Haaa amekkawww.. Orang lain rata-riti bercerita pasal soppeng beg coach, baju jovian mandagie, ko plak soppeng pinggan mangkuk.. Sangatttt makcik-makcik.. Hohoho.. Puas hati mak, walaupun duhett hengget dah tinggal siketttt.. Kehkehkeh..
Apa yang di'stress'kan sangat ni? Ada ke perkataan di'stress'kan? Balunnnn..
1) Anak bujang handsome trang tang tang.
Cerita dia sakit dah terlalu biasa. Perkataan kasihan dah overrated. Tapi sape2 yang berkunjung ke rumah masa hari raya, sempat la tengok Rayyan Ariff not being himself. Clobazam changed him in total. So now, the dosage given has been modified.
Hari raya keempat, demam panas sampai menggigil lagi. Dari Rabu membawak ke hari Jumaat. On and off. Hari Sabtu keluar rashes. Ingatkan measles aka campak, rupa-rupanya Roseola.. Ala-ala viral infection.
About his refusal to walk, Dr kata, could be due to synovitis. Synovitis dalam bahawa mudah, imflammation pada sendi. Radang ke, bengkak ke apa, pada his joints. Mungkin sebab terpeleot masa jalan, or mungkin jugak sebab viral infection.
So virus tu effect body bg demam and amik pakej dengan sendi sekali la kot.
Takpe, tuhan nak bagi syurga kan.. Liku harus la lebih sket daripada orang lain.
2) Anak perempuan comel lotey.
Demam campak. Merap sepanjang masa. Tapi keletah dia super mencuit hati.. Maklumlah, makin besar makin banyak akal.. :-)
.
.
3) Maidless.
Yup, again. Honestly geram giler. Baru kerja brp bulan, dah bagi balik beraya kat Indon dengan gaji fully paid. Satu sen pun kami tak hold. Siap beli biskut 3 balang, kain sepasang. Duit raya pun dapat. Balik naik flight lagi, dgn kos tambang lebih 70% mak hencek tanggung, cuma potong gaji dia tak sampai 30%. Tu pun sebab tiket pergi balik Surabaya mahal giler (more than RM1k) and she insisted nak balik Surabaya, walhal mula2 tu nak balik naik kapal ke Tanjung Balai je. Agaknya dia ingat tiket flight beli bila-bila pun harga sama.
Pengajaran? Jangan buat baik sangat dengan orang. Bukan semua orang tahu kenang budi.
No, saya bukanlah marah sebab dia takmo kerja. Lantaklah. Ada mak kesahh?? Kalo ko keje bagus melangit barulah mak boleh guling-guling frust. Yang sakit hati sangat tu, sbb takde courtesy nak bgtau awal-awal. Dari Indon pompuan tu SMS, "Buk, saya kemalangan, patah tangan jadi tidak dapat datang.."
Bila called mak dia, mak dia jawab, "Ooh.. Itu dia buk, mahu tunangan, mahu nikah. Tunangannya itu tidak benarkan dia datang lagi ke Malaysia."
Apekahhh??? PENIPU BESAR! Tak ada adab. Tak ada sopan. Kalau kau gatal dah tak tahan nak menikah sekali pun, Bgtaulah awal-awal so that kita boleh arrange sape nak jagakan anak-anak bila dah starts kerja. Kita takkan paksa kalau orang dah tak mahu kerja. Tp pls end things nicely. Macam with the old maid, we still maintain pretty good relationship. Sesekali berbalas SMS bertanya khabar. Bagi ucapan selamat berpuasa, selamat hari raya and whatnot.
Ok. Tu saja. Selamat hari merdeka.. Till then. :-)