Sana sini, ramai yang sudah membuat re-cap untuk tahun 2010 kerna hanya beberapa jam sahaja lagi 2011 akan menjelma.. Cepat benar waktu berlari sehinggakan seringnya diri merasa tertinggal..
.
Kali ini, saya memilih untuk tidak mengadakan re-cap penuh walaupun 2010 akan melabuhkan tirainya sedetik waktu nanti.. Kerna tahun 2010 adalah tahun yang penuh dengan keletihan, kesakitan, kesempitan dan kekurangan. Walau maklum ini semua adalah dugaanNya untuk melihat sejauh mana ketahanan seorang hamba, namun kesakitan itu bagaikan begitu nyata dan saya masih lagi mampu menitiskan air mata tatkala membaca kembali coretan diri sendiri di saat kesakitan yang melanda.. Perit.
.
Seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini,
.
Seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini,
.
Sudah banyak kali saya saksikan kesakitan pada wajahnya.. Dan sangka saya, saya semakin baik dalam mengawal perasaan.. Namun saya silap. Kerna dia adalah cinta hati saya. Kerna dia selamanya adalah kekuatan saya..
.
Mothers will always be mothers.
.
Namun seperti seringnya, iman mengingatkan jiwa, bahawa Rayyan Ariff hanyalah satu pinjaman.. Dan Dia maha mengetahui.. Maka hati kini kembali tersenyum..
.
Seketika sebelum ditolak ke dewan pembedahan - 8.8.2010 4.32am |
29.9.2010 @ Sime Darby Medical Centre - Siri kesakitan yang berlanjutan berbulan lamanya! |
29.5.2010 @ Rumah Atuk. Celebrating Ian's 2nd birthday (17 days later than his actual birth date) |
12.12.2010 @ KLCC Park - Playdate with Megat Jr & Puteri Jr |
11.10.2010 @ Home - Celebrating my 28th birthday.. |
My bestfriend's wedding.. 13.2.2010 |
Ian @ home.. 22.1.2010 ~ One month left before I went back to work from my unpaid leave.. |
My brother's wedding - 26.6.2010 Majlis sambut menantu.. |
First day of Raya 2010 - Alhamdulillah, tercapai hajat mahu tengok anak bujang pakai baju melayu bersampin.. =) |
15.9.2010 @ Pantai Medical Centre - Siri kesakitan yang menakutkan.. |
EEG Test @ SDMC - 30.9.2010 |
My BFF @ Biey's wedding 30.10.2010 |
My BFF 30.10.2010 ~ Bahagia selamanya duhai teman! Aminnn.. |
Raya 2010 - Sayang kamu semua sampai mati!! |
Botak selepas pembedahan - 21.8.2010 Usai sesi terapi pertuturan di SDMC |
Kepulangan anakanda tercinta ke rahmatullah 5.6.2010.. Al-Fatihah buat anakanda Alanna Qish.. 6.6.2010 |
Keluarga superkids di Teluk Senangin - 2.5.2010 |
Racun, penawar dan gula-gula hati kami.. |
Harapan untuk tahun 2011? I'm hoping that 2011 will be a better year for all of us.. Mohon dipermudahkan segala urusan; kesihatan, kehidupan seharian, pekerjaan dan segala macam kebaikan..
.
Untuk Rayyan Ariff, di setiap rongga nafas kehidupan, saya akan terus berdoa agar dia terus membangun. Cepat berjalan agar dia dapat meluaskan penerokaannya. Cepat bertutur agar dapat dia menyampaikan sesuatu apa yang diinginkannya.. Aminn!!
.
.
Untuk Rayyan Ariff, di setiap rongga nafas kehidupan, saya akan terus berdoa agar dia terus membangun. Cepat berjalan agar dia dapat meluaskan penerokaannya. Cepat bertutur agar dapat dia menyampaikan sesuatu apa yang diinginkannya.. Aminn!!
.
~Berjalan-Berlari-Jatuh-Bangun-Kembali berjalan-Berlari-Jatuh lagu-Bangun kembali-Terus berjalan~
It's a cycle..
.
P/s - Selamat tahun baru..
It's a cycle..
.
P/s - Selamat tahun baru..