Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, abang saya kini sudah bergelar suami orang..
Moga cepat dikurniakan zuriat buat menemani Rayyan Ariff.. =)
.
Memandangkan hari ini adalah hari bapa, maka saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari bapa kepada semua bapa-bapa.. =)
.
Kerana majlis perkahwinan abang saya, abah dan mommy berada di rumah kami sedari hari khamis lagi. Bapa dan ibu mertua saya pula tiba pada hari jumaat untuk bersama-sama memeriahkan majlis.
.
Sepanjang tempoh itu? Owh, manja Rayyan Ariff adalah berlebih-lebih.. :P
.
Saya sempat memaklumkan kepada abah tentang hasil perbualan saya dengan Sarjit, physiotherapist Rayyan Ariff tempoh hari.. Berkali-kali abah memberitahu saya bahawa Rayyan Ariff akan mendapat lebih perhatian sekiranya bersama dia di kampung. Abah juga dengan penuh yakin berkata, sekiranya Rayyan Ariff bersamanya, mungkin saat ini dia sudah bisa berjalan sendiri..
.
Saya cuma tersenyum. Manakan mampu saya berpisah dengan Rayyan Ariff. Cukuplah. Susah senang biarlah dia di hadapan saya..
.
Lagipun, sepanjang abah berada di sini, tahap mengada-ngada Rayyan ARiff meningkat. Sebaik saya mengenakan hearing aid pada telinganya, dia menangis menagih simpati. Sudahnya abah bersuara, "Dia taknak tu.. Janganlah paksa, bukannya takde hari esok.."
.
Masalahnya, esok pun sama. Bila Rayyan Ariff menangis, saya juga yang kena.. Begitu juga dengan sesi fisioterapi. "Sudah-sudahlah tu.. Dia taknak janganlah paksa.." Inilah ayatnya kepada saya dan adik saya sewaktu kami mahu 'memaksanya' merangkak..
.
Hmmm.. Lagak abah sama seperti hubby.. Terlalu lemah dengan tangisan Rayyan Ariff.. Saya sama sekali tidak rasa Rayyan Ariff cocok berada di kampung.. =)
.
P/s - Jiji, I feel you! Patutla ko kata Anis manja semacam ngan nenek dia.. :P
Peace!

20 comments:
atuk&nenek kalo dgn cucu memang kalah la huhuhu..aulia kalo balik kampung trus lembik kaki,dh xley nk jalan sendiri asyik nak berdukung je.pastu sket2 merengek adoii la..pastu xley silap sket,kalo kita lepuk dia silap2 atuk&neneknya lepuk kita balik hakhak!!
gambr2 tu nampak sgt rayyan manja dgn atuk dia. selalunya, walaupun kita kata kita ibu yang tak kuat, tapi sebenarnya kita lebih kuat dari semua org. semuanya demi melihat anak kesanyangan kita terus sihat spt anak2 normal.
oh. nenek2 atok2 memang camtu. ibu kite pon serupa je jiey. kalau tang cucu tu, amboi, kemain lembut je cakap. siap dibelai2 dipopok2 setiap waktu. sebab tu khalish terlalu manja mengada skarang!
jiey, kadang2 beri je dia kebebasan sementara dgn atok dan neneknya. balek umah nanti, siapla! hahahaha~
mmg manja sungguh ian dgn atuk dia. dan atuk dia pun memanjakan dia sgt2. :D tahniah tuk uncle ian!
Memang manja sangatlah Rayyan dengan atoknya....
Tapi bila lagi nak manjakan? Bukan selalu atok datang
betul2 tak leh nafikan..
so nak marah anak..kena dok jeling dari jauh jek..huhuhuhu..marah jarak jauh..
:)
happy father's day to all
takpelah jiey..biar dia manja2 sementara atoknya ada kat rumah..nanti atok balik kg ian back to his duty..kira cuti sekolah la kan...
jiey..bayangkan bila dia dah pandai cakap nanti..mesti mengadu abisss...hehehe
hopefully, rayyan cepat dpt cousin...
atuk n nenek mmg suke manjakan cucu... its also happen to my kids...!
oo abe Ian pandai dio deh amik kesempate maso atuk dgn nenek mari kolupo hehehe..ngelat abe Ian nih
oohh jiey..i'm touched!tgk gambar2 tu :)manja ye ian..saya faham sangat perasaan jiey...saya pun pernah alami situasi yang sama..
m@y:
hahahhaha..
tu la kan.. bila dgn cucu terus ilang bisa..
abah jiey punya la segarang-garang umat, dgn ian bleh jadik lembik..
:P
Naimatul:
Mak2 ni mmg emo sket, tapi emo kita terkawal coz kita tau pangai anak kita..
=)
Puterikurekure:
Huhuhu.. Intan dah la dok dekat ngan parents, camne la intan tahan..
Jiey yg parents dtg sesekali or kitorg balik sesekali ni pun berbulu mata tgk ian mengada..
:P
Rizziela:
Seb baik la tak selalu, kalo tak, tatau la camne nk control..
:P
Aly:
Cam ayah ko gak la Ly.. Since ada cucu kerap je smpi umah ko..
Atuk n nenek ni memang cenggitu kot..
mariaariff:
bila marah jarak jauh, anak pun takut sipi2 jer..
takut jarak jauh..
hehhehehe..
Kak ieda:
kalo dia mengadu, bila atuk dia balik jer, jiey luku pale dia..
hehhehehe..
syahnur:
hopefully..
=)
tu 3 org, ada pilihan.. ni takdak pilihan, memang berlebih la rayyan nyer manja tuh..
yatiey:
sgt panda mokcik tiey wehhhh..
pening palo mokcik!
=(
kauthar:
mmg sgt manja sbb ian dulu dok kat kampung sebulan..
masa nak amik blk tu, mmg drama giler la..
hadoiii.. tensi makcik!
:P
Post a Comment