Tuesday, September 18, 2012

My little koala bear..

Afternoon nap on a public holiday.. Heaven!
My little koala and her not so little tree.. :-)

Monday, September 17, 2012

Menyambut seruan Alyyani..

Testing.. Susah weh nk pakai skrin sentuh menyentuh ni.. Dah biasa pakai butang picit memicit.. So walaupun Internet dihujung jari, tetap hazabbb nk hapdet belog!

Citer hujung minggu, after this yea, kena on laptop gak..

Wednesday, September 12, 2012

Puteri Rifa Aleesya





Comel macam anak burung.
Bak kata ayah, mata bulat, hidung penyek, pipi tembam.
Mama tambah sket, kaki dompok!
Tiap kali nak pass budak kecik ni kat ayah dia, mulut mesti cakap, "Ambik anak perempuan ni.." Instead of cakap, "Ambik anak ni.."

Macam tak caya, ada anak lelaki, ada anak perempuan. Masih terbuai. Betul kata Alyyani, ada baby girl syok dia lain macam. Betul rupanya.
Sayang pada anak lelaki, rasa macam manly gitu..
Sayang pada anak perempuan, rasa macam girly-girly gitu.
Boleh? Hahahaa..

Honestly, masa pregnant dulu, mengharapkan dapat baby boy. Bukan taknak baby girl, nak.. Nak sangat2 sebab shweet muweeet.. Tapi lebih kepada nakkan seseorang untuk 'tengok2'kan Rayyan Ariff. Kalau sama jantina, hal2 berkenaan dengan kelelakian tu senang la sikit kan?

Tapi tuhan lebih tahu aturan yang Dia telah tetapkan.
Bahagia.
Terima kasih untuk anugerah ini Ya Allah. 
Tak pernah lupa mensyukuri nikmatNya di atas pemberian untuk kali kedua ini.

Ketiga? Jangan tanya. Mak fobiaaaaa banyak benda!!! 

Monday, September 10, 2012

Jadual yang penuh~

Sibuk yang tak terkata. Pukul 1230am, baru siap mop satu rumah, basuh baju, dan masak nasi untuk anak-anak esok. Life takde maid memang kelam-kabut. Tapi hati n jiwa tak kacau. :-)

Kalau tidak kerana fikirkan Rayyan Ariff, memang saya tidak mahu berbibik lagi. Lapang sungguh fikiran tanpa bibik. Cuma penat tak terkatalah. Dengan kerja pejabat, dengan kerja rumah, dengan perangai anak bujang yang tak habis dengan tantrums, dengan perangai anak dara yang tak habis nak berdukung jer.. Tapi mungkin nanti kena carik maid jugak. Maklumlah, badan Rayyan Ariff ni lain macam sikit. So, nurseri ni temporary solution je la.. 

One thing for sure, being maidless, kerjasama saya dan En.Hubby lebih daripada biasa. Dia jadi lebih helpful, especially with the kids. Anak-anak pun lebih rapat dengan ayah diorang. Kalau sebelum ni, Rifa Aleesya memang taknak langsung dengan Ayah dia. Now, dah perlahan-lahan nak jadi anak manja ayah.. :-)

Of course la Mama suka. Sebab Abang Rayyan Ariff is Mama's boy. Jealous dengan Adik menggunung tinggi. Adik pulak, pantang tengok Mama jugak. So adegan berebut ni yang buat Mama makin stressed. Abang bila datang jealous dia, memang kasar la.. Sepak, tendang, lempang, semua dia taruk.. Terpekik la kita ni.. Cakap pelan-pelan tak jalan, bila kita marah, laaaagiii member sedih sebab macam kita lebihkan Adik kononnya.. Padahal, dia yang cari pasal. 

So kalau Adik manja dengan ayah, Ok jugak tak? Tapi tu lah.. Mama still jadi rebutan so far..

Nak tengok Mr.Mama? Ni haaa..

Facebooking sambil jaga anak.. Apa sajalah Ayahhhh.. Janji, mama boleh buat kerja.. 
:-)

Tuesday, September 4, 2012

Puteri hati mama dan ayah~


Kejadian telungkupkan dodol~ 

Dalam kotak doorgift from a wedding, ada container kecik. Dalam container kecik tu ada dodol. Boleh budak kecik comel ni buat projek panjat meja ambik kotak tu and telungkupkan dodol kat atas lantai. Sempat pulak tu makan dua tiga cubit. 

Mama pulak kat dapur panaskan nasi dia n abang. Lesson learnt. Next time kena extra careful. Sungguh tak tahu yang 10 months old baby is capable to do such thing. Sebab Rayyan Ariff dulu, umur 10 bulan masih berbaring dan tahu meniarap sahaja. Head control pun tak ada. 

Berbeza dengan budak taktahu duduk diam ni. Semua benda dia punggah, semua benda dia ambik. Kalau tak puas hati, "Hahhh.. Hahh.. Hahh.." dia marah kita. Kalau nenek nak ambik dia from Mama, "Ahh.. Ah.. Ahhh.." Dia melawan. Beria marah. Macam la kita takut dia.. Mulut bising betul.

We're blessed. Dapat experience both. Besarkan anak tipikal and anak special. :-) 

Lasak memang lasak. Tapi manja pun dia. Tak boleh tinggal langsung. Nak berdukung jer..Ni cubaan nak buka gate dapur sambil nangis sebab nak ikut mama masuk.. Amboiii.. Kecik2 dah nk try bukak safety gate. Kang ada yang pecahkan gelas lagi kang..

Berdiri without support dah makin stabil. Antara nak buat dengan taknak je.. Bergaduh dengan Abang pun boleh tahan even tho dia yang banyak mengalah. Iye lah, mana nak lawan dengan kudrat Abang..

Meriah hidup dengan the RAs ni. Penat yang membahagiakan. Besar cepat-cepat yea nak.. Tolong mama basuh pinggan n kemas rumah. Eh.

Tapi satu, Abang Rayyan Ariff dulu, umur macam ni dah independent pegang botol susu sendiri. Yang ni, memang taknak memang takmau. Rela tak minum daripada kena pegang botol sendiri. Alahai Cik Puteri Rifa Aleesya..

Monday, September 3, 2012

Nursery hunting..

Managed to do nursery hunting.. Hantar Rayyan Ariff to school, pergi breakfast dgn En.Hubby, and proceed  with proses cari mencari. Seronok juga dating berdua sesekali, maklumlah, usually mana2 pergi ada 2 extra handbags.. One hers and one his gitu.. Masing2 carry sorang satu.. Hehehehe..

Found one nursery that willing to take Rayyan Ariff in. Dengan Rifa Aleesya sekalilah. Berat pulak hati nak tinggalkan budak berdua ni kat nursery. Tapi takde choice.. Redha je la.

And today, masa gi ambik Rayyan Ariff back from school, heard his teachers talked about Rayyan Ariff. Puji-puji. Alhamdulillah, he's doing good. Top in his class bak kata Cikgu dia.. Hahahha.. Anak mak dpt no.1 wehhh.. =P

Errr.. Nak tanya, nursery yg tempat nak hantar the kids, bersih n lapang. Penjaga pn nampak OK. Babies ada 4 campur Rifa Aleesya. Yang peliknya, tadi tak nampak toys pn.. Bukan taska supposed to have toys ke? Pelik. I believe that toys can do wonder on children.Sebab tu kat umah ni byk toys.

Ke memang taska takde toys eh?

Image from google~