Wednesday, July 23, 2014

Ramadhan 2014 dan persediaan menyambut Syawal.

Tiap kali tibanya Ramadhan, aku cuba menolak diri untuk memenuhkan penghayatan pada bulan kerahmatan ini. Tapi itulah kan, khilaf menjadi manusia ni lain pesennnya dak? Sebelum janji lain, selepasnya jadi lain. Hekhek.
 
Bab tinggal puasa, tahun ni memang champion. Masa pregnant, masa menyusu memang tak tinggallah. Memang dah jenis aku, malas nak beremeh-remeh ni. Selagi boleh tahan, hayun la puasa. Tapi tahun ni, haaa ambikkk.. Todate dah 14 hari! Nak menanti ke hari Isnin sementara nak raya ni, tatau la ada lagi ke tak yang bocor.
 
Mak kena gastrik, nyah! Pestaim kena di kala umur menginjak ke angka 31 tahun dan 9 bulan ni. Subhanallah. Sakitnya tak terperi. Tahap nak tegak badan pun tak boleh. Bila datang sakitnya tu, memang tahap sakit sampai genggam je apa yang ada berdekatan. Dah rupa org tengah tahan contraction nak beranak pun ada. Tuhan nak sudi-sudikan la tu.. Ikut hati nak gagahkan jugak puasa, tapi kang makin sakit kang.. Cemana? Semata-mata takmo ganti puasa. Padahal dah sah-sah sakit tu pun hak Allah SWT jugak.
 
Bukan apa, bila tak puasa di bulan puasa, kurang kick di situ. Hekhek. Tapi Alhamdulillah, berjayalah masak untuk suami dan anak-anak almost setiap hari. Satu hari je gi makan kat luar sebab bawak mami before dia balik Kelantan. Ni first time mami puasa kat KL, memang nampak la gelisahnya.. 
 
Persiapan raya? Alhamdulillah dah buat siap-siap lama dah before outstation ke Kota Bharu for 2 weeks ari tu.
 
Bulan 4 dah beli baju siap-siap. Yang tinggal just kasut, sampin, tudung dan benda-benda kecik yang lain.
 
Masa beli baju siap-siap ni, my mom bising. Katanya design baru-baru tak keluar lagi. Rugilah beli awal-awal. Hehehe.. Kita ni bukan semedang ada masa lapang, so selagi boleh, pulun je bila-bila ada masa. Lagi pun, for me tak kisah pun design or pattern tu tak baru pun. Mak bukan retis nyah nak glem glem raya. Apa-apa yang available sajork kekdahnya.
 
Honestly, aku tak teruja mana pun bab nak raya ni. Bukan sebab tahun ni raya kat Rawang dulu ke apa. Tak langsung. Tapi sebab hati tu masih perit mengenangkan abah. Kata orang, time will heal.. Tapi makin lama masa berjalan, makin menebal rasa rindu. Sebab makin jauh waktu bergerak, makin lama jugaklah kita tak dengar suara orang yang dirindu, tak tengok wajah orang yang kita sayang. Sigh. Semoga syurga tanpa hisab milik abah.
 
Serious langsung tak excited. Until last week.
 
Salah seorang pengunjung di Pusat Kesihatan Stimulaterapi Al-Muqmin Shah Alam menegur kami, "Oh baru boleh berjalan. Mesti mamanya happy sangatlah nak raya ni.. Maklumlah kali pertama raya boleh jalan sendiri.."
 
Subhanallah. Betapa aku dok fokus benda yang takde, aku lupa nak raikan orang yang ada di depan mata. Esok lusanya tu, terus ajak encik suami belikan sampin and kopiah budak hensem lagi bijak dan baik hati si Rayyan Ariff.

Alhamdulillah untuk kurniaanMu ya Allah.

Tahun 2010, kali pertama Rayyan Ariff mampu berdiri.. Walau dengan bantuan, namun sudah mengundang syukur yang teramat dalam. Aku suarakan dalam nada bersahaja tentang keinginan aku untuk melihat anak bujangku bersampin di hari raya. Tapi aku matikan inginku dengan alasan, "Tak cantiklah pakai sampin kalau duduk je. Kalau berjalan baru elok. Tak payah belilah."

Little that I know, petangnya abah ajak keluar. "Jom Ian, kita gi beli sampin. Atuk belanja.." Begitulah sayang abah pada Rayyan. Dia raikan setiap sesuatu tentang Rayyan Ariff. Pada dia, Rayyan Ariff berhak menikmati segalanya seperti orang lain.

Al-Fatihah Abah.

Biasanya aku hanya sediakan sepasang baju melayu buat Rayyan Ariff. Berbaju sedondon warna hanya untuk hari raya pertama. Tahun ni, buat julung kalinya, aku sediakan dua pasang baju sedondon. Baju hijau ini untuk dipakai pada hari raya pertama dan sepasang lagi untuk dipakai pada hari raya kedua. Baju kedua memang consider last minute plan. Semalam baru beli untuk Rayyan Ariff, Rifa Aleesya dan ayahnya sekali.

Sajalah memberi peluang buat nenek di Kota Bharu melihat tampannya hero cilik ini melangkah dengan berbaju melayu lengkap bersampin. Bila aku maklumkan pada neneknya melalui telefon, nada suara nenek kedengaran ceria sambil berkata, "Kalau ada Tok, Tok la yang paling happy.."

Biskut raya etc pun dah settle untuk 3 buah rumah. Tinggal lagi nak keje for another 2 days, then bercuti-cuti rayalah kita. Ok la, Kalau tak sempat nak ada entri lain before raya, I would like to take this opportunity to wish Selamat Hari Raya to everyone. Salam kosong-kosong and have a safe balik kampung journey!

Till then. Assalamualaikum.

Friday, July 18, 2014

Berdoa. Allah SWT maha mendengar..

#Pray4MH17
#Pray4Gaza

Dunia makin tua.
Bila perang dan kuasa yang menjadi junjungan hati.
Wallahualam.

Google image : dikatakan ditembak jatuh kerana disangka Rusia Presedential Plane

Google image : Zionis memulakan serangan darat ke atas Gaza setelah serangan udara.
 
Semoga kita dan dunia tidak terus terleka. 

Thursday, July 10, 2014

Selfie-Plus-Two

Shot paling perfect kekdahnya. Tunggulah depa besor nanti.. Baru chantek hagaknya. Hekhek

Tuesday, July 8, 2014

Rahmat Ramadhan

Our very first therapy session with Sarjit started in 2009 when Rayyan was 11 months old. Since then, it has becoming our Saturday routines, until the last 3 days.
 
When Sarjit gave Rayyan Ariff and Rifa Aleesya cute little teddy bears and said, "I no longer need to see him this often. He's walking and getting better at it. Keep on practicing and doing whatever exercise that you usually do at home.." I felt lost for a while. It really took me back to those early days of physiotherapy.
 
 
We came with no head control, no weight bearing and a very low muscles tone. We came with a very weak child who could barely lift his head and hold it straight. And it actually took 3 years to make him crawl. Slowly and steadily, we had came so far with Sarjit being a huge part of it.
 
From a patient-therapist, we evolved to become friends and talked about everything. She came to visit Rayyan Ariff a few times when he was admitted, we bought cakes for her birthdays, we called each other just to say hi and so on. Things that friends do.
 
Honestly, I find it hard to finally stop our Saturday routines of seeing Sarjit after more than 5 years of doing so. But I know, there are other kids who need a session with good and well experienced therapist like Sarjit. And now, Rayyan's slot is available for take up. Hopefully there will be other kids who will benefit from the session like Rayyan Ariff did.
 
And for us, we will continue our journey with more stimulatherapy, craniosacral, occupational and speech therapy. Please keep us in your prayers, friends. May Allat SWT continue to give us the strength and monetary abilities needed, to ease our journey towards recovery. Ameen.
 
#prayforRayyan
#goodhearingsforRayyan
#speechforRayyan
#goodhealthforRayyan