Showing posts with label Natural healing. Show all posts
Showing posts with label Natural healing. Show all posts

Monday, April 13, 2015

Sharing on Young Living Essential Oil, Nombor Handphone and Rayyan Ariff.

First sekali;

Orang Utara, Orang K-yell, sesiapa yang nak tahu lebih lanjut tentang Young Living Essential Oil; apa itu YLEO? Bagaimana ia berfungsi? Siapa yang perlu pakai YLEO? Bagaimana cara pemakaian? Testimonial YLEO?
 
Kami bawakan juruterapi multi modaliti daripada Singapore untuk ada!!
 
 
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk bertanya sendiri kepada yang pakar. PERCUMA!!!!
Di mana kami??
 
Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah
17 April 2015, jam 815pm
 
Taman Sri Rampai, Wangsa Maju, Kuala Lumpur
19 April 2015, 10.30am
 
Berminat untuk datang? Boleh whatsapp/telegram/SMS saya di 0172742005. (Jangan whatsapp di no. 012. Handphone tu rosak. huhuhu..)
 
Ada yang tanya perkembangan terbaru Rayyan Ariff.
 
Saya copy paste daripada IG/FB dulu yea. Nanti berkesempatan kita sambung:-
 
8 April 2015
 
 
Last Saturday, Rayyan's school had a visit from students and lecturers of INTI College. The students are doing physiotherapy related courses and some physiotherapists also tagged along during the visit. I was asked to brief on Rayyan's condition and physical progesses. Within that 15min time frame that we had, I tried my level best to describe everything. Of course I accidentally left out some important points as I was not ready for it.

Little that I know, not just they were in awe with Rayyan's progesses, momma also got some credit for the detailed explanation. Hekhek.

What's the story behind this photo? The physiotherapist was trying to see whether Rayyan's limbs are strong enough and also his ability to reach out for things. Earlier, I told the therapist that it shouldn't be a problem for Rayyan as that used to be part of our routine exercise during our PT days. The therapist replied since it has been quite a while that Rayyan was discharged from PT, he may not be able to do it anymore.

As you can see from the photo, Rayyan was not reaching for my phone although it's his favourite. I was cheering inside my heart for my boy to show his ability, and was pretty sad that he refused to do it. Then his father switched on his favourite show, Karoot Komedia and Rayyan was soooo excited and pulled up his body so high in his attempt to grab the phone. Everyone was laughing so hard looking at his spontaneous reaction and of course, his funny way of proving that we're wrong. Hahaha.

Yes lil boy, you had came a very very long way. InShaaAllah,  there will be more for us to overcome in the future. Love you
 
11 April 2015
 
 
Dapat "report card" bagus from occupational therapist. Alhamdulillah. Kena usaha lebih gigih. InShaaAllah.

Jangan tengok dia yang dah banyak improved then terus buat assumption. Tengok apa yang dia dah lalu sebelum sampai ke tahap ni. Budak ni dulu hampir tiap mggu tdo dalam kereta, mandi dalam tandas spital, makan bekal tengahari kat lobi spital atau pusat rehab sementara nak tunggu sesi terapi seterusnya.

Kejar therapist sana sini takyah cakaplah. Utara, timur, selatan, tengah, yang mana mampu kita redah.

Selagi tuhan bg kudrat, kita terus cuba. InShaaAllah.
 
********
 
Itu je cerita copy paste.
 
Till then. Tata.
Assalamualaikum.


Wednesday, October 15, 2014

Bila Kak Senah pegi honeymoon. Hoihoihoi.

Haah ya'alls. Kak Senah pegi hanibulan nun di Bali. Sesekali tinggal anak kekdahnya. Tapi balik terkujat bil tepon RM5++ sebab roaming and mobile data! Padahal sekejap-sekejap je bukak sebab sort out isu Young Living. Kena kau, gi hanimun masa minggu launching Young Living Malaysia.
Ni aku tengah busy lagi. Sorting out members' registration and maximising orders for each member. Sorry pada yang aku belum reply. Senak perut mengejar tak cukup masa. Benda hot kot!! Sape tanak go nature kan?? Asyik la dok bergantung kat ubat tak tahan nak kata apa.
Ok ni aku nak share satu testimonial best. Elok aku share kat FB pasal testimonial ni, terus my good friend post komen bagi testimonial yang sedap didengar utk batuk anak dia gak. Alhamdulillah. Ko tau tak aku happy?? Kahkahkahkah.
Ni first whatsapp kami. Lepas few days dh finalised order, (haah, amik masa la.. Mende mahal wehhh.. Toksah kata dia, aku dulu pn berminggu nak place order!). Then dah finalised, aku dah dapat barang, laki aku overlooked plak bab2 delivery. Tapi mengenangkan rasa bersalah kat dia, aku gi antar jugak. Wehh sakit pening takleh wat main-main. Untuk aku iaitu mak yang anak selalu sakit ni, aku tahu stress level tu cemana.

Mula2 kawan aku ni diam je lama. Aku dok wondering, dah kena buang ke YLEO ni.. Since diam je kawan aku nih. Mana la tau tak jalan, fedap terus buang. Kahhhhh. So aku tunggu kejap then rasanya dalam masa seminggu kot aku follow up balik dengan dia.

JengJengJeng:-


Syukur Alhamdulillah.
Kita usaha, Allah SWT yang bagi kesembuhan. Kannnn?
Utk kes gini n nk dapat good result, aku akan cadang wat combo oils macam kawan ni. Dia pakai 3 oils and a diffuser. Yes, rege mahal. Sebab yang sebotol minyak aromaterapi untuk batuk je pun dah RM88. Belum lagi tambah 2 botol n diffuser bagai. *Pengsan*
Ok tu je la. Aku kena sambung keje. Jangan segan silu whatsapp aku at 0172742005. Thank you.

Friday, October 3, 2014

Hari Keluarga Suruhanjaya dan Sekolah Kanak-kanak Istimewa

Gittew tajuk post.. Poyo di situ. Kahkahkah. Hat sekolah Ian tu aku tak sure la hari kantin ke hari sekolah ke.. hari keluarga ke.. Tapi yang pasti, it's for fund raising. Fund raising ni berterusan sebab depa ni kan NGO. So memanglah mengharapkan sangat sponsor daripada sesiapa yang sudi.
Next year anak sulung aku dah 7 tahun. Mulanya aku plan malas dah nak try nasib kat mana2 sekolah harian biasa dengan kemudahan kelas pendidikan khas, tapi ada kawan yang nasihat suruh pegi tanya dulu etc. Kononnya enrol Rayyan Ariff kat sekolah biasa. So aku memang ada niatlah. Cuma masanya yang belum ada.
Alih-alih semalam kawan aku hok dok ada anak special yang functioning at much better phase than Rayyan Ariff, cerita dia dah kena reject belum apa-apa lagi. Bawak anak gi jumpa orang kat Jabatan Pelajaran, orang tu siap rate lagi kata anak dia ni mental age lebih kurang umur 4 bulan je. Tak tahu nak socialize, xde konfiden, tak fit untuk gi sekolah katanya.
Gila, baru jumpa 10min ko takkan la nak expect budak tu datang peluk cium ko bagai. Toksah kata dia, Rifa Aleesya hok cakap omputih slang amarekka tu pun kedu kot dengan stranger! Tu stranger, dengan mak nenek sendiri pun, kalau datang angin takmo layan dia, ko jerit keluar anak tekak pun dia tak jawab. Si Rayyan Ariff tu, kot datang malas, suruh cium pun takmo wehhh.
Eh aku rasa nak lempang. Apa qualification ko ada sampai nak rate mental age orang bagai? Even Neurologist anak aku yang dah berpuluh tahun amik case paed neuro tu pun tak pernah nak boleh kata for certain. Dia cuma boleh compare.
Tu anak dia yang boleh makan sendiri, pakai baju sendiri, gagah berjalan, cuma tak bercakap kena cenggitu. Kalau aku hantar Rayyan Ariff, silap-silap dia kata mental age tak sampai umo setengah hari kot! So aku KIV dulu niat aku. Cuti aku dah la ada 4 hari setengah, kang aku pakai yang setengah hari tu gi JPN pastu kena syarah bodoh-bodoh, sakit ati aku kang. So baik aku wat lek wat peace dulu. Kita pikir lain. *Calit Young Living Stress Away Essential Oil kat pergelangan tangan*
Eh sempat promo!! So conclusion dia; Ian, ko duduk la kat Centre tu dulu. Hokayyy??
Ok, balik kepada cerita family day office. Buat kat I-City je pon. Hari tu reatreat dekat Avani Sepang Goldcoast Resort. Aku takgi sebab takleh bawak family. Malas la aku sebab kalo nak tengok kawan2 office, kat office je pun dah cukup. Boleh?? Hahaha.. Kalau nak tengok kawan office dan keluarga, haa hoktu aku setuju. Kahhhhh..
Redholah ko gamba blur. Bibik je pun yang snapped. Seb baiklah aku beli gambar yang orang SnoWorld ni ambik. Seketul RM40! Aku plak pegi buat hebat ambik 4 ketul. Haa.. makan ko!


Masa ni kan Rayyan Ariff baru a few days keluar hospital. So aku takde la nak lasakkan dia sangat. Dah tu aku plak takde stroller. Lagi la jenuh sebab dia takmo jalan banyak-banyak. So aku called adik aku yang kat Shah Alam suh dia datang amik Ian dengan mak aku dulu. Sambil aku pusing habis kat dalam tu.. Sebab sayanglah tiket dah free tak pakai pulak. Laki aku takde sebab ada bowling tournament dengan set-set dia. So aku, bibik and Rifa je yang layan..
TrickArt Museum.

Pelik aku bila budak ni mengikut je apa yang aku suruh dia buat. Kahhhhhhh

Omak eh pun ada napsu gak nak enterprem. Sekali lagi blur gambor kena dengan bibik. Choiii. Hahahaha..

Kata Puteri kan.. Berusung dalam pool ko! Anak orang lain relax je mandi manda. Ni kalau nampak dek orang yang aku citer tadi, mesti dia kata mental age Dak Rifa ni 6 bulan ni..

Settled semua, aku terus gerak gi umah adik aku. Rifa kete belum kuar parking dah tido. Penat tak penat. Relax kejap, aku gerak gi umah pakcik aku kat Shah Alam. Jumpa Pak Su and Mak Su before dia gi mekah. Esoknya tu ada mesyuarat PIBG kat skolah Rayyan Ariff.
Syahdu aku tengok beria komited depa nak carik funding bagai. Then ada rasa ralatlah bila ada mak pak yang tak berapa nak tunjuk komitmen. Dah tentu2 depa ni nolong anak-anak kita. Khennn?
Tiba hari kantin tu,  pegi la kami anak-beranak. Memang syok. Banyak barang depa jual wehh.. Syok tau! Gila murah pulak. Ada yang memang duit 100% goes to charity, ada yang sewa tapak.. Cikgu depa ni pun sama turun naik. Hekhek.

Ko tengok things that rare people would do for charity.. Get wet in public! Gila salut aku hokayyy.. Ko bayar RM5 dapat 3 kali baling belon air tuh.

Event ni buat kat St John. Ko tengok anak bujang aku. Dia jadik Pak Maon.. Mengekek-ngekek aku gelak tengok dia joget. Sblm ada yang tanya meh aku jawab sesiap, Tak, dia tak jatuh. Kot jatuh takkan la aku dok gelak mengekek ye dakk.. Kahhhhh


Sebabnya kat hari kantin tu dah berpanas bagai, balik tu aku siap-siap sapu Young Living Thieves Essential Oil kat budak berdua ni. Takut demam. Alhamdulillah dua-dua OK. Dah la petangnya yu aku nak heret gi wedding plak. Lagi la takut. Rifa Aleesya ni nampak je tough, sebenarnya tak. Cuba ko bagi dia makan ais krim or minum ais sket, nanti mula la batuk2. Cuba ko bagi dia mandi swimming pool ke apa, merasalah datang batuk demam bagai.

Dah tu sekali batuk, Subhanallah, makan bulan kot! Malam2 siap pakej muntah bagai. Dah sebelum tido minum susu kan, susu tu la yang keluar. Busuk tak busuk. Batuk dia susah nak resolve sebab dia memang susah makan ubat kan.. Kak Ija Stimulaterapi kata sebab paru-paru tak kuat. So no swimming and no sejuk2 for her. Kata Kak Ija. Yang gi I-City tu first pantang aku langgar bab swimming. Bila aku post gambar kat FB and Kak Ija like, eh aku cuak jugak. Kahhhh.. Kang batuk demam mencarik dia jugak kang. Tak pasal2 kena tadah telinga kena bebel.

Haahha.. Tapi Alhamdulillah Dak Rifa ni dh OK since ber EO ni. Lepas aku tengok dia OK tu, aku try bagi Ice Cream. Hari ni OK, esok aku bagi sket lagi... Then aku tengok takde apa, aku bagi je laa.. Hahaha.. Aku bukan apa, aku rasa sangat kesian dia tak dapat enjoy Ice Cream. Tu kan makanan standard budak-budak. Even tak banyak and selalu, aku nak la dia merasa. Alhamdulillah now dah OK. Comot2 mulut makan eskrem. Hekhek. So aku rasa, apa yang ko nak cuba, ko kena yakin and tawakal. InShaaAllah.

Before this aku down jugak, aku ingat anak aku sorang je gini. Sebab bila aku citer kat budak ofis aku dia macam takleh digest sebab anak dia semua sihat walafiat takde masalah. Tapi bila aku mula dengan Young Living ni, ramai yang emel and whatsapp aku pasal masalah yang sama ni. Laa.. Ramai rupanya. Iye la.. Tengok kat FB, IG anak-anak orang sehat semedang tak pernah sakit. Mana aku nak tau.. Mulalah aku feeling sorang-sorang rasa I've not done enough to protect my kids. Hover. Sekali, selain daripada sinus, masalah batuk anak2 ni la yang main aku dapat. Udara tu udara. Tau je la kota metropolitan ni.

Eh iklan lagi. Dah la korang, Selamat Hari Raya.

P/s - emel ke freaky_gurlz@yahoo.com atau whatsapp ke 0172742005 untuk sebarang pertanyaan mengenai Young Living Essentia Oil. Dengan tagline, bukan supplement, bukan dadah, tapi minyak aromaterapi. Ewah.


Friday, September 19, 2014

Gaya hidup baru tanpa dadah..

Firstly, boleh ke?? Hahaha.. Kita ni mana pun susah nak lari kalau bab-bab ubat ni. Memang dah takleh buat apa sebab senang gitu kekdahnya. Anak demam cepat2 bagi ubat. Kang kalo suhu mencanak naik ke ape, satu hal pulak kalo jadik febrile fits ke apa. Luka kang, cuci dengan itu ini pastu sapu ubat luka la apa kan. Sebab all these drugs kan easily be bought over the counter. Kita macam dah terlatih bab tu.
Toksah kata korang, aku pun sama! Kahhhhhh. Kalau nak travel je, muka kami la sampai kat Klinik Segara Ampang nuh, stock up ubat wat bekal. Dari ubat orang tua sampai ke budak, dari ubat demam sampai ke cirit-birit. Mentang-mentang company offer unlimited medical benefit, lupa diri pulak. Hekhek. Kalau dah anak sakit, tak baik dengan GP Clinic, sampai la kami ke specialist. Paed ke, ENT ke, ape2 je lah. Sampai tahap gitu sekali bergantung dengan dadah. Phuiii tak? Hekhek.
Sampai la kawan aku si Mommy of Triplets Plus One (patut plus two!), si Munirah ni introduced aku kat Young Living Essential Oils and a therapist from Singapore named Yonie. Kau nama je apa treatment, hujung dunia pun aku terjah (bergantung pada budget availability).. So aku pun set la appointment dengan Sis Yonie ni.
Since then, aku banyak pakai Young Living Essential Oils ni. Apa dia Essential Oils ni? Bahasa mudahnya, minyak aromaterapi theurapeutic grade (kelas terapi). Kiranya kelas yang baguslah. Mula-mula masa therapist tu suggest kan minyak-minyak yang perlu digunapakai dek Rayyan Ariff, aku macam, "Gila apa mahei kebenor minyaknya!" Mau tak, sebotol kecik 15ml ranging between RM35-RM250++ pun ada, bergantung pada which flavor. Tapi namanya nak berubat. Aku gunalah jugak.
Target untuk Rayyan Ariff adalah untuk betulkan fizikal tubuh, perbaikkan tahap pendengaran, bijakkan kepala otak. So aku pun buatlah dalam aku tatau minyak2 ni berkesan ke tak. Tapi yang pasti, aku dah spent RM1.8k on the oils for a start. RM1.8k tu banyak ok. Dah bleh installment kete2 sebulan tu. Korek2 jugalah duit hat save sket2 sana sini.
Masa aku nak sapu minyak tu, aku memang sebak gila (especially part telinga untuk hearing), aku doa dengan tuhan mintak ada la kebaikan untuk Rayyan Ariff. Aku tahu kuasa kesembuhan tu ada kat tangan Allah SWT, aku cuma mintak biar la minyak tu menjadi asbab sebab ni salah satu usaha aku.
Then, another episod bertambah. Si Rifa Aleesya ni kalau bab-bab sakit, ko janganlah bagi ubat ke dia. Memang tak masuk. Tanak dia, Ko kurung dalam jamban pun tak jalan, ugut nak keluar gi jalan-jalan tinggal dia pun tak jadi, pujuk nak beli mainan pun tak gerak. Memang susah gila. Kami satu rumah ni memang pening la bab-bab ubat ni dengan dia. Ko bayang, kita dah paksa suap tutup hidung bagi dia telan bagi, elok ko lepaskan dia, dia boleh muntahkan balik. Muntahkan ok. Sigh.
So aku pun mula googled pasal Young Living Essential Oils, carik penawar untuk demam, batuk dan selsema. Masa ni baru aku tahu, macamana minyak ni diekstrak dan kenapa dia mahal berbanding dengan minyak aromaterapi lain. Masa ni baru aku tahu yang aromaterapi dan minyak tumbuhan mula digunakan zaman raja-raja Mesir beratus tahu dulu sebagai sumber perubatan dan lain-lain. Amazed. Memang aku hooked up. Aku boleh baca buku Dr Gary Young (pengasas YLEO) tu lama-lama.

Kalau dah gila, mulalah nak macam2 perisa macam2 blend. Yang dalam peket plastik tu pakej untuk demam, batuk, selsema minus hok oren tu untuk hearing. Ni bekal balik kampung masa raya itu hari..
So first aplikasi untuk Rifa Aleesya yang aku paling excited adalah masa dia demam. Badan panas gila, mata dah berair. Aku tatau suhu dia berapa sebab thermometer rosak. Masa tu pukul 7 lebih nak dekat pukul 8 malam. So lepas drama pujuk-memujuk, masuklah PCM kat dalam badan. Hat tu je dapat. Ubat batuk ke selsema ke memang tak dapatlah. Pastu aku sapu Peppermint YLEO kat tapak kaki. Tak lama lepas tu suhu dia turun. Aku biasa-biasa je la sebab dah nama pun telan PCM.

Diffusing thieves untuk purifying the air dan sebagai immune booster jugak.
Lepas tu pukul 230am suhu si Rifa Aleesya naik mencanak lagi. Aku pujuk dia makan ubat tapi dia tanak. Cemana nak paksa dah nama pun pukul 2 setengah pagi? Kang dia meraung habis bergema satu bangunan tuh habis terjaga orang-orang tengah tido. Nak tak nak, aku sapu je Pepermint Young Living Essential Oil kat tapak kaki dia and lap badan dia. Tawakal je la. Tido memang taklah, takut kang tak sedar suhu dia naik. Setengah jam pastu suhu dia turun sampai sudah tak naik-naik dah. Takde demam. Alhamdulillah. Gila tak teruja? Sbb at least aku dah resolved problem susah makan ubat budak ni! Natural ways pulak tu. So since then, macam-macam oil aku beli kat budak-budak ni yang untuk domestic usage punya.
Perubahan pada Rayyan Ariff? Banyak. Balancing improved. Curvation pada tulang belakang dia makin elok. Tidak kalu, obvious gila tulang belakang dia timbul-timbul yang menjadikan badan dia bongkok sket. Yang paling excited, alertness dia improved gila! Makin bijak! Makin banyak ragam. Kelakar ok layan dia.. Siap gelak mengekek-ngekek bergurau dengan dia. Hekhek.

Alhamdulillah interaksi dengan adik memang improved sangat. Dah boleh main sama-sama depa ni. Gaduh memang dah boleh sangat-sangat. Especially part berebut mainan.

Korang tahu pakcik ni tengah buat apa? Cilok alat mekap Kak Senah hoiiiii! Sapu-sapu kat muka bagai. Sentap tau.. Mak nak melawa barang takde!

Tengok budak ni, maknya tinggal getah rambut adik dia kat meja solek, dia ambik n nak cuba pakai. Nampak tak cemana alert nya dia? Pick up things on his own without being told.

Ambik order from kawan-kawan yang interested nak guna selepas tengok perubahan Rayyan Ariff. RC untuk batuk, hidung tersumbat etc & DiGize tu elok untuk sembelit and whatnot

Bila aku bawak je beg YLEO aku, laki aku mesti sound, "Doktor mai dahhh.." Hekhek. Sehingga sekarang, aku banyak ambik order kawan-kawan yang interested nak beli minyak ni. Kumpul order banyak-banyak sebab for purchase of USD150 and above, akan ada shipping and handling discount. Daripada kena charge sampai USD40 untuk shipping, baik share beli.
Untuk sementara ni, Malaysians still kena order from US sebab belum ada Young Living Malaysia. InShaaAllah, Young Living Malaysia will be launched on 11 October 2014.
Selepas puas berfikir, aku ambik keputusan untuk melangkah setapak lagi.. Sempena hari Jumaat yang mulia ini, dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim, pertama kalinya aku isytiharkan, I'm a YOUNG LIVING MALAYSIA INDEPENDENT DISTRIBUTOR.. Jangan risau, no agressive selling here sebab aku adalah sangat menyampah dengan agressive seller.
Do ask me anything that you would like to know about the product. InShaaAllah I will assist you. Sama ada untuk personal consumption atau mahu turut menjadi distributor. Email me at freaky_gurlz@yahoo.com or whatsapp at 0172742005 (kalau lambat balas, ya ampunnnn).
Kenapa aku pilih Young Living even aku menyampah dengan MLM? Sebab aku dah tengok kesan buruk yang dadah berikan pada Rayyan Ariff apabila terlalu lama bergantung pada ubat sawan. Kalau aku dapat kesan yang elok melalui Young Living Essential Oils, aku mahu orang lain pun merasa sesuatu yang sama. InShaaAllah.
Kata sharing is sexy. Eh.
Sekian, Assalamualaikum.
P/s - next entry lagi daring. Tungguuuu...