Friday, January 7, 2011

Tak sihat..

Semalam tidur awal, pukul 9pm.. Hari ni, kul 6am lagi dah ada yang kejut.. Lepas tu main siap dengan nyanyi-nyanyi lagi..
.
6am..

.
This time around, batuk saya bukan sikit2.. Tahap yang kalau tetiba korang tengok paru-paru manusia kat tepi jalan, korang mesti boleh teka, "Ni mesti paru-paru Jiey ni!"
.
Penat batuk. *sigh*
.
And then, rasanya procedure check mata untuk Rayyan Ariff pun kena re-schedule. Dah still tak sihat, nak buat macam mana.. Registration sekolah pun kena put on hold dululah..
.
Err batuk, selsema, terima kasih kerana datang menjenguk. Tapi bleh tak pergi cepat-cepat? Banyak benda tergendala.. =(

Wednesday, January 5, 2011

Kerja apa yang busy sangat??

Kata busy, tapi nape still ada masa update blog? Itulah, nama pun blogger tegar, mestilah curi-curi masa update jugak walaupun sikit. Selalunya, saya typed siap2 masa lunch hour kat office, pastu email ke akaun Yahoo. Balik rumah, tinggal copy, paste, upload gambar, then publish la.. Kalau tengok pagi punya update tu, maknanya auto-publish lah tu.. =)
.
Ok, kerja apalah yang saya buat sangat sampai busy memanjang? Macamlah kerja orang lain tak busy.. Macamlah saya sorang yang busy.. Kat rumah tu standard la.. Sekarang ni dok giat jadi cikgu Rayyan Ariff untuk menyiapkan dia dengan ujian penilaian kemasukan ke sekolah nanti.. Ajar pegang pensil, ajar mewarna, ajar matching.. So memang busy lah lately ni.. Ni kita cakap pasal kerja office plak..
.
Kerja saya takdelah nak kata meletup-letup ataupun ala-ala vogue gitu.. Kalau letak vacancy advertisement untuk internal staffs, takde agaknya orang yang sesaja sanggup apply nak joint department saya sebab nak cari pengalaman. Budak-budak Management Trainee and Secondees pun sibuk nak keluar cepat-cepat, inikan pulak yang sesaja nak masuk..
.
Kerja memang selalunya stress la.. Ada investigative element, audit element, analytical, dan educating public. Kalau nak diikutkan workload, memang setiap harilah nak kena stayback.. Tapi takkanlah sampai lupa keluarga kat rumah, so cukup masa, baliklah jugak.. Esok sambung lah walaupun timeline nak kena kejar..
.
Walaupun stress sebab kena pressure internally and externally, tapi saya memang suka sebab banyak yang saya belajar melalui kerja ni.. Dulu, saya starts off as a trainee jer, banyak yang tak tahu.. Tapi sekarang, commonly used sections dalam our Acts and Guidelines tu dah kira OK la jugak.. Takdelah jatuh sangat kalau orang tanya soalan.
.
And this coming weekend (kalau jadi), saya kena bagi talk untuk investor education. Ni kira part of regulator's role in educating public lah. Cuak? Belum terasa.. Comes saturday, sure lah dup dap dup dap.. Tapi point yang saya ingin utarakan di sini bukanlah pasal kerja, tapi pasal berat badan *Insaf sebab baru tengok The Biggest Looser*..
.
Mukaddimah panjang, tapi nak cakap pasal benda lain rupanya.. :P
.
Part yang paling saya rasa kureng sket untuk hari sabtu ni adalah self confidence. Dengan badan sekarang ni, hadoiii la.. Segan nak berdiri bercakap depan orang. Walaupun topik saya nanti bukanlah tentang "Cara-cara pemakanan yang seimbang", tapi segan tu memang adalah. Dengan bontot ala-ala bontot Kia Forte, nak jalan naik stage pun rasa taknak. Cuba kalau dulu, walaupun management trainee jer, mak tak kisah nokk.. Walaupun knowledge kureng, yang penting, just smile and look pretty.. Bak kata bos saya dulu..
.
"You just go there, man our booth, answer some questions, smile and just look pretty lah.." *Okeh, bos melawak tu..*
.
 So keje saya memang smile lah.. Berdiri sesaja pun smile..

Angkat barang pun smile le jugak..

Masa lipat banner ni tak ingat smile ke tak..

Tahun 2008 takyah smile sebab tengah pregnant.. :P
Tapi itu dululah. Kot sekarang nak smile and look pretty, memang mokcik2 lah! Kalau senyum, hidung pun dah jadi penyek kena tarik dek pipi, tang mana nak look pretty nya. Orang tengok pun menyampah agaknya. Nak try diet, dah banyak kali try. Tapi setakat try jelah.. Hahahahha..
.
So kesimpulannya apa? Errr.. Boleh tak kalau saya tak bagi talk dulu bos?? Tunggu kurus sket.. Dapat pakai balik baju kebaya dalam gambar ni, bukan setakat bagi talk, naik berjoget kat atas stage pun saya sanggup bos!! 

Sekian, dari pekerjamu..

Tuesday, January 4, 2011

Bila anak masuk sekolah, duit pun keluar ribu ribu lemon.. :P

Sebenarnya, ada tiga pilihan sekolah untuk Rayyan Ariff setakat ini. Antara faktor penting untuk pemilihan ketiga-tiga sekolah ini adalah lokasi dan perkara-perkara seperti kemudahan, nisbah guru dan pelajar, serta kos yuran bulanan.
.
Yuran untuk ketiga-tiga sekolah ini berada di dalam lingkungan RM450 sehinggalah RM600 sebulan bergantung kepada jumlah masa dan saya mensasarkan untuk Rayyan Ariff bersekolah hanya separuh hari. Bayaran permulaan pula adalah dicampur dengan bayaran pendaftaran, sebulan deposit, yuran untuk tiga bulan, dan bayaran alatulis yang mana kami perlu ada sekurang-kurangnya RM2000. Lagaknya seperti masuk universiti pula.. Namun hakikatnya, rata-rata caj bayaran untuk persekolahan anak istimewa sememangnya agak 'istimewa' dan berlainan, melainkan jika ibubapa memilih untuk ke pusat pendidikan milik kerajaan seperti PDK.
.
Sekolah yang pertama adalah sebuah pusat perkembangan kanak-kanak tipikal yang menerima slow learner. Nisbah guru adalah seorang untuk 5 orang murid dan mereka menyediakan kelas berenang. Pengetuanya juga memegang PhD dalam jurusan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Namun di sini, caj yang dikenakan adalah agak mahal walaupun saya sudah memaklumkan bahawa Rayyan Ariff tidak akan datang untuk seminggu penuh kerna dia akan menghadiri sesi terapi untuk salah satu hari dalam minggu tersebut. Tambahan pula, bibik akan ikut serta makanya Rayyan Ariff punya helper nya sendiri di sini.
.
Sekolah yang kedua adalah sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa. Nisbah guru adalah seorang untuk 3 murid. Sesi persekolahan akan dimulakan dengan urutan dan pelbagai aktiviti minda juga. Namanya pun sekolah untuk anak istimewa, makanya mereka juga menyediakan kelas renang dan menunggang kuda. Kelebihan sekolah ini adalah kerana mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran pulang dengan caj tambahan sebanyak RM80. Cuma satu, mereka tidak menerima 'helper' dan dalam hal ini, susahlah buat Rayyan Ariff kerna dia masih belum bisa menguruskan diri sendiri.
.
Sekolah yang ketiga adalah sekolah yang saya ceritakan di dalam entri isu sensitif. Nisbah guru adalah satu kepada 10 murid dengan 7 murid tipikal dan selebihnya adalah murid istimewa. Kurikulumnya pula adalah program intensif untuk menyiapkan anak-anak ini dengan persediaan ke pra-sekolah nanti.
.
Untuk ketiga-tiga sekolah ini, saya tidak tahu yang mana satu akan menerima Rayyan Ariff kerna mereka perlu menilai kelayakan Rayyan Ariff dahulu sebelum berkata boleh atau tidak. Seandainya jawapan mereka adalah tidak, maka saya terpaksa meneruskan pencarian.
.
Bagi sesi penilaian ini, kesemua mereka meminta kami untuk datang pada hari ketiga dan ke atas. Kerna pada hari pertama dan keduanya, masing-masing akan sibuk dengan murid-murid asal dan juga murid-murid tipikal baru. Namun kerana kesibukan di pejabat, saya hanya mampu membawa Rayyan Ariff pada hari jumaat nanti..
.
Kalau ditanya yang mana satu yang saya inginkan di antara yang di atas, jawapannya adalah pilihan kedua! Saya tahu, termasuk Dr.Taayah, ramai yang berpendapat bahawa Rayyan Ariff perlu didedahkan dengan anak-anak tipikal agar dia berkecerendungan untuk meniru mereka. Namun rasanya, saya terpaksa akur dengan hakikat bahawa Rayyan Ariff juga perlukan pertolongan dari segi fizikal dan hal ini hanya bisa di dapati di sekolah kedua. 
.
Hatta untuk sekecil-kecil aktiviti seperti menconteng sekalipun, kita perlu membimbing jemari dan tangannya untuk 'bekerja', termasuklah 'mengujakan' perasaannya agar dia terus memberi perhatian. Makanya, saya rasakan bahawa sekolah istimewa lebih sesuai untuk close guidance yang diperlukan Rayyan Ariff..
.
Belajar rajin-rajin yea nak!!

Sunday, January 2, 2011

Hadiah bermakna di tahun 2011..

Seawal jam 11.00 pagi tadi, kami berkesempatan menziarah teman sekolej saya dahulu yang baru sahaja melahirkan cahaya mata yang ketiga. Apa yang menariknya, bayi lelaki ini adalah bayi tahun baru.. =)
.
Terpamparlah wajah kedua beranak ini di beberapa akhbar tempatan dan salah satu darinya adalah Harian Metro. Owh, begitu rupanya apabila menerima kelahiran pada tarikh istimewa.. =)





Budak manja yang asyik nak melekat dengan Mama.. Ni pun duduk kat celah paha mama.. =)

Tercebik-cebik nangis bila Mama dukung baby.. Sibuk hulur-hulur tangan suh dukung dia plak.. =P
Hmm.. Berkunjung ke Pantai Medical Centre Bangsar benar-benar menggamit berbagai rasa.. Buat Asilatul Fariza dan Shamuddin, congratulations!

Saturday, January 1, 2011

Sepi..

Keadaan rumah agak sunyi.. Mungkin jiran-jiran berpergian sempena cuti tahun baru.. Hubby ke Nilai kerna ada kenduri kahwin dan saya memilih untuk tinggal di rumah kerna Rayyan Ariff yang masih belum sihat..
.
Rayyan Ariff.. Saat ini, dia sedang lena di kamar putihnya.. Saya letakkan dia di situ setelah puas memeluk dan mendodoikannya.. Ada rasa syahdu dan kasih menyelinap ke setiap pelusuk jiwa sewaktu merenung wajah polos yang baru sahaja terlena itu.. Saya inginkan selamanya dia ada. Saya inginkan selamanya dia di sisi..
.
Dua tiga hari ini, Rayyan Ariff menunjukkan sifat manja yang luar biasa. Tidak ada rengekan atau tangisan mengada-ngada, yang ada hanyalah kemanjaan. Dia lebih memilih untuk berada di ribaan saya daripada meneroka segenap ruang di kediaman kecil kami. Dia memilih untuk berbaring di sebelah saya dari bermain mainan kegemarannya..
.
Rayyan Ariff juga tidak mahu dengan sesiapa kecuali mamanya ini. Hatta ayahnya yang berpakaian cantik sekalipun tidak diendahkannya. Kebiasaannya, tangan kecil itu akan cepat mendepang setiap kali melihat ayah berpakaian cantik sambil mulutnya bising meminta untuk dibawa bersama menaiki kereta.. Namun tidak kebelakangan ini..
.
Dia akan menolak tangan ayahnya yang mahu membawanya berjalan. Rangkulannya erat dengan setiap jemari kecilnya berpaut pada leher saya, bimbang takut di bawa pergi oleh ayah ataupun bibik. Dan apabila saya perlu meninggalkannya seketika untuk bersolat ataupun mandi, dia hanya memberikan pandangan sayu.. Bagaikan tidak mahu langsung berpisah.. 
.
Hanya waktu untuk mandi dan menukar pampers sahaja dia rela diambil bibik. Selebihnya, bersama Mama.. Saya tidak tahu mengapa tiba-tiba dia berkelakuan begitu.. Sungguh ada kegusaran yang melingkar di hati ini.. Dan setiap kali saya memeluk tubuh kurus tinggi milik Rayyan Ariff itu, pasti ada rasa syahdu yang datang..  Semoga ini hanyalah mainan perasaan.. 
.
Anak mama yang semakin kurus dan tinggi..

Baju dari Sarawak, pemberian Mak Eiy.. Thanks!
Hati hanya mampu terus memohon padaNya, agar waktu untuk kami bersama-sama masih panjang bersisa.. Aminnn!!!

Selamat tahun baru & selamat hari lahir

Selamat tahun baru 2011!! 
Dan buat bonda tercinta;
Selamat Ulangtahun Kelahiran!!
.
She's my all!!