Thursday, May 23, 2013

Al-Fatihah Abah. Wa ilalliqa'..

Hari ke-6 tanpa Abah.. Rindu yang sangat memeritkan. Pasrah atau redha, kedua-duanya masih memeritkan.

Namun rasa syukur yang paling dalam kami panjatkan padaNya. Nafas terakhir abah selembut sutera.. Bagaikan sedang tidur. Bagaikan tiada sakit. Jenazahnya kuning dan tersenyum.. Berseri. Pengurusannya mudah. Alhamdulillah. Setiap yang datang melawat bercerita tentang kebaikan Abah. Tentang sifat pemurah dan suka menolong Abah.

Dalam perit merindu, kiriman doa dari kami tidakkan putus untuk Abah.. In Shaa Allah.

Atuk, Bang Ian rindu.. Selera makan Bang Ian masih tiada. Pergi bersama atuk.. Semoga Bang Ian terus kuat..


Allah SWT said, “I have no reward other than Paradise for my believing servant who is patient when I take away one of his beloved from among his companions of the world.”
Narrated by Abu Huraira (Bukhari)



Al-Fatihah Abah.
Wan Ab Aziz Bin Wan Salleh
20.03.1955 - 18.5.2013.

Ma'assalamah..


Wa ilalliqa'..

Friday, May 17, 2013

Berikan aku lima minit..

Berikan aku lima minit, untuk aku mengerti dan memahami rasa itu. Berikan aku lima puluh tahun lagi, untuk aku mengecap nikmat kasihnya.. Aku, dia, kami.. Menemui maksud kasih sejati..

Pada mulanya, jiwa memberontak kerana rapuhnya iman. Hidup bagaikan terlalu keras untuk anak ini. Sedari alam rahim lagi dia terduga.. Dan kini, sebelum dia tahu mentafsir erti kehidupan, dia teruji lagi dengan kejatuhan insan yang paling menjadi pujaan hatinya. 

Demam dia. insan inilah yang setia menemani. Hilang selera makannya, insan inilah yang mampu memujuknya untuk menjamah makanan.

Besar nilainya. Besar ertinya insan ini untuk dia. 

Aku persoalkan kenapa dia? Kenapa sekarang? Di saat Rayyan Ariff masih memerlukan dia. Di saat Rifa Aleesya mula menuturkan perkataan "Atuk". Di saat aku sendiri masih sangat-sangat memerlukan dia. Aku tenggelam tanpa jawapan. Setelah berteleku dan mengembalikan diri kepada Yang Maha Pencipta, aku temui jawapannya. 

Aku melihat insan ini sebagai abahku, atuk Rayyan Ariff, atuk Rifa Aleesya. Aku terlupa hakikat ketuhanan dan kemanusiaan. Sesiapa pun dia di pandangan mataku, dia tetap hambaNya. Dia tetap milikNya. Noktah. 

Sampai satu tahap, aku redha.

Andai kesembuhan adalah yang terbaik untuknya, maka sembuhkanlah dia demi Allah SWT. Andai sudah tiba ajalnya, semoga dia pergi dengan kalimah syahadah dan nama Allah SWT.. Islam lahirnya, semoga Islam dan iman perginya. 

Aku redha Ya Allah.. Aku sayang dia sepenuh jiwa. Sayang demi Allah SWT. 
Lillahitaala..
Lillahitaala..

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. 

Monday, May 13, 2013

Doakan dia seperti mana kalian doakan Rayyan Ariff..

Biar status FB dan IG berbicara.

Jumaat, 10 May 2013. 4.04pm

Pulang ke kg halaman dalam keadaan yg berbeza dan memilukan. Tiada lagi abah yang kuat dan gagah. Tiada lg abah yg menyambut kami di muka pintu. Tiada lg abah yg sibuk mencari makan itu dan ini utk dijamu ank menantu. Tiada lg atuk yg mendukung cucu-cucu menunjukkan ayam itik. Yang ada cuma ayah yang terlantar kerana serangan strok. Yang susah payah hanya untuk menutur beberapa patah kata. Yang makan dan minumnya perlu bersuap. Namun masih kental bertanya, mana Ian? Mana Rifa? Dah beli egg sandwich utk Ian? Itulah Abah. Semoga kesembuhan milik Abah. Aminnnn..

Sabtu, 11 May 2013. 8.03am


Kwn2, terima kasih di atas doa kalian. Jazakallah.. Update on abah: left side still not so responsive. With some other existing problems inside his body, hopefully he will keep on having the urge to fight. 

Rasa janggal bila Rayyan yg melawat atuk skrg ni.. Dari lahir, atuk yg biasanya setiasa menemani Bang Ian di hospital. Bergegas dari dtg Kota Bharu. Kalau 5 hari di hospital, 5 hari jugalah atuk di hospital. Tak blk rumah lgsg even utk 5min. Pernah, Rayyan tanak mkn. Atuk letak Rayyyan dlm wheelchair, tolak pusing keliling wad. Satu pusingan, sekali suap. Nk habiskan sebungkus roti jagung Gardenia, atuk pusing lebih 40 pusingan.. Atuk yg fully sponsor utk akikah Rayyan. Tiap kali dtg KL, satu beg penuh mangga utk Rayyan n betik utk Rifa. Buah KL x sama dgn buah di Kelantan, kata Atuk. Kalau ada uncles Rayyan nk dtg KL, macam2 atuk kirim. Atuk, Rayyan n Rifa x puas lg diladeni dgn kasih syg Atuk. Cepat sembuh yea. Semoga ciuman bertubi-tubi dr abg Rayyan akan beri sejuta kekuatan utk Atuk. Ya Allah, bila mana hambaMu ini terlalu memuliakan anak syurga kirimanMu ini, muliakanlah darjatnya juga Ya Allah.. Amin.

Sabtu, 11 May 2013. 2.52pm

Alhamdulillah, ramai yang melawat Abah pagi ni. Penuh bilik. Bila Bang Ian smpi, tanpa perlu disuruh, terus dia ke katil Atuk. Salam dan cium. Tiba2 sibuk suruh bg wallet dia. Dgn pandangan yg kabur, Abah ambik duit. Not RM5. "Nanti beli kek utk Rayyan.." Kata Abah pd Adik Jek. 

Dalam nafas tersekat, dalam tutur kata yg pelat kesan strok, Abah ckp pada Rayyan, "Nanti Ian belikan atuk kue teow yea. Pastu beli kek hepi befday. Kek hepi befday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday to Rayyan.. Sumpah! Seisi ruang sebak mendengarkan nyanyian Abah dalam seribu kepayahan! Air mata seorang anak adalah terlalu murah utk sebuah kasih syg terlalu tulus ini.
Abah terlelap keletihan. Kesan sedatif. Rayyan berulang kali menyusur katil Atuk, mencuit2 atuk. Sudahnya, dia kembali duduk kerana tiada tindakbalas dari Atuk. Sebelum pulang, dia mencium atuk bertalu-talu..

Sebentar tadi, sekali lg Abah minta wallet. Setiap not yg dikeluarkan dipandang sedekatnya. Dlm pyh abah berkata, "Ini duit RM100, habiskan beli kek, belon, coklat.. Utk befday Ian. Nnt pggl Irfan, Abg Ja, Kak Da, @hasniahrizal, abg pi, nadiah, kak ni kak wa, jemput semua. Kita blk rumah kejap celebrate birthday Ian. Suruh Abe beli belon."

Subhanallahhh.. Ya Allah, berikanlah kesembuhan pada abah. Panjangkanlah usianya dlm keadaan yang sihat Ya Allah, agar dia dapat terus beribadat kepadaMu Ya Tuhan.. Ya Allah, tolonglah kami Ya Allah. Zat dan kekuasaanMu adalah sebaik-baik pendamping dan penyembuh. Teman-teman, disamping ikhtiar kami, mohon hulurkan doa dan bacaan Yassin utk Abah. Semoga Rayyan Ariff dan Rifa Aleesya akan terus dapat mengecapi nikmat kasih sayang dari insan yg sgt menyayangi mereka ini..

Ahad, 12 May 2013. 8.07am

Selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke-5 Rayyan Ariff.. Alhamdulillah. Semoga ank mama terus membangun. In Shaa Allah. Walau sambutan kali ini cuma di lantai bilik hospital, yg penting, the presence of family. Kita pn dh tunaikan hajat Atuk. Kek, belon, coklat dan sate, seperti yg Atul minta. Son, my wish for you this time, is not for you to talk or walk, I wish that your Atuk will recover in full. I know you want the same thing. Syafakallah Atuk..

Isnin, 13 May 2013. 2.28am

Abah as of today. He's on feeding tube and oxygen support. We got him transferred from KBMC to HUSM for better treatments and facilities. We requested for Executive Ward so that he can rest better, but the Dr told us that it is not advisable for him to be isolated in his own room given the seriousness of his condition. They can monitor him better if he's placed at the ordinary ward. Pretty sad to hear that since his hearings is very sensitive and he's very alert. Hopefully Abah could get some sleep even though it's quite noisy there so that his BP wont shoot high up again.

Rayyan is missing his Atuk badly. Mana2 org tua lelaki yg datang, dia akan pergi mintak dukung. Rindu. Subhanallah. Allahuakbar. Abah told us, dia akan pulih utk Rayyan. Dia akan blk dukung Rayyan. Abah is so strong and positive and we will continue to be that way too. If he's willing to fight, we're more than happy to fight this battle with him. Please keep us in your Du'a friends. Tq

Tolong, doakan Abah seperti mana kalian sering mendoakan Rayyan Ariff. Tipu kalau saya katakan saya sudah puas merasai kasih sayang Abah. Tapi kali ini, saya memohon kesembuhan ini untuk Rayyan Ariff dan Rifa Aleesya. Mereka terlalu mentah untuk kehilangan kasih setulus ini.. 

Ya Allah, kasihani kami Ya Rahman, Ya Rahim..

Thursday, May 9, 2013

Putera dari syurga..

It has been a while since my last post @KKK. Honestly, I’m a bit emotionally unstable since the past 2 weeks. Blame it on PMS, pleaseee.. Hehehe..


This boy will be 5yo this Sunday and it bothers me that some of my targets for him seem so impossible to be achieved (by Sunday, of course!). I was frustrated because of it. It feels like I haven’t done enough as a mother. I keep on praying for strength and miracle. I keep on praying for him.

Bila Allah SWT masih belum kabulkan doa kita, Dia masih mahu menduga. Alhamdulillah, kami terpilih untuk diuji. Alhamdulillah, besarnya pandangan Dia pada kami sehingga kami terpilih.

I love this boy so much. Lillahi Ta’ala. Sayang demi Allah. Indescribable. Unconditional. We share a strong feeling for each other; it could be chemistry between a mother and her firstborn.

When I’m worry or sad, he always know how to calm me down.

This morning, I held his hand softly while I was driving, as an effort to find the peace and strength that I was looking for. I forgot to salam and wave goodbye to him after he got down from the car. I was not looking at him. My mind was everywhere, except with him. The moment I lifted my head up, I saw my pretty baby boy was happily smiling at me, his right hand was moving to the left and right, “waving goodbye” to me. He stopped for a while and gave me flying kisses. One after another. Both his teacher and I were in awed looking at his voluntary flying kisses. Usually, I would be the one who initiate the waving and flying kisses and he will follow suit.

I smiled and started waving my hands back to him, and gave him flying kisses as well. There and then, I regained my strength. He is so beautiful inside out. Every sweat and teardrop that we shed for him is so worth it. I know that he has so much to offer and that I just need to continue doing my part; being a mother!

Terima kasih tuhan, untuk seorang putera dari syurga!