Showing posts with label Gadget. Show all posts
Showing posts with label Gadget. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

31 years old on 11.10.13

Tepat-tepat 31 tahun pukul 7.30pm, 11.10.13. Sangatttt.. Lahir waktu maghrib, mau tak "keras".. Gitu la kata my mom.. Hahahah.. Jauh kot daripada keras hati aku ni.. Mudah sangat nak berlembut dan mengalah dengan orang.. Kena berubah lebih firm ni!! ~Azam ke wish ni?
 
Apa yang istimewanya pada tarikh tersebut? Takde apa yang menarik pun..
 
Cake cutting dengan October babies at work (Erkkk?? Babies?? **Fitammmss!) - Hat ni just warm up dulu.. Makan2 official adalah hujung bulan nanti.. Kata depa la.. I tak kisah, ada ke takde ke.. Sama je.. Dah tua2 ni cam ntah apa-apa je rasa nak potong kek bagai..

Surprise from the husband lah kan.. Sape lagi nak bagi bunga kat makcik chubby ni kalo bukan laki den? Muahahah.. Pagi tu dia bagi powerbank untuk complement S4 yang dia bagi kononnya advance birthday present tu.. Later, receptionist called kata ada bunga.. Huk alohhhh.. Tak sesuai plak rasanya dengan umur-umuran I'olls.. Muahahha..

Petang tu gi makan kat kedai sebelah rumah je dengan En.Hubby. Takde lomantik-lomantiknya.. Sampai umah terus kelam kabut packing barang nak balik KB for my brother's wedding tu kan.. So gitu je la.. =)
 
Yang best, Adik Manis Rifa Aleesya kita tu wat suspens.. Tengah kita kalut mengemas, dia main sorang2.. Tiba2 nangis n tangan terkulai.. Takleh gerak langsung. Pegang nangis. Merasalah gi klinik dulu, pastu gerak gi spital.. Dah Dr GP Clinic tu refer, pegi je lah.. Kata org better be safe than sorry. Gitu.. Lagipun nak jalan jauh kan..
 
Melanguk jugak la kat ER Hospital Tawakal. At the end takde ape2 pun. Maybe terkehel je.. Tapi dah kata mek ni kan drama queen.. Dia punya drama konon sakit tu hover banyaklah! Tak pasal2 lewat gerak balik..
 
Gitu je la penutup birthday. Habis kat spital.. Heheheh
 
On a lighter note, nak tanya sket. Sape sini pakai Samsung Tab 2? Rifa punya Tab2 Wifi jer.. Tak kose nak beli yang 3G bagai, umo tak sampai 2 tahun pun dah ada tab! *Fitammmm* Nak tanya ni, Rifa punya, connection to the Internet selalu hilang. Kalo dia tetiba hilang, kita kena disconnect and connect balik.. Memang cenggini ke? Or dia punya je?? Kot tak, kena antar repair la.. Sayang menda baru ada warranty lagi.. So far kami bertahan disconnect and connect gitu je la..
 
P/s - Iye I'olls tahu, tak elok kecik2 lagi dah ajar gadget bagai. Alhamdulillah so far masih terkawal. Taklah 24 jam with gadget. Ada masa bagi, ada masa simpan.. She's still like any other toddler who enjoy playing with dolls etc. ;-)
 

Friday, September 20, 2013

Advance birthday present..

Dalam masa plus minus 20 hari lagi, umur akan bertambah. Satu lagi angka selepas nombor 30. 31 tahun dah haa.. Last year sambut bukan main, siap ke Penang, siap dapat several gifts.
 
This year? Seriously, sama je dengan tahun-tahun lepas. Tak mengharap apa-apa. Umur kita pun dah tinggi dah takde rasa nak seronok dunia cucuk langit bagai. Hidup terasa lengkap dengan ikatan kekeluargaan..
 
3 weeks ago, masa kat office, husband called tanya, "Handphone apa dah yang awak suka?" Selamba badak jawab S4. Dia pun replied kata OK. Tu je la conversation kami masa tu. And of course I didnt expect anything.
 
Balik-balik, tengok dalam almari, ada kotak. Belum sempat bukak, dah berebut dengan dak kecik. So mengalah biar dia bukak.
 
Samsung Galaxy S4. Advance birthday present kata En.Hubby.
 

Orang dah bagi ambik sajelah kan? Terima kasih daun keladi. Seriously tak sangka dia nak beli. Main sebut je S4 masa hubby tanya. Kalau tahu, I would have ordered Note 2. Eventhough software S4 lagi canggih and whatnot, tapi screen Note 2 besar. Lagi puas tengok. Tunggu Note 3 lagi canggih? Takle kot..
 
Software, processor, apa ke benda skali pun yang canggih manggih, aku bukannya reti pun. Handphone ni bagi aku, ni je function dia - call, SMS, whatsapp, IG, FB, email, Internet browsing and satu lagi Kakaotalk. Tu je la kot.. Hat lain harammm taktahu. So honestly, aku tak pernah looking forward nak handphone canggih manggih.
 
In fact, untuk all my previous phones, semua harga tak lebih daripada RM700. Takde handphone beribu rege macam orang lain. Nak lagi canggih, iPad ke, Tab ke, semua takde. Ok tipu. Tab ada la yang brand China yang rege dua tiga ratus seketul tu. Tu pun beli kat anak-anak kononnya. Tapi hampeh, pakai sekejap dah rosak. Pastu ada la iPod Shuffle yang RM165 untuk stimulate hearing Rayyan Ariff dan laptop seketui.
 
Memang bukan gadget savvy or gadget lover.
 
Sebenarnya, paling besar bila nak kuar duit untuk benda-benda ni, aku akan fikir, Ish, kalau seketul handphone harga RM2K, dah boleh dapat 66 sesi stimulaterapi untuk Rayyan Ariff. Kalau seminggu buat 3-4 kali, dah dapat buat untuk 16 minggu aka 4 bulan. Belum lagi kira kalau nak buat intensif. Belum lagi kira kos minyak and tol travel nak gi stimula So benda-benda macam ni yang buat aku tak willing nak spend few thousands on smartphone. Bukan keperluan pun.
 
Tapi as we climb higher, orang-orang yang kita jumpa pun orang besar-besar la kan.. As a regulator, bila kita call org for a meeting for example, investment banker etc, yang datang pun haruslah orang-orang besar syarikat. Takkan nak hantar management trainee jumpa regulator kan? Kena pulak hal regulations and laws. Honestly, kadang-kadang ada seganlah bila nak kena keluarkan handphone kat depan orang. Nak SMS admin staff hantar minute paper tertinggal ke.. Nak SMS admin bgtau kata air tak sampai lagi ke. Takkan la nak call dah namanya dalam meeting room. So kena la kuar phone. Orang lain keluar handphone canggih manggih, seketul makcik kat depan ni keluar handphone sadis.. Korporatlah sangat! Hahahahha..
 
Tapi pada aku itu tak mengganggu mana pun. Malu segan takleh bayar treatment anak aku. So lantak pi lah kan.. Tu tak masuk lagi colleagues yang pakai phone canggih manggih dok buat lawak kat handphone aku.. Hahahaha.. Ada makcik kesahhh??
 
So secara rasminya, inilah kali pertama ahkak pakai telepon canggih deknonnn.. *fitammmss*
 
Yang tak tahannya, berebut dengan makcik kecik tu la. Tak bagi kang bukan dia dengar pun. Nak beli tab murah-murah memang dah tak mahu dah. Beli rosak, beli rosak. Nak beli iPad ke tak le kot.. Tunggu la Bang Ian jalan sendiri dulu ke.. Akakaka..
 
So nak elak dari berebut, we got her this:

Kecik-kecik dah beruntung budak sekarang.. Mama? Harapppp je la nak merasa semua ni..
 
So bukan saya sorang yang dapat advance birthday gift. Dak Rifa Aleesya pun dapat. 11.10.13 nanti dah takde hadiah la for me eh? 01.11.13 nanti, dah takde hadiah la untuk Dik Sya eh??
 
Harap-harap ada orang belanja makan la eh. =P