Thursday, February 23, 2012

My new favourite 'not-so-english-style' corner..


English style la sangat ehh?? Nan hadooo.. Hehehehe.. Dah letak laptop sebijik, pastu re-arrange frame gambar *Frame je dulu, gambar lom sempat print*, wallahhh.. Dah siap meja blogging Mama!! Hahahaha.. Beria! Meja dah siap, masa nak blogging tak berapa nak ada.. =P

Yea saya ada tab, ada BB, tp jgn suh saya update blog pakai dua mende ni sebab saya adalah tak pandai.. Hahahaha..Tab pakai untuk main game and flash cards Rayyan Ariff, BB pakai untuk BBM dan FB sajorkkk.. Makcik is very the kampung one!!

Wednesday, February 22, 2012

Anugerah penuh keindahan~

Sesungguhnya, anak adalah anugerah yang membawa berjuta keindahan. Segala kepenatan dan kesakitan hilang tatkala menatap wajah mulus dan suci mereka.. Mendamaikan. Semoga selamanya anak-anak mama akan menjadi anak yang menyejukkan hati dan jiwa. Menjadi anak yang soleh dan solehah.. Sihat selamanya.. Aminnn..

How I wish I could have children for everyone so that there will be no TTC abbreviation. *Mode syahdu untuk seorang teman*

Rayyan Ariff dan Rifa Aleesya, lahir dari rahim yang sama namun dengan dua cerita yang berbeza. Membawa kedua anak ini ke dalam dakapan juga membawa rasa yang berlainan. Menatap ke dalam anak mata mereka membuai rasa yang tidak sama.

Bersama Rayyan Ariff, penuh rasa cinta, rasa sayang, rasa kasih dan segala kebahagian. Namun ada rasa syahdu yang menyelinap. Rasa yang cukup menginsafi kebesaran yang Maha Esa.. Betapa dia satu jasad yang kuat.. Betapa dia satu jiwa yang hebat.. Kisah keajaiban yang dibawa oleh anak ini merungkap keinsafan di jiwa bahawa hanya Dia yang Maha Berkuasa dalam menentukan sesuatu.. Di sini, hari ini, Rayyan Ariff masih gagah berdiri walau hakikat kejadiannya penuh kekurangan.. Allahuakbar.. Syukur padaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim..

Bersama Rifa Aleesya, masih penuh rasa cinta, rasa sayang, rasa kasih dan segala kebahagian. Hanya bahagia dan keindahan. Tiada kegusaran dan keraguan yang melampau. Bahagia. Indah. Noktah. Kalimah Subhanallah dan Alhamdulillah tidak pernah putus setiap kali saya mengangkat tubuh kecil itu.. Sungguh saya bersyukur!

Menyingkap perihal Puteri Rifa Aleesya, badannya agak keras sejak dari awal kelahiran. Walau hanya beberapa hari usianya, dia sudah cuba mengangkat kepala setiap kali dimandikan. Sehingga sekarang, tidak suka dibaringkan apabila diangkat. Sebaik kita baringkan dia di dalam pangkuan, sedaya upaya dia menolak badannya untuk bangun ke posisi duduk. Keletahnya yang cuba bangun walau usianya hanya 3 bulan lebih mengundang tawa kami sekeluarga.. Genap usianya 3 bulan dan 7 hari, dia mula meniarap.. Ada kalanya, punggungnya ditolak-tolak ke atas tanda mahu bergerak.

"Agak cepat dia. Kamu adik-beradik semua mula meniarap pada umur 4 bulan.." Kata ibu saya merujuk kepada kami empat beradik..
Jawapan saya mudah. Apabila Allah SWT memberi kelambatan kepada Rayyan Ariff, maka dia berikan sedikit kepantasan buat Rifa Aleesya. Maha adil Ya Allah..

Pernah saya terfikir, untuk seorang anak seperti Rayyan Ariff, dengan latihan yang berulang, dia sudah sampai sejauh ini. Kalau saja saya praktikkan sesuatu yang sama buat Rifa Aleesya, pasti hasilnya akan lebih cepat.. Namun saya memilih untuk tidak berbuat demikian. Saya mahu Rifa Aleesya membesar di dalam fasanya yang tersendiri.. Cepat atau lambat, saya menerima kerna saya mahu menikmati setiap detik bersama anak tipikal saya.. Mengecapi kenikmatan daripada anugerahNya..  

Adik..


Bersemangat..

Adik dah tak setembam dulu. Maybe she’s lowering her body weight sebab nak more mobile. Sedih pulak bila tengok paha semangat adik sikit-sikit hilang.. :-(


Abang yang kononnya bagi semangat kat Adik bila meniarap..

Dari atas tilam, dah ke bawah dah Adik.. Boleh tahan lasak Adik ni.. :-)

Saya sangat bersyukur dengan dua pengalaman yang sangat berbeza ini. Membesarkan anak yang cukup istimewa dan anak yang tipikal memberi ruang rasa yang cukup berbeza. Bersama Rayyan Ariff, mungkin ada yang melihat kami dengan penuh kasihan. Namun mereka yang mengikuti perjuangan kami sedari awal, pastinya tahu betapa rasa kasihan itu sudah lama berganti dengan kebanggaan dan kekaguman.
“He’s taking steps already.. Almost walking. I never expect that he will be this good. I used to think that he won’t moves much.“  Ujar salah seorang doctor yang melihat Rayyan Ariff semalam setelah bertahun tidak menemui dia.
Kerna itu, sering saya rasakan bahawa rasa kasihan itu adalah terlalu subjektif untuk dinilai. Untuk seorang anak yang melalui trauma kelahiran yang bukan sedikit, Rayyan Ariff sudah berjalan terlalu jauh!
Rifa Aleesya juga di dalam liganya yang tersendiri. Bagai mengerti keadaan Abangnya, hanya sekali dia menangis apabila diperlakukan dengan agak kasar oleh abangnya. Selebihnya hanya diam. Toleransi seawal usia, mungkin refleksi daripada namanya yang bermaksud muafakat.. Alhamdulillah. Terima kasih Adik kerana memahami..
Walau apapun, jujur saya katakan, saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya pada hari ini. Terima kasih tuhan di atas segala kurniaanMu. Semoga rahmatNya akan terus bersama kita dan segala cabaran dan rintangan yang mendatang, akan dapat kita atasi dengan izinNya.. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Aminnn..

Tuesday, February 21, 2012

Apa yang ada hanyalah kehidupan~

Biarkan entry yang lepas berlalu begitu sahaja walaupun apa yang berlaku cukup sedih untuk dikenang. Apabila saya menceritakan peristiwa itu kepada beberapa teman rapat dan ahli keluarga, mereka juga berkongsi air mata.. Sekurang-kurangnya tahulah saya bukan emosi saya yang terlebih.. ;-)
.
But what ever it is, I'm thankful for everything that I have today.. Especially for my little miracle.. Last Friday, i went back to this..




A sleeping baby and a toddler that was happily singing and drawing!!
What a life~
;-)

Thursday, February 16, 2012

Mencari kemanusiaan untuk dia..

Status di FB hari ni:
Terima kasih kerana menyayangi anak yang aku tatang penuh cinta. Tapi bolehkah sayang itu kamu sertakan dengan kesesuaian dan kemanusiaan? Kita sama semuanya sama, apa yang ada hanyalah kehidupan..
.

Anak syurga.. Kalau dia tahu berkata-kata dan meminta-minta, pasti keadaannya bukan begitu kan?

Wednesday, February 15, 2012

Every child is a blessing..

A child is a blessing regardless what. 

Life was so different back then. Quiet would be the right word to describe how seat back and relax my life was. Just me and hubby.

Then Rayyan Ariff came. Along with his imperfections, he brought laughter and swept away the loneliness that used to haunt our home..

Life will never be the same again. But it's definitely better than before! Our time were filled with things-to-do, appoinments to attend to and fulfilling the needs of a very special child...

Then came another angel with the prettiest smile that I've ever seen.. Her eyes never fail to impress me on how great Allah's creation can be.. Such a joy to have her! Really..


I went through a very challenging pregnancy with Rayyan Ariff and a very traumatized after-birth-pain with Rifa Aleesya.. But it will not stop me from dreaming for another baby because the pain is nothing compared to the joy that a child brings..
.
Content. Thank you Allah!

Friday, February 10, 2012

My two angry birds!

My 2 RAs with their Angry Bird pyjamas ~Thanks Auntie Uya for the lovely gift!

Motip entry pendek? Nak jugak update even busy ponnnn!!

Thursday, February 9, 2012

Hidup tak sunyi because of the 2 RAs!

Semalam dapat MMS from Zura Ibu Habib. Ayat pendek tapi penuh makna.

Rayyan exercise..
Sweet je tengok.. Thanks Zura! ~Sayang Abang Rayyan!

Budak yang lahir takde otak pun boleh sampai tahap ni.. Kita yang lahir sel otak penuh ni, takde alasan nak cakap benda tu tak boleh, benda ni tak boleh.. Maluuu.. Hehehehe..

Semalam, masa ambik dia kat sekolah, he was half running masa cikgu pimpin nak ke gate.. Punyalah excited. Hari ni mengamuk takmo pegi school.. Sedih hati Mama.. Dah la masuk je school, batuk and selsema datang balik.. ~Sighhh..

Hari ni pulak, my mom called pagi-pagi buta, just to inform that Adik Rifa dah meniarap.. 3 bulan 1 minggu. Just nice la tu.. :-)

So sweet! Sayang kamu dikkk.. :-)

Hidup tak sunyi sebab kamu dua beradik! *Peluk ketat-ketat*

Wednesday, February 8, 2012

Misi hari cuti yang gagal!

Bila mana kita ada anak istimewa ni, 'homework' untuk anak tu jadi lebih.. Banyak benda nak kena ajar and most of the time, terpaksa kejar masa cuti la.. Nama pun working mother..

As for both of us, saya target nak buat walking and standing exercise for Rayyan Ariff banyak-banyak sebab kali ni cuti lama.. Dari hari wilayah sampai semalam, dapat 7 hari.. So niat tu nak buat sungguh-sungguh..

Tapi mission failed! Tak dapat kerjasama daripada tuan empunya badan.. Subhanallah.. Sangat tak mendengar kata.. Langsung tak takut kat Mama dia since dah besar ni.. Dah pandai melawan OK.. Mak stressed!!
.
Kalau boleh, nak mainnnnn jer... Meh kita tengok Abang Rayyan yang sangat "abang-abang" nehhh..
.
Nampak baikkkk je kan?? Adik pulak mulut cam burung.. Banyak bunyi! Bercakap jerrr...
.
Abang rileks lagi.. Sayang lagi kat Adik neh..
.
Ok, cubaan nak buat peace..
.
Cubaan berjaya!! Peace y'all!!!!
.
Ok, dah bosan!!!
.
.
.
.
.
.

Haaa kauuu!! Kaki dengan tangan sekaligus kat kepala adik!! Terpekik mama!!

Dah, takde gambar dah.. Cepat2 pisahkan the siblings sebelum abang tarik rambut plak!
:P