Hari sabtu kami bermula dengan kelas Rayyan Ariff di Musikhaus. Kami bergerak dari rumah lebih kurang jam 930am dan tiba pada jam 1020am. Entah mengapa, Rayyan Ariff tidak begitu bersemangat pada sesi kali ini. Mungkin kerana lama tidak ke kelas, dia mula lupa.. Atau mungkin sahaja penat dari hari jumaat masih belum hilang..
.
.

Waktu ini, Kadyn tiba2 sahaja memberikan ciuman kepada Sue Ann menjadikan suasana gamat seketika.. Comel! =).

.
Destinasi seterusnya, ke SOGO. Pada awalnya, mahu ke Alpha Angle.. Tapi kerana ingin mencari kasut Rayyan Ariff, kami ke sini. Lagi pula, design kasut Adidas yang ada di sini banyak pilihan. Macam tak luak pun ada.. :P
.Kasut high cut yang kami cari tiada di bahagian Adidas. Kata jurujual yang bertugas, kasut Clark mungkin ada rekabentuk high cut. Tapi kerana ianya terletak di tingkat bawah, kami ambil sahaja apa yang ada. Malas. Sebetulnya, saya agak tidak berpuas hati. Potongannya tidak cukup tinggi bagi saya. Kalau boleh, biarlah sehingga ke betis. Tapi kata hubby pula, kalau sudah ke betis, itu sudah kasut Phua Chu Kang! :P
.
.
Pemandangan di Ground Floor. Sales sehingga 70% bagi baju-baju bayi dan kanak-kanak. Saya tidak singgah di sini kerana sudah menetapkan apa yang perlu dibeli. Lagipun, baju Rayyan Ariff sudah banyak dan masih elok-elok lagi..=)Selesai membeli-belah, Rayyan Ariff mula mengamuk kerana lapar. Kami terus sahaja ke Secret Recipe kerana itu sahaja yang berdekatan. Hanya saya dan Rayyan Ariff di situ kerana hubby ke Pertama Complex sekejap.
.
.
Sekadar mengambil syarat. Mushroom soup and bun for Ian. Ice Chocolate with whip cream for mama.. :P.
Seterusnya, kami ke rumah kawan hubby di Wangsa Maju. Ada jamuan makan. Oh lauknya cukup menepati selera kampung saya. Ayam goreng, ikan masak sambal, gulai rebung, sayur campur, ikan masin, sambal belacan, tempoyak, budu dan ulam-ulaman. Kuih muih juga banyak terhidang. This is better than Kenny Rogers, at least to us.. :P
.
.
En. Hubby yang makan dengan bersungguh-sungguh.Sampai berpeluh! :P.
Ini adalah hasil mengeringkan poket yang kami perolehi pada hari sabtu..
.
.
Untuk Rayyan, Baby Kiko diaper bag (yang lama sudah koyak), tilam, baby wipes dan sepasang kasut high cut yang tidak berapa high.. :P.
Dan untuk saya, sebatang gincu, concealer, dua pasang kerongsang, trial pack Shadira dan sepasang sandal.. Sudah lama tidak membeli sandal yang elok.. Mentang2lah sudah lama tidak ke pejabat.. :P.
En.Hubby mengeluarkan wang untuk barang-barang di atas kerana bersebab yeaa.. Padan muka dia! Muahahha.. Kita blackmail lagiiiii.. :P
Sepasang kasut kulit Rayyan Ariff ini lebih tinggi harganya dari sandal saya! Saya sendiri tidak tahu bila kali pertama saya memakai kasut kulit.. Inilah bertuahnya anak-anak kita bukan? Mungkin kalau di dalam drama swasta, dialognya berbunyi seperti ini:-
.
Mama : Mama perlu kerja. Mama kerja untuk Rayyan juga. Inilah harga sebuah keselesaan. Kita semua perlu berkorban sayang..
Rayyan : Tapi Ma.. Ian tak perlukan semua ini.. Pedulikan semuanya! Ian lebih perlukan kasih sayang dan perhatian dari Mama dan Ayah.. Itu lebih berharga dari segala-galanya!! Ian tak kisah andai hanya memakai kasut Gombak!
Mama : Amboiii.. Amboiii.. Kamu ingat, dengan kasih sayang sahaja, kita boleh membayar harga hearing aid kamu?? Sebelah sahaja sudah RM3.5K, dua belah sudah RM7K! Kasih sayang sahaja tidak akan mampu membayarnya! Faham??? Kasut Gombak sekalipun harus dibeli dengan wang bukan??
.
Muahahhahah.. Berangan itu best ok! Bagus untuk terapi; mengurangkan rasa bersalah!!
.
P/s - Sudah ada ticker di sebelah kanan untuk mengingatkan saya tentang hari-hari yang tinggal untuk mengulit Rayyan Ariff sepanjang masa! Sedih yang amat. Oh anak, mohon pengertian darimu.. =(