Thursday, July 29, 2010

Little-blogger-in-the-making!!

Seriously, this is the reason why I blog less nowadays..
.Somebody is taking over my lappie and he did it so frequent that I dont even have chance to update my blog..
.
I guess it's official that I'm not a so-called-blogger-tegar-who-updates-their-blog-everyday anymore..
.
=)

Oh yes, he is a little blogger in the making!!

Tuesday, July 27, 2010

My very well-behaved little boy.. =)

Hari sabtu sememangnya hari yang sibuk buat kami. Bagi seorang anak kecil, jadual tuan kecik memang padat mengalahkan jadual seorang YB sehinggakan tidurnya juga acap kali terganggu. Kerana ketidakupayaan kami ke sesi terapi pada hari bekerja kecuali satu sesi fisio sahaja, maka kami himpunkan segalanya pada hari sabtu.
.
Sabtu Rayyan Ariff bermula seawal jam 7 pagi. Terus mandi, bersiap, sarapan dan sebaik jam 815am, kereta kami sudah meluncur ke Subang Jaya dari Ampang. Tepat jam 9.00am, sesi terapi pertuturan Rayyan Ariff pun bermula.
.
Dari segi kebolehan bertutur, Rayyan Ariff masih agak terkebelakang.. Walaupun dia bisa meniru nada yang didengar, namun saya maklum bahawa bercakap bukanlah perkara yang mudah.
.
Tetapi itu tidak bermakna Rayyan Ariff tidak punya perkembangan yang baik. Alhamdulillah, therapist Rayyan Ariff berpuas hati dengan pencapaian Rayyan Ariff walaupun sudah hampir sebulan kami tidak ke sesi terapi pertuturan. Berkat kami meneruskan sesi yang diajar dirumah, Rayyan Ariff sudah mula menguasai beberapa aktiviti dan di antaranya ialah conditioning dan shape recognizing..
.
Khusyuk.. =)
.
Selain itu, kami juga melakukan chewing test terhadap Rayyan Ariff dan hasilnya, seperti yang dijangkakan, Rayyan Ariff tidak begitu kuat mengunyah. Kerna itu hingga ke hari ini, dia masih lagi memakan bubur yang lembut kerana tidak mahu dia tercekik. Ms Tey mengajar kami beberapa cara untuk meningkatkan kebolehan mengunyah Rayyan Ariff. InsyaAllah, akan terus mama praktikkan.
.
Chewing..
.
Sesi terapi pertuturan berakhir pada jam 10.00am. Kami berkejar ke kafetaria kerana sedari pagi, saya dan bibik masih belum makan. Hanya Rayyan Ariff sahaja yang sempat bersarapan.. Menghampiri jam 10.40am, Rayyan Ariff terlena. Kasihan anak itu, sedari sesi terapi pertuturan lagi dia sudah menguap.
.
Sedang dia masih di dalam lena yang dalam, saya mengejutkannya kerna sesi terapi carakerja hampir bermula. Mengenali Rayyan Ariff, dia sememangnya anak yang baik. Jarang meragam. Walaupun tidurnya terganggu, namun dia masih mampu memberikan senyuman sebaik sahaja dia dikejutkan.
.
Sesi terapi carakerja bermula pada jam 11.00am dan berakhir pada jam 12.00pm. Pada sesi ini juga kami membincangkan tentang behavior Rayyan Ariff yang agak 'bermalas-malasan' sejak akhir-akhir ini. Dan apa sekalipun, ianya masih berbalik kepada kami iaitu untuk terus meningkatkan kreativiti agar anak kecil ini tidak bosan. Tambahan pula, seiring dengan pertambahan akal, makin pandailah dia mengelat.. Hmmm..
.
Selesai sahaja terapi carakerja, kami terus bergerak pulang. Saya pula mengambil kesempatan untuk singgah di bank bagi menyelesaikan hutang kereta dan rumah. Maklum sahaja, gaji baru diterima. Setibanya kami dirumah jam 1.20pm, Rayyan Ariff terus menikmati makan tengaharinya. Usai makan, dia sibuk bermain dan tidak mahu tidur walaupun sewaktu di dalam kereta, dia kelihatannya mengantuk.
.
Jam 3pm, kami mula bersiap-siap untuk ke Subang Jaya sekali lagi. Rayyan Ariff kelihatan segar setelah dimandikan. Jam 4.00pm, kami terus bergerak ke SDMC. Semestinya perlu sejam lebih awal kerana kesesakan jalanraya pada hari sabtu adalah tidak dapat dielakkan lagi.
.
Berbekalkan sebotol susu, Rayyan Ariff tertidur..
.
Lena..
.
Sekali lagi, lena Rayyan Ariff terganggu. Kami tiba di SDMC pada jam 4.50pm dan terus sahaja Rayyan Ariff dikejutkan dari tidurnya. Dan sekali lagi dia tersenyum walaupun masih tersisa mengantuk pada wajahnya.. Itulah anak bujang saya, a very well behaved boy.. =)
.
Ian & Auntie Sarjit..
.
Sesi fisioterapi bermula jam 5.00pm dan berakhir pada jam 630pm. Syukurlah kami ditemukan dengan Sarjit yang sanggup bekerja lebih masa pada hari sabtu semata-mata mahu memenuhi tuntutan ibubapa yang tidak dapat datang pada hari bekerja seperti saya.
.
Kenapa kami tidak meletakkan segalanya berturutan dan tidak perlu berulang-alik lebih dari sekali ke Subang Jaya? Kerna untuk anak sekecil Rayyan Ariff, tempoh 3 jam secara berturut adalah memenatkan. Lagi pula, attention span anak kecil juga manakan sama dengan orang dewasa. Mana-mana anak kecil sekalipun, seandainya diminta 'bekerja' untuk 3 acara sekaligus secara berturut-turut pun pasti tidak mampu..
.
Kerna itulah kami tidak kisah berulang-alik lebih dari sekali dalam sehari.. Apalah sangat pengorbanan ini dengan segala yang dicapai Rayyan Ariff.. =)
.
Di mana Tuan besar di dalam entri ini? Owh, Incik Hubby ku outstation lah!.. Mujur ada bibik.. :P

Friday, July 23, 2010

Apa lagi yang perlu seorang ibu lakukan untuk anaknya?

Rayyan Ariff, satu nama yang menggambarkan selautan kegembiraan dalam hidup kami. Semangatnya kuat, seteguh karang! Dia melangkaui segala sesuatu yang diramalkan ke atasnya.. Dia bekerja keras untuk segalanya yang ada padanya..
.
Perjuangannya bermula sedari dia masih di dalam kandungan lagi.. Dan dia meneruskannya sebaik sahaja dia dilahirkan. Sedari awal kehidupan, dia merasai kesakitan demi kesakitan.. Dia melalui kepayahan demi kepayahan.. Pernah, jiwa ini menyesal melahirkan dia.. Bukan kerna tidak menerima kekurangannya, namun hati ini terasa berdosa kerana meletakkan dia di dalam kesusahan ini..
..
Namun semangatnya yang kental melenyapkan rasa itu.. Jika dia mahu hidup, biarlah dia hidup dengan izinNya.. Biarlah walau mereka sepakat meramalkan bahawa umurnya tidak akan melepasi tempoh 3 hari sekalipun.. Dia sudah berjanji dengan tuhannya..
.
Rayyan Ariff.. Satu demi satu pembedahan dilaluinya di saat dia masih tidak tahu satu apa pun.. Kesakitan bagaikan sebati dengannya.. Dan kini, setiap kali matanya singgah pada parut pembedahan di perut, jemari kecilnya tidak berhenti menguis.. Matanya berkerut seakan memikirkan apakah itu..
.
Fisioterapi adalah sesuatu yang biasa baginya.. Dia tidak menangis mahupun mengeluh.. Di saat anak seusianya enak beradu tidak tentu waktu, tidurnya terganggu apabila dia harus mengikut jadual yang ditetapkan. Dia perlu bertemu ramai doktor untuk melengkapkan senarai temujanji. Dia perlu menghadiri banyak terapi untuk dia menjadi 'sempurna'..
..
Sudah banyak kali dia terlena sewaktu di dalam kereta menuju ke hospital. Sudah banyak kali juga lenanya dikejut kerana sudah sampai waktunya untuk dia 'bersenam'.. Namun dia terus mengeluh apalagi memberontak..
.
Ujian demi ujian dilakukan ke atasnya untuk mencari satu kepastian, untuk menemukan jawapan:

.
Namun dia tetap teguh berdiri:

Walau ada waktunya dia perlu dipujuk untuk terus meneroka, kami mengerti kerna dia hanyalah anak kecil:

.
Kerna yang paling penting, dia tidak pernah mengalah, tidak pernah berhenti mencuba untuk menjadi lebih baik:

.
Tubuh kecil yang kental ini benar-benar menyuntik semangat kami agar jangan mengalah. Dan kami juga mahu dia terus bersifat begitu.. Tidak sesekali mengalah! Kami sangat-sangat beryukur dengan pencapaiannya pada hari ini.
.
Namun kami seringnya terlupa, bahawa dia juga punya fasa kehidupan.. Dan saat ini, dia berada di dalam fasa lebih kepada 'bermain' dan 'bermalas-malasan'..
.
Dia sudah kurang inisiatif untuk memajukan diri. Sebagai contoh, dia tahu merangkak, namun dia tidak punya inisiatif untuk melakukannya.. Dan lagi, dia tahu berjalan dan mengatur langkah, namun dia tidak punya inisiatif untuk melakukannya sendiri. Saya tahu mungkin ianya susah dan menakutkan untuknya, namun saya kecewa apabila dia banyak bermain daripada mencuba!
.
Lihatlah wajah nakalnya!!
.
Siang tadi, kami ke sesi fisioterapi seperti lazimnya. Sewaktu Sarjit mahukan dia memanjat badan saya, dia mencuba.. Dan apabila merasakan kepayahannya, dia berhenti dan berpaling pada Sarjit. Dengan senyuman manja, dia mendepakan tangan tanda memujuk Sarjit untuk mengangkatnya.. Itu tidak dikira lagi dengan beberapa kali Sarjit cuba membuat dia merangkak dan dia sewenang-wenangnya bertukar ke posisi duduk sambil ketawa.. Sudah saya katakan dia semakin berakal!
.
Dirumah juga tidak terkecuali. Di kala bibik baru mengangkat tangan sebagai amaran untuk memukul sekiranya dia terus bersikap nakal, tangan kecilnya sudah terlebih dahulu singgah di badan bibik sambil mulutnya melepas keluhan marah. Kemahuannya jangan dihalang kalau tidak mahu amukannya meletus..
.
Aduhhh.. Apa lagi yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan Rayyan Ariff yang sangat patuh seperti dahulu. Rayyan Ariff yang ini, kalau saya meninggikan suara, dia akan memberikan senyuman memujuk beserta ciuman untuk menyejukkan hati.. Kalau Sarjit sahaja sudah cair dengan 'lakonannya', apa lagi saya!
.
Perlukah saya lebih tegas dengannya? Apa lagi yang perlu saya lakukan untuk menyatakan padanya bahawa diri ini terlalu ingin untuk melihat dia berjalan dan mendengar dia bercakap. Tidak, saya tidak berniat memaksa kerna saya sudah sangat beryukur dengan pencapaiannya. Namun saya bercakap berdasarkan pemerhatian.. Bukan hanya saya, malahan seperti yang diungkap Sarjit tadi, "We know that he's doing good, but we also know that he can do better!"
.
Aahhh anak.. Kami tahu kamu mampu.. Kerna itu kami berikan sasaran kepadamu.. Namun kamu, perlahan-lahan berpaling dari sasaran itu.. Nak, kembalilah dengan semangatmu yang kental.. Mama hilang punca nak.. Sungguh!

Tuesday, July 20, 2010

Kalaulah dalam sehari itu saya punya 36 jam!!

Saya agak sibuk kebelakangan ini. Beban kerja yang menggunung dan sepertinya tidak akan habis membuatkan badan ini terasa penat sekali. Inilah bidang kerja yang saya pilih, jumlah kerja yang berpanjangan meningkat sedangkan kakitangan tidak pula bertambah.. Tidak mengapalah, mungkin ini ukuran bahawa rakyat Malaysia semakin bijak.. :P
.
Saya sudah kurang waktu untuk blogging, apa lagi bloghopping.. FB pun bagaikan terbiar *sigh*.. Banyak benar perkara yag perlu diselesaikan. Termasuklah untuk keluarga dan juga rakan-rakan..
.
Paling terasa kerana pada hari bekerja, saya seringnya pulang lewat.. Maka semua urusan lain sebaiknya saya cuba susun pada hari minggu. Namun sekarang, hari cuti saya hanyalah hari ahad kerana hari sabtu merupakan hari terapi Rayyan Ariff. Dua kali berulang-alik ke SDMC dari Ampang memang memenatkan. I'll blog about this later..
.
Sekarang ini, pulang sahaja dari pejabat, tidak banyak aktiviti yang dapat saya lakukan dengan Rayyan Ariff. Baru sahaja selesai satu atau dua aktiviti, dia mula menarik tangan saya dan berjalan ke arah pintu bilik kami. Pintu itu diketuknya berkali-kali dan sekiranya saya masih tidak membukanya, tangan kecil itu pantas menarik tombol sebagai cubaan membuka pintu tersebut..
.
Bila sahaja kami memasuki bilik, kaki kecil itu terus melangkah menuju ke katil. Yea, tanda dia mahu tidur. Sudahnya, memang tidak banyak aktiviti yang dapat kami lakukan apabila anak itu tidur seawal jam 9.30pm..
.

Rayyan Ariff in action.. =)
.
Rayyan Ariff sudah tahu melihat perbezaan objek. Rasanya, mungkin dia melihat berdasarkan perbezaan warna.. Apabila saya maklumkan pencapaian ini kepada Dr.Yong pada sesi temujanji pada minggu yang lalu, dia bertanya sama ada Rayyan Ariff sudah boleh menunjuk gambar binatang sebaik kita memintanya berbuat demikian..
.
"No, not yet. I havent teach him that.."
"Maybe you should start.. Since he can differentiate certain things, it will not be a problem for him to do that on animals.."
.
Saya hanya tersenyum sambil membalas, "I will.."
.Hmm.. Banyak sekali janji saya pada anak ini.. Mampukah ianya terlaksana?? *sigh*
.
Banyak aktiviti yang ingin saya lakukan untuk Rayyan Ariff namun tergendala kerana kesuntukan waktu. Kalaulah dalam sehari saya punya 36jam, 12 jam akan saya peruntukkan untuk kerja, 12 jam lagi untuk Rayyan Ariff, dan selebihnya? Saya mahu tidur yang banyak!! Hahahaha..
:P

P/s - Selalu berangan, ada jutawan yang land on KernaKasihKita pastu cakap, "Nah amik duit sejuta neh.. Takyah keje lagi, I nak tgk you develop anak you.."
Come to think of it, mana ada jutawan nak baca KernaKasihKita.. Jutawan sibuk baca Financial Daily.. Tak pun magazine Times.. Muahahhahha..
.
Ok friends, till then.. =)

Sunday, July 18, 2010

Satu kerinduan yang tidak mungkin kan terpadam..

Ini kisah hari sabtu dua minggu yang lalu.. Alhamdulillah, keluarga superkids kami dapat berkumpul untuk kesekian kalinya.. Walaupun tidak semua yang dapat hadir, namun cukuplah untuk melepas rindu kerna sudah lama tidak ketemu.
.
Tempat pertemuan kali ini adalah di teratak kami.. Ayu, Syarul dan Nadime adalah yang pertama tiba diikuti oleh Shah, Zura dan Habib, Ita, Farid dan Sarra, dan juga Ida, Zali dan Aiman.. Menu yang kami sediakan agak ringkas kerana kami sendiri baru pulang dari SDMC untuk sesi terapi Rayyan Ariff.
.
Apabila sesekali berkumpul, banyak yang dapat kami bicarakan. Dan hati ini amat terhibur apabila mendengar celoteh dan lawak jenaka dari para ibubapa yang kental ini.
.
Pic credit to ShahZuraHabib..

Supermommies with their superkids!
.
Saya sudah punya anak perempuan.. Makanya sudah lengkaplah keluarga kami.. =P
.
Kami..
.Aiman & babahnya..
.Abang Long aka Abg Nadime..
.Habib yang cool..
.Abg Nadime ni sangat brotherly type.. Sama seperti yang diceritakan Ayu apabila Nadime bersama arwah Alanna..
.Syarul & ayu..
.Hidangan segera; nasi goreng black pepper, nasi goreng kunyit, ayam goreng rempah, nugget, kolonel burger, twisties, mini cornetto, pisang dan dari mummy Ayu, sup kambing cicah roti.. =)
.Kaum ibu..
.
Foto-foto ini sebetulnya dari FB Zura.. Saat saya menatap foto ini satu-persatu, terbit satu rasa sunyi di hati. Ada rasa kehilangan sebenarnya.. 3 lagi keluarga tiada di sini, namun saya tahu saya masih punya peluang untuk bertemu mereka.. Namun yang menyedihkan, wajah anakanda Alanna Qish tidak kelihatan dan tidak mungkin akan kelihatan..
.
Kosong.. Walau kami tahu dia akan sentiasanya ada di hati kami dan semangatnya akan terus bersemarak, namun suatu kekosongan itu akan kekal sebegitu..
.
Semoga ada kesempatan lagi untuk bertemu anakanda tercinta, walau sekadar di dalam mimpi.. Al-Fatihah buatmu wahai anakanda Alanna Qish...

Saturday, July 17, 2010

What-a-brutal-reality-to-be-digested!!

I was talking about the developmental assessment that Rayyan Ariff's Paed is planning to do on him in my post yesterday.. And not just that, I was asking myself, "What more do I have to give to be stronger?"
.
Because knowing something and getting a confirmation on the fact is totally 2 different things. Knowing about the delay in general, can still give you room to digest it slowly and steadily.. You'll have the benefit of being ignorant. But to have the details of the delay right before your eyes, is totally a brutal hit!!
.
I really hope that I dont have to face it. But there's no way for me to run or hide. You have to do something that you have to do. Fullstop.
. Bila sakit sudah sebati, tiada lagi ruang untuk merasa sakit!
.
Do you think I'm exaggerating about all this assessment thingy? Well, think again! Last nite, when I was bloghopping, I came accross this blog. She was talking about the same thing.. And she put her words nicely that it perfectly reflect all the worries that I have..
.
The test will focus on everything that Rayyan Ariff cant do..
- Rayyan Ariff cannot talk yet
- Rayyan Ariff cannot walk yet
- Rayyan Ariff cannot do so many things although he's already 2 years old!!

That's the way the test will look at my baby.. Whereas, I'm looking at him in totally opposite direction.. There's so many things that he can do and he's now figuring on how to do it. He's reaching for it, he just need some times.. That's it!

Thursday, July 15, 2010

Perlukah kita diingatkan tentang satu kesakitan berulang kali?

Dan seringnya saya nyatakan bahawa kehadirannya membahagiakan.. Kerna hadirnya dia membawa selautan kebahagian ke dalam hidup kami.. Gelak tawanya dan raung tangisnya adalah penawar segala kesakitan.. Pengubat segala kepedihan..
.
Aksinya pelbagai..
Keletahnya bermacam..
Rasa ingin tahunya berterusan..
Penerokaan berlanjutan..
.
Inilah Rayyan Ariff saya yang sangat istimewa. Istimewa di mata saya, dan mungkin turut istimewa di mata mereka yang 'mengenali' kisah anak kecil ini. Anak yang sama yang diramalkan mungkin tidak dapat mengenali erti hidup.. Yang mungkin tidak akan mengenali siapa ibubapanya.. Yang mungkin tidak akan mengetahui sesuatu apa sekali pun..
.
Dan kerna itu, saya bersyukur di atas segala kurniaanNya.. Kerana meminjamkan kami amanah yang sangat berharga ini.. Kerana membawa Rayyan Ariff sejauh ini.. Hati ini sangat bersyukur Ya Allah..
.
Saya tidak mungkin dapat bercakap bagi pihak ibubapa lain yang punya anak istimewa, namun apa yang saya rasakan, sedayanya cuba saya zahirkan di sini. Setiap kali mata ini melabuhkan pandangan pada wajah manis Rayyan Ariff yang tersenyum kegirangan, ada satu rasa yang lahir..
.
Wajah itu terlalu polos dan suci. Dia tidak mengerti dengan apa yang dilaluinya. Yang dia tahu dan faham, dia hanyalah menjalani hidup ini selayak anak-anak lain seusianya. Dia tidak tahu hakikat kejadiannya terlalu istimewa. Setiap senyuman dan jeritan gembira yang dilontarkannya adalah terlalu kudus.
.
Dia tidak mengerti bahawa dia sedang 'diperhati'.. Dia tidak memahami bahawa dia sedang 'dilabel'..
.
Melihatkan senyuman yang suci itu dan memahami bahawa dia sedang diuji membuatkan hati ini menangis. Walau bibir ini mengukir senyum balas buatnya, namun ada rasa pedih yang bersarang.
.
Melihatkan wajah senyumnya sudah cukup untuk mengingatkan diri ini tentang perjuangannya yang masih belum selesai. Melihatkan perlakuannya yang tidak seiring dengan penambahan usianya sudah cukup mengingatkan diri ini tentang perjalanan kisahnya yang masih jauh..
.
Kalau segalanya sudah cukup untuk mengingatkan pada hakikat sebuah kesakitan, perlukah diri ini diingatkan lagi dengan iringan fakta-fakta yang menyesakkan?
.
Menurut doktor, mereka mahu melakukan Development test pada Rayyan Ariff dalam masa 3 hingga 4 bulan lagi. Ujian ini akan meletakkan Rayyan Ariff pada tahap yang mana dia sebenarnya berada.
.
Contohnya, dari segi fizikal, dia mungkin masih berada pada tahap 7 bulan.. Dari segi pertuturan, dia mungkin masih berada pada tahap 8 bulan, dari segi kemahiran motor, dia mungkin berada pada tahap 18 bulan, dan begitulah seterusnya..
.
Apa yang perlu digusarkan? Teruskanlah sahaja dengan ujian itu!! Tidak salah sekadar mengetahui.. Ahhhh.. Kalaulah segalanya semudah itu!
.
Saya takut untuk mengetahui kerna tidak mahu terus-terusan diingatkan dengan hakikat sebuah kesakitan. Kenyataan sebuah kelewatan pada seorang anak yang padanya tertumpah segala kasih.
.
Saya tahu, segala usaha perlu ada penanda aras untuk menilai sebuah kejayaan. Seperti mana kita belajar, ujian diambil untuk mengetahui di mana tahap kita. Dan andai perlu lebih bimbingan, kita akan dihantar untuk mengikuti kelas tuisyen. Begitulah juga dengan Rayyan Ariff.
.
Mungkin ujian itu akan memberi ruang untuk kami mempergiatkan usaha 'membangunkan' Rayyan Ariff. Mungkin ujian itu akan memberikan lebih cara untuk kami 'membantu' Rayyan Ariff.. Mengenalpasti satu tahap untuk mencari jalan ke tahap yang lebih tinggi.. Mungkin..
.
Maka, saya tidak boleh terlalu memikirkan kesakitan diri ini. Kerana tajuk utamanya bukanlah diri ini.. Segalanya adalah tentang Rayyan Ariff!!
.
Dan untuk semua itu, saya hanya perlu terus-terusan mempersiapkan diri.. Agar hari ini lebih kuat daripada semalam, agar esok lebih teguh daripada hari ini.. Sesuatu yang sudah seringnya saya lakukan semenjak hadirnya benih cinta kami; Rayyan Ariff Alimin..
.
Kuat, kuat, dan terus kuat!

Wednesday, July 14, 2010

Persediaan menjadi abang?? InsyaAllah.. =)


A good friend of mine safely delivered a beautiful baby boy a couple of weeks ago.. Congrats to Ja & Ijoy on your new bundle of joy.. And baby Qays Adriel, WELCOME!!!
.
Sangat comel. I love the smell of newborn baby.. And I love the fact that newborn baby fit perfectly in my arms, so tiny and fragile, yet so adorable.. Oh, hopefully next year will be our turn to welcome a baby in our house.. Another RA.. =)
.
Rayyan Ariff didnt really show any negative reaction when I was holding baby Qays..
.
He looked at baby Qays curiously.. Maybe he was wondering why Mama needs to hold this sleeping baby.. Or maybe he was sondering what is this actually. I wish I can just read his mind so that I'll know whether he's ok to share his mama with someone else later or not.. =)
.
After a while, he has his smile back!! In fact, he kissed baby Qays a couple of times when we asked him to do so.. Hehehhehe.. *Bolehlah mama bagi kamu adik*
.
Baby Qays Adriel is the first grandchild in Ja side of family.. So mesti manja melebih-lebih pasni.. Just like Rayyan Ariff!! =)

Monday, July 12, 2010

Selamat hari ulangtahun buat hero2 kesayanganku..

12 Julai, hari ini hari lahir suami tercinta..
12 Julai, juga sepatutnya menjadi hari lahir anakanda tersayang..
Mengikut perkiraan, tuan kecik sepatutnya lahir pada 12 Julai..
Namun takdir Allah SWT mengatasi segalanya..
Tuan kecik lahir lebih awal dari tarikh jangkaan.. 2 bulan lebih awal..
Maka menjadikan kedua-dua hero saya ini tidak berkongsi tarikh lahir yang sama..
Namun,
Ianya tidak sedikit mengurangkan keistimewaan tarikh ini..
Selamat hari lahir buat suami tercinta..
Dan buat anakanda tersayang, your corrected age is now, 2 years old!!
Alhamdulillah..
Terima kasih tuhan, atas segala-galanya..
=)
.
Since it's his birthday, I've arranged for something special on Sunday..
Before this, I've promised him for a nice dinner date..
Was thinking of Fullhouse @ Ara Damansara coz I've been reading good reviews about their food, services and ambiance..

But then, the Tangan-Kaki-Mulut-Disease kicks in..
Since we cant go out until everything is OK for Tuan Kecik,
I try to keep my promise in a different way..
A NICE LUNCH INSTEAD!!

Nasi putih for him, nasi goreng + telur mata for me, sotong goreng tepung, ayam rempah and siakap steamed!
.
Bibik was on leave yesterday.. To cook all the dishes was a bit challenging because Rayyan Ariff was very cranky. So hubby took him out for a ride in his car while I'm playing the cooking games.. =P
.
The food were great. Not bad at all for a first timer.. =)
.
And just now, we finished his birthday off with a dinner date at Chop & Steak Kampung Baru, our all time favourite place!!
.
Grilled fish and lamb chop..
.
Tuan kecik? Alhamdulillah.. He's back to his usual self.. Playing, laughing and screaming like nobody's business!! Not too forget, eating and drinking his milk too! =P
*Sbb tu mama n ayah leh gi dating gedik2*
=)

Sunday, July 11, 2010

Owh saya tahu bahawa saya adalah seorang yang over!! :P

Seawal pagi khamis, saya terlihat ada bintik merah pada bahagian tepi bibir Rayyan Ariff. Mungkin gigitan nyamuk, getus hati.. Dan malamnya, pulang dari pejabat, saya dimaklumkan oleh bibik bahawa Rayyan Ariff tidak seaktif biasa. Selera makannya juga kurang.
.
Bintik di bawah bibir tadi semakin besar dan bagaikan kesan digaru. Namun dia sudah bisa tersenyum dan bergelak ketawa. Dan suhu badannya agak tinggi beserta hidung yang seakan-akan mula selsema. Mungkin tiada apa-apa yang serius, cuma demam sahaja. Saya berikan ubat kepada Rayyan Ariff sebelum tidurnya.
.
Dalam hati terbit sedikit ralat. Doktor ada berpesan supaya cuba mengelakkan Rayyan Ariff dari selsema. Kalau dia selsema berlanjutan seperti tempoh hari, ianya boleh memberi tekanan pada telinganya. "Perlu dijaga telinganya, sudahlah hanya satu pendengaran yang ada.."
.
Aduhh doktor, bagaimana mahu dijaga? Sebolehnya saya cuba mengelakkan dia selsema dengan memberikan Scott's Emulsion dan vitamin lainnya.. Kalaulah pendengaran itu bisa disimpan di dalam tupperware, sudah lama saya lakukan agar ianya tidak terjejas..
.
Jumaat, saya ke pejabat seperti biasa. Jam 8.30pm, saya menerima panggilan telefon dari bibik bertanyakan bila mahu pulang. Katanya, semakin banyak bintik-bintik merah pada bibir Rayyan Ariff. Seakan cacar air.
.
Saya bergegas pulang kerana mahu membawa Rayyan Ariff ke klinik. Kereta dipecut selaju yang mampu. Hubby yang tiba dirumah terlebih dahulu menelefon saya dan mengatakan ianya bukan cacar air. Hanya bahagian mulut sahaja yang berbintik. Mungkin ulser mulut, kata hubby. Hati ini sedikit lega.
.
Setibanya saya dirumah, Rayyan Ariff kelihatan biasa-biasa sahaja. Seperti tiada apa yang kurang. "Hmmm.. Esok sahajalah kita ke hospital. Lagipun, Ian ada appointment dengan Dr.Yong esok.." Kata saya kepada hubby dan dia terus bersetuju.
.
Esoknya, pagi-pagi lagi kami sudah ke PMC, Bangsar. Bibik ditinggalkan di KL Sentral kerana hari minggu ini adalah hari cutinya. Setibanya di klinik Dr.Yong, kami terus mendaftar dan kali ini, kami terpaksa membayar bil sendiri kerana kecuaian saya yang terlupa mengambil GL dari pejabat.
.
Sedang minum susu sewaktu menantikan giliran bertemu doktor.. Sudah mengantuk.. =)
.
Sesi bertemu doktor berjalan dengan lancar. Secara keseluruhan, doktor berpuas hati dengan keadaan Rayyan Ariff. Dengan berat yang hanya 10.11kg untuk usianya 2 tahun (he's still being measured by his corrected age), memang Rayyan Ariff berada di dalam kategori 'kurang berat badan'. Namun kerana ada peningkatan berbanding temujanji yang lalu, Dr.Yong sudah berpuas hati.. =)
.
Saya lupa berapa ukuran tinggi Rayyan Ariff. Namun yang pasti, he's in the 90th percentile! Yea, anak bujang saya memang tinggi. Tak lain dan tak bukan, tentu sahaja dari genetik ayahnya!! =)
.
Dr.Yong juga menyatakan mahu mengadakan development test pada temujanji yang seterusnya nanti.. (I'll blog about this later..) Berkenaan dengan bintik-bintik yang ada pada mulutnya, ia adalah sesuatu yang sangat tidak pernah saya jangkakan.. Berkali-kali saya meminta kepastian dari doktor, namun ianya memang HFM.. Oh Tangan, Kaki & Mulut, mengapa singgah pada Rayyan Ariff?? Kasihan anak bujang saya.. Kalau terus-terusan tidak berselera makan, makin kuruslah dia.. =(
.Ayah yang sedang mengambil ubat.. Bilnya, RM397.50 untuk sebotol ubat, dua jenis krim, dan harga konsultansi.. Hehhehe.. Itulah hospital prebet!!
.
Anak bujang saya yang sungguh lena.. Oh HFM, sila pergi dari anak ini secepatnya!
.
Tapi mujurlah dia tidak demam ataupun selsema. Syukur Alhamdulillah.. =)
.
Merujuk kepada entri sebelum ini, owh, saya tahu saya agak berlebih apabila tiba pada keadaan Rayyan Ariff. Namun saya tahu, saya cuma menjadi ibu kepada anak seistimewa Rayyan Ariff.. Pada badannya, terimplan satu alat yang menjadi faktor penting kemandiriannya. Maka wajarlah untuk saya terus berada di dalam kerisauan..
.
Alat itu, boleh berhenti berfungsi pada bila-bila masa. Tiada siapa yang dapat menentukan jangkahayatnya kecuali Dia. Tanpa alat itu, Rayyan Ariff mungkin tidak akan ada bersama-sama kami pada hari ini. Terima kasih kepada mereka yang telah menciptanya.
.
Foreign body tidak seperti tisu ataupun organ yang ada di dalam badan kita. Yang bisa pulih dengan ubat-ubatan sekiranya terkena infeksi. Tidak sama sekali. Kalau rosak, maka ianya perlu diganti. Di dalam kes seperti Rayyan Ariff, terdapat kejadian di mana si pemakainya koma kerana alat itu berhenti berfungsi dan ianya berlaku hanya di dalam tempoh beberapa jam sahaja.
.
Kerana itu saya menjadi fobia. Sering berkejar ke Bahagian Kecemasan setiap kali dia muntah-muntah yang disertakan dengan tidur yang berlebihan. Sering kerisauan apabila dia tidak seaktif biasa. Itulah sukarnya apabila kita hanya mampu memerhati.. Moga dijauhkan dari segala yang buruk. Moga ianya akan terus berfungsi.. Selama-lamanya. Semoga tuhan mendengar doa ibu ini.
.
Pernah, salah seorang daripada pakcik saya berkata, "Ish, dia takde apa2 la.. Sihat walafiat macam budak-budak lain. Pergilah suruh doktor buang benda tu. Takde dalam keturunan kita yang ada benda-benda macam ni.."
.
Saya hanya tersenyum. Biarlah Rayyan Ariff menjadi pemecah rekod 'keturunan'. Dia adalah wira saya yang sangat istimewa, makanya, segalanya tentang dia adalah istimewa dan tersendiri.. Bukan begitu?
=)

Friday, July 9, 2010

Takut untuk kehilangan membuatkan kita menjadi tak keruan..

Ini adalah satu wajah yang penuh kecintaan di dalam hidup kami.
Saya tahu dia hanya satu pinjaman dariNya, namun saya ingin dia selalunya ada kerana dia adalah penyeri..
Kerana dia adalah lambang kasih dan sayang..
Saya faham bila mereka katakan "It's a lifelong condition and there will be no cure for him, just treatment.."
Saya sangat faham. Dan saya benci pada diri sendiri kerana ianya tidak berada di dalam kawalan saya..
Saya terlalu takut dengan sebuah kehilangan kerna saya tahu saya tidak akan kuat untuk menghadapinya..
Saya benci dengan H*************** dan H************ yang sering membuatkan saya ketakutan..
Sering kerisauan..
Saya benci menjadi seorang yang mudah panik..
Saya tidak suka melihat wajah sakitnya..
Saya sedih apabila dia tidak seaktif biasa..
Takut..
Kalaulah dia boleh bersuara dan menyatakan di mana sakitnya..
Kalaulah..

Thursday, July 8, 2010

Entri tanpa tujuan dan bersifat biasa.. Sekadar membebel..

Betul. Ini adalah entri tanpa tujuan. Rambling bak kata orang Kelantan.. Menceceh macam mak nenek bak kata Incik Hubby.. Bahasa omputih tatau la plak ape bendanya.. :P
.

1) Ini gambar pertama yang Tuan kecik aka Tuan Rayyan Ariff captured guna henpon cap ayam saya. Yup, he's so into handphone nowadays.. Bukan stakat untuk gigit sahaja, abis la dia 'buat' call kalo keypad lupa nak lock!! Remote controls TV ke, Astro ke, aircond ke, menjerit la kalo tak bagi dia pegang once dia da nampak. Korang jangan la terkejut kalo tgh tengok TV tetiba je channel bertuka sendiri. Pusing tepi, sure ada tangan kecik dok tekan remote.. *sigh*

2) Semalam tuan kecik tido awal, sunyi sangat. Tp dpt online dengan aman la.. Hehhehe.. Since dia makin besar ni, makin seronok ajak bergurau.. Ketawa mengekek-ngekek padahal benda kecik jer..

3) Kan dah cakap tuhan akan bukakan jalan untuk menolong hambaNya.. *Alhamdulillah*.. Ari tu, dok risau camne nk bwk tuan kecik gi theraphies since my sister dah start blaja kat UiTM.. Tapi skrg dh kawtim ngan therapists dah.. Walaupun hari sabtu kami packed and tiring, tapi untuk kebaikan tuan kecik, mak rela nakkk.. =)

4) Lately neh, hati neh rasa cam sayang n rindu giler kat tuan besar aka Tuan Alimin. Sebelum ni pun syg tapi dua tiga menjak ni berlebih-lebih sket. Rasa macam berbunga-bunga cinta gituh. Ala2 dalam hati ada taman. Yang dia plak, nampak camtu gak.. sama.. Bila call asyik selit sayang la.. love you la.. kiss2 la.. ala2 romantik cam citer bobby gituh.. Apesal eh?? Kami ni buang tebiat ke?

5) Next monday befday tuan besar. Hadiah dh ada.. Tapi tengah pikir nk blanje mkn ape.. Nk thai food ke steamboat? Perghh bestnya siakap stim ngan nasik goreng kampung telur mata kat Kadir Ampang Jaya.. Tapi nasik goreng Johnny's pun tak menahan gak.. Mana satu neh? *ni sape punye befday neh?*

6) Skrg ni dok berangan2 nak re-decorate umah ngan barang2 ala-ala English style. Nak set meja laptop baru. Nak sofa Fella Design. Nak langsir baru bunga2 kaler putih merah. Nak tempah display rack untuk mainan tuan kecik. Nak tempah display kabinet ala2 English style dua bijik. Nak tempah kabinet TV ala2 english style jgk. Pastu nk tempah set meja mkn baru n bedroom set English style gak. Kontraktor dah bg quotation tak lebih RM10k untuk semua neh. Tapi tu la, mana nk carik duit? Usah kata 10k, for the time being, 10 hengget pun takde budget utk decoration.. Muahahhaa..

7) Nak gi bercuti tapi cuti budget cukup2 jer utk raya & appoinment tuan kecik. Camne tuh?? :P

8) Nak tuka keje bagi 'up' sket tapi tanak keje banyak. Managerial post tapi tanggungjawab tak besar sgt. Ade ke? Offer nak at least 30% higher than current salary with the same benefit that present employer is offering. Kat mana nak carik ek?

9) Nak tambah anak tapi takut sbb macam2 ada dlm kepale otak. Camne tuh??

10) Baru cash out duit nuffnang. Sbb blog ni byk citer pasal tuan kecik, so I've decided that the money should go to tuan kecik lah.. Dah order toys untuk dia.. Tinggal bayar je lagi.. =)

11) Since duit nuffnang tu pun generated from this blog's readers, tengah berkira-kira nak wat giveaway la jgk.. Token of appreciation to my followers. Tp ada ke yang nak join? Dh ada rangkanya cuma taktau bila bleh realize kan.. Hehehhe.. Hadiah? Sama jugak la dengan apa yang tuan kecik dapat, Fisher Price & Lamaze toys.. =)

12) My driving skill is getting better and better. Dah lepas la kalo ada yang nak ajak race.. :P

13) Dua tiga hari ni mata asyik terpandang-pandang kat Innova yang dok atas jalan tuh. Membuak-buak rasanya.. Bagi hint kat Incik hubby pastu dia kata, "Haaa.. Jangan sebut- sebut.. Kang merajuk kete abang.." Pastu dia tambah, "Down payment RM20K, monthly 1K++, ada brani?? Okeh, baik bos! Tak brani punyer!! Perdana pun perdana la.. :P

Banyak lagi nk membebel, tapi dah malas.. So, selamat bekerja all!!

Tuesday, July 6, 2010

Kau datang ketika duka, dan bintang bercahya tunjukku ke jalan syurga..

Alhamdulillah, untuk kesekian kalinya, keluarga superkids kami dapat berkumpul pada malam minggu yang lalu..
Walau tidak lama, cukup untuk melepaskan rindu dan bertanya khabar..
Dan pada pertemuan ini juga, kami menyaksikan air mata kerinduan pada seorang teman..
Air mata kehibaan..
Air mata tanda kehilangan..
Dan hati ini terasa kepiluannya..
Namun tiada apa yang dapat kami lakukan..
"Ayu dah tak ada anak.." Luahnya berserta tangisan kecil..
"Ini ada anak ni.." Serentak saya dan Ita memegang Nadime.
Walau kata kami bersatu, namun kami tahu maksud sebenar kata-kata Ayu..
Bagaimana getaran yang hadir di jiwanya di saat dia memangku Alisya..
Bagaimana hebatnya dia cuba melampias rindunya pada arwah Alanna..
Saat itu, walau tangan ini masih menyuap Rayyan Ariff yang sedang berada di ribaan,
mata ini meliar memandang Zura yang memangku Habib..
mata ini sesekali berpaling pada Ida yang sedang memangku Aiman..
Kami mengerti bahawa Ayu terlalu rindukan Alanna..
Yang sudah tiada untuk dipangku..
Yang sudah tiada untuk dipegang..
Dan Nadime, bagaikan mengerti gelodak di hati mummy..
"Daddy, mummy nangis.." Sungguh Nadime kelihatan matang walau usianya baru dua tahun lebih..
Mungkin pengalaman 'mendewasakan' anak kecil itu..
Saya sebenarnya tewas pada saat dan waktu itu..
Air mata masih bergenang tatkala menaip entri ini..
Kerana terbayang mata Ayu yang berair..
Kerana terbayang sinar mata Syarul tatkala mendengar ayat Nadime..
Sakit dan perit yang tak terperi..
Teman, andai sahaja diri ini punya kuasa untuk mengembalikan segalanya..
Andai sahaja..
Kalau sahaja hati ini ada ruang kosong setelah pemergian itu, apa lagi hatimu..
Kalau sahaja air mata ini tumpah apabila teringatkan perpisahan itu, apa lagi air matamu..
Satu kehilangan, yang sangat menyakitkan..
Namun dia kini tenang di sana..
Sementara menanti untuk bertemu mummy, daddy dan abgnya..
Al-Fatihah..
Alanna Qish Binti Syarulniza
24/8/2009-5/6.2009

Ayu, Syarul & Nadime, tiada sesiapa yang dapat menggantikan tempat Alanna Qish kerna dia terlalu istimewa.. Namun sudilah kiranya kalian terus melimpahkan kasih yang ada kepada Rayyan Ariff, Yasmin Nabilah, Megat Idris, Habib Azfar, Alisya Qaireen, Ammar Nazheef, Muhammad Irfan dan anak-anak yang seistimewa mereka.. Peluklah mereka semahumu kerna walaupun ianya tidak bisa menghilangkan rindumu pada Alanna, namun biarlah ianya menjadi sandaran walau seketika cuma..
.
"Dalam tahajjud cinta bersujud.."

Monday, July 5, 2010

Rayyan Ariff yang sering memeranjatkan.. (",)

Sehari sebelum majlis perkahwinan abang saya, Rayyan Ariff jatuh katil! Kali kedua sebenarnya *pls refer to the old entry*
.
Gambar sebelum kejadian.. Rayyan Ariff yang enak beradu di kamar pengantin..
.
Ironinya, Rayyan Ariff jatuh di sebelah bahagian yang berlandasankan bantal.. Jatuh bersama-sama bantal yang dijadikan benteng. Orang yang bertanggungjawab menjaganya? Semua tiada di tempat kejadian termasuk Uncle nya.. Saya pula sedang mandi..
.
Tangisannya kali ini agak lama. Selepas diberi minum air putih barulah dia sedikit tenang. Kami hanya memerhatikan sahaja keadaannya selepas itu. Ok, masih aktif. Namun pada pagi keesokannya, Rayyan Ariff mula muntah-muntah.
.
Badannya lemah dan dia hanya tidur. Bangunnya hanya untuk muntah. Setelah kali ke-4 Rayyan Ariff muntah, kami terus berkejar ke hospital untuk berjumpa dengan paed Rayyan Ariff yang pernah beberapa kali merawat Rayyan Ariff setiap kali dia sakit di kampung.
.
Di klinik, dia masih lemah. Cukup merisaukan.
.
Sebaik sahaja kami masuk berjumpa doktor, Rayyan Ariff mula tersenyum. Ketawa. Menari. Bersalam dengan doktor. Dan sewaktu mahu berjalan keluar dari klinik, dia juga mahu berjalan sendiri sambil dipimpin.
.
Sudahnya kami pulang sahaja. Doktor hanya tertawa dan menyatakan, "Mungkin Rayyan rindukan saya.." Aduhhh.. Geramnya.. Terlepas mama mahu menyambut ketibaan pengantin! :P
.
Sebenarnya, ini adalah kali ketiga perkara yang sama terjadi. Muntah-muntah yang teruk sehingga tersembur di antara 5-6 kali, disertakan dengan badan yang lemah dan mata yang mengantuk. Dan untuk dua kali sebelum ini, kami mengejarkan Rayyan Ariff ke PMC, Bangsar.
.
Mahu dijadikan cerita, apabila diperiksa doktor, Rayyan Ariff mula memberikan respon dan tidak menunjukkan tanda-tanda sakit. Ceria seperti selalunya dia. Ketawa mengekek. Aduhhh.. "Mungkin dia mahu menghidu bau hospital." Kata salah seorang daripada doktor yang memeriksanya sekadar berseloroh.
.
Hmmm.. Apa sebenarnya yang terjadi? Kami tidak dapat membuat sebarang kesimpulan. Saya tahu seharusnya kami menunggu dan memantau dalam tempoh 24jam sebelum berkejar ke hospital. But I cant help it! Being a mother is about exaggerating.. Hahahhaha.. Being me!
.
Better safe than sorry..
.
Selepas kejadian.. Sebaik tiba di rumah, Rayyan Ariff tidur dengan lena sekali.. Bangkit dari tidur, cheeky and playful as always!
.
Flying kiss untuk semua..
.Mmuahhh..
.
Cuteness!!