Tuesday, August 20, 2013

Eid Ul-Fitr 1434H

Honestly, tahun ni Aidil Fitri yang paling suram aku rasakan. Paling kasihan..
 
Tahun-tahun lepas, nasi dagang 2 gantang belum malam dah licin. Lauk pauk dengan ayamnya, ikannya, udang galah etc memang seronoklah. Tahun ni buat half. Segantang. Just in case org datang tak best pulak kalau takde makanan berat.
 
 
Tapi itu la, rumah takde orang tua ni lain sikit. Even Mami still around, tapi Abah ni memang tonggak utama. Penuh kawan-kawan & kaum kerabat dia je biasanya. Biasanya, kecoh rumah dengar Abah gesa kitorang buat tu buat ni.. "Kak, tambah buat air..", "Kak, tambah gulai ayam..", "Kak, telur rebus dah habis.." Kalaulah aku tahu tahun lepas adalah raya terakhir dapat dengar Abah suruh buat itu ini, suruhlah Abah. Suruh banyak-banyak. Tak payah suruh adik-beradik lain. Suruh Kak sorang. Kak nak dengar Abah panggil Kak banyak-banyak kali..
 
Nak buat macamana, redhalah jiwa. =)
 
OK. Cerita raya bermula dengan salam raya dengan family in-laws kat Rawang. Tapi gamba dalam digicam la pulak. Kabel ntah mana. Card reader pun tak jumpa. So gambar dalam phone je la eh..
 
 
Nampak ceria? Iye la.. Takkan nak nangis meraung.. *sigh*

Incomplete. Takde warna sedondon pun. Kira semua tangkap muat. =(

Mini me and mini Wanie. =)

The four of us.. Abang Rayyan kita ni dah nampak tinggi sangat kan?? ;-)
 
Hari raya 1st tu, bila rumah kosong je terus snapped photos and bersalaman. Tengahari gi rumah mak sepupu n mak sedara En.Hubby sekejap, pastu balik. Siap boleh bantai tido dengan Bang Ian.. Betapa relaks kan? Kalau dulu, nak duduk pun tak sempat..
 
Bangun je, siap-siap then ke rumah my aunties. Dapat dua rumah je pun. Jadi la..

Uncle n Dik Sya

Uncle, Bang Ian n Dik Sya.. Bang Ian tu takut tu.. First time tgk bunga api.
 
Raya second mulanya taknak buat apa-apa, sebab takut takde orang datang. Nanti membazir makanan. Turned out, ramai jugak yang datang. Terus sinsing lengan buat spaghetti bolognese n carbonara. Mami pulak goreng bihun.. Alhamdulillah, licin kot.. Tahan sampai ke petang.. Tu pun last family dapat sket je..
 
At first kami just lepak rumah, petang2 sket gi rumah jiran-jiran. Around 4pm gi rumah nenek sedara. Makan-makan, before maghrib dah balik rumah. Malamnya just mengemas je coz esoknya pukul 6am dah nak gerak balik KL. 


Saturday, August 17, 2013

Cerita terakhir sebelum hari raya..

Sambung lagi cerita Ramadhan.

Sepatutnya gerak balik ke KB hari Sabtu malam or Ahad pagi, tapi delay sehari sebab Bang Ian kita tak sihat. Taktau la kenapa, kaki sejuk sangat.. Badan lesu.. Tapi tak demam. Kata bibik, since balik sekolah hari Jumaatnya tu..

Tapi dengar la dia terbatuk-batuk bila pagi.. Mula starts dgn Rayyan Ariff tak sihat before this episode. Singgah sekejap kat Rifa Aleesya. Then the 2 dah OK, kena kat bibik. Bibik tak baik-baik. Bila tanya makan ubat tak? Makan katanya. Nak bawak gi klinik dok ngelak taknak katanya. Dah dia tak sihat and she was taking care of the kids, kena la balik kat Rayyan Ariff..

Tak berdaya..

Kaki putih kekuningan. Kalau pegang, sejuk gila! Pakaikan stokin dia bukak..

Since Rayyan Ariff tak sihat, terus cancel OT and Physio kat spital then shoot ke Pusat Stimulatherapy Klang. Pagi2 dah sampai sebab kalau boleh nak buat more than one session. Alhamdulillah, dapat dua sessions. By 4pm smpi rumah, siap-siap dan terus gerak ke Rawang. Buka puasa dan beraya.

Budak ni rasi dengan stimula, kena dua rounds terus boleh duduk!

Kat Rawang pun dia melasak bukan main! Merangkak laju-laju, berdiri main bukak tutup suis lampu.. Alhamdulillah.. Lega sangat bila anak dah OK..

Org lain yang bawak anak gi stimula, org lain yang terbongkang penat. Hat pompuan tu memang la.. Dah kerja dia melasak jer..

Esoknya, kami buat lagi another 3 sessions of stimulatherapy.. Nak make sure Rayyan Ariff betul2 sihat.. Kiranya, kami la yang tutup klinik Mak Ija before diorg cuti raya.. Hehehe..

Hat ni tukang buat kecoh kat klinik Mak Ija.. Lasak sungguh..

Malamnya, lepas berbuka sempoi dengan tapau burger jer, kami terus gerak balik Kota Bharu. Jam 230am sampai di teratak ayahbonda..

Wajah sugul Bang Ian. Kalau biasa, dialah yang paling happy bila Atuk sambut dia dimuka pintu.. Mungkin Rayyan Ariff sedih dan tertanya ke mana perginya Atuk?? Kenapa Atuk taknak jumpa Ian.. :-(

Atuk bukan sahaja bawak pergi kasih yang epik, Atuk bawa bersama ceria Rayyan Ariff.. 

Begitulah kisah sebelum Aidil Fitri kami. Hmm.. Tentang Aidil Fitri pun tidaklah banyak mana kisahnya. Sambung lagi nanti..


Wednesday, August 14, 2013

Sambung cerita Ramadhan dulu..

Lambat eh? Ha'ah. Takpelah, kira throwback. Sambung cerita main masak-masak. 

20 Ramadhan, x snap gambar pun. Susah sket sebab berebut dengan budak umo setahun 9 bulan tu.. Sket2 nak hanphone, pantang tengok. Nanti la, kita cari tab seketul.. Hat lama semua dah jahanam.. Tapi suka jugak la dengar dia sebut words ikut flashcards apps tu.. Comel jerr.. =)

Menu berbuka 20 Ramadhan. Bosan makan nasi campur, buat nasi goreng dan steamboat. Sos merah dan hitam main google n alter sendiri. Not bad at all. Balik kampung buat lagi skali kononnya, tapi hampehhh.. Satu termasin, satu termasam.. Kahhhh.. Failed! Baru nak tunjuk skill katanya.. >_<

21 Ramadhan berbuka sorang-sorang. En.Hubby berbuka kat luar dengan geng remisiers. Sempoi punya pasal, repeat chicken chop, coleslaw, wedges and fries. Alhamdulillah, kenyang tak hengat.. =)

22 Ramadhan, fridge clearance. Sabtu dah tak berbuka kat rumah dah katanya. Lala goreng cili, ikan goreng kicap, udang goreng kunyit, tomyam kaki ayam, telur goreng tomato, ulam dan budu.

23 Ramadhan, fridge clearance day 2. Ikan goreng kicap on repeat sebab Cik Rifa Aleesya kita suka bukan main masa buat a day before. Ayam masak merah, lala goreng cili semalam punya, rendang kerang, sotong goreng tepung dan ulam-ulaman. Makan sampai lebam.

24 Ramadhan dah hari Sabtu, berbuka rumah PIL. Salam-salam raya, hantar bibik kat rumah kakak dia di Keramat sebab flight balik Indon dia hari Selasa then balik Ampang. Sampai je, kemas-kemas rumah dan baju. 

25 Ramadhan aka hari Ahad, bawak Rayyan Ariff yang tak sihat pergi stimulatherapy kat Port Klang, dapat intensive 3 kali, terus melasak dari terjelepek takleh bangun before that. Alhamdulillah, nak balik kampung pun hati senang bila anak sihat.. Untuk berbuka, just tapau burger je. Lepas solat Maghrib, terus gerak balik kampung. 

So kat kampung, takde dahlah aktiviti ketuk-ketuk, campak-campak Ramadhan.. Semua pakai beli, semua pakai hentam kromo.. ;-)

Nanti kita sambung cerita pre-raya, raya dan post-raya. =) 

Friday, August 2, 2013

Putera mama yang hebat dengan izinNya..

Update laju-laju menunaikan janji untuk yang bertanya.

Apa perkembangan terkini Abang Rayyan Ariff kita?? Secara pukalnya, these would be it:

Fizikal:
- Balancing is improving. Taklah kata out terus macam sebelum ni. Berdiri senget2 n nak tumbang aje
- Dah berani take steps without anyone holding him. Baru 3,4 langkah je pun. And it is still pretty clumsy steps. Tapi better than nothing la kan? Before this, jenuh kot paksa.. Sampai sudah member taknak!
- Badan makin berisi. Geram tengok paha and dada dia.. Dah la putih, jenuh cium.. Hehehe..
- Badan makin tegap.
Alhamdulillah

Gambar recycle. Jarak between Mama and Bibik adalah 6 kaki. So, itulah jauh langkahan yang mampu Rayyan Ariff buat for the time being..

Emosi / intelligence:
- At first, after a few intensive treatments etc, Rayyan Ariff jadi lebih agresif. Aggresive in the sense that, kita tak bagi apa yang dia nak e.g. remote TV, ditendangnya kita! Mula-mula ingat nak complaint kat Mak Ija dia dah. Tapi tak jadi, sebab the next day, dia dah pandai control! Bila kita ambik remote dia, nampak la muka geram. Tapi dia cuma sengih-sengih je n tak melawan.. Siap buat gaya geram..  ;-)

- Last bawak ke shopping mall dah lama sangat kot. Masa kat Bandung hari tu la.. Tu pun sebab ramai yang boleh main passing-passing. Sebab tantrum dia bila kat mall tu bleh bikin nawaitu nak shopping tu terbang melayang. Tapi last Saturday, we brought him to JJ Maluri. Gamble je bawak si Rayyan Ariff dan Rifa Aleesya berdua laki bini. Dengan takde stroller nya. Alhamdulillah, he behaved so well! Memang 2 thumbs up la! Kita suruh dia jalan, dia jalan.. Bila penat dia mintak dukung, kita dukung.. Bila kita penat dukung dia and suh jalan, dia jalanlah. Part paling best, naik escalator relax jer. Before this, haa.. Jangan la nampak escalator depan mata. Nak naik takmo turun wehhh!! Stress maknya dok ulang alik turun naik. Memang tak jadi la shopping mopping dengan dia. Ni relax jer.. Dari floor atas, turun 2 floors with escalator, member senyummmm jer..

- Physiotherapist and occupational therapist bagi some comments. He's very good nowadays. Panggil sekali je, terus datang buat aktiviti. Tak payah suruh-suruh pun. Kalau before this, panggil banyak kali pun blur-blur. Dah tu kena ajar satu-satu. Pastu attention span pun improved. ABC puzzle tu dia boleh match sendiri from A-X. Tinggal Y n Z je lagi kena tolong sebab dah bosan. Kalau sebelum ni, all the way kena tolong.   

Bukti emosi dah stabil sikit. Boleh la tolerate Adik kat sebelah sket-sket. Tidak kalu, cepatttt jer tangan tu cepuk Adik!

Apa rawatan yang kami buat?
As usual, Fisioterapi, Occupational therapy and Speech therapy masih diteruskan. Tak tinggallah kecuali ada hal-hal yang sangat tak dapat dielakkan. Kat rumah pun buat jugak exercise. Setakat terdaya. Main-main dengan dia, cam biasalah..

The new treatment yang kitorang try adalah stimulaterapi. Stimulaterapi ni pakai cara urutan. Accupressure. Konsep sama dengan akupuntur rasanya, tapi dia guna teknik tekanan tangan. Dia target point-point saraf etc pada badan, dan bagi tekanan untuk stimulation purposes. Google je, In Shaa Allah ada information on stimulatherapy ni.

Teknik ni bukan untuk anak-anak istimewa jer, boleh juga untuk rawat penyakit-penyakit lain seperti resdung, buasir, lumpuh due to stroke, rawatan minda untuk bagi anak lebih fokus belajar etc.. Tinggal lagi, yakin dengan tidak jer.. ;-)

Hari yang Rayyan Ariff collapsed due to fever and fits tu, kitorang kan buat semi-intensive for almost a week, memang nampaklah major improvement on him. Macam a brand new Rayyan Ariff. Hat kat atas tu lah dia punya improvements.

Treatment ni kami mula cuba since April. Tapi stopped for a while masa Abah sakit and passed away. Kumpul kekuatan untuk meneruskan perjuangan etc, bulan Jun baru kami mula balik. Alhamdulillah, come July, kitorang dah nampak result dia.

Now, Rayyan Ariff seems to be struggling with sakit kepala pulak. In Shaa Alah, lepas raya ni, kalau ada kesempatan dan rezeki, kami akan cari ruang untuk dia buat rawatan intensif lagi. ;-)

Kak Ija dari Pusat Rawatan Stimulaterapi Klang. Tempat dia jauh nun di kampung Sungai Sireh, Port Klang. Tapi dalam ikhtiar merawat kesakitan dan pemulihan, hujung dunia pun kita sanggup terjah dak??

Kalau sesiapa yang berminat, boleh tengok kat FB. Cari je page Pusat Rawatan Stimulaterapi Klang, boleh contact Kak Ija kat situ. And jalan nak gi tu macam a bit complicated sket sebab kawasan kampung kan, masuk ke dalam gitu.. Tapi boleh je guna waze.

Kalau nak gi jugak and tak confident takut tak jumpa, just email me at freaky_gurlz@yahoo.com. Boleh kita konvoi sama-sama. Janji jumpa kat mana-mana. In Shaa Allah rutin kami ke sana kebiasaannya tiga kali seminggu.

In Shaa Allah. Kita cuba, kita usaha. Kalau ada rezeki kita, Allah SWT izinkan, adalah. Kalau tak rasi, banyak lagi rawatan alternatif yang kita boleh cuba. Yang penting, istiqamah dan yakin dengan janji tuhan.. ;-)

And the most important thing, to me, stimulatherapy ni bagaikan merawat.. Betulkan masalah dalaman dan stimulasi pada saraf etc. So apart from this, kita still jugak kena bagi input untuk anak-anak istimewa kita. Ajar dan latih perkara-perkara yang sepatutnya seperti yang di ajar masa sesi terapi pertuturan, terapi carakerja dan fisioterapi. I truly believe that repetitions is the integral component in helping a special needs child to develop. 

Selamat balik kampung ya'all!! ;-) 

Thursday, August 1, 2013

Lagu jiwa, lagu cinta..

Syukur Alhamdulillah, untuk dua jiwa yang membahagiakan..
;-)