Weekend yang biasa kerana kami tidak ke mana-mana.. Menghabiskan sepanjang waktu sesama sendiri sahaja. Hubby tidak dirumah kerana memenuhi tuntutan kerjanya. Adik saya pula meminjam kereta saya untuk berdating.. **Gila dating 2 hari berturut-turut!!**
.
Petang jumaat lalu, Kaka (owh, nama kereta saya adalah Kaka ~ Bukan Qaqa at Tamimi anak Amy Search~) saya bawa ke bengkel untuk diservis kerana penghawa dingin tiba-tiba sahaja tidak berfungsi.. Nasib baik hanya talinya yang putus maka hanya RM25.00 yang dibelanjakan untuk Kaka.. =).
Tokei : Apa pasat?
Saya : Uncle, aircond tak panas la..
Tokei : Aircond talak sejuk wooo.. Mana ada panas..
Saya : A'ah ye la tu uncle.. *malu sendiri*
.
Rayyan Ariff agak moody di rumah.. Mungkin kerana kebosanan. Semalam, apabila ayahnya pulang, dia membawa Rayyan Ariff bersiar-siar menaiki kereta. Sudahnya mengamuk tidak mahu turun kerana belum puas.
.
Hari ini pula, saya membawa Rayyan Ariff bersiar-siar sekitar kawasan kondo sahaja. Apabila masuk sahaja ke dalam rumah, dia menangis lagi kerana masih melum puas. Apabila saya membuka tudung, raungannya makin galak kerna maklum bahawa tiada lagi peluang untuk bersiar-siar.. ~@See how he relates it ~ mama pakai tudung = we'll be going out. Mama bukak tudung = no more jalan2.. :P @~
Hari ini saya bangun agak lewat. Bibik yang menguruskan Rayyan Ariff. Mengantuk kerana semalam saya tidur melepasi jam 4 pagi kerana bercerita bersama-sama BFFs selepas menonton Chucky, sambil menikmati burger Mekdi *Okeh, gemuk lagi di situ, tapi hati happy*
.
.
Hmm.. Ramai diantara rakan-rakan saya yang mengikuti blog ini tanpa pengetahuan saya. Setelah berjumpa kembali setelah beberapa lama, barulah saya tahu mereka merupakan antara silent reader KernaKasihKita.
.
Ok, at least it save me some times if I were to be asked about Rayyan.. Tapi yang tak syoknya, terasa seperti kurang sedikit modal yang ada untuk dibicarakan. Contohnya:
Situasi 1
Saya : Ni, ko gerak dulu la.. Aku nk tengok buku utk Rayyan. Dia suka buku..
Kawan 1 : A'ah betul.. Aku ada baca dalam blog ko..
*Okeh, kurang umphhh di situ*
Situasi 2
Kawan 2 : Wehh.. Bila nk tambah baby?
Saya : Relaks la dulu.. Yang sorang ni pun tak puas gomol lagi..
Kawan 2 : Sudahlah ko.. Aku baca blog ko kata memang ada niat nak menambah..
Saya : Hah, ko baca blog aku eh.. Hampeh betul..
*Okeh, makin kurang umphh.. Gelojoh beb!* :P

Dan situasi yang seterusnya, sudah malas mahu menaip.. Terasa diri seperti opened book.. What about you guys??
P/s - Notice tak entri saya kebelakangan ini agak 'kureng'.. Sungguh angin untuk menulis itu hilang. *sigh*
P/s - Notice tak entri saya kebelakangan ini agak 'kureng'.. Sungguh angin untuk menulis itu hilang. *sigh*