Wednesday, April 15, 2009

Gelora di hati..

Mata sudah terasa berat. Tiada niat untuk menulis. Tapi ada yang mahu diluahkan. Ada yang mahu dikongsi. Dari malam semalam, hati tidak keruan. Kerana ada sedikit rasa kecewa menyebabkan tiada keinginan untuk menulis atau membalas komen. Entry sebelum ini hanyalah scheduled post.
.
Semalam, beberapa kali saya cuba melakukan senaman-senaman yang diajar di sesi fisioterapi yang lalu pada Ian. Semalam juga, tiada kerjasama dari Ian. Beberapa kali dia menjatuhkan kepalanya dengan sengaja. Sambil ketawa.
.
Mungkin dia hanya ingin bermain dengan mamanya. Benar-benar bermain. Bukannya melakukan rutin-rutin fisioterapi yang memenatkan. Saya betul-betul kecewa. Ada rasa putus asa di situ. Masa saya dengannya cukup terhad. Saya mahu dia faham. Biar dia seperti saya, memanfaatkan segala waktu yang ada dengan sesuatu yang dapat membantu 'masa hadapan'nya.
.
Sukar untuk membuat dia faham. Dia hanya seorang bayi yang tidak mengerti kegelisahan seorang ibu. Dia hanya mahu melakukan rutin-rutin yang dilakukan bayi-bayi lain. Terlalu 'keras' kah saya dengan anak saya? Saya bukan zalim. 'Kekerasan' saya hari ini kerana mahu melihat dia berdiri sebaris dengan anak-anak lain pada masa akan datang. Saya tidak mahu dia disisihkan.
.
Membaca coretan terkini dari Puteri Nuur, membuatkan hati saya tergerak untuk menulis. Secara sengaja atau pun tidak, perasaan 'tersisih' akan datang tanpa diundang. Mungkin hanya mereka yang berada di posisi yang sama dengan kami yang lebih memahami. Senang untuk melemparkan kata-kata, membuat pelbagai andaian, namun sesungguhnya, ia tidak mudah untuk berada di dalam situasi ini.
.
Membesarkan seorang anak sudah cukup susah. Apa lagi seorang anak istimewa. Tahu apa rasanya? Lebih hebat dari rollercoaster ride! Debaran sudah menjadi kelaziman. Kalau hari ini kami diberi harapan, selang beberapa ketika, berita yang kurang enak mungkin menyusul. .
.
Sebagai contohnya, Ian sendiri.. Yang dikatakan hanya akan lahir, namun tidak mungkin akan hidup. Ada kekecewaan di situ. Ada juga harapan. Tapi apabila melihat semangat juangnya, harapan semakin menggunung. Elok sahaja 'gembira' hadir, duka menyelit.. Pembedahan pertama di kepala tidak berjaya. Teruskan hingga 'ia' sesuai.
.
Sesudah itu, Ian dikatakan tidak dapat melihat dan mendengar pula. Kami belajar untuk menerima. Tapi kembali disogokkan dengan harapan. Beri masa sel otaknya untuk berkembang. InsyaAllah dia akan dapat melihat dan mendengar.
.
Apabila disahkan Ian bisa melihat, kami gembira. Tapi sekali lagi terdiam kerana dia mungkin memerlukan pembedahan pada matanya agar tidak mengganggu penglihatannya pada masa hadapan. Agak mengecewakan.
.
Telinga? Kata doktor, dia mungkin bisa mendengar kerana apabila 'bercakap', dia mampu mengawal nadanya. Hati berbunga riang. Harapan kembali menggunung. Tapi sekali lagi, ia memeritkan apabila ujian demi ujian yang dilakukan, tidak membuktikan dia bisa mendengar. Apa rasa hati kami? Setiap kali azan berkumandang, hanya mampu berkata, "Duhai anak, indah sekali laungan azan yang memuji Allah SWT. Kami benar-benar berharap kamu bisa mendengarnya." Dan biarlah, andai hanya sebelah telinga buat masa ini.
.
Ini hanya cebisan dari apa yang kami lalui. Banyak lagi 'kemungkinan' yang diletakkan di hadapan kami. Penat untuk menghuraikan di sini kerana dalam jangkamasa tidak sampai setahun, terlalu banyak turun dan naiknya. Tiada siapa yang mahu jalan ini melainkan orang yang tidak waras. Tapi kami insan-insan yang terpilih, hanya pejamkan mata dan terus berjalan di atas landasan yang telah ditetapkanNya.
.
Kalau dikatakan menggunakan anak istimewa sebagai alasan untuk mengambil cuti, itu terlalu cetek pemikirannya. Kalau diberi pilihan sama ada mahu 'kemudahan' mengambil cuti atau anak yang normal, tentu sekali kami memilih pilihan kedua. Cuti dari kerja tidak bermakna kami 'berehat'. Berada di hospital seharian amat memenatkan.
.
Kalau anda di hospital, menunggu giliran untuk suntikan imunisasi sudah memenatkan, cuba bayangkan 'kepenatan' kami, cuba bayangkan 'kebosanan' Ian. Setiap inci badan Ian sudah tepu disentuh oleh pelbagai pakar. Pediatrician, neurosurgeon, neurologist, ophthalmologist, pakar ENT dan segala jenis therapy yang perlu dia lalui!
.
Itu belum lagi dikira dengan 'pandangan' segelintir pihak. Kami sendiri, pernah diajukan dengan pertanyaan seperti, "Pandaikah dia menangis?" "Kalau dia lapar, tahukah dia menangis untuk meminta disusukan? "Bolehkah dia bercakap bahasa bayi?" "Kesian dia, tentunya dia hanya tahu minum susu dan tidak pandai makan bukan?"
.

Untuk pengetahuan semua, saya cukup pandai menangis, sedari lahir lagi.. Saya juga tahu meminta makanan.. Saya seorang yang suka membebel, walau hanya bahasa bayi.. Saya juga suka makan, bubur nasi yang di blend.. Lauknya: ayam, daging atau ikan, dan sayurnya : brokoli, carrot dan potato. Tapi mama juga tambahkan kismis atau kurma.. Saya juga suka makan apple, banana dan papaya. Nasi saya setiap hari mama yang masak coz kata Mama Qaisara, kena ajar anak makan air tangan ibu, bukannya orang lain..

Oh yea, hari khamis nanti, selain dari fisio dan occupational therapy, saya ada appoinment dgn opthalmologist.. Doakan mata saya ok yea.. =)

Tapi saya tidak salahkan mereka yang bertanya. Kerana mereka hanya ingin tahu. Cuma yang saya bimbangkan, perasaan Ian apabila dia pula yang diajukan dengan soalan-soalan begini. Bukankah dia akan rasa tersisih jika kebolehannya diragukan? Mungkin di masa akan datang, 'tugas' saya akan bertambah. Kerana saya mungkin terpaksa pertahankan dia dari 'dunia' luar.. Mungkin saya juga terpaksa menerangkan mengapa dia istimewa.. Dan mempersiapkan dia untuk mempertahankan dirinya sendiri.

Put, walaupun tidak pernah bersua muka, Jiey tahu 'rasa' itu. Persetankan mereka yang agaknya terlupa tentang kekuasaan Allah..

P/s - Actually, saya mahu tinggalkan anda dengan cebisan email yang saya dapat dari teman siber saya, Ina. Catatannya cukup meninggalkan kesan apabila dia dengan jelas mengeluarkan apa yang terbuku di hati saya. Namun saya takut dia tidak 'selesa'. Saya simpan email itu kerana apa yang ditulisnya, cukup memberikan kekuatan kepada saya. Kalau dibenarkan, mungkin saya boleh berkongsi bahagian-bahagian tertentu, iaitu kata-kata semangat yang dia pegang dan simpan.. =)
.
Dari entry : Selamanya cinta.. Penat dan lelah akan berlalu bagaikan angin, kerana cinta yang menggunung..
.
P/s/s - Put, nok la video tuh.. =)

Tuesday, April 14, 2009

Gagal berulang kali bukan bererti tewas..

Melihat foto bayi-bayi yang menjalani fisioterapi, saya agak terperanjat menyaksikan ia melibatkan banyak peralatan bantuan. In kerana, pada setiap sesi terapi Ian, dia hanya dipastikan meniarap dan mengangkat kepala. Saya tanyakan pada teman saya, "Mungkin kerana Ian masih kecil." Jawab teman saya itu..
.
Sesi terapi dulu..

Sekarang, Ian mengikuti terapi di SJMC. Di bawah pemerhatian Dr. Tunku dan therapistnya ialah Ms. Sarjit. Dia sudah berpuluh tahun bekerja dengan bayi dan kanak-kanak. Cukup berpengalaman. Orangnya teliti dan mempunyai personaliti yang baik. Lembut sahaja dia apabila dengan bayi.

Nampak kan kesan parut di kepala Ian

Cubaan membuat Ian meniarap..
.
Saya tanyakan pada Ms. Sarjit, pada usia berapa dia mula menggunakan peralatan pada bayi? "Seawal usia dua bulan. Tapi jangkamasanya tidaklah lama. Sekejap, sekejap sahaja sudah memadai.." Jawabnya di dalam bahasa Inggeris. Dia agak kekok bila berbahasa melayu.
.
Saya agak terperanjat. Di tempat lamanya, Ian hanya disuruh meniarap, mengangkat kepala dan duduk dipangku. Dengan mulutnya yang bising, setiap kali Ian tidak mahu mengangkat kepala, Ian dikatakan malas.
.
Saya bangkitkan isu 'malas' Ian. Percuma, Ms. Sarjit kelihatan cukup tidak berpuas hati. "You try to put yourself in his shoes. It's not easy for him. His body tone is not strong. He has lower body tone. For him to do the things that we asked him to do, is hard work. If he could, he would. He's not being lazy. It's not that he didn't try. He did. You can easily know when a child is throwing tantrum and don't want to cooperate. But it's definitely not Rayyan. He cooperate well. He's playful. He loves to communicate. If you try one thing and he's tired, make him do other things then only get back to the first one." Sekejaban saja, Ian mula menangis.
.
"See, I told you these are not tears of laziness. He's tired. If your baby is lazy and throwing tantrum, it will be merely screaming rather than crying with tears! Even if I ask you to sit on this ball, while holding your head straight, how long can you last? It's tiring. Furthermore, his muscle is not as strong as yours.."
.
Sewaktu Ms. Sarjit berbicara, rasa panas menyerbu ke muka. Saya tahan air mata yang hampir mengalir. Maafkan mama kerana salah sangka. Maafkan mama kerana tidak memahami. Maafkan mama sayang. Ms. Sarjit kelihatan cukup tidak berpuas hati dengan therapist yang mengajar saya bahawa Ian pemalas..
.
Apabila tamborine dibunyikan di bahagian sebelah kanan telinganya, Ian akan mengangkat kepala dan memerhati alat-alat yang dibunyikan kepadanya. Beberapa kali perbuatan yang sama diulang. Tiada reaksi di sebelah kiri. Hanya kanan sahaja..
.
Hebat tak saya angkat kepala? Saya anak yang kuat!
.
Oh, susahnya aktiviti ini.. Takpe, saya akan cuba tanpa berputus asa!
.
Ayah saya sudah booked bola ini. Minggu depan sampai yea..

Cubaan untuk membuat Ian berdiri. Ms Sarjit dibantu bibik..

Penerangan dari Dr. Tunku. Saya cukup berpuas hati dengan dia.

Sewaktu Dr. Tunku sibuk memberi penerangan, Ian tidak henti-henti memandangnya sambil memberi senyuman yang cukup manis. Kadang-kadang dia 'menyampuk', seakan Dr. Tunku sedang berbicara dengannya.

"Dr. I think he likes you. It's normal for him to smile at anyone that he sees, but it's something unusual for him to smile at someone whom he just met constantly.." Kami semua tertawa.

"Oh Rayyan, Dr. likes you too.." Kata Dr. Tunku sambil mencubit pipi Ian manja..

Sungguh. Senyuman yang Ian berikan kepada Ms. Sarjit juga tidak sebanyak yang diberikannya kepada Dr. Tunku. Lucu sekali Ian.

Sesi theraphy berakhir selepas sejam lebih. Dr. Tunku memberi masa 6 minggu untuk Ian mencapai sasaran yang diletakkan padanya. Dan saya, pulang dengan rasa bersalah yang teramat dalam.

Kenapa? Kerana saya sering meletakkan Ian di dalam keadaan meniarap dan meninggalkan dia untuk beberapa ketika. Sama ada membuat kerja rumah atau membancuh susunya. Kalau dia tidak mahu mengangkat kepala, lagi lamalah masa yang saya kenakan padanya. Semua atas dasar Ian malas hendak berusaha. Bodohnya seorang ibu!

On the other hand, saya sudah mendapat keputusan BAEP test Ian. Jiwa saya dilanda taufan untuk seketika. Tewas lagi.. Sukar untuk saya terima kenyataan ini kerana apa yang ada dihadapan saya bertentangan dengan apa yang diberitahu. Tapi biarlah.. Gagal berulang-kali bukan bererti tewas. Kita hanya tewas setelah kita mengaku kalah. Dan mama sama sekali tidak mahu Ian mengaku kalah! Bukan sekarang nak..

Untuk tatapan auntie-auntie semua.. Terimalah....... Rayyan Ariff dlm mode : MUKA SERIOUS DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH! - SAYA BUKAN PEMALAS OKEY??
.
Ku ingin selalu di sampingmu..
Tiap waktu siang melambai malam..
.
P/s - Perbualan antara saya dan bibik selepas pulang dari hospital :
.
"Kakak, Rayyan disayangi semua ya kak?? Ke mana-mana sahaja dia pergi, jadik perhatian dia. Mungkin kerana dia suka senyum ya kak??" Kata bibik kepada saya..
.
"Baby bik.. Sesiapa sekali pun, mesti suka pada baby kan?" Jawab saya bersahaja.
.
"Tapi rasanya lain sekali dengan Rayyan ini. Sayangggg banget" Jawab bibik lagi.
.
"Bagus la kalau bibik sayang sama Rayyan. Saya pun senang hati. Jaga Rayyan baik2 yea bik.. Inilah harta saya yang paling berharga. Amanah Allah yang tak ternilai!" Saya menjawab sambil tersenyum..
.
Saya tahu ramai yang mengatakan Ian bernasib baik kerana bibik menyayanginya. Rezeki dia mungkin. But the drawback? Dia terlampau memanjakan Ian. Kurang exercise. Asyik main sahaja. Sehinggakan Ian sudah tidak mahu mengikut arahan. Sampaikan duduk di bumbo chair juga tidak mahu, dia akan menolak-nolak kepalanya ke belakang. Meniru aksi yang sama semasa dia 'bermain' dengan bibik.. Aduhh.. Taktahu macam mahu terangkan lagi! Haihh..
.
~We are not challenging the reality of life.. But we are defying the odd~

Sunday, April 12, 2009

11 months old and birthday party..

Ian turns 11 months old today. I'm not going to blog about his achievement coz I've done that all the time. And also, because to us, the greatest achivement of all is, he's breathing. till now. Alhamdulillah.. Despite all the ups and downs, and all the prediction made by the doctors, he's still standing strong. Actually I should say laying strong or sitting strong in his bumbo chair! :P
.

Allahuakbar.. Besar sungguh kuasa dan nikmatMu...

A month from now, Ian will be 1 year old. We're still thinking whether we want to throw him a party or not. For now, what I've in my mind is to have kenduri kesyukuran and solat hajat agar dipermudahkan segalanya buat Rayyan Ariff.

Was talking to my friend, Intan, and she said there's no harm of celebrating Ian's birthday. Sekadar meraikan 'kejayaan' Ian yang sudah berjuang sejauh ini. I told her that I don't feel comfortable. Those who come will definitely will ask lots of question on his story and his progress. I can get easily tired when it comes to answering this type of question.
.
"Jemputlah orang yang Jiey rasa 'selesa'.." Usul Intan lagi. Hmm.. Mungkin juga. Hanya keluarga dan teman-teman rapat. InsyaAllah.. Kalau ada pun, mungkin hanya majlis kecil-kecilan.. Mungkin pada 10 May nanti.. Dua hari awal kerana hujung minggu berikutnya hubby sibuk.
.
Hari sabtu, seharian kami di rumah. Saya sibuk menyiapkan laporan yang perlu dihantar pada hari isnin nanti. Mungkin tidak dapat menyiapkan semuanya, sekurang-kurangnya, tidak banyak yang tinggal untuk disambung pada hari ahad.
.
Pagi ini, saya mengajak hubby ke kedai peralatan bayi untuk mendapat hadiah buat si cantik Sara Irdina yang lahir pada tarikh hari ini, setahun yang lalu. Sungguh pantas waktu berlalu.. Semasa melawat Intan di HUKM, saya masih membawa Ian di dalam rahim saya.. =)
.
Kerana sudah ada idea tentang apa yang mahu dibeli, kami tidak mengambil masa yang lama. Sebenarnya, saya sudah lama saya berkenan pada soft toy ini. Cuma hubby melarang saya membelikan untuk Ian, tidak macho katanya..
.

Di luar kedai.. F1 racer in the making.. Gambar senyumnya tidak sempat diambil..
.
30minit setelah tiba di rumah, ibu dan bapa mertua saya sampai. Mereka mahu ke kenduri kahwin dan mahu pergi bersama kami kerana kami juga dijemput. Awalnya, hanya hubby yang bercadang untuk pergi. Bila ibu mertua saya bersungguh-sungguh mengajak, saya dan bibik ikut sama. Ian kami tinggalkan di rumah bersama adik lelaki saya. Sewaktu ditinggalkan, Ian sedang tidur.
.
Setelah pulang dari kenduri kahwin, kami agak terperanjat kerana Ian masih tidur. Mungkin kerana hujan yang mencurah, membuatkan Ian tidur lena walaupun kebiasaannya, tidur siangnya hanya 15minit sahaja. Atuk dan Wan gelisah kerana tidak dapat bermain dengan cucunya. Hampir pukul 145pm, barulah Ian bangun dan kami terus bersiap-siap mahu ke rumah Intan.
.

Happy birthday Sara Irdina!! Mama Jiey saaaaayang Sara!!

Suasana di rumah baru Auntie Intan. Saya suka rumahnya.. Cantikkk.. Yang berbaju hijau itu abang Sara, Adam.. Comel sekali apabila dia mencium Ian. Dia memang suka baby..

Ian is checking his goodie bag.. Ada whistle.. Yeayyy!! - T-shirt from Auntie Jue.. Thanks a lot Auntie!! Ian suka.. Lepas basuh terus pakai.. :P

Bibik bagi susu kat Ian. Hadiah sape la dalam paper bag cuti-cuti Malaysia tuh. Tak senonoh betul. Mesti tuan dia busy sangat sampai tak cukup masa nak wrap kan?? :P

Ian and birthday girl.. "Eeii.. Cantiknya.. Girlfriend Ian ke ni mama??"

"Pegang dia sikit.." Kata Ian berani.. - Masa Sara tido, berani la kacau. Bila Sara bangun, takde maknanya. Berair mata Ian kena cucuk ngan Sara.. Jangan Sara, anak Mama Jiey mahal nih.. Rege kondo sebijik.

"Oh mama, saya suka Sara! Kenapa Sara tak senyum balik?? Let my hand go!!"

Suka betul dia! Such a happy baby..

Senyum untuk Auntie Intan!! "Bleh saya jadi menantu Auntie? Saya comel.."

Rayyan behaved so well today. Alhamdulillah.. Nanti Mama leh bawak Ian gi jalan-jalan lagi. Ada lagi girlfriend yang mama nak kenalkan kat Ian nih.. *wink*wink* Nabila and Sarra.. :P

Rayyan asyik menghadiahkan senyum manisnya buat Intan. Mungkin dia suka Auntie Intan, mungkin dia 'kenal' suara Auntie Intan yang banyak memberi kata-kata dorongan kepada mamanya sewaktu dia masih lagi di dalam kandungan. Lucu sekali melihat aksi Ian bila bersama Intan.. Seakan-akan 'jatuh cinta' dengan Auntie Intan. Perkara yang sama berlaku bila Ian duduk dengan Doktor rehabnya, Dr. Tunku..

Bercakap tentang setahun, sebelum ini, jab Ian mengikut birth age dan bukanlah corrected age. Tapi jab untuk setahun Ian, dijadualkan pada bulan Julai. Kerana mengikut corrected age, Ian hanya akan mencapai usia setahun pada 12 Julai nanti. Jadinya, hanya setelah itu Ian dibenarkan untuk makan telur. Dan selepas makan telur, barulah jab itu boleh diambil.

Tadi saya berkira-kira mahu memberi Ian makan telur. Tapi bibik menghalang, "Biarla dulu.. Udah dibilang gitu sama dokternya.. Lagipun, kurang apa gizinya.. Ada daging, ayam, ikan, sayur semua.. Syukurlah tu.."

Ok la Ian, mama akur..

P/s - Dulu, Doktor hanya membenarkan Ian makan pada usia 8 bulan atau corrected age 6 bulan.. Tapi saya mula memperkenalkan nestum masa usia Ian 7 bulan ataupun corrected age of 5 months.. Hehhehe.. Bad me!!

Friday, April 10, 2009

Tagged by Pn. Jue

Saya tahu, saya banyak hutang tag. Sorry yea kawan2.. Byk yang hendak diceritakan sehingga agak kesuntukan masa untuk tagging game.
.
Sebenarnya, saya berfikir dua atau tiga kali untuk menjawab tag ini. Kerana emosi yang masih tidak stabil sehari dua ini. Inilah sebahagian dari apa yang perlu kami lalui. Seperti roller coaster ride. Kalau minggu lalu dikhabarkan berita gembira, hari ini atau esok, mungkin ada khabar duka yang mencelah. Tapi biarlah.. Rasa itu akan berlalu jua.. =)
.
Tugasannya :
.
1) Gambar Anak yg baru lahir - Gambar masih di hospital atau gambar anak hari PERTAMA.
.

Gambar Ian pada hari ke-3 dilahirkan. C-Pap sudah ditanggalkan. Tapi masih menggunakan balang oksigen. Dan tiub di mulut untuk menyalurkan makanan.. Gambar hari pertama, yang terpampang pada blog ini bersama diskripsi tentang Rayyan, masih memakai topeng C-Pap untuk bantuan pernafasan.

Saya tiada gambar jelas wajah Ian pada hari pertama dia dilahirkan. Saya sendiri sudah lupa bagaimana wajahnya pada hari itu. Yang masih terngiang-ngiang di telinga saya adalah cubaan Ian untuk menangis. Dan tangisan itu bagaikan tersekat-sekat di kerongkongnya.

Saya menangis terharu. Bangga dengan semangat juangnya. Dia mungkin lahir dengan kekurangan, tapi dia tidak mengalah sama sekali. Dia mahu terus berjuang. Di luar dewan bedah, terdengar suara bayi lain yang menangis dengan lantang. Air mata menitis lagi..

Ian ditunjukkan kepada saya. Hanya sekali imbas dan terus di bawa ke NICU. Bantuan pernafasan diberikan dan ayah hanya mampu mengazankan Ian dari luar.

Ian banyak sekali gambar di hospital. Ayah tidak pernah jemu menjadi pengunjung NICU PMC saban hari. Kerana mahu memberi semangat dan sokongan kepada permata hati kami. Dan saya biasanya menyusul dua hari sekali kerana berpantang. (Berpantang ke kalau banyak berjalan?? hehhee..)

2) Mengenai Ian:

Nama penuh : Tuan Rayyan Ariff Tuan Alimin

Nama Panggilan : Rayyan / Ian / Ariff

Jantina : Lelaki. (Pasni nak sorang lagi laki and sorang pompuan.. Aminnn!)

Tarikh Lahir : 12 May 2008
.
Tempat Lahir : Pantai Medical Centre, Bangsar
.
Berat Lahir : 1.815Kg
.
Cara Kelahiran : Kuarkan cara paksa :P - Elective c-section
.
3) Harapan terhadap anak ini..
.
Sebagai ibu, tentu sekali saya mahukan yang terbaik untuk anak ini..
Saya mahu dia panggil saya, mama..
Saya mahu dia panggil hubby, ayah..
Saya mahu dia merangkak..
Saya mahu dia bangun..
Saya mahu dia berjalan..
Saya mahu dia berlari..
Saya mahu dia bertanya, "Mama apa ini?"
Saya mahu dia bertanya, "Mama, kenapa jadi macam ni?"
Saya mahu dia bertanya, "Mama, macam mana ayam bertelur?"
InsyaAllah, saya tidak akan penat menjawab banyak lagi soalan-soalan ingin tahu dari seorang anak kecil..
Saya mahu lihat dia solat dan menjadi imam kepada adik-adiknya..
Saya mahu menemani hari pertamanya di tadika
Saya mahu menemaninya pada hari pertama dia melangkah di alam persekolahan..
Saya mahu lihat dia naik ke pentas mengambil hadiah kerana mendapat keputusan yang bagus..
Saya mahu melihat dia memasuki kolej..
Saya mahu melihat dia berpakaian segak untuk ke temuduga kerja yang pertamanya..
Saya mahu lihat dia memandu kereta yang dibeli hasil dari penat lelahnya bekerja..
Saya mahu lihat dia bersanding di pelaminan..
Saya mahu lihat dia memeluk cahayamatanya..
Saya mahu lihat dia menjadi contoh kepada semua..
Saya mahu dia berbakti kepada agamanya..
Saya mahu dia berbakti kepada ibubapanya..
.
Ya, besar sekali harapan saya pada dia. Yang pasti, saya mahu dia terus berjuang!! Berangankah saya? Ini bukan angan, ini harapan yang saya sandarkan di atas nama impian.. Dan kalau Ian tewas setelah mencuba, saya redha.. Tapi untuk masa ini, saya masih belum mahu mengalah..
.
P/s - Sudah dpt parcel dr BabyAndKids. Superb. Hari rabu order. Hari khamis hantar. Hari jumaat dapat. Oh I loikeee.. Jue, thanks for the lovely gift. Jiey pun nk jumpe Jue. Nk gi visit. Tu yg tanya dulu MC lagi ke tak.. Ingt nak gi amik kat umah coz leh visit Jue. Tp takut kacau plak org tgh dlm confinement.. Next time kita jumpe and buat playdate untuk Ian and Iman ek.. Thanks a lot dear. Love the t-shirt so much!!
.
"Wahh.. Cantiknya baju-baju ni.. Kena tengok2 betul2 ni.. Ohh.. Ian suka la.. Terima kasih Auntie Jue!!"

Thursday, April 9, 2009

Cinta terindah..

Membaca luahan perasaan ibu-ibu yang berada di tempat yang sama dengan saya, cukup menghambat jiwa. Perasaan itu sungguh kuat kerana kami berkongsi rasa yang sama. Hati terasa kelam, jiwa terasa kusam..
.
Saya mengerti bagaimana kencangnya degupan jantung menanti bait-bait kata dari Doktor yang ditemui. Saya faham bagaimana rasa ‘panas’ yang menyerbu ke muka dek kerana cubaan menahan tangisan di hadapan Doktor. Saya sudah melalui itu semua, dan hampir pasti akan mengalaminya lagi..
.
Pagi ini, saya ‘bertemu’ satu coretan seorang ibu yang kehilangan anaknya selepas beberapa hari dilahirkan. Jalan ceritanya hampir sama dengan cerita saya. Kemanisan mengandungkan permata hati yang ditunggu-tunggu bagaikan diragut. Yang tinggal hanya pasrah, redha, doa dan harapan. Walau tidak dinyatakan secara terperinci, saya dapat rasakan bahawa anaknya melalui apa yang bayi saya alami.. Diagnosis yang sama. Saya percaya, dia juga tidak diberikan harapan seperti mana kami suatu masa dahulu.
.
Seterusnya, naluri keibuan saya terusik dengan catatan Puteri Nuur.. Diikuti oleh coretan Yongnoina.. Dan ia tidak berhenti di situ. Coretan dari Ita pula menggamit rasa yang sama.
.
Saya mungkin mampu berkata bahawa saya sudah mempersiapkan diri untuk segala kemungkinan. Dan saya akan cuba untuk terus kuat. Tapi bila tiba saat itu, pasti saya juga akan dilanda ribut jiwa yang sama. Sukar. Sukar sekali. Namun langkah terpaksa diteruskan. Dan hati hanya akan terpujuk oleh masa yang bergerak..
.
Kerana nipisnya iman, suatu masa dahulu, saya pernah mempersoalkan,
“Kenapa saya yang diuji sebegini?”
“Kenapa Rayyan saya yang harus melalui semua ini?”
“Kenapa bahagia kami yang harus diragut?”
.
Penat saya mencari jawapan. Lelah memikirkan puncanya. Kalau bisa, saya ingin berlari ke hujung dunia. Tapi saya tahu jawapannya tiada di situ. Kerana satu peristiwa, saya berhenti mempersoalkan.
.
Di dalam episod setahun yang lalu ini, saya menyatakan kami pulang ke kampung selepas menerima khabar duka itu. Malam berikutnya, kami ke rumah bapa saudara saya. Dia sedang menonton rancangan Ar-Rayyan di Astro Oasis. Hati saya semakin pedih kerana nama Rayyan yang saya idamkan untuk anak lelaki saya seawal zaman remaja saya lagi.
.
Saya lebih banyak membisu dan hanya mendengar bicara Ustazah Dr. Fatma AzZahra ditemani artis jemputan, penyanyi Waheeda. Mungkin ini petunjuk dariNya. Tajuk yang menjadi perbincangan mereka adalah “Ujian”. Saya ringkaskan di sini ayat yang menjadi pegangan bagi saya pada waktu itu, untuk menempuh hari-hari yang mendatangkan.
.
“Allah SWT tidak menguji manusia dengan niat mahu membuat mereka sengsara. Sebaliknya, Dia menyayangi kita dengan dugaan yang diberikan. Orang-orang yang terpilih untuk diuji ini kerana Allah SWT sayangkan mereka.”
.
“Dengan cara ujian dariNya lah kita tahu bahawa Allah SWT tidak lupa pada kita. Dia menghantar ujian itu kepada kita agar kita terus bersyukur dengan nikmatNya, untuk terus mengingatkan kita pada kekuasaanNya. Teruskan dengan kalimah Subhanallah.. Alhamdulillah.. Sekurang-kurangnya tuhan tidak terus menghanyutkan kita dengan kesenangan. Malah, kesenangan juga satu ujian. Bukan hanya kesusahan semata-mata”
.
Ada beberapa lagi ayat yang cukup menggetar jiwa saya. Yang pasti, mulai detik itu, saya sedar, tuhan sayangkan kami dan dia tidak melupakan kami. Kerana itu Dia memilih kami untuk mengingatkan tentang kekuasaanNya.
.
Tapi sehingga kini, ada waktunya saya tergelincir. Dan terima kasih kepada seorang kakak yang mengingatkan saya bahawa ini janji kami denganNya. Perjanjian sedari Loh Mahfuz untuk melalui kehidupan dengan cara begini.
.
45 hari Ian di NICU, cukup menduga. Setiap kali menandatangani surat kebenaran melakukan pembedahan adalah sesuatu yang amat payah untuk saya lakukan. Setiap kali juga katil Ian disorong ke bilik pembedahan, terasa seperti menghantarnya ke ambang maut. Tapi kami tiada pilihan, hanya mahu dia sihat.
.
Nama Rayyan agak ‘terkenal’ di kalangan ibu bapa anak2 NICU dan kakitangan di situ. Hatta juruteknik yang memeriksa peralatan sekalipun akan singgah di katilnya dan menyatakan rasa simpati mereka. Begitu juga makcik-makcik cleaner yang sering bertanya tentang Rayyan.
.
Untuk pembedahan keempat Ian, saya terlewat tiba di hospital. Baru 2minit pintu bilik pembedahan ditutup. Hubby pula masih di dalam perjalanan. Saya menanti dengan seribu rasa. Mula memarahi diri sendiri kerana seakan-akan tidak mementingkan perasaan anak sendiri. Kasihan kerana anak kecil itu di bawa pergi sebelum sempat mama dan ayahnya memberi kata-kata semangat. Sebelum sempat dahinya kami kucup. Mujurlah segalanya selamat.
.
Pada masa ini, Rayyan baru keluar dari dewan pembedahan. Kesan sedatif masih kuat hingga menyukarkan Rayyan membuka mata. Tangan kecilnya saya usap berkali-kali sambil namanya saya panggil. Hubby pula tidak henti-henti melafazkan zikrullah.. Sentuhan tangan mamanya membuatkan dia bersusah payah membuka mata. Dan mama tidak mampu menahan titis air mata. Mama tahu kamu anak yang kuat. Dan izinkan mama meminjam kekuatan itu sayang.. Sekali lagi mama tegaskan, ini janji kita dengan Tuhan, wahai anakku..
.
Sewaktu di NICU, saya sering bercerita tentang 'kehidupan' kepada Ian. Apabila ada mata jururawat yang memandang, saya akan terdiam. Bimbang dikatakan ‘bodoh’ kerana bercerita dengan anak yang tidak bisa mendengar. Rupanya hanya saya yang berprasangka. Mereka menggalakkan saya untuk terus bercerita dengan Ian bagi merangsang deria pendengarannya. Syukur dengan perkembangannya kini..
.
Dengan fakta yang ada, saya hampir pasti di masa hadapan, kami terpaksa melakukan perkara yang sama lagi. Mungkin lebih dari sekali. Mungkin lebih dari dua kali. Menandatangi borang kebenaran, dan seterusnya menghantar dia ke bilik bedah untuk kepalanya ditebuk lagi.
.
Yang saya pinta, biarlah ia bukan di dalam masa terdekat ini. Dan biarlah bukan 5 atau 6 tahun yang mendatang ini. Semoga Allah mempermudahkan jalan untuk Ian. Atau mungkin memberi kami satu keajaiban bahawa Ian tidak perlu dibedah lagi untuk seumur hidupnya.. =)

Cinta terindah!

P/s – Terpilih bukannya tersisih.. Tapi kerana kita teristimewa.. =)
Masih berkira-kira mahu menyambung episod setahun yang lalu.. Malasnya.. :P

Wednesday, April 8, 2009

Ian's first official haircut.. Thumbs up to Cheekymonkey!!

Ok. I guess most of my friends here got it right when you guys said that it's something about giving Ian a haircut. Thanks to Mel for telling me that there is one kids' salon in Great Eastern Mall. I went on the net and google for it. Then I found out that it's Cheeky Monkey Cuts, located at Level 2.
.
I managed to persuade hubby to let Ian has a real haircut, rather than just me cutting the front bit. Dari dulu, angan hubby, kalau ada anak lelaki, jangan potong rambut.. Simpan panjang-panjang, baru la ROCK OWWWW.. Nak masuk sekolah baru boleh potong! I don't really agree with the idea. But sometimes, you just lost words to give justification when it comes to your loved ones' dream and something that he keeps on repeating since, FOREVER!
.
Memandangkan cuaca yang panas, kami kasihan melihat Ian yang sering berpeluh dengan rambutnya yang lebat. So here we were on sunday morning, CHEEKY MONKEY CUTS!!
.
Can you see the monkey in the green ring?? :P

As we entered the place, we have been greeted by the salon’s staffs. We told them that it’s Ian who needs the haircut. Then we proceed to the kids' section.
.
Sebelum pekerja memulakan tugas, kami maklumkan keadaan Ian dan kelainan yang ada padanya. Mungkin ia tidak berapa signifikan, tapi lebih baik dia mengetahui dari mulut kami agar dia boleh lebih berhati-hati.
.
Awalnya, lelaki tersebut seakan tidak mahu memotong rambut Ian. Takut terdedah dengan risiko. Saya faham sekiranya dia menolak kerana kalau Ian bukan anak saya, saya juga mungkin melakukan perkara yang sama. Tapi sejujurnya, ada ‘kesan’ di dalam hati. Saya sempat memujuk hati, “Jiey, get yourself ready for another rejection. It’s just going to be a norm in your life!”
.
Tapi saya silap. Kami berjaya meyakinkan lelaki yang berpangkat adik itu agar memulakan tugasan memotong rambut Ian. Dik, if you ever read this, thanks a million! It means a lot to me – someone who’s getting use to rejection.
.
Sejujurnya, tiada risiko untuk memotong rambut mereka-mereka yang senasib dengan Ian. Tapi saya tidak salahkan adik tadi kerana berasa takut. In fact, sedari awal saya membawa Ian pulang dari hospital lagi, ramai yang berasa ‘takut’ dengan Ian. Takut untuk memegang Ian kerana bimbang akan menyakitkan dia. Takut terkasar. Tidak perlu takut. Ian sendiri lebih kasar dari kita. Lihat saja sewaktu dia bergolek dan meniarap, seakan tidak pernah menjalani pembedahan di bahagian kiri dan kanan kepalanya.. Anak mama kan kuat!
.
Muka Ian yang kebingungan sewaktu kerja pemotongan bermula.. :P
.
Seakan meminta penjelasan dari ayah.. Mungkin tertanya-tanya, "Apa yang mereka lakukan?"
.
Salah satu cara mengalih perhatian si kecil - Cartoon!
.
I think Ian was interested with the lady who's holding his head.. He kept on smiling to her! Hahaha.. Romeo!
.
Siap tenung tu and pegang tangan tu.. :P
.
I told you he did smile! Look at the guy who's cutting Ian's hair.. Cute kan? Macam adik Anuar Zain!
.
And he keeps on smiling to the pretty lady!
.
Ok, let have a look at the saloon.. Saya suka suasana salon ini. Sesuai untuk kanak2.. Kalau anak anda sudah mampu duduk sendiri, anak anda akan didudukkan di tempat duduk berbentuk kereta. Untuk bayi-bayi yang belum boleh duduk sendiri, mereka menyediakan bumbo chair (kaler kuning lagi tu..)
.
Nampak agak lapang kan?

Cermin yang dihiasi monyet ini juga comel. Di belakang perempuan itu, ada sebuah televisyen kecil..

Sofa kecil ini comel bukan? I'm so getting this for our new house.. - Provided ada space lebih la kan.. :P

Satu yang pasti, mereka lemah lembut dengan Ian. Sesuatu yang saya cari-cari.. =) Hasilnya juga memuaskan. Seperti yang saya mahukan. Being a good boy Ian is, dia tidak menangis sewaktu rambutnya di potong. Dan pekerja-pekerja ini juga terperanjat melihat reaksi Ian yang tidak henti-henti melemparkan senyum.

Sepanjang sesi itu, mereka bertanya beberapa soalan mengenai Ian dan kami menjawab dengan seadanya. Pada pendapat mereka, Ian kelihatannya sama seperti anak-anak lain. Tiada bezanya.. Alhamdulillah.. Apa yang kami minta, semoga Ian terus membesar dengan sihat dan sempurna, seadanya.. Aminnn..

Untuk tatapan Auntie-auntie sekalian, terimalah, Rayyan Ariff dalam mode : SENYUMAN MANISKU!!


P/s - Perbualan saya dan adik tadi..

Saya : Dik, terima kasih yea coz sudi potong rambut anak akak.. Akak risau kalau adik tolak tadi..

Dia : Ish, jangan camtu kak.. Kalau saya tolak pun, akak kena paham.. Kalau jadi apa2, nanti akak salahkan saya pulak..

Saya : Takdelah dik..

Actually, tiada risiko untuk sekadar memotong rambut Rayyan. Sungguh. Kami sudah consult doktor. Kalau flight juga sudah dibenarkan naik, apa lagi sekadar pemotongan rambut yang tidak menyentuh kulit kepala Ian walau sedikit pun.. Harapnya, kalau kami kembali lagi ke sana, masih diterima dan tidak dikecualikan atas dasar takut dan tidak mahu mengambil risiko.. :P