Saturday, January 26, 2013

Cerita sedikit, cerita berbukit..

Kaku rasanya untuk menulis di ruangan ini setelah beberapa ketika berdiam. Tidaklah begitu lama rasanya, namun berbanding dahulu memang kurang sangat kan? Masih adakah yang sudi menjenguk?? ;-)

Banyak rasanya mahu bercerita. Maklumlah, cerita yang sedikit apabila dikumpul, berbukit juga jadinya..  Mulakan dengan cerita bibik baru. Sudah sampai. Ok-ok sahaja. Tidaklah tip top. Tidak mengapalah, belajar bersyukur. Selagi bisa dilentur, tidak kisahlah. Namun dia masih belum rasi dengan anak-anak, terutamanya Rifa Aleesya. Harap-harapnya Ok lah nanti..

Dalam perjalanan menjemput nenek yang bertugas menjaga cucu-cucu sementara ketibaan bibik baru tempoh hari..

Cerita tentang kami suami-isteri. En.Hubby memulakan rekod bermalam di hospital pada tahun ini. Admitted kerana beberapa isu kesihatan yang berpunca dari amalan pemakanan dan kurang bersenam.. Hehehehe.. So sekarang, moh kita jaga kesihatan!

The RAs @ Pusrawi. 

Atas dasar kesedaran, saya juga berazam mahu menjaga amalan pemakanan. Mahu bersenam agar lebih fit. Untuk diri sendiri dan keluarga. Bagi merealisasikan azam yang satu ini, saya mula ke gym. Gym di pejabat sahaja, 

Sepanjang 7 tahun setengah berkhidmat di Suruhanjaya, ini adalah kali kedua saya menjejakkan kaki ke gym yang disediakan buat kakitangan. Harap-harap bukan hangat-hangat tahi ayam lah.

Seterusnya dari segi kerjaya. Walau beban kerja tidak pernah berkurang dan beberapa perubahan yang menyedihkan berlaku, namun saya bersyukur di atas setiap limpahan rezeki dariNya. Rezeki bonus dan increment adalah salah satunya. 

Tanggal 13.12.12, secara suka-suka saya dan teman sepejabat berkunjung ke pusat jualan Mitsubishi pada waktu rehat tengahari. Sempatlah kerana jaraknya tidak jauh dari pejabat kami. Tujuan kunjungan? ohhh, I've been eyeing the cutie Mitsubishi Mirage wayyyy before the commercial ad comes alive. 

Saya kan kaki kereta. Muahahaha.. Akibat sering melawati forum dan laman web yang memperkatakan tentang kereta, saya terpandang kereta kecil dan comel ini. Terus jatuh hati kekdahnya. Setelah kereta ini memasuki pasaran Malaysia, saya mulalah tergedik-gedik. 

Oleh kerana pada waktu itu bonus dijangka keluar pada 20hb December, terus sahajalah saya mengajak teman saya ke sana. Saya katakan juga pada hubby, kalau increment OK, saya ambikkk!! huehuehue..

Si comel.. So, ambik tak?? Hehehehe..

Jawapannya tidak. Hahahaha.. Kalau diikutkan jumlah kenaikan gaji, boleh sahaja saya teruskan niat membeli kereta ini tanpa perlu mengganggu mana-mana peruntukan wang untuk perbelanjaan sedia ada.  Lebih dari cukup untuk sebuah Mirage full spec. Namun apabila memikirkan rasional keperluan sebuah kereta baru, tidak ada sama sekali. MPV kami baru berusia setahun lebih. Si Kancil juga masih elok dan hanya sedikit bersisa baki pinjaman. En. Hubby pula ke pejabat dengan menunggang motosikal. Saya ada privilege di situ. Dan sememangnya, dalam seminggu saya bergilir-gilir membawa kedua kereta ini. Hahahaha.. So sila ingatkan diri, jangan tamak sangat wehhh..

Bercerita tentang kegilaan pada kereta, sempat teman sepejabat saya itu mengenakan saya, "Alang-alang ambiklah Triton tu, bukan mahal pun.."
"Eh ye ke tak mahal? Besar tu.. Dah macam Hilux.." Tanya saya kembali.
"Betul. Nahh tengok harga.." Jawabnya bersahaja sambil menghulurkan risalah harga. 
"Eh, eh, affordable lah! Lagi murah dari Estima! Naklah.." Jawab saya dengan nada teruja. "Eh, chuppp, nak buat apa? Bukannya nak pegi meniaga!" Saya separuh menjerit apabila perasan yang saya sudah terkena..

Itulah kalau dah fanatik. Otak hadam saiz sahaja tanpa mencerna kegunaan dan keperluan. Muahahahha..

Lagi pula, saya rasa saya perlu realistik di sini. Jumlah wang yang sama adalah lebih elok untuk saya sumbangkan demi pembangunan Rayyan Ariff. Juga boleh saya pecahkan untuk pembangunan Rifa Aleesya. 

Saya melihat Rifa Aleesya berada di dalam liganya yang tersendiri. Dia cepat menangkap setiap yang diajar. Mudah menerima dan mudah memahami. Namun manjanya berlebihan. Mungkin kerana seringnya dia di rumah. 

Demi tidak mensia-siakan nikmat pembelajaran yang Allah kurniakan dan mahu melihat dia lebih kurang manja, saya sudah berkira-kira untuk menghantarnya ke program Playgroup / playhouse di Brainy Bunch sebaik sahaja usianya mencecah setahun setengah nanti. Beberapa bulan sahaja dari sekarang. Hanya 3 jam setengah sehari dan saya rasa untuk permulaan, tidak perlulah sehingga 5 kali seminggu. Harap-harap dipermudahkan urusan yang satu ini. Terutamanya dari segi transportasi. In Shaa Allah.  

Adik yang cheeky. Lari kerana tidak mahu pakai baju. Dipujuk dan dipanggil tidak mahu datang. Ditunjukkan jam tangan, mencicit datangnya! Sudah pandai mahu melaram. Bila kita pakai tudung, dia pun mahu. Bila kita pakai jam, dia pun mahu..

Saya juga cukup teruja untuk memanfaatkan ruang waktu yang ada untuk melakukan aktiviti yng berfaedah buat kedua-dua cinta hati saya ini.. Tambahan pula mereka semakin membesar, waktu sebeginilah yang memerlukan perhatian yang selayaknya. 

Abang yang bersungguh. Adik lebih kepada bermain air.. Hehehe..

Dan saya perhatikan, Rayyan Ariff menjadi seorang anak yang lebih 'mudah' apabila perhatian yang secukupnya diberikan padanya..

Oh, satu lagi remark yang besar untuk saya pada bulan ini adalah - no more baby cot and welcome pull-out bed!!

Lama juga berkira-kira mahu dibuka ataupun tidak baby cot yang sedia terpasang sekian lama. Bagai tidak mahu melepaskan, saya sangat-sangat teragak-agak untuk membuat keputusan meleraikan baby cot yang utuh teguh berdiri ini. Rasa janggal memandang bilik yang 'kosong'. Mungkin kerana sudah terbiasa adanya baby cot sebagai dekorasi di kamar kelamin kami sedari lahirnya Rayyan Ariff sehinggalah tibanya Rifa Aleesya. Apabila Rifa Aleesya tidak lagi mahu tidur di situ, saya seharusnya belajar melepaskan. Menerima bahawa anak-anak saya kian membesar..

Untuk mengasingkan kamar tidur, mungkin belum masanya. Tambahan pula tahap kesihatan Rayyan Ariff yang seringnya turun naik tidak terduga.

Belahan jiwa, permata hati.. Keduanya kurang sihat pada waktu ini. Fever, flu, cough. Cukup lengkap pakejnya.

Ok. That's all. Till then.

Sunday, January 13, 2013

Menderma - ibadah dan kebahagian.

Sibuk. Sibuk yang amat. Prepare report untuk meeting dengan directors. Gitulah, figure kan nak as of 31 Dec, so awal-awal tahun busy sampai senak perut, sebu mata.

Dah 3,4 malam tido lewat. Kelabu mata dah haa.. Maidless for a week pulak tu, ishhh kena pulak time busy. Malam, lepas anak-anak tido and siapkan keje rumah, baru bleh start buat keje office. End up, tido lambat. Pagi2 dah kena bangun sebab nak masak untuk Rayyan Ariff, buat bekal pegi school.

Sebab badan penat tak cukup rehat, one thing happened to me on thursday morning..

As usual, drive pergi kerja, Rayyan Ariff duduk sebelah sebab nak drop dia kat school dulu. Then, masuk highway. AKLEH to be specific. Tengah syok drive, ada bunyi. Pusing kiri, tanya dalam pelik "Apa budak ni buat kat sini?"

Macam blur giler. Tak dapat tangkap pun budak tu sapa.. Tiba-tiba sedar. "Ya Allahhhhhh!! Ahkak lupa nak hantar anak gi skolah diknonnnnn!!" Punyalah semangat nak masuk office cepat, nak siapkan kerja kononnya. Kahhhhh..


Sudahnya jadi lambat sebab kena patah balik and hantar pakcik hensem ni dulu.. ;P

Kemuncak, hari Khamis tu smpi umah kul 11 malam. Tu pun boss bg blk sbb suh sambung counter check stats. Member2 yg lain, kul 12 lebih baru leh kuar office. Bak kata sorang member ni, dtg keje 10hb, 11hb baru leh balik.. hehehehe..

Hari Jumaat, submit stats. Ptg amil half day leave, sampai umah kul 330pm, tido tak hengat! Huehuehue..

Kena pulak hujan.. Memang layan sesangat la membuta..

Ok. That's all. Have to go now.

But before that,

Mahu menyeru kepada yang sudi. Sekolah Rayyan Ariff sedang buat jualan amal. Butter cookies. Sebalang cuma RM12. Wang akan digunakan untuk keperluan sekolah. Kepada yang sudi membeli sambil menderma, you can place your order through me. Email sahaja di freaky_gurlz@yahoo.com.

Dalam rezeki kita, dalam pendapatan kita, ada bahagian untuk orang lain. Orang-orang yang memerlukan. Menderma adalah ibadah.
Menderma boleh bawa kebahagian, pada hati kita dan hati orang lain. ;-)



Terima kasih.

Saturday, January 5, 2013

Sedih tak sedih, syahdu tak syahdu.

Macam dah lama janji nak cerita pasal bibik kat sini kan? Sampai ke sudah tertangguh. ;-P

Hmmm.. Where did I stop last time? Lupa. Meh kita citer balik dari awal la.. Dulu before ada Rayyan Ariff, saya pernah cakap yang takkan ambik bibik even dah ada anak. Main reason, sebab takmau ada invasion of privacy. Tamau org luar dok dalam rumah kita. So kononnya, ada anak nanti, kisahnya nak letak rumah pengasuh or nursery je la..

Tapi perancangan Allah SWT untuk kami tak sama dengan perancangan kami sendiri. Bila ada Rayyan Ariff, everything changed and we saw the need to have a maid. And our first maid is Bibik Paridah. Mula-mula dia kata, nak keje 3 bulan je then nak balik Indonesia for good. Keje setakat nak kumpul duit buat tambang balik katanya. Masa tu bengang jugaklah sebab kita dah keluar duit bayar kat agen. Rupa-rupanya agen dah pesan, jgn bagitau nak keje kejap, bila dah sampai masa, berenti je lah. 

Mula-mula ingat nak berentikan dia dan-dan tu jugak. Tapi tak sampai hati. Dia pun, dari nak keje 3 bulan, tup-tup jadi 6 bulan. Pastu baru dia balik Indonesia. Balik dengan duit gaji setengah tahun + RM1k yang dia pinjam dari kami. Masa tu redha je la.. Antara percaya dengan tak. Kalau dia balik lagi, Alhamdulillah. Kalau dia tak balik pun, anggap je la duit seribu yang dia pinjam tu bukan rezeki kami. 

Masa yang dia balik tu pulak saya tengah unpaid. So memang tak perlukan replacement maid la.. 2 weeks before I went back to work after 6 months++ of unpaid leaves, she came back. Alhamdulillah, jujur di situ. Saya pun selalu pesan, kalau nak berenti, bagitau elok2 sebab saya memang takkan paksa orang kerja dengan saya. Orang tak mahu apa yang kita nak bisingkan dak?

Keje punya keje, 3 tahun dia dengan kami. Dalam tempoh tu bukan takde turun naik between the 2 of us. Banyak pun. Sebab utama, dia ni lain sket. Bab menjawab boleh bagi kat dia la.. Paling best, pernah dia bergaduh bertekak dengan my sister in front of me and my hubby. Hebat tak hebat dia ni kan?

Tapi tu la, satu yang bagus pasal dia, bab-bab menyapu n mengemop, superb!! Nak cari rambut selai pun payah kat lantai even dah sah-sah rambut-rambut kita ni selalu gugur dak?? Paling best, dia gentle dengan anak-anak. Penyayang. Sampai naik lemak la Rayyan Ariff dengan dia. Dia pun sayang sangat kat Rayyan Ariff. Iye la, jaga dari baby sampai dh besar panjang. Sbb faktor yang satu ni la kami boleh tahankan aje perangai-perangai yang lain..

Pernah sekali, masa I was heavily pregnant to Rifa Aleesya last year, Bibik Paridah balik Indonesia untuk beraya. Sekali dia SMS dari sana kata takmo datang lagi. Masa tu memang bengang la.. Sebab kan saya dah selalu pesan, kalau nak berhenti, bagi at least one month notice sebab kita nak la masa utk buat prior arrangement. 

Tapi after a week, dia SMS kata nak datang balik. Kalau ikut hati marah masa tu memang la takmau. Tapi mengenangkan tengah sarat n whatnot, kami on je la..

Early this year, permit dia dah tamat tempoh. So dia pun taknak renew lagi sebab anak-anak dia dah tak bagi dia kerja kat Malaysia. Anak-anak dia bisinglah sebab dari kecik kena tinggal.. Nak la merasa bermanja dengan mak sendiri.. Iye la, faham sesangatlah. Budak remaja umur 12-14yo kan fragile. Tambah-tambah anak2 dia dok dengan makcik diorang je sebab makbapak dah divorced kan..

So baliklah Bibik Paridah. But we were on good term la.. Sesekali berbalas SMS. Terutama dialah yang rajin tanya khabar Rayyan Ariff. Memang dia sayang betul dengan Rayyan Ariff.. "Saya selalu ulang-ulang nonton pidio rayyan di henpon kak.." Katanya. 

Bila Bibik Paridah balik, kami decided, that's it. No more maid. So Rayyan Ariff will go to a school, yang together with a day care. Rifa Aleesya pulak, since she was just 2 months old then, my mom akan jaga dia dulu before we decided to send her to the nursery. 

Tapi sekali lagi, perancangan Allah SWT untuk kami lain daripada apa yang kami atur. Back then, Rayyan Ariff selalu sakit. Bila sakit, tak dapat gi school, tak dapat gi nursery. Iye la, macam Rayyan Ariff, bila sakit, memang kena close monitoring lah. So nak letak kat rumah, mana la my mom mampu nak jaga dua-dua orang. End up, satu masa, saya, hubby and my bro gilir-gilir tunggu kat rumah. Tak cuti full day, cuti half day.. Fuhhh.. Memang hectic la.. 

Bila dah banyak-banyak cuti, mana la nak tahan.. Kerja pejabat pun banyak yang tertunggak. Then desperately, we took Bibik Titin in to work with us. Sebab nak cepat and she's the only one yang boleh dapat instantly. Bibik Titin ni kecik je orangnya. Umur 22 tahun tapi physically, macam umur 13-14 tahun je.. Mana-mana pergi, mesti orang tanya, ni anak sedara ke?? Kau mampu?? Hehehehe..

Dia ni kasar sikit la. Even kita dah remind, lembut la sket dengan anak-anak especially Rifa Aleesya yang masih baby. Since dia pun budak lagi, dia punya common sense pun ke laut sket la.. Not capable enough la kata orang Kelantan. The only thing that she's good at is, iron baju.. Perghhhh.. Meletup! Macam baju dobi youuu!!

Dan dia ni pulak, memang sayang betullah dengan Rifa Aleesya. Sebab katanya, dia memang berkehendakkan adik perempuan dari dulu. Rifa Aleesya pun rasi bukan main dengan dia. In fact, her second word after she managed to say Mama was Kakak. Clear ok dia sebut Kakak. Sampai sekarang. Kalau tanya, "Mana Kakak Titin?" Mesti Rifa Aleesya akan tunjuk my handphone sebab saya pernah bukak gambar Titin from my FB kat phone and tunjuk kat dia. ;-)

Baru few months keje, Titin ni balik Surabaya for hari raya. Sekali lagi terkena, dia SMS dari sana kata takmo datang dah. Accident patah tangan katanya. Menipu besar kot! Bila tanya mak dia yang kerja kat Klang, mak dia kata, "Itu Buk, tunangannya enggak kasi datang lagi.. Udah mahu kawen.."

Fine, suka ati la.. 

So, my mom sekali lagi took over jaga Rifa Aleesya and we sent Rayyan Ariff to a nearby daycare. Tapi tak lama. Susah dengan keadaan kesihatan dia yang turun naik dan tuntutan kerja saya yang selalu outstation masa tu. After 1 month plus being maidless and almost running out of annual leave, saya telefon Bibik Paridah mintak dia datang sementara tunggu we get a new maid. 

So, here she is. Taking care of the RAs. Lega hati bila dia ada sebab kita tau dia macamana, tak runsing nak tinggalkan anak-anak kat dia, tak risau nak kena stayback kat office pun. Lega.

And by right we should be getting our new maid by 24th Dec, tapi agent mintak postpone sampi 10th January pulak. Hadoiii la.. 

Bibik Paridah pulak, esok dah nak balik. Tiket dah lama beli since konon-kononnya maid baru sampai on the 24th. Kurang asam betul la agen nehhh. So sementara nak tunggu ke 10hb, my mom akan jaga budak-budak ni dulu for 4 days. And hubby and I kena arrange kan utk to be at home as early as possible la.. Kesian orang tua wehhh..

Hmmm.. Haru sungguh. Since Bibik Paridah nak balik ni, syahdu jugaklah. Iye la, our relationship tu dah expanded from employer-employee to friends (of course, still ada batas la kan).. Kami pun selalu bercerita pasal banyak benda.. So, Ok la..

Dia pun nampak jugak sedih. Dua tiga hari ni, kejap-kejap cium Rayyan Ariff.. Kejap-kejap peluk. Tadi kami gi Carrefour sekejap sebab dia nak beli barang sket. Dalam kereta, dua tiga kali dia cakap, nanti Rayyan suruh mama panggil makcik ke sini lagi ya?? Memang syahdu la dengar. Rifa Aleesya pun sama jadi mangsa peluk cium dia. 

Syahdu and terharu kan? Saya dengan dia gitu la.. Ada love-hate relationship gitu.. Hehehehe..

Dia ada jugak cakap, "Kalau nanti bibiknya enggak tiba tanggal 10, kakak bilanglah sama saya. Nanti saya pujuk anak-anak, biar kerja lagi di sini setahun.."

Memanglah kalau ikut hati nak sangat. Iye la, kita dah kenal hati budi dia. Yang baru kita taktau camne. It's a gamble. Tapi memandangkan duit ribu-ribu dah kat agent, takleh la nak cancel sesuka hati.. Unless kalau 10hb ni tak datang jugak, memang ada reason la utk kami cancel. 

So kita tunggu la nanti macamana. 

Untuk Makcik Paridah, selamat jalan. Ada umur kita jumpa lagi yaa.. Terima kasih. 

Tidur dulu. Esok pagi-pagi dah nak ke airport hantar Bibik Paridah balik. Good nite and Assalamualaikum!

Oh BTW, doakan yea, sesiapa sekalipun yang akan jaga the RAs nanti, biarlah baik dan penyayang orangnya. Ikhlas menyayangi kerana Allah SWT. Aminnnn..

Thursday, January 3, 2013

Tahun 2013, tahun menambah zuriat??

Amboiiii.. Tajuk takbleh blahhh
Hahahahah..

Hari ketiga di tahun 2013. Fuhhhhh.. *Lap peluh*
Start je 2013, memang dah kena hit the road running.. Takde slow motion-slow motion dah. Hectic. Kena spring cleaning files kat office for reporting purposes. Kena rangka program yang sewajarnya for Rayyan Ariff. Kena jugak include Rifa Aleesya in the planning. Kena look out on the bibik and house issue.. Banyak je nih. Camne?

Apa azam 2013?
Paling besar, nak baiki diri. Rohani dan jasmani. Rohani tu, tak payah la elaborate kat sini dak? Dah nama pun antara kita dengan tuhan. Yang penting, kena terus belajar iktikad kerana Allah SWT. Kena belajar.

Part jasmani ni plak, OK, ni standard la.. Nak shred down some (by some, I meant a lot!) KGs of my body weight and nak exercise regularly.

Amboiiii.. Beria. Hahahha.. Jangan hangat-hangat taik ayam sudah. Actually, harap sangat kali ni serius la.. Sebabnya, from hari raya 2012 until now, mek dah gained 8kilos u'olls. Sadissss.. Honestly, ni bukan sebab nak look good ke apa. Tapi more to health issue.. I feel like this is the time that I need to do something and it's time to move on. Umur baru 30, tapi dah rupe 40 agaknya. 

Paling utama, memang tak fit langsung! Bayanglah, jalan sikit turun nak gi kat parking kereta pun dah mengah-mengah. Semput. Dah rupe Ebby Yus dalam Karoot Komedia X dah pun. Rasa macam sangat tak best. Lagi pun, with my current size, hazabun sungguh bagi si lutut yang pernah tercedera masa accident back in uni days nak menampung berat sendiri. Apa lagi nak dukung anak yang makin besar panjang tapi takmo jalan sendiri tu.. So, by tackling this issue, not only I'm improving my health level for myself, also for my family. InsyaAllah.

Tapi I'm taking a slow route for this mission. Takpe la kalau tak loose 12kg in 1 month pun. Coz I want it to be slow and steadily. Still makan nasi tapi cut down the portion and what not la.. Tidak la kata nak hard core diet ke apa. So, tiada SD2 di situ yea. ;-)

Long term target - nak pakai balik baju kebaya saiz S ni.. Hamboiii tak hengat.. Kahhh.. *sila beri support kawan2*

Next thing would be on my children. Mahu rangka lebih progam untuk Rayyan Ariff. Tahun 2012, tak banyak sangat yang saya usahakan untuk dia because it was a tough year for him. Banyak sakit dari sihat. So tahun ni, we'll try to make full use of it and hopefully, this year will be a better year for him and all of us. In Shaa Allah.

Cinta sepenuh jiwa.

OK, untuk azam lain kita sambung in the next entry plak. Kang panjang sangat kang bosan pulak nak baca yea dak?? Oh yea, one thing yang saya notice, tahun 2013 ni tahun menambah anak eh? Ramai kawan-kawan yang tengah pregnant and expecting 2013 babies. Tak kurang, yang tengah mencuba pun ramai. Kawan-kawan saya yang anaknya baya Rifa Aleesya pun dah ramai yang mencuba.. As for us, harap-harap ada rezeki jugalah untuk kami.

Cuma bukan this year la.. Maybe next year or the year after ke.. Sedang elok la sebab Rifa Aleesya pun makin besar. Makin faham bahasa. Boleh tolong jaga Adik. Hehehehe.. Tapi tu lah, itu perancangan kita. Kadang2 apa yang kita nak tak semestinya dapat sebab Allah knows best. So kalau ada, Alhamdulillah.. Kalau takde pun, Alhamdulillah jugak. *Iye, mek masih seriau mengingatkan sakit bersalin dan azab berpantang*.. Hehehehe..

Pelengkap. Keletah Adik ni sangat-sangat la mengusik jiwa. Nak mengulit Adik puas-puas dulu before nak menambah ahli ke apa. ;-)

P/s - Sampai 2 hari baru siap entri ni. Ok, publish hat ni dulu. Next entry sambung lagi nanti pasal azam.. Hehehe