Tuesday, May 31, 2011

Allah SWT perancang terhebat..

Dahulu, pernah saya katakan bahawa saya hanya mahu memberikan Rayyan Ariff seorang adik apabila dia sudah mula berjalan sendiri. Namun waktu berlalu dan Rayyan Ariff masih belum mampu untuk melangkah tanpa sokongan..
.
Seiring masa yang berlari, ramai yang mula bertanya tentang perancangan menambah ahli keluarga memandangkan usia Rayyan Ariff yang semakin bertambah. Dari segi perubatan pula, persoalan yang sama tetap disogok kepada kami kerana bukti-bukti sedia ada menunjukkan bahawa anak OKU yang mempunyai adik beradik berkembang dan membangun dengan lebih cepat berbanding anak tunggal kerana adik beradik dilihat sebagai pesaing oleh anak-anak OKU ini.
.
"You should go and seek treatment with LPPKN if you are having problem to conceive.." Ujar pengetua sekolah Rayyan Ariff di hari pertama saya mendaftarkan dia ke sekolah. Saya cuma membalas dengan senyuman kerana bunyinya agak mendesak pada pendengaran saya..
.
Di dalam keadaan tidak merancang dan baru terdetik untuk mencuba, kami mendapat perkhabaran tentang kehadiran Baby RA.. Setinggi kesyukuran kami panjatkan kepadaNya walau di hati terselit sejuta kegusaran..
.
Dan berita kehamilan kedua ini disambut dengan reaksi yang berbeza juga oleh mereka-mereka yang mengetahui. Ada yang berkata ianya satu keputusan yang baik namun tidak kurang pula yang menyatakan kekesalan dengan alasan, Rayyan Ariff masih belum mampu berdikari dan pastinya tumpuan kini tidak lagi 100% kepadanya.
.
Pada saya, ianya semudah kepercayaan kita kepada Allah SWT, kerana Dia perancang terhebat.. Kehamilan ini bukan keputusan saya dan Mr.Hubby, ianya adalah keputusan Dia..
.
Sekali lagi Allah SWT menunjukkan kekuasaanNya dan mengurangkan kegusaran di hati ini apabila Dia menunjukkan 'sesuatu' kepada kami.
.
Semasa sesi speech therapy yang lalu, Rayyan Ariff diajar untuk menanggalkan baju pada baby doll dan memandikan anak patung itu. Setelah selesai, Rayyan Ariff membantu Ms Tey untuk mengenakan kembali baju, seluar dan topi pada anak patung itu kembali. Motor skills masih banyak yang perlu diperbaiki kerana tangan Rayyan Ariff masih agak 'kasar' dalam melakukan aktiviti-aktiviti sebegini.
.
Tahukah kawan-kawan bahagian mana yang paling mengharukan? Apabila Rayyan Ariff memangku anak patung kecil tersebut, memeluk, dan memberinya susu botol setelah selesai memakaikan pakaian padanya. Sumpah! Sangat mengharukan..
.
Melihat Rayyan Ariff memberikan susu kepada anak patung kecil itu, bagaikan melihat rahmatNya yang melimpah ruah buat kami semua. Di dalam hati ini bergema ungkapan Alhamdulillah dan Allahuakbar bersilih ganti.. Penuh dengan rasa keterharuan.
.
Terima kasih tuhan, untuk anak seistimewa Rayyan Ariff.
Terima kasih tuhan, untuk "Abang Rayyan".
Sesungguhnya, Engkaulah perancang terhebat..
Semoga Rayyan Ariff akan menjadi abang yang baik untuk adik-adiknya.. Aminnn..
Kasih kami kepadamu tidak pernah berkurang, malah semakin bercambah.. Kamulah anugerah terhebat. =)
.
Cubaan kedua semalam yang kurang berjaya, kerjasama daripada Abang Rayyan agak kurang disebabkan terganggu oleh banyak alat permainan.. =P
Kini, Rayyan Ariff cukup teruja apabila melihat gambar-gambar bayi.. Mulutnya tidak henti-henti membunyikan perkataan 'bayi' dengan caranya yang tersendiri setiap kali melihat gambar-gambar tersebut..
=)

Sunday, May 29, 2011

Masih dianugerahkan ruang untuk tersenyum menempuh hari!..

Di dalam kelukaan yang memeritkan, Dia masih memberikan ruang untuk hati tersenyum..
Di dalam kedukaan yang memedihkan, Dia tidak pernah lupa memberi ingatan agar terus bersyukur..
Terima kasih tuhan..
Kehidupan agak menyesakkan pada saat dan ketika ini, segalanya menuntut kesabaran yang bukan sedikit. Semoga dipermudahkan segala urusan.. Segala-galanya.. Aminnnn..
.
Buat Auntie Maria yang sudi memberi teguran di shoutbox agar tidak terlalu teruja dengan sebuah kehamilan yang pastinya penuh dengan sebuah ketidakpastian, terima kasih saya ucapkan kerna sudi mengingatkan. Sungguh, sedikit pun hati kecil ini tidak terasa.. Malah berterima kasih di atas keprihatinan Auntie Maria dalam menasihati.. =)
.
Namun setiap insan punya alasan dan kisah yang tersendiri, begitu juga kami.. Ini adalah catatan yang pernah saya coretkan di blog lama saya, sewaktu mengandungkan Rayyan Ariff suatu waktu dahulu,
Kami sememangnya agak konservatif.. Kata orang tua-tua, jangan terlampau excited.. Berpegang pada kata-kata ini, kami tidak memaklumkan pada dunia tentang kehadiran permata hati ini.. Kami tidak mahu dunia tahu sebelum tiba masanya.. Hanya teman-teman yang rapat dan mereka-mereka yang melihat sahaja yang tahu.. Sehingga menyebabkan ada yang marah dan mengatakan kami tidak mahu berkongsi kegembiraan..

Bukan ini niat kami, sekadar merasakan ia terlalu awal.. Tunggulah sehingga detik kelahiran, bukankah ianya lebih manis..
.
Tapi kini saya lari dari prinsip saya sendiri.. Demi menghargai tiap2 detik yang ada bersamanya, saya memutuskan untuk memperkenalkan dia terlebih dahulu.. Bukan niat untuk membesar-besarkan cerita, tapi kerana saya punya alasan tersendiri..

Rayyan Ariff.. Nama ini miliknya.. 
 Rayyan Ariff @ 23 weeks of pregnancy..
.
Auntie Maria, saya juga konservatif orangnya.. Tidak mahu berlebih untuk meraikan sebuah kehamilan kerana ianya penuh dengan ketidakpastian. Namun di saat saya dikhabarkan bahawa Rayyan Ariff berkemungkinan besar akan meninggal sebaik dilahirkan, pendirian yang saya pegang bertahun lamanya itu saya buang jauh! 
.
Di saat saya dikhabarkan bahawa sekiranya dipanjangkan usia, Rayyan Ariff will be severely handicapped yang mana dia mungkin tidak dapat melihat, mendengar, bergerak dan mungkin tidak akan mengenali ibubapanya, saya singkirkan pendirian yang saya pertahankan sekian lamanya.. 
.
Lantas seperti catatan di atas, saya perkenalkan Rayyan Ariff di blog lama saya terlebih awal daripada tempoh kelahirannya.. Pada usianya 23 minggu.. Kerana saya mahu menikmati sedikit ruang yang ada bersama permata hati tercinta.. Kerana saya juga mahu menerima ucapan 'tahniah' untuk sebuah kehamilan dan kelahiran yang dinanti!
.
Auntie Maria, apabila Auntie maklumkan bahawa anak menantu Auntie fobia bertahun setelah kematian bayi yang dikandungnya, percayalah, saya juga fobia dan trauma di atas segala yang berlaku. Pernah suatu ketika, saya menyalahkan takdir kerana menghukum saya dengan hukuman yang terlalu dahsyat. Namun saya bersyukur kerana diberi ruang untuk mencari redha di dalam diri..
.
Trauma dan fobia yang bersarang di dalam hati dan minda ini terlalu besar untuk dikongsi. Namun seperti yang saya nyatakan di dalam entri "Yang kami ada hanya doa" dan "False positive? No, it's not", saya tidak berniat mahu meraih simpati, namun saya tahu, ramai di antara kawan-kawan saya di sini yang ikhlas mendoakan kami.. Makanya, saya memilih untuk bercerita..
.
Pada malam sebelum anomaly scan dilakukan, semalaman saya tidak bisa tidur. Kamar yang sunyi hanya bertemankan alunan ayat suci Al-Quran dan waktu saya terisi dengan solat hajat.. Di dalam sujud padaNya, saya bermohon agar Baby RA baik-baik sahaja.. Saya berdoa, agar sejarah Rayyan Ariff tidak berulang pada baby RA. Saya memohon, memohon dan terus memohon. 
.
Saya takut. Saya cemas. Saya fobia. Saya trauma. 
.
'Sakit' yang saya tanggung sewaktu melalui detik perit itu bersama Rayyan Ariff tidak mampu saya ungkapkan dengan kata-kata walau berapa teratur sekalipun susunannya.. Tidak mampu!
.
"Your baby's brain tissues are so thin. It looks like that he almost has no brain.. It's very hard to tell how much it could effect him.."
"We think your baby cant see because his optic disc is pale and doesnt look normal.."
"We dont think your baby can hear. He failed the hearing test.."
"Your baby has low muscle tone, he needs to undergo physiotherapy.."
.
Sumpah saya takut untuk melalui semua ini sekali lagi!! Namun saya sedar, saya tidak seharusnya hidup dengan dibayangi kisah lalu..
.
Apabila saya berkongsi tentang setiap satunya tentang baby RA, ianya bukanlah satu keterujaan melampau.. Saya cuma mahu terus berfikiran positif. Mahu terus percaya pada susunan takdirNya yang terbaik.. 
.
Bohong kalau saya katakan tidak sekelumit pun terdetik di fikiran saya tentang kemungkinan yang buruk tentang baby RA. Saya terbayang, bagaimana untuk menulis tentang itu.. Bagaimana untuk bercerita tentang itu.. Saya terbayangkan kemungkinan buruk yang bisa terjadi pada saat kehamilan. Saya terbayangkan kemungkinan buruk yang bisa terjadi di saat kelahiran. 
.
Namun saya singkirkan segalanya jauh-jauh dan benamkan di sudut hati yang paling dalam. Untuk saat ini, saya hanya mahu menikmati sebuah keindahan anugerahNya.. Saya tidak mahu punya kekesalan di kemudian hari..
.
Maaf andai coretan saya mengundang rasa kurang senang di hati sesiapa yang membaca.. Kerna saya hanya mahu menikmati detik ini, saat ini.. Sesuatu yang tidak dapat saya kecapi sewaktu kehamilan yang lalu.. Saya cuma mahu merasa kenormalan dan bukanlah menzahirkan sebuah keterujaan melampau..
.
Semoga segalanya dipermudahkanNya..
Ya Allah ,
peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku  dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan , tidak ada penawar melainkan penawar-Mu , penawar yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah ,
Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah , 
zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat .
Ya Allah, 
anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna , berakal dan bijaksana  , alim dan beramal .
Ya Allah,
panjangkanlah umurnya dalam ketaatan , sihatkanlah tubuh badannya ,dan indahkanlah akhlaknya,  fasihkanlah lidahnya , perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam .
Aminnnnn..
.
Sumber kekuatan saya untuk terus berfikiran positif.. =)

Wednesday, May 25, 2011

Baby RA.. Another Tuan RA atau Puteri RA??

Actually, tidak berniat untuk berkonsi seawal ini di sini.. Namun kerana ianya hanya kemungkinan, apa salahnya kan?
.
Our instinct kuat mengatakan Baby RA adalah baby boy.. In fact, Mr.Hubby siap tanya, "Adik plan nak bagi nama apa?" Bila saya reply, "Puteri R.. A..", cepat-cepat dia potong, "Eh, tu nama perempuan.. Baby kita boy la.."
.
Excited kan orang yang nak another baby boy ni?
.
As for me, tak kisah.. Macam yang pernah saya mentioned before, girl pun saya excited.. Boy pun sama.. Janji adik sihat dan boleh tengokkan abang..
.
On one hand, memang nak another baby boy so that dia boleh tengok-tengokkan abang.. *Tolong bertumbuk kalo ada orang ejek abang* Hahahaha,. OK serious, so that abang dan adik boleh pergi mana-mana sama2.. Pergi terawikh duduk sebelah-sebelah.. Biar abang tegur adik dan adik tegur abang.. Biar rapat.. Totally for Rayyan's sake.. =)
.
On the other hand, since dah ada anak lelaki, teringin juga nak merasa ada anak perempuan.. Feeling mesti different kan? Lagipun, anak perempuan lebih close dengan mak dia kan? Macam saya dengan mommy.. Mommy nak beli tudung sehelai pun telefon saya mintak pendapat.. So, I want to experience this! =)
.
Hubby pulak, honestly, I feel that he wants another baby boy because he's looking for a compensation on things that Rayyan Ariff could not offer him.. Which I totally disagree! So saya memang dah letak syarat, kalau Baby RA is a boy, treat both of them equally.. Kalau sorang dia bawak gi tengok bola, he has to bring another one even if it means that he has to carry Rayyan Ariff! Sungguh saya tak mahu Rayyan Ariff berasa tersisih walau saya tahu hubby ikhlas menyayangi anak bujangnya itu.. *Mak-mak ni kan sensitif sket..* :P
.
And based on the last scan, according to Dr. Raman, Baby RA could possibility be a GIRL!! *Mak sengih sesungguh hati sepanjang hari..*
.
Since Baby RA is crossing his/her legs, so Dr cant tell for certain.. Lagipun, it is still too early even with Dr. Raman's super canggih latest technology.. En.Hubby pula, still thinks that Baby RA is another Tuan.. As for me, just like what I said in the previous entry, bolehlah menambah dress dua, tiga helai.. Hahahhaa..
.
InsyaAllah, next checkup dah boleh nampak dengan jelas whether Baby RA is a girl or boy.. Which, I will only share in early November.. Hehehhe..
.
Regardless what, kami dah syukur sangat-sangat Baby RA turns out OK so far.. Semoga rahmatNya sentiasa mengiringi kami.. Aminnnn..
.
Agaknya gini la Abang Ian tengok Adik RA nanti.. =)

Excited beli barang baby untuk anak kedua?

Honestly, keterujaan tu belum tiba.. Bukanlah tidak teruja langsung, tapi barangan asas sudah ada makanya tidak perlulah membazir untuk sesuatu yang tidak penting..
.
 Separuh daripada baju Abang Rayyan Ariff; so untuk elakkan pembaziran, tak kisahlah baby RA girl ke boy, kita recycle.. Cuma kalau girl, kita add up a few dresses cukup la.. =)
.
 Katil *harga boleh tahan* abang Rayyan Ariff yang kononnya boleh convert jadi katil bujang n boleh pakai smpi the age of 5 tapi tak terusik.. So baby RA, sila takeover daripada abang since katil Mama n ayah dah tak boleh nk accommodate extra body.. Sempitttt..
.
Cuma plan nak cari satu lagi wardrobe macam ni jer.. Nak susun elok-elok baju lama2 abang Rayyan Ariff untuk baby RA. Tapi bukan sekaranglah.. In a few months time la.. Takkan la beria benar baru 4 months pregnant dah excited beli barang ehhh? :P
.
Kena ulang dekor kamar beradu Abang Rayyan Ariff untuk susun barang baby RA sekali.. Perghhh Ulang dekor tuh.. Persis bibik bicaranya! :P
.
P/s - Maybe you guys will see more posts on this site today.. Tuan tanah is on MC dengan mata merah menyala.. =)

Monday, May 23, 2011

Bila takde masa nak menulis, kita photoblogging~

Yup, sharing our life through photographs.. =) Ni kisah satu malam, last week..
Mari kita tengok budak tak reti duduk diam buat apa sebelum tidur..
Ni baru lepas sepah pinggan mangkuk kat rak, bila kita ambik kamera, terus dia lari keluar..

Pastu masuk balik n kuarkan stok toiletteries kat dlm kabinet..

Bukak tutup pintu kabinet ni memang feveret la eh..

Ape yang dia kemas pun taktau..

Kalau datang rajin dia, kain-kain buruk tu semua dia tarik keluar.. Padahal dah elok2 berlipat..

Tutp elok-elok sebelum beralih ke tempat lain plak.. 

Ni tukang lap lantai baru..

Dah agak-agak bersih lap, lipat la yea alas kaki tu..

Pastu dia gi plak celah kerusi, gi main kipas dia..

Kipas ni dah relai-relai dah dek penangan little engineer ni..


Khusyuk tau kalau dia main kipas..

Satu lagi pe'el dia, suka tolak kipas ni serata rumah..

Beria menolak, bibik pun rajin melayan kan..


Ni salah satu port favorite selain daripada celah sofa..

Pastu sambung tolak lagi..

Mana nak dapat budak khusyuk tolak kipas camni kan? :P

Dah sampai depan bilik dia dah.. :P

Tak puas hati lagi, bawak plak gi seberang sana..


Celah-celah kusi or tepi dinding memang port dia la..

Ni belum destinasi akhir ni, last dia stop kat depan pintu.. Mama dah tak koser nak ambik gambar dah..
Nak bawak ke masa tido tu, memang penat la tunggu.. =)

Saturday, May 21, 2011

Recap kisah hidup minggu lepas..

Kisah hidup?? Tak tahan tu.. :P
.
- Bawak tuan kecik bertemujanji dengan Dr. Sofiah
- Hantar tuan besar gi daily fisio masa otw gi office n jemput balik masa lunch hour..
- Kursus 2 hari, 9-5pm pastu sambung wat keje office plak sampai la kul 7 lbh..
- Arwah atuk meninggal hari khamis. Al-Fatihah buat atuk.. Ralat jugak tak balik kampung. Tapi dah keadaan tuan besar camtu.. Nak buat camne..
- Pergi buat scan baby RA, yang dah 2 minggu tertunda sebab kesuntukan masa.. Actually, what happened to Rayyan Ariff can be detected as early as 12 weeks.. Hence, we did some detailed scan to check baby RA's brain.. Gile canggih mesin kat FMGC neh, rasa nak curi bawak balik pastu scan hari-hari.. Hahaha.. Bayangkan brain part tu korang bleh tengok sejibik-sejibik. Jantung plak nampak seketul berdegup dengan urat-urat.. Hadoi la, zaman anak-anak kita nanti, agaknya ada la yang cipta UPT yang bila test jer, terus kuar jantina baby.. :P
- Bawak tuan kecik gi klinik amik ubat cacing, selsema n batuk.. Sekarang ni berperang betul nak bagi makan n minum.. Penat..
.
Minggu lepas cuma ada 4 working days, tapi jadual n appoinment punya la full. 
.
Jap lagi nak hantar tuan besar gi fisio n before bawak tuan kecik gi speech therapy plak, kena gi amik tuan besar dulu.. Bila dah terbiasa idup penuh kekalutan, dah tak rasa apa dah.. Boleh??? =P
.
Agaknya, sebab ni la baby RA aktif, sebab mak dia sama naik gi sana sini.. Buat itu ini..