajar. Kot bapaknya yang bawak, setakat jadi driver je lah. Sampai je passed kat therapist kekdahnya.
 
Dr pun dah masuk IV Dilantin since Rayyan Ariff dok sawan lagi. Dalam kalut tu aku teringat yang the Singaporean therapist tu penah cakap yang 2 of the oils that she prescribed for Rayyan can help to oxygenate the brain. So aku suruh laki aku balik ambik Vetiver and Brain Power Young Living Essential Oils. Tak lama tu laki aku sampai. Bila dah dapat, aku sapu kat ubun-ubun, kat tepi kepala n kat ibu jari kaki (ikut reflexsologi vitaflex method, this area represent the brain). Then aku keluar for a while, making phone calls and answering text messages sebab kat dalam tu takde line.
 
15min kemudian aku masuk. Alhamdulillah sawan dah berhenti dan dia pun dah mula sedar. First thing yang dia mintak dengan aku ialah handphone! Masa ni aku tau anak aku dah OK sebab dia mintak henpon ko! Mende feveret dia. Hekhek. Laki aku dah excited and antar mesej kat adik-beradik semua. Dah tu dia cakap, belilah awak nak beli berapa banyak EO tu.. Nanti kita share duit. Kahhhhhh.. Iyealah, menda mahal ingat senang ke nak dapat restu.
 
Since Rayyan Ariff dah stable, aku mintak dengan the Dr untuk AOR. Kata nak bawak gi SJMC. Aku explained la elok2.. Bukan aku pandang rendah spital Ampang ke apa. Tapi sebab rekod Rayyan Ariff memang kat situ bab2 sawan ni. We have seen the same neurologist since he was 10 months old kan.. Kalo bertukar tangan takut banyak pulak pelarasan nak kena buat. Dr.tu OK aje la. Dia agreeable je.
 
Nak ke SJMC pun satu isu jugak. Sebab diorang takde critical bed, so depa macam tak berani nak terima. Takut kang Rayyan Ariff collapse lagi, depa kena transfer ke hospital lain. Jenuh aku argue. Siap cakap dengan konfidennya yang aku rasa budak ni takkan collapse. Tadi tu jadi cenggitu sebab he was left untreated. Gila kau, pukul 1230pm membawak ke aku sampai umah kul 245pm, tak ke lama tu?
 
Masa tu aku banyak2 kali dok zikir Laillahaillaanta Subhanaka Inni Kuntuminazzholimin. Iye lah, kang tak dapat gi SJMC mana plak kami nak merempat? Alhamdulillah, siap dapat bilik single laki ko! Even before that kata takde critical bed, ada double bedded room jer.. So kesimpulannya, ko serahlah 100% kat Allah SWT. Rindu 200% ke apa tolak tepi.. Pegang tuhan tu ketat-ketat. Ewahhh Ustazah Bahiyah.
 
By the time sampai kat SJMC, Ian demam lagi. So masuk sekali lagi supp masa kat Emergency. Settled semua masuk wad, dalam pukul 11pm kot time tu. Dapat jugak single room tu sebab the nurse tengok Rayyan Ariff was grasping for air. Anak aku ni kan takleh terlebih aircond. Kot share bilik dengan orang, takkan sesenang nak off aircond. Kang depa biar jugak budak ni dok dalam aircond kuat-kuat, mau tak bernafas depa jugak yang susah dop? Ian kan pernah ada kes adenoid and tonsil enlargement. So dalam keadaaan camni la depa tak segan silu nak keluar.
 
Sebab rekod Ian ni tak berapa nak cantik bab-bab demam ni (otak dia ada problem nak regulate body temperature. So anytime bleh shoot up high), nurses datang check on him every 2 hours. Memang tak mendapatlah nak tido lena bagai. Dah la siangnya tu kan aku keje. Kuar umah pukul 730am lagi. Penat tak penat, korang nilai la sendiri. Alhamdulillah jugak Dr. Sofiah datang jenguk malam tu. Pukul 1230am. Aku ingat tak datang dah sebab nurse kata esok baru dia ada. Malam tu Dr.lain on call.
 
Dr Sofiah tanya, dia sawan sebab demam ke or dia demam sebab sawan? Sebab demam jugak boleh jadi post seizures effect. Aku kata aku tatau sebab aku takde kat rumah. Based on cerita maid, dia tak demam tapi masa aku sampai kat umah, badan dia panas. Tu yang aku bitau Dr. Yang bagusnya Dr. Sofiah ni, dia tak melulu nak bagi ubat sawan. Kata dia kita observe dulu condition dia cemana. Kalau seminggu dua ni sawan dia datang, no choice la mommy. Kena consider jugak on ubat balik. Memang la sayang alertness dia, tapi kalau dibiarkan, sawan can take more than that. Sekali masa Dr dok tengok tu, Ian buat terkebil-kebil mata dia. Dr pun kata, that could also be a sawan. Kita buat EEG test on Monday. Kalau komfem sawan, kena la bagi ubat. Kata Dr.

Buat blood test, urine test segala test bagai.. Sawan-sawan jugak, makan lalu jugak dop?
 
Ko bayanglah cemana cuaknya aku time tu. Aku rasa 'penat' sangat. Terbayang-bayang keluar rumah pukul 530am bawak anak gi stimula dulu kala. Penat gila. Aku cuma mintak tuhan sabarkan lagi hati aku time tu. Malam tu aku tido 4 jam je in total. Selebihnya aku dok pulun sapu YLEO kat Rayyan Ariff. Aku googled cara terbaik untuk apply Brain Power YLEO and I did the same. Itulah hakikat, kita ni kena belajar dan belajar sebenarnya kan?
 
So came Monday, buatlah EEG nya.

My little warrior. Kuat budak ni.
 
Sepanjang EEG berlangsung. Macam-macam doa aku baca. Aku tamau dia kena on ubat sawan lagi. Aku memang tamau sebab aku tau, kalau terpaksa memang aku akan bagi jugak. Sebelum pergi EEG pun aku dok jadi tabib cina dengan beg minyak aromaterapi aku tuh.
 
Alhamdulillah, Allah rahman, Allah rahim.. Takde sawan detected sepanjang EEG. So meaning, dia memang takde sawan. Mungkin the attack was from the fever. Tak dapat lagi full report tapi aku memang lega gila. And the fever plak mungkin viral fever tu yang Dr on antibiotik; rocephine. Tu jugak yang the YLEO therapist dok suspect masa aku kata Frankincense tak jalan, sbb brain power YLEO tu ada a few campuran termasuk Frankincense and Melissa. Melissa YLEO tu utk overcome jangkitan etc. So mungkinlah. Nanti dah dapat full report on 29.9.14 ni, aku share lagi. Kebetulan Dr. Sofiah takde from Monday (cuti sekolah kan), tu yang lama nak dapat report tuh. Tidak kalu, on the spot biasanya.
 
Rayyan got discharged on Monday itself. Kitorang mintak keluar dah nama pun Dr. Sofiah takde. Lagipun esoknya cuti hari Malaysia. Bolehlah aku plak nak recover from kepenatan melampau.
 
Honestly, aku cuma penah tried Pan Away and Deep Relief YLEO je untuk diri sendiri. Tu pun sebab on 16.9.2014, aku sakit kepala yang amat. Tak cukup tido kan. So nak taknak aku apply la jugak. Aku sayang nak apply kat diri sendiri sebab benda mahal. Kang dok berebut dengan anak plak. Apa hal?? Alhamdulillah 3 jam lepas aku apply tu hilang sakit kepala. Biasanya kalau aku sakit kepala gitu, aku kena amik ponstan n tido untuk dua tiga jam baru OK. Ni elok pulak dia hilang. Mula tu aku tried Pan Away tapi tak jalan. Tu yang aku tuka ke Deep Relief.

Texts between aku dengan Kak Ija from Pusat Kesihatan Stimulaterapi Al-Muqmin. Terima kasih sudi ambik berat and tanya khabar.
 
One thing for sure, EO ni banyak flavor, banyak mixture. Apa yang rasi dengan ko mungkin tak rasi dengan aku. Dan sebaliknya. Gitulah ceritanya. Apa-apa ubat pun sama kan? Trial and error. Sebab tu aku tak suka agressive selling. Sebab benda baik untuk aku, belum tentu baik untuk ko. Infact, pada aku, apa2 jenis treatment yang kita try is a gamble. Sama jugak masa aku decided nak try stimulaterapi. Dalam kete on the way nak ke Port Klang masa tu, siap gaduh lagi laki bini "Apa-apa jadi kat Rayyan awak tanggung." Kekdahhhh..
 
That's why apa yang aku buat; aku cuma share real life testimonial. Testimonial aku sendiri. Sebab bila aku share and another user tried and is happy with the outcome, aku pun sama happy. Berlebih lagi daripada happy. Rasa macam berguna pada masyarakat.. Hahaha.. Drama tak??

Rayyan Ariff last night. Tengok aku tangkap dia buat apa? Hahaha.. Cheeky tak? Alhamdulillah dia bleh register the "application of lipstick without being taught".. Ini benda besar for him tau. Alertness dia improved kan??
 
Alhamdulillah Rayyan Ariff is recovering from the post seizures effect. Nanti aku cerita pasal effect tu later. Syukur sangat-sangat kan?
 
Guys, if you want to know more about the oils and want to learn on the best way to apply it, there will be a free talk on 9 Oct 2014. The talk will be organised by the otai-otai lah. The therapists and mothers that have been using the oils for quite some times. Tempat belum komfem but maybe in KL area la.. Sebab the opening ceremony of YL Malaysia will be in KL Convention Centre. Sesiapa interested to come can email me at freaky_gurlz@yahoo.com or whatsapp at +60129847535.
 
Tak semestinya untuk berbisnes, you can come and learn even as a user. Aku sangat encourage. Grab the chance while its free. Aku pun excited nak pergi sebab all these while, aku belajar through whatsapp dgn the therapists je.. Lebih sket, aku googled and belajar ikut youtube. Hekhek.

Saturday, August 18, 2012

Lebaran yang dinanti..

Laman ini terbiar sepi dek penangan kesibukan yang berpanjangan..

Seperti dinyatakan di dalam entri terdahulu, Rayyan Ariff sudah sedari awal dihantar pulang ke kampung. Dari hari Selasa Rayyan Ariff dihantar pulang ke hari Rabu yang mana saya dijadualkan pulang, jaraknya adalah selama 8 hari. Mungkin tidak terbiasa berpisah selama itu, Rayyan Ariff diserang demam yang teruk. 

Ada waktu, suhu badannya mencecah sehingga 39.9. Bibirnya kemerahan tanda dalaman badan yang panas. Lantas, hujung minggu yang lalu, saya terus sahaja pulang ke kampung menaiki pesawat. Pulang hari Sabtu dan kembali pada hari Ahad. Hanya berdua bersama Rifa Aleesya. 

Hari Isnin dan Selasa, ke pejabat seperti biasa. Selasa malam, pulang dari pejabat jam 9pm, tiba di rumah, mandi, bersiap, terus sahaja bergerak ke kampung bersama Rifa Aleesya dan adik lelaki saya. Hubby hanya pulang selepas kerja pada hari Jumaat semalam. Tidak dapat bercuti awal..

Dari hari selasa 14hb, saya sudah di kampung. Cuti awal yang tidak dirancang. Semuanya kerana keadaan kesihatan Rayyan Ariff.. Sisa cuti untuk tahun ini hanyalah 2 hari sahaja. Kasihan kan?

Apa khabar Rayyan Ariff? Demamnya sudah kebah.. Namun selera makan belum kembali. Susu juga ditolak mentah-mentah. Selsema pekat likat masih ada. Sawan masih menjenguk, belum juga mahu hilang sepenuhnya. Acap kali, muscle twitching menjengah. Ada waktu, sehingga terteleng-teleng kepalanya. Menurut doktor, pergerakan otot diluar kawal itu mungkin juga kesan daripada pengambilan ubat-ubatan yang banyak.

Kasihan. Namun ini takdir Allah yang kita tidakkan bisa melawan. Andai ini kifarah, InsyaAllah hati akan terus redha menerima. Tahun 2012 menyaksikan kesakitan berpanjangan buat anak ini. Benar-benar sihat hanya untuk 1 bulan sahaja pada bulan lepas.. Walaupun sudah diberi flu vaccine, masih belum serasi mungkin. Sudah pelbagai supplement yang kami cuba, mungkin Dia masih belum mahu menemukan kami dengan penawar yang sewajarnya..

Kebelakangan ini, kawalan keseimbangan badan Rayyan Ariff makin merosot. Tatkala berjalan, kakinya sewenang-wenang sahaja kaku. Pegun. Saya tidak tahu penyebabnya. Sudah diperiksa andai ada terseliuh ataupun patah, tiada. Namun saya tahu, pasti ada yang tidak kena apabila anak yang aktif ini memilih untuk merangkak dan didukung sahaja. Tiada lagi langkahan yang kemas. Tiada.

Sudah jauh kita berjalan di atas landasan takdir ini, semoga urusan kita akan terus dipermudahkanNya.. Aminnnn..

Semoga kami temukan jawapan, penyebab dan penawar untuk setiap kesakitan yang datang. InsyaAllah..

Sebelum berundur, salam lebaran buat semua. Maaf zahir dan batin..

P/s - Semoga anak bujang mama yang segak bersampin akan tegap melangkah menjelang tibanya syawal.. Aminnn... =)

Saturday, January 15, 2011

Entri beremosi yang tidak punya hala tuju..

Hari ini merupakan satu hari yang boleh dikategorikan sebagai, "Just another busy day".. Hari kami bermula seawal jam 900am iaitu bertemujanji dengan Ms. Tey untuk sesi terapi pertuturan Rayyan Ariff. Sesi kali ini tidak begitu memberangsangkan. Tumpuan Rayyan Ariff agak kurang dan paling nyata, kerjasama yang diberikan juga kurang.
.
Pada sesi yang sama juga, kami dapat melihat dengan jelas bahawa 'Encik Sawan' datang menjenguk seketika, dengan selang masa yang tidak jauh. Dan Rayyan Ariff pastinya terganggu dengan serangan itu walaupun ianya hanya untuk beberapa saat. 
.
"No wonder he's loosing his attention. His response is also slower than before.. Fits is definitely not good for learning. I think, as he grow older, he tends to use his brain more which caused tense to it. So that could be why he got the attack.."
.
Apa lagi yang mampu saya katakan? Bersama Rayyan Ariff bagaikan berjalan di atas roda. Seketika di bawah dan seketika di atas. Melihat kepada episod kesakitan yang lalu, pada dasarnya, Rayyan Ariff akan 'kehilangan' kemahirannya seketika dan kami perlu berusaha lebih keras untuk mengembalikannya semula. Itu pun, setelah serangan sawan bisa dikawal. 
.
Kalau dirujukkan perkara ini kepada doktor, pasti sahaja dos ubat-ubatan Rayyan Ariff akan dinaikkan. Mungkin kali ini saya perlu berubah cara dan tidak hanya bergantung pada dadah clonazepam dan epilim semata-mata.. Berani untuk mengambil risiko dan beralih kepada rawatan alternatif. Mungkin..
.
Dan entah dimana silapnya, hari ini juga dipenuhi dengan laungan tangis dan amukan Rayyan Ariff. Sedari dia membuka mata sehinggalah dia tidur. Sungguh tahap kesabaran saya teruji. Alangkah indahnya jika dia mampu menzahirkan apakah yang tidak kena pada dirinya!
.
Anak yang tertidur setelah penat mengamuk!
Selesai sahaja sesi terapi pertuturan, kami bergegas ke Brickfield untuk menghantar hearing aid Rayyan Ariff yang tidak pernah diservis semenjak dari hari pertama kami membelinya. Dan di sana, kami juga membuat acuan telinga baru buat Rayyan Ariff kerna acuan yang lama sudah semaking longgar dan menyebabkan hearing aid itu mengeluarkan bunyi yang bingit. Ditambah dengan 3 paket bateri, jumlah yang perlu dibayar hanya membuatkan mamanya ini tersenyum. Tidak mengapalah, simpan sahaja resit untuk tuntutan cukai nanti.. =)
.
Prosedur membuat acuan mengundang lebih amukan pada Rayyan Ariff!
Untuk seketika, kami setia menunggu alat itu diservis. Mujurlah tidak melebihi 3 jam seperti mana yang dijanjikan oleh mereka. Sewaktu menunggu, Rayyan Ariff menghabiskan sebotol susu sambil matanya semakin layu kerna tidur yang terganggu.
.
Budak tak cukup tidur!
Seterusnya, kami ke Keramat untuk makan tengahari dan terus pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, sebotol lagi susu untuk Rayyan Ariff dan dia terlena dari jam 1pm hinggalah 3pm tanpa menjamah nasi tengahari. Bangun sahaja dari tidur, Rayyan Ariff kami mandikan dan disuap makanan seterusnya bersiap-siap untuk ke SDMC sekali lagi.
.
Sudah beberapa minggu kami tidak bertemu Auntie Sarjit dan pertemuan ini mengundang banyak cerita untuk dikongsi. Dan seperti Ms Tey, Sarjit juga menyatakan ketidaksetujuannya dengan keputusan kami menghantar Rayyan Ariff ke sekolah untuk anak-anak istimewa..
.
"He's one of the best H baby that I've ever seen.. It will be such a waste for him to be there.." Dan saya hanya mampu mengangguk tatkala mendengar kata-kata Sarjit.
.
One singing baby.. =)

'Anak manja' Auntie Sarjit!
Dan bersama Auntie Sarjit, beberapa kali lagi Rayyan Ariff mendapat serangan seizures.. Fully and partly awake. Hmm.. Nampaknya kami perlu memasuki medan perjuangan yang sama sekali lagi.. *sigh*
.
Itulah cerita hari yang penuh emosi saya. Penat, mahu tidur.. Moga hari esok datang bersama satu semangat yang baru.. InsyaAllah..
.
Selamat malam.

Friday, October 1, 2010

Mencari dan berusaha untuk memberi yang terbaik..

Masih lagi belum berkesempatan berbincang secara terperinci tentang hasil keputusan ujian EEG semalam. Perbandingan masih belum dilakukan dengan keputusan ujian lebih setahun yang lalu.. Namun secara keseluruhan, Dr.Sofiah meletakkan kesakitan demi kesakitan yang menyerang Rayyan Ariff sebelum ini adalah seizures atau pun sawan.. 
.
"Err.. Rubbing nose, eyes, toleh-toleh kepala pun sawan ke doctor?"
"There are many type of seizures. Being different, we need to expect the difference la.. Tak semestinya normal type of jerking tu.. I rasa memang sawan. I takleh nak kata confirm sebab masa kita buat EEG semalam tak jadi pun.. Kalau jadi masa EEG tu, memang la dapat confirm sawan ke tidak. You tak record last night attack?"
"Record. Tapi handphone I takde bateri la pulak nk tunjukk.. Semalam, mama Zidane kata memang yea.. Sebab lepas jadi jer, he'll fall into deep sleep.."
"Haa tau pun.. Banyak belajar dengan Mama Zidane. She's very good at this.." Kata Dr.Sofiah sambil merujuk kepada ibu pesakit di katil bersebelahan..
.
Keadaan Rayyan Ariff? Masih belum pulih sepenuhnya. Serangan itu masih lagi mengganggu.. dan banyak waktu, matanya kelihatan sukar untuk dibuka. Badannya bagaikan lemah dan kurang keseimbangan. Namun selayaknya seorang anak kecil, dia cuba melasak setiap kalinya dia rasakan boleh.. Dan apabila badannya penat, dia akan berhenti seketika dengan menyandarkan badannya pada kami atau sekurang-kurangnya melentokkan kepala.
.
Kasihan. Untuk setiap sawan yang menyerang, aktiviti otaknya terganggu teruk. Dan bukan hanya itu, terdapat juga sawan yang menyerang untuk beberapa saat sahaja, yang mana kami sama sekali tidak dapat mengesan bilakah ianya terjadi.. Kalaulah saya punya daya untuk menghentikan segalanya..

Saya kegusaran sebenarnya.. Melihatkan tahap kesakitan anak kecil di katil bersebelahan menimbulkan resah di hati.. Kecerdasan fizikalnya bagaikan terhenti seketika kesan daripada ubat yang kuat bagi mengawal sawannya.. Keupayaan bertuturnya terganggu kerana serangan sawan yang terlalu kerap..
.

Rasa takut menyelinap ke setiap ruang hati.. Gusar sekiranya setiap pencapaian Rayyan Ariff diragut satu persatu. Bimbang andai setiap yang kami usahakan untuk Rayyan Ariff hilang satu persatu. Sedangkan segala yang ada padanya hari ini adalah berkat usaha dan kerja kerasnya sendiri dengan izin dariNya. Sungguh saya risau untuk memandang ke hadapan.
.
Namun kami akan tetap cuba untuk melakukannya yang terbaik untuk anak ini.. InsyaAllah.. Semoga anak kecil ini akan terus berada di dalam rahmatNya.. Aminnnnn..
.
Dan pagi ini, sepertimana semalam, ada waktu Rayyan Ariff  masih kelihatan berlainan.  Seketika matanya digosok-gosok. Seketika yang lain, kepalanya dipukul perlahan.. Mungkin benar, dia masih belum pulih.. Namun kerana tiada lagi serangan major yang berlaku selepas tempoh 24jam, mungkin kami akan dibenarkan pulang ke rumah hari ini.. Mungkin..
.
Abang saya menasihatkan untuk terus berada di hospital kerana gusarkan tentang Rayyan Ariff. Namun hati ini berat mengatakan dia akan lebih baik di rumah.. Wallahualam..