Sunday, August 14, 2011

Ini bukan rumah orang putih~

Rayyan Ariff kategori putih la jugak kot.. Cuma takdelah putih mana.. So-so gitu.. Tapi, jauh sekali daripada gelaran orang putih la kan? So bila dah bukan orang putih, takdelah istilah pakai kasut dalam rumah.. Sama la jugak dengan tuan kecik ni..
.
Pergi mana-mana, bila sampai je rumah, 1st thing, dia kelam kelibut nak suruh bukak kasut.. Kalau boleh, the moment masuk je rumah, terus nak tanggal kasut n stokin.. Sedang kita still lagi terkial-kial nak kunci pintu ke ape.. 
.
Bila dah jadi habit, susah la sket nak berkompromi.. Since dia kena pakai special shoes kat dalam rumah ni, begini la jadinya:-
.
 Menangis mintak bukak after a few minutes~
.
To him, maybe this is another way for us to torture him.. Iye la, bagi yang tak biasa, bukan senang nak pakai kasut all the time.. Berpeluh kaki woo.. Dah la kena pakai ketat-ketat.. 
.
Build up shoes ni memang a bit bulky.. So susah la tuan kecik ni nak merangkak.. Kalau ikutkan, kena pakai at all time except for when he's asleep.. Tapi lepas discussed dengan Sarjit, his therapist, kitorang dah buat conclusion yang we will only put it on for 8 hours a day.. Biar senang dia nak merangkak and whatsoever..
.
Untuk satu-satu perkara, kalau kita lihat dengan mata kasar, kehidupan Rayyan Ariff memang secara amnya mencabar.. Dengan seribu kekurangan, seribu perkara jugalah perlu dia usahakan.. Orang lain boleh senang-senang berdiri dan berjalan tapi tidak dia..
.
Namun saya tidak mahu tenggelam dengan kekecewaan dan rasa simpati pada nasib dia ataupun anak-anak seangkatan dengannya.. Tipulah kalau tiada apa-apa rasa, namun saya cukup tidak suka dengan pernyataan kasihan.. 
.
Seperti mana kami di Carrefour tadi, Rayyan Ariff di sapa dengan perkataan "Alahaiii.. Kesiannya adik ni.." oleh salah seorang kakitangan Carrefour tadi.. Berulangkali perkataan kasihan itu dilontarkan kepadanya..
.
Pada saya, ianya semudah kita berbalik pada takdir Allah SWT. Simpan sahaja kasihan kita itu di sudut hati yang paling dalam. Tidak perlu dinyatakan secara terang-terangan.. Bukankah lebih manis andai perkataan kasihan itu diganti dengan perkataan kuat? 
.
Untuk seorang anak kecil, seandainya berulangkali diingatkan bahawa takdirnya adalah begitu kasihan, pastinya dia akan terpengaruh.. Rayyan Ariff seorang anak yang kuat.. Dan saya mahu dia terus tanamkan di dalam dirinya dia seorang yang kuat.. Dia tidak perlu pernyataan kasihan kerana hidupnya berkisar tentang perjuangan..
.
Kasihan kita pada dia, bermakna kita kasihan pada takdir hidupnya.. Apabila kita kasihan pada takdir hidupnya, ia adalah pernyataan tidak rasmi bahawa kita kasihan pada takdir Allah SWT.. Apabila ini tersirat, bagaikan Allah SWT tidak kasihan pada hambaNya sehingga Dia menguji sebegitu rupa.. 
.
Sedangkan jelas lagi nyata, Allah SWT tidak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan insan itu sendiri.. Sudah jelas, Rayyan Ariff mampu untuk diuji sebegini.. Lantas, inilah yang Dia berikan untuk anak saya.. Dan saya bangga, sejuta kebanggaan kerana anak saya adalah anak yang kuat dan mampu.. Alhamdulillah!
.

Selamat berpuasa.. =)

8 comments:

me suya said...

go Ian.
insyaALLAh, pengorbanan mama Ian akan ade imbuhan daripada ALLAH swt suatu masa nanti. Nikmat beranakkan Ian akan ade di satu tika nt~

Mamanurin said...

alahai comel sangat tang menangis tu hehehehe..

transformed housewife said...

kasut utk tolong Ian jale ko tu? Mulo2 maybe dio tok bese. BUi dio beso sikit ok kot.

Bicara hati ibu aisya said...

Yerlah jiey, ayu pun xsuka bila orang ucapkan perkataan 'kasihan' kat kita apatah lagi kat anak-anak.
Rayyan memang anak yang kuat, dia adalah seorang mujahid (pejuang).

siti asiah said...

Salam kenal...sabar yea...bangga dengan JIEYMIEN, seorang ibu yang kuat semangat..:)

mama akid said...

cantik kasut ian....akid pun dlam proses nk tmpah kasut mcm ian....biar apa kata mereka k.jie...jnji kita buat yg terbaik buat permata hati kita.....

afni+hafiz=dani said...

yeah, afni pun tak suka kalo orang kesian dgn dani.

mamalisa said...

Yer..dulu saya juga benci dgn perkataan kasihan yg dilontarkan buat anak tersayang yg berjuang utk terus hidup melawan sakitnya..sedangkan mudah saja mereka melontar2 kata-kata yg tidak bersemangat tu..Rasa benci dan marah..tahu tak, betapa kuatnya anak kecil ini utk menaikkan semangat diri, betapa susah ibu dan bapanya utk memujuk hati kecil yg dia boleh bangun utk melawan sakitnya..kalaulah mereka tahu perkataan kasihan itu langsung tidak membantu.

Buat Rayyan dan Ibu, terus kuat semangat okeh..jgn patah semangat hanya kata-kata kosong itu..kiss to Rayyan :)

chaiyo Rayyan Arif, chaiyok!!!