Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya!! :-)

To friends &; family,
Have a safe balik kampung journey..
:-)



Maafkanlah jika ada terlanjur perkataan
Diharap supaya jangan disimpan
Kuberdoa selamat panjang umur murah rezeki
Semoga Tuhan akan memberkati

Thursday, August 25, 2011

Yang setia menemani, rumah bersepah dan Baby RA??

Semenjak usia kandungan mencecah 12 minggu, inilah santapan pagi yang setia menemani bagi menggantikan folic acid;

Cik New Obimin, Encik Calcium Lactate & Puan Neurogain PB. ~Yang tiada dalam gambar ialah Cik Siti Anmum Materna~
.
Sebelah malam, biasanya saya mengambil susu berkalsium tinggi Anlene.. Kononnya untuk menambah jumlah kalsium dalam badan.. Tapi tu lah.. tarik-tarik kat betis still jugak ada..
.
Semalam bila baca komen Kak Baya, barulah rasa, "Eh betul jugak eh?? Maybe sebab sejuk kot.." Actually, saya ni penyejuk orangnya.. Percaya tak, sepanjang pregnant ni baru beberapa kali je mandi air sejuk.. Selebihnya, sangat-sangat berterima kasih kepada encik water heater kerana banyak berbakti..
.
Selain daripada itu, saya memang tak geng la dengan aircond.. Kat office tu kalau dah sejuk sangat, rasa nak angkat meja letak kat koridor jer.. So kat umah ni, walaupun bilik tidur ber aircond, bleh kira ngan jari je berapa kali bukak.. Kalau En.Hubby switch on pun, bila mem besar masuk, mesti kena tutup punyalah..
.
Tapi bila pregnant ni, hawa-hawa panas tu pun datanglah.. Walaupun still tak boleh guna aircond, kipas adalah wajib sampai ke pagi.. Bila kipas dah laju, sejuk pun menyelinap.. So maybe sebab tu la yang jadi tarik-tarik kat betis tu.. Huhuhu.. Maybe kena pakai socks after this. Thanks Kak Baya coz tolong make me realize the cause of the problem.. :-)
.
~Takpun maybe kena tukar kete auto.. Iye la, tetiap hari drive from Ampang to Bukit Kiara and vice versa.. Mana tak cramp bila terpaksa hadap traffic jam kat AKLEH n DUKE dak?? :P~
.
Oh Aly, bila aku kata tak kisah umah bersepah, memang adalah tak kisah.. Sebabnya, aku yang askar sorang n still lagi tak berjalan ni pun bukan main lagi bab 'mengemas'.. Ini plak ko yang anak dah dua.. Harus-harus la kira sama kapal je kita dak?
.
Aunties nak tengok apa projek Tuan Rayyan Ariff masa orang tengah bukak puasa semalam? Ni haa...    
.
 Mula-mula dia buat kecah depan TV.. Baju hitam tu jubah yang ayah beli untuk Tok Wan dia.. Habis kena bawak keluar dari plastik..
.
 Ini pulak dia capai bakul yang kat atas meja jati kecik tu.. Habis barang-barang kat dalam tu berterabur..
.
                               Bila kita tegur, dia buat la muka sposen.. Tengok pun kesian, rasa nak marah pun hilang..
.
Bila dia buat sepah camni, takde la nak marah.. Cuma make sure dia kemas balik.. Kemas dia tu takde la kemas bersusun.. Kita cuma mintak dia masukkan balik barang-barang yang dia keluarkan tu dalam bakul.. So that dia tau dia punya responsibility..
.
Dulu ayah Ian takleh terima if rumah bersepah.. Masa tu Rayyan Ariff dalam usia setahun lebih.. Kalau dia balik keje and tengok rumah bersepah, mesti dia tanya, "Tak mengemas ke tadi?? Apa la rumah camni.." Tapi since dia tengok sendiri capability anak bujang dia, terus tak cakap apa dah.. =)
.
Tentang Baby RA, pagi tadi, pas sahur borak-borak dgn En.Hubby.. Tiba-tiba dia tanya, "Apa dah nama baby?"
Terus saya jawab, "Eh, kan tak finalise lagi.."
Dia jawab lagi, "Kan abang dah confirm.."
Saya balas, "Eh, bukan adik ke yang bagi nama.. Tak finalise lagi la.."
"Adik yang bagi, abang yang confirm kan.. Rayyan adik dah bagi, baby biar abang la confirm.." Panjang pulak tu jawabnya..
.
Actually that day memang saya ada bagi 2 nama.. Bagi in the sense that just mentioning the name jer.. Sekali member dah suka ngan second name.. So Baby RA, ayah has spoken.. He has finalised your name and from now on, you will be call with that name..
.
Ya Allah jagalah anakku selama dia di dalam kandunganku dan sembuhkanlah dia, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang bisa menyembuhkan, tiada ubat kecuali ubatMu yang tidak akan membawa penyakit..
Ya Allah bentuklah dia dalam kandunganku dengan bentuk yang bagus dan tetapkanlah iman hatinya padaMu dan utusanmu..
Ya Allah keluarkanlah dia dari kandunganku pada waktu aku melahirkan dengan mudah dan selamat..
Ya Allah jadikanlah dia orang yang sehat, sempurna, punya akal, cerdas, alim dan mengamalkan ilmunya..
Ya Allah panjangkanlah umurnya dalam keadaan yang sihat dan berikanlah dia budi pekerti yang baik, fasihkanlah lidahnya serta berikanlah suara yang baik untuk membaca hadist dan Al qur’an dengan mendapat berkahnya nabi Muhammad SAW
Segala puji bagi Allah tuhan yang menguasai sekalian alam. Aminnn..

Wednesday, August 24, 2011

Satu realiti, satu cabaran~

Masing-masing harus dah bercambah mood balik kampung kan? Keje pun rasa cam tak tertelan jer.. This year kami raya kat Rawang dulu, pastu balik KB.. Ikut hati takmo balik sebab penat betul rasanya nak travel jauh2.. Tapi katanya En.Hubby, siyan abah tiap2 hari called cucu.. Balik je la.. 
.
Pagi tadi, sekali lagi urat betis bagai ditarik-tarik! Sakitnya Subhanallah, takleh nak cakap camne.. Perit.. Rasa cam ada benda halus masuk dalam betis n alihkan urat-urat yang ada.. Boleh rasa urat tu beralih.. Seb baik pas taruk minyak panas OK jer.. Masa pregnant kan Rayyan Ariff dulu, sekali dua je jadi and takde la sakit sangat.. Umur makin meningkat kot..
.
Last Sunday gi umah Abi n Ummi Sarra untuk ambik biskut raya yang dah berkurun tempah.. Sejenis je pun.. Tapi jauh benar tempahnya.. Hehehhe.. Pepagi buta dah terjah rumah orang walhal tuan umah dok elok beradu lagi.. Bukan apa, lewat2 kang, dah layu pulak.. Pagi-pagi ni fresh sket..
.
Dah selalu gi umah Sarra, tapi tak sampai lagi umah Nia & Adel.. Padahal satu blok je pun.. Since hari tu awal lagi, cakap kat hubby jom la singgah and dia pun kata OK.. So called la Aly cakap nak singgah.. Segan jugak sebab main terjah jer.. Tapi kalo nak properly plan, sure tak jadi punya.. Datang dengan tak bawak apa2 pun.. Nak bg biskut raya yang baru ambik tu kang, kena gelak dek Aly plak.. So buat tebal muka je la..
.
Gambar adalah daripada DSLR Aly dan diambil dari belog beliau -> Nayville 
.
Seriously, korang nampak je tenang dalam gambar ni.. Real situation tak macam ni.. Rayyan Ariff siap kena cepuk kepala lagi ngan Rania Ayesha ni.. Tu belum masuk bab Rihana Adelia dok merengek taknak berenggang dengan Mama dia..
.
Being a typical child Rania Ayesha is, memang takleh tengok la barang dia kena pegang dengan Rayyan Ariff.. Sifat possessive tu tinggi.. Sama jugak dengan Rihana Adelia.. Ini kali kedua saya tengok this type of behaviour selepas Syafil Nadime.. Betapa dunia saya hanya berkisar tentang anak istimewa sehingga saya rasa takjub melihat telatah anak-anak normal..
.
Mereka punya minda mereka sendiri.. Semuanya perlu ada rasionalisasi... Contohnya, bila Nadime tidak mahu berkongsi permainannya dengan Rayyan, dengan lembut Mummy nya Ayu menerangkan bahawa berkongsi itu adalah suatu perkara yang baik.. Sama juga Aly, berkali-kali mengulangi perkara yang sama pada Nia walaupun kesudahannya masih sama.. Barang mereka, adalah barang mereka..
.
Saya rasa teruja melihat situasi ini dan sekiranya segalanya baik-baik sahaja, mungkin saya juga akan melalui moment ini bersama Baby RA.. Cabaran mendidik anak tipikal dan istimewa begitu besar sekali perbedaannya.. Rayyan Ariff, senang dijaga dan sangat mendengar kata.. Boleh bermain sendiri sehingga berjam-jam lamanya dan tidak punya banyak kerenah..
.
Malahan, menurut Dr. Sofiah, anak-anak seperti Rayyan Ariff, apabila diajar untuk melakukan kerja rumah, kebiasaannya, merekalah golongan yang patuh dan banyak menurut.. Saya tahu, menurut itu mungkin boleh dikatakan bendul oleh sesetengah orang, namun tanggapan itu salah kerana mereka juga punya point pemberontakan cuma tidak begitu dominant berbanding anak-anak tipikal.. 
.
Pengalaman bersama anak-anak tipikal ini benar-benar melonjakkan keterujaan di dalam diri saya.. Sungguh tidak sabar menantikan ketibaan Baby RA.. Semoga Baby RA dapat merealisasikan impian saya untuk menjadi ibu kepada anak tipikal sebagaimana istimewanya saya diberi peluang mendidik Rayyan Ariff yang sangat2 istimewa.. :-)

Tuesday, August 23, 2011

Semuanya tentang bulat~

Semenjak Rayyan Ariff mula mengenali dan melukis bentuk bulat, semua benda berbentuk bulat menarik perhatiannya.. Beberapa hari yang lalu, saya sengaja merangkak mengikuti pergerakannya ke meja makan. Tiba-tiba sahaja dia menarik tangan saya dan menunjukkan corak yang ada pada tikar yang mengalas meja makan..
.
Jejari halusnya mengikuti corak bulatan yang ada pada permukaan tikar sambil mulutnya berbunyi-bunyi.. "Oh bulat.. Ian kenal bulat yea.." Kata saya kepadanya..
.
Begitu juga sewaktu berbaring di katil. Jejarinya ligat mengikut corak bulat yang ada pada comforter sambil mulutnya membunyikan perkataan bulat dengan bahasanya yang tersendiri..
.
Bulat yang menarik perhatian~
.
Terkini, Rayyan Ariff asyik mengibar jalur gemilang. Sewaktu kami ke Sogo minggu lalu, kebetulannya ada pemberian jalur gemilang secara percuma.. Kali pertama melihat bendera kebangsaan itu, Rayyan Ariff tidak tahu apa yang perlu dibuat. Hujung batang bendera yang dibuat daripada plastik itu asyik digigitnya..
.
"Ian, ni flag.. Tgk mama buat.. Tanggal 31, bulan 8, 57.. Hari yang mulia, hari bahagia..." Saya bernyanyi sambil tangan mengibarkan bendera tersebut.. Seterusnya, saya menghulurkan bendera tersebut kepadanya.. Dengan mulut yang bernyanyi di dalam bahasa yang tidak saya fahami, tangan Rayyan Ariff rancak mengibarkan jalur gemilang..
.
Walau Rayyan Ariff masih jauh untuk mengenal erti kemerdekaan, sekurang-kurangnya, dia tahu apa yang perlu dilakukan bila melihat jalur gemilang.. :-)

Monday, August 22, 2011

Hari-hari terakhir Ramadhan..

Alhamdulillah, masih diberi kekuatan untuk berpuasa penuh walapun malamnya memang melepek kepenatan.. :-)
.
Rasanya, perkara utama yang dinanti menjelang lebaran bukanlah sambutan hari raya itu sendiri.. Tetapi peluang bertemu dengan kaum keluarga dan ayahbonda..
.
Ceria benar suara Mommy & Abah bila mengetahui anak-anak akan pulang beraya.. Walaupun bukanlah pada hari raya pertama kami dapat berkumpul, sekurang-kurangnya sireh tetap pulang ke gagang..
Rayyan Ariff mungkin masih belum mengerti keriangan berhari-raya. Yang dia tahu, gembira kerana dipakaikan baju baru.. Gembira dapat bertemu atuk dan nenek di kampung.. 
.
Anak lelaki berbaju melayu dan sampin memang handsome.. Harap2 nanti leh tengok anak perempuan berbaju kurung plak.. :-)
Sewaktu mencuba baju rayanya, betapa segak anak bujang itu dengan warna kulit yang menonjol dek warna baju yang kontra. Comel. Tambah comel bila bersampin. Namun sayangnya, anak Mama masih belum dapat berjalan sendiri.. Semoga ada peluang untuk kami menyaksikan langkah-langkahmu tanpa bantuan suatu waktu nanti..
.
Bibik juga mula bersuara ceria.. Bagaikan tidak sabar mahu pulang ke kampung. Niat di hati ini, selain daripada biskut raya dan sehelai baju kurung, mahu juga diberikan duit raya buat belanjanya di kampung nanti.. Namun entahlah, masih berjauh hati mungkin.
.
Semalam sahaja, sebaik jam menunjukkan jam 9pm dan saya sudah lena beradu, tegar sahaja dia melepak diluar rumah bersama security guard. Dan hubby memaklumkan, sehingga jam 1am dia diluar.. Patutlah tidurnya terlajak-lajak.. Saya pula yang mengejutkannya jam 5am untuk bersahur sebaik makanan siap terhidang.. Makin hilang rasa hormatnya pada majikan agaknya..
.
Arhhh biarlah.. Andai ditegur, dua ke tiga hari mogok tidak mahu bercakap. Untuk seorang anak bernama Rayyan Ariff, Mama sabarkan sahaja.. Diam bukan bererti kalah, namun sekadar tidak mahu mengingatkan rasa marah.. 
.
Kembali kepada cerita hari raya, ada sesuatu yang saya benar-benar nantikan menjelang lebaran ini.. Semoga impian yang satu itu menjadi nyata.. Semoga dipermudahkan segalanya.. Aminnn.. 

Sunday, August 21, 2011

Kalau ikutkan hati, segunung emas pun mahu dibeli!!

Since akan berlaku pertambahan ahli keluarga, beberapa modifikasi juga perlu seiring.. Antara perkara utama yang dibincangkan ialah keperluan untuk bertukar kepada MPV.. Actually, untuk anak 2, rasanya kereta sedan masih lagi OK.. Tapi bila dikira bibik, memang agak sesaklah.. 3 dewasa dan 2 carseats.. Mana nak kira barang-barang lagi kan?
.
Setiap kali perkara ini saya usulkan kepada En.Hubby, pasti tiada jawapan muktamad. Sebab utama? Sayang dia pada En.Perdana tu menggunung! Maklumlah, sudah modified sana sini.. Sudah tambah aksesori itu ini.. Memang betullah, semua kereta pun ada sentimental value pada tuannya.. Tapi harus juga dinilai dari segi practicality..
.
Namun secara tiba-tiba, En.Hubby mengusulkan untuk bertukar kepada Livina Impul.. Mungkin kerana kereta tersebut agak sporty..

Image by Google.com
.
Honestly, memanglah cantik dan sporty.. Bila dah sporty, tak adelah orang yang gatal-gatal tangan nak tambah skirting, nak cari sport rim bagai.. Tapi pada saya, ruangnya agak kecil walaupun ianya sebuah MPV 7 seater.. Sedangkan harganya sudah menyamai dengan sebuah Toyota Innova yang lebih spacious.. Daripada menghabiskan sejumlah besar wang untuk saiz kereta yang sebegitu, baik sahaja beli Perodua Alza.. Lebih jimat.. :P
.
Rasanya tidak jauh beza antara Alza dan Livina Impul kan?
.
Toyota Wish walaupun menarik, pada saya tidak berbaloi untuk membeli sebuah kereta recon dengan harga sedemikian.. Melebihi harga sebuah kereta baru! Lantas saya cadangkan Innova pada En.Hubby.. Tapi katanya, bagaikan kereta orang tua.. *Tak sedar diri tuh, macam la member teenager dak??*
.
Katanya kereta orang tua eh??
.
Namun apabila saya tunjukkan sebuah modified Innova, terus sahaja En.Hubby teruja kerana rupanya yang seakan-akan Wish..
.

Source: 101modifiedcars.com
.
Tetapi kalau difikirkan, rugi sebenarnya mahu berhabis untuk modifikasi pula.. Baik terus sahaja ambik Livina Impul! Susah betul apabila berdepan dengan orang gila kereta ni..
.
Hmm.. Sekarang En.Hubby hanya menyerahkan kepada saya untuk membuat keputusan.. Tambahan pula, saya yang akan menjadi tukang bayar.. Owh, saya tak malu mengaku, apabila dia bayar rumah, saya bayar kereta dan begitu juga dengan bil-bil lain.. Berkongsi selagi terdaya.. Kesepakatan kan membawa berkat.. :-)
.
Memikirkan En.Perdana yang sudah hampir habis bayaran bulanan, berat juga untuk menambah komitmen baru.. Tambahan pula, saya sudah nekad untuk menghantar Rayyan Ariff bersekolah di WQ Park.. Dengan yuran bulanan sebanyak RM2K sebulan, pastilah senget benget bahu kami suami isteri.. Namun saya benar2 berharap agar bonus tahun ini lebih kurang sama dengan jumlahnya berbanding tahun-tahun yang lalu.. Bolehlah saya lambakkan kesemuanya untuk pendaftaran, deposit dan yuran bulanan Rayyan Ariff untuk setahun!
.
Ada juga En.Hubby menyatakan keraguannya tentang keputusan saya menghantar Rayyan Ariff ke WQ Park.. Ialah, paling2 lama, cuma setahun dia akan bersekolah di sana apabila memikirkan kos perjalanan dari Ampang-Kelana Jaya-Ampang dan kos-kos lain, pastinya tidak termampu untuk kami meletakkan dia disitu berterusan.. Risau seandainya dia berhenti nanti, progress dia juga akan turut perlahan.. Sayanglah, jumlah yang dibelanjakan bukannya sedikit.. Namun saya tidak mahu hidup dengan tertanya-tanya dan kekesalan sekiranya tidak mencuba.. Kerna itu saya sanggup untuk mencuba..
.
Bukanlah tidak sayang dengan duit.. Kalau diturutkan nafsu, hati ini juga mahukan rumah besar, kereta baru yang gah, perhiasan rumah yang indah.. Namun apa sekalipun, pengorbanan untuk permata hati tercinta adalah keindahan teragung buat diri ini..
.
Entahlah, apa sekalipun, saya cuma mengharapkan yang terbaik untuk kami sekeluarga.. Semoga terus dimurahkan rezeki olehNya.. Aminnn..

Saturday, August 20, 2011

Dapat ini best jugak ehhh??

Mosin's roti mumtaz..
Dapat ni sedap nehhhh..
.
Semalam beria kan, citer gi Sogo n Jalan Tar bagai... Pastu blk tu masak n malam gi Carrefour plak.. Gitu la orang lupa diri.. Dok ingat sihat macam biasa-biasa.. Skali, kul 3am dah terjaga sebab urat betis bagai ditarik-tarik!! Sentap hokayyy bila bgtau tuan besar dia bantai tido n wat derkkk jer..
.
Sapu minyak panas pun tak ilang.. Still sakit hokayyy.. Nampaknya, tak bertambah dah la barang-barang raya.. Cukup la dengan apa yang ada.. :-P

Friday, August 19, 2011

Baby RA dan persiapan hari raya~

Alhamdulillah, pertemuan dengan Prof Raman berjalan dengan baik.. Baby RA is already 1.05kg which is pretty good since mama is not gaining any weight.. Except for my blood pressure which is a little bit low, other than that, everything is good.. Baby RA was kicking and covering her face with her hands when we tried to capture a photo of her.. Active and we can see that she has long legs.. Like Ayah and Abang Rayyan, huh? :-)
.
I've asked Prof Raman about mode of delivery for Baby RA and according to him, since Rayyan Ariff was born via elective c-zer, Baby RA will be like my firstborn.. Pintu rahim tak pernah terbuka.. So the chances of normal delivery is there and will be assessed when I reach week 36..
.
And now that I'm in week 28 already, check up will be done every 2 weeks.. *Sigh* Hopefully I can excuse myself better after this.. Too many things to be done in the office!
.
Hopefully everything will be great for both Mama and Baby RA..
.
And yes, finally we managed to shop for raya today.. Baju melayu n sampin for ayah and Rayyan Ariff, as well as casual outfit.. Orang punyalah ramai tak hengat! For me, 2 maternity dresses and tudung.. Will topup with a pair of sandals and casual wear later.. :-)
.
Raya cookies have been booked, just need to be collected.. Tomorrow hubby will be sending his car for servicing and will send mine on Monday.. What a relief that everything is in order.. :-)
.

Ada budak tengah buat inspection ke atas barang yang dibeli..

Thursday, August 18, 2011

Kerja kuat-kuat..

Jom kita kerja kuat-kuat..
Macam budak ni..
:P

Esok cuti coz nak mengadap gyne, so hari ni kena cover lebihhh.. :-)

Wednesday, August 17, 2011

Bulat-bulat si Abang Rayyan~

A couple of weeks back, I told Rayyan Ariff's speech therapist that he's into drawing and scribbling.. Then she asked me, what did he draw? Basically, just meaningless things.. He just held the pen and kept on drawing or colouring.. "Well, if that's the case, you should teach him something. Starts with a circle first.." More to an instruction I guess.. :-)
.
So I started showing Rayyan Ariff how to draw a circle.. Being Rayyan, he got upset when I drew circle for him as he prefers cars more than anything else. So, the main object will always be cars and in between, I did draw circles for him..
.
Little that I know, yesterday, he started drawing circles on his own. Lots of them. Not just with his hand, his mouth was working too.. He was mumbling the word bulat-bulat that I used to say to him..
.
My 3 years old son's bulats.. Pls dont compare his bulats with your 3 year old drawings.. He was born with almost no brain tissues remember? So this is more than BIG to us!!
.
And yes, we're always proud of our special boy.. :-)

Tuesday, August 16, 2011

List keeps on growing!!

Have been wanting to write something meaningful but need to hold my thought first due to so many reasons..
Will do so if time permits..
.
Too many things that need to be done with so little time and resources.. Workload in the office is increasing like nobody’s business *how I wish I could just shut down like certain peoples*.. I’ve not even started with baju raya hunting, 2 postponed appointments with my gynea, car(s) need to be sent for servicing, raya cookies are still out of reach.. Rayyan’s hearing aid’s mould  need to be settled before raya.. And the list keeps on growing-lah!
.
Talking about time management, huh? :-)
.
How I wish it's already hari raya.. Missing my mom n dad so much!! =(
.
P/s - InsyaAllah, will be entering 3rd trimester next week.. Time really flies! And we're yet to start preparing Baby RA's stuffs.. Huhuhu.. Nervous mak!!

Monday, August 15, 2011

Isnin yang kelam..

Cuaca terang, tapi otak yang kelam..
Kan bagus kalau boleh tido sampai lebam..
*sigh*
.
*Mode mengantuk, best kalau dapat tido cam baby*


Sunday, August 14, 2011

Ini bukan rumah orang putih~

Rayyan Ariff kategori putih la jugak kot.. Cuma takdelah putih mana.. So-so gitu.. Tapi, jauh sekali daripada gelaran orang putih la kan? So bila dah bukan orang putih, takdelah istilah pakai kasut dalam rumah.. Sama la jugak dengan tuan kecik ni..
.
Pergi mana-mana, bila sampai je rumah, 1st thing, dia kelam kelibut nak suruh bukak kasut.. Kalau boleh, the moment masuk je rumah, terus nak tanggal kasut n stokin.. Sedang kita still lagi terkial-kial nak kunci pintu ke ape.. 
.
Bila dah jadi habit, susah la sket nak berkompromi.. Since dia kena pakai special shoes kat dalam rumah ni, begini la jadinya:-
.
 Menangis mintak bukak after a few minutes~
.
To him, maybe this is another way for us to torture him.. Iye la, bagi yang tak biasa, bukan senang nak pakai kasut all the time.. Berpeluh kaki woo.. Dah la kena pakai ketat-ketat.. 
.
Build up shoes ni memang a bit bulky.. So susah la tuan kecik ni nak merangkak.. Kalau ikutkan, kena pakai at all time except for when he's asleep.. Tapi lepas discussed dengan Sarjit, his therapist, kitorang dah buat conclusion yang we will only put it on for 8 hours a day.. Biar senang dia nak merangkak and whatsoever..
.
Untuk satu-satu perkara, kalau kita lihat dengan mata kasar, kehidupan Rayyan Ariff memang secara amnya mencabar.. Dengan seribu kekurangan, seribu perkara jugalah perlu dia usahakan.. Orang lain boleh senang-senang berdiri dan berjalan tapi tidak dia..
.
Namun saya tidak mahu tenggelam dengan kekecewaan dan rasa simpati pada nasib dia ataupun anak-anak seangkatan dengannya.. Tipulah kalau tiada apa-apa rasa, namun saya cukup tidak suka dengan pernyataan kasihan.. 
.
Seperti mana kami di Carrefour tadi, Rayyan Ariff di sapa dengan perkataan "Alahaiii.. Kesiannya adik ni.." oleh salah seorang kakitangan Carrefour tadi.. Berulangkali perkataan kasihan itu dilontarkan kepadanya..
.
Pada saya, ianya semudah kita berbalik pada takdir Allah SWT. Simpan sahaja kasihan kita itu di sudut hati yang paling dalam. Tidak perlu dinyatakan secara terang-terangan.. Bukankah lebih manis andai perkataan kasihan itu diganti dengan perkataan kuat? 
.
Untuk seorang anak kecil, seandainya berulangkali diingatkan bahawa takdirnya adalah begitu kasihan, pastinya dia akan terpengaruh.. Rayyan Ariff seorang anak yang kuat.. Dan saya mahu dia terus tanamkan di dalam dirinya dia seorang yang kuat.. Dia tidak perlu pernyataan kasihan kerana hidupnya berkisar tentang perjuangan..
.
Kasihan kita pada dia, bermakna kita kasihan pada takdir hidupnya.. Apabila kita kasihan pada takdir hidupnya, ia adalah pernyataan tidak rasmi bahawa kita kasihan pada takdir Allah SWT.. Apabila ini tersirat, bagaikan Allah SWT tidak kasihan pada hambaNya sehingga Dia menguji sebegitu rupa.. 
.
Sedangkan jelas lagi nyata, Allah SWT tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan insan itu sendiri.. Sudah jelas, Rayyan Ariff mampu untuk diuji sebegini.. Lantas, inilah yang Dia berikan untuk anak saya.. Dan saya bangga, sejuta kebanggaan kerana anak saya adalah anak yang kuat dan mampu.. Alhamdulillah!
.

Selamat berpuasa.. =)

Friday, August 12, 2011

Kental dan lembutnya hati lelaki..

~Banyak yang ingin saya coretkan namun tiada kesempatan.. Di rumah, usai berbuka dan bersolat maghrib, saya sudah berbaring kepenatan. Benar-benar penat.. Dan dari detik jam 8 lebih itu, bisa sahaja saya lena sehinggalah jam melewati 4.30am sebelum bangun bersahur. Kebiasaannya, itu jugalah ruang untuk saya menunaikan solat Isyak.. Solat terawikh memang entah ke mana..
Tidak mengapalah.. Sekurang-kurangnya tuntutan wajib yakni berpuasa masih dapat saya penuhi.. Membawa satu nyawa di dalam Rahim memang alang kepalang tugasnya.. Dan sememangnya saya bertarung dengan kepenatan dan kesakitan sepanjang membawa Baby RA kali ini berbanding Rayyan Ariff yang lalu.. Bersama Rayyan Ariff, lebih kepada pertarungan emosi..   
Berbalik kepada tajuk, kental dan lembut boleh seiring ke? InsyaAllah.. =)
Fitrah seorang lelaki sering dikaitkan dengan kuat semangat dan kental bukan? Namun saya rasa, kelembutan juga boleh kita temukan pada mereka..
Sebagai contoh, sewaktu pertemuan bersama keluarga superkids yang lalu, saya dan Zali, babah Aiman berbicara tentang jangkahayat.. Lebih tepat, tentang persepsi umum bahawa jangkahayat anak-anak istimewa adalah lebih rendah daripada anak-anak tipikal.
Seiring itu, tanpa terduga, sepotong ayat keluar dari mulut Babah Aiman, “Orang selalu kata camtu.. Ishhh, babah takleh bayang kehidupan takde Aiman.. Taknaklah.. Biarlah selamanya Babah jaga Aiman..”
Pernah sekali, Zali mengeluarkan kata-kata yang cukup menyentuh jiwa di FBnya.. “Kalau airmata dapat menyembuhkan Aiman, babah sanggup menangis sampai buta mata..”
Sebenarnya, bukan hanya babah Aiman.. Malahan saya rasakan, ayah, daddy, Abi dan mereka-mereka yang seangkatannya juga punyai kelembutan hati yang satu itu.. Antara terlihat jelas ataupun tidak..
Untuk Ayah kepada Rayyan Ariff, dia bukanlah jenis yang cenderung berkata-kata dengan nada yang puitis.. Namun saya cukup pasti, kelembutan dan kekentalan itu sebati bersama..
Setiap kali  dia tertawa melihat telatah Rayyan Ariff, pasti akan terucap dari mulutnya, “Sayang anak ayah..”
Setiap kali pulang dari pejabat sepanjang bulan puasa ini, walau waktu sudah lewat, dia tetap tegar membawa Rayyan Ariff membonceng motosikal dan apabila saya melarang kerna melihat dia yang berjalan berdengkot-dengkot sambil mendukung Rayyan Ariff, pasti sahaja dia menjawab, “Biarlah… Dia dah bosan kat umah.. Bawak la jalan-jalan..”
Sebenarnya, kasih sayang itu terlalu subjektif untuk digambarkan dengan kata-kata.
Sewaktu di Lumut tempoh hari, saya sempat bertanya kepada En.Hubby, “Apa yang abang rasa bila orang tengok-tengok Rayyan masa kita bawak dia berjalan?” Sebenarnya, soalan ini datang dari rasa marah saya yang benci pada mata-mata liar yang merenung pelik Rayyan Ariff sewaktu kami di Teluk Batik siang sebelumnya..
“Takde rasa apa-apa..” Jawab En. Hubby ringkas..
“Bukanlah.. Maksudnya, masa orang tenung Rayyan semacam je, dalam hati abang pikir apa??” Masih tidak puas hati.. Tidak ada rasa marahkah dia?? Getus hati kecil saya..
“Takde rasa apa-apa.. Biarlah orang nak tengok.. Abang bangga dengan anak abang.. Tiga, empat hari ni, ke hulu ke hilir abang bawak dia masa adik gi kerja.. Puluh-puluh dah agaknya mata yang tengok dia cam pelik.. Biarlah orang nak pikir apa.. Yang penting kita happy..” Jawabnya bersahaja tanpa sebarang perasaan..
Walau riaknya kosong tika berbicara namun kata-katanya menusuk ke dalam jiwa. Dalam kekentalan itu, ada kelembutan kasih sayang seorang ayah..
And for that, not just I’m thankful for Rayyan Ariff, but also for Alimin!! Kudos to all fathers of special needs child.. =)
Dua hero saya.. =)

Wednesday, August 10, 2011

Macam-macam perihal si Rayyan Ariff~

Lately takmau makan.. Macam-macam suap pun takmau masuk mulut.. Badan dah la selim melim.. Rungsing jugak dibuatnya.. Kamu nak diet untuk raya ke nak??
.
Since hari ni mama MC n Rayyan Ariff taknak makan jugak, mama gagahkan diri gi Pizza Hut.. Bawak budak kecik ni pekena mushroom soup & garlic bread.. Beria makan sampai tinggal sikit jer.. 
.
Tengok muka naughty budak excited dapat mushroom soup pizza favourite dia.. *Mushroom soup peket tak layan eh~
.
Muka naughty marah bibik yang konon-konon nak ambik mushroom soup dia..
.
Ni pulak, konon-kononnya cakap telefon.. Telefon atuk agaknya.. =)
.
Kalau adik pun comel cam kamu, pengsan dalam kegeraman la Mama~
.
Seribu satu perihal kamu.. Namun yang pasti, Mama sayang kamu infiniti!!

Tuesday, August 9, 2011

Untuk kakitangan kerajaan.. =)

Semalam, terbaca status seorang teman lama di FB yang bunyinya lebih kurang begini,
"Aku yang nak dapat bonus tapi mak aku dah start senyum tersipu-sipu kat aku dah.."
.
Mula-mula tak faham, tapi bila tengok dekat status kawan-kawan yang lain, ohhh patut la.. Government declare half month bonus..
.
So Rayyan Ariff, raya ni, sila senyum tersipu-sipu sambil buat mata kuyu pada Atuk KB & Uncle OD.. Hehhehe..

.
P/s - Tetiba teringin nak apply SPA & jadik orang gomen.. Hahahha.. 

Monday, August 8, 2011

Jangan berkira tentang keperluan~

Daripada sesi fisioterapi yang lalu, dua perkara yang kami dapat. Satu berita baik dan satu lagi, yang sangat tidak sedap didengar. Berita baiknya, keseimbangan badan Rayyan Ariff semakin baik.. Langkahnya lebih seimbang dan teratur..
.
Manakala yang tidak enak didengar adalah struktur kaki Rayyan Ariff apabila berdiri semakin teruk.. Postur yang tidak bagus itu akan menyebabkan dia sukar untuk berjalan sendiri.. Cara untuk memperbaiki keadaan itu adalah dengan memakai sepasang kasut khas ataupun meletakkan insole di dalam kasut biasa. 
.
Kali ini, kami tidak berlengah lagi.. Keesokan harinya, terus sahaja bergerak ke pusat khas prostestik dan orthotik di Cheras. Setelah kaki Rayyan Ariff diukur, kasut yang sesuai dicadangkan. Memandangkan Rayyan Ariff perlu memakai kasut tersebut di sepanjang masa kecuali waktu tidur dan mandi, manakan cukup sepasang. Takkanlah mahu bergilir pakai indoor dan outdoor..
.
Lalu kami mengambil keputusan untuk membeli sepasang kasut dan insole.. Jumlah harga? RM1000.00!!
.
Mengenangkan hari raya yang bakal menjelang, hati mana yang tidak ralat memandangkan jumlah yang sama pastinya boleh digunakan untuk persiapan hari raya.. Baju raya, kuih-muih, budget duit raya dan sebagainya.. Namun untuk seorang anak, segala rasa bertukar menjadi redha.. Redha di atas ujianNya..
.
Dan di dalam kegusaran ini, sesungguhnya Dia Maha Mendengar.. Syukur Alhamdulillah, hari ini, kami menerima satu berita gembira.. Syukur Ya Allah.. Engkau gantikan dengan jumlah yang lebih besar daripada redha yang kami berikan..  Sangat mengajar diri ini agar terus percaya pada rahmat dan nikmat redha..
.
Semoga terus-terusan dipermudahkan jalanan kehidupan kami Ya Allah.. Aminnn..
Syukran!
.
 Harimau Malaya dok sibuk nak angkat ampaian kain.. :-)

Saturday, August 6, 2011

Giving the best to your precious one with Mamil Gold!! :-)

Earlier today, I was talking to a good friend of mine about breastfeeding. She just delivered a baby boy 3 months ago and she’s really into breastfeeding. In fact, she’s really serious in supporting me to breastfeed Baby RA.. InsyaAllah, I will try my best.

This particular friend was telling me about the benefits of breast milk and how studies had shown that babies that were given breast milk perform better academically and have higher IQs compared to formulated-fed babies. This is due to the fact that breast milk has very high DHA that can helps in brain development.

With Rayyan Ariff, I only managed to breastfeed him directly twice when he was in NICU. During the 45 days period he was in NICU, I continuously expressed every 3 hours to maintain my milk production but the expressed milk were not given to him based on his doctor’s advice. When he was discharged from NICU, he rejected expressed breast milk and also, breastfeeding because he has been introduced with formula milk since he was a few days old.

Not wanting to let him drop his weight which may cause lots of complication on him, I gave in to him and feed him with formula. But of course, I tried my very best to choose for the right formula so that the nutrient that he’s getting would be able to substitute with what he has lost. If not 100%, at least something that is very similar to what he has lost for not taking breast milk.

Considering his brain condition, DHA level is also something that I really focused on. It has always been my priority in considering formula milk for Rayyan Ariff. Now, Rayyan Ariff is taking Mamil Gold and I’m so happy with the fact that it contains 5X DHA!! 5 times is a big number OKKK!! :-) 

Mamil Gold is recognized by doctors and scientists from 33 countries. It has key essential vitamins and minerals that are building blocks to give our child a solid foundation in life.

With the large consumption of DHAs, yes, my severely brain injured little boy is very smart considering the trauma that he has went through! And according to his Speech Therapist, certain areas of his cognitive level are in accordance to his actual age. No serious delay! What a miracle he is kan?? :-)
.
Colouring and scribbling are among his favorites!
.
And this is the latest game that we introduced to him. It can help him to improve his fine motor skills as he needs to put the coin inside the small hole. And look at the way he put the coins in, it’s a pattern that he established on his own, yellow with yellow and red with red.. Just like what his speech therapist has expected. First, a child will just randomly put it in and after a while, he or she will establish a pattern of her own! And so did Rayyan Ariff!! Yup, that’s my smart little boy..
.
And of course, another best thing about Mamil Gold is that, it contains IMMUNOFORCE which is the only growing up milk powder that has a unique combination of oligosaccharide (food for good bacteria) and only this combination of 90% GOS and 10% lcFOS is scientifically proven to help support a child's developing immune system. And guess what, IMMUNOFORCE is found ONLY in Mamil Gold!!
.
When I took Rayyan Ariff to Lumut with me last week, again, I forgot his Vitamin C and I was so scared that he might get sick.
.
In general, the weather was uncertain as there were days that rain poured heavily and there were also days with bright sunshine. My husband brought Rayyan Ariff here and there and there were times when the rain got onto him! And there were definitely times when Rayyan Ariff was sweating due to the hot weather.
.
Fortunately, he did not fall sick at all and was happily exploring his world.. Some researchers also said that immunity is an important attribute that mothers look for in a growing up milk, even more important than brain benefits! This is simply because, without a strong immune system, the brain benefits may be compromised as only a healthy child is able to accelerate his learning. I’m really thankful that I made the right choice by giving Mamil Gold to Rayyan Ariff!! :-)
.
What I really love about the new Mamil Gold is that, it has increased IMMUNOFORCE and added with increased levels of DHA with key essential vitamins and minerals to support our child's immune system! 

Another great news for mommies out there is that, Mamil Gold is now available in a sucrose free premium formula. Sucrose? It’s actually the organic compound commonly known as table sugar. With sucrose free formula, Mamil Gold is definitely a healthier choice kan? 
.
Ayah and healthy Ian are all set for travelling!! :-)

Friday, August 5, 2011

Busy? Ye saya!

Malas pun yea..
Letih pun yea..
Takde mood pun yea..
.
Kan best kalau dapat gi bercuti dengan orang kesayangan? Hmmmm

Thursday, August 4, 2011

Wednesday, August 3, 2011

Tentang puasa, pregnancy dan lain-lain~

Alhamdulillah, duduk tak duduk, dah 25 minggu Adik RA kita.. Ni dah August, pejam celik pejam celik, tak lama lagi November la.. Berdebar sangat hati ni.. Harap2 semua OK la.. Dan harap2 jugak, Adik RA jengah dunia on the 1st of November.. 01.11.11. Mak soka!! Sebab tarikh 01.11 tu, kalau terbalik jadi 11.10, birthday mak tu nakkk.. Hehhehe..
.
Hari ketiga berpuasa, Alhamdulillah masih larat lagi.. Niat berkobar nak cukupkan puasa sebulan sebab last cukup puasa sebulan Ramadhan was long, long time ago. When I was 13. So sangat-sangat nak puasa penuh.. InsyaAllah.. Harap2 kesihatan OK la sepanjang Ramadhan ni..
.
Berbeza betul pengalaman hamil kali ni dengan yang lepas. Yang lepas, sehat je memanjang.. Takde sakit-sakit or whatsoever.. Cuma demam masa early pregnancy jer.. This time around, siap macam2 pakej.. Gastrik la.. Sakit belakang la.. sakit pinggang la.. Sakit perut la.. Siap bagitau gynea, "Dr., I think I'm carrying low.. Sometimes I feel like the baby is dropping.."
.
Gila dramatik ayat.. Siap kena sound dengan Dr. "No, you're not. The position of the baby in your womb is crossing from left to right. She's here. So cant be that you're carrying low. Placenta also OK. Amniotic fluid cukup.. You dont have to worry too much.."
.
I guess when one is traumatized by one life episode, she tends to be a little bit of too carried away kan? :P
.
Honestly, rasa takut tu buat kita fikir macam2.. Macam2 kemungkinan yang tak sepatutnya pun kita fikir.. Tapi manusia ni macam tu la.. Sebagai contoh, bila Rayyan Ariff terhentak perut, mesti cuak gila.. "Ian, jangan la.. Sakit adik.." Pastu dok risau takut patah tangan Adik RA ke apa.. Padahal sah2 la budak tu protected by amniotic fuid etc.. Ya, saya adalah drama Queen..
.
Bulan puasa ni ingat nak skip check up, lepas raya baru nak pergi.. OK kot.. Sebab kalau gi check up, kena masuk office lewat.. Kalau masuk office lewat, kena balik lewat.. Tak sanggup nak redah jam.. Kalau boleh, by 415pm everyday dah nak cabut.. :P
.
Dalam dok sakit belakang, dalam dok sakit pinggang, still lagi memasak cam biasa.. Seriously, tak lalu nak makan lauk beli.. Hari pertama puasa, masak sotong celup tepung, telur goreng tomato, ikan pedas & kacang buncis goreng.. Semalam pulak, bersungguh buat nasi kerabu.. Bila perut mengeras, sampai tertunduk-tunduk potong ulam.. Semangat punya pasal..
.
Tapi bila masak sendiri ni, banyak jimatnya.. So OK la kan.. Macam semalam, modal nak buat nasi kerabu cuma RM4.50.. Pastu boleh makan dari berbuka bawak ke sahur.. Puas hati la sebab buat sendiri kan.. :-)
.
Abang Rayyan Ariff? As usual, he's everywhere.. Sekarang ni trend memanjat pulak dah.. Seriau kita yang tengok ni.. Kalau ada budget lebih, memang dah satu living room and dalam bilik saya pasang floor depot tuh.. Kalau jatuh takde la sakit sangat kot nak compare dengan tiles.. So far memang la tak jatuh lagi, tapi takkan nak tunggu jatuh dulu kan?
.
Akal dia tu ada je nak buat something.. Takde la nak duduk diam pandang satu benda je ke.. Last Saturday, dia tumpahkan minyak urut kat badan dia.. Sebotol penuh tinggal sket jer.. Sampai ke dalam mulut ada bau.. Pastu nangis2 sebab panas.. Bila bawak siram kat bilik air, terus jadi happy sebab dapat main air.. Hilang panas minyak tu agaknya.. Called Dr. tanya ok ke tak? Dr suh bawak gi Emergency for observation.. Mana la tau poisoning ke ape.. Tapi my abah suruh observe sendiri je dulu n bagi minum air kangkung untuk sejukkan badan.. Nasib baik la takde apa2.. So moral of the story, jangan la tinggal dia sorang-sorang even just seminit je pun..
.
En.Hubby dah start keje balik semalam.. I guess he's getting better la tu kot.. Jalan pun dah OK sket, cuma kalau lasak2, memang berurut la malam tu.. Sekarang ni dah jadi keje dia bawak Rayyan Ariff naik motor petang-petang.. Nak tak nak, mesti bawak sebab budak kecik tu dah pandai mintak.. Siap buat tangan gaya orang naik motor.. Memang lawak.. Tapi stakat dlm area umah je la.. Takde sampai luar pagar or jalan besar pun..
.
Tentang maid? Ntah la.. Taktau nk citer n campur malas.. My mom mintak consider takyah sambung permit dah.. Hujung bulan 1 ni habis.. Taktau la camne.. Memang puas hati dengan cara dia layan Rayyan Ariff, tapi benda2 lain pun kena consider jugak kan..
.
Hmm.. apa-apa pun, harap yang terbaik dan dipermudahkan setiap urusan.. Aminnn..
.
Dua hero saya.. Semoga dipermudahkan segalanya.. :-)

Monday, August 1, 2011

Pertemuan setelah sekian lama~

Alhamdulillah, setelah sekian lama, dapat juga kami adik beradik daripada keluarga superkids bertemu mata, berkongsi cerita.. Lama benar tidak bersua muka.. Rindu betul pada anak-anak saya ini.. Namun rentak saya pada malam tersebut agak perlahan kerna perut yang ketat dengan pelbagai makanan yang enak-enak hingga serasa sukar untuk bernafas! *Owh Mama Put, superb mee goreng kamu*
.
Ini Rayyan Ariff yang asyik melekat dengan Babah Aiman.. Ayah panggil pun buat derkkk jee..
.
Aina Nasuha, baby baru keluarga kami.. Tengok Aina, serious tak sabar nak tunggu Baby RA.. :-)
.
Appetizer, kalau dengan Abi Farid, food presentation pun superb!! Kenyang tak ingat!! :-)
.
Budak yang pandai bawak diri coz nak bagi Mama makan.. Pastu rajin sepahkan mainan kereta Abi Sarra.. Sorry Abi, sorry ummi.. 
Abang Nadime yang melampiaskan kerinduan dengan memegang Baby Aina..
.
Abang Rayyan boleh main elok-elok dengan Aisya, nampaknya, memang bleh jadi big brother la.. :-)
.
Lope & Phia dah siap berbaju raya.. :-)
.
Ni couple yang tak habis2 neh.. :-)

Kalau tengok pattern, Mama Put ada Lope & Phia, Mummy Ayu ada Abang Nadime & Adik Alanna, Babah Aiman pulak ada Aiman n Aina, InsyaAllah, Abang Rayyan akan menyusul dengan Puteri RA, so agak-agaknya, pasni kalau dah masa Sarra, Nabila n Aisya beradik, mesti boys kan.. And adik Habib & Irfan plak, girl.. Hehehheh.. :P
.
Menu malam tu memang makan tak hengat la.. Dengan roti mumtaz, mee grg, nasi grg, pizza, spaghetti dan macam-macam lagi, memang dah rasa macam ikan buntal dah.. Nak bercakap pun dah tak boleh nak beria sebab kenyang sangat!
.
Nak mintak maaf lagi skali ngan Mama Put, Mummy Ayu & Ummi Ita sebab bleh tertinggal bawak barang-barang korang.. Dah berkurun dah birthday gifts Lope & Nadime ni.. Untuk Ummi Ita plak, next jumpa, Jiey bg ehhh..
.
Seronok dengar crite Sarra & Nabila bersekolah.. InsyaAllah, ada rezeki, Ian join gak ehhh.. :-)