Friday, November 19, 2010

Duduk bertenggek di tepi katil..

Pukul 1230am, masih bertenggek tepi katil main kipas!
.

Pagi ni, Mama jadi Zombie..
:P

Wednesday, November 17, 2010

Selamat hari raya korban..

Aidil Adha kami di rumah PIL di Rawang..
Tidak banyak aktiviti; sedari malam raya cuma makan, tengok TV, berbual dan ulang acara yang sama sampai bertolak balik ke Ampang petang tadi..
.
Mengekek ketawa dengan Ayah Chik..

'Recharge battery' dengan Bibik Paridah..

Rayyan Ariff + Wan + His cousins

Senyum memanjang..
The best part masa kami mula-mula sampai di Rawang, saya pimpin tangan Rayyan Ariff menuju ke pintu rumah PIL. Baru dua tiga langkah, Rayyan Ariff pusing balik ke kereta sambil nangis.. Terus dia mengatur langkah kecil ke arah ayahnya yang berdiri di tepi kereta sambil berkata, "Oomm.. Omm.. Omm.." Read: Vroom.. Vroom.. Vromm = Jom naik kete..
.
Nampak sangat sudah lama Rayyan Ariff tidak ke Rawang sehinggakan dia 'terlupa' itu rumah atuk dan neneknya.. Semenjak dia sakit tempohari, hanya atuk dan uwannya sahaja yang datang ke rumah kami.. Beberapa kunjungan kami ke Rawang sebelum ini juga adalah tanpa Rayyan Ariff kerana dia sedang sakit..
.
Dan setelah dia kembali sihat, kami masih belum berpeluang ke sana kerana hari sabtu seringnya dipenuhi dengan sesi terapi dan banyak waktu, ayahnya pula tiada pada hari ahad.. 
.
Pulang dari Rawang, kami singgah sekejap di rumah kakak ipar saya di Bangsar..  Sekali lagi, acara menjamu selera.. :P
.
Tiba sahaja di Ampang, masing-masing berehat seketika sebelum bersiap untuk ke rumah  kakak saya di Kajang. Tatkala itulah saya perasan bahawa selsema Rayyan Ariff yang muncul semenjak tengahari tadi semakin teruk. Matanya merah dan kelihatan berair dan badannya mula dedar..
.
Terus sahaja saya memberikannya ubat dan menelefon kakak saya memaklumkan bahawa kami tidak dapat ke sana. Setelah seketika, tiada tanda-tanda ianya semakin OK. Malahan, mood Rayyan Ariff juga mula ke laut. Mungkin kerana tidak selesa.. Makanya tadi, saya tidurkan dia seawal jam 830pm.. Biar dia mendapat rehat yang secukupnya..
.
Rayyan Ariff dan ayahnya sama-sama kembali diserang demam selsema. Harapnya tidak berlanjutan.. Kalau tidak, segala sesi terapi akan terhenti seketika.. Hmm.. Tuan Kecik dan Tuan Besar ni nampaknya perlu mandi bunga.. :P
.
Tuan Besar memang liat mahu mengambil Vitamin C.. Tuan Kecil pula memang tidak sukakan Scotts Emulsion.. Iyelah, kalau sudah 4-5 jenis ubat dan vitamin setiap hari, jemulah dia.. Kalaulah dia sudah pandai mengambil chewing tablet.. Ok, kena carik air roselle untuk sang putera dan ayahnya..
.
Hmmm.. Mode sekarang; tak keruan!

Tuesday, November 16, 2010

Macam2 cerita : Tentang keluarga, kawan, cara up traffic blog dan remaja hari ini..

Tajuk dah cover semua. Banyak pula yang berlaku hari ini. Dan semalam pun, banyak cerita yang tak enak ditonton dan dibaca..
.
Cerita semalam,
Cerita Uncleseekers dan Mantan Permaisuri Agong Siti Aishah. Huh, dalam masa sehari, traffic blog boleh up sampai 190,000++ visitors.. Hehehhe.. Ni cara yang sesuai untuk up kan traffic blog. Pendedahan Cinta Syhhh dengan VVIP rupanya, bukan cerita anak sakit atau anak meninggal.. :P
*Acik tanak komen, kang kena ISA, esp bab2 aib orang ni..*
Cerita remaja lempang pengemis.
Cerita remaja dok bercium mulut di khalayak, depan Pavilion lagi.
Hmm.. Risau pula bila tengok Rayyan Ariff... Minta dijauhkan..
Mungkin ini hikmahnya kejadian Rayyan Ariff istimewa sebegini.. Agar dipelihara dari perkara sedemikian.. =)
.
Cerita hari ini,
Cerita keluarga, cerita kawan, cerita anak-anak..
Harap-harap, segalanya boleh di'sterika' agar tidak kusut dan berkedut..
Aminnn..
.
Semalam juga,

Saya 'bersilat' di dapur..
Niatnya untuk santapan keluarga Littlehumblelynn..
Namun belum ada rezeki untuk bertemu..
=)

Tapi mujurlah Nasi goreng kunyit seafood dan ayam goreng rempah ini tidak terbuang..
Licin dek penangan Mak Eiy, Mama Biey, hubby, bibik dan saya..
Alhamdulillah..
Tiada pembaziran..
.
Selamat berhari raya korban buat semua..
*Sedang mencongak bentuk pengorbanan sepanjang tahun ini*
=)

Monday, November 15, 2010

Kalo orang datang tak telefon dulu camner??

Harus saya gabra dan tak bukak pintu!! :P
Ataupun tunggu 15minit dulubaru bukak..
.
Hehhehe.. Sebabnya, tuan kecik suka buat sepah..
Merata rumah, serata ceruk..
.
Kalau apa yang dia tunjuk, sila la ambik n bagi kat dia kalo tanak dengar dia ngamuk..

Oops, handphone dikesan!!

Apa lagi, nangis la coz tak dapat handphone!! :P
Selepas siri kesakitan yang panjang, saya begitu menghargai keadaan Rayyan Ariff yang semakin melasak ini. Saya sendiri lupa bagaimana keadaannya sebelum dia jatuh sakit tempoh hari. Mungkin kerana tempoh sakit yang lama, membuatkan saya tidak dapat mengingati segalanya..
.
Waktu sakit yang berpanjangan tempoh hari juga bagaikan meletakkan harapan mustahil untuk Rayyan Ariff sembuh sepenuhnya dan kembali aktif seperti saat ini. Sejujurnya, waktu itu hati saya disaluti dengan pelbagai ketakutan dan minda ini sarat dengan pelbagai kemungkinan..
.
Syukur Alhamdulillah kerna permata kami kembali bersinar kini.. Terima kasih di atas doa semua.. =)

Sunday, November 14, 2010

Cukuplah sekadar dia jadi "orang".. Pandai urus diri.. =)

Sesi fisioterapi Rayyan Ariff semalam dipenuhi dengan pelbagai cerita yang saya dan Sarjit kongsikan. Ada air mata, ada senyuman dan ada gelak ketawa.. Sungguh saya bersyukur kerna tuhan menghantar wanita yang penuh keihklasan itu ke dalam hidup kami untuk membantu Rayyan Ariff..
.
Dan semalam, kami bercerita tentang keperluan anak istimewa mempunyai adik beradik agar suatu masa nanti mereka punya tempat bergantung apabila ibu dan bapa mereka sudah kembali ke rahmatullah..
.
Saya terdiam, dan saya nyatakan bahawa saya mahu usahakan segalanya untuk Rayyan Ariff. Saya mahu apabila saya tiada suatu masa nanti, dia punya daya untuk menguruskan diri sendiri.. Saya mahu dia punya asa untuk bekerja dan menyara hidupnya sendiri.. Dan tidak bergantung kepada sesiapa.
.
Saya tidak mengukur tahap kejayaan itu pada jawatan yang disandangnya kelak. Untuk Rayyan Ariff, saya katakan padanya, dia tetap insan yang berjaya di mata saya walaupun dia sekadarnya bekerja sebagai pam attendan di stesen minyak sekalipun. Bekerja sebagai kerani di syarikat-syarikat kecil sekalipun. 
.
Kerana kejayaannya yang paling besar ialah untuk hidup. Walaupun pelbagai prognosis buruk diberikan kepadanya, namun dia masih bernafas sehingga kini dan terus-terusan berusaha untuk memperbaiki kualiti hidupnya. Itulah kejayaan.
.
Makanya, saya tidak kisah dan tidak mahu terlalu berfikir.. Cukuplah sekiranya dia mampu menguruskan diri sendiri suatu masa kelak.. InsyaAllah..
.
Rayyan Ariff @ SDMC Rehab Centre ~ 12.11.2010
"Once, there was this parents who told me that they dont mind if their son just work at 7 Eleven, as long as he's not depending on others..."
.
Saya tersenyum apabila mendengar kata-kata Sarjit. Kerna itu jugalah yang ada di dalam fikiran saya. Untuk Rayyan Ariff hidup berdikari suatu waktu kelak.. Dan seandainya pencapaiannya melebihi apa yang saya gariskan, Alhamdulillah.. Itu bonus buat kami.. =)
.
"I'm not worried about Rayyan. He's one smart boy.. And I can even tell you that sometimes, he's even smarter compared to some normal child. If not in all angle, at least in certain area.." Jawab Sarjit sambil tersenyum..
.
Semoga Allah SWT permudahkan segalanya buat anak kecil ini.. Buat Rayyan Ariff.. Aminnn..
.
Kami meninggalkan Rehab Centre sewaktu jam menunjukkan pukul 530pm.. Dan apabila Rayyan Ariff meninggalkan Auntie Sarjit dengan lambaian selamat tinggal dan flying kiss, wanita itu tersenyum bangga dan melambai gembira.. 
.
Terima kasih kerana menghantar wanita ini kepada kami Ya Allah..

Friday, November 12, 2010

Untuk sebotol ubat demi seorang anak..

Semalam, dari pejabat saya terus memandu ke Bahagian Kecemasan SDMC, hanya untuk mendapatkan sebotol Clonazepam. Clonazepam adalah ubat untuk mengawal serangan sawan Rayyan Ariff. Kerna itu, ubat yang dibancuh setiap dua minggu itu adalah sangat penting untuk tubuh kecil itu..
.

Pic : Google image.

Keadaan jalanraya agak teruk semalam. Saya terpaksa berpatah balik ke pejabat untuk mengambil GL yang tertinggal padahal sudah separuh perjalanan saya memandu, keadaan hujan dan jalan yang sesak juga menjadi faktor utama kepada kepenatan yang memuncak. Sudahlah sudah dua hari saya mengikuti kursus forensic accounting di pejabat, terpaksa pula berpenat sebegini.
.
Saya juga maklum bahawa ubat itu mengambil masa untuk dibancuh. Pasti lama menunggu di hospital.

Dan seperti jangkaan, saya tiba di rumah jam 11.15 malam iaitu sewaktu Rayyan Ariff sudah tidur. Lalu hati berbisik, alangkah indahnya kalau Rayyan Ariff bebas dari sawan sepenuhnya. Dan waktu yang saya habiskan di jalanan dan di hospital semalam pastinya dapat saya manfaat di rumah, bermain-main dengan putera tercinta. Alangkah..
.
Namun ini janji tuhan dengan kami. Siapa tahu, berkat doa dan usaha yang tidak pernah putus, suatu masa nanti Rayyan Ariff tidak lagi perlu bergantung kepada dadah itu.. InsyaAllah..
.
*Mode penat, sakit kepala mahu tidur!*
=(
P/s - Siapa tahu kat mana boleh easily ambik Clonazepam? Klinik area umah kami tak boleh coz this is controlled medicine. Kalau tahu, share ek..