Wednesday, July 8, 2009

Membaca demi anak.. :P

I have almost all of Glenn Doman's books and these are just some of them la kan.. Ask me what I do with all of these books?
.
.
Takde buat apa. Simpan kat bookshelf jer.. Belum ada masa nak baca.. InsyaAllah, bila dah cuti panjang nanti, saya akan cuba khatam semua buku-buku ini.. Untuk Ian.. =)
.
P/s - Saya bukan kaki buku ok! Tapi terpaksa membaca untuk anakanda.. Takpe la.. I loike!! :P

Tuesday, July 7, 2009

Sekali lagi, masalah yang sama menghantui..

In this entry --> Baby hates milk, you can see how Ian refused to take milk. That time, for more than 2 weeks, he only wants to drink plain water. We even went to the extent that we forced him to take his milk. And he cried so loud because of that. To make things worst, his corrected age was 4 months old that time so we haven't started to give him solid yet. We was wondering, budak ni tak lapar ke? :P
.
Now, he loves his blended porridge, macaroni cheese and chicken spaghetti. And he loves fruit juice as well.
.
But then, we're facing the same problem again. 2oz max. Itu pun lepas drama paksa- memaksa yang sangat serius. I think it's almost 3 weeks (or could be more) that he refused to take his milk again. He was still taking Enfalac A+ before, because physically he’s still not officially 1 year old, not until July, 12.
.
Since he refused to drink Enfalac A+, we believed that it could be the milk again. Maybe he’s bored with the taste, again! So, we tried to give him Sustagen, with chocolate flavor. But he still refused to drink. Then, we tried to give him Enfagrow with vanilla flavor.
.
At first, he took 2 and a half oz and fell straight to sleep. So I though that vanilla flavor works for him. But I was totally wrong! Yesterday, he rejected the milk again. And today, he still refuses to drink his milk.
.

Ian 'borak2' ngan bibik. "Ian, seriously, even if you give me that cute look of yours, it wont change a thing. You still have to drink your milk. It's mandatory ok!!

The only way that we have now is, to add his milk powder in his porridge. But it can only be one scoop because if the taste is too obvious, he will refuse to eat his porridge too.
.
Seriously, I don’t know what else to do. We’re going to see his paed next week. Hopefully, there’ll be a solution to this. Yes, he’s taking all the vitamins that contain DHA. And we’re giving him other sources of calcium like cheese. But I still feel that milk is important. =(
.
When I asked of the staff in NICU when he refused to drink his milk last time, the lady did mention that Rayyan is different. Taking into consideration that he’s brain injured, it could be that his brain develops rejection towards the taste of the milk.
.
Seriously, I don’t think it’s because of that. I hate milk since forever and are you going to consider me as brain injured as well? I refused to drink my mommy’s milk since I was a baby and was given formula. Then, at early age, I’ve stopped taking milk as well. Saya takpe, coz sel otak saya byk.. Ian tak boleh, Ian kena minum gak! Hehhehe.. :P
.
P/s – Kawan-kawan, penah tak face problem yang sama? Ada cara tak?? Tolong!! Tolong!! =(

Monday, July 6, 2009

Our busy weekend..

Sekali lagi, minggu ini merupakan minggu yang amat memenatkan. Mungkin hari-hari minggu yang seterusnya juga akan lebih memenatkan sehinggalah proses berpindah rumah selesai.
.
Pagi sabtu, aktiviti kami dimulakan dengan ke SDMC untuk fisioterapi Ian. Kerana ada yang membatalkan temujanji mereka, Ms. Sarjit meluangkan masa lebih dari sejam untuk Ian. Bermakna lebih dari sejam juga masa untuk kami berbual.. :P
.
Pada kunjungan kali ini, saya bertemu dengan seorang ibu yang menemani anaknya. Hati saya agak tersentuh dengan sikap ibu ini. Saya mengerti kadang-kadang kebenaran itu adalah sesuatu yang sukar untuk diterima. Tapi bukankah dengan menerima kita akan lebih redha? Hmm.. Tidak mengapalah, rambut sama hitam, hati sulam lain.. =)
.
I don't know why this baby of mine is so full of smile! I remember that I used to cry when I was carrying him.. What a blessing, huh? =)
.
Cuteness!! And, he doesnt mind being wrapped.. =)
.
Pulang sahaja dari sesi fisio, kami singgah untuk makan tengahari di sebuah restaurant di Pandan Indah. Tiba di rumah, kami berehat seketika. Selepas asar, saya bergerak ke Jalan TAR kerana mahu mencari langsir rumah. Penat juga berjalan turun naik antara Sogo, Kamdar dan Nagoya. Akhirnya, saya memilih untuk menempah langsir di Nagoya. Dan tempahan ini bukanlah pattern pertama yang menjadi pilihan saya. Dek kerana kepenatan, saya pejamkan mata sahaja. Takpe.. Tahun2 hadapan masih ada.. Masih banyak peluang untuk bertukar langsir.. :P
.
Hari ahad pula, seawal jam 9.50am lagi kami sudah tercongok di pintu hadapan Sogo. Kata hubby, Mama tolong bukak pintu Sogo.. :P
.
Hasil soping-sopingan.. :P

Untuk teman saya yang baru melahirkan. Oh, saya cukup fail apabila memilih baju untuk baby girl! Sangat tidak pandai.. Naik pening kepala dibuatnya..
.
Untuk hero Malaya.. :P
.
Lagi untuk hero malaya..
.
Ini ayah yang belikan.. Kasut raya katanya.. Mama kureng sket benda2 mahal ni.. Udahnya letak kat kaki jugak.. Kalau Ian dah bleh jalan, lain ceritanya.. Hmmm.. Kata nak berjimat!
.
Baru bangun tido.. Tunggu orang-orang dewasa makan.. :P
.
Sampai di rumah, rehat sekejap, kami keluar lagi.. Dan Ian pula, tinggal di rumah dengan bibik. Kipas siling dan aircond sudah siap dibeli. Hanya perlu mencari kipas siling untuk ruang tamu sahaja. Seterusnya, ke Tesco Ampang untuk membeli barang dapur.
.
Niat di hati, malamnya, mahu menjenguk progress kerja-kerja pengubahsuaian, tapi sudah terlalu penat. Kerja pejabat yang dibawa pulang kononnya sebagai 'bekalan' juga tidak sempat disentuh.. Sebenarnya, banyak yang saya inginkan untuk kerja-kerja pengubahsuaian ini terpaksa saya lepaskan untuk sementara waktu kerana perancangan cuti tanpa gaji nanti.. Tidak mengapa, bila sudah kembali bekerja, InsyaAllah, semuanya akan saya perolehi kembali.. =)
.
Malam pula, Ian berjaga.. Aduhaii.. Teruji kesabaran.. Bagaikan tahu mamanya akan kembali bekerja keesokan harinya, dia mula menunjukkan perangai cantiknya yang asyik mahu melekat dengan mamanya. Ditinggalkan sekejap sahaja raungannya bergema.. Oh anak!
.
P/s - Sejekap sahaja sudah isnin kan? Huhuhu.. Busy! Busy! Busy dan Busy!
P/s (2) - Boss MC ari nih.. Tanduk setan keluar... Eh, eh takleh! Keje banyak! Sabar.. Sabar.. :P

Friday, July 3, 2009

~Kosong~

Ini luahan rasa di panggil jumaat!
.
Betul. Rasa kosong. Tidak betah di pejabat!! Serasa mahu berlari pulang ke rumah!! Rasa yang cukup kuat, di tambah dengan mata yang mengantuk.. =(
.

Paling utama, rindu pada anak ini!!!

Kejadian semalam :

Boss : What time are you going back today?

Kuli : If possible, I want to leave early.. My son is recovering from high fever. Still got pretty bad cough and runny nose.

Boss : Ok la, we just finish 3 more files and you can go..

By the time we finished the "3 more files", it's already 8.10pm ok!!

-Sangat sedih-

Boss, umah saya jauh, kat Ampang nun.. Dari office nak blk umah bukan 15 minit ok! =(

Sampai rumah. Lebih jam 9.00 Malam. Anak lompat-lompat tengok mama.

Mama : Kejap sayang. Mama basuh muka.

Anak : Senyum*tepuk tangan*Senyum*tepuk tangan*excited*

Mama masuk dapur, basuh kaki, basuh muka, makan.. *Anak pandang-pandang, sengih-sengih, sambil hulur tangan dari dukungan bibik*

Mama : Kejap Ian, mama makan kejap. Dari tghari mama tak makan. *Sambil pelahap char kuew teow*

Anak : *Sengih-sengih*Hulur tangan*

Majikan : Kakak, letakkan Rayyan meniarap. Biar dia exercise angkat kepala.

Mama keluarkan segala rempah ratus, lauk pauk, sayur mayur (ada ke perkataan ni.. :P). Mula masak untuk anakanda tercinta.

Anak jerit-jerit panggil mama.

Mama : Sabar yea sayang, mama masak ni.. kejap jer..

Dua kali toleh, anak dah TIDUR!! Oh guilty!! Guilty!!

Bibik : Dia memang tidak banyak tidur hari ini kak.. Dari tadi mengantuk. Gayanya seperti mahu tunggu kakak pulang sebelum tidur.

Huhuhuhu.. Guilty! Guilty! Guilty!

Mama mandi. Mama angkat anak bawa masuk dalam bilik. Anak buka mata untuk seketika. Senyum pada mama. Mata kembali pejam.

Mama, tidur dengan rasa bersalah..

Pagi, anak kejut mama.. Mama bangun, buat susu campur rusk (anak tidak mahu minum susu sahaja). Bibir datang, ambil anak dari dukungan mama. Anak nangis, tanda protes setelah diambil bibik. Mama diam tak bersuara. Dalam hati, "Huhuhu.. Nak bagi susu kat Rayyan.. Takpe la, siap cepat2, sambil tunggu hubby, leh main2 ngan Ian.."

Siap pakai baju, sediakan ubat dan vitamin anak. Pegi hall jenguk anak.

Majikan : Aikk, dah tido kak?

Bibik : A'ah.. Dia ngantuk berat tadi.. *Ngantuk sangat

Adoiii.. Guilty!! Guilty!! Guilty!!

P/s - camne neh?? Hari ni sure balik lambat lagi!! Adoiii.. Keje ape camni nih!!

Thursday, July 2, 2009

Congratulations to the proud parent.. =)

Last year, I've posted this entry --> Not just a friend
And this year, another special dedication for her.. =)
.
Congratulations on your
New bundle of joy
With Izz Kashfi around
You'll have so much to enjoy
.
.
Along with his arrival
He brought so much
Sunshine in your life
And much much more good things to come
Giving you much pleasure
With a new song to sing
.
Forget about Siti Nurhaliza's CD
Forget about Kris Dayanti's CD
And start looking for nursery rhymes CD
And sing with lots of joy..
=)
.
I think he looks like his uncle la.. =)
.
Ok, how did Ian react when he saw me carrying Izz Kashfi? Takde ape2 perasaan.. Relaks jer.. Apekah tandanya ini? :P
I guess no adik for Ian until I finish my unpaid leave.. So adik akan jadi 2011 baby la.. InsyaAllah.. =)
.
Oh, he's still afraid to let his hand go while sitting. He managed to do it a few times already. Sometimes, with his eyes closed. Because he's afraid of falling.. Comel ok! :P
.
P/s - Can wait to spend more time with my little angel. Tak sempat nk jawab comment satu-satu, so jawab kat sini la.. I'll be going for unpaid leave by early September. I've applied for 6-12months. So the period approved will depend on my company's generosity la.. =)

Wednesday, July 1, 2009

Doa seorang ibu..

Membaca coretan Mama Idris semalam benar-benar mengundang rasa sayu di hati. Seboleh mungkin saya menahan tangis, namun gagal..
.
"Moga Allah mendengar doa permintaan hati ibu ini, andai Dia ingin menarik nyawa saya, menjemput saya pulang kepadaNya, jemputlah Idris dahulu. Walau saya terlintas di benak juga amat ngeri untuk dibayangkan hidup saya tanpa Idris, tapi saya rela. Saya tak ingin selepas ketiadaan saya anak ini disia-siakan meskipun saya percaya pada janji Allah, Dia tidak akan mensia-siakan hambanya."
.
Tidak salah kalau saya katakan, mana-mana ibu kepada anak-anak istimewa mungkin juga pernah terlintas perkara yang sama di hati. Saya juga pernah mendoakan sesuatu yang sama. Atas alasan yang sama.
.
Pernah saya tanyakan kepada adik-beradik saya sewaktu Rayyan baru dibenarkan pulang setelah 45 hari berada di hospital di awal kelahirannya, “Kalau kami mati, siapa yang boleh jagakan Rayyan?”. Abang dan adik-adik saya hanya membisu sambil memandang antara satu sama lain. Pandangan yang penuh makna dan kesyahduan..
.
Soalan saya membuatkan suasana sunyi seketika. “Biar Jek jaga. Ian duduk ngan Ayah Chik nanti yea.. Kalau Ian jahat, Ayah Chik sekeh kepala Ian!” Adik lelaki saya memecahkan sepi dengan cuba berjenaka manakala abang dan adik perempuan saya masih membatu.
.
Saya tahu, ketiga-tiga mereka menyayangi dan menerima Rayyan seadanya. Abang dan adik lelaki saya tidak pernah merungut walau terpaksa bergilir-gilir dengan hubby untuk membawa Ian ke sesi fisioterapi atau temu janji dengan doktornya. Adik perempuan saya pula pernah bertugas menjaga Ian selama sebulan sewaktu cuti persekolahan yang lalu.
.
Tapi saya masih ada ragu, kalau mereka menerima sekalipun, bagaimana dengan pasangan hidup mereka? Adakah penerimaannya masih sama sedangkan Rayyan bukanlah darah daging mereka?
.
Saya juga pernah menyuarakan hasrat di hati ini kepada hubby. Andainya saya pergi dahulu dalam waktu terdekat ini, serahkan Rayyan kepada ibubapa saya untuk jagaan mereka. Tentu sekali kami berdebat hebat tentang isu ini. Dia mahu kekal sebagai ‘ayah’ dan ‘penjaga’ Rayyan sedangkan kemungkinan yang saya fikirkan lebih daripada itu.
.
Atas dasar ini, saya memohon kepada Allah SWT, dari menjadi beban kepada semua, ambillah nyawa saya bersama Rayyan kerana saya tidak sanggup kehilangannya dan tidak mahu sama sekali dia hidup tanpa saya.
.
Tapi itu dulu. Kini, saya mahu mencuba dan terus mencuba. Saya mahu, Rayyan bukan sahaja pandai menguruskan diri sendiri, tapi juga mampu bekerja untuk menyara kehidupannya sendiri.
.
Saya juga mahu suatu waktu nanti, apabila saya sudah tua, dia yang akan memotong kuku saya. Saya mahu, apabila saya sakit, dia yang menyuapkan bubur untuk saya. Walau hanya sekali, inilah yang saya mahukan! Dan saya yakin, semua ini tidak mustahil dengan usaha dan doa yang berterusan..
.

Pelukan pertama seorang ibu.. Suatu waktu dahulu, anak ini lahir dalam keadaan hampir tiada sel otak! Melihat perkembangannya setiap hari, membuatkan saya semakin yakin dengan janji tuhan. Saya pernah merasa cemburu melihat perkembangan anak-anak istimewa yang lain. Sehingga suatu masa, saya melihat perkembangan itu sebagai pembakar semangat untuk Rayyan juga berjaya seperti mereka.. =)

My dearest Puteri Nuur, mungkin, sekarang ini, Idris mahupun Rayyan masih belum mampu melawan walau seekor semut yang menggigit. Mungkin, waktu ini, Idris mahupun Rayyan tidak bisa melawan walau seekor nyamuk yang menggigit. Tapi dengan izinNya, tidak mustahil suatu waktu nanti, anak-anak kita akan berlari mengejar ayam itik di halaman rumah datuk dan nenek mereka. Tidak mustahil suatu saat nanti, anak-anak kita akan sibuk memukul lalat yang berterbangan, dan mungkin juga, berlari mendapatkan kucing-kucing liar di jalanan..

Di kala itu, kita akan menjerit dan turut berlari. Kita akan kepenatan mengejar mereka. Kita akan cuba menghalang nakal mereka. Namun yang pasti, kita akan tersenyum puas kerana mereka mampu. InsyaAllah..
.
P/s - Semoga terus ditetapkan hati kita semua di dalam menjaga khalifah-khalifah Allah ini.. =)