Gittew tajuk post.. Poyo di situ. Kahkahkah. Hat sekolah Ian tu aku tak sure la hari kantin ke hari sekolah ke.. hari keluarga ke.. Tapi yang pasti, it's for fund raising. Fund raising ni berterusan sebab depa ni kan NGO. So memanglah mengharapkan sangat sponsor daripada sesiapa yang sudi.
Next year anak sulung aku dah 7 tahun. Mulanya aku plan malas dah nak try nasib kat mana2 sekolah harian biasa dengan kemudahan kelas pendidikan khas, tapi ada kawan yang nasihat suruh pegi tanya dulu etc. Kononnya enrol Rayyan Ariff kat sekolah biasa. So aku memang ada niatlah. Cuma masanya yang belum ada.
Alih-alih semalam kawan aku hok dok ada anak special yang functioning at much better phase than Rayyan Ariff, cerita dia dah kena reject belum apa-apa lagi. Bawak anak gi jumpa orang kat Jabatan Pelajaran, orang tu siap rate lagi kata anak dia ni mental age lebih kurang umur 4 bulan je. Tak tahu nak socialize, xde konfiden, tak fit untuk gi sekolah katanya.
Gila, baru jumpa 10min ko takkan la nak expect budak tu datang peluk cium ko bagai. Toksah kata dia, Rifa Aleesya hok cakap omputih slang amarekka tu pun kedu kot dengan stranger! Tu stranger, dengan mak nenek sendiri pun, kalau datang angin takmo layan dia, ko jerit keluar anak tekak pun dia tak jawab. Si Rayyan Ariff tu, kot datang malas, suruh cium pun takmo wehhh.
Eh aku rasa nak lempang. Apa qualification ko ada sampai nak rate mental age orang bagai? Even Neurologist anak aku yang dah berpuluh tahun amik case paed neuro tu pun tak pernah nak boleh kata for certain. Dia cuma boleh compare.
Tu anak dia yang boleh makan sendiri, pakai baju sendiri, gagah berjalan, cuma tak bercakap kena cenggitu. Kalau aku hantar Rayyan Ariff, silap-silap dia kata mental age tak sampai umo setengah hari kot! So aku KIV dulu niat aku. Cuti aku dah la ada 4 hari setengah, kang aku pakai yang setengah hari tu gi JPN pastu kena syarah bodoh-bodoh, sakit ati aku kang. So baik aku wat lek wat peace dulu. Kita pikir lain. *Calit Young Living Stress Away Essential Oil kat pergelangan tangan*
Eh sempat promo!! So conclusion dia; Ian, ko duduk la kat Centre tu dulu. Hokayyy??
Ok, balik kepada cerita family day office. Buat kat I-City je pon. Hari tu reatreat dekat Avani Sepang Goldcoast Resort. Aku takgi sebab takleh bawak family. Malas la aku sebab kalo nak tengok kawan2 office, kat office je pun dah cukup. Boleh?? Hahaha.. Kalau nak tengok kawan office dan keluarga, haa hoktu aku setuju. Kahhhhh..
Redholah ko gamba blur. Bibik je pun yang snapped. Seb baiklah aku beli gambar yang orang SnoWorld ni ambik. Seketul RM40! Aku plak pegi buat hebat ambik 4 ketul. Haa.. makan ko!
Masa ni kan Rayyan Ariff baru a few days keluar hospital. So aku takde la nak lasakkan dia sangat. Dah tu aku plak takde stroller. Lagi la jenuh sebab dia takmo jalan banyak-banyak. So aku called adik aku yang kat Shah Alam suh dia datang amik Ian dengan mak aku dulu. Sambil aku pusing habis kat dalam tu.. Sebab sayanglah tiket dah free tak pakai pulak. Laki aku takde sebab ada bowling tournament dengan set-set dia. So aku, bibik and Rifa je yang layan..
TrickArt Museum.
Pelik aku bila budak ni mengikut je apa yang aku suruh dia buat. Kahhhhhhh
Omak eh pun ada napsu gak nak enterprem. Sekali lagi blur gambor kena dengan bibik. Choiii. Hahahaha..
Kata Puteri kan.. Berusung dalam pool ko! Anak orang lain relax je mandi manda. Ni kalau nampak dek orang yang aku citer tadi, mesti dia kata mental age Dak Rifa ni 6 bulan ni..
Settled semua, aku terus gerak gi umah adik aku. Rifa kete belum kuar parking dah tido. Penat tak penat. Relax kejap, aku gerak gi umah pakcik aku kat Shah Alam. Jumpa Pak Su and Mak Su before dia gi mekah. Esoknya tu ada mesyuarat PIBG kat skolah Rayyan Ariff.
Syahdu aku tengok beria komited depa nak carik funding bagai. Then ada rasa ralatlah bila ada mak pak yang tak berapa nak tunjuk komitmen. Dah tentu2 depa ni nolong anak-anak kita. Khennn?
Tiba hari kantin tu, pegi la kami anak-beranak. Memang syok. Banyak barang depa jual wehh.. Syok tau! Gila murah pulak. Ada yang memang duit 100% goes to charity, ada yang sewa tapak.. Cikgu depa ni pun sama turun naik. Hekhek.
Ko tengok things that rare people would do for charity.. Get wet in public! Gila salut aku hokayyy.. Ko bayar RM5 dapat 3 kali baling belon air tuh.
Event ni buat kat St John. Ko tengok anak bujang aku. Dia jadik Pak Maon.. Mengekek-ngekek aku gelak tengok dia joget. Sblm ada yang tanya meh aku jawab sesiap, Tak, dia tak jatuh. Kot jatuh takkan la aku dok gelak mengekek ye dakk.. Kahhhhh
Sebabnya kat hari kantin tu dah berpanas bagai, balik tu aku siap-siap sapu Young Living Thieves Essential Oil kat budak berdua ni. Takut demam. Alhamdulillah dua-dua OK. Dah la petangnya yu aku nak heret gi wedding plak. Lagi la takut. Rifa Aleesya ni nampak je tough, sebenarnya tak. Cuba ko bagi dia makan ais krim or minum ais sket, nanti mula la batuk2. Cuba ko bagi dia mandi swimming pool ke apa, merasalah datang batuk demam bagai.
Dah tu sekali batuk, Subhanallah, makan bulan kot! Malam2 siap pakej muntah bagai. Dah sebelum tido minum susu kan, susu tu la yang keluar. Busuk tak busuk. Batuk dia susah nak resolve sebab dia memang susah makan ubat kan.. Kak Ija Stimulaterapi kata sebab paru-paru tak kuat. So no swimming and no sejuk2 for her. Kata Kak Ija. Yang gi I-City tu first pantang aku langgar bab swimming. Bila aku post gambar kat FB and Kak Ija like, eh aku cuak jugak. Kahhhh.. Kang batuk demam mencarik dia jugak kang. Tak pasal2 kena tadah telinga kena bebel.
Haahha.. Tapi Alhamdulillah Dak Rifa ni dh OK since ber EO ni. Lepas aku tengok dia OK tu, aku try bagi Ice Cream. Hari ni OK, esok aku bagi sket lagi... Then aku tengok takde apa, aku bagi je laa.. Hahaha.. Aku bukan apa, aku rasa sangat kesian dia tak dapat enjoy Ice Cream. Tu kan makanan standard budak-budak. Even tak banyak and selalu, aku nak la dia merasa. Alhamdulillah now dah OK. Comot2 mulut makan eskrem. Hekhek. So aku rasa, apa yang ko nak cuba, ko kena yakin and tawakal. InShaaAllah.
Before this aku down jugak, aku ingat anak aku sorang je gini. Sebab bila aku citer kat budak ofis aku dia macam takleh digest sebab anak dia semua sihat walafiat takde masalah. Tapi bila aku mula dengan Young Living ni, ramai yang emel and whatsapp aku pasal masalah yang sama ni. Laa.. Ramai rupanya. Iye la.. Tengok kat FB, IG anak-anak orang sehat semedang tak pernah sakit. Mana aku nak tau.. Mulalah aku feeling sorang-sorang rasa I've not done enough to protect my kids. Hover. Sekali, selain daripada sinus, masalah batuk anak2 ni la yang main aku dapat. Udara tu udara. Tau je la kota metropolitan ni.
Eh iklan lagi. Dah la korang, Selamat Hari Raya.
P/s - emel ke
freaky_gurlz@yahoo.com atau whatsapp ke 0172742005 untuk sebarang pertanyaan mengenai Young Living Essentia Oil. Dengan tagline, bukan supplement, bukan dadah, tapi minyak aromaterapi. Ewah.