Tersedar dari tidur jam 120am. Betul-betul jet-lagged. Menyampah pun ada. Heheheh.. Sebab yang lepas-lepas travel ke US apa semua, elok aje baliknya intact. Takde pun nak ber jet-lagged bagai. Siap terus masuk kerja pun ha.. Saja nak menguji ni.. Hihihi..
.
Saya dan suami baru balik from Lavender harvest di Provence, France. Again, free trip from Young Living. Yang bestnya, saya dapat bawak 7 leaders di bawah saya sebab saya menang contest Race2Diamond, of which saya berjaya ranking up daripada Platinum (group sales USD100K per month) ke Diamond (group sales of USD250K per month) dalam masa 6 bulan. So saya bawak leaders saya yang sama2 dedicated menyumbang kepada kejayaan kami.. Ewah, skema ayat. Phuih la.. Hehek.
.
Banyak aktiviti yang kami buat sepanjang di Provence. Selain ke ladang Lavender dan ladang gandum Einkorn, kami juga dibawa ke Simiane Le Ratonde, sebuah istana lama yang mana di dalamnya terdapat kedai Young Living dan menikmati pemandangan sekitar kampung di tempat yang sama.
.
MasyaAllah, super duper cantik..
Batalion saya.. Hehek. Orang-orang kuat group saya, Touch of Oils
Menuai Wild Lavender. Lavender liar yang tumbuh di lereng-lereng bukit..
Leaders di bawah rangkaian saya - Munirah (Diamond), Anne (Silver), Afzan (Platinum), Kak Jiey lah tu, Alyyani (Silver), Nurul Oily Jolly Dolly (Platinum) dan Watie OilyLicious (Diamond)
We have an Oil for that! - Kugiran baru terhangat di pasaran.
Ladang Einkorn.
Dinner menghadap ladang lavender mini di hadapan hotel pada malam terakhir kami di Provence.
Di sana musim panas sekarang, jadi siangnya lebih panjang. Jam 8pm matahari masih kelihatan..
Habis sahaja aktiviti kami di Provence yang berlangsung selama 4 hari, kami dibawa bersiar-siar di sekitar bandar Marseille, France. Oh di sana sedang sales. Saya sendiri tak melepaskan peluang membeli sepasang kasut Adidas Superstar high cut dengan harga hanya RM200. Hehek, kalau di Adidas Wangsa Walk, harganya RM430. Separuh harga..
Di Marseille, France. Anginnya sangat kuat. Lebih 50km/j. Mahu berdiri tegak pun susah.. Bagai ditolak-tolak.
Crazy us at Monuments Aux Morts de I'Armee de'Orient et Des terres lontaines. Angin kuat terbang-terbang tudung. yang pakai skirt pendek memang nasib la..
Dari Marseille France, kami menyambung jelajah ke kota London. Gambar di hadapan Ritz Hotel yang tersohor..
Eye on London
Di atas London Bridge
Kata suami, tak London kalau tak bergambar di pondok telefon merah ni..
Sejenis gigih mencari jersey.
Balik dengan senyum..
Dua malam di London, kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya, Venice Italy. Sumpah, cantik gila.. Saya lebih gemarkan kota lama ini berbanding London yang hiruk pikuk dan sibuk. Bandar yang dibina di atas pulau kecil dan dikelilingi air, itulah indahnya Venice.
Tengok burung merpati pun rasa teruja.. heheheh.. Jinak kan..
Oh i'm just in love with the masks here.. Seperti ada jiwa, penuh kesenian. Nak beli takut, ambil gambar sebagai kenangan sahaja la..
Dah sampai Venice, ralat pula kalau tak naik gondola. Walau harganya mahal, pejamkan mata sahaja. Ntah bila lagi mahu kembali ke Venice. Selain gondola, boleh juga memilih water taxi atau water bus, tapi tak dapat la masuk ke celah2 bangunan seperti gondola..
Rialto Bridge di belakang kami. Di sini boleh dapat banyak fridge magnet yang murah2. Kurang drpd 1 Euro sebiji.
Rumah yang nampak balcony yang agak mewah 2 tingkat itu, adalah kediaman Marco Polo 800 tahun dahulu..
House of Opera
Piazza St Marco ataupun St Mark's Square. Sumpah binaannya cantik,, Ukirannya penuh kesenian.
Perhatikan ketelitian ukiran pada gereja lama ini.. Hebat sungguh seni orang-orang lama yang kononnya wujud sedari kurun ke 9 ini..
Dari Venice, kami ke destinasi terkahir kami di Paris, France. Oh saya masih sukakan Veinice berbanding Paris.
Menikmati matahari terbenam di kota Paris.
Acting silly di sekitar kota Paris. Hehehehe
Passage Du Havre, salah satu shopping mall di Paris. Walaupun summer siangnya panjang, kedainya tetaplah tutup jam 830pm. Work life balance untuk mereka mungkin.
Galeries Lafayette ataupun Pavillion lah kalau di KL. Hehek.
Kalau ditanya, tidak terlintas di minda saya untuk tiba ke destinasi-destinasi di atas. Kebiasaanya kami, hidup sederhana dan berlebih wang ringgit kepada perbelanjaan anak-anak terutamanya Rayyan Ariff yang bukan sedikit. Sebelum bersama Young Living, Bandung, Jakarta dan Bali adalah tempat paling jauh saya pernah menjejakkan kaki. Bagaikan mimpi untuk saya sampai ke tahap ini..
Walau dasarnya saya bukanlah seorang yang suka berjalan, tapi apa salahnya kan kalau sudah ada peluangnya? Hehehe.. Alhamdulillah, rezeki Allah SWT yang dihantar melalui Rayyan Ariff. Alangkah indshnya kalau anak-anak ada bersama. InSyaAllah bila abang Rayyan lebih kuat untuk berjalan jauh. Suatu masa nanti.
Terima kasih Young Living.
Paling utama, Syukur Ya Allah.
I am a proud Young Living Diamond Leader!