Truly, I’ve never told a single soul that I’ve always wanted a son as my firstborn child. Though baby girl is cuter, cheekier and tend to be closer to the mother, tapi nak gak boy for anak sulung. I don’t think it’s just me. Even most of my friends also want a boy as their firstborn child. Siap mintak tips lagi..Mana nak ade dik oii.. Ni kan keje Tuhan..
So when I knew that I’m carrying a boy, the excitement is doubled!. So as the father. He talked about taking the son to football match, buying him lots things i.e. Liverpool jersey, Adidas shoes, Recaro carseat and many more.
Sebagai manusia, kita hanya merancang.. Dan tuhan yang menentukan segalanya.. Bila kami dimaklumkan tentang ‘khabar duka’ itu, segala angan bagaikan terhenti.. Segala impian bagaikan angin lalu..
Mendengar segala penjelasan dan usul dari doctor2 yang kami temui, kami nekad dgn keputusan kami. Kami redha dgn takdirNya walau maklum cabarannya kelak bukan sedikit. Pada yang mengetahui kisah kami, persoalan yang berbentuk luahan ketidakpuasan hati mula ditimbulkan. Dan tidak kurang juga yang memberi sokongan tanpa henti.. Dan saya mengetap bibir menahan sendu setiap kali mendengar soalan-soalan seperti ini..
“When you knew that something is wrong, kenapa nak teruskan”?
“Tidakkah kasihan pada yang bakal menanggung?”
“Selalunya, ada kebenaran pada kata2 doktor, kenapa tidak dituruti?”
“Kenapa tidak mempertimbangkan?Islam membenarkan dalam keadaan tertentu..”
Dan kali ini, saya ingin memberi jawapan kepada soalan yang pernah dan masih diajukan kepada saya.. Tolong jangan bertanya lagi selepas ini kerana soalan2 sebegini cukup mengundang pilu di hati. Lebih tajam dari sembilu yang bisa menghiris.
Saya hanya seorang manusia biasa. Dan sebagai manusia, apalah kuasa yang ada pada saya untuk menidakkan hak seorang manusia lain untuk hidup. Saya hanya seorang ibu. Di alam ini atau di alam mana sekali pun, saya adalah ibunya. Seandainya saya nekad membuangnya, bagaimana bisa saya berdepan dengannya di akhirat nanti? Di saat dia menunggu di sana, pasti dia akan bertanya, “Mengapa saya sanggup menafikan haknya untuk hidup? Mengapa saya terlalu lemah untuk berjuang bersamanya sehingga menolak kehadirannya mentah2? Tidak sayangkah saya pada dirinya? Mengapa tega hati seorang ibu membunuh zuriat yang membesar di dalam rahimnya sendiri?” Andai anda berada di tempat saya, bagaimana anak ingin menatap wajah anak yang anda nafikan kewujudannya??
Saya percaya, bila tuhan meniupkan satu2 nyawa itu, dia punya hak untuk mendapatkan segala yang terbaik. Dan kita harus mencuba sebelum berkata kita tidak mampu.. Tetapi, kerana sering diajukan soalan yang mengguris ini, saya sedikit terkesan. Atas dasar itu, saya meminta pandangan orang yang lebih arif. Dan katanya, “Memang Islam membenarkan di dalam 3 keadaan. Tapi, bukankah sebagai hamba Allah, kita diajar untuk bersyukur? Menerima qada’ dan qadar dengan redha.. Jangan sesekali menafikan haknya atas ramalan manusia. Manusia bukan tuhan. Andai benar nyawanya tidak panjang, biar dia pergi atas jemputan Ilahi. Bukan kerana kita terlalu awal menghukum. Andai dia lahir dan hayatnya tidak panjang, tetap sempurnakan haknya sebagai anak. Beri nama yang baik maksudnya dan buat kenduri aqiqah untuknya. Andai umurnya panjang dalam keadaan yang memerlukan special care, jgn anggap ia sebagai beban. Anggaplah ia satu jalan ibadah yang Allah kurniakan kepada anda dan suami. Sesungguhnya, kepayahan menjaga amanah Allah itu akan dibalas dengan kesenangan suatu hari nanti. Bukankah ada hikmah disebalik setiap dugaan yang kita hadapi? Tidakkah anda rasa bersyukur diberi nikmat mengandung? Merasakan sendiri halus dan lembut tendangan2 kecil itu.. Ada orang yang tidak dapat merasakan nikmat ini walaupun sudah bertahun mendirikan rumah tangga. Dan saya adalah salah seorang dari mereka yang tidak merasa nikmat itu.” Kata orang yang lebih arif itu.
Dan saat itu, saya semakin yakin dengan keputusan saya.. Saya juga amat bersyukur dikurniakan suami yang setia menyayangi tanpa membezakan kasih sayang hanya atas dasar ‘kelainan” yang diklasifikasikan oleh seorang manusia yang lain.
Di suatu petang, sewaktu saya asyik memeluk dan mencium anak kecil itu, saya mengulangi ayat yang satu, “Sayang anak mama, sayang sangat2!” Hubby memerhati. Setelah beberapa ketika, dia bertanya, “Sayang Rayyan Ariff ke?” Tanpa ragu saya menjawab, “Mestilah sayang, nama pun anak!” Ada getar di hujung jawapan. Yea, saya cuba menahan rasa sebak. Hubby tersenyum puas.
Saya tau apa yang ada dibenaknya sewaktu soalan itu diajukan. Saya mengerti ketakutan yang dirasakannya. Saya pernah merasakan ketakutan yang sama. Saya sering merasakan ianya satu obligasi untuk saya menyayangi Rayyan Ariff. Hanya saya. Kerana saya takut orang lain tidak akan menyayangi dia, maka saya harus setia menyayangi. Bukan hanya orang lain, hatta dgn hubby sendiri, masih ada takut di hati, bimbang kasihnya akan pergi atas dasar ‘ketidaksempurnaan’. Dan dia juga bimbang tentang perkara yang sama. Takut saya tidak menyayangi. Kini, terbukti.. kasih sayang adalah sesuatu yang tidak bersyarat. Bukan hanya kami, Rayyan Ariff turut disayangi oleh ahli2 keluarga dan rakan-rakan kami yang lain. Semakin disayangi.
Sewaktu Rayyan Ariff masih di PMC, selepas beberapa siri pembedahan, dan kami dikhabarkan dgn satu lagi kemungkinan yang menakutkan, saya sekali lagi rasa terduga.. Dengan rasa ragu, saya bertanya mummy, “Betulkah keputusan saya melahirkan Rayyan Ariff andai takdir untuknya begitu kelam?” Bagai mendiamkan seorang anak kecil, mummy menjawab, “Jangan sesekali dikesalkan ketentuan Illahi. Allah lebih tau apa yang telah disusunkan olehNya”.
Saya akui, air mata ini sudah terlalu murah apabila membincangkan kisah anak kecil ini. Saya melalui tempoh kehamilan yang maha hebat dugaannya. Melalui proses kelahiran yang cukup mengharukan. Dan seterusnya, melalui proses berpantang yang memenatkan disulami debaran yang tidak berkesudahan. Saya tidak tahu dari mana kekuatan itu datang, mungkin dari orang-orang yang terdekat dengan saya.
Ada suara sumbang yang berkata, renunglah kehidupan kita dahulu. Pasti ada sebabnya tuhan menurunkan bala sedemikian. Walaupun kamu yang berkata itu tidak mungkin menbaca entry ini, tapi, sila ambil maklum bahawa: Pertama, kehadiran Rayyan Ariff bukan satu bala, dia adalah anugerah yang tak ternilai harganya. Dia bukan sekadar bukti kekuasaan Allah, dia juga satu peringatan supaya kita terus mengingati Allah dan menginsafi kejadian diri. Kedua, kita sebagai manusia tidak akan dapat lari dari melakukan dosa. Samada dalam sedar atau tanpa kita sedari. Kita bukan maksum. Andainya episode duka ini dikira sebagai ‘bala’ atas dosa2 lalu, bagaimana pula dengan ustazah atau alim ulama yang diberi dugaan yang sama? Berdosa benarkah mereka? Bagaimana pula dengan mereka yang hidup dengan menggayakan cara hidup ala barat? Hanya kerana mereka tidak diberi dugaan yang sama, bolehkah kita simpulkan bahawa mereka TIDAK BERDOSA???? Tolonglah wahai manusia!!! Siapa kita untuk menentukan dosa pahala seseorang hamba Allah yang lain? Lihat ke dalam diri, tanya pada hati, bukalah minda kita.
Dan hari ini, saya merasa sangat bangga memiliki Rayyan Ariff. Satu nyawa yang pernah dikatakan akan hanya mampu bertahan 2/3 hari, yang pernah diberi pilihan untuk dibuang. Dan doctor yang merawatnya juga cukup gembira dengan perkembangannya. Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Rayyan Ariff seakan menepis kemungkinan yang pernah diletakkan padanya. Dan dia, bisa duduk sebaris dengan anak2 yang seusia dengannya. Tiada kerumitan dalam menjaga, tiada kesusahan yang pernah suatu masa dulu kami jangkakan. Dia adalah anugerah terhebat. Pejuang yang tidak berhenti berjuang untuk mengecap nikmat hidup. Dialah hero di hati kami!!
Mungkin benar kata mummy, sesudah hujan pasti ada sinar matahari.. Dan kata seorang teman, saya seorang wanita yang cekal. Percayalah, saya hanya manusia biasa. Kalau anda berada di tempat saya, anda juga akan memaksa diri untuk terus bertahan.
P/s – Kepada yang membaca entri ini, tidak perlu menjawab di sini andai tidak mahu. Tapi, saya minta, tepuk dada tanya iman, tepuk dahi tanya minda.. Andai anda berada di tempat kami, apa yang bakal anda lakukan?? Sanggupkah anda membunuh wajah secomel ini?? Adakah kami telah membuat satu keputusan yang salah??