Monday, November 1, 2010

Hari yang tenang.. memang sangat priceless!!

Semalam berlalu dengan tenang.. Terjaga sekitar jam 630am bersama Rayyan Ariff dan setelah seketika, menyambung tidur sehingga jam 9am.. =)
.
Jadual kami semalam hanya diisi dengan bermain-main, membaca buku dan sedikit senaman. Setelah itu, afternoon nap dari jam 2pm sehinggalah ke jam 4pm..
.
Apabila cuaca agak redup, saya membawa Rayyan Ariff ke kolam renang.. Kali ke-empat dalam masa seminggu..Alhamdulillah kerna Rayyan Ariff menyukai sesi berenang dan berada di dalam air.. Tiada lagi ketakutan kepada air kolam yang sejuk..Yang ada hanyalah senyuman dan gelak ketawa.. *Makanya, saya tidak lagi perlukan set kolam Mambobaby*.. =P
.
Happiness!!

Cheeky smile.. =)

Dan semalam juga saya sempat membawa Rayyan Ariff berbuai dan berjalan-jalan mengelilingi kawasan sekitar kediaman kami.. Lenguh juga kerna Rayyan Ariff tidak mahu berhenti.. Tidak tahu penat. Dan dialah yang menjadi 'pemandu' dengan menarik tangin saya ke mana sahaja arah yang dirasakan perlu.. Dan untuk berbuai juga, dia tidak lagi ketakutan.. Malahan, saya tidak perlu memegangnya apabila dia mampu mengimbangi badannya sendiri.. Saya hanya perlu berjaga-jaga sahaja agar dia tidak jatuh.. ^_^
.
Momen-momen sebegini memang priceless! Bagaikan sewaktu saya bercuti tanpa gaji tempoh hari.. Satu rutin yang penuh manfaat buat si anak.. =)
.
Pagi tadi hubby berbicara sendiri, "Ya Allah.. Cepat la Ian boleh jalan.." Saya yang terdengar cuma tersenyum sambil menyampuk, "Kalau dah boleh jalan, ayah jugak yang tak terkejar.."
.
Keinginan itu memang sentiasa ada.. Untuk melihat Rayyan Ariff mengatur langkah tanpa bantuan.. InsyaAllah waktunya akan tiba nanti.. =)

Sunday, October 31, 2010

Taknak tinggal-tinggal anak lagi.. =(


Minggu yang memenatkan namun segalanya cukup berbaloi.. Teman baik saya kini sudah bergelar isteri orang.. Majlis yang cukup meriah dan berada di kalangan keluarga Biey membuat saya merasa ‘penuh’.. Gembira sekali.. 

Biey, tahniah.. Kamu kini bergelar Zaujah Amri.. Semoga alam perkahwinan dipenuhi dengan kegembiraan dan kebahagiaan sehingga ke hujung nyawa..
Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, Rayyan Ariff saya tinggalkan bersama ayahnya, adik saya dan bibik di Kuala Lumpur dan hanya saya yang pulang sendirian..
Rindu bukan kepalang namun kerana dia pun baru sahaja pulih dari kesakitan, maka saya memilih untuk pulang sendirian. Sementelah En.Hubby juga bekerja pada hari sabtu..
Menjelang jam dua petang semalam, saya menerima SMS daripada adik lelaki saya..
“Anak tercari-cari ni..”
“Dia nangis ke?”
“Taklah, dia duduk depan pintu bilik. Pastu ketuk-ketuk pintu bilik Kak panggil Mama.. Mama..”
Ya Allah.. Sebegitu dia merindui saya, saya lebih-lebih lagi.. Malam kedua, saya hanya mampu melelapkan mata apabila jam menghampiri detik 2 pagi.. Semua kerana rindu.. Penangan rindu pada Rayyan Ariff melebihi penangan rindukan kekasih hati sewaktu bercinta dengan En.Hubby dahulu.. Besarnya kuasa sang anak! =P
Puas wajah anak kecil itu saya kucup bertalu-talu tatkala dia bersama ayahnya mengambil saya di  lapangan terbang tadi. Persis bertahun tidak bertemu.. =)
Ian, lain kali mama tak tinggal kamu lagi yea.. Weekend ni kita gi kenduri sambut menantu Mama Biey di KL sama-sama yea..

Saturday, October 30, 2010

Ya Allah.. Cepatnya waktu berlalu!

Baru perasan, hari ni betul2 genap 3 tahun setengah usia perkahwinan kami.. Subhanallah, cepatnya masa berlalu.. 
.
3 years.. Time gaduh, gaduh la.. Time sayang, sayang la.. :P
.
Rasa macam baru lagi hujan turun lebat mencurah-curah pada malam akad nikah kami.. Rasa macam baru semalam rumah kami dipenuhi dengan keriuhan kaum keluarga dan sahabat handai dalam meraikan hari penuh bersejarah.. Rasa macam baru lagi saya tidur berseorangan di dalam bilik pengantin yang serba indah.. Maklumlah, selepas akad nikah, pengantin lelaki pulang dahulu.. Selepas majlis bersanding barulah stay lama.. =)
.
Segalanya bagaikan baru semalam. Namun hakikatnya, kami sudah punya Rayyan Ariff dan dia juga bukan lagi anak kecil yang baru dilahirkan, baru selesai berjuang untuk kehidupan di NICU..

Corrected age is 2 years and 3 months. But in actual fact, he's 2 years and 5 months already..
.
Ya Allah.. How time flies!! Feels like just a blink of our eyes kan?
.
Hari ni, hari bersejarah buat teman yang sudah bertaraf adik beradik dalam kehidupan saya.. Rasa berbaur membawa saya mengimbau kembali kenangan lalu..
.
Dan setelah tiga tahun setengah berkahwin, ini kali pertama saya pulang ke kampung bersendiri.. Tidur di bilik bujang saya yang sudah 3 tahun setengah juga bertukar kepada bilik 'keluarga'.. Rasa janggal. Rasa kosong. Rasa rindu. Kerna itulah saya tidak dapat melelapkan mata..
.
Rindukan Rayyan Ariff.. Rindukan ayahnya.. Rindu.. *sigh*
.
Sewaktu saya membeli tiket penerbangan untuk pulang, Rayyan Ariff masih belum sihat sepenuhnya. Maka saya mohon kebenaran hubby untuk pulang sendirian. Tidak mahu mengusung Rayyan Ariff ke sana ke mari. Lagi pula, hanya satu malam sahaja.. Namun tidak disangka, Rayyan Ariff pulih sepenuhnya.. Disebabkan segalanya sudah disusun, saya teruskan sahaja dengan pelan asal..
.
Semuanya masih sama seperti dahulu.. Yang berbeza ialah, my weight is 16kg heavier than 3 and a half year ago! :P
.
Pengantin inilah teman yang bersama-sama berjaga malam dengan saya, mengelap tubuh Rayyan Ariff sewaktu dia demam teruk tempoh hari dan hubby masih di hospital. Pengantin inilah yang sentiasa bersama saya di dalam susah dan senang.. *14 years of friendship and getting stronger*

Friday, October 29, 2010

Disebalik setiap kesakitan dan perjuangan yang panjang..


Disebalik setiap kisah kesakitan dan perjuangan yang panjang ini, kami sangat bersyukur di atas setiap huluran persahabatan.. Kami sangat berterima kasih di atas setiap kalungan doa.. Sangat-sangat berterima kasih..

Terima kasih,
Pada yang menghantar email dan message untuk menyatakan sokongan..
Pada yang meninggalkan komen dengan kata-kata yang membina..
Pada yang memanjangkan tali silaturrahim dengan memulakan perkenalan menggunakan Internet sebagai medium..
Pada yang mengadakan solat sunat hajat..
Pada yang menderma kepada yang memerlukan di atas nama Rayyan Ariff..
Pada yang sudi mengikuti kisah kami..
Pada yang sudi datang menziarah..
Pada yang sudi bertanya khabar..
dan..
Pada yang TIDAK PERNAH PUTUS MENDOAKAN KAMI..
.
Rayyan Ariff ada abang dan kawan baru.. Terima kasih Kak Ayuzafina..
Terima kasih di atas persahabatan..
Jujurnya, ada rasa malu dan segan apabila ada beberapa orang yang mengikuti kisah Rayyan Ariff meminta kebenaran saya untuk mengadakan solat sunat hajat untuk Rayyan Ariff sewaktu episod kesakitan yang lalu. Tidak mahu dikatakan meminta-minta. Namun kerana ikhlasnya niat untuk melihat kesembuhan pada tubuh kecil yang kesakitan, saya redha.. 
.
Mungkin inilah rezeki.. Dan Alhamdulillah, menyaksikan kesihatan yang dikembalikanNya, hanya ucap syukur yang mampu terlafaz.. Terima kasih di atas doa yang diutuskan.. Terima kasih..
.
P/s - Kak Nie, thanks air.. :-)

Thursday, October 28, 2010

Usaha lebih kuat untuk diri sendir!! =)

Rayyan Ariff managed to pull himself up to standing position 2 days ago.. It has been quite a while since he did it the last time..
..
But the thing is, he did it only once.
 .
.
Hmmm, we need to encourage him to work harder..
=)
.
Dengan Rayyan Ariff, kadang-kadang terasa diri macam hamster.. Berlari berulangkali di tapak yang sama.. 
.
Kami usaha untuk dia, sawan datang.. Perkembangan terganggu, kami kembali ke petak mula.. 
Kami usaha lagi untuk dia, sawan datang lagi.. Perkembangan terganggu lagi, kami kembali lagi ke petak mula..
.
Macam hamster.. Hehehehe.. :P

Wednesday, October 27, 2010

Wajah-wajah mereka yang berhati besi.. Berjiwa kental..

Inilah di antara wajah-wajah mereka yang mempunyai jiwa yang kental.. Wajah-wajah mereka yang bersemangat juang yang tinggi.. Mereka yang diberikan peluang untuk menjaga anak-anak syurga, InsyaAllah..

Bersama mereka, jiwa meruntun sayu.. Bersama mereka, ada rasa dimiliki.. Bersama mereka, tiada diskriminasi, tiada rendah diri..
.
Yang ada hanya kami, dan anak-anak yang terlalu sempurna kejadiannya.. Anak-anak yang terlalu indah keadaannya..

Abi, Ummi dan Sarra..
.
Setiap kali bertemu, pasti saya tidak akan melepaskan peluang memangku, memeluk dan mencium Alisya Qaireen aka Sarra. Begitulah juga pada pertemuan pada hari sabtu yang lalu.. Sesekali, badannya mengeras sewaktu dia di dalam pangkuan saya.. Sekaligus, mata hitamnya tertolak ke atas untuk beberapa ketika. Persis keadaan Rayyan Ariff sewaktu diserang mild seizures yang singgah untuk beberapa saat.. Terbeliak di dalam kadar yang singkat.
.
Ummi Alisya berbisik lembut pada anaknya, memujuk agar melembutkan badan putih gebu itu. Dan setelah itu, badan Alisya Qaireen kembali seperti biasa.. Umminya kembali meneruskan perbualan sambil menjamu selera bagaikan tiada apa yang berlaku. Mungkin pandangan ini biasa baginya lantas tiada rasa cemas..
.
Sungguh kuat. Hati besi.
..
Mummy, Daddy dan Abg Nadime
.
Pastinya sang bidadari syurga, Alanna Qish mewarisi kekuatan daripada mereka-mereka ini. Mummy yang tidak pernah jemu berbakti di setiap ruang kegembiraan dan kesakitan si anak. Daddy yang tidak pernah jemu menabur kasih dan cinta yang terlalu mendalam buat puteri tercinta. Dan abang yang cukup matang menerima erti kesakitan dan kehilangan seawal usia 2 tahun.
.
Syafil Nadime punya ramai ibubapa. Dan hati saya dicuit kegelian apabila dia menghafal dan menyebut satu persatu nama panggilan kami sambil jari kecilnya menuding ke arah kami. "Ibu, Ummi, Mama, Ayah, Abi.." Separuh berbisik.
.
Sungguh dia anak yang bijak. Kesakitan sang bidadari syurga memberi ruang kepada si abang untuk berdikari. Dia terpisah dari mummy, daddy dan adiknya di saat-saat Alanna Qish menjadi penghuni setia HKL. Dia membesar sebelum usia.

Sungguh kuat. Hati besi.
.
Ibu dan Nabila. Ayah menjadi photographer..
.
Sebagai anak kecil, Yasmin Nabila melalui trauma yang bukan sedikit. Tubuh itu sering diuli pelbagai therapist namun hidup adalah satu perjuangan yang memerlukan dia untuk terus kuat.
.
Ibunya bersemangat waja, setiap hari tanpa jemu membelah dingin pagi dari Bukit Sentosa ke Ampang untuk memastikan si anak dapat bersekolah. Setiap minggu si ibu dan ayah memastikan segala keperluan si anak dipenuhi.. Ke PDK, Tasputra dan temujanji di hospital tanpa ada rasa jemu. Dan hari minggu pula diisi dengan rawatan Kak Raw di Gedangsa.
.
Melihatkan Yasmin Nabilah pada hari ini bagaikan melihat pada pengorbanan dan titik peluh ayah dan ibu. Hasil yang bukan sedikit. Subhanallah..
.
Sungguh kuat. Hati besi.
.
Babah dan Aiman si Batman..
.
Kedua-dua Mama dan Babah Aiman ataupun Ammar Nazheef ini masih muda. Ayahnya sebaya saya dan ibunya beberapa tahun lebih muda. Namun usia bukan pengukur kebolehan menjadi ibubapa kerna apa yang ada pada mereka melebihi gambaran fizikal.
.
Dan sepertimana saya mengambil peluang memeluk Alisya Qaireen, Ammar Nazheef juga tidak terlepas menjadi 'mangsa' peluk cium saya.. Sewaktu rancak berbual dengan ibunya sambil tangan saya setia memangku Aiman, kedengaran tangisan kuat yang tercetus secara tiba-tiba. Bagai gunung berapi yang meletup!
.
Saya terperanjat dan cuba memujuk. Lantas tubuh comel milik Ammar Nazheef bertukar tangan kepada mama dan babahnya. Ammar Nazheef tergigit bibirnya sehingga berdarah.. Babah dan mamanya tidak henti-henti memujuk untuk meredakan tangis si kecil itu. Setelah beberapa detik, Ammar Nazheef terdiam..
.
"Ni sawan ni. Dia tak sedar bila attack tu datang. Bila kena, dia jadi tergigit bibir.. Habis bibir dia.. Bila dia sedar terus la nangis sakit.. Memang jadi spontan so susah nak control. Bila dah jadi, buatlah apa pun susah nak stop. Paling lama penah dia gigit bibir sampai 15 saat. Darah menitik-nitik.."
.
Terang babah.
.
Subhanallah.. Kental sungguh keluarga ini. Saya sendiri menahan titis air mata sewaktu mengimbas kembali ayat di atas. Namun mereka tenang.. Tenang setenang tenangnya..
.
Sungguh kuat. Hati besi.

Alisya Qaireen si putih gebu..

Yasmin Nabilah yang diserang demam.. Syukur Alhamdulillah kerna dia kembali pulih..

Syafil Nadime, Abg Long yang penuh dengan kasih sayang..
Mama dan Ammar Nazheef aka Aiman..
Yours truly.. =)

Foto-foto ini dirakam oleh Ina ibu Yasmin Nabilah pada kenduri kesyukuran di rumah kami tempoh hari.. Walaupun kekurangan 3 keluarga lagi, pertemuan kami pada kali ini cukup memberikan seribu satu rasa buat saya dan tidak ketinggalan buat kaum keluarga saya yang tidak pernah mengenali mereka.
.
Sungguh saya bersyukur di atas jalinan persahabatan ini!! Anak-anak ini membuka mata kami untuk terus kuat melangkah.. Terus kuat.. InsyaAllah.
.
Semoga doa kalian juga senantiasa mengiringi kami.. =)
.
P/s - Ayue mama Aisya, next time memang kena join the club! Icazisyira, maybe next time kita fix date upfront.. :P