Tuesday, April 24, 2012

5 bulan 19 hari selepas pembedahan~

Sakit masih terasa. Datang dan pergi. Tapi tidak selalu. Itulah besarnya pengorbanan seorang ibu untuk membawa satu nyawa ke dunia ini bukan? 

Selepas 5 bulan 19 hari juga, bayi perempuan yang lahir dengan berat 2.9kg sudah membesar dan membangun dengan kadarnya yang tersendiri. 5 bulan 19 hari, Adik managed to pull herself into crawling position and made one move forward. 

 Abang Rayyan baru bagi tidur, Adik Rifa boleh la conquer toys sorang-sorang.. 

 Distracted by Che Su & kamera.. :-)

Huh?? 

Semangat dikkk.. :-)

Tapi, hanya lepas 5 hari Adik pulled herself to crawling position, baru Mama dapat capture gambar. Serious Mama rasa guilty. Untuk setiap perkembangan Adik, Mama hanya dengar dari Bibik.. Dan setiap kali tu jugak, Mama akan ternanti-nanti untuk melihat sendiri.. 

Rasa bersalah. 

Mama suka bila Adik dah bising sebut ba.. ba.. ba.. ma.. ma.. ma.. walaupun mama jarang dapat dengar.
Mama suka bila Adik dah pandai angkat tangan mintak didukung walaupun mama jarang dapat dukung Adik bila hari kerja. Hanya sekejap waktu malam hari.
Mama suka bila Adik dah pandai tunjuk preference dan pandai tolak tangan orang bila mana Adik taknak orang tu amik Adik. 
Mama suka bila Adik sibuk pegang botol susu sendiri.

Adik, banyak lagi perkembangan Adik yang Mama suka. Maaf sebab Mama banyak terlepas banyak detik pertama Adik. Adik, mama mahu Adik tahu, Mama sayang Adik sangat-sangat walaupun Adik suka nangis, asyik nak berdukung, asyik nak berteman. Itu semua tak menjadi hal sebab Adik anak perempuan kesayangan Mama. 

Anak perempuan Mama, besar nanti tolong tengok-tengokkan Abang yea.. :-)

Monday, April 23, 2012

Just like me and my brother!

Beza usia saya dan abang saya cuma setahun. Rayyan Ariff dan Rifa Aleesya pula 3 tahun bezanya. Tapi apa yang saya harapkan hubungan persaudaraan ini kekal mesra sebagaimana saya dan adik-beradik saya yang lain.

Berbanding di awal kehadiran Rifa Aleesya, cemburu Rayyan Ariff sudah banyak berkurang. Seronok benar tatkala melihat Abang dan Adik ini bermain bersama-sama. Kelmarin saya terdengar bebelan En.Hubby yang membuatkan saya tergelak sendiri..

"Ish, Rifa ni, apa yang Abang pegang, dia nak ambik. Apa yang Abang ambik, dia pun nak pegang.. Kang Abang lepuk kang, sakit.."

Kelakar. Bebelan untuk anak kecil berusia 5 bulan 20 hari. Macamlah Adik faham.. Mungkin berpegang pada prinsip Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. Hehehehe..

Abang dah elok jeling bila mana Adik try nak ambik kereta polis dia.. :P

Pernah di hadapan saya, Rayyan Ariff cuba berkasar dengan Rifa Aleesya sewaktu adiknya itu bermain dengan permainannya. Takut pula tengok marah si Abang yang sewenang-wenang cuba memukul dan menarik tangan Adik. Sudahlah begitu, wajahnya merah bagaikan menahan tangis. Mungkin cemburu apabila saya memberikan perhatian pada Adiknya.

Untuk Rayyan Ariff, kami juga tidak terkecuali daripada menerangkan kepadanya, "Jangan buat Adik. Adik will be in pain.." Sejauh mana pemahaman dia, kami tidak tahu. Namun saya akan pastikan dia mencium Adiknya setiap kali dia berkasar pada Rifa Aleesya.

Time kongsi main elok-elok pun ada.. :-)

Pernah sewaktu Rayyan Ariff sibuk 'membaca' bukunya, Rifa Aleesya datang dan cuba 'merampas' buku Abangnya. Cepat sahaja saya berikan buku yang berlainan untuknya. Si Abang memerhati cuma.

Mata saya pula tidak lepas dari mengawasi kedua beradik ini. Setelah seketika, Rayyan Ariff mencium dahi Adiknya. Comel. Ada rasa sejuk pada dinding hati.. Untuk kedua kalinya, Rayyan Ariff merapatkan hidungnya ke wajah Adik. Saya masih menjadi pemerhati yang setia. Kali ini bukan ciuman, tapi Rayyan Ariff menjilat adiknya! Hahaha.. Masih comel.

"Ian, apa 'rasa' Adik? Manis ke tawar?" Saya bertanya dalam ketawa.

Deria rasa Rayyan Ariff masih di tahap yang rendah. Tangannya belum cukup untuk memberi sensasi yang cukup lantas lidahnya dijadikan saluran deria rasa alternatif untuk dia menghayati sesuatu objek.

Buku kereta sorang satu.. :-)

Adik pula, di dalam fasa cubaan untuk merangkak. Setakat ini hanya selangkah yang berjaya dilakukan. Bergoyang-goyang badan tatkala dia cuba mengimbangi badan di dalam posisi merangkak. Comel. Mungkin kerana saya biasa melihat kanak-kanak berusia 3 tahun merangkak iaitu Rayyan Ariff, apabila saya melihat Rifa Aleesya, serasa terlalu kecil pula dia.. :-)

Segala kesyukuran saya panjatkan kepadaNya di atas kurniaan ini. Menyayangi seorang anak lelaki agak berbeza dengan menyayangi anak perempuan. Kasih yang ada sama banyaknya. Cinta yang ada tidak sedikit pun berlainan. Cuma cara yang membezakan. Untuk anak lelaki, terasa sedikit manly. Untuk anak perempuan pula, terasa kemanjaannya. Tersangat halus dan feminin.. Hahahaha.. Emo di situ, maklumlah, masih terbuai dengan pesona seorang perempuan.. :P

Yang pasti, baik Rayyan Ariff atau pun Rifa Aleesya, kedua-duanya anak emak. Untuk Rayyan Ariff, saya punya 'under blanket approval' untuk mencium atau menggomolnya semahu hati. Tiada marah dan tidak juga dia mempamerkan wajah kurang senang. Kalau Ayahnya yang mencium, cepat sahaja tangannya menolak muka Ayahnya. Kalau sudah geram sangat, ditarik rambut pula.. heheheh..

Mungkin kerana sedari kecil saya jadikan amalan untuk mencium dan memeluk Rayyan Ariff. Sering saya katakan padanya, cium dan peluk tanda Mama sayang Ian. Mungkin pernyataan itu melekat padanya.

Rifa Aleesya pula sama sahaja bagai anak kecil yang lain. Tengok Mama, meraunglah jika tidak diambil. Maka sesibuk mana pun saya, saya akan pastikan ada waktu untuk saya bermain dengannya. Waktu saya untuknya tersangat terhad. Mungkin juga bonding yang terhasil melalui penyusuan susu ibu yang mengikat kami. Sekarang Rifa Aleesya sudah pandai menghulur tangan minta didukung. Kalau di atas dukungan Mama, apabila ayah hulurkan tangan mahu mengambilnya, cepat sahaja dia menoleh ke belakang. Tanda tidak mahu. Kalau di dukungan ayah, bila sahaja mama hulurkan tangan, laju sahaja dia datang.

Betul kata Yatiey Chomeyl di dalam komennya pada entry lama saya *sudah lupa entry yang mana*, tak kisah la anak yang keberapa, memang akan jadi anak manja emak.. =P

Thursday, April 19, 2012

Kasih segunung intan..

Terlalu mengejar waktu sehinggakan tidak punya banyak ruang untuk kembali ke ruangan ini. Banyak perkara yang kami perolehi tentang Rayyan Ariff melalui 3 temujanji yang ditetapkan pada hari Selasa yang lalu. Setiap satunya membawa cerita yang tersendiri. Setiap satunya membawa harapan yang tersendiri.

Dalam setiap langkah yang kelihatan berat, kami cuma mampu memohon agar setiap ruang kekuatan dan limpahan rezekiNya sentiasa ada untuk anak yang cukup istimewa ini. Anak yang banyak mengajar kami tentang erti keinsafan dan kekuasaan Allah SWT.

Tentang penglihatan, secara keseluruhannya baik. Namun dia mungkin memerlukan kacamata dengan tahap penglihatan 6/18. Reasonable. Satu perkataan yang tercatat kemas pada laporan penilaian.

Hati lantas terpujuk, apalah sangat erti pemakaian kacamata andai mahu dibandingkan dengan nikmat sebuah penglihatan untuk seorang anak yang pernah dikatakan tidak dapat melihat ini. Redha datang lagi. Itulah kitaran kehidupan untuk kami apabila bercerita tentang Rayyan Ariff. Sering sahaja ada penemuan baru tentang dia dan sering itu jugalah hati belajar untuk menerima dengan ikhlas.

Matanya yang juling boleh dibaiki dengan membetulkan otot-otot tertentu. Namun ianya pembedahan kosmetik semata-mata dan tidak dapat membaiki cara dan tahap penglihatannya. Kerana otaknya hanya dapat mengarahkan satu mata sahaja untuk bekerja pada satu-satu masa.

Apabila mata kiri melihat, mata kanan pegun. Apabila mata kanan melihat, mata kiri pegun. Tiada istilah penglihatan binokular untuk anak ini. Tiada imej 3D yang dapat ditangkap matanya. Keadaan ini bukan satu ancaman untuk dia kerana matanya berfungsi dengan baik, cuma fungsinya bukan serentak. Imej yang tertangkap di otaknya tidak bertindih walaupun koordinasi kedua mata tidak selari. Itulah uniknya Rayyan Ariff. Istimewa dan unik..

Putus asa dan hanya menerima? InsyaAllah tidak. Kami akan cuba melatih mata dan otak Rayyan Ariff bagi membaiki penglihatannya. Semoga ada perkembangan yang baik menanti anak ini..

Kami juga menolak untuk melakukan pembedahan pada matanya. Kerana ianya bersifat kosmetik semata. Ian, mungkin suatu waktu kamu akan tidak berpuas hati dengan keputusan kami dan mempersoalkan kenapa tidak dibaiki mata kamu agar kamu boleh tampil lebih kacak.

Marahlah nak. Sesungguhnya, kamu sudah cukup tampan di mata kami. Comel di jiwa kami. Pada kami, kamu tidak perlukan sebarang pembedahan kosmetik untuk kelihatan menawan. Paling besar, kami tidak sanggup melihat kesakitanmu.. Sekiranya satu waktu nanti kamu memilih untuk melakukannya, let it be your call.. Fullstop.

Untuk sementara waktu, kita teruskan dengan stimulasi dan rangsangan yang sesuai. 

Anak comel kami. Sampai terangkat hidung taknak bagi glasses jatuh. Super comel!!

Kerna kasih yang menggunung tinggi, InsyaAllah kita akan terus bersama mengatur langkah. Hingga hujung nyawa. :-)

Monday, April 16, 2012

Sibuk macam lebah~

Kenapa bila sibuk kena macam lebah? Semut pun sibuk jugak kan?

Kan best kalau dapat lepak-lepak macam budak berdua ni.. :-(

Kerja menimbun. Sure balik lambat lg.
Esok terpaksa cuti since ada 3 appoinments with Rayyan Ariff's immunologist, opthortist and physiotherapist.
Sempat ke tak nak submit kerja before balik ni?
Ok, concentrate.
Bye.

P/s - Mind you Cik Anon, I'm paying on my own for 2 out of 3 appoinments above. Tgh bulan lagi.. *Lap peluh kat dahi*..
Oh yes, I suka show off..

P/s 2 - Esok dapat result blood test Abang Rayyan *Lap peluh kat dahi lagi sekali* ~Doa penuh tekun~

Friday, April 13, 2012

Mengejar syurga Allah SWT..

Setiap kali melihat wajah mulus ini di dalam kesakitan, hati ini pedih.. Jiwa ini sakit.. Segala kekuatan yang terbina runtuh musnah dalam sekelip mata.. Betapa saya tidak segagah dia.. Betapa saya tidak sehebat dia. Mungkin kerana lumrah seorang ibu yang tidak sanggup melihat seorang anak menanggung keperitan.

Banyak waktu, iman sering mengingatkan diri bahawa Rayyan Ariff sedang mengejar syurga Allah SWT.. InsyaAllah.

Dan hati kembali terpujuk untuk terus melangkah demi sebuah wajah yang seindah bunga matahari..

Senyum untuk semalam.
Senyum untuk hari ini.
Senyum untuk hari esok.
Dan senyum untuk hari-hari yang mendatang..

Thursday, April 12, 2012

Menghampiri ke angka 4~

Cepat sekali masa berlari bukan? Anak kecil saya di dalam gambar di atas bukan lagi seorang bayi comel, sudah tinggi benar dia.. Berubah menjadi kanak-kanak yang cukup handsome di mata saya, ibunya..

Harus sahaja saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran di atas kurniaan ini. Betapa.

Keterbatasan waktu menghalang saya untuk merancang sebuah majlis hari lahir untuk anak ini. Namun saya sudah berniat untuk mengadakan jamuan kecil di sekolahnya. Sekadar bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang senasib dengannya..

Untuk tujuan ini, sudikah kawan-kawan berkongsi tentang mana-mana pembuat kek (preferably yang masih free for 12 & 14 May) di sekitar Kuala Lumpur atau Ampang? Saya mahu menempah 2 buah kek berbentuk kereta dan cupcakes dengan gambar kereta (individual packaging) sebanyak 70 buah.

Sekian, terima kasih.
:-)

P/s - Hah, ni jangan nak kata show off pulak. Niat mentioned kat sini so that kawan2 boleh bagi suggestion untuk tempah kek yang sedap with reasonable price. Setakat nak sedekah makanan orang tak heran kot.. Ronald McDonald tuh siap donate snoozelan room lagi kat sekolah Ian! ;-P

Wednesday, April 11, 2012

Berdua adalah sangat baik.. :-)

Adik dah pandai nak main dengan Abang.. Comel jer.. Tapi memang kena jaga sebab Abang still kasar dengan Adik.. Yang pelik tu, macam mana kasar pun Abang dengan Adik, Adik takde pulak nak nangis.. Her name really reflects her I guess.. Selalu pun Mama cakap dengan Adik, kena tolerate dengan Abang dan terima Abang  seadanya.. :-)

Tak padan kecik tapi ada hati nak rampas botol susu Abang, sekali Abang tarik telinga, tolak muka terus tak jadi.. :P

Selalu jugak kami pesan kat Abang, suruh be nice to Adik.. Sekarang ni Abang dah takde la nak geram kat Adik macam dulu.. Tapi kalau kita biarkan berdua, ada jugak yang kena cucuk mata kang.. :P
.
Adik pulak, pada usia 5 bulan 10 hari dah laju sapu rumah.. Merata-riti dia pergi.. Satu kerja pulak orang nak kutip dia, sekejap kat kerusi, sekejap kat bawah kabinet TV.. Hmmm.. Takut jugak Adik terhantuk.. Haruskah tukar flooring?? :P
.
 Lantai kena selalu bersih sebab Adik tengah mengutip.. :-)

Mulut Adik riuh betul.. Kalau tegur, tersengih-sengih.. Dah pandai carik Abang.. Kalau ada muka yang dia tak kenal, mula la meraung.. Bila tengok Abang ke or mana2 familiar faces, terus sengih sampai telinga.. :-)

Anak mama yang lasak, tak reti duduk diam.. Harus bila dua2 dapat kaki, macam kapal pecah la rumah.. Sorang pun dah semak benar, bila dah tag team nanti, taktau la nak kata..

Apa sekalipun, sayang kalian sepenuh jiwa!
;-)

Monday, April 9, 2012

Hanya kekuasaan Allah SWT dan kekuatan dirinya..

Sewaktu sesi fisioterapi pada hari Sabtu yang lalu, Rayyan Ariff berdiri dengan sendirinya.. Lama.. Lebih lama dari kebiasaannya. Yang lebih menggembirakan ialah, bukan sekali, malah 3 kali dia berdiri..

Berdiri tanpa sokongan. Berdiri tanpa bantuan. Yang ada hanyalah kekuatan kakinya. Yang ada ialah keupayaan mengimbangkan badannya sendiri.. Yang nyata adalah nikmat dan kekuasaan Allah SWT yang terlalu agung.. 

Yang ada cuma satu, anak mama yang hebat dan kuat..

InsyaAllah, Mama harap Abang Rayyan akan menapak sendiri tidak lama waktu lagi.. 

Doa. Hanya itu yang mama ada. 
Ya Allah, semoga setiap satunya urusan anak ini Kau permudahkan. Aminnnn..

Friday, April 6, 2012

Mahu terus berjuang. InsyaAllah..

Kehidupan terlalu menghimpit saat ini. Beban kerja terlalu kuat menekan. Temujanji dengan para doktor tersusun menanti.. Ada waktu, terlalu lemas rasanya meniti hari saat ini. Lemas dengan kesibukan.

Temujanji demi temujanji, hasilnya pelbagai. Ada yang menarik untuk didengar dan ada juga yang tidak. Belum sempat untuk saya berkongsi di sini.

Tidak dinafikan, ada waktu, jiwa ini bagaikan tenggelam dan mahu memilih untuk membiarkan sahaja. Namun itu tidak mungkin. Mustahil sama sekali.

Semalam, saya pulang bersambut sehelai kertas yang mengundang senyum.

Allah SWT tidak pernah lupa membimbing hambaNya.. Melalui sedikit coretan ini, saya cukup pasti bahawa segalanya berbaloi untuk seorang anak yang membawa penuh kecintaan..

Mahu terus berjuang. InsyaAllah..

Thursday, April 5, 2012

"Cantik kete. Semalam race kat mana kak?"

Oh yea, hari ni kita bukak tajuk kereta eh.. Iye la, kan dok mentioned pasal kete before this. Oh yea, ada yang mintak saya publish the comments that made me upset. Taknak la kot.. Since this blog is about my kasih, so I think the content should also reflect the same thing.. What past is past so biarlah.. Org dh mintak maaf, sejauh mana kita nak simpan marah? Marah tak bawa kita kemana-mana pun.. :-)

Ok, berbalik kepada topik hari ini. BTW, kalau Cik Anon nk kata saya show off lagi pun, silalah kata.. Ada aku kisahhhh?? Nampak sangat dia takde kerja and takde jiwa sampai boleh otak dia pikir orang punya nawaitu tu nak menunjuk ke apa.. Cayalahhh *high five*..

Semalam saya blogwalking to a few blogs, something yang dah lama takde masa nak buat sebab masa yang suntuk. So I landed on a few blogs yang cerita macam-macam. Iye la, nama pun belog. Ada yang baru beli kete and amik gambar depan kete pastu upload kat blog. Ada yang update pasal perjalanan beli rumah darilah waktu survey, membawak ke sign agreement, renovation sampailah pindah. Dah pindah, cerita dekor la pulak, sekecil2 pasu pun amik letak kat belog.

Then saya terfikir, "Eh, aku tengah baca citer dia ni, apsal dalam hati aku takde pun kata dia ni nak show off ke apa.. Nape eh?" Then saya realized, it's because every one have different perceptions on blogging. Pada saya, it's an online journal that others can read. Dan biasanya orang bercerita tentang kehidupan masing-masing. Dah memang dia beli kereta baru, dia upload lah gambar kereta dia. Takkan dia nak update pasal jiran dia beli kereta kot.. Dah dia beli rumah baru, tak kisah la dia nak update pasal renovate rumah hatta gambar setiap baris anak tangga nak di update sekalipun.. Dah belog dia, kot kalau kita tak puas hati, klik je pangkah kat atas tu.. Lagi bagus. Kalo tak, sesia je dapat dosa kering sebab mengata orang & buat orang sakit hati..

Ehh, melalut pulak.

Actually, entry ni sebab nak high five dgn Asha Mama Naveed. Yes dear, totally agree. Bawak kete kecik senang nak menyelit.. Hehehehe.. I heart my Kancil lah!
.
My Kancil aka Kaka, sayang weh kete ni.. Actually masa beli dulu, memang penakut kawkaw nak bawak kete.. In fact, masa Rayyan Ariff dah umur setahun lebih kot baru start drive.. Tu pun sebab desperate nak bawak anak gi therapies. So redah la jugak. And sampai la recently, saya memang takut nak bawak kete lain selain daripada Kancil. Sebab tak confident dengan saiz. Takut calar balar tersagat kereta orang.. Takut tak lepas parking and macam-macam lagi la.. So end up, memang bawak kancil je la..

Pernah jugak la kena sound direct dengan my boss, "Why dont you consider buying yourself a new car?" Tanya beliau dengan nada seselamba yang mungkin.. Hok alohhh.. Tau la kete saya dah nak runtuh bos.. Siap dengan muka pelik kot masa tanya tu.. Hahahha..

Then En.Hubby yang kaki kereta ni pun buat la a few things on my Kaka.. Touch up katanya.. So berubah la wajah Cik Kaka kita..


Kete yang banyak berjasa.. :-)

Pernah sekali, masa saya drive thru kat McD, adik yg amik order tu tegur, "Cantik kete Kak.. Race kat mana semalam?" Ok, serius rasa malu gila.. Iye la, kalau la kita ni umur 23 tahun, baru grad, bleh la kot nak rasa bangga.. Ni umo dah 29, tengah heavily pregnant plak masa kena tegur tu, rasa macam, eh, bleh plak ko bawak kete yang budget muda cenggitu.. Kalau orang laki takpe la kot.. Diorang kan tak pernah nak tua.. Hehehehe.. Serius malu! Rasa macam mak buyung tak sedar diri masa budak tu tegur..

Tu pun En.Hubby nak pasang ekzos besar yang bunyi vroom vroom vroom.. Tapi of course la saya tak bagi.. Malu kottt..

Tapi to be honest, since I gave birth to Rifa, baru 2, 3 kali je kot bawak Kaka. Bukan sebab dah kerek since ada Livina. Tapi sebab kereta tu manual and takde power steering. So berat la sket..

Rasanya tak pernah lagi saya citer kat sini the complication that I had when I gave birth to Rifa last time. To cut the story short, luka kat tempat czer tu tak nicely healed.. Masa hari ke 30, luka kat bahagian hujung berdarah.. 5 days later bernanah and 2 days after that, jahitan dia terbukak! So kena la 3 jahitan baru kat tempat luka tu.. Nk jahit 3 jahitan tu pun kecoh satu bilik doktor.. Heheheh.. Ishhh.. Seriau wehh kalau ingat balik!

After 60 days, dah start kerja balik.. Kebetulan plak masa tu Ryyan Ariff sekolah kat USJ, so saya terpaksa bawak kete sejauh 107km sehari Ampang-USJ-Hartamas-USJ-Ampang. Since luka tempat operate pun dok rasa sakit-sakit lagi, my mom bertegas tak bagi bawak kete manual. Dengan traffic jam gamat, harus la berurat kaki dok tekan clutch.. Belum lagi masuk part steering kancil yang berat tu, harus tertarik urat perut makcik! So my mom risau la takut jahitan terbukak lagi and she asked (actually more to instructed) me to drive a car with auto transmission.

Sebagai anak yang patuh, k la.. Kita bawak la kete auto. Nak bawak Livina tak berani.. Rasa macam panjang nau! Sebab memang saya penakut and tak pernah bawak kete selain daripada kancil. Since saya dok rasa Livina tu cam panjang, saya pinjam kete MyVi adik saya.. Seb baik la adik beradik saya jenis tak berkira. Padahal, kete tu baru sebulan lebih kot dia beli..

Then one day, dia nak blk kampung so he has to take his car back. Masa tu memang dah redha nak bawak Kancil balik.. But my mom berkeras tak bagi.. Kata dia, belum pun 4 bulan czer dah nak drive kete manual.. Ok la, malas nak argue, saya cuba-cuba bawak Livina..

Sekali dah bawak, ehhhh best pulakkkk.. Haaa kauuu.. Terus melekat sampai la.. Bila dah confident bawak kete besar, mula la nafsu ni naik mencanak.. Mata ni dah start melilau tengok kete besar kat jalan.. This time, takde dah pandang kete sedan or MPV, terus mak tgk kete yang tinggi-tinggi dah.. Kalau CRV putih lalu sebelah, perghhh.. Buntang mata ko! Tapi angan-angan je la kot.. Besar benar kalo stakat nak ulang alik gi keje..

Then, terberkenan lak kat Suzuki Crossover kaler putih.. Ish, kalau dapat, harus ada yang tido dalam kereta!


Pic source: Google image. *Meleleh air liur ko!*

Bila hati dah berkenan, sibuk la dok google review SUV ni.. Tengok harga and what not. Selalu la dok bertasbih kat telinga En.Hubby pasal kete ni.. Kata dia, "Suka hati la, awak yang nak membayar..".. Errkk, ok, kita kira balance duit dulu.. Tolak sana, tolak sini, ishhh InsyaAllah, cukup ni.. Hehehehe.. Bulat mata ajak En.Hubby gi showroom...

Tapi lepas fikir-fikir balik, nak buat apa kereta baru? Sebab nafsu je kot.. Kalau betul nak bawak kete baru, bawak je la Livina tu.. Baru 5 bulan pun umur dia.. Takde masalah pun.. Nak kereta auto? Livina tu kan auto.. Nak kereta jimat minyak? Crossover tu bukannya jimat mana pun.. 1600cc tu.. Baik beli Viva je kalo betul nak kete jimat minyak, ada power steering and auto transmission..

Tapi kalau amik Viva, sama jugak dgn isi minyak extra.. Yea la, installment lagi, servis lagi.. So tak jimat jugak.. Lagi pun, kami memang tak perlu dua kereta since En.Hubby bawak motor gi keje.. Dulu masa kete Perdana, memang saya tak berani sentuh la sebab heavily modified. Yang Livina ni suci murni takdak modified mana-mana.. So apa reason yang ada nak beli kereta lagi? Takde..

Lepas buat timbangtara, hati ni terpujuklah yang kami lebih memerlukan sebuah rumah daripada kereta.. Tengoklah rumah sekarang, harga orang dok jual dah lebih RM70-RM80K daripada harga yang kami beli in 2009. Sedangkan kereta, makin lama makin depreciate value dia.. Lagipun, monthly installment of RM1k per month untuk sebuah Crossover, baik la saya invest kat Rayyan Ariff.. Banyak benda lagi nak beli untuk dia ni.. Baik dari segi peralatan, mahupun perubatan..

Owh, ada kawan saya kata, tak salah kita melabur untuk kereta yang kita minat sebagai ganjaran. Ye lah, kita dah kerja penat-penat, nak la bawak kereta best gi kerja.. Baru la rasa semangat nak drive.. Hehehehe.. Takpe la, saya kerja penat-penat untuk anak-anak.. Kita makbapak ni gitu la kan.. Jujur saya kata, kalau la sebuah pendengaran itu boleh dibeli, saya sanggup kerja mati-matian dan jual segala harta benda untuk beli n bagi pada Rayyan Ariff.. Hahaha.. Saiko!

As a conclusion, saya akan tetap setia dengan my Kaka.. After 6 months from the date of my cesarean nanti, nak start bawak my Kaka balik.. Harap-harap, lepas sebulan lagi ni dah tak rasa sakit sangat dah kat tempat luka tu and bleh la melasak sket.. For the time being, kita lenjan la kete ni dulu yea.. Hehehehe..

En.Hubby panggil Livina Impul ni kete saya sebab dia takleh nak modify. Memang saya tak bagi sebab Perdana dulu bumpy gila lepas dia modified. Kaka lak kete dia sebab leh modify.. Heheheh.. ;-)
Tapi, baik kete Mama ataupun kete Ayah, dua-dua takleh lawan kete Ian yang atuk bagi.. 

 Sport rim kilat leh buat cermin! 

Kata Ayah Chik, "Amboii Ian, harga kete dah sama dengan harga sport rim Ayah Chik.." Itu la, Atuk ni kalau Ian bukan main lagi.. Kitorang adik beradik dari dulu sampai sekarang, takde pun nak merasa.. Kan Ayah Chik, kan?? ;-P

Oh, ada kawan yang tanya, "Wan, apa jadi ngan Kancil? Nak jual ke? Kalo jual berapa? RM4000 ehh??" Cehhhh.. Kena lagi!! Ada ke dia taruk RM4k! Huhuhu.. Takpe la Kaka, orang kutuk Kaka pun, akak tetap sayang Kaka.. :P

Tuesday, April 3, 2012

This is my space, kalau tak suka, blahhhh~

Kalau kita cakap lembut-lembut pun orang blame kita jugak. So let show the ugly side of me.. Hehehe.. Ala, hidup kita ni bukan kita punya, so takde apa pun nk show off. Kat belog ni takde cerita pasal beg Coach pun, kasut scholl pun pikir dua tiga empat lima kali nak beli, apa lagi kasut memahal yang lain. Bercuti pun setahun sekali je kot.. Tu pn stakat gi PD, Genting or Cherating, takde la nama showing off kott.. Cuti tahunan tu dah bersusun appoinment anak nak accomodate, so jgn mimpi la kan..

Kenapa takgi buat therapy kat goverment hospital? Kalau ada yang buat on Saturdays, just le me know la.. Setakat ni tak jumpa pulak. Kalau ada pun, fullllll je memanjang kot.. Semua org nk buat on Saturday.. Ye la, takkan nak cuti sehari seminggu kot.. Bos tgk pun menyampah..

And yes, if you think that Rayyan Ariff fell off because of me and my mother's mistake, lantak la.. Sket pun saya tak heran. Next time, kalau Rayyan Ariff nak keluar jalan petang2, since saya selalu balik lewat, I'll asked my nearly 60 years old mother who's disgnosed with severe athritis since the past 10 years to do it. Kalau on Sundays, I bwk la sambil dukung baby. Nanti kitorang beli popcorn utk Bibik suh makan sambil tgk TV sementara we take Rayyan out ehh..

And another yes for we're a bunch of people who only know to talk bad about our maid. I guess that's why my old maid keep on sending SMS telling us how much she wants to come and pay us a visit. Sebab kitorang adalah majikan yang tak bagus, so that's why she still keep in touch with us. InsyaAllah, nanti kami pakat2 berubah jadi better person eh..

Another thing, kalau rasa lancang, pls take it somewhere else. Thank you. I'm not going to layan all of this silly things anymore. I'm writing for myself and because of my passion, kalau I perlu privatise this blog, yes, I'll do that sbb takde apa nak menunjuk pun. Setakat citer anak istimewa dengan family dia, nak pung pang apa nya??

Ok, back to my life. Actually, ingat nak tulis pasal Rayyan Ariff's appoinments. About his vision, his hearing and what not.. Tapi macam takde masa plak sebab lunch hour dah nak habis. I'll be back with that later la.. Heheheheh..

On Abang Rayyan, he's good. Terima kasih buat yang bertanya khabar and berdoa. He started going to school already. Comel and cheeky macam biasa. Tangan tu masih lagi rajin lepuk kepala adik or tarik-tarik adik.. Tapi the cutest part would be bila dia datang dgn his sweet smile and gave adik a kiss on her cheek, Subhanallah, sejuk hati!

On Adik Rifa, she's OK in general. Doing things like other baby is doing.. Angkat bontot, reaching for things, turning 360 degrees, grabbing things and put into her mouth, developing stranger anxiety.. So biasa la.. The best part, Adik manja.. Malam-malam tido atas dada Mama.. Rasa sweet sangat. Oh, she's 5 months old already.. Yup, time flies!

Badan kecik, tido lasak.. Mula2 dua-dua tegak, pastu dah melintang.. Mana port Mama & Ayah, cer teka?? Hehehhe..

Ya Allah, terima kasih di atas kurniaanMu ini.. Pinjamkan mereka kepadaku selama yang mungkin Ya Allah.. *Sayang ketat-ketat*

Monday, April 2, 2012

Jaga anak sendiri wehhh.. Jangan nak harap orang..

Yup, it's very true. Our children are our responsibility. Jangan nak harap Indon maid jaga pastu bebel bila anak jatuh!

I guess if we were to ask, all mothers definitely want to take care of their own children especially when you have a special needs child that demands lot of hard work in term of giving as much stimulation as possible. But not everyone are lucky enough to just quit their job and let their husband pay all the bills. 

Let me just roughly give some figure on how much the bills can be..

When Rayyan Ariff was born, he stayed in NICU for 45 days and went through 4 surgeries on his head. Total cost? RM96K++. Yea I know, we can already get a medium-cost apartment with that amount.

In 2010, when he needed to go for another surgery on his head, the cost was RM12k for just 3 nights stay. 

What about his monthly therapies? He goes for physiotherapy, speech therapy and occupational therapy every week. The cost is RM106 per session so per week is about RM318. Monthly? Yearly? Do your own math. 

Hmm.. What about his visit to the audiologist, ophthalmologist, immunologist, neurologist and what not? What about his medication? Epilim, Clonazepam. Co-enzyme, Piracetam, Neurogain, Vitamin C and Multivitamin, these drugs can easily cost us RM1.5K for one quarter.

What are his other basic things on top of the above and his monthly school fees of RM450? Oh yeah, his hearing aids that need to be serviced every 6 months would cost us around RM100 only. And his ear mold for the hearing aids cost us only RM90 per pair and it needs to be changed every 3 months. Not so much right? Wait, don't forget to add in the aids' batteries that cost RM20 per pack. Per pack can last for one week, still not so much right?? Hehehehe..

Hmm.. What about his special shoes? It's very cheap. Only RM700 per pair.. Wayyyy cheaper than all those designer bags.. Last year we bought it in August, and now, it's about time we get it change as he's growing pretty fast.. 

 Abang Rayyan pakai kasut mahal-mahal pun nangis, mama pakai kasut RM59.90 beli kat Bata je kot..

These are the rough estimation of his treatments, exclusive of the numerous hospital admissions that we have went through. Rayyan Ariff was born with congenital abnormalities, hence, no insurance company wants to cover his treatment. Unless it's accidental or for certain disease like dengue, then only we can claim for insurance.

 Bill Encik Abam kita yang singgah bermalam kat spital dari kul 9 malam smpi kul 5 petang esoknya.. Tak sampai sehari kot.. =P

Looking at the above, after spending money on the same, do you think we can afford a house and a car with just one-man-salary?? Honestly, in our case, no. My husband would die of high BP and hypertension if he had to fork out money for everything. 

Dah takde duit jangan la mengada nak gi spital swasta, dah habis spital kerajaan ke kat KL ni?? Tambah-tambah anak ko OKU, harus dapat free treatment.

Well, say what ever you want. But we're so blessed that our little miracle has come this far and the medic team had done a great job on Rayyan Ariff (of course with Allah's permission). Ini bukan nak kutuk gov hospital yea, even Rayyan Ariff's neuro surgeon was from HUKM before he joined Pantai.

My 6 months unpaid leave in 2009/2010 took a really big toll on our financial condition and we only managed to get back on our feet in 2011. But I never regret the hardship because it was the best 6 months ever that I got to be with my son 24/7, and of course, being stress-free from work related matters is always a blessing.. Hehehe..

How I wish one fine day, Mr Hubby can be the sole breadwinner for our family. InsyaAllah.. Sape tau dakk?? Hehehehe.. Bestnya jadi mem besar dok umah melingkar ngan anak-anak!!

Yup, I truly agree that only mother can take the best care of their children. But that doesn't mean that a mother could not go to  work and help her partner with the bills. 

Is it ironic that Rayyan Ariff fell off on Sunday, a usual day that I'm not working and not when I was at work? 

So, what was I'm doing when the boy fell off under the care of my maid?

Hmmm.. I was breastfeeding her;

My chomeylicious lil' princess.. :-)

P/s - Owh, entry di atas bukan untuk kira mengira yea.. Tak ada istilah berkira untuk seorang anak. Setengah orang mungkin akan kata, kesiannya orang ada anak istimewa, banyaknya belanja.. InsyaAllah, rezeki dari Allah SWT tidak pernah putus. Datangnya Rayyan Ariff membawa rezeki tersendiri.. Yang penting, mama dan ayah kena rajin dan ikhlas mencari.. :-)

Edited: *Entry di atas adalah dalam contact if I'm not working*. If you have read in some of my post before, I've mentioned that my company provides unlimited medical coverage. But not all the above expenses are covered. Sebagai contoh; Speech therapy? Tak cover, sebab katanya tak boleh bercakap adalah bukan penyakit. Hydrotherapy? Tak cover sebab not medically proven that it can help special needs children. Hearing aids, rollator, special shoes and other stuffs? Tak cover sebab benda2 alah ni considered as accessories.. Monthly visits to Audiologist? Pun tak cover sebab it's hearing aid related matters and the list of benda tak cover tu continues-lah.

And oh yea, sangat betul. Saya orang yang sangatlah suka show off sebab saya kaya meluap-luap. Because of my show-off attitude, I still drive my 2002 Perodua Kancil around.. Wahhh.. Dah seploh tahun umo Kancil mak! Ishhh.. Dah masuk darjah 4 dah pun.. ;-)

Sunday, April 1, 2012

Yang cedera itu Rayyan Ariff saya~

Jiji, aku lom dapat nak cerita panjang lebar tentang bibik baru. Sorry.
Kak Lynn, tak sempat nk cerita macamana n prosedur apa yg we went thru to get this new bibik..

Kalau ada masa, kita cerita nanti eh.. *Tengok, janji lagi! Janji kan hutang.. Aarghhhhhh*
OK, kita terus kepada cerita macam mana hero kacak tampan kita ni boleh jatuh.  

Hari Ahad 2 minggu yang lalu, saya meminta Bibik bawakan Rayyan Ariff berjalan-jalan di luar rumah bersama rollator merah kepunyaan hero kecil itu. Seperti biasanya, terujalah jiwa kecil itu tatkala melihat rollator merahnya..

Tidak sampai beberapa ketika, Bibik kembali bersama Rayyan Ariff.. "Buk, Rayyan jatuh Buk.." Tatkala mendengar ayat si Bibik, saya hanya bertanya perkara yang wajib sahaja.. 
"Macam mana boleh jatuh?"
"Kamu tak pegang ke?"
"Kamu biar dia jauh-jauh ke?"

Jawapan Bibik? Tentu sahaja defensif. Kononnya dia sudah menjaga sebaik baik. Saya biarkan sahaja kerna bagi saya, kalau sudah tertulis dia akan jatuh, dengan sesiapa sahaja dia bisa jatuh. 

Kami terus sahaja bergegas ke klinik panel berhampiran namun kerana di klinik itu sudah kehabisan glue stitches, kami diminta ke hospital. Lantas, kami ke Ampang Puteri. Selesai di hospital, kami pulang ke rumah dengan badan yang sudah keletihan. 

Tiba di rumah, ibu saya memaklumkan, "Memanglah jatuh. Lantai kan licin sebab baru lepas hujan. Bibik biar dia jalan kat lantai yang penuh air. Mommy tanya kenapa, dia jawab, dah Kak yang suruh.."
.
Ok, kali ni saya marah! Akal di lututkah? Kalau duit gaji kamu saya minta separuh, pasti pandai sahaja mulut kamu bertanya kenapa dan mengapa. Tahu pula berakal. Belum waktu gaji pun sudah bertanya itu ini. Tapi bila bab begini, tiba-tiba sahaja jadi "Yang Menurut Perintah" tanpa perlu menggunakan otak? Kalau bab lain, berulangkali kita suruh masih tak berbuat!
.
Esoknya, saya nasihatkan si Bibik agar berhati-hati dalam menjaga anak kecil. Baik Rayyan Ariff atau Rifa Aleesya, keduanya belum sampai akal untuk melindungi diri sendiri. Kita sebagai orang dewasalah yang harus tahu menilai sesuatu situasi itu sama ada selamat atau tidak. Kalau kamu maklumkan pada saya bahawa ada air di lantai, takkanlah saya mahu paksa kamu membawa Rayyan Ariff ke luar? Kalau dalam kes kecuaian yang membawa kepada kecederaan teruk, jika bukan ibubapa, pihak hospital masih boleh membuat laporan polis. Kamu tidak mahu sesuatu terjadi sewaktu dia dibawah jagaan kamu bukan? Maka kamu perlu lebih berhati-hati.. Bila kamu berhati-hati, kamu bukan sahaja melindungi anak-anak saya, malah diri kamu sendiri juga..

Ya Buk.. Ya Buk.. Dia mengangguk faham. Kononnya. 

Tidak lama selepas itu, dia menelefon dan menangis pada ibunya kerana saya mengugut mahu membuat laporan polis.. Hahahaha.. Tak kuasa! Lain ayat, lain maksud, lain pulak yang dia tangkap!

Luka di dagu Rayyan Ariff tidak pulih dengan kadar yang segera. Maklumlah, budak tengah melasak.. Kata doktor, jangan terkena air untuk 3 hari pertama, kena juga.. Kalau bukan air di sinki, air liurnya yang meleleh tatkala dia menangis mengamuk. Itulah Rayyan Ariff, kalau tak ke sekolah, tantrumnya menjadi-jadi.. Kebosanan di rumah mungkin. Oh, anak ini juga sudah pandai membuka pintu bilik air, berpaut pada sinki, bangun dan membuka pili air.. Sudahlah pintu jenis plastik lipat yang tidak boleh dikunci dari luar, maka memang pantanglah budak panjang akal ni!

Hasil insiden ini juga meninggalkan kesan biru pada pipi comel Rayyan Ariff. Lebam. Maklum sahajalah, jatuh dari ketinggian berdiri..

Habis di situ. 

Hari Khamis selepas seminggu lebih insiden pertama, Rayyan Ariff jatuh lagi. Tersadung semasa merangkak. Dagunya terhantuk pada lantai dan darah mengalir deras dari luka yang kami ingatkan sudah hampir sembuh itu. Namun kerana lukanya kelihatan besar, kami terus kejarkan dia ke Ampang Puteri..

Dalam sakit, tetap melasak!

Kata doktor, luka Rayyan Ariff besar dan dalam. Maka perlu dijahit dengan bius penuh. Under GA. Sudahnya, dia perlu dimasukkan ke wad. Perlu berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam dan setelah itu barulah disorong ke OT. 

Penat. Sangat penat. Sudahlah sewaktu hari kejadian, saya baru tiba di rumah pada jam 9pm. Belum sempat membuka tudung, berlari pula ke hospital.. Tapi takpelah, kalau tak lasak, bukan anak lelakilah namanya kan? =P

Abang Rayyan menunggu giliran untuk ke OT

Esoknya, 8 jahitan terjalin kemas pada dagu Rayyan Ariff. Segalanya berjalan lancar.. Tiada kesan sampingan ubat bius walaupun hero kecil ini tidak sihat sepenuhnya *Part ni kita citer lain eh*.. Petang itu juga kami dibenarkan pulang..

Mujur juga Atuk KB datang. Memang ringan sedikitlah. Bukan senang mahu mengawal budak kecil yang mengamuk kelaparan dan kebosanan ini. Ialah, dari malam kejadian, hanya pada jam 1pm keesokannya baru dia dapat makan. Kalau kita pun tak tertahan, apa lagi anak sekecil dia..

Menurut doktor, lukanya agak panjang dan dalam kerana ianya terkena pada bahagian yang sama. Tambahan pula, luka kali pertama juga masih belum benar-benar sembuh. Tisu-tisu di sekeliling luka sudah tidak elok, kerna itulah agak teruk sedikit.

Tidak mengapalah, Allah SWT menguji mengikut kemampuan hambaNya. Mungkin Dia melihat Rayyan Ariff sebagai hambaNya yang gagah untuk melalui episod kesakitan ini. Anak, yakinlah bahawa kamu sedang mengejar syurga tuhan.. Syukurlah kerana kamu bertuah menjadi insan yang terpilih.. :-)

Semoga tiada lagi kecederaan untuk kamu di masa hadapan. InsyaAllah. Pulih ye nak.. :-)