Alhamdulillah kerna di sepanjang siri kesakitan ini, ramai yang bertanya khabar dan menziarah.. Dan salah seorangnya ialah keluarga ShahZura bersama anakanda tercinta, Habib Azfar.. Kedatangan mereka sebetulnya di dalam keadaan kami masih kelam kabut kerna kala itu, Rayyan Ariff baru sahaja keluar dari hospital.. Makanya, hidangan juga tidak sesempurna mana.. *Maaf yea Zura..*
.
Pada kunjungan ShahZuraHabib kali ini, lama jugalah saya dapat bermain dengan Habib Azfar.. Apa yang menyentuh hati saya tatkala itu adalah apabila menyaksikan Habib Azfar yang bermain-main di pangkuan ibunya, Zura..
.
Apabila menyaksikan kereta mainan Rayyan Ariff yang berterabur di lantai, seperti anak-anak lain, Habib juga tidak ketinggalan untuk turut bermain. Di dalam beberapa biji kereta itu, mata Habib Azfar tidak berhenti dari memandang kereta yang berwarna putih..
.
"Habib nak yang warna putih yea.. Ambik la sendiri.. Cuba sendiri, cepat.." Ujar Zura kepada Habib Azfar..
.
 |
| Source pic: Google Image |
.
Akur dengan arahan ibunya, Habib Azfar beberapa kali cuba mengambil mainan yang berada di lantai itu. Walaupun jaraknya hanyalah dua jengkal, namun percubaan demi percubaan menemui kegagalan. Ianya kerana kesukaran Habib Azfar mengawal pergerakan tangannya.
.
Tatkala menyaksikan adegan itu, mata ini hampir menitiskan air mata.. Jiwa ini begitu tersentuh dengan setiap pergerakan Habib Azfar.. Tangannya ke kiri dan ke kanan, kepalanya turut bergerak, hanya untuk mengambil sebuah kereta mainan berwarna putih di lantai.. Sudahnya, kereta berwarna hijau yang berjaya digapai oleh tangannya, dan bukannya putih.. Sementara itu, ibunya meletakkan kereta beetle putih itu ke tangan Habib Azfar, hadiah di atas usahanya yang mencuba sehabis daya..
.
Saya terharu dengan adegan itu. Kerna ianya mengingatkan saya tentang perkara kecil yang banyak kalinya kita terlupa.. Bahawa diri ini, walaupun sekecil pergerakan sebatang jari, segalanya adalah milik Allah SWT. .
Dan paling besar, saya menyaksikan satu keazaman pada Habib Azfar.. Kita melabelkan anak-anak ini sebagai mereka yang serba kekurangan. OKU. Sedangkan pada dasarnya, merekalah adalah golongan yang penuh keazaman dan kekuatan. Ketabahan menolak diri mereka untuk terus berusaha demi sesuatu yang mereka inginkan.. Sedangkan kita, memandang enteng semua perkara kerna pada kita, ianya datang dengan mudah..
.
Masih terbayang-bayang wajah Habib Azfar tatkala kereta putih itu berada di dalam tangannya. Walau genggamannya tidak lama, namun senyum puas yang tertera pada wajahnya cukup menyentuh hati..
.
Itulah keazaman.. Itulah ketabahan.. Tidak pernah berhenti berjuang untuk sebuah kehidupan..
Habib Azfar yang handsome dari family superkids saya.. =)