Thursday, November 20, 2014

Rezeki orang rezeki kita jugak..

Ok, sepanjang kisah berbelog ni, banyak waktu memang aku up pasal perjalanan aku dengan anak bujang aku lah kan? Lebih kepada perjuangan dan mencari serta memberi harapan. Hujung-hujung, berkisar tentang kehidupanlah pendek gayanya.
 
Setiap kisah kesakitan, rawatan, pilihan aku cerita. Dengan niat, kalau ada yang mendapat manfaat, Alhamdulillah.
 
Lewat waktu, aku temukan cinta baru; Young Living Essential Oil. Di sini juga aku kongsikan. Bila banyak feedback positive, memang naik sheikh la. Terus lebarkan sayap. Gittew.  
 
Hari ini, aku mahu kongsikan satu testimonial yang aku kira sangat dekat dengan aku.
 
Ibu ini adalah antara yang jelas nampak kesungguhan tatkala kali pertama dia menghubungi aku mahu turut serta dalam sharing session di Taman Tun bulan lalu.
 
Beberapa minggu ber YLEO, ini feedback pertama yang aku terima daripada ibu Aisy.
 
 
 
MasyaAllah. Aku taktau nak kata apa. Allahuakbar. Subhanallah.
Kenapa aku kata ini sangat dekat dengan aku? Kerana faktor utama yang menemukan aku dengan Young Living Essential Oils adalah usaha aku mencari penawar untuk pendengaran Rayyan Ariff. Aku kejar sang therapist dari Singapura.. Aku berdebat dengan sang suami tentang essential oils.. Aku googled sebanyak mungkin maklumat di Internet.
 
Dengan air mata aku sapu Helichrysum pada telinga Rayyan Ariff. Serendah aku memohon pada Allah SWT biarlah ini antara asbab pulihnya pendengaran sang anak. Gelojak hati aku tak terkata waktu itu. Sebotol kecil Helichrysum Essential Oil adalah RM337, dan aku rasakan akulah antara manusia terbodoh yang percaya pada benda-benda sebegini. Namun aku adalah seorang ibu yang sangat-sangat terdesak. Aku mahu punya memori perbualan yang bermakna dengan Rayyan Ariff suatu waktu nanti.. Maka aku rela bertaruh atas segalanya. Kalau Young Living Essential Oil ini satu scam, aku rugi. Kalau sebaliknya, Alhamdulillah.
 
Begitu terdesaknya aku. Tiada live testimonials. Tiada living proof yang mampu aku rujuk melainkan maklumat dari Internet.
 
Then berdasarkan ilmu yang terhad, aku kongsikan kepada yang turut memerlukan. Semalam, aku terima satu lagi whatsapp daripada ibu Aisy..
 


Aku teruja. Aku rasa gembira untuk dia.
Alhamdulillah rezeki Aisy.
Alhamdulillah.

Untuk mesej yang seterusnya, aku mengambil sedikit waktu sebelum menjawab. Sedikit beremosi kerana sejujurnya, aku juga sangat, sangat mengharap sesuatu yang sama untuk Rayyan Ariff. Bukanlah cemburu, jauh sekali berhasad dengki. Tetapi aku terasa seperti hilang jiwa seketika. Aku terasa bahawa tuhan masih tetap mahu menguji kami.
 
Dan seterusnya, aku kembali berpijak pada realiti. Alhamdulillah rezeki Aisy cepat, dan aku tentunya sangat2 teruja kerana tidak sikit banyak, aku rasakan belog aku ini turut menyumbang walau hanya picisan. Syabas ibu Aisy. Syabas di atas usaha dan kesungguhan seorang ibu. Saban waktu.

Untuk kami, perjalanan masih jauh. Semoga akan ada sinar yang dicari.
 
Tiada sayugia di dalam memberi kesembuhan melainkan dariMu. 
Semoga ada izin Allah SWT.
 
Cepat korang aminkan! Kang aku murka!! Hekhek. :-P

Friday, November 14, 2014

Lamanya tak hapdet belog! Kekdahhh

Yes, gila lama. Tengok last update was on 15 Oct 2014. Hahahah.. Sadis belog Kak Senah! Makin lama makin sendu. *kofkofkof*
 
Ada sebenarnya. Tak kemana. Tapi busy bedooh. Ayat klise tapi tu la reality. The last 2 weeks of Oct mak pulun buat sales YL. Dengan kisah nak kejar target. Alhamdulillah, syukur sangat2 sebab within 2 weeks after the launching of YL Malaysia, aku dah naik rank to Silver. Silver in 2 weeks is Silver by accident. Alhamdulillah rezeki.
 
How do you get to Silver rank? Kena buat sales up to USD10K with some business growth in 1 month sebab sales calculation is on monthly basis. So cemana aku dapat buat sales USD10K in 2 weeks? (Kira 2 weeks sbb kickstart after YL Malaysia punya launching). Thanks to my sidekicks; Hubby and Munirah from TripletsPlusOne and of course, my Singapore counterparts/upliners; Kak Yonie and Shida. Memang penatlah keje time tu. Mana keje office, mana nak jawab email and whatsapp (harap2 takde la emel or whatsapp yang tertinggal! Kang kita dah baca konon nk reply jap lagi, terus lupa). Orang baru mencebur diri kekdahnya. So time management memang ke laut!! Drove all the way ke Singapore semata nak kejar Silver. Iyea laa.. Kang taktau lagi bila nak dapat, alang2 bia bersungguh kekdah. :-P
 
Then settled with getting Silver, busy pulak kat office dengan report submission at whatnot. MasyaAllah. Kena sungguh. Kebetulan pulak Rayyan Ariff tak sihat. Kaw2 batuk. Ber YLEO la dia dengan bantuan bibik. Mamanya busy benor. Mama pun tak sihat jugak. Tapi takde la ber YLEO, sebab bagi kat anak-anak je. Mahal. Hahaha.. Tunggu mama naik Gold or Platinum baru kita pakai kat diri sendiri plak. Si adik plak sapu siap2 YLEO Wellness Blend tamo bagi jangkit. Alhamdulillah sihat walafiat even tido sebilik.
 
Significant event that took place in my life recently. Little princess' 3rd birthday, setting my Young Living corner at home, Sharing session on YLEO at GBOB Puchong, drove all the way to Young Living Singapore with my Singaporean counterparts and of course, getting Silver!!! Alhamdulillah. All at one. Mana tak busy!!
 
Ok, nanti kita break down cerita one by one ok. And yes, I have lots of good testimonials from my Young Living clients. Syukur Ya Allah. Nanti kita share jugak yea. :-)
 
Assalamualaikum!

Wednesday, November 12, 2014

Iklan kerja kosong!!

Sila hubungi Pn.Ayu/Encik Mie.
0162170676