Sunday, June 13, 2010

80 peratus untuk Rayyan Ariff??

Hari minggu yang sibuk buat kami.. Penuh dengan jemputan kenduri kahwin dan sambutan hari lahir.. Kami sekadar memenuhi setakat yang termampu. Malahan sekejap lagi, kami akan ke Putrajaya untuk menziarahi anak sepupu saya yang sedang sakit. Disahkan menghidap demam denggi.. Kesian anak yang baru berusia 4 tahun itu..
.
Semalam, sewaktu kami ke rumah teman sepejabat saya kerana sambutan hari lahir anaknya, saya berbual-bual dengan isteri teman tersebut.
.
"Kak Ayu rasa, 80% Rayyan akan jadi budak yang normal bila dia besar nanti.. Tak sangka kan dia akan sampai ke tahap ini.."
.
Saya membalas, "Memang tidak pernah kami sangkakan.."
.
Kami sememangnya tidak pernah menyangka Rayyan Ariff akan tiba sejauh ini. Kalau dilihat pada keletahnya setiap hari, mungkin ianya sedikit nyata bahawa Rayyan Ariff tidak terlalu jauh bezanya dengan anak-anak lain. Namun kalau ditanya berdasarkan hari pertama kami menerima berita tentang kelainan anak yang masih di dalam kandungan, sama sekali kami tidak menyangka pencapaiannya akan sejauh ini..
.
Bagaikan bermimpi bahawa ini adalah anak yang sama yang pernah kami bicarakan tentang di mana kuburannya nanti seandainya dia pergi sebaik dilahirkan.. Sama ada di Ampang bersama kaum keluarga sebelah ayahnya, ataupun di Kota Bharu bersama arwah kaum keluarga saya..
.
Akhirnya, kami nekad memilih Ampang. Agar senang kami menziarahi pusaranya sekerap mungkin. Tapi kuasa tuhan siapa yang bisa menduga bukan? Alhamdulillah..
.
Suatu waktu dahulu saya agak takut untuk membicarakan tentang masa hadapan anak ini. Namun kini, saya positif bahawa segalanya akan datang dengan sendirinya selagi kami tidak berhenti berusaha. Bohonglah kalau sebagai seorang ibu saya tidak mahu melihat anak saya menjawat jawatan profesional. Namun saya tidak mahu meletakkan sebarang sasaran yang tinggi dan sekaligus memberi tekanan untuk Rayyan Ariff.
.
Cukuplah sekadar dia bisa menguruskan dirinya sendiri, mencari pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup walaupun hanya pekerjaan yang biasa-biasa sahaja, dan yang paling penting, dia bisa mendoakan kami setelah kami tiada nanti..
.
Mama tidak mahu meletakkan sebarang peratusan untuk kamu nak.. Tidak 70%, tidak 80%, tidak 100%.. Kerana seperti seringnya mama katakan, terokalah segala yang ada di sekelilingmu semahumu anakku..
=)
.

Owh, semalam, saya dan adik perempuan saya ke TS untuk midnite movie.. Bagi memenuhi janji saya terhadap adik saya yang sudah lama tertangguh.. Mujurlah hubby sudi menjaga dan menidurkan Rayyan Ariff. Sebaik kami tiba dirumah pada jam 1.20am, kedua-duanya sudah terlelap. Melekat. Dan lihatlah Rayyan Ariff, tertidur sehinggakan kepalanya termasuk di dalam sarung bantal.. Ayahnya? Langsung tidak sedar.. :P

9 comments:

Ibu Akidd said...

heheh chomel jiey.. tapi very dangerous jugak... :P

anyway jiey... just remember... semua nyer di tgn tuhan.. yg tgh sihat2 nih.. kalau Allah nak kan kembali..sekelip mata je jiey...

so ian.. sama jugak ngan ordinary kids lain.. aku tak pernah nak bezakan ian ataupun kids mcm ian..for me sama je :) cume superkids is extraspecial :)

selagi ader hayat dikandung badan jiey.. make plans la for him :)

so aper lagi....

jom baby day's out!!!

PS : sejak kehilangan arwah abh aku.. aku HARI-HARI tertanya.. who;s next.. is it myself? hubby? akidd? my mum? sibling? only god knows...

so cherish the time we have :) chaiyok super mummy jiey!!

Mamanurin said...

insyallah mama rayyan..insyallah, allah akan permudahkan segalanya untuk rayyan..mama dgn papa rayyan pasti akan lebih bangga dgn dia..

and ala tomei betul dia tidur, nyenyak sangat..cute!

mamarifqy said...

akak!ur little son very ensemmm!!
so cutee!!
Saya bace kisah Rayyan semasa dilahirkan!
Tahniah pd akak sekeluarga!
memangh rayyan akan sihat mcm bebudak lain ! aminn

mas said...

comel...tp ala2..kesian dia...

Kauthar said...

owh..cumelnye ian tertidur sampai termasuk dalam sarung bantal :D

Jiji said...

Lol!

Rizziela said...

sungguh comel sekali rayyan ariff dalam sarung bantal..sampai tak sedar mama ambil gambar dia

wanie_kashfi said...

jiey,

saya ada special gift for rayyan...tak tahu bila nk bg...belarok abe awk ni pun sy tok sure buleh gi ko dok sebab mael kijo male...takut tok sempat nok follow rombongan...takpo la...auntie bg masa bday rayyan nnt ek...

Marsha~ said...

hahahaha.. lasaknye budak kecit ni tidooooooooooo