Friday, December 31, 2010

Suka duka di sepanjang 2010..

Sana sini, ramai yang sudah membuat re-cap untuk tahun 2010 kerna hanya beberapa jam sahaja lagi 2011 akan menjelma.. Cepat benar waktu berlari sehinggakan seringnya diri merasa tertinggal..
.
Kali ini, saya memilih untuk tidak mengadakan re-cap penuh walaupun 2010 akan melabuhkan tirainya sedetik waktu nanti.. Kerna tahun 2010 adalah tahun yang penuh dengan keletihan, kesakitan, kesempitan dan kekurangan. Walau maklum ini semua adalah dugaanNya untuk melihat sejauh mana ketahanan seorang hamba, namun kesakitan itu bagaikan begitu nyata dan saya masih lagi mampu menitiskan air mata tatkala membaca kembali coretan diri sendiri di saat kesakitan yang melanda.. Perit.
.
Seperti yang pernah saya coretkan sebelum ini,
.
Sudah banyak kali saya saksikan kesakitan pada wajahnya.. Dan sangka saya, saya semakin baik dalam mengawal perasaan.. Namun saya silap. Kerna dia adalah cinta hati saya. Kerna dia selamanya adalah kekuatan saya.. 
 .
Mothers will always be mothers.
.
Namun seperti seringnya, iman mengingatkan jiwa, bahawa Rayyan Ariff hanyalah satu pinjaman.. Dan Dia maha mengetahui.. Maka hati kini kembali tersenyum..
.
Seketika sebelum ditolak ke dewan pembedahan - 8.8.2010 4.32am

29.9.2010 @ Sime Darby Medical Centre - Siri kesakitan yang berlanjutan berbulan lamanya!
29.5.2010 @ Rumah Atuk. Celebrating Ian's 2nd birthday (17 days later than his actual birth date)

12.12.2010 @ KLCC Park - Playdate with Megat Jr & Puteri Jr

11.10.2010 @ Home - Celebrating my 28th birthday..

My bestfriend's wedding.. 13.2.2010

Ian @ home.. 22.1.2010 ~ One month left before I went back to work from my unpaid leave..

My brother's wedding - 26.6.2010 Majlis sambut menantu..

First day of Raya 2010 - Alhamdulillah, tercapai hajat mahu tengok anak bujang pakai baju melayu bersampin.. =)

15.9.2010 @ Pantai Medical Centre - Siri kesakitan yang menakutkan..

EEG Test @ SDMC - 30.9.2010
My BFF @ Biey's wedding 30.10.2010

My BFF 30.10.2010 ~ Bahagia selamanya duhai teman! Aminnn..

Raya 2010 - Sayang kamu semua sampai mati!!
Botak selepas pembedahan - 21.8.2010 Usai sesi terapi pertuturan di SDMC

Kepulangan anakanda tercinta ke rahmatullah 5.6.2010.. Al-Fatihah buat anakanda Alanna Qish.. 6.6.2010
Keluarga superkids di Teluk Senangin - 2.5.2010

Racun, penawar dan gula-gula hati kami..
Harapan untuk tahun 2011? I'm hoping that 2011 will be a better year for all of us.. Mohon dipermudahkan segala urusan; kesihatan, kehidupan seharian, pekerjaan dan segala macam kebaikan..
.
Untuk Rayyan Ariff, di setiap rongga nafas kehidupan, saya akan terus berdoa agar dia terus membangun. Cepat berjalan agar dia dapat meluaskan penerokaannya. Cepat bertutur agar dapat dia menyampaikan sesuatu apa yang diinginkannya.. Aminn!!
.
~Berjalan-Berlari-Jatuh-Bangun-Kembali berjalan-Berlari-Jatuh lagu-Bangun kembali-Terus berjalan~
It's a cycle..
.
P/s - Selamat tahun baru..

Thursday, December 30, 2010

Masih terkesan dengan kehilangannya.. Al-Fatihah!

Sungguh saya masih terkesan dengan pemergian anak kecil itu. Mungkin kerana diagnosisnya sama dengan Rayyan Ariff, maka sakit itu mengalir ke segenap ruangan hati ini. 
.
Sewaktu saya membaca status ibunya di FB bahawa sudah 3 kali mereka menyambut ramadhan bersama si kecil itu, hati saya berbisik dengan sepenuh meminta, "Ya Allah, semoga ada lebih banyak lagi Ramadhan buat keluarga ini bersama si kecil yang bersemangat waja ini.."
.
Sewaktu saya mengetahui tentang pemergian anak kecil itu, saya menangis teresak-esak. Kesal kerana saya tidak berkesempatan bertemu wajah kecil itu lagi selepas pertemuan pertama, lama waktu dahulu.. Sungguh dia kuat kerna sudah bertahan sehingga tahun ketiga walaupun dari segi perubatan, doktor mensasarkan bahawa hayatnya tidak mungkin sepanjang itu!
.
Dan semalam, sewaktu saya membaca status ibunya di FB tentang kerinduan dan kesuraman sebuah kediaman setelah pemergian anakanda tercinta, kolam mata ini bergenang lagi.. Terketar-ketar tangan ini  menaip sewaktu mahu menitipkan ucapan takziah buat keluarga itu..
.
Di sebelah saya, Rayyan Ariff tersenyum manis sambil memasukkan huruf 'O' ke dalam tempatnya. Dalam saya memerhatikan anak itu dan dia masih lagi memberikan senyumannya.. Pada sinar mata Rayyan Ariff, saya bagaikan ternampak cahaya sama yang pernah kelihatan pada mata Aiman Ishak.. Ya Allah, kesedihan dan kehilangan itu begitu nyata walaupun saya bukanlah sesiapa pada keluarga itu.. Subhanallah.. Ralat sungguh hati ini kerna tidak berpeluang menemukan Rayyan Ariff dengan 'abang'nya itu..
.
Al-Fatihah buat Aiman Ishak!! Di dunia ini, mungkin kamu digelar OKU. Namun di syurga yang abadi, tiada lagi label buat kamu.. Kamu bebas berlari dan meneroka.. Semoga kamu terus tenang di sana wahai anakku, Muhammad Aiman Ishak..

Asal kejadian yang sama.. Rayyan Ariff di awal usia..
Setiap anak yang lahir, pastinya meninggalkan kesan yang bukan sedikit untuk setiap ahli keluarganya. Kurang upaya, tidak bermakna kurang bahagia yang di bawa.. Kurang sempurna, tidak bermakna kurang kasih sayang yang tercurah.. 
.
Susah pada mata dan pandangan orang lain, bukanlah kepayahan pada kita yang menghadapi.. Satu pemergian tetap akan dirasai walaubagaimana keadaan sekalipun! Dan setiap peluh yang menitik dalam menguruskan dan menjaga permata ini, pastinya dijanjikan kemanisan oleh Dia di sana..
.
Al-Fatihah..

Wednesday, December 29, 2010

Ishh!! Geramnyaaa!!!!!

Dalam 2/3 minggu ni, asyik dengan geram dia.. Kalo kita ketap bibir buat-buat geram, dan dan tu jugak dia tiru.. Paling dia geram, dengan kaki orang and pusat ayah.. Kalo nampak ayah, dari jauh datang semata-mata nak selak baju ayah, nak cubit pusat.. Siap dengan pakej muka geram dia tu la..
.
Eiii geramnya!!! Ni ikut aksi Che Su la ni.. :P

We're truly enjoying our child, no matter what! =)

Tuesday, December 28, 2010

Hanya di rumah bercuti sakit..

Prosedur yang dirancang ke atas Rayyan Ariff ditangguhkan seketika sehinggalah dia sembuh sepenuhnya. Saya pula mendapat cuti percuma selama dua hari.. Sudah dua malam tidak dapat tidur kerana batuk yang teruk. Sakit dada dan perut apabila batuk semakin teruk.
.
Kata pembantu klinik tadi, sekarang ini memang musim orang sakit. Semalam sahaja, lebih 60 orang yang mengunjungi kliniknya. Hmm.. Lebatlah akaun klinik eh.. =)
.
Dan tadi, dengan muka nakal dan comelnya, Rayyan Ariff melangkah masuk ke bilik doktor sambil sebelah tangannya dipimpin saya *yes, from 2 hands, we now only need to hold only one of his hands because his balancing is getting better*.. Dr. Shereen beberapa kali menyatakan kekagumannya melihat Rayyan Ariff kini. Anak sama yang dia saksikan penuh dengan limitasi suatu ketika dahulu sudah berkembang menjadi anak comel dengan personalitinya yang tersendiri.. Alhamdulillah..
.
Hmmm.. Kalau tidak kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, mahu sahaja keluar ke JJ Maluri.. Teringin benar dengan sizzling mee! *Owh*
.
Google image: Oohh sedapnya!

Monday, December 27, 2010

Debaran yang bersarang di hati..

Keempat-empat isi rumah kami masih lagi batuk-batuk dengan teruk. Saya pula, sampai tidak dapat tidur semalam.. Bibik mendapat extra package dengan disertai sedikit demam. Rayyan Ariff pula, ditambah dengan selsema pula.. Hmm.. Musim barangkali.
.
Esok pagi, Rayyan Ariff dijadualkan untuk admission ke PMC bagi menjalani pemeriksaan mata di bawah GA. Dengan pakej selsema dan batuk ini, saya tidak tahulah sama ada bisa diteruskan atau tidak. Perancangan sebelum ini terganggu kerana Rayyan Ariff yang jatuh sakit agak lama. Dan seandainya perancangan untuk esok hari juga tertunda, tentu sekali saya terasa ralat..
.
Berdebar. Itu kata yang sesuai untuk menggambarkan rasa di hati. Saya takut seandainya keputusan ujian nanti menunjukkan Rayyan Ariff memerlukan kacamata. Sudahlah sebelum ini kami sudah berperang dengan pemakaian hearing aid, kalau perlu ditambah dengan kacamata, pecahlah jiwa ibu yang satu ini.. =(
.
Semoga ada berita baik untuk kami esok hari. InsyaAllah.
.
Bisa 'membaca' bukan jaminan penglihatan mata yang jelas.. =(
Semoga yang terbaik menjadi penutup 2010. Aminnnn.

Sunday, December 26, 2010

Cerita bercampur di hari minggu..

Atuk dah balik semalam.. Tinggal nenek and che su je lagi.. Tu pun dah nak balik jugak hari selasa nanti.. Semalam, lepas antar atuk, singgah Kg.Baru makan steak.. Memang dapat makan dengan amanlah sebab Rayyan Ariff lena di pangkuan..
.
Habis makan, lepas hubby bayar dia gi amik kereta dulu coz parking jauh. So kami pun bangunlah jugak and decided nak tunggu kat kerusi kat pintu masuk, coz ramai lagi pelanggan yang sibuk dok cari tempat duduk..
.
Sampai kat depan, dua-dua bangku penuh. Satu bangku, makcik dan anak perempuan dia duduk. Satu bangku lagi, satu couple tengah duduk. Budget memang loving giler la.. Yang pompuan sibuk dok posing dengan senyum ngengada, yang laki plak sibuk dok amik gamba pakai henpon.. Seriusly, betul2 cam iklan Adlin Aman Ramli yang naik LRT duduk-buat muka tak-malu-pura-pura tidur sebab tanak bagi orang lain duduk.. 
.
Dah ko nampak ada pompuan dukung anak tengah syok tido, boleh tak ko jadik gentleman sket? Bangun and offer orang tu duduk?? Serious sivik budak ni rendah giler!! Seb baik la akak ni mulut bukan bangsa laser, kalo tak, memang tembus la muka ko budak..
.
Ok, habis citer tu. Hari ni plak, teman mommy sambung shopping lagi. Beli handbag dengan jam pulak. Seb baik kat JJ Maluri jer.. So kejap je la jugak.
.
Balik jer, terus bersilat kat dapur.. Sesekali mak kita datang, apa salahnya menjamu kan?? :P
.
Ulam, udang goreng, sambal ikan bilis, gulai telur, ayam rempah, mangga muda.. Perghhh..
Ok. Tu je la citer weekend. Malam nanti, ada wedding invitation, tapi En.Hubby plak nak gi tengok bola.. Camne ni?? Hmmm.. Tengok la camne..

Saturday, December 25, 2010

Ber'Merry Christmas' di Sogo lah kita yea..

Pagi-pagi buta tadi lagi dah ke Sogo.. Elok sampai, pintu baru bukak.. Punyalah semangat pegi pagi-pagi sebab taknak bersesak dengan umat manusia..
.

Barang-barang di atas bukan saya punya.. Sekadar jadi pemandu mommy.. Dah lama sebut nak shopping. tu yang bawak tu. Tiap-tiap kali mommy nak bayar, bila cashier tanya ada Sogo Card tak? Terus telan liur bila jawab takde.. Sebabnya kad ada, tapi dah expired. Nak renew malas nak gi tingkat 7 coz biasanya En.Hubby yang renew.. Sudahnya, telan liur je lah tengok 'point-point' yang hilang.. Ye lah, harga masing-masing bukannya murah..
.
Ish, menggugat keimanan betul la.. Tengok mommy rembat comforter, nafsu memuncak.. Tengok mommy rembat handbag, nafsu bergelora.. Tengok mommy beli kasut, ishhh.. jiwa kacau.. Takpe,, Sabarrr dulu.. 2010 memang tahun 'sakit'.. Harap-harap, tahun 2011 nanti lega la sket.. And then, harap-harap jugak, bonus 2011 leh joli katak la hendaknya.. Almaklumlah, kata bonus berbulan-bulan tahun ni, tapi allocation tu banyak sangat penangan unpaid, duit hilang, anak sakit, anak nak sekolah dan untuk famili.. So, yang tinggal cumalah senyum.. =P
.
Rayyan Ariff cuma tinggal di rumah dengan bibik, atuk dan Che Su coz dia tak sihat.. Actually, kami (Saya, hubby, Ian & bibik) semua tak sihat.. Batuk and selsema.. Batuk pulak tahap nak terkeluar paru-paru.. Hadoiii, seksa betul.. Lagipun, bukan pergi lama.. By 12pm dah abis shopping and terus balik umah..
.
Ian cuma dapat selai jeans MIKI Kids dengan T-shirt Looney Tunes je.. OK la tu kan?? Sebab the biggest portion of Mama's bonus pun dah pegi untuk sekolah dia.. So benda lain kita wasatiah la yea nak.. =)

Friday, December 24, 2010

Busy bee? Busybody? Atau buat-buat busy??

Tiga-tiga di atas kot. Pagi tadi Atuk and Nenek KB Rayyan Ariff sampai.. Terus tiba-tiba jadi sombong tak kenal Mama and Ayah.. Mama nak gi work pun buat derkkk jer.. Kalau tak, sibuk la dia "Omm..Omm.. Omm.." (Read: Vroom.. vroom.. vromm), mintak nak naik kereta..
.
Dulu, Rayyan needs a lot of support kan Auntie? =)
Dan hari ni jugak, hari lahir Auntie Sarjit.. Happy birthday Auntie.. Thanks a lot for believing in Rayyan Ariff.. Mama just beli kek and mintak bibik bagi since Rayyan Ariff got his speech therapy session hari ni..
.
Owh, semalam, Rayyan Ariff panjat keluar from his baby cot naik atas katil Mama.. Luckily both katil memang attached, sebelah-sebelah jer.. Hmm.. Ayah kena cepat-cepat rendahkan katil Ian ni.. Projek weekend ni lah..
.
K, till then!

Thursday, December 23, 2010

Mari mencantikkan rumah dengan perabut yang menarikkkk!! :P

Hehehhe.. Title dah macam sales blog dah eh?? Ok, no post to be included in Ian's story label for a while sebab mama dia busy with lots of thing sekarang ni..
.
Just doing a favor for a friend.. Company dia tengah buat Year-End-Sale (Dari 24-26 Disember 2010) and banyak perabut dan barang-barang berasaskan kayu sedang ditawarkan dengan harga yang lebih murah. One thing for sure, pembuatan dia bagus dan halus and harga dia memang berpatutan la..
.
Saya sendiri pernah meminta quotation untuk set bilik tidur, sofa, kabinet TV, set meja makan dan almari perhiasan yang mana semuanya adalah berasaskan English Style dan harga yang diberikan adalah RM7K which is memang sangat-sangat murah berbanding dengan harga beberapa kedai perabut yang saya sudah approached.
.
So kawan-kawan, kalau mahu melihat sendiri 'hasil' tangan anak tempatan ini, bolehlah ke Showroom mereka di:
Taman Mawar, Salak Tinggi, Sepang, Selangor (Berhampiran Kolej Teknologi Timur)
Tel: 016 2630675


Cantikkan?? Korang bleh pilih fabrik and furnishing sendiri kalau yang ada kat showroom tak menepati citarasa..

Mirror frame.. Ada contemporary style and Classic.. Pilih jer.. =)
Flooring pun diorang buat..
Kerusi-kerusi yang sudap ditempah..
Hasil kerja yang halus..
Huhuhuhu.. Meleleh tengok, tapi lom ada rezeki lebihhh..
Cleopatra chair in the making..
Kabinet dapur yang gah..

Kabinet dapur yang masih dalam pembikinan..

Gorjes la!!
Bilik tidur - built in wardrobe and plaster ceiling..

Ni projek kat hotel..

Ceiling pun adoooo...
Masa kami renovate rumah dulu, tak sempat nak buat dengan Deco-Dreams ni sebab masa tu diorang ada a few projects in line and we cant wait sebab nak pindah before I start my unpaid leave.. Tapi bila tengok gambar-gambar ni, memang kecur air liur.. =)
.
OK, ni URL blog Deco-dreams. tapi gambar-gambar still tak banyak coz blog ni baru created.. http://www.deco-dreams.blogspot.com/
.
Sekian.

P/s - Sebut la nama mokcik kot2 diorang nak bagi less lagi ke.. :P

Tuesday, December 21, 2010

Perlukah merenung bulan dan melupakan rumput yang dipijak??

Semalam, untuk seketika waktu, saya mengunjungi beberapa blog anak istimewa yang merupakan diagnosis yang hampir sama dengan Rayyan Ariff walaupun tidaklah benar-benar serupa. Ada yang lebih baik daripada Rayyan Ariff dan ada juga yang berlawanan.
.
Bohonglah kalau saya katakan bahawa tidak ada langsung perasaan cemburu yang terselit di dalam hati apabila melihat ada yang sudah mampu bertutur dan mula mengatur langkah sedangkan usianya hampir sama dengan Rayyan Ariff. Namun hanya iman dan akal yang bisa memujuk diri untuk redha dan terus berusaha yang terbaik buat anak comel saya ini..
.
Lagipun, kebanyakan anak yang mempunyai diagnosis yang serupa dengan Rayyan Ariff kelihatannya benar-benar 'berjuang' dengan pelbagai limitasi. Malahan, ada yang masih belum mapu berjalan walaupun usia sudah menginjak ke angka 5 tahun. Kalau ibubapa mereka redha, mengapa tidak saya? Itulah lumrah manusia, terlalu memandang bulan dan bintang di langit sehinggakan sering terlupa rumput yang menghijau..
.
Enjoy your child no matter what.. InsyaAllah.. =)
.
Rayyan Ariff sudah mampu mengenal nombor.. Kita hanya perlu memberikan sahaja kepadanya dan dia mampu memasukkannya sendiri.. Ada waktu bila malasnya datang, pantas sahaja dia memasukkan nombor-nombor itu sesuka hatinya. Itulah anak kecil, bukan boleh dipaksa.. =)
.
Bebarapa kali kami cuba untuk merakam aksinya semalam, namun dia tidak memberikan kerjasama.. Malah, anak kecil ini lebih tertarik kepada Cinta Kirana.. Pandai betul bibik 'mengasuh' Rayyan Ariff.. =)
.
"Rayyan, put.. put Rayyan, please..."

"I couldnt care less la Mama.. Uuweekk"

Last weekend, we gave Rayyan a haircut. Balik tu, Mama tunjuk terror nak botakkan kepala Rayyan.. sekali tak menjadi.. Botak sket dalam 2cm kat tengah sebab kena tobek ngan Mama.. :P

True enough. I'm enjoying my child, no matter what.. =P

Monday, December 20, 2010

Satu perbualan yang jujur dan tidak mengganggu..

Sebelum ini, kami pernah berbincang tentang kelebihan landed house untuk memenuhi beberapa keperluan Rayyan Ariff.. Tujuan kami membeli kediaman sekarang adalah kerana mahu memanfaatkan kolam renang sebagai salah satu sesi terapi Rayyan Ariff. Oleh kerana Rayyan Ariff tidak sukakan sesi renangnya, maka isu tentang landed house timbul kembali..
.
Namun sejak sembuh dari kesakitan yang lalu, Rayyan Ariff benar-benar sukakan sesi berenang.. Di dalam air, dia akan menggerakkan kaki dan tangannya sekuat hati sambil mulut tertawa mengekek.. Comel sekali.
.
Happy and excited.. =)
Melihatkan sesi ini memberi manfaat buat Rayyan Ariff, maka isu berpindah rumah tidak lagi kedengaran.. Seboleh-bolehnya, kami memastikan agar Rayyan Ariff berenang untuk dua atau tiga kali seminggu.. =)
.
Semalam, sekali lagi kami membawa Rayyan Ariff berenang.. Oleh kerana cuaca yang mendung, ramai juga anak-anak lain berada di kolam renang..Dan setelah seketika, kami dihampiri oleh beberapa kanak-kanak yang mungkin di dalam usia 5-6 tahun..
.
Kanak-kanak A: Acik, sape nama adik ni?
Saya: Rayyan..
Kanak-kanak A,B,C: Lion???
Saya: Rayyan..
Kanak-kanak A,B,C: Oooo
Kanak-Kanak A: Berapa umur dia Cik?? Dia comellah..
Saya: Dua tahun..
Kanak-Kanak A: Dia pandai cakap tak??
Saya : Belum sangat. Sikit2 bolehlah.. Satu dua perkataan..
Kanak-kanak A: Dia boleh jalan tak?
Saya: Belum..
Kanak-kanak A: Oohh.. Tapi dia comellah.
Kanak-kanak B: Sape nama dia Cik? Berapa umur dia Acik??
Saya: Rayyan. Dua tahun.
Kanak-Kanak C: Kenapa kepala dia Acik?
Saya: Kena operate. Dia sakit dulu..
Kanak-kanak A: Tapi dia comel kan???
Kanak-kanak B: Kesiannya.. Dia boleh jalan tak?
Saya: Dia tengah belajar nak bejalan la ni..
.
Soalan yang berulang, namun mereka hanya ingin memenuhi rasa ingin tahu.. Hmmm.. Kalau Rayyan Ariff ke sekolah untuk kanak-kanak tipikal, apakah dia akan menerima soalan-soalan sebegitu dan mungkinkah cikgu-cikgunya yang terpaksa menjawabnya?? Wallahualam..

Sunday, December 19, 2010

Cerita hari minggu..

Dua hari minggu yang lalu adalah hari bersenang-lenang buat kami.. Minggu sebelumnya, kami pulang ke Kelantan dan minggu lalu pula hanya berehat-rehat di rumah.. =)
.
Dua minggu yang lalu:
Budak kecil yang kekaguman melihat laut.. =)

Pantai Cahaya Bulan.. Ombak besar dan cuaca mendung dan hujan sepanjang di sana..

Potong kek hadiah daripada teman2 Tok.. Kek 'get well soon' buat Tok yang tidak sihat.. =)
Minggu lalu:
Playdate bersama Megat Jr dan Puteri Jr di KLCC!! Yeayyy!!
.
Anak-anak comel kami..

Love this photo.. Tgk Incik Hubby di belakang berbaju kuning.. =)

Teka?? Apa yang Tuan Kecik buat di stroller Megat Jr??
Jawapannya adalah; KIPAS!!!
Obsesi yang tidak berpenghujung!! =)
Gambar-gambar yang superb dari Mama Put dan Minmin.. =) 
.
Minggu ini pula?? Boleh dikatakan sebagai minggu yang cukup memenatkan. Hari sabtu dipenuhi dengan sesi terapi Rayyan Ariff yang mana kami meninggalkan rumah jam 11.00am dan hanya kembali pada jam 715pm.. Setelah itu, ke rumah Atuk dan Wan Rayyan Ariff di Rawang pula untuk bermalam di sana.. Tiba di rumah tadi pun sudah menghampiri jam 415pm..
.
Diteruskan dengan aktiviti  berenang untuk Rayyan Ariff dan menjamu selera di Steakhouse.. Terima kasih Mak Eiy.. =)