Hari jumaat, mama bawak saya ke Carrefour. Niat utama, kerana diapers saya sudah habis dan mama nak cari study lamp untuk play area saya.. =)
A glimpse of Kerna Kasih Kita
Sunday, November 15, 2009
Saturday, November 14, 2009
Tag - Baby-related product
I've been tagged by Apash Mama Qaseh. Dah lama tak buat tag.. Since malas nk update pasal benda lain, buat je la dulu.. =P
.
5 expensive baby-related product i don't regret buying..
(Definition of expensive is something priced 200 onwards)
- Fisher Price rocker (bought it because Ian was having reflux last time.. His paed told us that it's better to let Ian sleep in this position - head need to be higher)

- Fisher Price Rainforest Jumperoo (Ian loves all the toys attached to this thing. He will need to use his feet because he needs to push the seat for him to be able to play with all of the toys)

- Sweet Cherry Stroller (Stroller gedabak nih byk berjasa.. Nak tido pun selesa.. Segala mak nenek barang leh letak kat bawah tu.. Sementelah kitorg ni selalu dok menunggu turn kat hospital.. Mmg sesuai la sangat)

- Playpen (Actually nyesal gak tak beli wooden baby cot. Tp benda alah ni byk berjasa tau.. Till now pun, Ian still tido dalam benda alah ni)

- Children bedroom set (Half paid by Ian's uncle! Mmg worth buying coz now, this thing dah jadi play area Ian)

(Definition of cheap is something priced 200 below)
- Sweet Cherry Car Seat cum Carrier (Excited beli benda alah ni masa nak bwk balik Ian from hospital)
- Reebox Gym ball (Untuk fisio Ian.. has been using it for 8 months already..)

- Sweet Cherry buggy (Susah nak bwk stroller Ian kalo naik Kancil..Stroller gedabak! So bawak la buggy ni.. Kalo naik kete hubby baru bwk stroller)

- Adidas shoes (Suka tengok dia pakai kasut ni, nampak bertambah handsome woo..)

- Bumbo chair.. (Puas ati beli benda alah ni, berjasa sampai skrg.. Tp Ian dah outgrow this thing now, tatau nk beli kerusi ape plak).

- Buaian. (Ian tak pakai pun.. Dia tak suka.. Skrg dok terperuk bawah katil tu..)

- Dr. Brown Anti-wind Feeding bottles. (Dulu, Ian used to suffer from fountain-high-vommitting almost after every feeding. We though that he was having kembung perut. So we changed to these bottle. Sekali, it turned out to be reflux. Patut la.. We used the bottles for a while then stopped. Malas nk basuh + leceh.. Muahhahaha..)

- MP3 player + speaker (at first, saya isikan dengan zikrullah, nasyid dan nursery rhymes utk stimulate hearing Ian. Tapi dah tak pakai since speaker asyik rosak jer.. MP3 player tu pun kena charge kat PC / lappie.. Kalo blk kg, mana nk adanyer.. Last2 Ayah Chik Ian pow)
- Playgym Intex (benda alah ni makan ruang betul. Last2, I bought a smaller plastic pool for Ian's pool ball)

- Lamaze foot finder.. (Tak pakai sangat pun.. Sedar2 Ian dah jumpa kaki dia.. Tangan tu mmg awal2 Ian dah jumpe.. Hehhehe..)

.
So dengan rasminya, saya tag mereka2 di bawah ni:-
- Ina mama Ihsan
- Kak Pinut
- MommyLyna
- Zuri
- Kak Zue (Zamieda)
- Kak ME
- Gina Marna
- Ibu Uwais Ameenah
- Mama Put
- Zali
- Mommy2H
- Ina ibu Nabila
- Ita ummi Sarra
- Kak Suealeen
- Kak Reenaz
- Zety Zin
- Mirah
- Intan Mama Hadif
- Hanie Mummy Harraz and Khayra
- Kak Ai
- Azzamoro
- Sharhanah
- Catlina
- Lin mama Qaisara
- Kak Miela77
- Isabelle
- Elyn
- Ema mama Yasmeen
- Nieza (Aqil & Damia)
- Yana Ibu Ammar
- Mama Nur Umairah Qarirah
- Suhida
- Ummu Muhammad Tasneem
- Cikpid (da kena tag da)
- AiYa
- HappyIrfa
- Farahsyeefa
- Kak Faridah Salim
- Anasfadilah
- Marsha mommy Qila
- Eina Mommy Aira
- Elissmie
- Puteri1
- Mamaelly
- Mrs K
- Applecrux
- Farah mama Afif
- Yatiey Chomeyl
- Alyyani mama Nia
- Adieaniz
- Adex Aieda
- Izzahazfar
- Yaya mommy Adam
- Erni ibu Eishah & Yusuf
- Fazmila
- Wana mama Izz
- Munirah Triplets + 1
- pu3cute
- Nina Ummi Damiea Al-Husna
- Mayra Solace
- Mama Ilhams
- Mommy Eryssa Qiestina
- Drama Mama
- Ummi Husna
- Fiezwan Syakil
- Mrs Imran
- Shiela mama Faish
- Nieza Ishak
- Leen Die
- CT Fariza
- Mommy Tia Mia
- Ibu Arifa
- Mummy Miera & Haikal
- Jue mama Iman
- Ena mommy Daniel Adam
- Izan Ishak
- Fieza Mamacun
- MelissaAziezul
- Wuzz In
- Adwindaa
- Ummi Zulfaqar Rayyan
- MamaDhiyya
- YanaDzul
- Mel Mommy Mika
- IEM
- Tini
- Ummi Damia' Rujhaa
- DiyanaZulkifli
- Ita Mama Raisha
- Tiara mommy Ayra
- Puterikurekure
- Wanie Putra
- Syaz mama Iman
- IbuVouge
- Mama Auni Firdina
- Watie Aziz
- Mommy Aqeel Aqeef
- Adisufina
- E-nazz
- Adinina
- Dan semua yang dalam my blog list la.. Penat da type ni..
Friday, November 13, 2009
Hari yang tenang..
Hari ahad yang lalu, merupakan hari yang biasa bagi kami sekeluarga.. Kami sepatutnya ke kelas ganti Rayyan Ariff namun hubby bagaikan keberatan kerana sudah lama kami tidak berehat-rehat sahaja di rumah. Memandangkan kami telah menghadiri kelas pada hari sabtu, saya mengikut sahaja. Kasihan juga pada hubby. Bekerja pada hari biasa dan sibuk dengan permintaan kami pada hari minggu.
.Makanya, kami bermalas-malasan sahaja di rumah. Paginya, saya menyediakan sarapan sementara hubby menjaga Rayyan Ariff. Lebar sahaja senyum di wajah hubby walaupun hidangannya cuma nasi goreng, telur mata dan ulam-ulaman. Mungkin kerana sudah agak lama kami tidak bersarapan dengan tenang sebegini. Maklumlah, terkejar-kejar dengan banyak perkara.
.Seharian di rumah, petangnya kami keluar sekadar untuk mengisi perut. Kami ke Kenny Rogers berdekatan Ampang Point. Hmm.. Perkhidmatan yang sungguh mengecewakan! Sudahlah makanannya sejuk, sos cili tiada, air suam pun tiada.. Terpaksa Ian minum susu dengan air mineral sebab mama tak bawak air panas.. Ingatkan nak gi tempat makan takyah la bawak segala mak nenek!
.
Sewaktu Rayyan Ariff belum kuat untuk duduk sendiri, saya sering ternanti-nanti tibanya saat untuk dia duduk di high chair setiap kali kami di mana-mana restaurant. Sering berdoa dan meminta kepadaNya..
.
Dan kini, walaupun sudah bisa duduk sendiri, anak manja saya tetap mahu duduk dipangkuan mamanya!! *sigh*
.Apabila diletakkan di high chair, tahannya hanya seminit dua. Selepas itu, berhamburanlah tangisannya minta diangkat!
.
.

Agak lama dipangkuan, Rayyan saya pindahkan ke stroller.. Rattle pada strollernya mampu membuatkan dia 'sibuk' seketika...
Rasanya, hal yang sama mungkin juga berlaku apabila Rayyan Ariff bisa berjalan nanti. Masih tetap mahu didukung dan dipeluk.. Sungguh anak ini manja.. Bak kata teman sepejabat saya minggu lalu, Rayyan Ariff cukup pandai menunjukkan sifat-sifat memanjakan dan ingin dimanjakan. Gerak lakunya mencerminkan segalanya..

Namun harus saya akui, seiring dengan peningkatan usia Rayyan Ariff, kemajuan yang ditunjukkannya sedikit sebanyak membantu. Contohnya, sewaktu mahu mengunci pintu. Saya hanya perlu meletakkan dia berdiri di bawah sementara kedua tangan saya sibuk mengunci pintu.
.
Sebelum Rayyan mampu berdiri sendiri, saya seringnya terkial-kial membuka atau mengunci pintu dengan sebelah tangan. Manakala sebelah tangan lagi mendukung Rayyan Ariff yang seberat 9kg. Penat.

Begitu juga apabila mahu membuat susu untuknya. Kalau dulu, tidak mungkin untuk membuat susu sambil mendukung anak itu. Kedua-dua belah tangan diperlukan untuk menyokong badan dan lehernya yang belum kuat. Dan kini, sebelah tangan saya mendukung Rayyan ARiff sementara sebelah tangan lagi, membancuh susu untuknya.. =)
.
Tidak sabar rasanya mahu menunggu Rayyan Ariff boleh berjalan walaupun tidak pasti bilakah masanya akan tiba. Pastinya lebih mudah dengan hanya perlu memimpin tangannya ke sana dan ke mari.. Walau banyak waktu, anak ini mungkin tetap mahu didukung mama! =)
.
P/s - Ayah ada, tapi tetap pilih mama..=P
.
P/s - Ayah ada, tapi tetap pilih mama..=P
Thursday, November 12, 2009
Wednesday, November 11, 2009
Redhakah hati? Atau sekadar melepaskan seketika?
Semalam hari yang agak sibuk untuk kami. Bermula dengan temujanji audiologi dan diikuti dengan fisioterapi. Pada sesi fisioterapi, Rayyan Ariff seperti kebiasaannya, tidak pernah mengecewakan. Badannya lebih tegak apabila berdiri. Malahan, dia berdiri sambil tersengih-sengih dan menepuk-nepuk tangannya sewaktu diletakkan di atas balance board. Moodnya cukup baik.
.
To make my backbone stronger! =)
I'm standing happily on the balance board.. =)
Nape la dia ni sibuk dok suh aku berdiri kat dinding neh?? Pelik la mokcik neh!.
Tentang audiologi, kami memang sedia maklum bahawa cepat atau lambat, Rayyan Ariff perlukan alat bantu pendengaran untuk membolehkan dia mendengar dengan lebih baik dan jelas. Dan hari ini, audiologist yang bertugas telah menerangkan tentang alat tersebut , dan pilihan jenama yang ada dengan lebih jelas.
.
Kami juga sudah memperolehi sebut harga untuk alat tersebut. Jumlahnya, RM8600.00. Sejujurnya, jumlah ini agak besar dalam keadaan kami yang baru sahaja membeli dan mengubahsuai rumah. Ditambah pula dengan saya yang masih bercuti tanpa gaji. Namun seperti kebiasaannya, apabila ianya keperluan anak-anak, kita sebagai ibubapa akan sedayanya mencuba yang terbaik bukan? Moga dipermudahkan segala urusan.. Aminnn.. Selamat tinggal Cherating.. Selamat tinggal Bandung.. :P

Kami membincangkan tentang pemakaian dan penjagaan alat tersebut. Sungguh saya runsing. Saya tahu tahap kerjasama anak saya. Memang akan susah pada permulaannya. Tambahan dengan sikap Rayyan Ariff yang suka membaling barang, saya risau jika sesuatu yang mahal itu rosak sebegitu sahaja.

Sewaktu tidur, alat itu haruslah dibuka. Begitu juga apabila mandi. Apabila melakukan aktiviti luar yang lasak, alat itu harus ditanggalkan juga. Bateri perlu ditukar dua minggu sekali. Dan acuan pada telinga juga harus ditukar seiring dengan tumbesaran si pemakai. Tidak tahu mengapa, namun saya membayangkan kerumitan dan kos yang bukan sedikit di sini.

Kebiasaannya, alat itu akan disangkut pada cuping telinga. Namun bagi kes anak-anak kecil, ianya mungkin tidak semudah itu. Mungkin akan dipasang cangkuk pada bahagian belakang untuk mengelakkan alat itu dari terjatuh.
.
Saya termenung panjang sepanjang perjalanan pulang. Cuba untuk berbual dengan adik lelaki saya yang sedang memandu namun hati tetap tidak keruan. Sudahnya, saya pejamkan mata dan tidur sahaja.
Saya termenung panjang sepanjang perjalanan pulang. Cuba untuk berbual dengan adik lelaki saya yang sedang memandu namun hati tetap tidak keruan. Sudahnya, saya pejamkan mata dan tidur sahaja.
.
Kalau diberikan pilihan, saya rela andai sebelah pendengaran saya diberikan kepada Rayyan Ariff. Biar dia tidak perlu bergantung pada alat itu. Biar pergerakannya tidak terbatas. Lantas hati saya berkata, mungkin selama ini saya tidak pernah redha. Hanya melupakan seketika dan apabila perkara ini dibangkitkan kembali, saya menjadi tidak keruan.

Saya mahu Rayyan Ariff seperti anak-anak lain. Walaupun Rayyan Ariff tergolong dalam golongan anak istimewa, namun fizikal dan tingkah lakunya membuatkan dia hampir tiada beza dengan anak-anak lain. Ke mana sahaja dia pergi, senyuman dan raut wajah comelnya pasti menarik perhatian.

Hari ini, sewaktu di hospital sahaja, banyak mulut memuji-muji Rayyan Ariff. Banyak tangan yang mengusap-usap pipi mulus Rayyan Ariff. Dan Rayyan Ariff mengundang tawa beberapa lelaki dan wanita di dalam lif apabila dia memandang mereka dengan senyuman, dan menganggukkan-anggukkan kepala tanda menegur mereka. Comel.

Sebolehnya saya mahu keadaan ini kekal. Walau tahu wajah comelnya tidak akan berubah, namun tidak perlu menafikan hakikat.. Kerana saya cukup pasti apabila adanya alat asing pada telinga dan kepala Rayyan Ariff, tiada lagi senyuman dan teguran ikhlas untuknya. Hanya akan ada simpati. Hanya akan ada kasihan.

Kenapa saya katakan sebegini? Kerana ini adalah kenyataannya. Selagi mereka tidak tahu tentang Rayyan Ariff, mereka melihatnya dengan pandangan biasa. Namun sebaik mengetahui kisah Rayyan Ariff, yang sering terpacul dari mulut mereka, “Kasihannn.. Tuan empunya badan bukan main handsome..” Ini kenyataan yang sering saya terima.

Saya tidak pernah malu dengan hakikat ini. Saya tidak pernah mahu menyorokkan keistimewaan Rayyan Ariff. Cuma saya ralat apabila teringatkan hakikat Rayyan Ariff yang terpaksa menghadapi pandangan mata masyarakat yang mungkin melukakannya.. Ralat kerana saya sebagai seorang ibu tidak dapat melindungi anak ini!

Setelah direnung sedalam-dalamnya, saya tahu.. Apa yang ada di dalam hati saya bukan tidak redha. Saya hanya manusia biasa. Usai perbincangan, saya hanya perlu sedikit masa untuk menerima. Dan hari ini, saya kembali seperti sedia kala. Gerimis di hati sudah berlalu. Membandingkan segala perkhabaran buruk yang diberikan kepada kami dahulu, Rayyan Ariff yang ada dengan kami pada hari ini adalah satu bonus. Satu rahmat yang sepatutnya tidak menjadi milik kami namun tetap dianugerahkanNya. Syukur.

Dan saya mengingatkan hati, agar jangan terlalu merenung bulan di langit sehingga terlupa pada rumput menghijau yang dipijak! Mungkin, dengan sabar, suatu hari nanti Allah SWT akan menghadiahkan kami dengan keupayaan mendengar tanpa bantuan buat Rayyan Ariff.. Siapa tahu bukan? =)

P/s – Kata dia : Kamu kuat. Saya kagum dengan kamu. Kalau saya ditempat kamu, belum tentu saya akan mampu lakukan apa yang kamu lakukan.
P/s – Kata dia : Kamu kuat. Saya kagum dengan kamu. Kalau saya ditempat kamu, belum tentu saya akan mampu lakukan apa yang kamu lakukan.
.
Kata saya : Tiada apa yang saya lakukan. Saya hanya berjalan di atas landasan takdir yang ditentukanNya. *Senyum*
Kata saya : Tiada apa yang saya lakukan. Saya hanya berjalan di atas landasan takdir yang ditentukanNya. *Senyum*
.
Kata hati : Saya tidak pernah ingin menjadi kuat. Andai diberi pilihan, saya hanya mahukan hidup yang biasa.. Di atas jalan yang rata..
Biarlah.. Kerana nyatanya, jalan ini tetap memberi bahagia.. *Masih senyum*

Tuesday, November 10, 2009
He loves to sing his own song.. =P
Setiap kali dibawa masuk ke bilik air untuk dimandikan atau dibersihkan badannya, Rayyan Ariff akan mengeluarkan bunyi-bunyian yang berirama. Setelah beberapa kali, tahulah saya bahawa ianya satu bentuk 'nyanyian' kegembiraan kerana seperti anak-anak lain, dia memang suka bermain air.
..
Rakaman setelah bebe rapa ketika Rayyan Ariff mandi. 'Nyanyian' kebiasaannya agak kuat hanya pada permulaan sahaja.. Kalau nak record mula2 susah la.. Sape nk bwk Ian masuk tub?? :P
Rakaman juga dibuat secara sembunyi.. Kang nangis plak bila tgk mak dia! Setiap kali Ian mandi, dibelakang inilah saya berdiri menjadipemerhati.. Risau woo.. =P
.
Caught in the act, selalu sangat tendang-tendang TV mama!.
Besides being a happy baby, Rayyan Ariff is also getting better at using his feet.. Masih lagi agak sensitif, tetapi tidak seteruk dulu. Sekarang, dia mula menjelajah di dalam rumah dengan menggunakan walkernya, menarik wayar telefon, bermain dengan langsir, menekan butang TV dan banyak lagi.
.
Penggunaan kakinya tidak terhad di dalam walker sahaja. Ianya seperti tangan kedua buat Rayyan Ariff. Kalau mahu mengambil sesuatu, dia akan menguis-nguis dengan kaki sebelum mencapai dengan tangannya. Walaupun barang tersebut hanya dekat jaraknya.
.
Paling kelakar, pernah tangan kanannya memegang botol susu yang sedang di hisap sambil tangan kiri bermain rambut.. Kaki kiri pula 'memegang' sebelah lagi bahagian botol susu!
.
Itu bukan kali pertama. Pernah saya saksikan, Rayyan Ariff menggunakan tangan kanannya untuk menggaru telinga yang gatal. Tidak cukup dengan tangan, dengan kaki pula telinga itu digaru! Aduh anak.. Manusia tak garu guna kakilah! Tetttt!
.
Kebiasaannya juga, kalau kita bermain-main dengannya, dia akan mengusap-usap perlahan pipi kita. Kini, melangkah lagi setapak ke hadapan, mengusap dengan kaki! Tentu sekali saya akan menegur perbuatannya!! Sangat tidak sopan..
.
P/s - Dulu nak sangat dia guna kaki, skrg dah guna, byk plak benda pelik yang dia buat.. :P

Subscribe to:
Posts (Atom)