Friday, August 20, 2010

Memilih untuk melahirkan atau terpilih untuk melahirkan?

Saya seringnya merasa blog ini adalah blog picisan. Saya pun sememangnya tiada inisiatif untuk mempromosikan blog ini kerna sesuatu sebab yang sukar untuk saya huraikan di sini. Malahan, sewaktu saya masih menulis blog di Friendster, saya hanya meninggalkan blog itu begitu sahaja. Berpindah ke Kerna Kasih Kita tanpa memaklumkan kepada kawan-kawan di sana. Melarikan diri. Itu perkataan yang tepat sebenarnya. Malahan sehingga ke hari ini, saya tidak meletakkan url blog ini pada laman fb. Entahlah. Sukar sekali untuk saya menghuraikan sebab musababnya.
.
Namun yang saya perhatikan pada statistik nuffnang kebelakangan ini, visitors blog ini seringnya mencecah ke angka lebih 1000 dalam satu hari. Dan yang ada di dalam minda saya saat melihat angka ini hanyalah satu bisikan, "Andai setiap satu dari mereka ini mendoakan Rayyan Ariff, sudah ada 1000 doa untuknya.. Moga esok akan ada lebih dari 1000 doa untuk Rayyan Ariff.."Begitulah setiap hari yang berlalu. Sungguh, saya sangat menghargai jalinan ukhuwah ini! Alhamdulillah.. *Apalah sangat dengan 1000 pengunjung sehari berbanding Kak Di & Kak Pinut yang ada 4000 pengunjung sehari.. Hahhaha..*
.
Berbalik kepada tajuk di atas.
.
Sebetulnya beberapa hari yang lalu, saya didatangi oleh teman sepejabat yang bertanyakan keadaan Rayyan Ariff kerna semestinya sebagai ketua, dia sedia maklum penyebab saya terpaksa mengambil cuti kecemasan selama 3 hari kerana pembedahan Rayyan Ariff pada minggu lalu.
.
"If you dont mind, may I know since when did you know about Rayyan's condition?" Soalan seterusnya dari dia.
.
"Not at all.." Dan saya seterusnya menyambung cerita. Dia sebenarnya agak baru di sini. Kerana pada teman-teman sepejabat yang mengenali saya dari zaman bujang sehinggalah sekarang, mereka sedia maklum tentang cerita saya. Sedar tak sedar, sudah 5 tahun saya di Suruhanjaya ini.. =P
.
Satu persatu kisah Rayyan Ariff saya kupas. Sedari awal sehinggalah sekarang. Sebenarnya ada rasa panas menyerbu ke muka sewaktu menerima pertanyaan ini. Bukan kerana malu namun lebih kepada takut dipersalahkan. Kerna sebelum ini, sering sahaja keputusan kami melahirkan Rayyan Ariff dipertikaikan atas alasan "Mengapa tega melihat penderitaan seorang anak kecil? Sesuatu yang tidak adil untuk anak itu sendiri.."

Namun sangkaan saya silap apabila dia menjawab, "You should be proud of yourself and your son that he has came this far.." Alhamdulillah, satu lagi sokongan buat kami.

Kemudiaannya, ketua jabatan saya pula bertanya tentang kondisi Rayyan Ariff. Maka saya ceritakan serba sedikit. "Is there any possibility that it might happen again? Anything that we can do to prevent it from happening?"

"Too bad that there's nothing we can do. It's a life-long desease and foreign body will remain as a foreign body." Mulut menjawab namun hati masih berdebar andainya dia juga menyalahkan keputusan kami.

"Well, we will never know what lies in the future. May God gives all of you another miracle to rely on" Jawab wanita berbangsa india itu.

Mungkin saya yang terlebih paranoid. Mungkin saya yang banyak berprasangka. Kerna sebenarnya ramai yang menyokong saya. Anda yang mendoakan kami, teman-teman yang menerima dan menyayangi Rayyan Ariff seadanya.. *Mak Eiy, thanks coz sudi buat fisio Ian last nite* dan semestinya, kaum keluarga yang menjadi tulang belakang kami. Saya bersyukur kerana berada di dalam lingkungan keluarga dan teman yang tidak membiarkan kami keseorangan sepanjang perjuangan ini.
.
"Kak, kalau nak bawak Rayyan gi therapies on weekdays bagitau la Abe, nanti Abe bawak. Bgtau awal so Abe bleh arrange.." Kata abang saya.
"Kak, air zamzam ada lagi tak untuk Rayyan? Kak Nie nak bagi ni tapi belum ada kesempatan nak tengok Rayyan.." Tanya sepupu saya yang berada di Kajang, dia sudah lebih kepada seorang kakak pada saya.
"Jiey, kalau ada apa-apa bagitau je la Kak Fara.." Ujar kakak ipar saya.
Dan banyak lagi yang tidak dapat saya senaraikan di sini..
Kunjungan.
Doa.
Panggilan telefon.
Kata-kata semangat.
Solat sunat hajat.
Keluarga superkids.
Alhamdulillah.. Semua ini rezeki Rayyan Ariff!
.
Kisah kelahiran Rayyan Ariff? Ada di sini: "Kelahiran yang dinanti" dan "Setahun yang lalu; 1, 2, 3 & 4"
.

Terima kasih tuhan!

Kenapa kami memilih untuk melahirkan Rayyan Ariff? Segalanya terjawab di entri "Hanya seorang ibu"

11 comments:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

kami sentiasa menyokong jiey, no matter what!

izzahazfar said...

kak jiey,

menangis lagi zah...huhuhu zah sendiri tak pasti jika zah sekuat akak...

ICAZIESYIRA said...

Ica kagum negok Jiey dan Ian. Sangat kuat! dan berdoa agar Allah swt terus kurniakan kekuatan ini kepada kalian, berserta dengan "miracle" . insyaallah.

Yin Areesa said...

Assalamualaikum

InsyaAllah, semua akan menyokong malah akan sentiasa mendoakan Rayyan.. Rezeki Rayyan.. Ramai ibu-ibu dan ayah-ayah di luar sana yang masih sudi menadahkan doa buat Rayyan dan kawan-kawannya...

Pnut said...

erkkk nama akak disebut disini..aduhai Jiey, visitor blog akak tak sebanyak tu dik oiiii ciput sajorkkkk...

ok.. pasal Ian, akak sedari hari pertama baca catatan Jiey dua tahun lepas dah terdetik jatuh sayang pada dia, walau tak bersua muka masa tu, pastu bila first time tengok Ian, aduiii manis senyum dia.. teringat-ingat..

Ian memang bertuah dan kuat..dan harapan akak supaya terus kuat...

ieda said...

jiey..dalam hidup kita ni sebenarnya ramai yg menyokong dan berfikiran positif.segelintir saja yg suka mengkritik tetapi yg segelintir itulah yg dominan..selalu menyerlah.tabahkan hati.sentiasa positif & abaikan yg segelintir tu.
moga satu hari nanti kita dapat bertemu..

yatie chomeyl said...

ramai ore saye abe Ian..sbb abe Ian juruh ;)

Mrs. Simplicity said...

aku pun menyokong ko dan ian. caiyok2!

NM said...

kagum dengan u jiey.cukup tabah..rayyan,u are survivor! :D

transformed housewife said...

Jiey jd insprirasi utk ibubapa lain yg sebenarnya ada anak2 normal tapi tok sekuat Jiey.

Anonymous said...

..."Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia.
Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNya.
Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya
dan Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Surah Yunus : 107)
..."Dan ikutilah apa yang diwahyukan kepada mu, dan bersabarlah hingga Allah memberi keputusan
dan Dia adalah Hakim yang sebaik-baiknya." (Surah Yunus : 109)
Wallahu'alam...