Apa penyakit Grand Livina? Hehehehe.. Comel jer..
Saya assumed, orang yang searched for penyakit Grand Livina mesti tengah survey review pasal Grand Livina. Nk beli la kot. Takkan saja2 survey.
In fact, I did the same thing before! Hahahaha.. Survey, baca kat forum-forum. Baca dekat website yang buat review pasal kereta macam Paul Tan ke, thecarguys ke etc. Saya prefer baca kat forum sebab rasa lebih real since yang share tu, diorang sendiri dah pakai (kot!). Kalau diorang tu sebenarnya salesman ke apa, tipu2 bagi testimonial ke apa, tatau la kan?? Hehehe..
Actually, buat entry ni pun sebab ada kawan yang tengah survey nak beli MPV suh buat review. An, sorry lambat. Muahahha.. Ahkak busy deknonnn.. Curlassss.. =P
As requested, ni review ala-ala mak.. So takkan ada la cerita pasal electric powered steering, CVTC, wheelbase and whatnot. Ini review daripada mak-mak yang cuma tau isi minyak, adjust side mirror, adjust channel radio, adjust kerusi, hantar kete gi car wash dan remind encik suami bila mileage utk hantar servis dah dekat. Muahahaha.. Review mak2 eh??
Kalau nak review yang canggih2 tu, sila google. Hehehehe..
Encik Livina yang tayarnya pancit.. Muahahaha.. Bawak ntahpapa siap tercucuk paku! ;-P
Ok, secara keseluruhan, saya simpulkan bahawa Grand Livina is a good car (belum intro dah conclusion, kahhh.. marah cikgu karangan!). Secara purata, saya katakan it is a good car sebab enjin dia best, senyap jer. Kadang2 tak sedar pun kete tgh hidup. Steering dia best (saya pernah try Honda, rasanya Livina punya lg lembut, hat lain xtau..).
Gegar pun tak rasa sangat (dia ada apa entah yg tak bg gegar tu, mak taktau wohh), dalam bahasa mudah, smooth even jalan berlubang tahap nauzubillah - tengok cara pemanduan yea, kot korang langgar gedung-gedang, tipu la kalo org dok kat dalam tak terlompat. Then setakat tekan 140-160km/h tu memang OK la.. Tak rasa langsung. Tak sedar pun. "Eh, terlaju pulak.." Bak kata sesetengah orang, saya tak. Saya bawak 90km/h je. Eh.
Aircond, for third row mmg boleh rasa la.. Tidak la kata panas meruap org yang dok third row, tapi tidak la sejuk macam org dok first row. Blower aircond yang depan tu mmg aim to shoot for 3rd row. So ok la kot..
Dari segi ketinggian pulak just nice. Tinggi sket dari kereta sedan, so tak perlu tunduk, tapi lebih rendah from most MPV rasanya. Kalau Innova ke, kan kena panjat sket. So kalo orang tua-tua yang sakit lutut nak naik, hazabun sket la.. Whereas for Livina, ok coz takde nak kena tunduk cam kete sedan or compact.
Minyak? Save jugak rasanya. Biasanya full tank dalam RM70 bleh tahan untuk seminggu. Ulang-alik gi kerja 5 hari (Ampang-Damansara-Ampang) dan weekend (Ampang - Subang Airport - Ampang untuk fisio Bang Ian) dan jalan-jalan dlm KL sket. Again, hat ni kena tengok cara pemanduan, kot korang pecut je keje, makan minyak la kan..
.
Maintenance? So far OK la.. Kalo service standard yang 5000km tu, RM300 lebih je.. Kalau ada nak kena tukar apa-apa, lebih la kan.. Tapi so far, dah setahun lebih ni takde la kena tuka apa2 yang major. Setakat viper tu ok la dak? Again, tengok pada kereta jugak kot. Macam my friend yang guna Impul jugak, dalam masa setahun dah kena tukar bateri kereta, pastu bateri alarm la.. Seb baik dalam warranty lagi. So, tengok nasib jugak la kot. Major service plak, entah la.. Tanyak En.Suami.
Kami tak beli yang full spec IMPUL (walau En. Suami menggelupur nak hat tu) and the main reason was, saya rasa Livina Impul tu lowered sket. Tatau la kalau perasaan saya ke apa, tapi Impul kan memang sporty designed. So kalau dh sporty, mmg la a bit rendah. Since kami ni kalau balik kampung tu memang ibarat nak memunggah barang satu rumah, so kereta lowered adalah tak sesuai kot.
Variant standard la, ada manual 1.6, auto 1.6 and auto 1.8. Kami ambik yang auto 1.8 (RM98K++) pastu tambah bodykit Impul RM3.5k++). So harga kereta RM102K. Masa tu ada promotion free service for 1 year / the first 20km. So rasa berbaloi la jugak. Tapi sape yang beli sekarang laaagi berbaloi sebab kalo amik yang auto 1.8 tu, dapat free bodykit Impul. Untung kan? Dapat skirting, spoiler n bumper. Jimat tu..
Eh, takkan semua yang elok-elok je? Nanti kang ada plak yang kata, "Ala.. Pakai setahun lebih memang la takde penyakit. Cuba dah pakai lama sket nanti.." Alahaiiii.. Kete mana-mana pun, kalo dah lama pakai memang la akan keluar penyakit. Sebab tu la orang kata ni susutnilai tinggi. The moment keluar dari tempat dealer tu pun dh turun harga dah pun. In fact, ada kawan yang cakap, mana-mana kereta pun, sesuai pakai 5 tahun je kot.. Tapi tu la, kalo dah 5 tahun tuka, lagi 5 tahun tuka lagi, bila nak habis bayar kete dak? Hat ni pilihan masing2 la kan..
So apa penyakit Grand Livina? To me, penyakit paling ketara adalah dari segi saiz. Sebenarnya Livina ni hanya sesuai untuk couple yang anak 2, 3 tapi kecik2 jer.. Kalo dah besar ke apa, mmg tak sesuai la.. Saiz memang out.
Tengok, second row tu, letak 2 carseat dah tinggal sekangkang kera. Kot kalo ada maid yang badan berisi sikit, memang kirim salam la.. Dok la kat belakang sekali nuhh..
Tempat isi barang plak (kalo tanak lipat 3rd row), memang kecik. Macam kami, muat stroller and rollater Rayyan Ariff je pun kat belakang tu. So kalau untuk storage, memang kena lipat kerusi 3rd row. So, bila dah lipat, mmg orang takleh nk tumpang dh la kan? Apa guna ada MPV kalo takleh naik ramai-ramai? Hahahaha.. *LepukDahiSuami* Kahhhh..
Macam Rayyan Ariff, dia kan dah besar, so tak perlu pun carseat. Rifa Aleesya pun sama. Mana la nak.. So kat 2nd row tu, duduk la Rayyan Ariff, Rifa Aleesya and bibik dengan selesanya (selesa ke? Macam tak jer..) Rifa Aleesya biasanya akan tido berbaring while Abang Rayyan Ariff pulak akan tido dalam ribaan bibik. 2nd row ni jugak agak sempit kalo nak accomodate 3 orang dewasa. Memang azab la rasanya.
Tengok, even promo material pun letak second row just 2 orang dewasa n sorang budak. Leg room pun tak nampak luas kan? Sebab dia tarik kerusi ke depan tu, agaknya sebab nak bagi more room leg to passengers in 3rd row..
Even kami just utilise 1st and 2nd row, still, for long distance yang tak bawak byk barang, tak boleh nak invite org dok kat 3rd row. Unless orang tu sanggup suffer. Reason being? Leg room 3rd row adalah sangat sempit. Lenguh kaki wehhh..
So in a conclusion, kalau keluarga kecik and stakat anak-anak je, memang OK la.. Tapi kalo dah masuk maid or ada org nak tumpang ke, macam tak berapa la.. Eh, apa guna ada MPV kalau takleh naik 7 org? =P
Macam kami, memang tak praktikal. Bila kereta dah muat-muat, macamana plak org lain nak tumpang? Mak ke, adik beradik ke.. Dah la sekali balik Kelantan tu barang bukan main banyak. Kot balik Rawang takpe la jugak. So macam rugi la kat situ.
In fact, dah ada discussion pun, kalau ada pertambahan ahli keluarga, memang we have to opt for Estima or Innova la.. Dengan anak 3, barang2 n maid, tatau la camne nak susun dalam Livina. Yea, yea, these 2 cars (Estima / Innova) maintenance dan fuel consumption adalah tinggi. Tapi again, it will be a weekend or balik kampung car only. Tak sanggup wehh nak drive kete besar2 n hadap traffic jam kat KL ni tiap2 hari kalo nak bawak gi keje. Entah berapa la duit minyak bulan-bulan. So for daily usage, sila la usha Mitsubishi Mirage or Suzuki Alto. Kot nak yang lagi murah bayar bulan-bulan, kita ambik je Viva. Habis citer.. ;-P
Image from wemotor.com. Livina tuned by Impul. Setengah orang suka, setengah orang kata cam Alza jer.. Hehehe.. Baik takyah beli Livina, pakai je Alza tu haa.. Dah tentu2 lg murah.
Oops, I have nothing against Alza yea. Jangan ada yang speku kata I is mengutuk Alza murah pulak. In fact, kalau tak beli lg Livina ni, I would have opt for Alza, jual Kancil and maintain our old Perdana. Yea la, Perdana kan dah habis bayar. So tambah bayar Alza je la (which is wayyyy cheaper than monthly installment Livina). Ni dah la still nak kena bayar Kancil, kena pulak bayar Livina.. Tapi yea la, masa tu mana la I tahu I is boleh bawak kereta other than Kancil. Kalau tahu, confirmed ambik Alza! So that time, we trade in our Perdana as a downpayment for Livina.. Sekarang, Kancil tersadai, bawak Livina je pun. Kalau tak, weekdays surely I bawak Alza whilst during weekend, Encik Suami will drive his favourite Perdana *Menyesal*
Eh, melalut pulakkkk.. Ok, sekian review versi layman dari layperson seperti saya. An, sorry lambat. Aku harap, dapat membantu sikit sebanyak yea. Choose wisely babe!
Bye. Assalamualaikum!