Tuesday, May 11, 2010

Hadirnya menyemarakkan hidup kami..

Alhamdulillah, esok, genap dua tahun Rayyan Ariff bernafas di muka bumi Allah SWT. Dalam tempoh dua tahun ini, pelbagai pahit getir yang telah dilaluinya.. Namun dia kekal kuat.. Kekal menjadi penyuntik semangat untuk kami terus melangkah.
.
Hari ini, saya membawa Rayyan Ariff ke NICU PMC untuk bertemu dengan “makcik-makcik” yang pernah menjaga dan merawatnya dahulu. Telatah Rayyan Ariff mencuit hati mereka dan mereka juga gembira dengan apa yang dicapainya kini.
.
“Ada sorang yang macam Rayyan kat sini..” Kata salah seorang daripada mereka.
“Oh ada ke? Excited nya..” Saya menjawab sambil tersenyum.
“Bukan, dia lain lah.. Rayyan lagi teruk daripada dia..” Tambah yang seorang lagi sambil menyambung tentang diagnosis anak itu.
.
Perkataan “teruk” itu benar-benar membuat saya terfikir, bahawa suatu waktu dahulu, keadaan anak saya adalah lebih dari apa yang saya tahu, lebih dari apa yang saya jangkakan. Dan yang pasti, mata mereka yang memerhati juga melabelkan anak saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya nampak atau mungkin sengaja saya abaikan.
.
Bersama Rayyan Ariff setiap hari, membuatkan dia begitu biasa di mata saya. Bersama Rayyan Ariff sedari detik kelahirannya membuatkan dia begitu normal di mata saya. Mungkin kasih sayang telah membutakan mata hati saya untuk menilai segalanya dan menentukan halatujunya.
.
Kini, sedarlah saya bahawa suatu waktu dahulu, segala yang ada pada Rayyan Ariff adalah dipenuhi dengan pelbagai ketidakpastian dan ketakutan. Rupa-rupanya, orang-orang yang berada di sekeliling kami memandang dengan kegusaran di hati. Dan setelah melihat Rayyan Ariff pada hari ini, barulah mereka berani meluahkan sesuatu yang tersimpan sejak sekian lama.
.
Mungkin itu lumrah. Apabila kita melihat seseorang di dalam kegusaran, kita akan berkata “It’s ok. Things gonna be ok..” Walaupun kita yang berkata-kata itu tidak pernah pasti dengan segalanya, namun perlu ada sesuatu yang menenangkan yang harus kita zahirkan.
.
Dan saya juga tidak terkecuali. Cuba menjadi ‘ubat penenang’ selagi termampu. Kerana saya percaya, keajaiban itu ada di mana-mana.. Yang penting, kita tidak pernah putus harapan untuk memohon kepadaNya!
.
Ya Allah, kekalkan segala kebaikan dan nikmat yang engkau berikan kepada Rayyan Ariff untuk selamanya Ya Allah! Dan berikanlah nikmat yang sama buat teman-teman Rayyan ARiff juga Ya Allah.. Aminnnn..
.

Hari ini juga, saya membawa Rayyan Ariff bertemu dengan ophthalmologist. Dan sekali lagi, mata Rayyan Ariff diperiksa dengan cara yang sangat menakutkan sehinggakan saya tidak sanggup melihatnya.

"His eyes is not as shaky as before. I mean, it doesnt move that frequent anymore."

Sesuatu yang baru juga bagi saya. Rupa-rupanya, mata Rayyan Ariff tidaklah sebaik yang saya sangkakan. Tidak pernah ada di dalam pengetahuan saya bahawa bola mata Rayyan Ariff bergerak-gerak. Namun Alhamdulillah, saraf matanya OK. Menurut doktor, mungkin dia mempunyai sedikit masalah penglihatan apabila saya rujukkan tabiat Rayyan Ariff yang suka menonton TV dalam jarak yang dekat kepada doktor itu.

Kata doktor lagi, 6 bulan dari sekarang, satu lagi ujian akan dilakukan untuk menentukan sama ada dia memerlukan cermin mata ataupun tidak. "His eyes will not be like a normal person's eyes.." Hati saya cuma tersenyum tatkala mendengar ayat itu. Selagi dia dapat melihat, itu sudah cukup besar bagi saya. Semoga ia kekal begitu.

"I'll be surprised if there's nothing wrong with his vision.." Ini juga kata-kata doktor itu setahun setengah yang lalu. Dan ayat itu juga, saya benamkan sahaja ke lubuk hati yang paling dalam. Kerana saya masih mahu menjadi saya, hidup dengan menikmati segalanya selagi termampu. Mungkin kerana itu kami dapat bertapak sehingga sejauh ini.. Kerana kami memilih untuk melepaskan..

P/s - Normalkah saya apabila saya juga memakai cermin mata? =P

Sunday, May 9, 2010

The one who made me a mother..

"The mother's heart is the child's schoolroom." - Henry Ward Beecher
Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu..
=)
.
The one who made me a mother!
.
Untuk sambutan hari ibu, kami cuma ke Johnny's di JJ Wangsa Maju.. Hmm, saya tertanya-tanya, siapa yang disambut? Kerana sedang Encik Hubby sibuk makan,saya berperang melayan kerenah tuan kecik yang tidak habis2 mahu berjalan. Tidak mahu duduk langsung. Ok, siapa yang diraikan di sini?

Saturday, May 8, 2010

Tentang diagnosis dan prognosis..

Hari isnin yang lalu, sekali lagi saya berpeluang menjenguk Alanna Qish di hospital. Hati cukup terhibur tatkala Alanna tersenyum-senyum apabila diagah oleh daddy nya. Sedang saya, asyik bercerita dengan mummy Alanna.
.
Untuk kesekian kalinya, kami berbincang tentang diagnosis sakit Alanna dan prognosis yang diberikan doktor. Berbicara tentang pilihan yang ada dan sama ada keputusan yang diambil adalah tepat atau pun tidak. Sejujurnya, saya kehilangan bicara untuk memberi kekuatan kepada mummy Alanna. Yang ada untuk saya tenteramkan hati ibu yang gundah gulana adalah ungkapan jangan putus harapan.. Itu sahaja..
.
Mungkin ramai yang telah tiba ke blog Alanna Qish dan mengetahui diagnosis dan prognosis kondisi anak comel itu. Menurut doktor, hayat Alanna mungkin tidak akan lama. Sampai bila? Tidak ada siapa yang dapat memberikan tempoh waktu yang pasti kerana semuanya di tangan Dia..
.
Saya minta Mummy Alanna; Ayu untuk membiarkan sahaja persoalan berapa lama itu.. Kerana kita takkan dapat menemui jawapannya. Walaupun kita berlari ke hujung dunia sekalipun, jawapannya tidak akan dapat kita temui.
.
Yang ada untuk kita hanyalah untuk hidup seadanya selagi kita punya waktu dan kesempatan. Anak yang sihat walafiat juga mungkin akan pergi apabila tiba ajalnya walaupun mediumnya tidak kita ketahui.
.
Namun yang menjadi kesakitan di dalam kisah ini adalah kerana kita diberitahu bahawa kita akan kehilangan. Kita dimaklumkan tentang hakikat perpisahan yang bakal menjelma walaupun kita tidak tahu bila.
.
Hati ini sedikit tersentuh apabila Ayu mengulangi kisah Rayyan Ariff. "Biarlah kan.. Doktor boleh membuat apa sahaja ramalan. Tuhan yang menentukan. Lihatlah Ian.. Takde sel otak pun masih boleh hidup.." Berkali-kali Ayu mengulangi kata-kata ini. Dan beberapa persoalan juga diutarakan untuk mengetahui sama ada Rayyan Ariff punya ruang untuk deteroriate ataupun tidak.
.
Waktu itu, yang ada di dalam hati ini adalah, "Kalau kisah Rayyan Ariff bisa menyentuh banyak hati, bisa menjadi pegangan buat mereka yang berada di dalam medan perjuangan yang sama, mengapa aku perlu takut untuk bercerita secara menyeluruh? Kalau semangat yang ada pada Rayyan Ariff mampu dirasai oleh mereka-mereka yang memerlukan, mengapa aku harus bimbang untuk bercerita?"
.
Mungkin sudah tiba waktunya untuk saya bercerita tentang diagnosis dan prognosis Rayyan Ariff. Mungkin sudah sampai masanya kami mengenengahkan kisah ini buat teladan dan pegangan mereka-mereka yang memerlukan. Mungkin sudah tiba masanya saya menjejaki ibubapa yang punya anak dengan diagnosis yang sama dengan Rayyan Ariff. Mungkin. Mungkin.
.
Dalam tempoh hampir dua tahun ini, baru sekali saya membaca kisah diagnosis yang sama dengan Rayyan Ariff di Harian Metro. Namun anak itu pergi di kala usianya mencecah setahun lebih. Dan saya juga menemui beberapa blog ibubapa yang bercerita tentang anak mereka yang mempunyai diagnosis yang sama dengan Rayyan Ariff. Namun kesemuanya milik mat saleh-mat saleh yang bermata biru.. Mungkin ada masyarakat di Malaysia dengan diagnosis yang sama, cuma mereka memilih untuk tidak bercerita, seperti saya!
.
Suatu waktu dahulu, anak ini kelihatan tidak kurang seperti little alien yang super comel.. :P
.
Berbalik kepada persoalan Ayu, sememangnya saya sentiasa di dalam ketakutan. Apa sahaja nikmat yang ada pada Rayyan Ariff hari ini, bisa diambilNya pada bila-bila masa sahaja. Hari ini, mungkin dia kelihatannya sihat dan gembira, namun esok belum tentu. Kerana kegusaran yang sentiasa bersarang inilah menjadikan saya ibu yang mudah sahaja di landa kegusaran. Sakit sedikit sahaja, sudah bekejaran ke hospital. Muntah sedikit sahaja, buat saya bergegas ke unit kecemasan hospital.
.
Kerana Rayyan Ariff bergantung kepada alat luar untuk menyokong kehidupannya. Maka saya jadi takut. Takut yang teramat. Bimbang sekiranya alat itu berhenti berfungsi dan memberi lebih kemusnahan kepada Rayyan Ariff. Fobia. Itulah kata yang sesuai untuk saya. Kerana itu saya teramat takut apabila Rayyan Ariff jatuh sakit. Hatta demam yang sedikit sekalipun buat saya tidak keruan. Moga dijauhkan dari segalanya dan semoga Rayyan Ariff terus berada di dalam linkungan rahmatNya..
.
Sesungguhnya, hakikat kegusaran ini tidak sedikit pun membebani kebahagian kami. Kerana kami, memilih untuk melalui hidup seadanya. Menikmati hari ini dengan sepenuhnya agar kami tidak punya kekesalan di kemudian hari. Dan yang pasti, terus memberikan yang terbaik selagi termampu.. Hanya ini yang dapat kami lakukan.
.
Di saat entri ini ditulis, Alanna Qish sudah pun berada bersama Daddy, Mummy dan abangnya, Syafil Nadime.. Mungkin hati ibubapanya akan terus dilanda kegusaran yang sama, namun nikmat kebahagian itu pastinya tidak akan terjejas kerana Alanna Qish yang bersemangat waja sudahpun pulang untuk berada di pangkuan keluarganya..
.
Dan saya, mungkin sudah menemui kekuatan untuk bercerita tentang Rayyan Ariff secara menyeluruh.. Andai benar kisah anak kecil ini mampu memberikan kekuatan kepada mereka yang lain. Mungkin.

Thursday, May 6, 2010

Teruslah mengorak langkah semahumu anakku..

Fikiran tidak menentu sejak kebelakangan ini dek kerana penangan perkara-perkara yang tidak berada di bawah kawalan saya. Agak tertekan, namun saya memutuskan untuk melepaskan sahaja segalanya. Hidup ini singkat, maka tidak perlu saya bebankan otak dengan rasa hati yang tidak menerima. Biarlah.. Tuhan ada bersama hambaNya yang redha..
.
Banyak cerita yang tertangguh. Khabar tentang Alanna Qish. Kisah tentang percutian singkat superfamilies ke Teluk Senangin, Perak. Dan cerita wajib, iaitu tentang Rayyan Ariff.
.
Rayyan Ariff sekarang ini, sibuk mahu berjalan sahaja. Tidak mahu didukung. Yang penat adalah orang-orang yang perlu menuntun tangannya kerana dia masih belum bisa berjalan sendiri. Namun sesuatu yang saya perhatikan, kawalan badannya semakin baik apabila dia berjalan. Mungkin kerana banyak 'berlatih'..
.

Anak bujang saya yang semakin membesar. Seringnya saya merasakan dia masih bayi, namun melihat gambar ini, sedarlah saya bahawa dia sudah di tahap 'abang-abang'.. *sigh*

Rayyan Ariff dan Puteri Maryam Sophia.. Saya tidak tahu apa yang mereka katakan. Namun omelan mereka di dalam bahasa mereka yang tersendiri cukup mencuit hati! =)
.'Latihan' berjalan.. Berpeluh-peluh Mak Eiy yang setia memimpin tangan Rayyan Ariff
.Waktu ini gerimis.. Namun Rayyan Ariff menangis-nangis tidak mahu didukung. Mahu berjalan sahaja.. Seriously, he looks like a big boy.. =)
.
.Tengoklah aksi Tuan Rayyan Ariff.. He cant even stand still to take photo.. Cuteness!
.
Ada waktu saya merungut meminta Rayyan cepat-cepat berjalan sendiri kerana agak penat melayan kerenahnya. Namun cepat-cepat saya tersedar. Ambillah masa selama mana mahumu nak.. Kerana apabila kamu membesar terlalu cepat, mama pastinya akan merindui saat-saat ini. Saat-saat di mana kamu memerlukan kami untuk melakukan setiap sesuatu.
.
Apa yang ada itu terlalu sebentar untuk dikecapi. Dulu, mahumu di dukungan sahaja. Namun kini tidak lagi.. Mungkin apabila tiba waktunya nanti, kamu juga tidak mahu dipimpin lagi. Maka, biarlah mama menikmati saat-saat ini seadanya.. =)
.
Tentang Alanna? InsyaAllah dia akan kembali bersatu bersama keluarganya yang tercinta hari ini. Pulang untuk meneruskan perjuangannya bersama Mummy, Daddy dan Abg Nadime. InsyaAllah, semoga mentari kan terus bersinar untukmu anakku.. Selamanya..
.
Cerita Alanna akan saya sambung di entri seterusnya..
.
Pic credit to ShahZuraHabib.

Monday, May 3, 2010

Melihat dia yang semakin membesar..

Suatu waktu dahulu, pernah saya suarakan niat mahu membeli corner chair buat Rayyan Ariff. Corner chair adalah kerusi yang dibuat khas untuk menyokong duduk anak-anak istimewa yang punya limitasi untuk berbuat demikian.
.
Saya sudah pun menelefon HUKM dan meminta sebut harga untuk alat tersebut. Harga minimum RM650 dan ianya bergantung pada saiz dan jenamanya. Ini adalah salah satu contoh corner chair yang terdapat di pasaran.
..
Lalu saya tanyakan pendapat Sarjit sebelum membeli alat itu. "I think corner chair is not suitable for Rayyan. His body tone is not that bad and I dont think he will have much problem physically.."
.
Kata-kata itu benar. 2 bulan mengikuti sesi fisioterapi dengan Sarjit, Rayyan Ariff sudah mampu untuk duduk sendiri. Alhamdulillah..
.
Dan lihatlah dia kini..
..
Bagaikan kanak-kanak besar apabila berada di meja kepunyaannya sendiri!!
Comel!!
=)

Sunday, May 2, 2010

Pulang saya bertemankan dia...

Hari jumaat, kesesakan lalu lintas agak teruk.. Mungkin kerana saya keluar dari pejabat sewaktu jam menghampiri jam 540pm.. Timing yang agak tidak sesuai untuk bergerak pulang pada hari jumaat namun saya terpaksa kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum bergerak ke Teluk Senangin keesokan harinya.
.
Keputusan yang dibuat untuk menyertai gathering superfamilies di Teluk Senangin dibuat pada saat-saat akhir. Pertamanya kerana hubby tidak turut serta. Keduanya, Rayyan Ariff masih bersisa sedikit selsema, dan ketiganya, puteri bongsu kami iaitu Alanna Qish masih bertarung di HKL.
.
Oleh kerana itu, segala persiapan bermula dari membeli-belah sehinggalah ke bekalan makanan, semuanya harus diselesaikan pada sisa hari jumaat yang sedikit itu. Maka saya gigihkan diri untuk keluar dari pejabat pada jam 540pm walau maklum itu adalah peak hour.
.
Kesesakan jalanraya agak teruk. Namun sepanjang memandu, saya hanya tersenyum apabila melirik ke arah tempat duduk penumpang.. Kerana saya pulang bertemankan dia..
.
~Masih tersenyum sehingga sekarang~
.
Kejutan yang pada saya agak kurang menjadi namun masih pada tahap yang sangat memuaskan.. =)
.Fluffy teddy and red roses.. Owh Alimin, sayang kamu! ~@sweet sampai pengsan@~
.
Sewaktu ia dihantar, saya sudah keluar untuk makan tengahari. Dan sebelum saya pulang ke pejabat, saya sudah mengetahui kiriman 'hadiah' ini melalui teman yang berada di pejabat. Gerak hati menyatakan bahawa ianya pasti kiriman bunga. Maka itulah saya katakan ianya satu kejutan yang tidak menjadi.
.
Namun apabila melihatkan bukan hanya bunga, malah terdapat seekor beruang kecil berwarna putih mulus itu! Owh, hati kembali berbunga riang.. Serius, dalam hati ada taman!! :P