Saturday, June 5, 2010

Pada satu saat yang mana kita merasakan kita telahpun memilih..

Lewat petang semalam, saya sempat bertanyakan tentang keadaan Alanna pada Ina. Tidak mahu mengganggu Ayu, mummy Alanna. Serba sedikit. perbualan dengan Ina mengundang pilu di hati.
.
Menjelang malamnya pula, saya menerima SMS daripada Put, bertanya sama ada saya akan ke HKL esok atau tidak. Ya Allah, kalau tidak kerana demam yang masih bersisa ini, pasti sahaja wajah saya akan berada di sana.. Sungguh..
.

Kami berbalas SMS dan seterusnya, saya menerima kiriman gambar Alanna Qish dari Put. Sepertimana yang dimaklumkan Ina, Put juga membawa perkhabaran bahawa mesin sokongan hayat Alanna akan diberhentikan pada jam 10pagi dan diikuti dengan bacaan yassin di wad KK5.
.
"Ayu minta satu malam lagi untuk tidur bersama Alanna. Buat kali terakhir.." Kata Put lagi.
.


Tenang..

Seterusnya, saya menghantar SMS kepada Ayu, Mummy Alanna.. "She looks so calm and at peace.. In fact, she looks so beautiful.."

"Sebab dia tahu dia nak ke sana.. Di sana, dia boleh bermain-main.. Berlari-lari.." Ada redha pada ayatmu wahai sahabat..

"Are you really sure about this? Whatever it is, I'll support you because I know it's for Alanna's sake.." Sekadar meneka isi hati Ayu..

"I swear.. I x sure.. Maybe that's why she's not sure and sad to leave. But I know she had enough.. All the family members advised me to redha for her.. It's complicated."

Ayat itu sudah menceritakan segalanya.

Apa lagi yang mampu saya katakan kepada Ayu selain daripada memberi sokongan penuh kepada setiap keputusan yang dibuatnya. Dia yang berada bersama Alanna saban waktu. Menyaksikan sakit perit anak itu. Bukan kita.

Pada satu saat yang mana kita merasakan bahawa kita telah membuat pilihan untuk satu nyawa yang lain. Kita sebenarnya silap. Kita lupa pada perjanjian denganNya sewaktu di Loh Mahfuz.. Ini semua adalah jalan takdir yang telah ditentukanNya.

Saya pernah merasakan bahawa saya yang telah membuat pilihan untuk melahirkan Rayyan ARiff walaupun majoriti doktor yang saya temui waktu itu menasihatkan saya untuk menggugurkan kandungan. Namun saya silap.

Sedari Loh Mahfuz lagi, saya telah memberikan kesanggupan kepadaNya untuk memelihara anak seistimewa Rayyan ARiff. Dan Rayyan ARiff pula, sudah berjanji dengan Yang Maha Pencipta bahawa dia sanggup dilahirkan dan dibesarkan di dalam keadaan ini. Maka dengan itu, Dia membukakan pintu hati saya untuk melahirkan Rayyan Ariff.

Kesimpulannya, saya tidak pernah memilih kerana ini adalah janji saya denganNya.

Begitu juga Ayu dan Alanna. Tidak perlu Ayu salahkan diri sendiri di atas apa yang berlaku. Sekiranya tuhan menyatakan ini bukan waktunya, beberapa kali mesin itu disambung dan dimatikan juga pun ianya tidak akan memberi sebarang kesan kepada Alanna.

Yakinlah, segalanya sudah tersurat.. Dan seandainya ini pengakhirannya, inilah janji Alanna kepada Penciptanya.. Adanya Ayu dan Syarul, adalah untuk melengkapkan sebuah jalan takdir..

Ayu, sungguh Jiey memandang tinggi pada kekuatanmu wahai sahabat..

Pagi ini, sewaktu Rayyan Ariff memberikan senyumannya kepada saya, mengucapkan selamat pagi melalui gelak tawanya, hati saya dipagut pilu. Di satu sudut di mana ada seorang ibu sedang tersenyum melihat telatah anaknya, pada sudut yang lain, ada seorang ibu sedang menyaksikan derita anaknya yang sedang bertarung untuk pengakhiran sebuah kehidupan. Allahuakbar..

12 comments:

Asz said...

jiey .. am speechless again ... what more can i say ... just hope Ayu menerima segalanyer dgn redha .... sob ..sob..sob..

Salina@IbuAqil said...

Subahanallah.. Sesungguhnya janji Allah itu benar.. Dah segala janjinya adalah kerana kasih pada hambanya.. Semoga ayu tabah.. Dan hanya doa yg mampu mengiringi kehidupan mereka..

Kak Rose said...

Jiey, muga Alanna akan lebih aman disana dan pada ibu & ayah Alanna semuga tabah menghadapi dugaan ini... setiap ujian ada hikmahnya.

nisa said...

Semoga Ayu diberi kekuatan dan ketabahan yang kuat drNYA

Mrs. Simplicity said...

alanna dah takde? innalillah... syurga menanti dia disana. sedih :(

myQza said...

oh tuhan! Saya menangis membaca titipan kamu.

transformed housewife said...

Takziah buat Ayu. Semoga Ayu dan keluarga tabah menghadapi ujian ini.

izzahazfar said...

mohon |Allah permudahkan segalanya kak...sampaikan salam pada ibu allana..sugguh dia kuat...

Ina said...

sedih..... :(

tapi insyaAllah pintu Jannah semestinya sdg terbuka dan ahli2 nya menantikan Alanna...

semoga ibu ayah alanna dan semuanya dikurniakan kesabaran dan kekuatan yg xterhingga dr Nya. sesungguhnya mereka adalah insan terpilih...

Zaidah said...

bersabarlah...ade hikmah disebalik ape yang berlaku....berat mata memandang..berat lagi bahu memikul....ini semua ketentuan Ilahi...

nieza said...

sedihnyaaaa..redha.. Moga Ayu Tabah dengan dugaan.

Aisya said...

Ya Allah..betapa pilu dan sebaknya hati ini membaca nukilan jie pada entry ini.Semoga ayu terus tabah.