Semalam, untuk seketika waktu, saya mengunjungi beberapa blog anak istimewa yang merupakan diagnosis yang hampir sama dengan Rayyan Ariff walaupun tidaklah benar-benar serupa. Ada yang lebih baik daripada Rayyan Ariff dan ada juga yang berlawanan.
.Bohonglah kalau saya katakan bahawa tidak ada langsung perasaan cemburu yang terselit di dalam hati apabila melihat ada yang sudah mampu bertutur dan mula mengatur langkah sedangkan usianya hampir sama dengan Rayyan Ariff. Namun hanya iman dan akal yang bisa memujuk diri untuk redha dan terus berusaha yang terbaik buat anak comel saya ini..
.
Lagipun, kebanyakan anak yang mempunyai diagnosis yang serupa dengan Rayyan Ariff kelihatannya benar-benar 'berjuang' dengan pelbagai limitasi. Malahan, ada yang masih belum mapu berjalan walaupun usia sudah menginjak ke angka 5 tahun. Kalau ibubapa mereka redha, mengapa tidak saya? Itulah lumrah manusia, terlalu memandang bulan dan bintang di langit sehinggakan sering terlupa rumput yang menghijau..
.
Enjoy your child no matter what.. InsyaAllah.. =)
.
Rayyan Ariff sudah mampu mengenal nombor.. Kita hanya perlu memberikan sahaja kepadanya dan dia mampu memasukkannya sendiri.. Ada waktu bila malasnya datang, pantas sahaja dia memasukkan nombor-nombor itu sesuka hatinya. Itulah anak kecil, bukan boleh dipaksa.. =)
.
Bebarapa kali kami cuba untuk merakam aksinya semalam, namun dia tidak memberikan kerjasama.. Malah, anak kecil ini lebih tertarik kepada Cinta Kirana.. Pandai betul bibik 'mengasuh' Rayyan Ariff.. =)
.
![]() |
| "Rayyan, put.. put Rayyan, please..." |
![]() |
| "I couldnt care less la Mama.. Uuweekk" |
![]() |
| Last weekend, we gave Rayyan a haircut. Balik tu, Mama tunjuk terror nak botakkan kepala Rayyan.. sekali tak menjadi.. Botak sket dalam 2cm kat tengah sebab kena tobek ngan Mama.. :P |
True enough. I'm enjoying my child, no matter what.. =P










