Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Friday, July 3, 2015

4 cerita. 4 kisah.

More than a month since my last update, and lots of things had taken place since then. I would say it had been major roller coaster rides for everyone in the family. I foresee that this entry will be a long one if just I have the time to detail out everything. But the truth is, I dont. So it will just be a brief update.
 
Kisah pertama.
Saying good bye.


Finally, we said good bye to this white baby of ours. Rezeki pakai dia cuma 3 tahun. Since Dec 2014 memang dah jarang bawak dia. Harap-harap nanti dia berkhidmat sebaik mungkin dengan owner baru dia, sebagaimana he was so good to us.

Untung owner baru, dah siap DVD player, reverse camera bagai. At RM53K, it surely is a good bargain. Rindu setiap kali tengok Grand Livina kat atas jalan. Hekhek. Touching.

So sekarang maintain 2 kereta sahaja. Alhamdulillah. Lega RM1k per month di situ.

Kisah kedua
Hospital admission yang pertama untuk Rayyan Ariff bagi tahun 2015. Harap-harap biarlah jadi yang terakhir, untuk selama-lamanya. Tinggi harapan aku ni. Hekhek.

Kali ni, kisahnya sangat-sangat scary. Subhanallah, tengok dia yang biru dan tak bernafas, jiwa aku pecah. Pecah berkecai macam pinggan kaca jatuh daripada tingkat 18.

25 Mei 2015, Hospital Ampang.

Dari Hospital Ampang membawak ke SDMC, seminggu berkampung. Macam-macam cerita. And yes, subsequently memang banyaklah isu yang kena address. Even until now pun tak truly settle, tapi Alhamdulillah dia dah OK banyak, dah kembali ceria, dah kembali bising.

Kalau untuk emergency help, memang aku akan kejarkan Rayyan Ariff ke hospital Ampang sebab yang tu paling dekat. Bila dah stable, aku request transfer ke SDMC. Bukan nak mengada, tapi aku comfortable dengan satu doktor yang memang dah tengok Rayyan Ariff daripada baby lagi. Dia tau sejarah, paling senang nak handle. Tambah-tambah untuk kes melibatkan neurologist and ENT specialist.

Kisah ketiga.
Cerita pindah barang sehari sebelum puasa. Bertungkus-lumus mengemas sebab nak jugak angkat barang before puasa. Memang haywire kelam kabut hidup. Dalam kalut nak berpindah, dalam nak membalas whatsapp itu ini. Harap-harap takde yang tertinggal. If ada, tlg say "up" supaya saya nampak balik mesej.

Tak sampai separuh yang dikeluarkan. Ada banyaaaak lagi yang menyusul selepas gambar ni.

Barang terlampau banyak dalam rumah yang kecik. Dengan barang-barang kami sendiri, dengan barang-barang Young Living pulak, memang penuh rumah. So aku carik another space and rent it untuk letak barang semata. Unit kat atas blok aku aje. Nak pindah rumah for the time being aku memang tak berani memikirkan Rayyan Ariff. Apa-apa, tempat sekarang senang. Ada emergency macam minggu sebelum tu, aku lari aje ke A&E Hospital Ampang. Keluar gate masuk gate kaedahnya.

Tangan yang cedera semasa proses angkat-mengangkat barang. Lama jugak sakitnya. Awal kena, memang tak boleh guna langsung tangan ni. Nak angkat pun sakit, apa lagi nak buat kerja. Merasa aku bawak kereta satu tangan. Nasib baik kereta auto.
 
Time teringat, rajinlah aku menyapu PanAway. Time tak ingat, biar aje. Hahaha. Dah lebih 2 minggu tapi still akan rasa sakit kalau buat kerja berat. Angkat takbir pun tak betul mana lagi.. Hopefully makin lama OK lah tu. Doctor estimate 2-3 minggu nak OK, so kita tengoklah cemana. Dah masuk 3 minggu dah padahal.
 
Kisah ke empat
Kisah 3 Ramadhan. Kisah 20 June 2015.

Al-Fatihah Ma.
 
Sakitnya menyaksikan sebuah kehilangan. Kasihan yang menggunung pada bapa mertua yang paling terkesan dengan pemergian isteri tercinta. 54 tahun hidup bersama bukan satu tempoh yang singkat. Pemergian yang sangat-sangat mengejut, sedangkan sehari sebelumnya kami masih berbuka bersama dengan juadah nasi kerabu hasil air tangan beliau.
 
Semoga Allah SWT kurniakan syurga tanpa hisab buat Ma.
 
 
Hidup roller coaster.
Salam Ramadhan dan selamat berpuasa.
Assalamualaikum. 
 

Monday, May 19, 2014

12 purnama yang telah berlalu.

Semalam, genap setahun pemergiannya.
12 purnama telah berlalu.
18 Mei 2013 - 18 Mei 2014.
Al-Fatihah buat ayahanda tercinta.
Semoga syurga tanpa hisab milik abah.
 
 Pagi yang sama, sang suami keluar membeli sarapan. Lama. Hampir 2 jam.
Rifa Aleesya yang memang becok berbicara datang dengan muka resah.
"Mama, kita makan apa Mama?"
"Nasi goreng. Tunggu Ayah balik kita makan sama2. Lamanya keluar membeli!" Memberi penjelasan dalam membebel. Anak-anak tidak dirisaukan sangat. Walaupun Rayyan Ariff sedia menanti laksam, perutnya sudah beralas roti. Sama seperti Rifa Aleesya yang sudah beralas susu.
"Nanti mama call ayah."
"Ok."
"Ala dik.. Tak dapat la. Ayah tak picked up."
"Ala.. Nak cakap mama.."
"Ok, mama call Che Su yea? Cakap dengan Che Su.."
"Ok."
"Alamak, Che Su tak dapat la.. Cakap dengan Wan nak? Mama call Wan eh?"
"Tanak. Tanak cakap Wan. Nak cakap Tok!"
"Tok takde la Dik.. Dah lama takde. Meninggal. Cakap dengan Ayah Chik nak?"
"Ok. Cakap Ayah Chik." 

Betapa. Kalaulah mampu untuk kalian lebih mengenali Atuk. Kalaulah bisa kalian terus diladeni kasih sayangnya.
Jika tiada kesempatan di dunia, bisakah Kau berikan kesempatan untuk mereka di syurgaMu Ya Allah?
Semoga ada pertemuan untuk mereka.Untuk kami.
Aminnnn.

Monday, February 10, 2014

Dear diri, sila jangan biar belog berhabuk. Sila buat sesuatu.

Nah, pesanan penaja untuk diri sendiri. Kalau malas jugak lagi tatau la.. Sekarang ni aku rasa belog ni macam lebih banyak meaningless updates. Too many things yang berlaku, sama ada yang lurus ke depan or bengkang bengkok, which resulting in kemalasan tahap dewa.
 
Sedang terpikir-pikir, mungkin akan menutup ruang ini untuk restricted readers. 100 readers. Atau mungkin juga, akan biarkan mana-mana post yang relevant untuk terus di sini dan aku akan berhenti menulis perkara seharian. Sampai di sini.
 
Masih dalam pertimbangan. Awal waktu, tujuan utama aku menulis di sini untuk bercerita tentang Rayyan Ariff. Berkongsi rasa dan memberi harapan kepada orang lain. Sehingga saat ini, aku masih menerima mesej peribadi bertanya itu ini tentang anak seperti Rayyan Ariff. Mereka mencari pengharapan di dalam setiap pertanyaan dan cuba mengutip pengalaman kami sebagai panduan mungkin. Dan aku penuhi selayak mampu, kerna aku juga pernah berada di dalam situasi tiada harapan, tiada jalan. Maka aku tahu bagaimana sakitnya.
 
Namun lewat waktu yang berlalu, aku hilang momentum. Mungkin cabaran hidup yang kelihatan menekan. Mungkin. Andai kalian tidak lagi menemui aku di sini, aku masih ada. Di FB, IG dan sebagainya. Masih meneruskan usaha untuk Rayyan Ariff dan keluarga, masih cuba menjadi hambaNya yang baik. Masih terus mencuba.
 
Sementara aku fikirkan apa yang mahu aku lakukan dengan ruangan ini, kita teruskan seperti kebiasaannya. Bercerita dan mencoret dari sudut penglihatan manusia biasa, yang tiada apa yang lebih dan tidak juga terlalu kurang.
 
 Berbalik kepada cerita kehidupan.

Alhamdulillah, dengan izinNya, cuti tahun baru cina tempoh hari dapat aku dedikasikan untuk orang-orang tersayang yang menjadi paksi untuk aku terus melangkah. Keluarga. Apa lagi yang lebih penting selain mereka bukan? :-)

Majlis pernikahan sepupu di Kuala Krai. Aku membesar bersama mereka.. Mandi sungai, cuba menoreh getah, memancing, tangkap belalang dan segala permainan kampung. Waktu indah tanpa permasalahan. Rindu.

Wanita tua ini penghubung utama. Aku sayang dia sepenuh hati. Setiap kali pulangku ke kampung, kunjungan ke rumahnya adalah pasti. Dialah pengubat rindu yang sarat untuk Abah.

Dua hari di Kuala Krai. Khamis dan jumaat, bersama membanting keringat menjayakan majlis.

Sabtu dan Ahad, meneruskan sesi menyelesaikan apa yang perlu. Apa sahaja.

Belindan aka kepok untuk Abah. Sejujurnya, aku mahukan sesuatu yang super cantik di mataku. Walau itu bermakna aku harus mengira setiap sen wang yang ada di dalam akaun aku untuk menambah peruntukan yang mami berikan, aku sanggup. Mami juga setuju. Tanda kasih kiranya. Tapi abangku menghalang, katanya, pergilah cari dan baca, apa hukumnya menghias kuburan. Kasih kita pada Abah bukan terletak pada mewahnya kuburan. Selagi ingatan dan doa untuknya tidak terhenti, selagi itulah kasih kita nyata. Sampai bila-bila.
Al-Fatihah.

Dan seterusnya, acara wajib setiap kali pulang ke Kota Bharu. Makan, makan dan makan.

Pagi yang berkabus. Sejuk seperti di tanah tinggi layaknya. ;-)

Nasi kerabu Kak Tie, Sungai Durian. Sedap OK! Licin baru snapped. Hahaha. Adab orang lapar. Siap ada fesbuk lagi kedai makan ni tau!

Nasi goreng belacan Sutera Cafe, Kota Bharu. Tempat lepak zaman persekolahan. Marvellous!!

Nasi berlauk Kak Wok.

Nasi Ulam Cikgu, Kampung Kraftangan. Orang ramai tak hengat!!

Rare. Sedap sangat-sangat. Lukcing aka satay ikan. Fuhhhh.. Teringat-ingat..
 
Seterusnya, acara tiup lilin ulangtahun ke-24 adinda tersayang. Adinda bongsu yang satu-satunya masih menjadi tanggungjawab aku dan Abang-abangnya. Amanah Abah.

Ada orang marah bila kita nyanyi happy befday utk Che Su dia. Tu yang ada penyibuk nak tiup lilin jugak tu. Heh.

Happy 24th birthday Che Su. Semoga sukses di dalam apa sahaja lapangan yang Che Su ceburi.

Kesayangans. ;-)

Menu instant untuk birthday Che Su. Kenny Rogers, McD, Pizza dan kek. Kenyang bukan main. Alhamdulillah. Sambutan di rumah nenek tercinta. Bukanlah sambutan mana pun, lebih kepada berziarah. Maklumlah, pada majlis perkahwinan yang sudah tentunya sibuk, manalah sempat berbual dan bertanya khabar. Jadi, ruang waktu yang sempit ini sahajalah kami gunakan untuk bertanya khabar.

Dari dulu lagi, aku tidak pernah gagal berkunjung ke rumahnya setiap kali aku pulang ke kampung. Dan dia juga begitu. Sewaktu aku berpantang selepas melahirkan Rifa Aleesya, dia juga tidak pernah gagal melawatku berselang hari. Dalam seribu kepayahan, dia datang berziarah. Tahu sajalah orang tua, macamana langkahnya. Macamana pergerakannya.

"Kalau tak datang sekarang, nanti dah balik KL makin susahlah nak jumpa." Ayat yang dituturkan saat aku nyatakan tidak perlulah untuk dia datang selalu. Kasihan aku melihat langkahnya yang sukar.

Kini, uzur makin jelas kelihatan di dalam setiap langkahnya. Dia sudah tidak segagah dahulu untuk ke sana ke mari. Kerna itu aku tidak mahu melepaskan peluang untuk berziarah di dalam setiap kepulanganku. Tidak puas atau cukup sekadar bertanya khabar melalui telefon.

Ya Allah, peliharalah kesayangan-kesayanganku ini di dalam rahmatMu ya Allah. Aku sayang dan cintakan mereka, keranaMu ya Allah.

Sekian. Till then. :-)


Wednesday, October 2, 2013

Kisah 2 hari minggu..

Cita-cita satu entri sehari memang tak tercapai. In between sibuk, nafsu berbelog pun dah agak kureng sebenarnya.. Sobsobsob.. Penangan IG kot.. Senang, cepat.. Snapped gamba, taip sket2 terus post. Linked pulak dengan FB, so kiranya sekali harunglah.. Senangkan?
 
Ok, berbalik pada cerita weekend.
 
Tanggal 21 September 2013, Abang sulung aka my one and only elder brother dah selamat berangkat ke Belgium untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Saja apply nak sambung kat negara orang. Nak merasa katanya. Baguslah tu, sebab aku memang malas dah menanti.. Ekekeke.. So nanti, bonus simpan siap-siap kot2 nak gi Belgium katanya.. Kahhhh..
 
The four of us. Harap-harap ikatan yang terjalin mesra ni akan berkekalan dan takkan ada benda-benda yang boleh menggugat persaudaraan kami.. Aminnn


Dah jadi medan catching up. Abah's youngest brother turun serta menghantar. Tengok muka Rifa Aleesya, dah almost 10pm so muka memang dah ngantuk sangatlah kan..

Syahdu sebenarnya tengok gambar ni.. Kalau Abah ada, dialah yang akan jadi orang paling riuh. Orang paling bangga.. Agaknya, menghantar ke airport dah bangga macam dah graduate kot. Mommy tak ada sebab dia masih dalam edah.. Sedih lagi di situ. Cepatnya la hai Abah pergi.. Al-Fatihah abah.

Budak cewi jumpa beg tarik-tarik..

Peace ya'all..

Ni la pengantin baru ari tu.. Hitam putih kehidupan sungguh beza warna kulitnya.. =P

Flight sepatutnya pukul 1120pm kot.. Tapi delay sampai ke pukul 1am.. Sementara tu kami sibuk la ber camwhore.. Since flight delay gitu gaya, takde la kami tunggu lama-lama.. Budak kecik ada kan.. Siyan plak.. Parents in law my brother pun datang jugak..
 
Gagah sangatttt.. Muka Rayyan Ariff ada iras Uncle dia eh???

Ada la kot sket irasnya.. Tapi Ian lagi ensem la Uncle.. Uncle mana handsome.. Muka jambu..

My brother and his wife.. In Shaa Allah, Kak Farah akan menyusul ke sana by Januari.. Moga2 mereka akan dapat baby made in Belgium.. Aminnnn (cepat korang2 tolong aminkan!)
 
Even dah takde depan mata, tapi selalu je whatsapp. So takdelah rasa totally lost gitu. Teknologi katanya. Tapi seriously, hati aku berdebar-debar nak hadap kenduri sambut menantu on our side 13 Oktober nanti.. Bila Abang Long takde, Kak Ngah la yang kena take over kan?? Betapa aku sangat tak sanggup sebenarnya. Abah, Kak rindu Abah. Rindu sangat-sangat. =(
 
Esoknya takde apa yang menarik, just ke Port Klang untuk stimula Abg Rayyan kita.. =)
 
Sabtu semalam, 28 September 2013 pulak, aku ada di kampung halaman. Malam Jumaat bertolak with my younger brother dan sampai around 4am.. Tak sihat sebenarnya. Selsema dan batuk teruk. Tapi sebab ada urusan rasmi aka perbicaraan kes pusaka Abah, gagahkan jugak diri untuk balik.
 
Hari Sabtu tu busy ke hulu ke hilir. Mula-mula pergi rumah my Aunt untuk dapatkan geran tanah original. Masa orang dari Pej Tanah called, dia dah informed awal-awal suruh bawak geran asal untuk semua tanah yang dituntut. Luckily semua pun ada. Buku akaun bank dengan penyata selepas Abah takde pun memang dah siap awal-awal masa buat permohonan tempoh hari. Borang DDA pewaris yang tak dapat hadir pun dah hantar awal-awal.
 
Since dokumen dah lengkap, kami ke Pasar Siti Khatijah sekejap (ke nama lain dah sekarang? Rasa sama je kot. Wallahualam.). Kat sana, my mom beli sayur mayur dan buah-buah. Alang-alang, kami beli sekali doorgift untuk majlis my bro nanti..

Segar dan murah. #ThisIsKotaBharu
 
Lepas tu gi kedai yang jual barang pengantin. Rupanya kat sini lagi murah wehh!! Murah by RM0.30 jugaklah seunit. Cuba imagine bila beli dalam kuantiti yang banyak dah berapa beza dia.. Sighhhh.. Dah terbeli nak buat cemana. So just tambah beli paper bag je la kat sini.

Beli tiga jenis barang plus satu paper bag.. Tinggal lagi nak tempah apam polkadot dan beli gula-gula.. =)
 
Esoknya pagi-pagi, sebelum menghadiri perbicaraan, aku, adik dan mommy ke kuburan Abah terdahulu. Menziarah. Syahdu, tenang, damai.. Semuanya berbaur. Tak pernah aku bayangkan aku akan menziarahi Abah di tempat ini dalam waktu terdekat ini. Betapa sungguh kematian itu tidak mengira sesuatu apa.

Pertemuan pertama Mommy dan Abah setelah hari persemadian. Setelah habis edah. Tanah kubur Abah sudah nampak padat. In Shaa Allah pulang sekali lagi kami sudah boleh menempah belindan dan batu nisan untuk Abah.. =(
 
Usai bacaan yassin untuk Abah, kami menghantar mommy pulang dan terus ke HUSM sebentar. Mengambil ubat mommy yang sudah terputus bekalan. Selesai sahaja, terus ke Pejabat Tanah dan Galian. Perbicaraan berjalan lancar. Semoga dalam masa terdekat ini, perintah mahkamah dapat dikeluarkan tanpa masalah kerana ada sedikit isu yang timbul berkenaan dengan borang DDA yang ditandatangani oleh waris-waris yang tidak adil iaitu Mommy, Abang dan adik perempuan aku.
 
Pengalaman baru. Perspektif baru. Itu yang boleh aku simpulkan mengenai pengalaman aku menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan Abah.
 
"Ada melibatkan pembayaran tambahan ke bagi mengimbangi jumlah harta yang dibahagikan? Mungkin A bayar kepada B, B bayar kepada C supaya semuanya adil?" Tiada. Jawab aku.
"Betulkah semua setuju dengan cara pembahagian? Si C dan Si D akan dapat lebih, sedar dan maklumkah A, B dan E?" Tahu, puan. Sedar dan kami setuju. Jawab aku.
"Benarkah wang tunai ini tidak mahu dibahagi dengan waris yang lain? Hanya seorang penerima sahaja. Kamu sedar jumlahnya besar?" Sedar puan. Memang semuanya untuk seorang penerima.
 
Sungguh aku tidak tahu sama ada soalan-soalan yang diajukan adalah prosedur lazim bagi si hakim atau kerana dia berasa pelik dengan hasil pembahagian yang dipersetujui. Siapa yang tidak mahu harta berjuta? Terutamanya aku yang sangat-sangat perlu berkira setiap sen dalam mengubati Rayyan Ariff. Tapi pada kami, ianya semudah, harta dunia boleh dicari. Tidak perlu berebut-rebut sehingga perlu bersengketa. Bukan kerana kami orang senang atau kaya-raya, tapi mungkin kerana kami sudah biasa susah. Sudah terbiasa mengejar kesemuanya dengan keringat sendiri.
 
Untuk aku sendiri, aku yang menguruskan semuanya sedang mereka yang lain hanya menurunkan tandatangan. Kalau mahu menipu, memang mudah sahaja. Tapi aku mengambil langkah tambahan menerangkan setiap asas pembahagian kepada semua waris yang terlibat. Aku tidak mahu disoal di akhirat kelak untuk sesuatu yang bukan milik aku..
 
Menguruskan sendiri memang penat berbanding melantik pihak Amanahraya untuk menguruskannya. Tapi dari segi fee dan caj perkhidmatan juga besar bezanya. Untuk bayaran kepada Pej Tanah, hanya 0.2% daripada nilai keseluruhan harta yang dipohon. Bagi Amanahraya pula, mereka mengenakan fee sebanyak 2%.. Memang besar bezanya. Kalau mampu dan tidak mahu renyah, lantik sahaja Amanahraya. Bayaran akan dipotong dari wang tunai sedia ada yang dituntut milik si mati, dan bukanlah bayaran tunai.
 
Dalam kes kami, jumlah yang perlu dibayar iaitu 0.2% daripada nilai keseluruhan harta adalah menghampiri jumlah RM3K. Cuba bayangkan, kalau melantik Amanahraya, hampir RM30K jumlahnya! Sudah boleh dibuat duit muka membeli rumah. Sayanglah. Itupun kami anggarkan nilaian hartanah pada harga paling minimum. Kita bukan orang kaya dan berada. Jawabnya, urus sahaja sendiri dari A ke Z. Renyahnya, hampir beberapa kali juga saya perlu berulang-alik dari KL-KB untuk menyelesaikan urusan. Tapi puas. =)
 
Kalau ada yang berminat untuk mengambiltahu proses dan prosedur yang perlu dilakukan, In Shaa Allah saya akan berkongsi di sini. Melalui sendiri = Pengalaman = Penambahan ilmu. Alhamdulillah.. =) 

Friday, June 28, 2013

Satu kisah epik, puisi naratif yang panjang..

Maaf kalau ada yang jelak dengan bicara aku mengenai Abah. Abaikan sahaja.

Aku cuma mahu berkongsi satu kisah epik. Puisi naratif yang yang panjang..

Pernah ada kawan yang berkata, ini kisah biasa. Atuk dan cucu, begitulah resminya. Sayang melebihi anak sendiri.

Tapi aku degil. Aku memilih untuk percaya ini kisah kasih yang luar biasa. Ambil sahaja kisah menolak kerusi roda yang aku ceritakan sebelum ini.

Tahun 2012 cukup sukar buat Rayyan Ariff, buat semua. Masuk wad berkali-kali. Masuk OT lebih sekali. Temujanji tidak dapat dikira dengan jari.

Setiap kali Rayyan Ariff masuk wad, setiap kali itulah Abah tak pernah gagal datang dari Kota Bharu. Bergelut dengan jadual kerja yang padat dan cucu yang sering sakit.



Untuk foto ini, Rayyan Ariff sekali lagi demam yang berpanjangan. Abah datang untuk 5 hari. Di dalam 5 hari kunjungan Abah, tidak ada sekejap pun Abah pulang ke rumah. Sedang kami ibu dan ayahnya pun mengambil giliran menjaga Rayyan Ariff. Seketika, pulang untuk mandi dengan selesa di rumah sendiri. Untuk merebah badan dengan nyaman di katil sendiri.

Tapi Abah, selepas 8 jam perjalanan menaiki bas dari Kota Bharu, tiba sahaja terus ke hospital. Tidak pulang berehat walau sehari.

"Baliklah Abah. Tido sekejap. Rehatkan badan.."

"Abah takde hal. Kat situ pun abah boleh tido.." Sambil telunjuknya menuding lantai wad yang beralas tikar.

"Mana nyenyak Bah.. Sekejap-sekejap nurse datang check. Sekejap-sekejap ambik suhu. Sekejap-sekejap bagi ubat. Tidur asyik terganggu. Abah kan ada darah tinggi. Mana boleh tak cukup tido.."

"Ian tak balik, takkan Atuk nak balik. Kan, Ian?" Ujar Abah sambil memandang Rayyan Ariff.

Aku diam dalam terharu.

Tatkala Rayyan Ariff menolak untuk makan, Abah letak di atas kerusi roda dan meminta aku menunggu di pintu bilik. Kerusi di tolak mengelilingi wad. Satu pusingan, berhenti di hadapanku untuk disuap roti.

Untuk menghabiskan sebungkus roti jagung Gardenia, 28 pusingan wad kanak-kanak di tingkat 5 SJMC Abah pusing.

Masih jelas tergambar, nafas Abah yang tercungap-cungap menolak cucu kesayangan. Jujur aku katakan, kalau aku sendiri, paling banyak pun 10 pusingan yang aku mampu. Lelah.

Cinta lelaki ini memang hebat. Kalau kata agung itu hanya antara manusia dan tuhan, maka izinkan aku gelarkan kisah kasih ini sebagai kisah epik.

Al-Fatihah Abah. Atuk terhebat untuk cucu yang hebat.

Thursday, June 27, 2013

Keletah anak-anak..


Penawar dan racun jiwa..

So far anak cuma dua. Takde plan pun nak menambah dalam waktu terdekat. Fokus sekarang adalah pada pemulihan Rayyan Ariff.

Honestly, aku tak pernah gambarkan punya ramai anak. Paling ramai tiga. Kualiti harus melebihi kuantiti. Punya anak ramai, tapi terbiar untuk apa? Seharian ditinggalkan bersama Bibik. Kasihannnn.. Kata hati.

Tapi pemergian Abah mengubah sudut aku memandang kehidupan.

Sewaktu sakitnya, anak menantu bertungkus lumus menjaga, melayan kerenah.

"Awak nak sarung tangan tak?" Tanya si jururawat kepada adik lelaki yang sedang memulakan tugas mencuci berak kencing Abah. "Tak perlu nurse. Ini ayah saya.." Jawabnya yakin. Tiada kotor tiada geli.

Kata adik perempuanku, setiap pagi, apabila Adik lelakiku memandikan Abah, dia nampak puas dan gembira setiap kali menyikat rambut Abah dan membedakkan Abah. Indah rasa dapat berbakti.

Setiap makanan yang Abah minta, bertungkus lumus anak menantu sediakan. Bersuap makan minum. Sandwich sardin, sandwich telur. Apa-apa sahaja.

Bakti terakhir untuk Abah.

Lebih besar lagi, setelah ketiadaan Abah. Setiap hari, setiap rindu, tanpa jemu aku utuskan kalamullah buat santapan jiwa Abah. Kalau kekurangan waktu untuk Yassin, cukup sekadar Al-Fatihah buat kiriman. Waktu memandu, waktu bekerja, waktu makan. Zikrullah juga sama. Aku yakin, adik beradik lain juga memberikan hadiah yang sama.

Ia buat aku terfikir, di alam sana, cuma ada kita dan amalan menghadapNya. Tidak mungkin bisa kembali lagi untuk menambah amalan.

Yang masih berterusan cuma sedekah / wakaf yang berpanjangan dan doa si anak.

Itulah gunanya anak. Itulah guna. Semoga kita menjadi aset untuk ibubapa kita. Semoga anak-anak kita menjadi aset untuk kita nanti. Aminnn..



Monday, June 17, 2013

Jangan sabarkan aku.. Aku tahu hakikat ketuhanan..

Lama tidak ke sini. Kerana asalnya, aku hanya mahu kembali dengan mengabadikan sesuatu untuk Abah. A tribute. Tapi masih bergelumang dengan masa. Kekurangan masa. Maka, sekali lagi aku kongsikan sesuatu dari FB.. Tanda kerinduan yang menggunung..

**************************

12 May, di ruang Bahagian Kecemasan, HUSM Abah terbaring di dalam kesakitannya. Kutinggalkan dia seketika untuk berbicara dengan doktor yang baru sahaja selesai meneliti laporan perubatannya.

Tiada harapan. Kata si doktor.
                        
Aku kembali kepada lelaki itu. Dalam lemahku, aku menangis padanya. "Abah, tolonglah sihat. Abah tolonglah lawanlah sakit Abah. Sihatlah untuk Rayyan. Kesian Rayyan. Rayyan rindu Atuk. Tiap kali Rayyan nampak org lelaki tua, dia akan pergi mintak dukung. Dia ingat tu Abah. Dia ingat tu Atuk dia. Abah tak kesian dekat Ian? Sihatlah Abah, balik dukung Rayyan.."

Abah pandang tepat ke mataku. Abah angguk, dalam lemahnya.

Malamnya, di hadapan adik kesayangannya, Pak Su, Abah mengalirkan air mata. Kata Abah, lakukanlah apa sahaja yang perlu untuk dia sembuh. Dia mahu sembuh. Dia mahu pulang untuk dukung Rayyan. 

14 May, abah sudah redha. Abah sudah mengalah. Kerana dia tahu masanya sudah tiba.

18 May, Abah pulang kepada penciptaNya.

Abah, maaf kerana Kak buat Abah menangis. Demi Rayyan Ariff si anak syurga. Maaf. 


Al-Fatihah

 


****************************

Janji Abah.

Janji Abah pd Mami, tahun dpn kita pegi haji sama2.


Janji Abah pd Adik 
Kojek Aziz, abah nk buat mkn besar-besaran tahun ni. Nk jemput semua kawan2. Sempena Abah baru pencen, sempena kenduri kawen Jek.

Janji Abah pd Adik 
Yue Aziz, bila Yue smbg degree, tak perlu nk amik sebarang pinjaman, Abah tanggung sepenuhnya.

Janji Abah pd aku. Nanti Kak nak sunatkan Ian hujung tahun, Abah dtg jaga. Abah dtg handle.

Janji Abah pd cucu-cucu. Nanti depan rumah ni Atuk nak letak tar. Senang cucu-cucu nak balik main kereta. Main basikal.

Abah janji macam2. Abah janji nak luang lbh masa dgn keluarga. Tp Abah pergi sebelum sempat tunaikan janji Abah.

Janji Abah dengan tuhan lebih besar. Janji ajal, janji maut. 

Al-Fatihah Abah.



*********************************

Di setiap panggilan telefonnya, ayat yang sama jadi pembuka bicara. "Ian macamana, OK?".. Seringkali, setiap kali, tanpa jemu.

Rayyan yang pertama, Rayyan yang utama. Pada hujung hayatnya, di saat sedarnya sekadar bersisa, Abah masih memberikan tindakbalas di saat Rayyan memegang tangannya. Walau hanya satu picitan kecil. Tindakbalas yng hanya terjadi tatkala adanya Rayyan. Allahurabbi.. Kasihnya pada Rayyan Ariff menggunung..

Tahukah kalian, it takes a lot to love a special needs child? Kasih yang bersifat memberi. Kasih yang bersifat sebelah pihak. Namun Abah tidak kisah, walau dia tidak sempat menikmati panggilan "Atuk" selama hayatnya, namun kasihnya luhur. Kasihnya suci.

Kehilangan yang sangat besar untuk Rayyan Ariff. Aku tidak gusarkan Rifa Aleesya, kerana aku tahu, di mana dan ke mana sahaja keletahnya bisa mencuri sayang, bisa membuah rindu.

Buktinya panggilan telefon di petang hari tadi. Bertanya tentang Rifa Aleesya dan mengungkap kerinduan. Di mana Rayyan Ariff?

Tapi siapa aku untuk mempersoal. Utama dan pertama terlalu subjektif untuk ditakrif.

Rayyan Ariff, hilang di dunia hanya sementara. In Shaa Allah, akhirat abadi tempat bersua. Jangan pernah lupa kasih atuk, tahu.

Al-Fatihah.


 

*****************************************

Sering ditanya, "Are you OK?"

Katakan padaku, apa jawapan terbaik yang harus aku berikan? Aku masih mampu tidur, aku masih mampu tersenyum, aku masih mampu bekerja. Seperti yang kalian saksikan, aku baik-baik sahaja kalau itu ukurannya.

Rindu. Rindu yang terlalu dalam. Tanpa kalian tahu, aku masih lagi menangisi kehilangan di setiap solatku, dalam perjalanan ke tempat kerja, di kesunyian malam..

Kalaulah tangisan ini mampu mengembalikan jasad dan jiwa yang telah tiada. Kalaulah. Aku masih berharap ini semua mimpi. Kerna aku rindu, rindu yang teramat.

Jangan sabarkan aku. Aku masih punya iman. Aku percaya pada Qada' dan Qadar. Aku yakin dengan konsep ketuhanan. Aku cuma perlu masa. 30 tahun hidupku dia ada, masakan aku bisa ubati sakit ketiadaannya dalam masa 13 hari. Beri aku masa sebelum kalian tarbiahkan aku.

Aku kehilangan ayah, tapi Rayyan Ariff kehilangan Atuk, penyokong terbesar, doktor bagi rawatan alternatif, kasih paling epik.

Jangan sabarkan kami. Biar masa jadi pemulih. Al-Fatihah.

Abah, apabila pemisah kita adalah alam, Kak akan pastikan bahawa penghubung antara kita adalah Zikrullah dan Kalamullah. In Shaa Allah.

Semoga syurga tanpa hisab milik Abah. Amin.

Thursday, February 14, 2013

Bila Izrail datang memanggil..

Al-Fatihah buat Allahyarhamah Siti Zawiyah, bonda kepada Auntie Chah aka Fiona Ross. Meninggal pada usia 63 tahun kerana terlibat dalam kemalangan di Gerik. Pertembungan antara sebuah bas dan kereta yang dinaikinya.


Dan aku tumpahkan airmata, untuk ibu kepada seorang sahabat. Pemergian yang terlalu besar dan tragis. Dugaan yang besar untuk sang sahabat dan juga diriku. Terlalu sakit untuk sahabat itu. Terlalu perit untuk sahabat itu. Mungkin kerana, aku sendiri adalah seorang anak. Mungkin kerana, seorang ibu adalah sahabat paling akrab bagi seorang anak.

Al-Fatihah.

Salam takziah, sahabat.

“Sesungguhnya disisi Allah sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat dan Dialah jua yang menurunkan hujan dan mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada di dalam rahim (ibu mengandung); dan tiada siapa pun yang mengetahui apa yang akan diusahakannya keesokan hari, dan tiada siapapun yang mengetahui di bumi manakah dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya tentang sesuatu yang tersembunyi.”
(Surah Luqman 31: 34).

Monday, October 8, 2012

Terkesan dengan sebuah kehilangan~

Kekangan masa benar-benar menghalang saya untuk lebih kerap ke laman ini. Terlalu banyak yang berlaku sehingga hidup bagai berlari-lari, nafas bagai tercungap-cungap.

Andai sahaja ada wang berjuta, sudah pasti hari ini juga saya hantar notis berhenti kerja 24 jam. Duduk sahaja di rumah. Jaga, didik dan asuh anak sendiri. Penat pastinya penat, namun itu penat lelah yang membahagiakan.

Sukar benar kehidupan tatkala ini. Semoga Dia meringankan setiap yang payah dan memudahkan setiap yang susah. Aminnn..

Kenapa saya katakan terkesan dengan sebuah kehilangan? Kerna itulah realitinya. Sehingga ke saat ini, hati ini benar-benar terkesan dengan pemergian anakanda Aiman..

Kalau dulunya, apabila dikhabarkan bahawa anak-anak seperti Rayyan Ariff tidak panjang umurnya, sering saya bayangkan penyakit mereka itu yang akan memudaratkan mereka. Lantas apabila segalanya terkawal, saya tidak perlu gusar lagi.. Namun melihatkan anakanda Aiman dan beberapa kisah teman Rayyan Ariff yang sebelumnya, tahulah saya bahawa banyak yang menjadi penyebabnya. Bukan hanya tertakluk pada penyakit mereka semata. Lazimnya, keadaan kesihatan semasa yang menjadi penyebab.

Sewaktu Aiman di ICU, sempat saya kongsikan kegusaran saya tentang keadaan kesihatan Rayyan Ariff kepada Mama Aiman. Bercerita dan berkongsi.

Seperti yang pernah saya nyatakan di dalam entri-entri yang lalu, secara keseluruhannya, keadaan kesihatan Rayyan Ariff tidak begitu memuaskan sepanjang tahun ini. Turun naik. Ada waktunya baik-baik sahaja, pada waktu yang lain, terlalu sukar melihat kesakitannya yang bukan sedikit.

Yang terbaru, dari 21 September 2012 sehinggalah ke minggu lepas, Rayyan Ariff sekali lagi teruji dengan kesakitan.. Sekejap baik, sekejapan yang lain, suhunya mencanak sehingga badannya menggigil-gigil. Sawan juga mula hadir tatkala suhunya mencanak tinggi..
.
21.9.2012 : Anak kuat saya masih cuba bermain walaupun sudah tiada daya..

24.9.2012 : Tidur siang sehingga 2 kali sehari hanya bisa didapati apabila badannya tidak sihat sahaja..

27.9.2012 : Malam sebelumnya elok sahaja, keesokan harinya, sewaktu mahu ke sekolah, badan panas sehingga menggigil..

30.9.2012 : Adik yang setia menemani si Abang..

2.10.2012 : Masih Sakit..

Bila melihat tubuhnya yang kesakitan, hati seorang ibu bagaikan mahu pecah. Setiap kali melihat dia yang tidak berdaya, sering membuatkan kami memanjat doa kepadaNya agar dipinjamkan anak ini selama yang mungkin. Walau maklum anak ini hanyalah satu pinjaman, namun dialah cinta, dialah jiwa, dialah separuh nyawa kami. Betapa besar impak kehadirannya di dalam kehidupan kami.
.
Lantas keesokan harinya, terus sahaja kami bertemujanji dengan pakar kanak-kanak yang juga merangkap neurologist Rayyan Ariff.

To be continued.

Saturday, January 14, 2012

Al-Fatihah untuk sebuah pemergian yang tragis..

Petang khamis saya dikejutkan dengan satu panggilan telefon daripada sepupu saya. Memaklumkan tentang pemergian isteri abangnya.. Berita kali ini terlalu perit untuk dihadam oleh otak dan jiwa saya kerana pemergiannya terlalu tragis. Arwah dikelar dan ditikam berkali-kali.. Subhanallah.. Allahuakbar.. Tragis benar pemergianmu dik..
.
Sedangkan baru sahaja beberapa minggu yang lalu kami berbalas komen di FB, namun dalam sekelip mata, dia sudah tiada. Jahanam sungguh si pembunuh yang zalim dan berhati binatang itu.. Semoga si pembunuh akan segera dikenalpasti dan ditangkap..
.
Apa rasa sang suami apabila melihat sekujur tubuh si isteri yang masih baru dinikahi berlumuran darah tatkala pulang ke rumah? Trauma yang  dahsyat, trauma yang hebat.. Ya Allah, berilah segala ketabahan dan kesabaran untuk sang suami.. Tidak pernah saya bayangkan adik yang menjadi teman sepermainan sedari kecil, yang tidak lokek membanting tulang di hari pernikahan saya akan teruji sedemikian rupa.. 
.
Semoga pemergian ini terbela dan si pembunuh menerima hukuman yang seberat-beratnya.. Tidak banyak yang saya dapat kongsikan di sini kerana kes ini masih di dalam siasatan.. Namun saya mohon dari rakan-rakan agar dapat turut serta berdoa dan bersembahyang hajat agar si pembunuh dapat dikenalpasti segera..
.
Buat sang suami, semoga ada sinarnya nanti..
Dan buat sang isteri.. Al-Fatihah.. Tenanglah di sana..

Rasulullah bersabda:

"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142)* Source wikipedia..

Sunday, December 25, 2011

Al-Fatihah.. DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali..

Beberapa hari yang lalu, saya dikejutkan dengan berita seorang teman lama sewaktu persekolahan dahulu, sedang koma dek kerana pendarahan yang teruk selepas bersalin.. Ramai teman-teman lain mula memuatnaik status berkenaan dengan teman ini di FB dan meminta sesiapa sahaja untuk ke HRPZ II untuk menderma darah dalam usaha menyelamatkan beliau..
.
Dari kejauhan, hanya doa yang mampu saya kirimkan. Keadaan terkini sahabat ini hanya dapat saya ketahui melalui SMS, BBM dan FB sahaja kerana dia jauh di Kota Bharu. Agak mustahil untuk saya sendiri pulang dalam keadaan sekarang.
.
Setelah beberapa hari bertarung nyawa, akhirnya, dia kembali kepada penciptaNya.. Innalillahiwainnailaihirojiun..
.
Dan mohon doa dari teman-teman sekalian untuk mendoakan bayinya yang masih lagi belum stabil.. Semoga kesembuhan milik si anak untuk menemani ayahnya sebagai pengubat rindu dan hadiah terindah dari si ibu yang telah pergi.. Aminnn..

Thursday, December 22, 2011

Dalam linangan air mata.. Al-Fatihah

Pagi ini, dengan penuh bersemangat saya menonton Malaysia Hari Ini.. Kisah anak-anak cerebral palsy yang mana Adik Annisa dan Adik Annur ditampilkan di dalam rancangan tersebut. Mereka sedang mengutip dana RM500k bagi membiayai rawatan pemulihan dan persekolahan anak-anak ini. Dan saya cukup terkesan dengan kata-kata si pengacara, Wardina Safiyyah, "Sekiranya 28juta rakyat Malaysia menderma RM1 seorang, pasti ianya dapat direalisasikan.."
.
Namun sebentar tadi, saya benar-benar terperanjat dengan berita kepulangan Adik Annisa ke rahmatullah.. Al-Fatihah untuk Adik Annisa dan salam takziah untuk Kak Sham dan Abg Fendi. Menyaksikan satu-persatu komen yang ada di FB amat menyentuh jiwa.. Dan saya cukup pasti, kami ibubapa anak-anak istimewa punya jiwa yang serupa dan rasa yang sama..  
.
Dalam linangan air mata, saya mengerling Rayyan Ariff yang asyik bermain dan menyepah segenap ruang rumah.. Subhanallah, walau seribu kekurangan tertancap, merekalah jiwa raga kami! Al-Fatihah..
.


Saturday, March 12, 2011

Al-Fatihah buat Nur Rania~

Saya pernah mencatat tentang sahabat ini suatu watu dahulu. Di dalam entri Bernafas Berdua. Kali ini, kisah mereka agak berlainan namun dengan pengakhiran yang sama.
.
Tengah hari tadi, saya menerima satu pesanan di FB.. "Jiey, Nia dah tuka pengasuh.. Allah jaga Nia sekarang.."
.
Subhanallah.. Sedih, sedih yang tidak terungkap. Setelah pemergian anakanda pertama pada usia kandungan 3 bulan. Saya sangkakan si sahabat sedang bergembira dengan kehadiran anakanda kedua..
.
Seorang puteri yang sangat comel. Nur Rania Mohd Faizal.
.
Dan perkhabaran bahawa Rania pulang kepada Yang Maha Pencipta pada usianya 7 bulan. 7 bulan penuh cinta. 7 bulan penuh indah.
.
" Cantek mcm bidadari kan
selama ni slalu jgk tertanya2 mcmana blh dpt anak cntik sgt
rupanya anak mama bidadari syurga, sbb 2 la
even org yg prnh jmpa nia msti akan ckp lema lembut bdk ni.."
.
 Nur Rania, bidadari syurga.. Al-Fatihah buatmu anakku..

Thursday, December 30, 2010

Masih terkesan dengan kehilangannya.. Al-Fatihah!

Sungguh saya masih terkesan dengan pemergian anak kecil itu. Mungkin kerana diagnosisnya sama dengan Rayyan Ariff, maka sakit itu mengalir ke segenap ruangan hati ini. 
.
Sewaktu saya membaca status ibunya di FB bahawa sudah 3 kali mereka menyambut ramadhan bersama si kecil itu, hati saya berbisik dengan sepenuh meminta, "Ya Allah, semoga ada lebih banyak lagi Ramadhan buat keluarga ini bersama si kecil yang bersemangat waja ini.."
.
Sewaktu saya mengetahui tentang pemergian anak kecil itu, saya menangis teresak-esak. Kesal kerana saya tidak berkesempatan bertemu wajah kecil itu lagi selepas pertemuan pertama, lama waktu dahulu.. Sungguh dia kuat kerna sudah bertahan sehingga tahun ketiga walaupun dari segi perubatan, doktor mensasarkan bahawa hayatnya tidak mungkin sepanjang itu!
.
Dan semalam, sewaktu saya membaca status ibunya di FB tentang kerinduan dan kesuraman sebuah kediaman setelah pemergian anakanda tercinta, kolam mata ini bergenang lagi.. Terketar-ketar tangan ini  menaip sewaktu mahu menitipkan ucapan takziah buat keluarga itu..
.
Di sebelah saya, Rayyan Ariff tersenyum manis sambil memasukkan huruf 'O' ke dalam tempatnya. Dalam saya memerhatikan anak itu dan dia masih lagi memberikan senyumannya.. Pada sinar mata Rayyan Ariff, saya bagaikan ternampak cahaya sama yang pernah kelihatan pada mata Aiman Ishak.. Ya Allah, kesedihan dan kehilangan itu begitu nyata walaupun saya bukanlah sesiapa pada keluarga itu.. Subhanallah.. Ralat sungguh hati ini kerna tidak berpeluang menemukan Rayyan Ariff dengan 'abang'nya itu..
.
Al-Fatihah buat Aiman Ishak!! Di dunia ini, mungkin kamu digelar OKU. Namun di syurga yang abadi, tiada lagi label buat kamu.. Kamu bebas berlari dan meneroka.. Semoga kamu terus tenang di sana wahai anakku, Muhammad Aiman Ishak..

Asal kejadian yang sama.. Rayyan Ariff di awal usia..
Setiap anak yang lahir, pastinya meninggalkan kesan yang bukan sedikit untuk setiap ahli keluarganya. Kurang upaya, tidak bermakna kurang bahagia yang di bawa.. Kurang sempurna, tidak bermakna kurang kasih sayang yang tercurah.. 
.
Susah pada mata dan pandangan orang lain, bukanlah kepayahan pada kita yang menghadapi.. Satu pemergian tetap akan dirasai walaubagaimana keadaan sekalipun! Dan setiap peluh yang menitik dalam menguruskan dan menjaga permata ini, pastinya dijanjikan kemanisan oleh Dia di sana..
.
Al-Fatihah..