Showing posts with label Testimonial. Show all posts
Showing posts with label Testimonial. Show all posts

Friday, October 2, 2015

Pengalaman baru dan apa cerita sharing session??

 
Menara Yayasan Tun Razak, 21 Sept 2015
 
Pengalaman pertama cuba bukak booth. Hahaha.. Saje nak ambik feel. Thanks kawan-kawan yang sudi datang bagi support. Carnival Fairy Tale into the Fashion ke apa nama dia entah. 2 hari from 21st-22nd Sept 2015. Tapi kami tak duduk full day sebab on 22nd tu dah nak gerak balik kampung. Best ke? Jawab dia, penat doploh juta kali.. Muahahaha.. Kita bagi kat orang-orang muda laa..
 
Tapi Alhamdulillah, target nak enroll 10 new members dalam usaha nak dapat promo Rose Essential Oils secara percuma adalah berjaya. RM749 sebotol tu kalau nak beli. Sayang duit wohh.


23 Sept 2015. 6.00pm. Sehari sebelum raya. Nampak bujang benar dah kan anak aku? Sob sob Bang Ian..
 
Syoklah udara kat sana bersih elok tak berjerebu. Tu kalau bawak balik beskal tu, habis hati la anak aku.. Tapi takde lah nak bawak sebab ramai kan yang balik sesama. Kang tak muat plak anak-anak nak tido terlentang bagai.. Tengok Bang Ian tegap elok berjalan rasa syahdu plak. Kan best kalau atuk ada.
 
Barang-barang untuk sharing session 25 Sept 2015
 
So apa citer sharing session? Tak jadi u'ols. Muahahaha.. Bukan takde take up, tapi sebab anak bujang hamba ni.. Hehehe.. Jatuh tersadung kaki sendiri malam sebelumnya. Laju nak mengejarkan suis lampu. Malam raya pertama kan, pasang lampu hat liplap liplap tu, jakun la member..

Klinik banyak tutup. Bukan saja sebab hari jumaat, tapi sebab 2nd day raya kan.. So bawak aje ke KBMC. Dr dia hampeh aje. Tapi nurse tu memang bagus and very well experienced. Alhamdulillah takde retak takde patah, muscle pull/tear aje kata Dr. Dalam seminggu baik la kata dia.
 
Bila jadi mak ni kan, dengar kata seminggu pun dah gelisah. Iye lah, budak Rayyan ni kuat semangat. Bangun dua tiga langkah, berhenti angkat kaki. Jalan dua tiga langkah, nangis pegang kaki. Tapi nak la dia jalan. Kalau si Rifa, diva habis dah. Drama queen kan. Silap-silap seminggu tak bangun.
 
So aku pun sapu Peppermint Essential Oil, Lemongrass Essential Oil, Helichrysum Essential Oil dan Valor Essential Oil. Layer these four oils every 15min. Alhamdulillah the next day dia dah boleh bangun berjalan.
 
Anak kuat aku. Dalam senget-senget dia berjalan. Tapi baguslah. Semangat tu yang penting.
 
Sekarang ni pun dok ajak kami-kami main kejar-kejar. Aku buat tak layan aje. Biar dulu seminggu. Biar pulih elok. Kang nanti nak lari macamana pun sila lah anak. Buat sementara waktu ni jaga dulu. Gitu la secara sempoinya pembatalan sharing session di Kota Bharu. Hakhakhak.
 
Next kita cerita raya pulak. Assalamualaikum. 
 


Thursday, November 20, 2014

Rezeki orang rezeki kita jugak..

Ok, sepanjang kisah berbelog ni, banyak waktu memang aku up pasal perjalanan aku dengan anak bujang aku lah kan? Lebih kepada perjuangan dan mencari serta memberi harapan. Hujung-hujung, berkisar tentang kehidupanlah pendek gayanya.
 
Setiap kisah kesakitan, rawatan, pilihan aku cerita. Dengan niat, kalau ada yang mendapat manfaat, Alhamdulillah.
 
Lewat waktu, aku temukan cinta baru; Young Living Essential Oil. Di sini juga aku kongsikan. Bila banyak feedback positive, memang naik sheikh la. Terus lebarkan sayap. Gittew.  
 
Hari ini, aku mahu kongsikan satu testimonial yang aku kira sangat dekat dengan aku.
 
Ibu ini adalah antara yang jelas nampak kesungguhan tatkala kali pertama dia menghubungi aku mahu turut serta dalam sharing session di Taman Tun bulan lalu.
 
Beberapa minggu ber YLEO, ini feedback pertama yang aku terima daripada ibu Aisy.
 
 
 
MasyaAllah. Aku taktau nak kata apa. Allahuakbar. Subhanallah.
Kenapa aku kata ini sangat dekat dengan aku? Kerana faktor utama yang menemukan aku dengan Young Living Essential Oils adalah usaha aku mencari penawar untuk pendengaran Rayyan Ariff. Aku kejar sang therapist dari Singapura.. Aku berdebat dengan sang suami tentang essential oils.. Aku googled sebanyak mungkin maklumat di Internet.
 
Dengan air mata aku sapu Helichrysum pada telinga Rayyan Ariff. Serendah aku memohon pada Allah SWT biarlah ini antara asbab pulihnya pendengaran sang anak. Gelojak hati aku tak terkata waktu itu. Sebotol kecil Helichrysum Essential Oil adalah RM337, dan aku rasakan akulah antara manusia terbodoh yang percaya pada benda-benda sebegini. Namun aku adalah seorang ibu yang sangat-sangat terdesak. Aku mahu punya memori perbualan yang bermakna dengan Rayyan Ariff suatu waktu nanti.. Maka aku rela bertaruh atas segalanya. Kalau Young Living Essential Oil ini satu scam, aku rugi. Kalau sebaliknya, Alhamdulillah.
 
Begitu terdesaknya aku. Tiada live testimonials. Tiada living proof yang mampu aku rujuk melainkan maklumat dari Internet.
 
Then berdasarkan ilmu yang terhad, aku kongsikan kepada yang turut memerlukan. Semalam, aku terima satu lagi whatsapp daripada ibu Aisy..
 


Aku teruja. Aku rasa gembira untuk dia.
Alhamdulillah rezeki Aisy.
Alhamdulillah.

Untuk mesej yang seterusnya, aku mengambil sedikit waktu sebelum menjawab. Sedikit beremosi kerana sejujurnya, aku juga sangat, sangat mengharap sesuatu yang sama untuk Rayyan Ariff. Bukanlah cemburu, jauh sekali berhasad dengki. Tetapi aku terasa seperti hilang jiwa seketika. Aku terasa bahawa tuhan masih tetap mahu menguji kami.
 
Dan seterusnya, aku kembali berpijak pada realiti. Alhamdulillah rezeki Aisy cepat, dan aku tentunya sangat2 teruja kerana tidak sikit banyak, aku rasakan belog aku ini turut menyumbang walau hanya picisan. Syabas ibu Aisy. Syabas di atas usaha dan kesungguhan seorang ibu. Saban waktu.

Untuk kami, perjalanan masih jauh. Semoga akan ada sinar yang dicari.
 
Tiada sayugia di dalam memberi kesembuhan melainkan dariMu. 
Semoga ada izin Allah SWT.
 
Cepat korang aminkan! Kang aku murka!! Hekhek. :-P